12

buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI
Page 2: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

2 < MAY 2009

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. Datuk Mohd Zain bin Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan

KETUA SIDANG PENGARANGDr. Mohd Mokhtar bin Tahar

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGNor Azhar bin Manap

Effaizah binti ShahidanPaul Selva Raj

Ratna Revi NadarajanCheah Chee Ho

Buletin Pengguna merupakan penerbitan usahasamadi antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan dan FOMCA.Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Kementerian Perdagangan DalamNegeri, Koperasi dan Kepenggunaan

No 13, Persiaran PerdanaPresint 2, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDNKKwww.kpdnkk.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnkk.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

DICETAK OLEH

Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Pengguna initidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasidan Kepenggunaan atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

RAMAI yang berpendapat bahawa kanak-kanak mudah untuk bersatu berbandingdengan orang dewasa kerana mereka tidak membataskan rakan-rakan merekaberdasarkan kepada perbezaan warna kulit, kaum, agama dan latar belakang keluarga.

Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti EkologiManusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Rozumah Baharudin berkata, kanak-kanak lebih cenderung untuk bergaul mesra kerana pergaulan itu berlandaskan aktivitiseperti belajar, bermain dan bersukan. Oleh itu, kanak-kanak dilihat lebih bersatu,walaupun pada hakikatnya penyatuan itu berlaku kerana mereka mempunyai minatyang sama.

“Persepsi dan nilai yang dipegang orang dewasa banyak mempengaruhi tingkahlaku mereka. Orang dewasa juga banyak dipengaruhi oleh pendidikan sosial danpengalaman hidup dalam membentuk nilai dan persepsi. Oleh itu, penting padaperingkat awal lagi, setiap individu dididik oleh keluarga dan masyarakat dengannilai yang positif seperti bekerjasama, hormat menghormati, baik sangka dan nilaimurni yang lain,” katanya.

“Ketika ini, memang ada keluarga di Malaysia yang mendidik ahli keluarganya kearah perpaduan kerana mereka faham bahawa keluarga adalah asas pembentukanmasyarakat dan negara. Langkah pertama untuk perpaduan perlu bermula dari rumah”.

Beliau menjelaskan, selain keluarga, institusi dan ejen sosial yang lain sepertisekolah dan media perlu sentiasa memupuk semangat perpaduan dan nilai murni.Usaha berkenaan perlu dilakukan secara konsisten dan bukan bermusim.

Beliau menyatakan pembangunan manusia atau kanak-kanak dipengaruhi duaunsur besar iaitu sistem mikro dan makro yang memainkan peranan utama dalampembinaan sahsiah peribadi seawal usia seseorang itu.

“Jika sistem ini diabaikan dari peringkat awal, maka sukar untuk menanganigejala negatif yang ‘mewarnai’ individu itu ketika dewasa. Di peringkat mikro, elemenyang paling mempengaruhi pembentukan sahsiah peribadi adalah keluarga, manakaladi peringkat makro ini adalah tanggungjawab kerajaan dan pembuat polisi.

“Pengaruh sistem makro dalam pembentukan peribadi sangat kuat dan ia jugamempengaruhi bagaimana sistem mikro perlu bertindak. Tabika Perpaduan dansekolah-sekolah adalah antara elemen didalam sistem makro yang dijangka mampumemupuk semangat perpaduan dan penerimaan kepelbagaian cara hidup wargaMalaysia,” katanya.

Di peringkat kanak-kanak, jika semangat perpaduan itu dipupuk dan disemaioleh ibu bapa dan guru, maka lebih mudah untuk membentuk mereka menjadi insanyang lebih terbuka untuk memberi kerjasama di dalam kelompok masyarakat.

Sumber: Arkib Berita Harian

Kanak-kanaklebihpatriotik:Peranan keluargauntuk membentukmasyarakat yangbersatu padu

semasa

Page 3: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

MAY 09 > 3

Pada isu yang lepas kita telah mengenali cara-cara untukmengesan dan mengenal pasti jangkitan penyakit berjangkitseperti influenza. Pada isu kali ini, kita akan melihat pulalangkah-langkah pencegahan dan perlindungan kesihatan yanglebih menyeluruh menerusi sistem ketahanan badan.

