18
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

BUKU PANDUAN

PERPUSTAKAAN

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Page 2: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

2

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN 3

2. MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN 4

3. DASAR & OBJEKTIF PERPUSTAKAAN 5

SERTA STRATEGI PELAKSANAAN

4. PIAGAM PELANGGAN 6

5. CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN 7

6. KOLEKSI PERPUSTAKAAN 8

7. PERKHIDMATAN 9

8. WAKTU PERKHIDMATAN 10

9. KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN 11

10. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN 12

11. POLISI PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN 13

12. PERATURAN PERPUSTAKAAN 14-15

13. ETIKA DI PERPUSTAKAAN 16

14. PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN 17-18

15. PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT 19

Page 3: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

3

PENGENALAN

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah dibina di bawah Rancangan

Malaysia Kelima pada tahun 1987. PKS terletak di KM22 Jalan Kuching-Lundu di

kaki Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah. Pada peringkat

awal penubuhannya, sebuah pejabat sementara telah dibuka di bangunan rumah

kedai di Simpang Tiga, Kuching. Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri

Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih

kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan

112 ekar.

Pihak Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak juga telah menandatangani

satu perjanjian persefahaman untuk membina pusat latihan perintis yang dikenali

sebagai Pusat Teknologi Minyak Dan Gas (PTMG) di PKS. Ia ditubuhkan bagi

melahirkan juruteknik-juruteknik untuk keperluan Petronas. Walau bagaimanapun,

program ini telah tamat pada bulan Ogos 2003.

Pada peringkat awal pengambilan pertama Julai 1989, seramai 204 orang

telah ditawarkan untuk mengikuti kursus-kursus berikut:

Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan)

Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)

Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)

Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Am)

Sijil Penyimpanan Kira

Diploma Akauntasi

Pada masa sekarang, PKS menawarkan Dua kursus bertaraf diploma, iaitu:

Diploma Intergrasi (Lulusan Sijil Politeknik)

Diploma lepasan SPM

Page 4: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

4

MISI, VISI & FALSAFAH

PERPUSTAKAAN

MISI

Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Serta

Penyelidikan Melalui Teknologi Terkini Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Separa

Profesional.

VISI Membangunkan Koleksi Berkualiti Serta Memberi Perkhidmatan Dan Kemudahan

Yang Efisyen, Sistematik Dan Mesra Pelanggan.

FALSAFAH

Prasarana Berilmu Sejajar Teknologi Terkini.

Page 5: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

5

DASAR & OBJEKTIF PERPUSTAKAN

SERTA STRATEGI PELAKSANAAN

DASAR PERPUSTAKAAN Perpustakaan Politeknik Adalah Komited Untuk Menyediakan Koleksi Yang

Berkualiti Serta Perkhidmatan Yang Efisyen Dan Berhemah Bagi Memenuhi

Kehendak Pelanggan Sejajar Dengan Visi, Misi Dan Objektif Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN

1. Mengesan, Mengumpul, Menyimpan, Mengurus, Menyedia Dan Menyebarkan

Sumber Yang Bersesuaian, Berkualiti Dan Terkini Dalam Semua Program

Anjuran Politeknik.

2. Memberi Perkhidmatan Perpustakaan Yang Cemerlang Bersesuaian dengan

perkembangan Teknologi Maklumat

3. Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif Bagi Memupuk Minat Dan

Membudayakan Ilmu.

4. Membantu Melahirkan Tenaga Separa Profesional Yang Kreatif Dan Berdaya

Saing Serta Mempunyai Sahsiah Diri Yang Tinggi.

STRATEGI PELAKSANAAN 1. Memantapkan Tenaga Kerja Perpustakaan Yang Kompeten Dan Berdaya Maju.

2. Memastikan Keperluan Dan Kehendak Pelanggan Dipenuhi.

3. Menyediakan Koleksi Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti.

4. Mendukung Proses pembelajaran Dan Pengajaran seiring Dengan Visi, Misi Dan

Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 6: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

6

PIAGAM PELANGGAN

Kami Beriltizam Dan Berjanji Akan:- 1. Memberi Perkhidmatan Peminjaman, Pemulangan Dan Pembaharuan Koleksi

Dalam Tempoh Satu (1) Minit.

