36
CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA NAMA: CHEW ZHENG LIN KELAS: F1A (BM) KOD KURSUS: GCI 1022 NAMA KURSUS: CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA PENSYARAH: EN. ROMLIE

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIANAMA: CHEW ZHENG LINKELAS: F1A (BM)KOD KURSUS: GCI 1022NAMA KURSUS: CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIAPENSYARAH: EN. ROMLIE1TAJUK : Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada krisis kewangan global pada tahun 1996 dan apakah kesannya kepada ekonomi negara Malaysia.2PENGENALANKrisis kewangan yang melanda Asia bermula pada Julai 1997 merupakan satu fenomena yang telah menjejaskan aktiviti perdagangan dan hampir melumpuhkan ekonomi negara-negara terbabit( Thailand, Filipina, Malaysia, Indonesia, Hong Kong dan sebagainya. )

Kedatangannya di tengah-tengah pertumbuhan pesat rantau Asia khususnya Asia Timur dikatakan angkara speculator asing, namun tidak dapat dinafikan ada faktor-factor lain yang menyumbang kepada fenomena ini.

Krisis yang bermula sebagai krisis mata wang dan seterusnya berkembang menjadi krisis struktur seluruh ekonomi.

3PENGENALANBermula pada 2 Julai 1997 iaitu sehari selepas kembalinya Hong Kong kepada pemerintahan China dengan runtuhnya nilai baht di Thailand

Bibit-bibit krisis sebenarnya sudah mula bercambah lama sebelum tarikh tersebut lagi

Serangan spekulatif terhadap mata wang kali ini dianggap penganalisis sebagai agak luar biasa iaitu bagaikan teori domino bermula dengan baht di Thailand, diikuti peso Filipina dan ringgit Malaysia tidak terkecuali rupiah Indonesia, dolar Singapura serta won Korea dan dolar Taiwan4PENGENALANKrisis bermaksud keadaan tidak terkawal atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesutu kejadian, keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, kegentingan, ketegangan dan keributan

Kewangan pula merujuk perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yang dikaitkan dengan wang

Frasa krisis kewangan adalah bermaksud keadaan yang membimbangkan mengenai soal-soal kewangan5SEBELUM KRISIS KEWANGANEkonomi Asia Timur termasuk Malaysia mengalami pertumbuhan yang begitu pesat

Pertumbuhan ini telah disertai dengan kadar inflasi yang rendah, pendapatan per kapita yang meningkat dan kadar kemiskinan yang berkurangan

Malaysia telah mencatat kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar sebanyak 8.5 peratus bagi tempoh 1991-1997, manakala pendapatan per kapita telah meningkat dua kali ganda dalam dolar Amerika Syarikat (USD) pada tahun 1997 serta kadar kemiskinan yang berjaya dikurangkan daripada 16.5 peratus kepada 6.1 peratus 6SEBELUM KRISIS KEWANGANKementerian Kewangan Thailand begitu positif terhadap masa depan ekonomi negaranya dengan meramalkan pertumbuhannya kekal pada purata antara tujuh hingga 7.5 peratus setahun serta mengekalkan inflasi pada kadar maksimum lima peratus sepanjang tuga tahun lagi

Mereka turut meramalkan AKAUN defisit semasa negara berada pada kadar antara 7.5 dan 7.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 1997

Eksport juga dijangka meningkat7SEBELUM KRISIS KEWANGANSuasana ekonomi makro serantau yang menggalakkan telah berjaya menarik minat pelabur untuk menanam modal di rantau ini

Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), antara tahun 1990-1996, jumlah modal yang mengalir masuk ke pasaran-pasaran baru muncul Asia melebihi USD$ 400 billion

Dana tersebut mengalir masuk dalam bentuk pelaburan langsung pinjaman bank serta membeli saham dan bon

Zaman muncah (keajaiban Asia, ekonomi naga, ekonomi harimau) berlaku apabila modal asing itu ditukar menjadi mata wang tempatan dan dibelanjakan dalam pelbagai sektor8SEMASA KRISIS KEWANGANAliran masuk modal terhenti

