Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

  • Upload
    sifu-k

  • View
    289

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    1/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    BAB I

    PENDAHULUAN

    Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai BahagianPendidikan Guru dan pensyarah-pensyarah maktab perguruan Malaysiamenjalankan penyelidikan di Bahagian Pendidikan Guru dan maktabperguruan Malaysia.

    1.1 Dasar Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

    Program Pembudayaan Penyelidikan di kalangan pendidik guru telah lamadiperkenalkan di maktab perguruan Malaysia. Sehubungan dengan itu, padatahun 1998, Bahagian Pendidikan Guru telah mengemukakan beberapasaranan kepada maktab perguruan tentang beberapa langkah yang bolehdiambil dalam usaha membudayakan aktiviti penyelidikan, sesuai dengan

    perkembangan terkini untuk menjadikan pendidik guru sebagai penyelidik.

    Hasil daripada program pembudayaan penyelidikan tersebut, Bahagian initelah berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya dua hasil laporan kajiandari setiap maktab bagi setiap tahun.

    Bahagian Pendidikan Guru memang menggalakkan pihak maktabmengadakan seminar, wacana atau lain-lain bentuk perkongsian ilmu untukmenyebarluaskan hasil dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pensyarah.Bahagian Pendidikan Guru sendiri juga mengendalikan Seminar PendidikanGuru mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

    Semua maktab perguruan juga telah mempunyai laman web penyelidikanmasing-masing sebagai satu wadah untuk menerbitkan laporan-laporanpenyelidikan dan artikel-artikel tentang penyelidikan. Semua artikel danlaporan penyelidikan daripada pensyarah maktab perguruan juga bolehdiakses melalui laman web BPG.

    Selain daripada mengadakan seminar dan bengkel untuk membentangkandapatan kajian, pihak BPG juga mengedarkan laporan-laporan kajian inikepada pihak-pihak tertentu di Bahagian dan dijadikan bahan rujukan dipusat sumber.

    1.2 Latar Belakang Program

    BPG menjalankan program pemantauan ke atas penyelidikan yangdilaksanakan di maktab-maktab perguruan pada setiap tahun. Peruntukankhas telah disediakan kepada semua maktab perguruan bagi membiayai kospelaksanaan penyelidikan ini. Dua tajuk penyelidikan akan dipilih dari setiapmaktab perguruan untuk diberi bimbingan dan pemantauan oleh sekumpulan

    Bahagian Pendidikan Guru

    1

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    2/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    ahli panel yang dilantik oleh BPG. Ahli-ahli panel terdiri daripada sekumpulanpensyarah yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dari BPG dan maktab-maktab perguruan. Pemantauan dilakukan dalam tiga peringkat:

    i. Penyediaan Proposal dan Instrumen Penyelidikanii. Penyediaan Analisis Data Penyelidikan

    iii. Penyediaan Draf Laporan Penyelidikan

    Di samping itu, pensyarah-pensyarah maktab perguruan juga menjalankanpenyelidikan di bawah penyeliaan Unit / Jawatankuasa/ Jabatan Penyelidikanmasing-masing.

    Unit-unit di BPG juga sentiasa menjalankan penyelidikan dari semasa kesemasa mengikut keperluan unit masing-masing dan BPG.

    Oleh sebab itu, satu garis panduan untuk menjalankan penyelidikan adalahdiperlukan untuk membantu pegawai BPG dan pensyarah-pensyarah maktabsemasa menjalankan penyelidikan. Selain itu, garis panduan ini juga dapat

    membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaanpenyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan.

    1.3 Isu

    Aktiviti penyelidikan di maktab-maktab perguruan agak kurangmenggalakkan. Budaya penyelidikan di kalangan ahli akademik(pensyarah) maktab perguruan masih kurang memberangsangkan.Berbagai-bagai faktor didapati telah menjadi penghalang, seperti kuranggalakan dan rangsangan pihak pentadbiran, tidak ada insentif kepadadan, kurang memahami kaedah untuk menjalankan penyelidikan.

    Pensyarah juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankanpenyelidikan kerana mereka dibebani dengan pelbagai tugas di maktabmasing-masing. Di samping itu, sumber rujukan seperti jurnal-jurnal ilmiahdalam pelbagai bidang juga terhad, menyebabkan pensyarah tidak dapatmembuat rujukan dengan baik semasa melaksanakan penyelidikan.

    Sebagai galakan kepada pensyarah yang menjalankan penyelidikan, merekaharuslah diberikan keutamaan dalam pembentangan hasil penyelidikan,sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini juga merupakansatu kaedah untuk menyebarluaskan hasil penyelidikan pensyarah maktabperguruan. Hasil-hasil penyelidikan juga haruslah diterbitkan, sama adadalam jurnal peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

    Budaya penyelidikan di kalangan pensyarah maktab perguruan perludigalakkan. Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidangilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalammenguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dengan lebihmendalam dan meluas.

    Bahagian Pendidikan Guru

    2

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    3/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Pensyarah seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjangmenjalankan tugas masing-masing. Mereka perlu memahami kepelbagaiankaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaanpenyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan. Penyelidikanberskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dankos yang begitu banyak untuk melaksanakannya. Yang penting adalah hasil

    dari proses penyelidikan tersebut akan dapat membantu pensyarahmenambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik guru.

    Bahagian Pendidikan Guru

    3

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    4/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    BAB II

    PENGENALAN

    2.1 Apakah Penyelidikan?

    Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang penyelidikan.Penyelidikan bukanlah sekadar melakukan tinjauan literatur sahaja ataupenyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, penyelidikanboleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan kearah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik.Pendekatan saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan dataempirikal dengan kaedah pemerhatian yang terkawal dan sistematik ke atasrealiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang bukan saintifik.

    Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan ini.