2. Memastikan Perolehan Koleksi Yang Berkualiti Dan Terkini Mengikut Kadar

Peruntukan Yang Diluluskan.

3. Memberikan Perkhidmatan Yang Cekap, Tepat Dan Mesra Untuk Memenuhi

Kehendak Pelanggan.

4. Memastikan Susunatur Kelengkapan Dan Kekemasan Koleksi Yang Sistematik

Bagi Memudahkan Dapatan Kembali.

Dalam Melaksanakan Tugas ini, Kami Bersedia Menerima Cadangan Dan

Maklumbalas Serta Teguran Bagi Memastikan Kepuasan Pelanggan.

Page 7: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

7

CARTA ORGANISASI

PERPUSTAKAAN

Page 8: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

8

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

1. Koleksi Am (Bahan Bercetak dan Bukan Becetak)

Koleksi Bahan Bukan Bercetak

i. Kaset Audio

ii. Kaset Video

iii. Cakera Padat (Dokumentari/ Maklumat)

iv. Disket (Dokumentari/Maklumat)

2. Koleksi Arkib

3. Koleksi Media

4. Koleksi Tanda Merah Jambu

5. Koleksi Terbitan Bersiri

Page 9: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

9

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak adalah seperti berikut: 1. Pinjaman Dan Pemulangan Pengguna yang telah mendaftar ahli perpustakaan layak meminjam bahan- bahan daripada koleksi perpustakaan.

2. Tempahan Tempahan bahan boleh dilakukan secara talian/di kaunter perkhidmatan. Bahan yang ditempah akan disimpan dan diberikan kepada pengguna lain atau di susun kembali di rak sekiranya tidak di tuntut. 3. Rujukan Dan Pencarian Maklumat Perkhidmatan ini disediakan di kaunter rujukan/pinjaman. Khidmat ini disediakan bagi membantu pengguna mengatasi masalah menggunakan perpustakaan. 4. Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

Perkhidmatan ini terbuka kepada kakitangan Politeknik Kuching Sarawak sahaja.

5. Kesedaran Semasa (Pameran) 6. Sistem Repositori (Dspace) http://dspace.poliku.edu.my/xmlui 7. Pendidikan Pengguna 8. Internet @ Information Centre

9. Laman Web Perpustakaan http://library.poliku.edu.my 10. Online Public Access Catalog (OPAC) melalui Sistem ANGKASA http://lms.poliku.edu.my

Page 10: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

10

WAKTU PERKHIDMATAN

Masa Catatan Hari Kuliah 8.00 pagi –

4.50petang

Sebelum/

Semasa Minggu

Peperiksaan

8.00pagi -4.50 petang

*Tertakluk

kepada

perubahan

Cuti Semester

8.00pagi – 1.00

tengahari

2.00 petang – 4.50

petang

Page 11: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

11

KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN

1. Ruang Bacaan

Perpustakaan menyediakan ruang bacaan di aras bawah dan aras atas

perpustakaan.

2. Sudut Sumber Media

Sudut penggunaan komputer. Ia adalah percuma dan tempoh masa penggunaan ialah 30 minit untuk setiap pengguna. 3. Ruang Mesyuarat

Ruang mesyuarat ini disediakan untuk kakitangan PKS mengadakan

mesyuarat sahaja dan boleh menampung 10 orang dalam sesuatu masa.

4. Ruang Penyimpanan

Ruang penyimpanan terletak di luar Perpustakaan. 5. Kawasan Internet Tanpa Wayar Akses internet tanpa Wayar (WIFI), disediakan di ruang bacaan

perpustakaan. Pengguna dikehendaki mendaftar di Unit UICT untuk

mendapatkan kata nama dan kata laluan.

