24
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN WARISAN NEGERI PULAU PINANG DALAM MENERAPKAN PENGHAYATAN DAN KESEDARAN TEATER TRADISIONAL BORIA DALAM KALANGAN GOLONGAN BELIA PULAU PINANG THAVAMALAR A/P TAUSEE GANU Projek ini merupakan satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUDAYAAN

KESENIAN DAN WARISAN NEGERI PULAU PINANG DALAM

MENERAPKAN PENGHAYATAN DAN KESEDARAN TEATER

TRADISIONAL BORIA DALAM KALANGAN GOLONGAN BELIA PULAU

PINANG

THAVAMALAR A/P TAUSEE GANU

Projek ini merupakan satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 2: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUDAYAAN

KESENIAN DAN WARISAN NEGERI PULAU PINANG DALAM

MENERAPKAN PENGHAYATAN DAN KESEDARAN TEATER

TRADISIONAL BORIA DALAM KALANGAN GOLONGAN BELIA

PULAU PINANG

SESI PENGAJIAN : 2004/2007

Saya THAVAMALAR A/P TAUSEEGANU

Mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti

berikut :

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan

Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi

5. * sila tandakan √

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah

ditentukan oleh Organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

_______________________ ________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh : Tarikh :

Alamat Tetap :

No.1607 Lorong Angsana 44,

Taman Keladi, 08000 Sungai Petani,

Kedah Darulaman. Catatan : * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan

sebagai SULIT atau TERHAD

Page 3: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

ii

Projek bertajuk “Cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian

dan Warisan Negeri Pulau Pinang dalam menerapkan penghayatan dan

kesedaran teater tradisional boria dalam kalangan golongan belia Pulau

Pinang” telah disediakan oleh Thavamalar A/P Tausee Ganu dan telah diserahkan

kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa

oleh:

_____________________________________

(Miss Karen Audrey Samy)

Tarikh:

_______________

Page 4: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

iii

Penghargaan

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan yang sentiasa berada di

sisi saya dalam menyiapkan kajian ini. Ilmu dan tenaga yang diberikan oleh Tuhan

membolehkan saya menyiapkan kajian ini dengan lengkap dan lancar. Saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Miss Karen Audrey

Samy yang telah banyak meluangkan masa beliau dalam membantu saya untuk

menyiapkan projek tahun akhir saya. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima

kasih kepada pensyarah-pensyarah lain saya iaitu Puan Qistina Donna Lee Abdullah,

Puan Noria Tugang dan juga kepada Puan Rahah Hj. Hassan

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan

Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang (JKKWNPP) yang

memberi kerjasama kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Tanpa kerjasama

daripada mereka maka kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan

lancar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tokoh Teater Boria En.

Abdullah bin Darus yang bekerjasama dan meluangkan masa beliau dalam

mengendalikan temuduga walaupun beliau telah berusia. Saya juga ingin

merakamkan terima kasih kepada responden yang sudi bekerjasama dalam mengisi

borang soal selidik.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seprogram dan juga

staf Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif yang telah membantu saya secara langsung

ataupun tidak langsung untuk menyiapkan projek tahun akhir ini. Tidak terlupa juga

Page 5: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

iv

kepada keluarga saya yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada

saya dalam menyiapakan projek tahun akhir ini. Saya berharap kajian ini dapat

menjadi bahan rujukan kepada pengkaji akan datang untuk mengupas dengan lebih

lanjut tentang Teater Tradisional Boria supaya terus menjadi sebuah warisan

Negeri Pulau Pinang.

“Hidup Budaya, Hidup Warisan”

Sekian, terima kasih.

Page 6: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

v

Dedikasi

Saya mendedikasikan projek tahun akhir saya ini kepada kedua-dua ibu bapa

saya iaitu En. Tauseeganu dan Pn. Ragisvery serta adik saya Cik. Shaliny. Saya juga

tujukan projek ini kepada rakan-rakan saya dan juga rakan seprogram dengan saya.