    Jadual 2.1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan PendekatanBukan Saintifik

    ______________________________________________________________________________________

    Bukan Saintifik Saintifik

    Pendekatan am: Intuitif Empirikal

    Pemerhatian: Tidak terkawalSistematik, terkawal

    Pelaporan: Biased, subjektif Unbiased,objektif

    Konsep-konsep: Ambiguous, ketaksaanDefinisi yang jelas,

    operationalspecificity

    Instrumen: Kurang tepat, imprecise Tepat,precise

    Pengukuran: Tiada keesahan atau Adakeesahan dan kebolehpercayaankebolehpercayaan

    Hipotesis: Tidak dapat diuji (Untestable) Boleh diuji(Testable)

    Sikap (Attitude): Uncritical, acceptingCritical, skeptical

    Bahagian Pendidikan Guru

    4

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    5/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Researchmethods in psychology.

    N.Y.: McGraw-Hill, pp 7.

    Oleh sebab itu, penyelidikan boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatansaintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikanmasalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru ataumemurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, penyelidikanmenggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatutuntutan ilmu baru.

    Dalam konteks pendidikan pula, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai carasaintifik untuk memperoleh pengetahuan baru. Penyelidikan pendidikanmerupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha untuk memperoleh danmenganalisis maklumat empirikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikanmasalah pendidikan. Hasil daripada itu, mewujudlah pengetahuan baru.

    2.2 Perkembangan Penyelidikan Pendidikan

    Penyelidikan pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengejapelajar-pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice mendapati ketidakberkesananpenggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran mengeja.

    Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam penyelidikan.Dalam tempoh 1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alatpengukuran bermula dengan pesatnya. Pada tahun 1905, Alfred Binet telahmenerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh Termanpada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet.

    Seterusnya, ujian kecerdasan digunakan dalam bidang pendidikan.Penggunaan kaedah statistik dalam penyelidikan pendidikan bermula apabilapara penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk menganalisis danmentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat Jika sesuatu benda wujud, iawujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia bolehdiukur. Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedahkuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspekpenyelidikan pendidikan.

    Seterusnya, penemuan alat-alat pengukuran bagi penyelidikan pendidikanberlaku dengan pesatnya antara tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnyapenerbit-penerbit swasta yang membekalkan alat-alat ujian. Pada tahun1935, Fisher memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian(multivariate). Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yangrumit seperti penggunaan pelbagai pemboleh ubah dalam kajian.

    Bahagian Pendidikan Guru

    5

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    6/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Usaha-usaha untuk menilai semula penyelidikan pendidikan bermula sejaktahun 1945. Pengukuran penyelidikan pendidikan dibina melalui pembaikanke atas kaedah dan reka bentuk penyelidikan untuk menghasilkan maklumatpenyelidikan yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap penyelidikanpendidikan menghasilkan lebih banyak kaedah statistik baru untukdigunakan dalam penyelidikan pendidikan bagi menyelesaikan masalah

    pendidikan secara realistik.

    2.3 Ciri-ciri Penyelidikan

    Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmumempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkahyang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.2.3.1 Langkah-langkah logikal

    Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuanberkaitan.

    Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang laintelah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.

    Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperolehkeputusan yang sah.

    Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. Membuat kesimpulan dan generalisasi.

    2.3.2 Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna iadapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.

    Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepadakenyataan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliauakan membina jangkaan tertentu.

    Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khususKalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakanABM/ABPP semasa dia mengajar

    2.4 Jenis Penyelidikan Pendidikan

    Terdapat dua cara untuk mengklasifikasikan penyelidikan:

    2.4.1 Klasifikasi berdasarkan tujuan atau matlamat

    Penyelidikan Asas

    Bahagian Pendidikan Guru

    6

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    7/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    o Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untukpengetahuan.

    o Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidangpendidikan secara lebih mendalam.

    o Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untukmengembangkan dan menilai teori.

    o Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalahpraktis.

    Penyelidikan Gunaan

    o Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapiatau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannyadalam arena pendidikan.

    o Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori,mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru.

    Penyelidikan Tindakan

    o Berkaitan dengan penyelesaian masalah tertentu dalam keadaansetempat (local situation) dan dijalankan oleh seseorang (guru)yang akan menggunakan dapatan penyelidikan.

    o Situational (masalah yang membawa kepada sesuatu keadaan );participatory(penglibatan)

    o Menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.

    2.4.2 Klasifikasi Penyelidikan berdasarkan Kaedah

    Penyelidikan Bersejarah

    o Membuat kesimpulan berkaitan dengan corak, sebab atau kesanperistiswa-peristiswa lampau.

    o Untuk menerangkan peristiwa semasa dan meramalkan peristiswamasa depan.

    o Pengumpulan data diperolehi daripada dokumen-dokumen asliatau melalui temuduga dengan penyaksi-penyaksi (maklumat asal). Data juga boleh dikutip daripada sumber sekunder.

    Penyelidikan Diskriptif

    o Berkaitan dengan pengumpulan data dan pengujian hipotesis ataumenjawab soalansoalan yang berhubungkait dengan keadaansemasa sesuatu subjek/perkara di bawah kajian.

    o Dilaksanakan melalui pertanyaan soalan kepada respondenataupun melalui pemerhatian.

    Kajian Korelasi

    Bahagian Pendidikan Guru

    7

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    8/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    o Menentukan takat perhubungan di antara dua atau lebihpembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal (quantifiable)

    o Bukan sahaja menyatakan keadaan-keadan yang terdapat didalam sesuatu situasi, tetapi juga menentukan sebab-sebab yangmengakibatkan munculnya fenomena di bawah kajian semasa.

    Penyelidikan Ujikaji

    o Membuat manupulasi terhadap sekurang-kurangnya sesuatupembolehubah bebas serta kawalan terhadap pembolehubah lainuntuk mengukur keberkesanan pembolehubah-pembolehubahbebas terhadap pembolehubah bersandar.