Sistem ketahanan adalah komponen yang sangat kritikalpada tubuh manusia. Ia melindungi diri daripada seranganpenceroboh seperti bakteria, kulat, virus, dan menahanjangkitan penyakit berbahaya seperti kanser. Ia juga sangatberkesan, dan mempunyai “daya ingatan” jangkitan-jangkitansebelumnya dan bersedia menghadapinya pada masa depan.Namun, sama seperti mana-mana sistem badan, sistemketahanan badan boleh merosot sekiranya tidak ada penjagaanyang rapi. Untuk memastikan ia berfungsi pada kadaroptimum, anda boleh merujuk kepada beberapa langkahberikut.

1. Makan dengan betulSecara teorinya, ia adalah mudah; hanya makan makanan

yang betul dengan secukupnya apabila anda berasa lapar.Malangnya, tabiat ini adalah sukar untuk diamalkan keranakita sering tertarik dengan pilihan makanan yang tidakberkhasiat. Kita makan mengikut perasaan dan emosi, atautidak mengetahui sama ada ia makanan yang ”betul”. Olehitu, tip-tip berikut boleh membantu:

Jangan makan berlebihan

Makan secara berlebihan boleh menyebabkan kegemukandan membahayakan sistem ketahanan badan. Kajian yang

isu pengguna

dijalankan oleh saintis di University of North Carolina atChapel Hill School of Medicine telah menunjukkan bahawaobesiti menghalang sistem ketahanan badan daripadaberfungsi dengan baik. Justeru ini akan mengurangkandaya ketahanan terhadap jangkitan. Dalam kajian tersebut,tikus yang obes didapati 50% kurang berupaya untukmembunuh virus influenza berbanding dengan tikus yangbiasa, dan penyelidik percaya bahawa keadaan ini adalahsama dengan manusia.

Jenis makanan yang dipilih:

Jenis makanan yang dipilih juga tidak kurang pentingnya.Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang bolehmempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti;

• Makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli

• Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacangdan bijiran

• Bawang putih

• Makanan yang kaya dengan zink seperti kekacang,ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu.

• Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yangterdapat dalam buah-buahan dan sayuran.

• Makanan yang kaya dengan karoten seperti lobak dankeladi.

.. ke muka 3

Lindungi diridaripadajangkitanpenyakitberjangkitLangkah-langkah untukmemperkuatkan sistemketahanan badan

Page 4: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

4 < MAY 2009

Anda juga boleh memperolehi nutrien-nutrien ini dalambentuk pil, tetapi pilihan makanan yang segar merupakansumber vitamin dan mineral terbaik untuk badan. Pengambilansuplemen juga tidak boleh diserap dan digunakan dalam badansebaik makanan.

2. Bersenam selaluMenurut President’s Council on Physical Fitness and Sports

(PCPFS), data daripada pelbagai kajian menunjukkan bahawasenaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkanpengambilan cuti sakit anda. Dalam tiga kajian yangberasingan yang diterbitkan dalam Research Digest PCPFS,wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untukberjalan kaki 5 kali seminggu selama 12 hingga 15 minggumengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbandingdengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam.Walaubagaimanapun, senaman juga tidak semestinya yangberat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Malah, senamanyang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebihbaik. Satu kajian yang dijalankan oleh Medicine and Sciencein Sports and Exercise mendapati bahawa jangkitan respirasilebih ketara di kalangan atlet semasa menjalani latihan yangberat. Oleh itu, dalam apa jua senaman yang anda buat, berikanperhatian pada badan anda. Jikalau anda tidakberkemampuan, jangan sesekali memaksa diri anda.

dari muka 2 ...

isu pengguna

3. Dapatkan tidur yang secukupnyaTidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan

sistem ketahanan, manakala kekurangan tidur mempunyaikesan yang sebaliknya. Menurut pengkaji corak tidur dalamjurnal Seminars in Clinical Neuropsychiatry, kesan burukterhadap fungsi sistem ketahanan badan yang ketara dapatdilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur. MenurutNational Institutes of Health di US, orang dewasa secarapuratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur. Untuk memastikananda mendapati tidur yang berkualiti, elakkan dari minumanberkafein (seperti kopi dan teh), tembakau, dan arak.

