42
Sesi Perkongsian Pengetahuan 23 Februari 2011 (Rabu) jam 9.30 pagi Bilik Ilmuan, Aras Satu, Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya Disediakan oleh Shaikh Mohamed Noordin

Cabaran & Masa depan

  • Upload
    buithu

  • View
    258

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cabaran & Masa depan

Sesi Perkongsian Pengetahuan23 Februari 2011 (Rabu) jam 9.30 pagi

              Bilik Ilmuan, Aras Satu, Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya

Disediakan oleh Shaikh Mohamed Noordin

Page 2: Cabaran & Masa depan

Siapakah pustakawan undang-undang?

Pustakawan undang-undang adalah pustakawan ikhtisas* dimana kebolehan mereka dalam mengurus maklumat perundangan diiktiraf oleh majikan* mereka terutama kemampuan mereka dalam menyelia kemudahan penyelidikan undang-undang.

Pustakawan undang-undang berkerja didalam bebagai jenis

organisasi seperti institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, mahkamah dan firma guaman.

Pustakawan undang-undang seharusnya mempunyai skil dan kemahiran dalam mencari maklumat perundangan dari berbagai sumber yang terdapat di masa kini dan mampu mengenal pasti kesahihan sumber-sumber yang digunakan itu.

Page 3: Cabaran & Masa depan

Kategori pustakawan undang-undang

PustakawanUndang-undang

PustakawanUndang-undang

Akademik

Pustakawan Undang-undang

kerajaan

PustakawanUndang-undang

Firma swasta

Bertugas di perpustakaan undang-undang universiti dan

Institut pengajian tinggi

Bertugas di perpustakaan mahkamah,

Jabatan Peguam Negara dan jabatan-jabatan

kerajaan

Bertugas di perpustakaan Majlis Peguam,

firma guaman dan Secara persendirian

Page 4: Cabaran & Masa depan

Apakah cabaran masa depan pustakawan undang-undang?

Perkembangan teknologi telah mendorong peningkatan jumlah perpustakaan maya. Persoalan kini timbul sama ada perpustakaan undang-undang yang ada hari ini masih lagi diperlukan di masa depan.

Setiap kali berlaku krisis kewangan, perpustakaan akan menjadi mangsa pertama akibat dari krisis ini. Kenapa perpustakaan tidak dilihat sebagai unit yang strategik untuk dikekalkan supaya dapat membantu organasi ketika menghadapi krisis kewangan ini??

Ada komen yang menyatakan bahawa perpustakaan dalam bentuk sekarang tidak lagi ekonomik dan diperlukan di masa depan kerana mereka berpendapat “segala-galanya sudah boleh diperolehi melalui Internet (online).”

Jadi, apakah kedudukan masa depan pustakawan undang-undang?

Page 5: Cabaran & Masa depan

Bagaimana hendak mengukur prestasi anda berdasarkan penilaian pengguna?

Adakah perkhidmatan perpustakaan anda itu selari dan menyokong misi dan visi organisasi anda?

Adakah perkhidmatan perpustakaan anda itu penting untuk membantu kerjaya pengguna dan meningkatkan prestasi organisasi anda?

Adakah sumber yang anda perolehi dan salurkan itu tepat, sahih dan bernilai kepada pengguna dan tidak mendatangkan beban kewangan kepada organisasi anda?

Page 6: Cabaran & Masa depan

Bagaimana meyakinkan pihak pengurusan / majikan tentang sumbangan anda dan

perpustakaan anda? Perpustakaan jarang sekali dianggap sebagai unit yang mendatangkan

keuntungan dari segi kewangan kepada oraganisasi mereka. Namun anda perlu menyakinkan pihak pengurusan / majikan anda bahawa keuntungan yang disumbangkan oleh perpustakaan itu lebih dalam bentuk bukan fiskal.

Bukti sumbangan pustakawan dapat dinilai berdasarkan pencapaian dan kecemerlangan keputusan pelajar kerana mendapat sokongan dari bahan maklumat dan pengetahuan yang disediakan oleh perpustakaan.

Bukti sumbangan pustakawan dapat dinilai berdasarkan kualiti penghakiman yang dibuat oleh para hakim kerana mendapat maklumat dan rujukan kes-kes terdahulu yang dibekalkan dari sumber perpustakaan.

