8
www.mymrt.com.my buletin projek MRT PROJEK MRT Lembah Klang bakal mengorak langkah ke satu fasa yang menarik. Persediaan bagi pelancaran dua buah mesin pengorek terowong yang pertama bagi projek ini sedang giat dijalankan. Bahagian jajaran bertingkat juga akan turut menyaksikan pelancaran galang kekotak bersegmen (segmented box girders) yang pertama bagi pembinaan jejambat. (Sila lihat mukasurat 2) APRIL 2013 JILID 2 EDISI 2 PP 178111/06/2013 (032659) dalam edisi ini > 2 mesin pengorek terowong sedia memulakan operasi 3 PM lawat syaf pelancaran Cochrane 4 kemajuan projek 6 9,000 sebab mengapa mereka perlukan MRT 8 perumahan, bukan kongsi sedia untuk pelancaran SEDIA DIPASANG Kepala pemotong mesin pengorek terowong (tunnel boring machine cutterhead) sedang diturunkan ke dalam Syaf Pelancaran Cochrane untuk dipasang ke perisai hadapan dan tengah yang telah pun diturunkan lebih awal. Sebaik sahaja mesin siap dipasang semula, ia akan mula kerja menggali terowong.

buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

  • Upload
    doannhu

  • View
    248

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

www.mymrt.com.my buletin projek MRT

PROJEKMRT Lembah Klang bakal mengorak langkah ke satu fasayang menarik. Persediaan bagi pelancaran dua buah mesin pengorekterowong yang pertama bagi projek ini sedang giat dijalankan.Bahagian jajaran bertingkat juga akan turut menyaksikan pelancaran galang kekotak bersegmen (segmented box girders) yang pertama bagi pembinaan jejambat. (Sila lihat mukasurat 2)

APRIL 2013

JILID 2

EDISI 2

PP 178111/06/2013 (032659)

dalamedisi ini

>

2mesin pengorekterowong sediamemulakan operasi

3PM lawat syafpelancaran Cochrane

4kemajuan projek

69,000 sebabmengapa merekaperlukan MRT

8perumahan, bukan kongsi

sedia untukpelancaran

SEDIA DIPASANG • Kepala pemotong mesin pengorek terowong (tunnel boring machine cutterhead) sedang diturunkan ke dalam Syaf Pelancaran Cochrane untuk dipasang ke perisai hadapan dan tengah yang telah pun diturunkan lebih awal. Sebaik sahaja mesin siap dipasang semula, ia akan mula kerja menggali terowong.

Page 2: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 2 mukasurat 2

MENDIRIKAN JEJAMBAT MRToleh Leong Shen-Li

DENGAN banyak tumpuan diberikan kepadabermulanya kerja membina terowong bagi ProjekMRT Sungai Buloh–Kajang, mungkin ada pula yangakan terlepas pandang kemajuan yang terus dicatat oleh bahagian jajaran bertingkat projek ini.

Sebenarnya, bulan April turut bersejarah bagibahagian jajaran bertingkat kerana persiapankini rancak bagi bermulanya pemasangan galangkekotak bersegmen atau segmented box girder (SBG)di lokasi Stesen Bandar Tun Hussein Onn.

Pembinaan jejambat MRT melalui beribu unit SBGini dilakukan dengan penggunaan SBG “launchinggantry”, sebuah struktur besi yang akan memastikanSBG tersusun rapi. SBG akan dicantumkan satupersatu menggunakan kabel dan akhirnya akanmembentuk struktur bertingkat yang akanmenjadi asas landasan bagi tren-tren MRT.

Kesemua unit SBG dihasilkan di dua lokasiberasingan, iaitu di Senawang, Negeri Sembilan,dan Sepang, Selangor.

Menurut Pengarah Projek Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd, Encik Marcus Karakashian,lebih 17,000 unit SBG akan digunakan untukmembina laluan bertingkat sepanjang lebihkurang 42km panjang. Unit-unit SBG ini akandisokong oleh lebih daripada 1,000 batang tiang.

“Cara pemasangan SBG ini agak unik keranasebaik sahaja unit pertama dipasang, kita akandapat melihat kemajuan yang cepat dalampembinaan jejambat bertingkat ini,” jelasnya.

MESIN PENGOREK TEROWONG SEDIAMEMULAKAN OPERASIoleh Leong Shen-Li

KEDUDUKAN TEPAT • Perisai tengah mesin pengorek terowongselamat diturunkan ke dasar SyafPelancaran Cochrane.

SEMAKIN JELAS • Mesin Pengorek Terowong Variable Density pertama dunia sedang dipasang di dalam Syaf Pelancaran Cochrane.

BAHARU • Kenderaan yang akan membawa sisa tanah dari mesin pengorek terowong keluar untuk dibuang. ASAS KUKUH • Para pekerja sedang menyediakan biduk konkrit di mana mesin pengorek terowong akan dipasangdan dilancarkan.

RUMIT • “Launching gantry” pertama Projek MRT sedang dipasang di lokasi Stesen Bandar Tun Hussein Onn.

PEMBINAAN jajaran pertama Projek MRT LembahKlang, iaitu laluan Sungai Buloh–Kajang, kinibersedia untuk memasuki fasa paling menarik.Selepas lebih setahun kerja bermula, pembinaanterowong berkembar bawah tanah sepanjang9.5km akan bermula.