    Kajian Ex-pos Facto (After the fact)

    o Berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatuyang sudah berlaku.

    o

    Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not havedirect control of independent variables because theirmanifestations have already occurred or because they areinherently not manipulable.

    o Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikanpembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatukesan terhadap pembolehubah bersandar.

    2.5 Apakah yang dimaksudkan claims atau tuntutan ilmu?

    Bila membuat penyelidikan, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenaisesuatu yang dikaji. Biasanya ini adalahlah dalam bentuk dapatan/kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk laporan kajian. Dapatan inimerupakan satu claim atau tuntutan ilmu. Adakah sesuatu claim itubenar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong claimtersebut? Penyelidik harus memberi perhatian serius kepada persoalan inisebab ia menyentuh dua isu penting dalam penyelidikan, iaitu keesahan dankebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian.

    Kesahan berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialahadakah data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan

    adalah perlu untuk mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usahauntuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua peringkat:

    Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internalvalidity.

    Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity.

    Bahagian Pendidikan Guru

    8

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    9/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isukeesahan ada hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan iniadalah `indirect. Dengan demikian sebelum kita membuat claim pastikandata yang ada bersesuaian dan mencukupi dengan claim yang ingin dibuat.Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai dan mencukupi sudah tentusekali ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian yang kita rancang

    dan laksanakan. Jika data yang ada konsisten (bersesuaian dan mencukupi)dengan claim yang dibuat, ini tidak sekali gus bermakna claim itu harusdipercayai.

    Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / buktiyang digunakan untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkankeraguan ia akan menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskanclaim yang dibuat.

    Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubunganlangsung dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberiperhatian untuk menentukan keutuhan data yang dipungut tidak

    dipertikaikan.

    2.6 Rasional Penyelidikan

    Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentuke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber(1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapidalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalahberasaskan sebab-sebab berikut.

    Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku(prediction).

    Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitandengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadappencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

    Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program(Improvement)

    Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasiuntuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas

    untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Memberi penjelasan (explanation)

    Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.

    Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)

    Bahagian Pendidikan Guru

    9

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    10/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikajidalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihaktertentunya. Contohnya, Policy Makers.

    Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)

    Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalahyang timbul.

    2.7 Pendekatan Penyelidikan Pendidikan

    Dalam dunia penyelidikan pendidikan, penyelidik boleh berpegang kepadadua tradisi penyelidikan, iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikankualitatif. Penyelidikan kuantitatif adalah penyelidikan di mana data yangdikumpul berbentuk nombor-nombor manakala dalam penyelidikan kualitatif,datanya bukan dalam bentuk nombor-nombor. Namun begitu kedua-duabentuk penyelidikan ini adalah berasaskan pendekatan saintifik danberdasarkan pada data empirikal.

    Strategi pemilihan tradisi penyelidikan tersebut bergantung kepada tujuandan persoalan kajian. Misalnya dalam kajian tentang keberkesanankepemimpinan dalam organisasi, kajian boleh dijalankan menggunakankedua-dua tradisi penyelidikan tersebut.

    Penyelidikan kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan danpengukuran angkubah-angkubah. Antara perkara yang boleh dipilih sebagaiangkubah tersebut ialah persekitaran/ latar belakang keluarga, tahappendidikan, pengalaman bekerja dan lain-lain yang berkaitan. Jika dilihat darisudut penyelidikan kualitatif pula, isu boleh diterokai dengan menelitiperkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi denganpelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melaluipemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan.

    Penyelidikan kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujianterhadap sesuatu andaian (hipotesis) dengan menggunakan angkubah-angkubah tertentu manakala penyelidikan kualitatif merupakan pendekataninduktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memahami sesuatufenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya penyelidikan kualitatif tidakbermula dengan pembinaan hipotesis atau mengukur angkubah.

    2.7.1Pemilihan Pendekatan Penyelidikan

    Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalankajian yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untukmenjawabnya. Jenis soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yangdigunakan. Perlu diingat bahawa kaedah kajian harus dipilih sesudah soalankajian dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan penyelidik mengutamakan

    Bahagian Pendidikan Guru

    10

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    11/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    kaedah kajian lebih daripada soalan kajian. Secara umum, jenis soalan yangberkaitan dengan pendekatan yang tertentu adalah seperti berikut.

    Penyelidikan Kuantitatif

    o Menguji teorio Melihat hubungkait angkubaho Menerang fenomena dari segi sebab penyebabo Membuat ramalan

    Penyelidikan Kualitatif

    o Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminyao Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikajio Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu

    fenomena yang dipiliho Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam

    o Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibinaberasaskan data kajian)

    2.7.2 Perbezaan ciri-ciri penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif

    Jadual 2.2 menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatifdan pendekatan kualitatif.

    Jadual 2.2 Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan

    Kualitatif

    PERKARA KUANTITATIF KUALITATIFIstilah yangberkaitan denganpendekatan

    EksperimentalHard dataPerspektif luaranEmpirikalPositivistFakta sosialStatistikEtic

    EtnografiKerja lapanganSoft dataSymbolic InteractionPerspektif dalamanNaturalisticEthnomethodologiDiskriptifPemerhatian turut serta

    PhenomenologicalDokumentariRiwayat hidupKajian kesEkologikalEmic

    Konsep utama Pemboleh ubahMengoperasi Definisi

    MaknaPemahaman sejagat

    Bahagian Pendidikan Guru

    11

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    12/85

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    13/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    TepatPemilihan secara rawakMengawal pengganggupembolehubah

    Teknik / kaedah EksperimenTinjauan

    Temubual berstrukturKuasi eksperimentalPemerhatian berstrukturSet data

    PermerhatianMengkaji pelbagai

    dokumen dan artifakPemerhatian turut serta

    Temubual tidakberstruktur

    Hubungan denganresponden

    Jangka pendekHubungan tidak akrabMengekalkan statussebagai penyelidik danresponden