4. Menguruskan tekananAdalah tidak mungkin untuk menghilangkan semua

tekanan hidup, tetapi bagaimana anda memilih untukmenghadapi tekanan boleh memberikan impak yang besarkepada kesihatan anda. Mengelak dari menghadapi masalahdan tidak menyelesaikannya boleh menukarkan tekanan jangkapendek kepada tekanan kronik yang boleh menyebabkanmasalah kesihatan. Menurut National Institutes of Health diUS, hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronikboleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser,dan pelbagai jenis penyakit yang lain. Hormon tekanan iniboleh berfungsi dalam dua cara, sama ada menghapuskan seldarah putih (yang melawan penyakit), atau menghidupkansistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risikomenghidap penyakit auto imun (auto-immune). Oleh itu,luangkanlah masa untuk melepaskan stres beberapa kaliseminggu, seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungispa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari.

Sumber: www.sparkpeople.com/resource/wellness_articles

Page 5: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

MAY 09 > 5

LakukanAudit Tenagadi RumahAnda

Perhatian: kenal pasti nilai Arus dalam unit mAmp ataumA, sebagai contoh, 850 mAmp adalah bersamaandengan 0.85 Amp.

5. Terdapat juga label dengan nilai Kuasa (Watt) seperti dalamGambarajah 2. Ini adalah lebih senang untuk digunakan.

(Gambarajah 2)

6. Contoh pengiraan untuk Gambarajah 2 adalah seperti dibawah. Masukkan nilai yang sepatutnya dan tekan “TambahPeralatan” (Add Equipment):

Perhatian: kenal pasti nilai Kuasa dalam kiloWatt ataukW, sebagai contoh 1.2 kW, ia adalah bersamaan dengan1200 Watt.

Artikel sumbangan Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia

Tenaga merupakan salah satu sumber asas pembangunansesebuah negara. Pengguna-pengguna domestik dan industriperlu sedar akan kepentingan ‘kecekapan’ dalam penggunaantenaga serta memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama dengan kerajaan. Bagi pengguna domestik, adalahpenting untuk menyedari tahap dan jumlah penggunaanelektrik seharian anda sebelum memulakan usaha penjimatantenaga dengan melakukan audit tenaga di rumah.

Audit Tenaga bermula dengan:(i) Mengenal pasti bilangan perkakas elektrik(ii) Mengenal pasti jangka masa penggunaan(iii) Mengenal pasti kuasa yang digunakan oleh perkakas

Untuk memudahkan anda, sila layari laman webwww.switch.org.my dan klik kalkulator bil (Bill calculator) diSudut Riang (Fun Corner) dan ikut langkah-langkah yangberikut:1. Kalkulator ini adalah untuk menganggar nilai penggunaan

tenaga, ia bukan nilai sebenar.2. Kenal pasti nilai yang perlu digunakan dalam kalkulator.

Jika label anda seperti dalam Gambarajah 1. Voltan danArus (Amperage, juga dikenali sebagai Current) sepertidalam label.

3. Voltan yang diguna pakai di Malaysia adalah 220V hingga240V. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa produkseperti komputer riba dan telefon yang mungkinmenggunakan nilai Voltan yang rendah. Oleh itu, adalahwajar untuk memeriksa label sebelum menggunakannya.

(Gambarajah 1)

4. Contoh pengiraan untuk label dalam gambarajah 1 adalahseperti di bawah. Masukkan nilai yang sepatutnya dantekan ‘Tambah Peralatan’ (Add Equipment):

pengguna lestari

Page 6: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

6 < MAY 2009

Pusat kecergasan semakin popular di kalangan pengguna,terutamanya mereka yang tinggal di bandar dan ianyadikunjungi ramai kerana menyediakan kemudahan danbimbingan yang menyeluruh untuk bersenam. Pusat-pusatini juga kian berkembang dan bersaing secara sihat.

Bilangan kes aduan di NCCC terhadap pusat kecergasankini kian meningkat dari tahun ke tahun. Masalah yang palingketara ialah syarat-syarat pembatalan dalam kontrak keahlianyang tidak adil dan tidak jelas. NCCC mendapati kontrakkeahlian yang ditawarkan kepada pengguna adalah lebih beratsebelah dan memberi lebih banyak kelebihan kepada pusatkecergasan. Selain itu terdapat banyak syarat penyingkiran(exclusion clauses) yang mendesak ahlinya untuk terusmembayar yuran walaupun ahli tidak mengunjungi pusattersebut dan ingin membatalkan keahlian mereka.