Mesin pengorek terowong atau tunnel boringmachine (TBM) yang pertama telah tiba dariJerman pada penghujung Januari 2013, di Westport,Pelabuhan Klang. Ianya kini sedang dipasang semuladi Syaf Pelancaran Cochrane, dan ianya agak rumit.Berat beberapa komponen mencecah 100 tan, dania perlu dihantar ke dalam syaf sedalam 30 metermenggunakan kren khas.

Untuk menyediakan tempat bagi TBM dilancarkan,Syaf Pelancaran Cochrane terpaksa digali sedalam30m. Tanah dan batuan sebanyak 120,000 meterpadu, bersamaan isipadu 50 kolam renang Olimpik,terpaksa dikeluarkan untuk membina syaf ini.

Panjang Syaf Pelancaran Cochrane adalah 180m,sementara panjang keseluruhan TBM adalah 200m.Ini bererti sebahagian daripada TBM ini hanya akandisambung setelah ia mula kerja mengorek danmasuk ke dalam terowong.

Mesin ini merupakan TBMVariable Density yangpertama di dunia, dan direka khas untuk mengorekkawasan geologi batu kapur Karstik di bahagiantimur Kuala Lumpur. Ia akan mula kerja mengorekpada bulan Mei.

Dari Cochrane, TBM ini akan mengorek ke arahstesen Pasar Rakyat, dengan jarak lebih dari 1kmdari lokasi permulaan. Ia akan siap kerja mengorekmenjelang pertengahan tahun 2014.

Sementara itu, TBM kedua telah sampai padapenghujung Februari, dan sedang dipasang semuladi Portal Semantan di Jalan Duta.

Ini merupakan TBM Earth Pressure Balance,dan akan digunakan untuk mengorek terowongdi kawasan geologi Kenny Hill, di kawasan barat ibukota. Geologi ini lebih kukuh berbanding geologibatu kapur Karstik.

Portal Semantan, terletak di lereng bukit di JalanDuta, telah pun siap. Sebuah dinding pengadangtelah dibina di lereng tersebut, dan TBM ini akanmengorek melalui dinding ini dan bergerakke bawah tanah.

Dari Portal Semantan, TBM ini akan bergerakdi bawah sebahagian Jalan Damansara ke arahKL Sentral. Stesen MRT di KL Sentral terletakdi hadapan Muzium Negara, di bawah JalanDamansara. Kemudiannya, TBM ini akan mengorekdi bawah Jalan Sultan Hishamuddin, melepasiStesen Keretapi Lama ke arah Stesen Pasar Seni.Jarak keseluruhan adalah 2.7km. Pengarah ProjekMass Rapid Transit Corporation, Encik MarcusKarakashian berkata kemajuan bahagian bawahtanah amat baik.

“Ini merupakan fasa yang amat menarik.Ia juga mencabar namun saya yakin kita akanmengatasinya, dan akan berjaya membina terowongini tanpa isu,” jelasnya. Katanya, kontraktor bawahtanah iaitu MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhddan sub-kontraktor mereka telah bertungkuslumus untuk tiba ke saat ini.

Dalam masa sebulan selepas dilancarkan, TBM“kembar” akan dilancarkan bersebelahan terowongyang telah siap dibina, untuk membina terowongselari dengannya. Kesemua 10 TBM akan bertugassecara “berkembar” untuk membina keseluruhanjajaran bawah tanah. Kerja-kerja membina terowongbagi MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang dijangka siapdibina menjelang penghujung 2014.

Page 3: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

PERDANA Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun AbdulRazak telah melakukan satu lawatan mengejut ketapak pembinaan stesen bawah tanah Cochranepada 4 Januari 2013.

Perdana Menteri tiba di kawasan kerja Cochranepada jam 4.15 petang dan menghabiskan lawatansekitar satu jam di lokasi. Beliau telah diberikantaklimat projek oleh Ketua Pegawai Eksekutif MassRapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Dato’Azhar Abdul Hamid dan juga Pengarah Kerja BawahTanah (Terowong) Encik Blaise Mark Pearce.

Dalam sesi ringkas bersama media selepas itu,Dato’ Sri Mohd Najib berkata penerimaan rakyatterhadap projek MRT semakin positif keranamereka kini dapat membayangkan pemulihansistem pengangkutan awam Kuala Lumpur, selainpeningkatan nilai hartanah mereka terutamanyabagi kawasan berhampiran dengan stesen MRT.

“Projek MRT juga akan mewujudkan peluangperniagaan yang baharu di Kuala Lumpur, selainmeletakkan imej bandar raya ini sebaris dengankota-kota utama di dunia,” jelas beliau kepadamedia.

Jelas beliau lagi, baik syarikat besar mahupunyang kecil semuanya mampu mengambil peluangyang hadir akibat pembinaan MRT.

“Saya juga telah bertemu dengan puluhan juruteramuda warga Malaysia, yang akan mendapat manfaatdan pengalaman daripada pembinaan projek iniyang menggunakan teknologi terkini industripembinaan terowong,” tambah beliau.

Tapak pembinaan Cochrane merupakan lokasidi mana empat daripada 10 buah mesin pengorekterowong (TBM) akan mula menggerudi bagipembinaan terowong bagi Jajaran MRT SungaiBuloh-Kajang.