Saya juga tidak terlupa untuk mendedikasikan projek ini kepada Jabatan Kebudayaan

Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang yang telah banyak menyokong dan

bekerjasama dengan saya dalam menyiapkan projek tahun akhir. Saya berharap

mereka dapat menggunakan projek saya untuk kegunaan akademik dan juga sebagai

bahan rujukan bagi menambah pengetahuan.

Page 7: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

vi

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

DEDIKASI v

ABSTRAK BAHASA MELAYU xii

ABSTRAK BAHASA INGGERIS xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Asal Usul Boria 2

1.1.2 Persembahan Boria 4

1.1.3 Objektif Umum Jabatan Kebudayaan Kesenian dan 6

Warisan Negeri Pulau Pinang

1.1.4 Aspek-aspek dalam Teater Boria

1.1.4.1 Organisasi Kumpulan 7

1.1.4.2 Cerita Dan Lakonan 8

1.1.4.3 Tarian 9

1.1.4.4 Nyanyian 10

1.1.4.5 Kostum dan Props 11

1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12

1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini 12

Page 8: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

vii

1.2 Definisi 13

1.3 Objektif 15

1.4 Hipotesis 16

1.5 Skop Kajian 17

1.6 Permasalahan Kajian 19

1.7 Kepentingan Kajian 21

1.8 Penutup 22

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 23-39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Lokasi Kajian 41

3.3 Sumber Data

3.3.1 Data Primer 42

3.3.2 Data Sekunder 42

3.4 Populasi

3.4.1 Golongan Belia 43

3.4.2 En. Mohammad Bashri bin Ali Anas, Penolong Pengarah 43

3.4.3 En. Zahir bin Ahmad, Pegawai Kebudayaan 44

3.4.4 Pn. Zaini binti Man, Jurulatih Kumpulan Boria Budaya Sari 44

3.4.5 En. Abdullah bin Darus, Tokoh Teater tradisional boria 45

3.5 Persampelan 46

Page 9: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

viii

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Borang Soal Selidik 47

3.6.2 Kamera Digital 47

3.6.3 Perakam Suara 47

3.6.4 Perisian SPSS 48

3.7 Limitasi Kajian 49

3.8 Rumusan Dan Kesimpulan 50

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 51

4.2 Penganalisaan Data

4.2.1 Borang Soal Selidik 52

4.2.1.1 Responden Mengikut Jantina 53

4.2.1.2 Responden Mengikut Umur 54

4.2.1.3 Responden Mengikut Pekerjaan 55

4.2.1.4 Responden Mengikut Bangsa 56

4.2.1.5 Responden yang pernah mendengar tentang teater 57

tradisional boria

4.2.1.6 Tujuan responden menghadiri teater tradisional boria 59

4.2.1.7 Responden dalam bagaimana dapat mengetahui tentang 61

teater tradisional boria

4.2.1.8 Maklum balas responden sama ada pernah melihat 63

promosi untuk teater boria yang dilakukan

oleh JKKWNPP

Page 10: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

ix

4.2.1.9 Maklum balas responden penonton teater 65

tradisional boria sama ada puas hati dengan strategi

promosi yang dilakukan oleh JKKWNPP

4.2.1.10 Maklum balas responden mengenai faktor 67

yang menyebabkan mereka tidak dapat menghadiri

teater tradisional boria.

4.2.1.11 Maklum balas responden yang tidak menghadiri 69

teater tradisional boria mengenai kepuasan mereka

terhadap strategi promosi yang dilakukan oleh

JKKWNPP tentang teater tradisional boria.