    EmpatiMenekankan unsurkepercayaanKesamarataanHubungan mesraResponden sebagai rakanMengutamakankeobjektifan

    Alat Kajian InventoriSoal selidikIndeksKomputerSkalaSkor ujian

    Alat perakam suaraTransciberPenyelidik bertindaksebagai alat kajian

    Analisis data Deduktif Dilaksanakan selepaspungutan dataStatistikal

    BerterusanModel, tema dan konsepInduktifAnalisis bersifat induktifConstant Comparativemethod

    Permasalahandalammenggunakanpendekatan

    Mengawal pemboleh ubahyang lain

    Terlalu rigidKesahan

    Mengambil masa panjangKesukaran menyaring dataKebolehpercayaanProsedur tidak rigidSukar mengkaji respondenyang besar jumlahnya

    (Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:50-52)

    2.7.3Contoh Soalan Kajian

    Soalan kajian penyelidikan kuantitatif

    o Apakah kesan keluarga terhadap pembelajaran anak-anak disekolah?

    o Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaianpensyarah di Maktab Perguruan?

    o Sejauh manakah faktor keluarga mempengaruhi disiplin pelajar?

    Bahagian Pendidikan Guru

    13

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    14/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Soalan kajian penyelidikan kualitatif

    o Bagaimanakah perubahan sikap terhadap disiplin berlaku dalamorganisasi?

    o Apakah pandangan pelajar terhadap larangan keluar dari rumahpada waktu malam?

    o Bagaimanakah sambutan guru-guru terhadap pengajaran Sainsdan Matematik dalam Bahasa Inggeris?

    Kesimpulannya, soalan-soalan kajian sangat penting kerana ia berperanansebagai berikut:

    Menentukan prosedur perancangan kajian Memberi haluan dan kesepaduan dalam kajian Menentukan batasan kajian Menentukan data yang diperlukan

    Mengawal penyelidik daripada hilang fokus Menyediakan rangka untuk menulis laporan

    2.8 Proses Penyelidikan

    Tanpa mengira apakah kaedah penyelidikan yang digunakan, semuapenyelidik melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan yang agak sama.Sebagai contoh, kebanyakan aktiviti penyelidikan meliputi aspek-aspekberikut:

    Pernyataan masalah kajian Persoalan kajian / hipotesis Definisi istilah Tinjauan literatur Sampel Instrumen/ alat pengukuran Prosedur / reka bentuk kajian Analisis data Pelaporan

    Rajah 2.1 berikut menunjukkan satu skema yang menggambarkan prosespenyelidikan secara keseluruhan. Anak panah menunjukkan urutan

    komponen-komponen yang biasanya terdapat dalam cadangan penyelidikan(proposal) atau laporan penyelidikan. Urutan ini juga merupakan langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatukajian. Anak panah yang berputus-putus pula menunjukkan bahawa dalamamalan biasa, proses penyelidikan tidak semestinya mengikut urutan yangtetap. Biasanya seorang penyelidik yang berpengalaman akan mengambilkira berbagai komponen secara serentak (simultaneously) semasamerancang sesuatu penyelidikan.

    Bahagian Pendidikan Guru

    14

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    15/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Rajah 2.1 Proses Penyelidikkan

    2.8.1 Pernyataan masalah kajian

    Masalah kajian merupakan asas kepada kajian. Pernyataan masalah perludiiringi dengan penerangan dan latarbelakang masalah yang dikaji.

    2.8.2 Menentukan persoalan kajian/hipotesis

    Masalah kajian biasanya ditentukan secara persoalan dan seringkali jugasebagai hipotesis. Hipotesis merupakan satu ramalan (prediction) ataupernyataan secara spesifik tentang apa yang diharapkan akan berlaku.Hipotesis perlulah dinyatakan secara jelas tentang perkaitan diantarapembolehubah-pembolehubah.

    2.8.3 Definisi istilah

    Semua istilah dalam pernyataan masalah dan hipotesis mestilah didefinisikandengan jelas.

    Bahagian Pendidikan Guru

    PernyataanMasalah Hipotesis atau

    Persoalan

    Definisi

    Tinjauan

    Bacaan

    Instrumentasi

    SampelProsedur/

    Analisis

    Data Laporan

    15

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    16/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    2.8.4 Tinjauan literatur

    Kajian-kajian lain yang ada kaitan dengan masalah kajian hendaklah dicaridan dirumuskan dapatannya. Tinjauan bahan-bahan seperti jurnal, laporan,monograf dan lain-lain hendaklah membayangkan apa yang telah diketahui

    mengenai masalah yang hendak dikaji dan nyatakan juga mengapa kajiananda nanti boleh membantu menambah pengetahuan sedia ada.

    2.8.5 Sampel

    Sampel kajian dan kumpulan yang lebih besar atau populasi (di manadapatan hendak digeneralisasikan) hendaklah dikenalpasti. Langkah-langkahpemilihan sampel juga hendaklah dijelaskan.

    2.8.6 Instrumen

    Setiap instrumen yang digunakan untuk mengutip data hendaklahditerangkan dengan jelas dan rasional penggunaannya juga hendaklahdiberitahu.

    2.8.7 Prosedur / rekabentuk kajian:

    Prosedur sebenar kajian hendaklah diperincikan mengikut urutan. Initermasuklah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh penyelidik tentangapa yang akan dibuat, bila, di mana, bagaimana, dan dengan siapa. Masasebenar bila tugas akan dimulakan serta jangkaan tarikh tamat, penggunaanbahan-bahan seperti buku atau peralatan seperti komputer perlu dinyatakan.Selain itu, rekabentuk umum atau metodologi (seperti eksperimen atautinjauan) hendaklah juga dijelasakan.