Turut hadir adalah bekas Pengerusi MRT CorpTan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengarah UrusanKumpulan Gamuda Bhd Dato’ Lin Yun Ling,Pengarah Urusan Kumpulan MMC CorporationDatuk Hj Hasni Harun, serta barisan pengurusankanan MRT Corp, Gamuda Bhd dan MMCCorporation Bhd.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 2 mukasurat 3

EPISOD BAHARU SEDIA UNTUK BERMULA

SENYUMAN • Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang beramah mesra bersama (dari kanan) Pengarah UrusanKumpulan Gamuda Bhd Dato’ Lin Yun Ling, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Chief Dato’ Azhar Abdul Hamid, dan bekasPengerusi MRT Corp Tan Sri Sidek Hassan, sewaktu beliau membuat lawatan mengejut ke Syaf Pelancaran Cochrane.

PM LAWAT SYAF PELANCARAN COCHRANEoleh Nik Haizan Nik Zambri

MENUNJUK JALAN • Dato’ Azhar Abdul Hamid (kanan) dengan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kedua dari kiri) berjalan ke SyafPelancaran Cochrane.

MAKLUMAT • Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diberi taklimatoleh Encik Blaise Mark Pearce di Syaf PelancaranCochrane.

dari meja Ketua Pegawai Eksekutif

DATO’ AZHAR ABDUL HAMID

DALAM edisi Berita MRT terdahulu, kamimemberikan sedikit gambaran tentang kerjapengorekan terowong untuk jajaran MRT SungaiBuloh-Kajang. Antara lain, kami menceritakanmengenai 10 mesin pengorek terowong (TBM)yang akan mengorek terowong sepanjang 9.5km di bawah kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur.

Tiga bulan telah berlalu dan saya amat terujakerana dua daripada 10 TBM tersebut telah punsampai di Malaysia. Ianya kini sedang dipasangsemula di Syaf Pelancaran Cochrane dan PortalSemantan.

Dan pada penghujung April, terciptalah episodbaharu yang amat menarik dalam projek MRTLembah Klang. Bermulalah pengorekan terowongsepanjang 9.5km di kota Kuala Lumpur. TBM yangpertama akan memulakan pengorekan dari PortalSemantan menuju ke KL Sentral dan Pasar Seni,sementara TBM kedua pula akan bermula dari SyafPelancaran Cochrane ke arah Pasar Rakyat. Bacalahmaklumat lanjut dalam laporan utama Berita MRTini.

Dalam membina terowong ini, kami akanmenggunakan teknologi terkini, dalam menciptasejarah tersendiri. TBM yang akan dilancarkandi Cochrane adalah TBM Variable Density yangpertama di dunia. Ianya direka khusus untukmenggali geologi batu kapur Karstik di bahagiantimur ibu kota Malaysia.

Saya melihat sendiri TBM ini dipasang semuladi Syaf Pelancaran Cochrane, dan ianya amatmenakjubkan untuk melihat setiap bahagian TBMini – ada yang seberat 100 tan – terpasang di dalamsebuah lubang yang mempunyai kedalaman 30m.Dalam sedikit masa lagi, ianya akan siap dan TBMini akan bersedia untuk operasi.

Selain daripada fokus kepada TBM, satu lagipenanda aras utama dalam kemajuan projek MRTadalah bermulanya pemasangan jejambat MRT bagibahagian jajaran yang bertingkat. Lebih daripada17,000 keping galang kekotak bersegmen atausegmented box girders (SBG) akan diatur satu demisatu untuk membentuk laluan di mana trek untuktren MRT akan dipasang.

Dalam aspek lain projek kami, kemajuan yangdicapai juga baik. Pastinya, ada beberapa cabaranyang dihadapi di beberapa lokasi namun dengandedikasi dan usaha bersungguh-sungguh semuapihak, saya amat yakin semuanya mampu diatasi.

Ketika ini, rekabentuk tren sedang dikemaskini,selain menilai pelbagai tender yang masih belumdiumumkan. Agenda Bumiputera projek kamibergerak lancar, dengan 44 pakej diberikan kepadakontraktor Bumiputera kelas G1, G2 dan G3 awaltahun ini. Pemberian kontrak secara cabutan undiini akan berterusan setiap suku tahun.

Seperti yang saya katakan dalam edisi-edisiterdahulu, semakin tinggi kemajuan projek, makasemakin mencabarlah keadaan trafik di LembahKlang. Namun, pihak kami sentiasa berusahamengurangkan beban kepada pengguna jalanrayadi samping mensasar kerja-kerja dapat disiapkanlebih awal. Setiap perubahan kepada laluan trafikjuga akan diumumkan kepada semua pihakmelalui media massa.

Usaha juga diteruskan dalam mendekati semuapenduduk dan pemilik perniagaan sepanjangJajaran MRT Sungai Buloh–Kajang. Kamimengucapkan terima kasih kepada semua pihakyang terpaksa melalui kawasan kerja kami di banyakkawasan di kota Kuala Lumpur dan sekitarnya ataskesabaran mereka. Projek ini bertujuanmengurangkan kesesakan lalulintas di bandar rayakita, dan saya yakin ini adalah sesuatu yang amatditunggu-tunggu semua warga kota.

Terima kasih.

Azhar

Page 4: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 2

MODENRuang kediaman di dalam Kuarters Pekerja Cheras yangmenempatkan pekerja bagi Pakej Kerja V5 (Portal Maluri ke Plaza Phoenix) dan V6 (Plaza Phoenix ke Bandar Tun Hussein Onn).