Berbondong-bondong merempuh keluar apabila para peminjam (creditors) itu membuat tafsiran bahawa dana tersebut semakin banyak yang digunakan untuk membina bangunan, kilang dan pejabat yang sebenarnya tidak diperlukan

Maka tinggallah negara-negara tersebut sebagai mangsa krisis ekonomi dan penanggung hutang luar yang amat besar jumlahnya9SEMASA KRISIS KEWANGANNilai mata wang diturunkan dan harga saham sesebuah negara yang telibat, bahkan membawa kepada kegawatan ekonomi secara keseluruhannya di samping memberi kesan jangkitan kepada negara-negara serantauPenurunan nilai MATA WANG menular ke seluruh AsiaThailand mengalami kejatuhan nilai mata wang baht ke paras paling rendah dalam tempoh 30 tahun, satu situasi yang menggegarkan seluruh ThailandNilainya susut sehingga 25 peratusEkonomi Thailand diramal sekadar meningkat 2.5 hingga 3 peratus sahaja pada 1997, iaitu kadar paling perlahan dalam tempoh tiga dekad, berbanding 6.4 peratus pada 199610SEMASA KRISIS KEWANGANNilai ringgit telah jatuh dengan ketaranya. Dari RM2.50 kepada satu dolar AS, ringgit turun nilai kepada RM4.16 (8 Julai 1998) kepada satu dolar ASKejatuhan dalam mata wang adalah berkait rapat dengan kejatuhan di bursa sahamIndek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) umpamanya menjunam daripada paras tertinggi 1271 pada 25 Februari 1997 kepada 262.7 mata pada 1 September 1998Nilai pasaran ini merosot melebihi dua pertiga daripada mata tertinggi tersebut, iaitu daripada RM917 bilion kepada RM181.5 bilion pada tempoh yang sama menyebabkan kerugian melebihi RM700 bilion dalam pasaran sahamnya11FAKTOR KRISIS KEWANGANPeranan spekulator mata wangPada amnya, semua orang bersetuju bahawa krisis kewangan di rantau ini adalah disebabkan mainan spekulator mata wang

Ini dibuktikan dengan pengaliran keluar kira-kira AS$115 bilion dari lima negara utama yang mengalami krisis (Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia) sejak bermula krisis sehingga September 1998

George Soros merupakan spekulator mata wang yang dikaitkan dengan faktor ini12BIODATA GEORGE SOROSDilahirkan Ogos 12, 1930, di Budapest, Hungary dengan nama Gyrgy Schwartz Jutawan terkaya ke-29 di dunia, dengan nilai harta $11.0 billionMerupakan pengerusi Soros Fund Management dan Open Society InstitutePerdana Menteri Malaysia telah menyebut beliau sebagai antara penyangak mata wang dunia yang berniat jahat untuk memporak-perandakan ekonomi negara-negara miskin dan sedang membangun khususnya Asean

13FAKTOR KRISIS KEWANGANPeranan spekulator mata wangBeliau dan konco-konconya yang menguasai pengurusan dana asing yang besar berpakat menyerang pasaran Asean bagi menyekat kelahiran harimau ekonomi yang bakal mengaum di pasaran antarabangsa

Serangan mereka tidak terhad di Asean sahaja. Mereka mempunyai strategi untuk menyerang Hong Kong, dan kemudiannya menyekat kemaraan China sebagai gergasi ekonomi di rantau Pasifik14FAKTOR KRISIS KEWANGANBagaimanakah aktiviti spekulasi ini menyebabkan kejatuhan mata wang sesebuah negara ?Sekiranya nilai mata wang sesebuah negara diramalkan akan turun, para spekulator akan bertindak menjual mata wang tersebut di kedua-dua pasaran semerta dan pasaran hadapan