    2.8.8 Analisis Data :

    Teknik statistik (termasuk deskriptif dan inferential) yang digunakan untukmenganalisis data hendaklah diterangkan dengan jelas. Perbandingan yangdibuat untuk menjawab soalan kajian juga perlu dijelaskan.

    2.8.9 Laporan :

    Laporan hasil kajian hendaklah dibuat mengikut garis panduan yangditentukan.

    2.9 Etika Penyelidikan (EP)

    Bahagian Pendidikan Guru

    16

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    17/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    2.9.1 Apakah Etika Penyelidikan?

    Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu setprinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankanpenyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi

    etika semasa menjalankan penyelidikan.

    Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian olehpenyelidik seperti berikut:

    Mendapat Kebenaran (informed consent)

    Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalahkompleks.Informed Consent merujuk kepada kebenaran yang diberi olehresponden setelah memahami beberapa perkara berikut:

    Matlamat dan tujuan kajianApa yang dikendaki oleh respondenSemua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalampenyelidikan.

    o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perludibuat

    o Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupayauntuk memberi kebenaran seperti ada penyakit mental ataukanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasiprosedur untuk melindungi hak responden.

    Penglibatan (Participation)

    o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah,faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian.

    o Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan merekadalam penyelidikan tersebut.

    o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidakmembawa apa-apa kesan negatif

    o Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidikdengan mengikut prosedur tertentu.

    Kerahsiaan (Confidentiality)

    o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimanakerahsian maklumat dijamin berkesan.

    o Perlindungan hak responden diutamakan.o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.o Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli

    kumpulan dalam komuniti penyelidikan

    Bahagian Pendidikan Guru

    17

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    18/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Anomiti

    o Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identitirespondent.

    Rundingan (Negotiation)

    o Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

    Mendapat kebenaran dari institusi Mendapat kebenaran untuk access data Penggunaan data Penulisan laporan Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

    Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?

    Mendapat kebenaran secara formal daripada pihakberkenaan untuk menjalankan kajian. Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada gurubesar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah. Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan

    justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk clearing data fieldberkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian,bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhiratau teks umum. Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada pesertakajian.

    Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinanlaporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual. Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yangdiberi. Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untukpeserta. Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam manakajian dijalankan. Perundingan amat penting untuk menjayakanpenyelidikan.

    2.10 Bidang-bidang dalam Penyelidikan Pendidikan

    Penyelidikan pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai suatu prosespenyiasatan terhadap phenomena dalam pendidikan. (Phenomenainvestigated). Phenomena yang kerap menjadi tumpuan para penyelidikanpendidikan merangkumi bidang-bidang berikut:

    Bahagian Pendidikan Guru

    18

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    19/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Proses pengajaran Pembelajaran Abiliti kognitif Metod pengajaran dalam bilik darjah Sahsiah pelajar

    Motivasi dalam pendidikan Kepimpinan pendidikan Kewangan sekolah Program untuk pelajar khas (gifted, learning disbled) Pendidikan guru Perkembangan kurikulum

    Berikut adalah beberapa bidang penyelidikan pendidikan yang bolehdilaksanakan dalam konteks maktab perguruan:

    Penilaian sesuatu program seperti program KPLI, program pengalamanberasaskan sekolah, latihan mengajar atau praktikum.

    Penyelidikan bilik darjah tentang kemudahan dan strategi pengajarandan pembelajaran.

    Kurikulum pelbagai mata pelajaran seperti pelaksanaan kurikulum,perkembangan kurikulum, penggunaan resos dan personal.

    Penilaian polisi pendidikan seperti peruntukan kewangan bagipendidikan, pengagihan sumber antara bahagian/jabatan pendidikan.

    Pengurusan seperti pengurusan resos manusia, teknologi, kewangandan kemudahan dalam sesuatu institusi.

    Penyelidikan gender dalam pendidikan. Penyelidikan tentang tingkah laku manusia seperti pemikiran kognitif,

    kreatif, dan personaliti. Penyelidikan tentang pendidikan khas seperti kanak-kanak autistik dan

    dyslexia.

    Bahagian Pendidikan Guru

    19

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    20/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    BAB III

    PENYELIDIKAN KUANTITATIF

    3.1 Pengenalan:

    3.1.1 Apakah Penyelidikan Kuantitatif ?

    Penyelidikan Kuantitatif adalah berdasarkan kepada andaian bahawa ciri-ciripersekitaran sosial merupakan realiti yang bebas (independent reality) dansecara relatifnya tidak berubah (constant) merentasi waktu dan tempat.Penyelidik kuantitatif menghasilkan pengetahuan baru dengan mengumpul datanumerikal mengenai tingkah laku yang boleh diperhatikan. Data akan dikumpuldari sampel yang ditetapkan. Statistik digunakan untuk menganalisis danmenginterpretasi data.

    3.1.2 Falsafah / Logik Penyelidikan Kuantitatif:

    Penyelidikan Kuantitatif adalah bersandarkan kepada falsafah bahawa realitisosial adalah objektif dan tetap merentasi waktu dan tempat. Realiti sosialdianalisiskan mengikut angkubah (variable). Penyelidik kuantitatif membuatandaian tertentu dan mengawal angkubah-angkubah tertentu sebelum kajian dimulakan. Penyelidikan kuantitatif menggunakan konsep serta teori tertentudalam menentukan jenis data yang akan dikutip.

    3.1.3 Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif:

    Mementingkan penentuan hipotesis yang tepat pada permulaan kajian. Memerlukan penentuan definisi operasional yang tepat (precise) pada

    permulaan kajian. Data adalah berbentuk numerik. Memberi perhatian yang penting kepada penilaian dan penambahbaikan

    kebolehpercayaan (reliability) skor-skor yang diperolehi daripadainstrumen kajian.

    Memerlukan penilaian kesahan (validity) melalui berbagai prosedurdengan menggunakan indeks statistik.