Bukti sumbangan pustakawan dalam membantu peguam dapat dinilai berdasarkan kemenangan-kemenangan kes di mahkamah dan peningkatan keyakinan pelanggan disebabkan bantuan dari sumber maklumat yang disediakan oleh perpustakaan.

Page 7: Cabaran & Masa depan

Perkhidmatan perpustakaan undang-undang masa kini

Apakah perkhidmatan yang disediakan? Rujukan Kursus kemahiran maklumat Kesedaran semasa Latihan penyelidkan undang-undang Pinjaman antara perpustakaan & penghantaran dokumen Khidmat nasihat bibliograpi, panduan penyelidikan dan penerbitan fakulti /

organisasi

Untuk siapa perkhidmatan ini disediakan? Fakulti Pelajar undang-undang Kakitangan akademik / para serjana alumni Pengamal undang-undang (peguam / hakim) Orang awam (pro se)

Siapa yang menyediakan perkhidmatan ini? Pustakawan undang-undang Profesional dalam bidang maklumat / subject specialists Kakitangan perpustakaan

Page 8: Cabaran & Masa depan

Pengguna utama perpustakaan undang-undang

Peguam firma guaman

Pensyarah undang-undang

Peguam jabatan kerajaan

Pelajar undang-undang

Para hakim

Page 9: Cabaran & Masa depan

Anda perlu tahu bagaimana memilih jenis pengetahuan dan skil yang dapat mempertingkatkan daya-maju diri anda sebagai seorang pustakawan undang-undang.

Tahu bagaimana anda dinilai oleh pengguna anda sebagai seorang profesional maklumat.

Tahu memancing maklum balas dari pengguna supaya anda dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan menjadikan pujian mereka itu sebagai testimonial untuk dinilai oleh pihak pengurusan atau majikan anda.

Tahu bagaimana memposisi dan mempromosikan perkhidmatan dan diri anda supaya ia kelihatan lebih berketerampilan.

Mempunyai kepelbagaian skil dan peranan mengikut keperluaan dan keadaan supaya kepakaran anda sentiasa diperlukan untuk anda akan terus kekal relevan.

Bagaimana menjadikan diri anda lebih efektif dan strategik?

Page 10: Cabaran & Masa depan

1. Anda perlu tahu tentang sistem dan sumber perundangan negara

2. Tahu tentang asas dan methodologi penyelidikan undang-undang

3. Tahu bagaimana menilai tahap kesahihan sumber perundangan

4. Tahu tentang jenis pengetahuan dan makumat yang diperlukan dalam amalan guaman

5. Tahu bagaimana memilih jenis pengetahuan dan maklumat untuk menyokong keperluan dan misi organisasi / institusi anda

6. Tahu mempromosi dan memposisi peranan anda sebagai pustakawan undang-undang supaya jadi lebih strategik dan relevan

Pengetahuan asas yang diperlukanoleh pustakawan undang-undang

Page 11: Cabaran & Masa depan

Peranan utama pustakawan undang-undang

dalam membantu penggunaUndang-Undang Pustakawan Pengguna

Pustakawan undang-undang boleh bantu pengguna: Menjimatkan masa Mengelakkan kesilapan Mendapatkan kepastian dan kesahihan sumber Menambah nilai kepada maklumat yang diperolehi

Page 12: Cabaran & Masa depan

“Pernyataan nilai tambah oleh pustakawan undang—undang”

(Statement of value added by law librarians)AALL, March 2003

Pernyataan AALL ini menggariskan fungsi pustakawan undang-undang terbahagi kepada empat peranan utama iaitu sebagai:

1. Penilai maklumat (information evaluator)

2. Pengurus maklumat (information manager)

3. Guru dan pelatih (teacher and trainer)

4. Pakar penyelidik (expert researcher)

Page 13: Cabaran & Masa depan

Peranan pustakawan sebagai “Penilai Maklumat”

Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat perundangan kini jadi semankin bertambah. Oleh sebab itu pustakawan undang-undang perlu bertanggungjawab menjadi penyaring dan penilai kepada semua sumber perundangan ini sebelum sumber ini dianggap sesuai untuk dilanggani atau digunakan oleh pengguna di perpustakaan mereka.

Pustakawan undang-undang bertanggungjwab untuk memilih sumber yang paling berauthoriti yang mampu dilanggan berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan kewangan institusi dengan mengambil kira kos langganan, kaedah pengaksesan, reliabiliti sumber, status terkini, kesahihan dan keaslian sumber perundangan tersebut.