19GIAT DIJALANKANKerja pembinaan bagi jajaran dan stesen MRT di hadapan deretan kedai di Taman Midah.

17

kemajuanprojek

KERJA YANG RUMITKaison digali dengan tenaga manusia bagi pembinaan tembok penahan di belakang deretan rumah di Jalan Kasah. Tembokpenahan ini akan membolehkan sebuah lorong baharu diwujudkanbagi mengganti ruang yang digunakan untuk jejambat MRT di tengah-tengah Lebuhraya Sprint.

6

HAMPIR SIAPTiang 63 dan Tiang 64, yang berdekatan dengan Tesco di Taman Midah.

18

LOKASI SIBUKPandangan dari udara Syaf Pelancaran Pudu di persimpangan Jalan Bukit Bintang-Jalan Pudu, di manapembinaan tembok diafragma (diaphragm wall) sedang dijalankan.

11SEMPITPemandangan tapak pembinaan Stesen MRT Bukit Bintang di Jalan Bukit Bintang yang berhadapan dengan BB Plaza.

12JENTERA BERATKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagipembinaan jajaran MRT di Institut Penyelidikan Getah berhampiranJalan Sungai Buloh-Subang.

3

PEMBINAAN TERANCANGKuarters Pekerja Sungai Buloh bagi menempatkan pekerja pembinaan sedang dibina.

1BERBARISPemasangan besi tetulang bagi bangunan Depoh Sungai Buloh sedang dilakukan.

2

KEMAJUANPembinaan di persimpangan LDP/Jalan Damansara di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan.

4

PANORAMAPandangan dari udara kerja pembinaan MRT yang sedang dijalankandi sepanjang Lebuhraya Sprint berdekatan dengan Kelab GolfPerkhidmatan Awam.

5

SIAPTiang-tiang di sepanjang Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) di Kampung Sungai Raya bersedia untuk menyokongjajaran bertingkat MRT.

20

1

2

3

4

5

6

7

Page 5: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

mukasurat 5

LUBANG DALAMKerja mengorek Syaf Bawah berhampiran Jalan Inai di mana sebuahmesin pengorek terowong akan dilancarkan.

13

RUANG KERJA SEMPITPandangan dari udara tapak pembinaan di Persimpangan Maarof Lebuhraya Sprint. Lokasi ini bakal menjadiStesen Pusat Bandar Damansara.

7TAPAK PELANCARANPandangan dari udara Portal Semantan bersama bahagian-bahagian Mesin Pengorek Terowong Earth Pressure Balanceyang ditutup dengan kain tarpaulin hijau di tapak pembinaan.

8

SEMAKIN JELASPandangan dari udara tapak pembinaan Stesen Pasar Rakyat. Stesen ini akan berada di tengah-tengah pembangunanTun Razak Exchange (TRX).

14SYAF YANG DALAMPandangan dari udara petak stesen dan Syaf Pelancaran Cochrane.

15

SIAP UNTUK PEMBINAANTapak pembinaan dibersihkan bagi pembinaan jajaran MRT bersebelahan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) dan stesen Taman Koperasi di Bukit Dukung.

21SEMAKIN JELASTiang-tiang dibina bersebelahan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) berdekatan dengan Sungai Balak.

22

LENCONGANKerja-kerja penyediaan bagi lencongan jalan di hadapanAeon Taman Maluri untuk memberi ruang bagi pembinaan StesenMRT Maluri.

16

LANCARPandangan dari udara kerja-kerja pembinaan MRT dari utara menuju ke bandar Kajang di stesen pemancaran RTM Kajang dan Stadium Kajang.

23

KERJA BERATPandangan keseluruhan petak Stesen KL Sentral di hadapan Muzium Negara.

9BERJALAN LANCARPandangan keseluruhan kerja-kerja pembinaan di Stesen Pasar Seni. Antara kerja yang dijalankan adalah pembinaan tembok diafragma (diaphragm wall) dan topang bawah (underpinning) bagi stesen LRT Pasar Seni yang sedia ada.

10

6

8 9

10

12

11

1314

1516

17 18

19

20

21

2223

7

Page 6: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

BON dan Sukuk yang Diniagakan di Bursaatau Exchange Traded Bonds and Sukuk (ETBS)yang diterbitkan oleh Danainfra Nasional Berhadmuncul di Bursa Malaysia untuk kali pertamanyapada 8 Februari 2013.

Sukuk Danainfra adalah yang pertamaseumpamanya di mana ia boleh diniagakansebelum tempoh matangnya iaitu 10 tahun.

Dengan nilai muka RM100 seunit, sekurangkurangnya 10 unit diperlukan sebagai modal

bagi memulakan pelaburan dalam ETBS. Kadar pulangan keuntungan sukuk yang dijaminoleh Kerajaan ini adalah 4%, dan dikecualikan cukai.

Danainfra ialah sebuah anak syarikat milikpenuh Kementerian Kewangan. Ia ditubuhkankhusus untuk menjana dana bagi projek-projekinfrastruktur. Sukuk Danainfra dilancarkanuntuk membiayai pembinaan Jajaran MRTSungai Buloh-Kajang.

ETBS telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 8 Januari 2013. Pada pelancaran tersebut, beliauberkata terbitan ETBS akan membolehkan rakyatmengambil bahagian dalam kejayaan negara.