4.2.1.12 Maklum balas responden terhadap kepentingan 71

promosi

4.2.1.13 Maklum balas responden tentang kepentingan 73

peranan JKKWNPP dalam mengembangkan

persembahan teater tradisional boria

4.2.1.14 Maklum balas responden mengenai langkah untuk 75

menarik lebih ramai penonton ke teater

tradisional boria

4.2.2 Analisis Temuduga

4.2.2.1 Perancangan dan usaha yang diambil oleh JKKWNPP 78

dalam meningkatkan jumlah golongan belia untuk

menyertai teater tradisional boria

4.2.2.2 Strategi Promosi yang dilaksanakan oleh JKKWNPP 80

4.2.2.3 Pembaharuan dalam teater tradisional boria 82

4.2.2.4 Kemasukan teater boria ke negeri Pulau Pinang 84

4.2.2.5 Sambutan dan penglibatan golongan belia dalam 85

teater tradisional boria

4.2.2.6 Masalah-masalah yang dihadapi oleh JKKWNPP 86

dalam mengendalikan program teater tradisional boria

Page 11: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

x

4.2.2.7 Sebab-sebab utama golongan belia kurang 87

melibatkan diri dalam teater boria.

4.2.2.8 Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh JKKWNPP 89

4.2.2.9 Rumusan Temuduga 90

4.3 Kesimpulan 91

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 92

5.2 Rumusan 93

5.3 Cadangan

5.3.1 Tingkatkan Strategi Promosi 95

5.3.2 Perubahan terhadap cara persembahan 97

5.3.3 Mengadakan kempen dan seminar seni, budaya serta 98

warisan di peringkat negeri Pulau Pinang

5.3.4 Memperbanyakkan lagi persembahan dan pertandingan 99

5.3.5 Memberi ganjaran kepada Kumpulan Teater Boria 100

5.3.6 Meningkatkan tenaga sumber manusia di JKKWNPP 100

5.4 Cadangan Bagi Kajian akan Datang 101

5.5 Kesimpulan 102

Page 12: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

xi

Rujukan 103

Lampiran A 104

Lampiran B 111

Lampiran C 115

Lampiran D 117

Page 13: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

xii

Tajuk Kajian : Cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian dan

Warisan Negeri Pulau Pinang dalam menerapkan penghayatan

dan kesedaran teater tradisional boria dalam kalangan golongan

belia Pulau Pinang.

ABSTRAK

Boria merupakan satu kesenian yang dimainkan secara berkelompok. Ia sejenis teater

tradisional yang amat popular di utara Malaysia, terutamanya Pulau Pinang. Ia

digunakan sebagai satu wadah bagi menaikkan semangat perjuangan masyarakat

Melayu pada masa dahulu. Secara keseluruhannya penyelidik akan mengkaji tentang

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan

dalam membangkitkan kesedaran teater tradisional boria terutamanya dalam

kalangan golongan belia di Pulau Pinang.

Page 14: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

xiii

Title of Research : Challenges facing the Department of Culture, Arts and

Heritage in trying to increase awareness of Boria theatre

among Penang youth.

ABSTRACT

Boria is a form traditional theatre performed on stage. It is very popular in Northern

Malaysia, especially in Penang. In the old days, Boria performances were held to

boost the Malay community’s spirit in fighting for their rights. As a whole, this

research aims to study the challenges faced by Department of Culture, Arts and

Heritage in trying to increase the awareness of Boria theatre among the youth in

Penang.

Page 15: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

1

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Boria merupakan sejenis teater tradisional yang agak terkenal di negeri Pulau

Pinang. Kemunculan teater tradisional boria merupakan sebuah identiti kepada

masyarakat Melayu Pulau Pinang dan masih diamalkan sehingga hari ini.

Menurut Mohd Ghazali Abdullah (1995), dalam bukunya Teater

Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau Pinang pada tahun 1845

oleh Tentera rejimen Madras yang ke-21 yang kemudiannya dipindahkan ke kubu

pertahanan Pulau Pinang. Menurut beliau juga, Tentera Rejimen Madras dan sebuah

syarikat British, East India Company telah membawa masuk golongan pekerja yang

berasal dari wilayah Chulia dan Beri, India ke Pulau Pinang. Kedatangan golongan

pekerja dan tentera Madras merupakan titik permulaan kepada perkembangan teater

tradisional boria di Pulau Pinang.