Page 14: Cabaran & Masa depan

Peranan pustakawan sebagai “Pengurus Maklumat”

Pustakawan undang-undang sering juga dikenali sebagai seorang ‘Pengurus Maklumat’ (information manager). Mereka diambil kerja kerana kepakaran mereka dalam mengurus maklumat perundangan supaya maklumat ini senang dicari dan diakses oleh pengguna mereka.

Sekarang ini pustakawan undang-undang harus tahu bagaimana cara mengurus pengetahuan (Knowledge Management) termasuk cara memasarkan perkhidmatan dan urus-niaga guaman serta mempromosi kepakaran para peguam yang berkerja di firma mereka.

Page 15: Cabaran & Masa depan

Peranan pustakawan sebagai “Guru dan Pelatih”

Pustakawan undang-undang juga berperanan sebagai guru dan pelatih kerana mereka menjadi orang perantaraan utama yang memperkenalkan sumber perundangan yang baru diperolehi kepada pengguna mereka.

Oleh sebab itu mereka perlu tahu dan dilatih terlebih dahulu tentang bagaimana cara mengguna dan mengakses sumber ini subelum mereka dapat mengajar dan melatih pengguna mereka untuk mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber tersebut dengan lebih mudah.

Page 16: Cabaran & Masa depan

Peranan pustakawan sebagai “Pakar Penyelidik”

Pustakawan undang-undang perlu mengubah peranan mereka daripada seorang “pemegang amamah” untuk maklumat dan pengetahuan yang berada di perpustakan mereka kepada seorang “pakar penyelidik” yang mampu menyelidik dan mengetahui seluruh maklumat dan pengetahuan yang berada didalam organisasi mereka.

Jika pustakawan undang-undang ingin dianggap sebagai rakan sepasukan yang mampu menjayakan misi organisasi mereka, mereka bukan saja perlu mengetahui jenis maklumat yang dapat membantu program pendidikan atau amalan guaman organisasi mereka tetapi juga mengetahui jenis maklumat yang dapat memasarkan kegiatan organisasi mereka itu.

Page 17: Cabaran & Masa depan

Bagaimana program latihan dapat meningkatkan

nilai tambah anda ? Masukkan program latihan anda sebagai sebahagian daripada kurikulum atau program latihan guaman kepada pelajar atau pelatih guaman.

Pastikan progran latihan anda dapat membantu pengguna jadi lebih cekap dan kos-efektif. Pengguna dapat melakukan lebih banyak assigments dengan hasil kerja yang lebih tepat dan pantas. Ini dapat meningkatkan produktiviti mereka.

Latihan anda dapat menghadkan penggunaan sumber dari pengkalan data yang berbayar dan ini dapat mengurangkan kos dan seterusnya dapat membantu anda didalam rundingan kontrak akan datang.

Latihan anda dapat mengurangkan kos bagi pihak pelanggan yang terpaksa menanggung kos penyelidikan melalui masa yang dicaj oleh peguam.

Sediakan peluang latihan dalam pelbagai topik berkaitan sumber perundangan untuk sepanjang tahun.

Maklumkan kepada pihak atasan anda tentang faedah dari hasil latihan anda yang mereka perolehi melalui prestasi yang ditunjukkan oleh pengguna anda. Adakah ia memberi kesan? Jika tidak, cari punca kenapa ia kurang berkesan dan cuba perbaiki program latihan anda itu.

Buat kaji-selidik tentang apa yang pengguna anda ingin tahu daripada seri latihan anda ini. Dapatkan maklum balas mereka dan bawa maklum balas mereka ke pengetahuan pihak atasan anda.

Anda harus menyediakan laporan tahunan untuk menilai segala aktiviti yang anda lakukan untuk tujuan mempromisikan perkhidmatan perpustakaan anda jika ini masih belum dilakukan.