Di bawah Seksyen 17(5) dalam Akta PerlindunganPengguna 1999, pengguna boleh membatalkan kontrakmenerusi tulisan ataupun lisan. Jika pusat kecergasanmenekankan bahawa didalam proses pembatalan, sekiranyaahli perlu membayar baki yuran untuk tempoh masa depanyang tidak digunakan, pengguna berhak untuk menuntut balikyuran yang telah dibayar selagi ia dalam tempoh 14 hariselepas pembatalan kontrak dibuat.

Terdapat juga aduan mengenai kegagalan pusat kecergasanuntuk memberikan pelatih yang profesional kepada ahlinya.Dalam hal ini, pengguna berhak untuk menamatkan kontrakdan menuntut pampasan.

Pusat KecergasanPengguna juga sering mengadu tentang ketidaktelusan

agen-agen pusat kecergasan. Dalam usaha memasarkankeahlian, ramai pengguna telah didesak, diperdaya dandikelirukan oleh agen-agen pusat kecergasan yang memberikangambaran serta promosi pakej keahlian yang tidak jelas danpalsu.

Dalam usaha melindungi pengguna daripada terjerumuske dalam kontrak yang tidak diingini, kawalan dari segiperundangan perlu dipertingkatkan dengan menggubal AktaKontrak Tidak Adil (Unfair Contracts Act) seperti yang terdapatdi United Kingdom. Para pengguna perlu berwaspada terhadapiklan dan promosi, dan seharusnya meneliti kandungan dalamkontrak keahlian sebelum menandatanganinya.

ruang nccc

Page 7: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

MAY 09 > 7pemakanan

Penjualan pelbagai jenis pil multivitamin kini giatdipromosikan dan telah membanjiri pasaran tempatan danantarabangsa. Kerapkali kita lihat pelbagai jenis produkkesihatan daripada jurujual di pasaran mudah untuk didapati.Antara yang popular ialah multivitamin boleh mengurangkanrisiko kanser, memulihkan penyakit, meningkatkanmetabolisma badan dan sebagainya.

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkandengan multivitamin?

Multivitamin adalah pil yang mengandungi vitamin danzat makanan yang diekstrak daripada buah-buahan atau sayur-sayuran. Oleh yang demikian, kandungan vitamin dan zatmakanan dalam pil multivitamin adalah berbentuk tulen danpekat.

Multivitamin sesuai diambil oleh mereka yang kurangkandungan nutrisi dalam badan disebabkan oleh keadaankesihatannya seperti mereka yang lemah tubuh badan atauyang menghidap penyakit kronik. Ia hanya berfungsi sebagaitambahan kepada makanan yang diambil. Ini bermaknamultivitamin berfungsi sebagai ”insurans” kepada orang yangmempunyai tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Pengambilan multivitamin ini bukanlah sesuatu yangsemula jadi. Kini ramai orang lebih suka mengambil pilmultivitamin dan menjadikannya sebahagian dari dietpemakanan mereka. Mereka memberikan alasan bahawa merekaterlalu sibuk untuk memastikan mereka mendapat diet yangseimbang dan menjalani hidup yang sihat. Maka, multivitamindianggap sebagai jalan singkat untuk melengkapkan keperluanzat makanan dalam badan mereka.

Makanan Tambahan (Suplemen) yang diambil juga tidaksemestinya membawa kebaikan kepada tubuh badan kita. Ini

Multivitaminlebih baikdaripadamakanansegar?

adalah kerana kandungan vitamin dalam pil tersebut berbentuktulen, maka ia adalah lebih banyak daripada yang terkandungdalam makanan secara semula jadi. Oleh itu, sebaiknya-baiknyadapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil sebarangjenis suplemen untuk mengelakkan daripada pengambilan dosyang berlebihan. Kandungan vitamin dan mineral dalam badanyang berlebihan akan menjadi toksik (hypervitaminosis) danmembawa kepada kesan sampingan yang serius sepertikeracunan. Selain itu, terdapat juga makanan yang harusdielakkan sekiranya anda mengambil pil multivitamin.