Page 16: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

2

1.1.1 ASAL USUL BORIA

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria,

kewujudan teater tradisional boria mempunyai hubungan rapat dengan suatu upacara

yang dinamakan upacara ta’ziya. Upacara ta’ziya dipraktikan dalam masyarakat

kaum Syiah. Upacara ta’ziya muncul disebabkan oleh kewafatan cucu Nabi

Muhammad s.a.w iaitu Saidina Hassan dan Hussein r.a. Kewafatan beliau yang

penuh tragik ini telah diingati oleh masyarakat kaum Syiah dan sebagai tanda

memperingati kewafatan beliau, mereka akan mengadakan upacara berkabung.

Dalam upacara berkabung, lakonan akan dilakonkan, dan ia diiringi oleh

seorang penyair yang akan mendendangkan syair-syair pilu sebagai tanda

memperingati kewafatan Saidina Hassan dan Hussein r.a. Dalam lakonan tersebut

para pelakon akan mengadakan suatu perarakan yang membawa lambang tangan

berwarna merah serta bendera di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a..

Bendera merah dan putih pada masa itu merupakan lambang-lambang yang mewakili

kumpulan-kumpulan boria di Pulau Pinang.

Akibat peredaran masa, upacara perkabungan yang mula-mula dilakonkan

dengan iringan syair, akhirnya bertukar menjadi sebuah bentuk teater selepas ia

bertapak di Pulau Pinang. Daripada hasil temuramah dengan En. Abdullah bin

Darus, Tokoh Teater tradisional Boria, apabila boria tiba di Malaya ia diadakan

untuk tujuan hiburan dan bukan untuk memperingati kewafatan Saidina Hassan dan

Hussein r.a. Menurut beliau juga ia telah dimodenkan mengikut konsep hiburan

disamping mengekalkan konsep tradisi. Pada 1845, apabila teater boria mula dibawa

masuk oleh tentera regimen Madras, masyarakat Melayu Pulau Pinang telah

Page 17: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

3

mengalu-alukan kedatangan teater tradisional boria dan menerimanya sebagai salah

satu teater di Pulau Pinang yang masih diamalkan sehingga hari ini.

Page 18: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

4

1.1.2 PERSEMBAHAN BORIA

Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam bukunya Boria: A Form of Malay

Theatre, lagu dan tarian merupakan dua elemen penting yang diamalkan oleh

kelompok masyarakat Melayu dalam persembahan teater tradisional. Lagu dan tarian

akan menyempurnakan lakonan yang berunsur aksi simbolik dalam sesebuah

persembahan teater.

Teater tradisional boria akan menampilkan beberapa tema dalam

persembahan. Tema-tema tersebut biasanya menyentuh isu-isu seperti perkahwinan,

aspek sosial, propaganda politik, isu keagamaan dan pendidikan. Secara tidak

langsung, persembahan yang mengandungi tema ini lazimnya menyampaikan

pengetahuan berunsur mesej dan nasihat kepada penonton. Persembahan teater

tradisional boria menjadi salah satu medium yang bukan sahaja menyampaikan

pengetahuan malah menjadi alat hiburan kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Menurut Rahmah Bujang (1987) juga, teater tradisional boria merangkumi

pengisian dua segmen iaitu bahagian pengenalan dan persembahan. Bahagian

pengenalan biasanya akan dimulakan dengan lakonan sketsa yang menyampaikan

mesej, nasihat dan lawak jenaka. Manakala pengisian segmen kedua adalah

berbentuk persembahan yang mengandungi nyanyian, muzik dan tarian. Kedua-dua

bahagian ini akan digabungkan dan dimainkan secara berkelompok untuk

menghasilkan sebuah persembahan yang asli dan bermutu.

