8
BERANI BERINFORMASI BERBEZA Buletin kesan Majlis Makan Malam KESAN 2012 Mesyuarat Agung KESAN 2013 ABDUL WAHAB Kekal Pengerusi KESAN Sekitar Majlis Ramah Tamah Krismas & Tahun Baru Cina Pemilihan Kumpulan Sukan KESAN 2013 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI Edisi Pengenalan Jan ~ Mac 2013

Buletin - Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia · HELNI NORIA HAWINA SAFWAN SHAMSUDDIN ADIB GLORIA DIANA SHAHRIZAL DANIEL SYAIFUL SYAWAL JOLIHI RAZAK HAFIZ NASUHA JAMILAH

  • Upload
    haanh

  • View
    224

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BERANI BERINFORMASI BERBEZA

Buletin kesan

Majlis Makan Malam KESAN 2012

Mesyuarat Agung KESAN 2013

ABDUL WAHAB Kekal Pengerusi KESAN

Sekitar

Majlis Ramah Tamah Krismas &

Tahun Baru Cina

Pemilihan Kumpulan Sukan KESAN

2013

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI

Edisi Pengenalan

Jan ~ Mac 2013

Buletin kesan Mesyuarat Agung

KESAN 2013 Mesyuarat Agung KESAN 2013 telah

selesai dijalankan pada 22 Februari

2013 yang lalu. Mesyuarat telah

dihadiri oleh 29 orang ahli termasuk

Penasihat KESAN, Puan Gloria Angela

James Noah.

Ahli Jawatankuasa 2012 yang terdiri

daripada AJK Kebajikan, AJK Reakreasi

serta AJK Sukan masing-masing telah

membentangkan laporan aktiviti AJK

masing-masing. Laporan kedudukan

Kewangan juga telah bibentangkan

oleh Bendahari KESAN 2012, En Ali Bin

Ahmad.

Pembubaran Ahli Jawatankuasa 2012

telah diusulkan oleh Pengerusi KESAN,

En. Abdul Wahab Bin Ahmad yang

turut mempengerusikan mesyuarat

tersebut.

Sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa 2013

telah dijalankan oleh AJK Bebas dan

dimulakan dengan pemilihan

Pengerusi KESAN 2013 sehinggalah ke

pemililihan Ahli Jawatankuasa KESAN.

Senarai penuh Ahli Jawatankuasa

KESAN 2013 adalah seperti jadual

yang tertera dibawah. Ahli yang

dipilih menerusi undian semua Ahli

KESAN ini menampilkan muka lama

dan muka baru bagi mengisi jawatan

di dalam Kelab KESAN 2013.

Sejurus selesai sesi pemilihan Ahli

Jawatankuasa KESAN 2013, Pengerusi

KESAN yang dilantik semula untuk

menerajui Kelab KESAN bagi tahun

2013, En Abdul Wahab Bin Ahmad

mempengerusikan semula mesyuarat.

Mesyuarat antara lain membincangkan

perancangan aktiviti yang bakal

dijalankan di sepanjang tahun 2013.

Pengerusi : En Abdul Wahab Bin Ahmad

Naib Pengerusi : Purei Wan Laeng

Setiausaha : Muhd Shahrizal Bin Bahroraji

Pen. Setiausaha : Helni Binti Kambut

Bendahari : Nasuha Binti Ahmad Najib

Pen. Bendahari : Ali Bin Ahmad

Juruaudit : Jamilah Binti Jamel

Ahli Jawatankuasa KESAN:

Abdul Hafiz Bin Sapri

Jolihi Bin Mamut

Haslina Binti Mamon

Daniel Anak Enjop

Phan Wee Nee

Muhd Safwan Bin Abd Rahman

Senarai penuh Ahli Jawatankuasa KESAN 2013

1

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI

Buletin kesan

Majlis Makan Malam

KESAN 2012 Bertemakan Merah dan Putih, Majlis Makan Malam KESAN 2012 telah selamat dijalankan pada 30 Mac 2013. Majlis yang merupa-kan salah satu aktiviti wajib Kelab KESAN ini telah dijalankan di Mega Hotel. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis tersebut berlang-sung. Turut hadir memeriahkan majlis termasuklah Pengarah Cawangan merangkap Penasihat Kelab KESAN, Puan Gloria Angela James Noah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran ahli-ahli KESAN bersama keluarga yang hadir dengan tema warna yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut termasuklah permainan sukaneka lelaki dewasa, perempuan dewasa dan permainan sukaneka kanak-kanak. Selain itu, majlis penyampaian cenderamata kepada AJK 2012 turut dijalankan. Selain daripada persembahan karaoke ahli KESAN.