Dalam satu laporan kajian yang diterbitkan pada bulanFebruari pada tahun ini di US oleh Women’s Health Initiative(WHI), didapati bahawa risiko untuk mendapat kanser adalahsama sahaja tidak kira sama ada anda mengambil multivitaminataupun tidak. Ini terbukti untuk semua jenis kanserterutamanya kanser payu dara, kolon, renal, perut, paru-parudan ovari. Multivitamin juga tidak mengurangkan risikopenyakit jantung.

Kajian yang sama turut membuktikan bahawa kadarkematian disebabkan kanser, strok dan penyakit jantung bagiorang yang mengambil multivitamin dan tidak mengambilmultivitamin adalah sama. Namun kadar ini adalah rendahdalam kalangan orang yang mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar dalam diet pemakanan mereka.

Walaupun pil multivitamin mengandungi ekstrak vitamindan zat makanan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan,namun ia bukanlah sebagai pengganti kepada khasiat yang

.. ke muka 8

Page 8: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

8 < MAY 2009 pemakanan

diperolehi daripada diet pemakanan kita. Ini kerana pil-pilini perlu melalui pelbagai proses serta penambahan bahankimia. Oleh itu kesannya adalah tidak sama.

Tambahan pula, multivitamin dalam pasaran adalah mahaldan kualiti suplemen juga biasanya tidak bergantung kepadaharganya. Sebagai pengguna, kita mempunyai pilihan samaada menggunakan wang kita untuk membeli multivitamin ataumembeli makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Semua jenis vitamin yang diperlukan oleh badan bolehdiperolehi daripada diet pemakanan kita. Jadual di bawahmenunjukkan 13 jenis vitamin penting yang diperlukan olehbadan kita dan sumber semula jadinya.

dari muka 7...

Vitamin Jenis Makanan

Vitamin A • Susu• Hati• Buah dan sayur berwarna oren (lobak merah, buah oren)• Sayur berdaun hijau tua (bayam)

Kumpulan Vitamin B • Bijirin (gandum, oat)(B1, B2, B6, B12, niasin, • Ikanasid folik, biotin dan • Daging putihasid pantotenik) • Telur

• Susu• Sayuran hijau• Kacang panjang, kacang hijau

Vitamin C • Buah-buahan (oren, limau, strawberi, kiwi)• Brokoli• Kubis

Vitamin D • Susu• Ikan• Kuning telur• Hati• Bijirin

Vitamin E • Bijirin (gandum)• Sayur berdaun• Ikan sardin• Kuning telur

Vitamin K • Sayur hijau• Susu• Minyak soya

Artikel sumbangan Consumer Research and Resource Centre (CRRC)

Page 9: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

MAY 09 > 9kewangan

Insurans am

Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi andadaripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung,selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untukmendapatkan perlindungan yang menyeluruh, anda perlumemahami risiko yang dilindungi insurans am untukmemastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarangkejadian yang tidak diduga.

Lazimnya, tempoh perlindungan bagi kebanyakan polisi danpelan insurans am adalah dalam jangka masa setahun yangmemerlukan anda membayar premium secara sekali gus.

Risiko yang dilindungi insurans am adalah:

i) Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta ataukebakaran rumah

ii) Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketigayang disebabkan oleh anda

iii)Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan

Produk utama insurans am termasuklah:

• Polisi motor

Insurans motor melindungi kenderaan anda, sama adamotorsikal, kereta atau lori, daripada risiko sepertikemalangan atau kecurian. Umumnya, terdapat tiga jenisinsurans motor, iaitu pihak ketiga, kebakaran dankecurian; dan perlindungan komprehensif. Tahapperlindungan yang anda ambil menentukan apa boleh andatuntut sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakanatau kerugian.

PanduanmembeliinsuransBahagian 2:Insurans am

> Perlindungan pihak ketiga

Menginsuranskan anda terhadap tuntutan bagikecederaan tubuh badan atau kematian yang berlakukepada orang lain (pihak ketiga), dan juga kerugianatau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga yangdiakibatkan oleh kenderaan anda.

> Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian

Menyediakan insurans terhadap tuntutan bagikecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga,kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga,dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiriakibat kebakaran yang tidak disengajakan ataukecurian.