Page 18: Cabaran & Masa depan

Peranan pustakawan undang-undang

Peranan utama

Pustakawan undang2Akademik

Pustakawan undang2Kerajaan

Pustakawan undang2swasta

SebagaiTenaga pengajar

/ pelatih

SebagaiPengurus maklumat

Sebagaipelatih

SebagaiPakar penyelidik

Sebagai penguruspengetahuan

Sebagai Pakar penyelidik

Page 19: Cabaran & Masa depan

Tugas asas pustakawan undang-undang

Tugas asas

Perkhidmatan Pentadbiran

PerkhidmatanTeknikal Perkhidmatan

pengguna

Pengurusankewangan

Mengemas-kiniUndang-undang

MencariUndang-undang

Dalam perpustakaan

Luar perpustakaan

Dari bahan bercetak dan Dalam talian

MemperolehiUndang-undang

Mengurus penglokasianUndang-undang

Memastikan undang-Undang terkini

Page 20: Cabaran & Masa depan

Perubahan tugasan pustakawanan undang-undang dulu dan sekarang

Dulu Sekarang

Jenis bahan yang diurus Hanya mengurus bahan bercetak saja

Termasuk mengurus sumber elektronik

Jenis maklumat yang diperolehi

Hanya sumber dari luar organisasi

Termasuk sumber dari dalam organisasi

Kaedah mengkategori bahan

Menggunakan sistem klasifikasi perpustakaan saja

Menggunakan teksonomi untuk maklumat seluruh organisasi

Jenis perkhidmatan yang disediakan

Untuk tujuan pendidikan & amalan perundangan saja

Termasuk untuk tujuan permasaran dan urus niaga guaman

Jawatan yang dikenali Pengurus maklumat (Information Manager)

Pengurus Pengetahuan (Knowlwdge Manager)

Page 21: Cabaran & Masa depan

Bidang tugas pustakawan undang-undang

akademik Menyediakan latihan kepada pelajar tentang penggunaan sumber

perundangan termasuk maklumat mengenai sumber perpustakaan melalui laman web universiti mereka.

Membantu pelajar mengikuti perkembangan perundangan seperti menyediakan table of contents untuk bahan-bahan yang baru diperolehi, Legal Alert, dsb.

Mengajar pengguna mengakses sumber perpustakaan dan panduan mengemaskini hasil penyelidikan mereka.

Memberi bantuan dalam pencarian maklumat perundangan kepada fakulti dan lain-lain kakitangan akademik di dalam universiti mereka.

Page 22: Cabaran & Masa depan

Bidang tugas pustakawan undang-undang

jabatan kerajaan Memaklumkan kepada pegawai perundangan di jabatan

kerajaan mengenai sumber perundangan dan kaedah penyelidikan yang baru diperkenalkan.

Membantu mahkamah dalam pengaksesan maklumat-maklumat perundangan melalui sumber elektronik (dalam talian) untuk kegunaan jabatan dan mahkamah.

Membantu para hakim menyalurkan penghakiman terbaru mereka untuk diterbitkan dalam laporan undang-undang.

Menjadikan perpustakaan undang-undang sebagai pusat depositori untuk menyimpan dokumen perundangan kerajaan termasuk penghakiman dari mahkamah sebagai rekod awam.

Page 23: Cabaran & Masa depan

Bidang tugas pustakawan undang-undang

firma guaman? Penyelidikan di firma guaman meliputi pencarian fakta-fakta yang

diperlukan oleh peguam dalam lain-lain bidang seperti bidang perniagaan, sains, kejuteraan dan perubatan selain daripada bidang perundangan.

Perlu sentiasa mengikuti perkembangan legislatif dan regulatori

Perlu sentiasa mengkaji sumber-sumber perundangan yang diperolehi berasaskan kos, kandungan dan kesahihan nilai maklumat dari sumber-sumber tersebut

Membantu peguam dalam penggunaan sumber-sumber perundangan yang baru

Page 24: Cabaran & Masa depan

Bagaimana meningkatkan kemahiran anda?

Kemahiran asas

Pengetahuan(Knowledge)

Skil(Skills)

Sikap(Attitudes)

Minat yangmendalamSkil komunikasiPengetahuan tentang

kepustakawanan

Pengetahuan tentang sistem & sumber perundangan Skil teknologi maklumat Sikap ingin belajar

Tahu meletak keutamaan

Pengetahuan tentang Profesion perundangan Skil pengurusan

Pengetahuan tentangIstilah perundangan

Page 25: Cabaran & Masa depan

Kemahiran asas pustakawan undang-undang

Kemahiran am Memahami latar belakang sejarah perundangan Malaysia Memahami sistem perundangan Malaysia Memahami jenis sumber perundangan dan bagaimana ia

dikategorikan Memahami tugas hakiki profesion perundangan

Kemahiran khusus Memahami bagaimana undang-undang dibuat, diterbit dan

digunakan Mengetahui dimana sumber perundangan ditempatkan dan

bagaimana mencari sumber tersebut Mengetahui bagaimana mengurus, mengendali dan

mengemaskini bahan perundangan bagi memastikan kesahihan bahan-bahan tersebut

Competencies of Law Librarianship, AALL, March 2001 (revised 2010)