Page 12: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

12

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan PKS

Tiada yuran pendaftaran dikenakan

Pendaftaran Melalui Borang Atas Talian di

Laman Web Perpustakaan

http://library.poliku.edu.my/

- Katalog Atas Talian - Sign Up

Page 13: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

13

POLISI PINJAMAN BAHAN

PERPUSTAKAAN

POLISI PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN

1. Peminjaman bahan perpustakaan adalah mengikut kategori keahlian.

2. Bahan perpustakaan yang sudah tamat tempoh peminjaman harus

dikembalikan kepada perpustakaan pada tarikh yang ditetapkan.

3. Pembaharuan pinjaman bahan perpustakaan hanya boleh dilakukan sekali

sahaja selepas tempoh tamat peminjaman.

DENDA LEWAT PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN / BAHAN

PERPUSTAKAAN HILANG

1. Denda bagi ahli yang tidak memulangkan buku selepas tarikh peminjaman

tamat ialah RM 0.20 sehari bagi senaskhah buku.

2. Ahli yang tidak memulangkan buku selepas tamat tempoh pinjaman akan

diberi surat peringatan melalui Ketua Jabatan / Unit masing-masing.

3. Ahli yang menghilangkan atau merosakan bahan perpustakaan dikehendaki

membayar harga pembelian buku tersebut beserta dengan kos memproses

sebanyak RM5.00. Dalam kes-kes di mana gantian tidak mungkin, pihak

perpustakaan akan menentukan harga gantian kes tersebut.

4. Denda dibayar di perpustakaan.

5. Pengguna yang belum mengembalikan serta membayar denda tidak

dibenarkan meminjam buku.

6. Untuk kes-kes gagal menyelesaikan denda, tindakan yang boleh dikenakan

adalah:

Digugurkan keahlian perpustakaan secara automatik.

Ditahan keputusan peperiksaan akhir semester yang tertentu bagi

pelajar yang masih menuntut di PKS.

Ditahan sijil atau diploma graduan bagi pelajar yang telah tamat

pengajiannya.

Page 14: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

14

PERATURAN PERPUSTAKAAN

1. Perpustakaan boleh digunakan oleh semua warga PKS sahaja.

2. Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar / staf

pengguna lain.

3. Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/kad staf/surat kebenaran

semasa masuk dan berada dalam perpustakaan.

4. Pengguna mesti mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh

Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKS.

5. Pengguna hanya dibenarkan membawa buku, nota, alat tulis, komputer

riba dan bahan bacaan ke dalam perpustakaan. Barang-barang lain

disimpan di loker yang disediakan.

6. Barang kepunyaan pengguna yang tertinggal semasa perpustakaan ditutup

boleh disemak di kaunter pinjaman.

7. Pengguna mestilah patuh kepada arahan SENYAP di perpustakaan.

8. Pengguna dikehendaki meletakkan buku yang telah digunakan di troli.

9. Penggunaan telefon bimbit dalam mode senyap adalah dibenarkan di da-

lam perpustakaan tetapi percakapan melalui telefon adalah tidak

dibenarkan.

10. Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat

belajar dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam.

11. Semua kakitangan yang bercuti/berkursus panjang, berpindah, dan

sambung belajar mestilah memulangkan semua bahan yang dipinjam

sebelum pergi.

12. Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail atau bahan-bahan lain

yang ingin dibawa keluar oleh pengguna dari bangunan perpustakaan.

13. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di

perpustakaan.

14. Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak

menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.

15. Pengguna yang membuat salinan foto adalah bertanggungjawab

sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan AKTA

HAKCIPTA.

16. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan / kero-

sakan barang-barang persendirian semasa berada di dalam perpustakaan.

Page 15: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

15

PERATURAN PERPUSTAKAAN

17. Larangan semasa berada di perpustakaan :

Membawa keluar apa-apa bahan perpustakaan tanpa pinjaman yang sah.

Membawa keluar buku/bahan yang telah melewati tarikh

pemulangannya.

Membuat bising/menggangu pengguna lain.

Makan/minum/merokok

Mengalih/menyalahgunakan/merosakkan perabot, rak buku dan kaunter

pinjaman.

Membuang sampah di merata-rata tempat.