> Perlindungan komprehensif

Polisi ini menyediakan perlindungan yang paling luas,iaitu kecederaan tubuh badan dan kematian pihakketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihakketiga dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaananda sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan,kecurian atau kemalangan.

• Polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah

Insurans kediaman atau insurans empunya rumah/isi rumahmerupakan salah satu polisi insurans terpenting yangboleh anda beli. Rumah anda merupakan salah satupelaburan terbesar dalam hidup anda. Oleh itu pentinguntuk anda melindungi rumah anda. Terdapat 3 jenis polisiutama yang boleh melindungi rumah anda:

.. ke muka 10

Page 10: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

10 < MAY 2009 kewangan

> Polisi kebakaran asas

Polisi ini memberikan perlindungan hanya untukbangunan sahaja dan melindungi kerugian ataukerosakan akibat kebakaran, kilat atau letupan.

> Polisi empunya rumah

Berbeza dengan polisi kebakaran asas yang hanyamelindungi bangunan, polisi ini memberikanperlindungan tambahan termasuk kerugian ataukerosakan akibat banjir, paip pecah dll.

> Polisi isi rumah

Ini adalah polisi untuk melindungi barang-barang isirumah anda serta perlindungan kecederaan maut untukanda sebagai pihak diinsuranskan.

Sekiranya anda inginkan perlindungan komprehensif untukrumah anda serta barang-barang di dalamnya, anda harusmembeli polisi empunya rumah dan polisi isi rumah.

Sekiranya harta anda masih di bawah pembiayaan,pembiaya mungkin menghendaki anda membeli polisiinsurans bertempoh gadai janji berkurangan (mortgagereducing term assurance, MRTA) untuk melindungikepentingan pembiaya.

• Polisi kemalangan diri

Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insuranstahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlakukecederaan, hilang upaya atau kematian yang hanya berlakudisebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas, tidaksengaja, luaran dan jelas kelihatan.

Skop perlindungan dan skala manfaat berbeza-beza diantara syarikat insurans. Anda hendaklah memastikanbahawa anda membeli polisi yang memenuhi keperluananda. Jenis-jenis perlindungan yang biasanya diberikandi bawah polisi KD ialah:

• Mati akibat kemalangan

• Hilang upaya kekal

• hilang upaya sementara menyeluruh atau separa

• belanja perubatan

• pembedahan pembetulan

• manfaat masuk hospital

• belanja pengebumian

Anda boleh mengambil polisi KD untuk diri anda sendiriatau polisi berkumpulan untuk keluarga anda. Kadangkalamajikan mengambil polisi KD untuk pekerja-pekerja merekadan dalam kes ini bayaran pampasan untuk pekerja adalahatas budi bicara majikan. Anda mungkin tidak dapatmengambil perlindungan KD sekiranya anda terlibat dalampekerjaan tertentu yang dianggap merbahaya seperti polis,tentera, dan ahli sukan. Sesetengah polisi KD jugamenyatakan had umur yang boleh dilindungi.

• Polisi perubatan dan kesihatan

Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisiyang melindungi kos rawatan perubatan swasta yangmungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital danpembedahan. Polisi insurans ini juga memastikan andatidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkanrawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar andasejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan

Terdapat empat jenis utama polisi IPK:

> Insurans hospital dan pembedahan yang menampungperbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahanyang ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungidi bawah polisi.

> Insurans penyakit yang amat ditakuti, atau penyakitkritikal yang menyediakan pembayaran manfaat secarasekaligus apabila anda didiagnosis menghidapi mana-mana 36 penyakit yang amat ditakuti atau penyakit-penyakit yang telah ditetapkan.

> Insurans pendapatan akibat hilang upaya yangmenyediakan sumber pendapatan yang berterusanapabila anda tidak lagi dapat bekerja akibat sakit ataucedera.

> Insurans pendapatan hospital membayar anda sejumlahwang tertentu secara harian, mingguan atau bulanan,tertakluk kepada had tahunan, sekiranya anda perlutinggal di hospital kerana penyakit yang dilindungi,tidak sihat atau cedera.