Page 26: Cabaran & Masa depan

Kemahiran khusus yang diperlukan oleh pustakawaan undang-undang

Pengurusan Maklumat PerundanganBagaimana mengurus maklumat perundangan

○ Mengetahui jenis sumber perundangan seperti Sumber Utama dan Sumber Skunder

○ Mengetahui kegunaan sumber-sumber ini; bagaimana dan bila ia digunakan.

Skil Penyelidikan Undang-UndangBagaimana mencari & mengenal pasti undang-undang

○ Mengetahui sistem perundangan negara dan badan-badan pembuat undang-undang

○ Mengetahui siapa yang buat undang-undang dan bagaimana undang-undang itu dibuat, diterbit dan disimpan

○ Mengetahui sama ada undang-undang yang dicari itu masih lagi sahih untuk dirujuk di makahmah

Competencies of Law Librarianship, AALL, March 2001 (revised 2010)

Page 27: Cabaran & Masa depan

Bagaimana meningkatkan kecemerlangan

Perwatakanperibadi

PerkhidmatanPentadbiran

PerkhidmatanTeknikal

PerkhidmatanPengguna

Cermat Suka berkhidmatBertanggungjawaban

terperinci

Service-oriented

Pintar berkomunikasi

Memberi perhatian

Mudah-suai

Berbudi bahasa

Tahan tekanan

Kreatif

Penyimpan rekod

Fleksiibil

Page 28: Cabaran & Masa depan

Bagaimana program KM bantu firma guaman?

Memperbaiki kualiti perkhidmatan guaman untuk memberi kelebihan dalam persaingan dalam industri perundangan

Meningkatkan kepantasan dalam memberi perkhidmtan untuk kepuasan hati pelanggan

Memastikan khidmat-nasihat perundangan yang konsisten bagi mengukuhkan keyakinan pelanggan

Memperbaiki pengurusan dan penggunaan pengetahuan peguam untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka

Memperbaiki pengaksesan sumber perundangan Mempertingkatkan kemampuan untuk menyunkil maklumat dengan

cepat Dapat menarik dan mengekalkan peguam-peguam yang terbaik Dapat menarik dan mengekalkan pelangan-pelanggan yang terbaik

Pengurusan pengetahuan (Knowledge Management) dalam firma guaman

Page 29: Cabaran & Masa depan

ObjektifObjektif Pengurusan Pengurusan PengetahuanPengetahuan

(KM)(KM)

PenyelidikanPenyelidikanUndang-undangUndang-undang

PembangunanPembangunanIkhtisasIkhtisas

Para peguamPara peguam

PembangunanPembangunanUrusniagaUrusniagaguamanguaman

Bantuan dalam Bantuan dalam PentadbiranPentadbiran

Firma guamanFirma guaman

Objektif pengurusan pengetahuan (KM) dalam firma guaman

Page 30: Cabaran & Masa depan

Bagimana proses transaksi pengetahuan (knowledge transactions)

berlaku?

Pembeli Pembekal Broker(Pelanggan) (Peguam)

(Pustakawan undang-undang) (Pengurus Pengetahuan)

Pengetahuan Ekplisit Pengertahuan Tasit (Explicit Knowledge) (Tacit Knowledge)

(Pakar dalam pengetahuan ekternal (Pakar dalam pengetahuan Internal yang diperolehi dari luar organisasi yang dibuat dari dalam organisasi untuk

untuk amalan perundangan) memasarkan perkhidmatan guaman)

Page 31: Cabaran & Masa depan

Bagimana proses transaksi pengetahuan (knowledge transactions)

berlaku?Proses transaksi pengetahuan melibatkan:

Pembeli (Pelanggan): memerlukan pengetahuan guaman untuk menyelesaikan masaalah perundangan mereka. Mereka “membeli” pengetahuan dalam bentuk “nasihat guaman” bagi tujuan tersebut

Pembekal (Peguam): “menjual” pengetahuan dan kepakaran mereka dalam bentuk “pendapat dan nasihat perundangan” untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pelanggan (pembeli) mereka.