Apabila nilai mata wang tersebut benar-benar-turun, maka mata wang tersebut akan dibeli kembali pada kadar yang murah. Perbezaan antara jualan dengan belian adalah keuntungan yang akan diperoleh oleh spekulator15FAKTOR KRISIS KEWANGANKrisis keyakinan dan kesan penularan

Faktor teknikal yang juga perlu diambil kira walaupun sukar untuk dikuantitikan tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap permintaan dan penawaran sesuatu mata wangSelalunya dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan politik sesuatu negara yang mata wangnya terlibatSekiranya keadaan ekonomi dan politik sesebuah negara itu kurang meyakinkan, para pelabur, pedagang ataupun spekulator akan menjual mata wang negara tersebut di pasaran

16FAKTOR KRISIS KEWANGANKrisis keyakinan dan kesan penularan

Disebabkan dasar-dasar ekonomi dan politik yang tidak disenangi ini membuatkan para pelabur hilang keyakinan terhadap mata wang negara-negara tersebutMereka bertindak tidak akan memegang mata wang tersebut, sebaliknya akan menjualnyaJadi soal keyakinan terhadap faktor-faktor politik dan ekonomi boleh mempengaruhi perdagangan pasaran terutamanya kepada pedagang, pelabur dan spekulator terhadap aliran kadar pertukaran sesuatu mata wang

17FAKTOR KRISIS KEWANGANKrisis keyakinan dan kesan penularanApabila berlaku masalah di Thailand, para pelabur terutama pelabur asing melihatnya sebagai suatu risiko, lebih-lebih lagi apabila mereka melihat rantau ini sebagai satu kelompokMereka menganggap Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina ini berada dalam satu kumpulan ekonomi dan mempunyai ciri-ciri dan struktur ekonomi yang samaJika sekiranya terdapat kelemahan struktur di Thailand dan Filipina umpamanya, mereka menganggap kelemahan itu juga wujud dalam ekonomi Malaysia, walaupun tanggapan itu tidak benarJadi berdasarkan itu, mereka menarik keluar pelaburan mereka dari negara-negara lain

18FAKTOR KRISIS KEWANGANIntergrasi dalam pasaran sejagatPerkembangan pesat teknologi maklumat mutakhir ini mendekatkan sesebuah negara dngan negara lain. Era globalisasi atau dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan turut menjadi penyumbang kepada krisis iniMenurut Kumiharu Shigehara, Timbalan Ketua Setiausaha Organisasi Kerjasama Dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Sifat turun naik kadar pertukaran (di Asia) sebahagian besarnya disebabkan oleh peralihan dalam aliran modal dan hilang kepercayaan yang bersifat self-fullfilling (apa yang diramal ialah yang terjadi) memain peranan penting dalam memperdalam dan memperluaskan krisis tersebut

19FAKTOR KRISIS KEWANGANIntergrasi dalam pasaran sejagatHari ini pasaran mata wang global dalam sistem tersebut hampir RM 10 trilion sehari dagangannya dengan berbilion-bilion lagi menyerapi pasaran saham dan pasaran bon. Pasaran itu merupakan pasaran elektronik yang bersifat berbondong-bondong (herd).

Bila gerombolan-gerombolan besar itu dengan tiba-tiba berebut-rebut lari keluar, maka negara-negara besar dan kecil yang telah mengintegrasikan diri kepada sistem global itu akan menanggung kesannya yang amat parah

20FAKTOR KRISIS KEWANGANIntergrasi dalam pasaran sejagatSebenarnya, sejauh mana terintegrasinya atau terserapnya ke dalam pasaran global terserah kepada pilihan sendiri. Dengan tahap integrasi yang kurang, maka mungkin lebih sedikit pulalah jumlah modal dan aset yang dapat dimanfaatkan dan besar kemungkinannya kadar pertumbuhan ekonomi di rantau ini tidak semudah dan secepat itu mencapai tahap keajaibannya. Namun godaan untuk melakukan integrasi sepenuhnya itu tentulah amat kuat pula kerana dengan itu tentulah lebih banyak wang panas yang dapat dimanfaatkan untuk merealisasikan pembangunan yang dirancang.21FAKTOR KRISIS KEWANGANIntergrasi dalam pasaran sejagat