Menconteng/mengoyak/merosakkan bahan dan peralatan perpustakaan.

Bertengkar/bergaduh

Menggunakan kocek pinjaman orang lain.

Mencuri harta benda perpustakaan.

Tidur

Berkelakuan tidak senonoh.

Memakai selipar

18. Pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan denda/memulangkan bahan

yang dipinjam apabila tamat pengajian, akan ditahan sijil atau diploma

Politeknik.

19. Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana peraturan perpustakaan akan

dikenakan satu atau lebih tindakan tatatertib di bawah :

Amaran

Penggantungan daripada mana-mana atau semua kemudahan Per-

pustakaan PKS selama satu tempoh yang ditetapkan.

Arahan sekatan paparan keputusan peperiksaan di laman web POLIKU

selama tempoh yang ditetapkan

Penyingkiran dari Politeknik.

20. Semua pengguna tertakluk kepada peraturan dan staf diberi kuasa untuk

melaksanakan peraturan perpustakaan.

21. Peraturan-peraturan perpustakaan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke

semasa.

Page 16: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

16

ETIKA DI PERPUSTAKAAN

KOD ETIKA PENGGUNA

1. Mematuhi arahan dan peraturan perpustakaan.

2. Berpakaian mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan oleh Politeknik.

3. Menjaga suara, tingkah laku dan tatatertib.

4. Bertanggungjawab ke atas harta perpustakaan.

5. Bersikap amanah terhadap bahan yang dipinjam.

6. Menepati masa/tempoh pinjaman.

7. Sentiasa menjaga kebersihan perpustakaan.

ETIKA MEMASUKI PERPUSTAKAAN

1. Sentiasa memakai/mempamerkan kad pelajar/staf

2. Mematikan/menyahaktifkan bunyi telefon bimbit dan menyimpannya di tempat yang

selamat dan tersembunyi.

3. Tidak membawa masuk makanan/minuman

4. Menyimpan barangan/peralatan persendirian di tempat simpanan barang yang

disediakan.

ETIKA KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN, MERUJUK, MEMINJAM DAN MEMULANG BAHAN PERPUSTAKAAN

1. Menjaga tingkah laku, suara dan patuh kepada arahan senyap.

2. Tidak mengalih peralatan dan perabot dari tempat yang sepatutnya.

3. Tidak mengotor, mengoyak dan merosakkan bahan/koleksi.

4. Tidak makan dan minum dalam perpustakaan.

5. Tidak berbincang secara berpasangan lelaki dan perempuan dengan cara yang tidak

bertertib.

6. Memelihara susunan buku di rak ketika buku diambil dari raknya.

7. Bertanggungjawab, amanah dan memelihara bahan yang dipinjam dari sebarang ker-

osakan dan kehilangan.

8. Memulangkan bahan yang dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan.

9. Bertanggungjawab menggantikan bahan yang hilang dengan yang baru atau

membayar ganti rugi.

ETIKA KETIKA KELUAR DARI PERPUSTAKAAN

1. Mengemas kembali kerusi dan meja selepas menggunakannya.

2. Memastikan bahan yang akan dibawa keluar dipinjam secara sah,

3. Keluar dan masuk melalui pintu yang ditetapkan.

4. Memastikan barangan milik peribadi tidak ditinggalkan di perpustakaan

Page 17: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

17

PELAN LANTAI PERPUSTAKAAN

TINGKAT BAWAH

Page 18: BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - 122.129.120.167122.129.120.167/images/panduan/buku panduan 2017.pdf · 4 MISI, VISI & FALSAFAH PERPUSTAKAAN MISI Sebagai Pemangkin Ke Arah Proses Pembelajaran

18

UNTUK PERTANYAAN DAN

MAKLUMAT LANJUT

082-845596/7/8

Sambungan: 145 (PUSTAKAWAN) 597 (PEJABAT AM) 596 (KAUNTER PERKHIDMATAN)

013-8178986 ISNIN—JUMAAT 8.00 PAGI –4.50 PETANG

www.facebook.com/perpustakaan politeknik Kuching sarawak