    Memerlukan penggunaan teknik-teknik pemilihan sampel secara rawak

    supaya sampel yang dipilih bermakna dan mewakili populasi. Aspek generalizability amat dititikberatkan. Memerlukan reka bentuk yang membolehkan kawalan statistik ke atas

    pebolehubah extraneous. Mengemukakan dapatan secara ringkasan statistik.

    Bahagian Pendidikan Guru

    20

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    21/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    3.2 Metodologi Penyelidikan Kuantitatif

    Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk,

    mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yangboleh menyokong sesuatu rumusan dan justerunya menyokong atau menolaksesuatu tuntutan ilmu. Sejauh manakah bukti itu kukuh untuk menyokong ataumenolak sesuatu tuntutan ilmu bergantung kepada kesahan dalaman dankesahan luaran reka-bentuk kajian.

    3.2.1 Kesahan dalaman

    Merujuk kepada sejauh manakah hipotesis yang diuji sah menjelaskanfenomena yang dikaji dan tiada hipotesis-hipotesis lain yang boleh menjelaskanfenomena tersebut. Contohnya, jika hipotesis kajian ialah bahawa kaedah

    pengajaran A lebih berkesan menghasilkan pembelajaran berbanding dengankaedah pengajaran B, sejauh manakah hipotesis ini benar kalau pengkajimendapati bahawa data yang diperolehinya menyokong hipotesis ini? Apakahkemungkinan pembelajaran dalam kumpulan di bawah pengajaran kaedah Alebih baik disebabkan oleh pelajar yang lebih cerdas atau pun pengajar yanglebih berkesan, dan bukan disebabkan oleh kaedah?

    Jika masalah ini berlaku, maka kita tidak pasti bahawa kaedah A dapatmenghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam hal ini, pembolehubahkualiti pelajar dan pembolehubah kualiti guru merupakan pembolehubah luaran(extraneous atau lurking variables) yang telah menjejaskan hipotesis yangdiuji ataupun mengelirukan (confounding) dapatan.

    Kesahan dalaman terjejas jika pengkaji gagal mengawal pembolehubah kualitipelajar dan pembolehubah kualiti guru dan dapatan kajian kurang sah. Olehdemikian kesahan dalaman sangat bergantung kepada reka-bentuk kajian yangboleh mengawal pembolehubah-pembolehubah luaran (istilah lain ialahcovariates atau extraneous variables).

    Banyak pemboleh ubah extraneous boleh menjejaskan kesahan dalaman.Contohnya, pengukuran yang kurang sah atau kurang boleh dipercayai, ciri danpendekatan penyelidik yang mungkin mempengaruhi peserta ataupengumpulan data, dan jangkaan peserta kajian boleh mempengaruhi tingkahlaku peserta.

    3.2.2 Kesahan luaran

    Merujuk kepada sejauh manakah sesuatu dapatan dapat digeneralisasikankepada populasi kajian. Dalam kajian kuantitatif penyelidik menjalankan kajianke atas sampel tetapi sasarannya ialah populasi kajian. Banyak faktor bolehmenjejaskan kesahan luaran. Antaranya, persampelan yang kurang mewakili

    Bahagian Pendidikan Guru

    21

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    22/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    populasi, reka-bentuk ekspeimen yang kurang mewakili situasi sebenar, dankesan bias penyelidik.

    Oleh kerana kesahan dalaman dan kesahan luaran merupakan dua kriteria yangpenting untuk menjamin kualiti dan kesahan kajian kuantitatif, penyelidik perlu

    menghuraikan bagaimana kajian dijalankan dari segi metodologi kajian, iaitutentang soalan atau hipotesis kajian, reka-bentuk, pembolehubah-pembolehubah yang dikaji, cara mengukur pembolehubah, cara memilihsampel, dan cara mengumpul dan menganalisis data.

    3.3 Soalan Dan Hipotesis Kajian

    Soalan kajian penting kerana membantu penyelidik mengenalpastipembolehubah yang dikaji dan seterusnya menentukan bagaimana mengumpuldan menganalisis data. Oleh demikian soalan hendaklah jelas dari segipembolehubah yang dikaji.

    Biasanya, penyelidikan kuantitatif bertujuan untuk mengkaji kesan sesuatupembolehubah atau beberapa pembolehubah ke atas peserta kajian dari segipembolehubah yang dikenalpasti. Contohnya, kesan sesuatu intervensi atautreatment (program, kaedah P&P, tindakan) ke atas peserta kajian dari segipembelajaran, sikap, dan sebagainya. Kadang-kadang penyelidik ingin mengkajisejauh manakah pembolehubah tertentu mempunyai perkaitan dengan ataumempengaruhi pembolehubah yang lain. Contohnya, sejauh manakah jantinamempengaruhi pembelajaran peserta atau sikap peserta kajian terhadapsesuatu isu. Maka tujuan kajian yang jelas mudah menentukan soalan yangingin dijawab.

    Untuk menjawab soalan kajian tentang kesan sesuatu pembolehubah ke ataspembolehubah yang lain, dua pendekatan utama biasanya digunakan olehpenyelidik untuk mereka-bentuk kajian, iaitu,

    Mengkaji perbandingan kesan antara kumpulan

    o Contohnya, membandingkan kesan antara kumpulan treatmentdan kumpulan kawalan; kesan antara kumpulan lelaki danperempuan.

    Mengkaji perkaitan antara pembolehubah

    o Contohnya, perkaitan antara kesan dan jantina; perkaitanantara kesan dan treatment/tiada treatment; perkaitan antarakualiti pelatih dan prestasi dalam praktikum.