Syarikat insurans mungkin menawarkan produk-produk diatas kepada anda secara berasingan atau bergabung sepertidengan insurans hayat. Anda perlu berhati-hati apabilamemilih sesuatu produk supaya sesuai dengan keperluan anda.Oleh yang demikian, luangkanlah masa untuk berbincangdengan syarikat insurans atau ejennya tentang polisi IPKyang anda bercadang untuk membeli.

Sumber: InfoInsuransPersatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)

dari muka 9 ...

Page 11: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

MAY 09 > 11standard

Industri makanan dan minuman merupakan salah satu industriyang paling utama dalam ekonomi Malaysia. Sektorpemprosesan makanan menyumbangkan 10% daripada outputpembuatan Malaysia dan makanan yang diproses dieksportkepada 80 buah negara dengan jumlah nilai eksport mencecahRM5 billion. Walaupun sektor ini semakin berkembang danmaju, namun kita masih diselubungi dengan pelbagai masalahkeselamatan seperti keracunan dan pencemaran makanan dikantin, restoran dan pasar raya. Pada tahun 2008, banyakkes keracunan makanan berlaku di sekolah dan kem ProgramKhidmat Latihan Negara dilaporkan telah mengakibatkan ramaipelajar dimasukkan ke wad disebabkan oleh gejala cirit-biritdan muntah. Keracunan makanan bukan sahaja berlaku dikalangan pelajar, tetapi sering juga berlaku di restoran-restoran dan gerai-gerai makan.

Gambar 1: Contoh cicak dalam minuman

Gambar 2: Lipas dalam sambal (sebuah restoran)

Untuk menghasilkan makanan yang selamat untukpengguna, pekerja-pekerja di sesebuah premis makanan dankilang pembuatan makanan perlu diberikan latihan terlebihdahulu mengenai cara pengendalian makanan yang betul danprosedur pemprosesan makanan yang selamat dan berkualiti.Selain itu, latihan ini juga adalah penting untuk memastikantiada sebarang kemalangan berlaku.

Standard dan Keselamatan Makanan

.. ke muka 12

Page 12: buletin pengguna 0905b - KonsumerKINI

12 < MAY 2009

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnkk.ghttp://e-aduan.kpdnkk.ghttp://e-aduan.kpdnkk.ghttp://e-aduan.kpdnkk.ghttp://e-aduan.kpdnkk.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

standard

Untuk menjamin keselamatan dan kebersihan makanan,pelbagai jenis standard telah dilaksanakan, antaranya:

ISO 9001:2000

Satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkanelemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualitipengurusan, perkhidmatan, produk yang diuruskan secarasistematik dan didokumenkan serta diamalkan secara konsistenbagi memenuhi kehendak pelanggan. Dalam pengertian yangmudah ISO 9001 ialah: “Mendokumenkan apa yang dilakukandan lakukan apa yang didokumenkan”

GMP (Good Manufacturing Practices)

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) telah diwujudkanbagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaranmakanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak negara.Permohonan untuk mendapatkan sijil ini terbuka kepada semuajenis pengusaha premis makanan sama ada pemprosesan,pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanan.

HACCP (Hazard analysis critical controlpoint)

HACCP ialah satu sistem keselamatan makanan bersistematikdan berasaskan sains. Ia digunakan untuk mengenal pastibahaya khusus dalam proses membuat makanan. Ia jugamerupakan sistem yang menilai semua bahaya yang bolehmenyebabkan penyakit bawaan makanan, dan juga digunakanuntuk melaksanakan sistem kawalan khusus terhadappemprosesan produk makanan, selain daripada turutmenitikberatkan langkah pencegahan.

ISO 22000:2005 (sistem pengurusankeselamatan makanan)

ISO 22000:2005 merupakan sistem pengurusankeselamatan makanan yang memerlukan sesebuah organisasiyang terlibat dalam rantaian makanan untuk menunjukkankemampuannya dalam mengawal risiko bahaya keselamatanmakanan dan memastikan bahawa makanan adalah selamatapabila dimakan.

Artikel sumbangan Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

dari muka 11 ...

Untuk menghasilkanmakanan yang selamatuntuk pengguna, pekerja-pekerja di sesebuahpremis makanan dan kilangpembuatan makanan perludiberikan latihan terlebihdahulu mengenai carapengendalian makananyang betul dan prosedurpemprosesan makananyang selamat danberkualiti.