“Dengan membuka ekonomi, kita menawarkanrakyat satu kepentingan dalam kejayaan negaradan bermula hari ini, peluang ini terbuka kepadalebih ramai orang, dan bon Islam akan diniagakanlebih meluas berbanding sebelum ini.”

“Saya sangat gembira untuk mengatakan bahawadana yang diraih akan menyokong projek MRT,iaitu mercu tanda yang akan memainkan perananpenting dalam kejayaan masa depan Malaysia.”

Danainfra telah memperuntukkan sebanyak RM300juta di bawah terbitan ini. Bon ini dibuka denganharga RM100.98 seunit dan mencatat paras tertinggiRM101.40 seunit sebelum tutup dengan hargaRM101.31 pada hari pertama. Sejumlah 1.4 jutaunit diniagakan pada hari itu.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 2 mukasurat 6

9,000 SEBAB MENGAPA MEREKA PERLUKAN MRToleh Nik Haizan Nik Zambri

KENANGAN • Kontaktor Bumiputera yang berjaya di acara pengundian bergambar bersama-sama selepas proses pengundian selesai.

MENUMPUKAN PERHATIAN • Kontraktor bumiputera menjalanisesi latihan di ibu pejabat MRTCorp.

TELUS • Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Dato’ MokhtarSamad, mencabut nama kontraktor Bumiputera untukdipilih bagi satu kontrak.

BANGGA • Pemenang Hadiah Utama Puan Angeline Tu Sun Ingbergambar bersebelahan sebuah poster yang menunjukkanpenyertaan yang dimenanginya.

PEMENANG • Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Azhar Abdul Hamid (kiri) bersama pemenang-pemenang (dari kiri) Puan Angeline Tu Sun Ing, Cik Yvonne Tan Eng Yen, Cik Atiqah Abdul Aziz and Encik AzmilMohamed. Bersama mereka ialah Pengarah MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, Dato’ Azmi Mat Nor.

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) telah mengadakan satu majlis undian bagimemilih kontraktor Bumiputera untuk 44 pakejkerja Projek MRT Lembah Klang Jajaran SungaiBuloh-Kajang pada 30 Januari 2013. Kontrakyang dianugerahkankan adalah untuk kontraktorBumiputera Kelas G1 (dahulunya Kelas F) KelasG2 (dahulunya Kelas E) dan Kelas G3 (dahulunyaKelas D).

Kontraktor- kontraktor ini dipilih daripada senarai550 kontraktor yang telah disenarai pendekdaripada sejumlah 1,300 buah syarikat bumiputerayang membuat permohonan tahun lepas.

Semua syarikat yang berjaya mendapat kontrakakan mengikuti sebuah program latihan sebelummemulakan kerja. Latihan ini adalah sebahagiandaripada usaha MRT Corp bagi memastikan syarikat-syarikat yang berjaya dapat memaksimumkankecekapan dan juga keuntungan mereka.

Sesi latihan dua hari yang pertama telah diadakandi Ibu Pejabat MRT Corp pada 6 Mac 2013 dan7 Mac 2013. Kursus dua hari ini disampaikanoleh MRT Corp dan juga MMC Gamuda selakuRakan Pelaksana Projek. Jabatan Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Kerja RayaMalaysia (Ikram) dan Pusat Khidmat Kontraktor(PKK), satu unit Kementerian Kerja Raya Malaysia,turut menyampaikan modul yang disediakan khaskepada peserta.

Pengagihan kontrak-kontrak ini adalah sebahagiandaripada sasaran Kerajaan untuk mencapai 43%penyertaan kontraktor Bumiputera dalam projekMRT.

MRT Corp telah memperuntukkan 250 pakejkerja yang bernilai RM200 juta, bagi kontraktorBumiputera dan undian untuk memilih kontraktorakan dijalankan pada setiap suku tahun.

44 KONTRAKTORBUMIPUTERA DIPILIH oleh Nik Haizan Nik Zambri

PELANCARAN ETBS DI BURSA SAHAMoleh Nik Haizan Nik Zambri

PERADUAN “Saya perlu MRT sebab…” anjuranMass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp)yang telah berjalan selama tiga bulan diakhiridengan majlis penyampaian hadiah yang gilanggemilang pada 29 Januari 2013.

Kira-kira 50 orang yang terdiri daripada pengurusanMRT Corp, Gamuda Bhd, MMC Corporation Bhddan rakan-rakan media, telah hadir di majlisyang diadakan di Restoran TEEQ di kawasanatas bumbung di Kompleks Membeli-belah Lot 10 di Kuala Lumpur.

Malam itu tertumpu kepada empat pemenangperaduan, terutamanya pemenang hadiah utamaPuan Angeline Tu Sun Ing, yang membawa pulangRM10,000. Penyertaannya berbunyi: “Saya perlu MRT

sebab ia boleh mengurangkan penggunaansebanyak 198,000 kereta sehari” dan disertai gambaryang menunjukkan kesesakan lalu lintas di bawahsebuah jambatan jalan raya.

Menjelaskan penyertaannya dalam peraduanini, Puan Angeline berkata: “Saya berpindah dariJohor ke Kuala Lumpur empat tahun yang laludan saya amat bergantung pada pengangkutanawam di sini.”

“Walaupun infrastruktur awam di sini sudah maju,saya berasa banyak lagi yang boleh dibuat untukmemperkasakannya dan tidak boleh dinafikan,MRT adalah jawapannya. Saya sekeluarga tidaksabar menanti siapnya MRT,” tambahnya.