Tetapi hakikatnya, negara-negara sedang membangun ini masih belum mempunyai sistem kewangan yang mantap untuk menerima sepenuhnya globalisasi dan liberalisasi urus niaga akaun modal

22FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Menyalahkan orang lain semata-mata tanpa melihat kelemahan diri sendiri merupakan satu tindakan yang kurang tepatWalhal para pedagang mata wang ini merupakan golongan yang oportunis terhadap peluang-peluang pelaburan yang dapat memberi keuntungan lumayan kepada merekaKebetulannya, negara-negara sedang membangun di Asia ini gagal melaksanakan polisi ekonomi mereka dengan sempurna lantaran ingin menikmati pembangunan yang cepat dan berterusan

23FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalamanKelemahan polisi dalaman ini boleh kita lihat dari beberapa aspek:Ekonomi yang meruap/ bertumbuh melebihi potensi sebenarDefisit akaun semasa dalam imbangan pembayaranProduktiviti yang rendah dan pertumbuhan kredit dalam sektor yang tidak produktifUnsur kronisme dan nepotisme dalam pengagihan kekayaan negaraTeori pusingan ekonomiPeringatan daripada Tuhan24FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Ekonomi yang meruap/ bertumbuh melebihi potensi sebenarPertumbuhan yang pesat tanpa disedari mengundang musibah. Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak 1987 hingga 1997 dikatakan telah melebihi potensinya iaitu melebihi kadar sumber yang dimiliki. Maksudnya, kadar pertumbuhan sebenar (real growth rate) Malaysia melebihi kadar potensi pertumbuhan (potential growth rate) berdasarkan sumber yang ada. Dengan demikian sudah tentu ia akan menimbulkan tekanan kepada negara25FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaranBeberapa tahun kebelakangan ini, modal jangka pendek atau pelaburan portfolio masuk lebih banyak daripada pelaburan secara langsung.[29] Ia mendedahkan kepada aliran keluar-masuk modal jangka pendek yang akan menyebabkan keadaan ekonomi tidak stabil. Defisit dalam akaun semasa berlaku apabila jumlah yang diimport lebih besar daripada jumlah yang diimport sabagaimana yang diterangkan sebelum ini26FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Produktiviti yang rendah dan pertumbuhan kredit dalam sektor yang tidak produktifDi Thailand, sehingga 400,000 buah rumah bernilai AS$2 bilion dikatakan tidak mampu dijual. Para pemaju seterusnya tidak mampu menjelaskan pinjaman bank masing-masing. Ini akan menyebabkan berlaku inflasi harga aset iaitu apabila pembeli-pembeli tidak dapat membayar harga rumah dan pemaju tidak mendapat pulangan daripada pelaburan mereka. Pinjaman tak berbayar bank-bank akan meningkat.27FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Unsur kronisme dan nepotisme dalam pengagihan kekayaan negaraUnsur kapitalisme kuncu dapat dilihat dalam usaha menyelamatkan kepentingan pihak tertentu menunjukkan ia memainkan peranan mempengaruhi siapa yang hendak dipilih. Misalnya tabung RM60 bilion yang diumumkan kerajaan Malaysia untuk menyuntik semula syarikat yang hampir lemas yang diumumkan pada Mac 1998 melibatkan nama seperti Mirzan Mahathir (Konsortium Perkapalan Berhad), KUB (Koperasi UMNO) dan Tajudin Ramli (MAS). Yang jelasnya, ketiga-tiga individu di atas melibatkan orang yang rapat dengan orang atasan pemerintah. Tetapi kita tidak dapat membuktikan bahawa sejauh mana kapitalisme kuncu memberi kesan langsung menyebabkan sistem ini runtuh. Yang nyata, sejumlah besar kredit yang dikeluarkan pihak bank adalah untuk membiayai projek-projek besar syarikat-syarikat tertentu. Sumber pembiayaan ini diperolehi daripada dana asing28FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Teori pusingan ekonomiMengikut pendapat Dr. Barjoyai Bardai, Malaysia sepatutnya telah pun menyambut kemelesetan ekonomi ini tiga atau empat tahun yang lalu. Kedatangan fenomena ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan sunnatullah umpama pasang surut air. Bahkan al-Quran sendiri ada menerangkan fenomena ini dalam surah Yusuf ayat 47 hingga 4929FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Teori pusingan ekonomiYusuf berkata : Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian akan datang sesudah itu tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit). Kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur.30FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Teori pusingan ekonomiMengikut analisis ahli ekonomi, kemelesetan akan berlaku apabila pasaran hartanah memuncak. Hal ini berlaku di Thailand dan Malaysia satu setengah atau dua tahun yang lalu. Selepas pasaran hartanah mencapai puncak , bank akan menaikkan kader faedah, dan kemudian kecairan dalan pasaran akan menjadi kecut. Ini merupakan permulaan kepada krisis. Selepas itu, kecairan sepatetnya semakin kecut dalam pasaran, sehingga peniagapeniaga menjadi sesak dan pasaran saham serta-merta akan turun kerana tidak ada kecairan untuk menyokong. Lima tahun menurun dan lima atau enam tahun menaik.31FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalamanPeringatan daripada TuhanAllah mempunyai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, apabila Dia menyatakan kemurkaan-Nya tentulah pihak yang dimurkai itu benar-benar bersalah. Secara analoginya, seseorang bapa yang terkenal dengan sifat penyayangnya kalau pada suatu hari beliau memukul anaknya, tentulah si anak itu telah melakukan kesalahan yang besarFirman Allah S.W.T. yang bermaksud : Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbutan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Surah Ar-Rum ayat 41