Broker (Pustakawan Undang-Undang dan Pengurus Pengetahuan): adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam mencari maklumat yang dapat membantu peguam (pembekal) merumuskan nasihat perundangan yang tepat dan pantas untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pelanggan (pembeli) mereka.

Page 32: Cabaran & Masa depan

Pemetaan pengetahuan Kategori pengetahuan mengikut kegunaan

Pengetahuanguaman

Untuk amalan guaman(Practice of Law)

Pengetahuan yang diperlukan dalam amalan perundangan

Untuk urusniaga guaman(Business of Law)

Pengetahuan yang diperlukan dalam menyokong aktiviti pemasaran

perkhidmatan perundangan

Page 33: Cabaran & Masa depan

Pemetaan pengetahuan Pengetahuan dalam amalan guaman

Pengetahuan dalamAmalan guaman

Penyelidikanperundangan

Pembelajaran /Pembangunan ikhtisas

Duluan terbitan firma (firm’s Precedents) Kertas seminar

Bahan ceramah guamanAmalan terbaik firma(best Practices)

Bahan perundangan(legislation material)

Laporan undang-undangCase Law (Law Reports)

Page 34: Cabaran & Masa depan

Pemetaan pengetahuan Pengetahuan dalam urusniaga guaman

Pengetahuan dalam Urusniaga guaman

Pengurusan pelanggan

Aktiviti pemasaran

PengurusanKewangan

Data kontekpelanggan

Profil tentangfirma

Profil tentangpeguam

Artikel daripeguam

Laporan tentangPerniagaan pelanggan

Maklumat Billing

Maklumat tentang Perkara file

Page 35: Cabaran & Masa depan

Penilaian Pengetahuan(Knowledge evalution)

Piramid Pengetahuan

DataData(Data)(Data)

MaklumatMaklumat(Information)(Information)

PengetahuanPengetahuan(Knowledge)(Knowledge)

Page 36: Cabaran & Masa depan

Penilaian Pengetahuan(Knowledge evalution)

Piramid Pengetahuan

Pengetahuan AsasPengetahuan Asas(Core Knowledge)(Core Knowledge)

(Pengetahuan dan maklumat asas - (Pengetahuan dan maklumat asas - Cukup untuk melakukan amalan asas perundangan)Cukup untuk melakukan amalan asas perundangan)

Pengetahuan LanjutanPengetahuan Lanjutan(Advanced Knowledge)(Advanced Knowledge)

(Mempunyai pengetahuan dan maklumat yang sangat relevan –(Mempunyai pengetahuan dan maklumat yang sangat relevan –Cukup untuk bersiang dalam industri / perkhidmatan perundangan)Cukup untuk bersiang dalam industri / perkhidmatan perundangan)

Pengetahuan InovatifPengetahuan Inovatif(Innovative Knowledge)(Innovative Knowledge)

(Mempunyai pengetahuan yang sangat bernilai –(Mempunyai pengetahuan yang sangat bernilai –Cukup untuk berada ditempat paling atas dan memimpin industriCukup untuk berada ditempat paling atas dan memimpin industri))

Page 37: Cabaran & Masa depan

Penilaian PengetahuanTahap Nilai Pengetahuan

(adapted from Rusanow, 20012:9)

Pengetahuan Asas, Maklumat Am Pengetahuan Asas, Maklumat Am dan Datadan Data

Core Knowledge, GeneralCore Knowledge, GeneralInformation and DataInformation and Data

Pengetahuan dan Maklumat LanjutanPengetahuan dan Maklumat Lanjutan(Advance Knowledge and(Advance Knowledge and

Information)Information)

Pengetahuan InovatifPengetahuan Inovatif(Innovative Knowledge)(Innovative Knowledge)

Pengetahuan yang paling bernilai Hanya dikendalikan oleh KM Pencarian melalui kategori Boleh diperolehi secara full-text

Pengetahuan yang sangat releven Sering dikendalikan oleh KM Searchable by categories Boleh diperolehi secara fill-text

Pengetahuan asas Boleh diperolehi secara full-text

Contoh: Law firm precedent documents Maklumat pelanggan Industry and project information Law firm staff skills and expertise

Contoh: Best practice documents, e.g.

transactional documents, methodologies and research

Regularly used information indexed by subject matter

Contoh: Publicly available; legal, industry and

client information

Page 38: Cabaran & Masa depan

Pembangunan kerjaya untuk pustakawan undang-undang

Bina reputasi mesra-pengguna dikalangan kakitangan organisai anda supaya dapat menarik minat mereka mengenali anda dan tugasan anda.