Tiga pemenang bertuah yang lain adalah Cik AtiqahAbdul Aziz, Encik Azmil Mohamed dan Cik YvonneTan Eng Yen. Mereka merupakan pemenang bulananbagi bulan Oktober, November dan Disember.Mereka menerima RM5,000 setiap seorang.

Penyertaan Cik Atiqah adalah: “Saya perlu MRTsebab ianya satu keperluan untuk saya menepatimasa di kota yang sentiasa bergerak pantas kehadapan” manakala penyertaan Encik Azmiberbunyi: “Ia adalah seperti ‘kereta’ kedua saya,tapi saya tidak bayar petrol atau tol, dan tiadakesesakan serta pencemaran”. Penyertaan CikYvonne ialah: “Perjalanan beribu batu akan lebihmudah dan gaya hidup saya juga lebih mesra alam.”

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai EksekutifMRT Corp, Dato’ Azhar Abdul Hamid dan PengarahMMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, Dato’ AzmiMat Nor.

Pada September 2012, MRT Corp menganjurkanperaduan “Saya perlu MRT sebab…” untukmewujudkan kesedaran mengenai projek MRT.Peraduan tiga bulan ini memerlukan pesertamenghantar gambar dan slogan yang menerangkanmengapa mereka perlukan MRT dalam kehidupanseharian melalui laman sesawang mikro peraduan.

MRT Corp telah menerima hampir 9,000 penyertaandan meraih lebih 10,000 undian!

Page 7: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 2 mukasurat 7

SEJAK Februari 2013 lalu, sebuah Trak InformasiMRT ataupun MRT Information Truck (MIT) baharukini telah memulakan tugas untuk Mass RapidTransit Corporation (MRT Corp). Trak serba baharu inimempamerkan rekabentuk terkini dalampenjenamaan MRT, iaitu menggunakan latarpanorama bandaraya Kuala Lumpur.

MIT ini lengkap dengan dua kios interaktifdan sebuah sistem “Hawkeye” yang mampumemberikan pengunjung gambaran 360 darjahuntuk keseluruhan jajaran MRT Sungai Buloh–Kajang, termasuk maklumat lokasi stesen.

Dinding luar trak baharu ini mempamerkan salahsatu pemenang peraduan “Saya perlu MRT sebab…”yang berlangsung tahun lalu, dan juga latarpanorama bandaraya Kuala Lumpur yang dihasilkan

menggunakan cap tapak tangan. Kepelbagaian saizdan warna tapak tangan ini melambangkan wargakota yang datang dari pelbagai latar belakang etnikdan budaya.

Apabila anda melangkah ke dalam MIT, visualdalaman trak ini menjadikan suasana seumpamaanda berada di salah sebuah stesen MRT.Rekabentuk baharu MIT ini mesra pengguna,dan membantu pengunjung memahami projekMRT dengan lebih baik.

MIT beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin, danakan berada di dua lokasi berlainan dalam sehari.Untuk mengetahui lokasi terkini MIT, layari lamanweb MRT Corp di www.mymrt.com.my atau ikutialamat Twitter @MRTMalaysia.

PERHATIAN PENUH • Encik Mohd Fuad MohdDaud, Pengurus Projek dari TSR Bina Sdn Bhd,kontraktor utama bagi Depoh Kajang, memberipenerangan mengenai kerja pembinaan di sesibersama orang awam di Balai Raya Kampung SungaiJernih, Kajang pada 11 Januari 2013. Kampung iniberdekatan dengan tapak pembinaan DepohKajang. Sekitar 70 orang penduduk hadir di sesitersebut.

MIT BAHARU KINI BEROPERASIoleh Natalya Evon Matthew

PERISTIWA

KASUAL • Pengarah Hal Ehwal PihakBerkepentingan dan Pengurusan Tanah Mass RapidTransit Corporation Sdn Bhd Encik Haris FadzilahHassan (kanan) menerangkan kepada pendudukKampung Selamat, Sungai Buloh, mengenai butiranjajaran yang berdekatan dengan kampung itu. Sesibersama orang awam ini diadakan di SurauKampung Selamat pada 17 Januari 2013 dan telahdihadiri oleh kira-kira 50 orang.

MENDAPATKAN BUTIRAN • Penduduk VillamasSierramas Sungai Buloh mendengar PengurusKanan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan danPengurusan Tanah Mass Rapid Transit CorporationSdn Bhd Cik Zainab Abdul Aziz (berdiri, dua dari kiri)dan Encik Muhammad Amran Othman dari MMCGamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (berdiri, kiri)menerangkan butiran mengenai Projek MRT pada21 Februari 2013. Villamas Sierramas terletakberdekatan lokasi bakal stesen MRT Sungai Buloh.

BERHADAPAN DENGAN ORANG AWAM •Timbalan Pengurus Besar MMC Gamuda KVMRT(PDP) Sdn Bhd Encik Stanley Keung berucap dihadapan penduduk Casa Indah 1 dan 2 di KotaDamansara pada 4 Januari 2013. Semasa sesi ini,penduduk menyuarakan kebimbangan merekamengenai laluan bawah tanah yang akan dibina dipersimpangan Persiaran Surian dan PersiaranMahogani. Pasukan Projek MRT menerangkanbahawa langkah-langkah tertentu akan diambiluntuk meminimumkan kesulitan bagi penduduk-penduduk.