Dalam bahagian pengenalan, kumpulan boria yang digelar “sailor” akan

masuk ke pentas dengan gerak langkah tertentu. Dalam konteks ini “sailor”

merupakan korus pihak penari dan penyanyi yang menyempurnakan persembahan

Page 19: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

5

dalam teater tradisional boria. Kumpulan ini akan mengikuti orang utama yang

mengendalikan persembahan iaitu Tukang Karang. Dalam teater tradisional boria

Tukang Karang dianggap sebagai orang utama kerana tanggungjawab untuk

menyampaikan lagu yang mengandungi mesej dan nasihat terletak pada tangan

Tukang Karang. Nyanyian akan dimulakan secara solo oleh Tukang Karang sambil

menghayunkan tongkat atau ‘baton’ ke kiri dan kanan. Kemudian akan diikuti

nyanyian secara beramai oleh kumpulan “sailor”. Mereka akan menggunakan

langkah tarian mengikut formaliti dan kesesuaian lagu pilihan supaya kelihatan

seragam dan serentak. Pola lantainya akan ditentukan oleh kumpulan boria itu

sendiri berdasarkan kreativiti mereka. Pada bahagian akhir persembahan, Tukang

Karang akan keluar dahulu dari pentas dan akan diikuti oleh “sailor”. Muzik yang

dimainkan pada bahagian permulaan akan dimainkan semula untuk mengiringi

mereka pada bahagian akhir persembahan.

Page 20: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

6

1.1.3 OBJEKTIF UMUM JABATAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN

WARISAN NEGERI PULAU PINANG

Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang

(JKKWNPP) telah ditubuhkan pada bulan March 1993 di Dewan Sri Pinang. Jabatan

ini telah beroperasi di Dewan Sri Pinang selama dua tahun dan pada tahun 1995

JKKWNPP telah dipindahkan ke bangunan Komtar di Pulau Pinang. Setelah

beroperasi selama dua tahun di bangunan Komtar akhirnya ia telah dipindahkan ke

Kompleks Pustaka Warisan Seni yang terletak di Jalan P. Ramlee.

JKKWNPP mempunyai objektif tersendiri dalam memperkukuhkan

kefahaman mengenai kebudayaan sebagai cara hidup, meningkatkan penyertaan dan

menyemai kesedaran tentang seni budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Penetapan objektif umum adalah ke arah memperkasakan identiti nasional dan

memupuk perpaduan negara serta melahirkan masyarakat yang berbudaya selaras

dengan pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Kelahiran bangsa Malaysia yang cintakan warisan kebudayaan yang

berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta menjadikan Malaysia sebagai

sebuah destinasi pelancongan yang terunggul dan bertaraf dunia merupakan visi

yang menjadi pegangan utama pegawai dan kakitangan JKKWNPP.

Objektif dan visi yang digariskan dalam piagam JKKWNPP akan

membimbing semua pegawai dan kakitangan dalam memelihara seni dan budaya

khasnya kewujudan teater tradisional boria untuk membentuk sebuah masyarakat

yang menghayati teater tradisional boria yang menjadi identiti negeri Pulau Pinang.

Page 21: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

7

1.1.4 ASPEK-ASPEK DALAM TEATER BORIA

1.1.4.1 ORGANISASI KUMPULAN

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria,

kumpulan boria biasanya terdiri daripada 40 hingga 60 orang. Ahli-ahlinya ialah

kaum lelaki yang terdiri daripada tauke (penaja), pengurus, Tukang Karang, penari

(sailor) dan pemuzik.

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979) juga, kos pembiayaan

persembahan teater boria pada masa dahulu telah dibiayai oleh seorang tauke. Tauke

adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembiayaan sesuatu kumpulan

persembahan Boria.

Selain kos pembiayaan oleh tauke, peranan yang dimainkan oleh seorang

Tukang Karang sangat penting dalam menjayakan sesuatu persembahan teater

tradisional boria. Ini kerana tugas mencipta lirik untuk sesuatu persembahan terletak

pada tangan seorang Tukang Karang. Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979)

juga, seorang Tukang Karang yang baik adalah seorang yang dapat menyampaikan

lagu dengan sempurna, lantang dan terang. Lirik-lirik yang dicipta oleh seorang

Tukang Karang harus memiliki nilai kemasyarakatan supaya dapat menyampaikan

mesej kepada para penonton teater tradisional boria. Keupayaan memilih perkataan

yang sesuai adalah sesuatu yang sangat-sangat diharapkan bagi menarik perhatian

para penonton.