Sertai persatuan pustakawan seperti Kumpulan Pustakawan Undang-Undang terutama untuk tujuan menjalinkan rangkaian persahabatan (networking).

Menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan pustakawan dan kumpulan-kumpulan yang berkaitan.

Libatkan diri dengan program yang diselenggarakan oleh institusi pengajian kepustakawanan seperti mengajar dalam topik kepustakawanan undang-undang serta memberi ceramah tentang kerjaya dalam bidang kepustakawanan undang-undang.

Menawarkan latihan amali kepada pelajar dalam bidang kepustakawanan. Jadikan perpustakaan anda sebagai tempat mereka menjalani latihan amali supaya dapat memupuk minat mereka untuk memilih kerjaya sebagai pustakawan undang-undang.

Menghadiri kursus terutama mengenai bidang kepustakawanan undang-undang

Baca banyak artikel dan buku-buku berkaitan kepustakawanan undang-undang

Menulis artikel dan berkongsi pengetahuan dengan rakan sejawatan yang lain

Page 39: Cabaran & Masa depan

Apakah yang menghalang pustakawan undang-undang daripada memperbaiki

prestasi diri? Ramai pustakawan merasakan diri mereka kurang dihargai kerana beban

kerja yang tidak berpadanan dengan gaji berbanding dengan rakan mereka yang berkerja sebagai pensyarah atau peguam. Ini boleh menjatuhkan semangat dan kommitmen mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Mempunyai rasa kurang keyakinan diri kerana tidak pernah mendapat bimbingan, tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuan dari mereka yang berpengalaman dalam bidang kepustakawanan undang-undang.

Kurang mendapat sokongan, insentif dan galakan dari pihak pengurusan atau majikan

Tidak mempunyai kakitangan sokongan yang mencukupi

Tidak mendapat sokongan kewangan untuk menyokong perubahan

Sikap pengurusan / majikan yang kurang faham (atau terlepas pandang) tentang kemampuan dan sumbangan sebenar seorang pustakawan undang-undang hingga berlaku pembaziran sumber insan dalam membangunkan organisasi mereka.

Page 40: Cabaran & Masa depan

Siapakah menjadi pesaing kepada pustakawan undang-undang

Peguam Sokongan Profesional – Professional Support Lawyers (PSL)

Profesional Teknologi Maklumat – IT Professional

Profesional Bukan Profesion – Non Profession Professional

Kakitangan Bukan Profesional – Non-professional (Support) Staff

Page 41: Cabaran & Masa depan

Kesimpulan Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah sumber perundangan

dalam berbagai bentuk format. Bahan-bahan bercetak tidak lagi menjadi sumber rujukan utama yang menyalurkan maklumat perundangan.

Perkembangan teknologi maklumat ini juga memaksa pustakawan undang-undang mengubah cara mereka berkerja. Skil dan pengetahuan yang diperolehi dulu perlu sentiasa diperbahrui supaya dapat menepati keperluan semasa pengguna.

Perpustakaaan undang-undang tradisi kini menjadi pilihan kedua berbanding perpustakaan undang-undang maya. Oleh itu kemahiran untuk mengendalikan kedua-dua sumber perundangan ini sangat-sangat diperlukan sekarang.

Peranan dan kemahiran pustakawan undang-undang juga terpaksa diubah supaya ia kekal relevan, daripada pengurus maklumat kini telah menjadi pengurus pengetahuan.

Page 42: Cabaran & Masa depan

Penutup kata Jangan terlalu selesa dengan kedudukan profesion anda sekarang

terutama jika anda enggan berubah dan mengubah peranan anda, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan skil anda untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan bersiap sedia untuk menghadapi keperluan masa depan.

Jangan biarkan pengguna anda merasakan lebih baik mereka bergantung kepada penggunaan sumber dari Internet daripada berurusan dengan anda yang kurang mahir dan berpengetahuan atau tidak tahu bagaimana memenuhi keperluan mereka.

Jangan biarkan profesion anda diambil-alih oleh pihak lain yang nampaknya lebih bersedia menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna anda dengan lebih berkesan.

Jadikanlah diri dan profesion anda sebagai pilihan utama atas reputasi dan kridibiliti anda yang mampu menyumbang kearah membangunkan sistem pendidikan perundangan dan industri guaman di negara ini.