PERHATIAN PERIBADI • Ir. Chan Keng Lum dariMass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (berdiri)menunjukkan butiran Projek MRT kepada ahli-ahlipengurusan Kondominium Menara Bangsar.Pertemuan ini telah diadakan pada 7 Februari 2013di ibu pejabat MRT Corp.

MENYUARAKAN PENDAPAT • Seorang pendudukTaman Billion, Cheras, bertanyakan soalan mengenaiProjek MRT sewaktu satu sesi dengan orang awampada 27 Februari 2013. Lebih daripada 50 orangpenduduk telah menghadiri sesi perjumpaan itu.

PERHATIAN LUAR NEGARA • Sekumpulan 200orang pelajar dari Norwegian University of Scienceand Technology, Trondheim, telah melawat ibupejabat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhdpada 18 Mac 2013 bagi mengetahui dengan lebihlanjut mengenai Projek MRT. Pelajar-pelajar iniberada dalam tahun ketiga program sarjana merekamengkhusus dalam rekabentuk kejuruteraan awam.Mereka kemudiannya dibawa melawat di sekitarjajaran.

KERJASAMA • Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato’Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim (dua dari kiri) dan KetuaPegawai Eksekutif Mass Rapid Transit CorporationSdn Bhd Dato’ Azhar Abdul Hamid (dua dari kanan)bertukar dokumen selepas menandatangani satumemorandum persefahaman dalam melaksanakaninisiatif-inisiatif yang akan meletakkan Projek MRTLembah Klang sebagai satu penanda aras industridalam kualiti pembinaan dan kepatuhan prosedurkeselamatan dan kesihatan.

WAJAH BAHARU • Pengunjung memasuki MIT yang telah direka semula.

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd(MRT Corp) dan kontraktor kerja bawah tanahmereka, MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd telahmenganjurkan sebuah Hari Terbuka di PortalSemantan (berdekatan Bangunan ParlimenMalaysia), khusus untuk penduduk sekitar tapakprojek tersebut.

Acara yang berlangsung pada 2 Mac 2013 itu adalahyang julung kali membenarkan penduduk masuk ketapak projek untuk melihat dengan lebih dekataktiviti pembinaan yang dijalankan.

Antara yang menarik adalah lokasi di mana mesinpenggali terowong (TBM) akan dilancarkan, dandinding yang akan digerudi TBM tersebut sebelumia bergerak ke bawah tanah. Maklumat projek turutdipaparkan sepanjang Hari Terbuka tersebut, selain

sebuah video yang dimainkan untuk menunjukkancara TBM beroperasi.

Portal Semantan terletak di hujung utara terowongsepanjang 9.5km Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang.Lokasi hujung selatan iaitu Portal Maluri terletakberhampiran Taman Bukit Ria di Jalan Cheras.Selain memberi peluang untuk mempamerkankemajuan projek, Hari Terbuka ini juga memberipeluang kepada MRT Corp dan MMC Gamuda untukmengenali penduduk sekitar dengan lebih rapat.

Acara sebegini akan diadakan sekerap mungkinuntuk membolehkan warga kota terutamanya yangtinggal berhampiran kawasan projek memahamiprojek MRT dengan lebih baik.

HARI TERBUKA PORTALSEMANTANoleh Nik Haizan Nik Zambri

MENARIK • Pendudukmelihat papan maklumatyang menerangkan kerja-kerjapembinaan yang sedangdijalankan di tapakpembinaan Portal Semantandipersembahkan denganbeberapa visual pada HariTerbuka.

Page 8: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileKerja-kerja memantakkan cerucuk sedang dijalankan bagi ... di Taman Tun Dr Ismail di mana pembinaan “pile cap” sedang dijalankan

JIKA anda melalui lorong-lorong di antara barisankabin-kabin yang teratur di Kuarters Pekerja MRTKompleks Cheras, perbezaan antara tempat tinggalini dengan kongsi-kongsi yang lazimnya dilihat di kawasan pembinaan sekitar Malaysia amat ketara.

Terletak di sebuah lembah kecil antara CherasSentral (yang dahulunya dikenali sebagai PlazaPhoenix) dan Kolej Polis DiRaja Malaysia, kuartersinilah yang akan menempatkan ribuan pekerjabagi pembinaan sistem MRT pertama negara.

Warga Bangladesh, Encik MD Alamin Hosain, antarapenghuni yang jelas gembira dengan persekitaranyang kemas dan bersih kompleks tersebut.

“Inilah tempat paling cantik yang pernah saya diamisejak sampai ke Malaysia enam tahun lalu,” kataEncik MD Alamin, yang bekerja dengan salah satukontraktor MRT.

“Di sini saya berkongsi sebuah kabin dengan limapekerja lain. Tilam, bantal, kain cadar dan dua unitkipas semuanya sudah disediakan. Kabin ini jugaamat bersih,” jelas beliau. Antara rakan-rakan beliaudi kompleks ini adalah pekerja dari Bangladesh,Myanmar, Nepal dan India, selain dari beberapanegara lain.

Kompleks Cheras adalah salah satu antara empatkuarters yang disiapkan untuk pekerja projek MRT,yang dijangka akan menggunakan seramai 12,000tenaga kerja ketika pembinaan menjangkau tahapkemuncaknya. Tiga lagi kompleks terletak di SungaiBuloh, Cochrane dan Kajang.