    Apabila data daripada sampel menunjukkan terdapatnya perbezaan antarakumpulan atau terdapat perkaitan antara dua pembolehubah, penyelidik akanmenguji sama ada perbezaan atau perkaitan ini boleh digeneralisasikan kepadapopulasi kajian. Maka, hipotesis dikemukakan untuk menguji sejauh manakah

    Bahagian Pendidikan Guru

    22

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    23/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    statistiks daripada sampel dapat digeneralisasikan kepada populasi kajian.Hipotesis biasanya dinyatakan dalam bentuk nol (Ho)*, iaitu jika kitamenjangka terdapatnya perbezaan antara kumpulan atau terdapatnyaperkaitan antara pembolehubah (Ha)*, hipotesis kita adalah tiada perbezaanatau tiada perkaitan. Contohnya:

    Ho : Tiada perbezaan/perkaitan siknifikan antara duakumpulan/pembolehubahHa : Terdapat perbezaan/perkaitan siknifikan antara duakumpulan/pembolehubah

    * Ho adalah hipotesis nolHa adalah hipotesis alternatif

    3.4 Jenis Rekabentuk Penyelidikan Kuantitatif

    Secara umum, reka-bentuk penyelidikan kuantitatif boleh di kategorikan kepadatiga jenis utama, iaitu,

    Eksperimen, Kuasi-eksperimen, dan Bukan eksperimen (contoh: tinjauan deskriptif, tinjauan expost facto,

    korelasi dan perkaitan antara pemboleh ubah).

    3.4.1 Klasifikasi Pembolehubah:

    Untuk memahami logik reka-bentuk kuantitatif kita perlu memahami konsep

    pembolehubah dan perkaitan antara tiga jenis pembolehubah berikut:

    pembolehubah bebas (independent/ explanatory/ cause), pembolehubah bersandar (dependent /response/ effect), dan pembolehubah kawalan (control /covariate).

    Rangka konseptual umum penyelidikan kuantitatif adalah explanatory, iaitukita ingin menjelaskan fenomena atau realiti dari segi sebab-penyebab (causeand effect) tetapi istilah-istilah cause and effect elok dielakkan. Oleh sebabitu, istilah bebas dan bersandar digunakan. Antara istilah-istilah lain yangdigunakan untuk menggantikan istilah "cause" adalah "treatment variable","predictor variable", "antecedents" (kajian kualitatif) dan "determinants" (kajian

    kualitatif) dan istilah-istilah yang menggantikan "effect" ialah "outcomevariable", "criterion variable", dan "consequences" (kajian kualitatif).

    Pembolehubah kawalan adalah pembolehubah yang kita ingin mengawal kesanatau pengaruhnya terhadap pembolehubah yang dikaji. Pembolehubah ini jugadinamakan extraneous variables atau noise variables atau lurkingvariables. Pembolehubah-pembolehubah kawalan ini perlu dikawal supayatidak mengelirukan perkaitan (confounding) antara pembolehubah bebas dan

    Bahagian Pendidikan Guru

    23

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    24/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    pembolehubah bersandar. Rajah 3.1 menunjukkan perkaitan antara tiga jenispembolehubah ini.

    Pembolehubah kawalan

    Pembolehubah bebas Pembolehubahbersandar

    Rajah 3.1 Perkaitan antara pembolehubah bebas, pembolehubahbersandar dan pemboleh ubah kawalan.

    Sejauh manakah pembolehubah kawalan dapat dikawal menentukanjenis reka bentuk kuantitatif :

    Jika pembolehubah kawalan dapat dikawal secara fizikal, reka-bentukeksperimen paling sesuai digunakan.

    Jika pembolehubah kawalan kurang dapat dikawal secara fizikal, reka-bentuk kuasi- eksperimen atau reka-bentuk bukan eksperimen digunakandan pengaruh pembolehubah dikawal secara statistikal.

    3.4.2 Reka bentuk Eksperimen

    Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak(random assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri treatmentyang berbeza (rujuk Rajah 3.2). Treatment merupakan pembolehubah bebasyang sengaja diaturkan (manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil ataukesannya ke atas sesuatu pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jikaterdapat perbezaan antara kumpulan dalam pembolehubah bersandar, makaperbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah bebas. Perkaitan iniadalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-kumpulan ini tidakmempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum treatment. Syarattiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-pembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin.

    Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialahteknik padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu

    mengikut ciri-ciri yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Tetapi teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurangpraktikal kerana terlalu banyak ciri untuk dipadankan secara seimbang.

    Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (randomassignment). Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun iatidak menjamin kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkanprobabiliti bahawa mereka tidak berbeza secara sistematik (no systematicdifferences). Cara mengawal pembolehubah kawalan dengan teknik ini

    Bahagian Pendidikan Guru

    24

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    25/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of extraneous variables).Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka penyelidik akanmenggunakan kawalan secara statistik (statistical control of variables). Inidilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan.

    Kumpulan 1 Treatment 1

    AgihanSecara Perbandingan

    rawak

    Kumpulan 2 Treatment 2

    Rajah 3.2 Reka-bentuk Eksperimen

    3.4.3 Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment)

    Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalanfizikal ke atas pembolehubah-pembolehubah kawalan biasanya kurang dapatdilakukan. Umpamanya, dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan,kajian biasa merupakan kajian "field study" di mana peserta kajian adalah sediaada dan kita tidak dapat mengagihkan peserta secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat membuat agihan secara rawak(tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka rekabentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukaneksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalandilakukan secara statistikal (statistical control).

    Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitudalam "natural setting". Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepadakumpulan sedia ada dan mengukur variabel dependent sama ada selepastreatment (posttest), atau sebelum dan selepas treatment (rujuk Rajah 3.3).Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh lakukan. Cuma treatmentditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak dibahagikan secararawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).