Page 22: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

8

1.1.4.2 CERITA DAN LAKONAN

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria,

cerita dalam persembahan boria mengekalkan cerita Arab yang menyentuh tentang

Hikayat Seribu Satu Malam, cerita sejarah dan bangsawan seperti Lancang Kuning,

Puteri Dalam Siput dan sebagainya. Pada masa sekarang, cerita-cerita dalam teater

ini mula menampilkan tema-tema yang menyentuh tentang kehidupan sosial,

keagamaan, adat perkahwinan, pendidikan, perpaduan dan sebagainya.

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979) juga, pada peringkat awal cerita

dalam teater boria tidak menggunakan skrip dan lakonannya adalah secara spontan.

Dialog yang disampaikan akan memberi peluang kepada para penonton untuk

berinteraksi dengan para pelakon. Menurut beliau juga, unsur lawak jenaka

merupakan elemen penting bagi menghasilkan persembahan yang berkualiti.

Walaupun unsur lawak jenaka merupakan elemen penting tetapi ia masih

mengekalkan unsur-unsur pendidikan serta moral yang tinggi dalam penyampaian

cerita.

Page 23: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

9

1.1.4.3 TARIAN

Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam bukunya Boria: A Form of Malay

Theatre, tarian yang dipersembahkan dalam teater tradisional boria mempunyai

kaitan yang rapat dengan sketsa yang disampaikan. Menurut beliau juga, pada masa

awal kemunculan teater tradisional boria, lagu dan langkah tarian adalah

berkonsepkan ciri-ciri tarian Arab. Tetapi selepas tahun 50an dan 60an lagu-lagu

dalam teater tradisional boria banyak dipengaruhi oleh irama pop dan Hindustan.

“Gerak-geri tarian dalam boria tidak mempunyai makna yang tersendiri.

Pada masa dahulu boria tidak mempunyai corak tarian yang bebas.

Tetapi sekarang gerak-geri tarian dipanggil semi moden iaitu satu

langkah ke depan dan ke belakang serta ke kiri dan kanan”.

Sumber: Dipetik daripada hasil temuramah

dengan Pn. Zaini binti Man, Jurulatih

Kumpulan Boria Budaya Sari pada

Disember 15, 2006.

Setiap kumpulan boria mempunyai kebebasan dalam mempersembahkan lagu

dan gerak tarian mengikut kreativiti mereka. Sesebuah kumpulan teater boria yang

berkonsep tradisional, biasanya akan mempersembahkan langkah tarian yang

bercorak tradisional seperti Inang, Joget, Zapin, dan sebagainya.

Page 24: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN … AP TAUSEE... · 1.1.4.6 Alat-Alat Muzik 12 1.1.4.7 Persembahan Boria Pada Masa Kini ... Tradisional Melayu, boria mula dibawa masuk ke Pulau

10

1.1.4.4 NYANYIAN

Tukang Karang biasanya mendahului para ‘sailor’ dan pemuzik masuk ke

pentas sebaik sahaja lakonan berakhir. Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam

bukunya Boria: A Form of Malay Theatre, senikata lagu yang dicipta adalah

berasaskan kepada lakonan yang dipentaskan sebelumnya. Senikatanya adalah

berbentuk syair.

Rangkap pertama dalam lagu boria akan memperkenalkan kumpulan masing-

masing. Rangkap ini menjadi korus kepada lagu tersebut. Irama lagu biasanya

disesuaikan dengan cerita. Rangkap yang bermutu mempunyai suku kata yang sama

di setiap hujung rangkap. Ini dapat dijelaskan melalui rangkap berikut:

Izinkan kami sampaikan madah

Pesanan PM mutiara indah

Sebagai saluran penyambung lidah

Semoga berguna dan berfaedah

Talib bin Talib suatu cerita

Membuang isteri kerana bercinta

Asyik Aminah menyerah harta

Sungai Pinang cahaya mata

Sumber: Rahmah Bujang. (1987). Boria: A Form of Malay Theatre. Singapore:

Institute of Southeast Asian Studies. (m.s 124).