32FAKTOR KRISIS KEWANGANKelemahan polisi ekonomi dalaman

Peringatan daripada TuhanAllah menurunkan bala sebagai pengajaran supaya manusia sedar akan kesalahan yang mereka lakukan dan kembali bertaubat kepada-Nya. Krisis kewangan dan krisis ekonomi jika dilihat dari perspektif keagamaan atau dari sudut syariah, memang ada hubung kaitnya dengan amalan bisnes dan sistem ekonomi yang diamalkan sekarang. Sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan riba tidak mengambil kira dosa dan pahala, sedangkan dalam Al-Quran memerintahkan supaya meninggalkan saki baki amalan berunsurkan riba33KESAN KRISIS KEWANGAN KEPADA EKONOMI NEGARA MALAYSIADi antara tempon 14 Julai 1997 hingga 7 Januari 1998, nilai ringgit telah jatuh dari RM2.50 terhadap US$1 kepada RM4.88 terhadap US$1. Tahun 1998 memperlihatkan kesan krisis ke atas ekonomi Malaysia. Pertumbuhan KDNK merosot dari sekitar 7 peratus pada tahun 1997 kepada sekitar negatif 7 peratus pada tahun 1998. Ekonomi negara berada dalam kedudukan yang lemah memandangkan sektor korporat mengalami kesukaran dalam mendapatkan kredit dan pada masa yang sama mengalami peningkatan hutang yang semakin tinggi34KESAN KRISIS KEWANGAN KEPADA EKONOMI NEGARA MALAYSIAEkonomi terlampau bergantung kepada sistem perbankan untuk mendapat dana. Dalam sektor perbankan, walaupun berlakunya penurunan dalam pertumbuhan deposit, namun aktiviti pinjaman masih diteruskan. Ini menyebabkan risiko sistematik tinggi dan berlaku funding mismatch kesan daripada fenomena lend long (pinjaman jangka panjang) serta borrow short (deposit jangka pendek) oleh bank. Pada September 1997, sektor perbankan dikatakan mengalami liabititi eksternal sebanyak RM6 billion35LAMPIRAN

36LAMPIRAN

37