2

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI

Buletin kesan

Sekitar Majlis Ramah Tamah Krismas 2012

Kelab KESAN Jabatan Akauntan Negara Malaysia meneruskan lagi tradisi rumah terbuka bagi sambutan perayaan. Kali ini, pegawai-pegawai yang beragama Kristian diraikan dalam Majlis Ramah Tamah Krismas 2012 yang telah dijalankan pada 11 Januari 2013. Majlis yang dimulakan pada jam 9.00 pagi itu turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian pegawai-pegawai yang merayakan Hari Krismas. Pelbagai juadah turut disediakan dan semua ahli KESAN telah menghadiri Majlis tersebut yang berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Sekitar Majlis Ramah Tahun Baru Cina 2013

Kelab KESAN Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Miri telah meraikan pegawai-pegawai yang menyambut Tahun Baru Cina pada 22 Februari 2013. Pada majlis tersebut juga, pegawai-pegawai yang meraikan Tahun Baru Cina turut memberikan limau mandarin dan ‘angpao’ sebagai simbolik kepada perayaan tersebut kepada ahli-ahli KESAN yang hadir. Majlis yang cukup meriah ini dimulakan pada jam 10.00 pagi sejurus Mesyuarat Agung KESAN 2013 dan diakhiri pada jam 1.00 tengahari.

3

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI

Buletin kesan

SESI PEMILIHAN KUMPULAN SUKAN 2013

Ahli Jawatankuasa Sukan KESAN 2013 telah menjalankan undian cabutan bagi menentukan rumah sukan bagi aktiviti sukan dalaman KESAN pada 07 Mac 2013. Semua Ahli telah mencabut undi masing-masing sekaligus menentukan rumah sukan masing-masing bagi tahun ini. Suzuki, Mitshubishi, Toyota dan Honda merupakan tema nama kumpulan sukan bagi tahun ini bagi menggantikan Hang Khasturi, Tok Janggut, Rosli Dhobi dan Mat Kilau pada tahun lalu. Sukan Dalaman Jabatan akan dijalankan sehingga penghujung Tahun 2013 ini. Permainan dalaman seperti Sahiba, Karom, Dart, Scrable, Dam Aji, Ping Pong, Badminton, Bola Tampar dan Boling dipertandingkan pada tahun ini. Turut dipertandingkan pada tahun ini adalah permainan Chess selepas digugur daripada dipertandingkan pada tahun lalu.

ALI

AZIZ KHUSYAIRI

AWANG JOHARI HASLINA

PUREI LINDA

MASLINA HELNI

HAWINA

SAFWAN

SHAMSUDDIN ASWADEE

ADIB GLORIA DAYANG

PHAN WEE NEE WONG KIE LING

NORIA DIANA

SHAHRIZAL

SYAIFUL JOLIHI HAFIZ

NASUHA JAMILAH RESDINA

NURASURA ROSITAH

DANIEL

SYAWAL RAZAK

WAHAB BUNUT

HUZAIMAH LAHONG MAHANI OLIVIA

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN KESAN 2013

4

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI

Buletin kesan

PERANCANGAN AKTIVITI KESAN 2013

5

BULAN AKTIVITI

Januari ~ Disember Sukan Badminton diadakan setiap malam Rabu iaitu sebagai aktiviti

sukan mingguan Kelab KESAN

Januari Sambutan Hari Natal

Februari Sambutan Tahun Baru Cina 2013

Mesyuarat Agung KESAN

Mac Pemilihan Kumpulan Sukan Dalaman 2013

April ~ November Pertandingan Indoor & Outdoor Games Bagi Ahli KESAN JANM Miri

Mei Lawatan ke Maritim Miri

Lawatan ke JANM Cawangan Bintulu

Jun ~ Oktober Pertandingan Boling Antara Jabatan / Agensi / Bank

Pertandingan Dart Antara Jabatan / Agensi / Bank

Jun Sambutan Hari Gawai

Julai Majlis Berbuka Puasa

Ogos Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2013

September Lawatan ke Land & Servei Bintulu

Lawatan ke JANM Johor

Oktober Lawatan ke rumah anak yatim

Latihan ‘fire drill’

Lawatan ke Kota Kinabalu

Disember Annual Dinner

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI

Buletin kesan

RESIPI PILIHAN

6

Ayam Masak Lemak Cili Padi Resipi Pilihan Lahong

Bahan-bahan

1 ½ ekor ayam (dipotong sesuka hati) 25 tangkai cili api (boleh dikurangkan)

3 tangkai cili merah 4 batang serai (ditumbuk)

5 ulas bawang putih 5 inci kunyit hidup

2 helai daun kunyit (dihiris) 2 keping asam gelugor

2 paket santan

Cara Membuat

1. Cili api, cili merah, bawang putih,dan kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat.

2. Masukkan ayam, serai dan bersama bahan-bahan yang

ditumbuk tadi ke dalam periuk dan bahan-bahan tadi digoreng tanpa minyak sehingga ayam kecut dan keluar

air.(seperti gambar disebelah)

3.Setelah ayam kecut masukkan santan dan sedikit air,

kemudian masukkan asam gelugor dan biarkan sehingga

mendidih. Sentiasa kacau masak lemak anda supaya tidak

pecah minyak.

4. Sesuaikan rasa dengan tambah garam dan serbuk

perasa. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.

Kemudian tutup api.

5. Taburkan daun kunyit yang telah dihiris tadi untuk

hiasan dan menambahkan lagi aroma masakan.

SELAMAT MENCUBA !!

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN MIRI

6

Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESAN)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Miri,

Aras 4, Yu Lan Plaza,

Jalan Brooke,

98000, Miri,

Sarawak.

Portal Rasmi Jabatan :

http:portalpp.anm.gov.my/miri

Tel : 085-442173 Fax : 085-423103

EDITOR :

MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN BAHRORAJI

SETIAUSAHA KESAN 2013