Setiap kuarters dibina umpama sebuah tamanperumahan mini, lengkap dengan kemudahanuntuk manfaat pekerja. Kabin tempat tinggaldilengkapi tiga katil dua tingkat, enam almaridan dua unit kipas.

Sebuah kafeteria beroperasi untuk pekerja membelimakanan, selain disediakan juga sebuah dapurpusat bagi mereka yang mahu memasak sendiri.Turut disediakan, kawasan rekreasi, sebuah klinikdan lot kedai.

Pergerakan pekerja dipantau rapi, menggunakansistem pas dan pengimbasan wajah elektronik.Bagi pelawat, mereka perlu mendaftar untukmendapatkan pas sementara. Bas digunakanuntuk menghantar pekerja ke lokasi projek,dan juga untuk menghantar mereka pulang.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd mahusistem kuarters ini menjadi penanda aras baharudalam industri pembinaan negara.

Bagi Encik MD Alamin, kuarters serba lengkap inimungkin antara satu sebab beliau tidak ragu untukberkata: “Saya harap saya akan bekerja denganprojek MRT ini selama yang saya boleh.”

BERIADAH • Pekerja-pekerja bermain futsal pada masa lapangmereka.

MENYEDIAKAN JUADAH • Seorang pekerja sedang menyediakanmakanannya di dapur bersama.

KEMAS • Pegawai Kuarters Pekerja Cheras MMC Gamuda KVMRT(PDP) Sdn Bhd Encik Sudirman Mahili (kiri) memerhatikanEncik MD Alamin (berbaju kelabu) dan seorang lagipekerja mengemas sebuah bilik.

STOK YANG MENCUKUPI • Salah sebuah kios dalam KuartersCheras.

DISUSUN DENGAN BAIK • Tempat tinggal, dapur dan bangunanyang lain diatur dengan baik dikuarters pekerja.

ANTARA cabaran dalam membina sistem reldi kawasan bandar adalah mencari lokasi yang luassebagai depoh untuk tren disimpan, diselenggaradan diperbaiki.

Bagi jajaran pertama Projek MRT Lembah Klang,iaitu jajaran Sungai Buloh-Kajang, sebidang tanahyang dahulunya dimiliki Institut Penyelidikan GetahMalaysia akan menjadi depoh utama, di SungaiBuloh. Di Kajang pula, sebidang tanah yang lebihkecil, terletak di Kampung Sungai Jernih, akanmenjadi depoh.

Luas Depoh Sungai Buloh adalah 65 hektar,iaitu sebesar 100 padang bola sepak.

Kesemua 58 set tren yang akan beroperasidi Jajaran Sungai Buloh-Kajang mampu diletakkandi depoh ini, selain menempatkan bangunanpenyelenggaraan dan bengkel. Depoh Sungai Bulohjuga akan menempatkan nadi sistem MRT ini,iaitu Pusat Kawalan Pusat atau Operations ControlCentre (OCC) yang akan mengawal pergerakan tren

sepanjang jajaran. Depoh Kajang pula jauh lebihkecil dari segi saiz, iaitu 12 hektar. Ia akanmempunyai landasan sisi yang cukup untukmenempatkan tren yang akan beroperasi dariKajang ke arah Sungai Buloh. Depoh ini mampumenyediakan perkhidmatan penyelenggaraanringan, dan akan menempatkan OCC sokongan bagijajaran Sungai Buloh-Kajang.

Kerja pembinaan kedua-dua depoh ini berjalanlancar, dengan pemasangan cerucuk di DepohSungai Buloh kini rancak. Di Kajang, lokasi telahpun disiapkan dan kini bersedia untuk memulakanpembinaan.

Pengarah Projek Mass Rapid Transit Corporation,Encik Marcus Karakashian berkata menyiapkandepoh-depoh ini amat penting.

“Lokasi-lokasi ini perlu siap untuk menerimatren-tren MRT pada tahun 2014, dan kontraktorkami kini bertungkus lumus untuk mencapaisasaran tersebut,” jelas beliau.

No. A-9-G, Jalan Teknologi 3/9Bistari De Kota, Seksyen 3Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. A-1-11, Ground FloorTTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala Lumpur

No. 11-G, Jalan Metro Avenue 143000 Kajang, Selangor

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan pandangan anda.

Emel ke [email protected] RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V)

Level 5, Menara I & P 1, No. 46, Jalan Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

HOTLINE 24 JAM

www.mymrt.com.my

PERUMAHAN, BUKAN KONGSIoleh Leong Shen-Li

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 2

PUSAT INFORMASI MRTKOTA DAMANSARA TAMAN TUN DR ISMAIL KAJANG

DITERBITKAN OLEH:MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V)

DICETAK OLEH:JESPRIN SDN BHD (181756-V)

LOKASI BAIK • Pandangan dari udara Kuarters Pekerja Cheras.

TEMPAT TREN DISIMPANDAN DISELENGGARAoleh Leong Shen-Li

LUAS • Pandangan dari udara tapak pembinaan Depoh Sungai Buloh (dalam kawasan kuning), bersama Kuarters Pekerja Sungai Bulohbersebelahannya (dalam kawasan merah). Gambar kecil menunjukkan kerja memantakkan cerucuk di tapak.

Isnin - Jumaat: 10.00 pagi - 6.00 petangSabtu: 10.00 pagi - 2.00 petang1800 82 6868