    Kumpulan 1 Pretest Treatment 1 Posttest

    Covariate Perbandingan

    Kumpulan 2 Pretest Treatment 2 Posttest

    Bahagian Pendidikan Guru

    25

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    26/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Raja 3.3 Reka-bentuk Kuasi- eksperimen

    3.4.4Reka Bentuk Bukan Eksperimen

    Reka bentuk bukan eksperimen biasa digunakan jika agihan secara rawak dantreatment tidak dapat dikawal dan kumpulan-kumpulan untuk perbandingan

    juga tidak jelas. Maka konsep naturally occurring diperluaskan supayatermasuk variasi yang semulajadi dalam pembolehubah bebas. Penyelidik jugatidak dapat mengawal masa bila pembolehubah bersandar diukur. Ini adalahkerana pendedahan kepada pembolehubah bebas tidak dapat dikawal kerana iaberlaku secara semulajadi, maka penyelidik tidak dapat mengawal masa bilauntuk mengukur pembolehubah bersandar. Reka bentuk jenis bukaneksperimen lebih merupakan kajian-kajian expost facto atau tinjauan korelasi.

    3.4.5 Kajian Tinjauan (Survey research)

    Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yanggemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakankepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif(boleh digunakan dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif) biasanyabertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, darisegi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitukepada soalan-soalan tinjauan.

    Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untukmengkaji perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu

    dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate).Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik eksperimen. Ia digunakan keranapenyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal pembolehubah-pembolehubahkawalan dan pembolehubah bebas. Contohnya, reka-bentuk MLR.

    3.4.6 Reka bentuk MLR (Multiple Linear Regression)

    MLR sebenarnya adalah satu teknik data analisis. Oleh kerana is seringdigunakan dalam penyelidikan kuantitatif, ia boleh dilihat sebagai satu strategiuntuk mereka-bentuk kajian. MLR berguna untuk mengkaji perkaitan antarabeberapa pembolehubah bebas (sama ada secara satu persatu atau secara

    kelompok) dan satu pembolehubah bersandar. Teknik MLR adalah untukmengkaji bagaimana beberapa pembolehubah bebas mempengaruhi satupembeloehubah bersandar. Dalam istilah statistik, ia mangkaji sejauh manakahpembolehubah-pembolehubah bebas, sama ada secara satu persatu atausecara kelompok, menyumbang kepada variance pembolehubah bersandar(accounting for the variance in the dependent variable). "Variance" merujukkepada variasi (variation) dalam sesuatu pembolehubah.

    Bahagian Pendidikan Guru

    26

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    27/85

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    28/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Dalam penyelidikan kuantitatif, terdapat lima teknik yang biasa digunakan,iaitu:

    Ujian; Soalselidik; Senarai semak; Pemerhatian berstruktur; Temu bual berstruktur

    3.5.3 Instrumen Kajian

    Untuk melaksanakan penyelidikan, instrumen kajian perlu ditentukan terlebihdahulu. Instrumen kajian boleh dipilih daripada alat yang sedia ada, diubahsuaidaripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri. Instrumen kajian dalampenyelidikan melibatkan :

    Pembinaan soalan-soalan untuk mencungkil atau mewakilkan sesuatuyang diukur;

    Proses memberi nombor-nombor tertentu untuk mewakilkan kadar(magnitude) yang diperoleh.

    3.5.4 Jenis-jenis Skala Dalam Pengukuran

    Dalam penyelidikan, penentuan skala ukuran yang digunakan perlu dilakukanterlebih dahulu sebelum kaedah penganalisisan dan teknik-teknik analisisstatistik ditentukan. Data boleh digolongkan kepada empat jenis skala ukuran:

    Skala nominal membezakan objek, orang kepada kategori yang diskritmengikut sifat kualitatif. Ukuran paling asas, cth. pembolehubah jantinadi kategori kepada lelaki dan perempuan.

    Skala ordinal membezakan objek, orang mengikut susunan pangkatan,cth. tahap persetujuan terhadap kenyataan.

    Skala sela beza antara kategori adalah sama (ukuran jeda yang sama),cth. markat pelajar.

    Skala nisbah aras ukuran tertinggi di mana setiap nilai kategori adalahmutlak dan bermakna. Data jenis ini mempunyai perbezaan skala yangsama, seperti jenis jeda, tetapi mempunyai DUA sifat tambahan:

    o Mempunyai nilai sifar yang mutlak, misalnya 0 sm dalam ukuranpanjang bermaksud tiada jarak panjang.o Angka-angka dalam skala nisbah menggunakan nombor jati dannombor-nombor ini boleh dicampur, ditolak, didarab dan dibahagikanserta boleh dibuat perkaitan secara bernisbah.

    Bahagian Pendidikan Guru

    28

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    29/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    3.5.5 Ciri-ciri Utama Instrumen Kajian

    Kebolehpercayaan (reliability);

    Kesahan (validity);

    Keobjektifan (objectivity);

    Kebolehtadbiran (administerability);

    Kemudahtafsiran (interpretability)

    3.5.6 Prosedur Pembinaan Instrumen Kajian

    Menentukan objektif; Membentuk Jadual Penentuan Instrumen (JPI); Memilih bentuk item; Membentuk item; Meninggikan mutu item;

    Mengulangkaji dan menyunting item; Menyediakan instrumen untuk digunakan;

    Kajian rintis (try out); Melaksanakan.

    3.5.7 Prinsip-prinsip Pembentukan Pernyataan Item

    Struktur ayat mudah difahami; Kesinambungan antara item demi item; Konstruk item melibatkan hanya satu konsep/pemboleh ubah; Elakkan pernyataan yang bias; Tidak kabur; Elakkan dua persoalan dalam satu pernyataan (satu item bagi satu tret); Tidak bertindih; Tiada kekeliruan; Mempunyai cukup maklumat; Bilangan item yang sederhana;

    3.5.8 Kajian Rintis

    Kajian rintis hendaklah dijalankan terhadap instrumen yang telah dibina;

    Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk:

    Menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab soalselidik; Menyemak semua item dan arahan agar jelas; Menggugurkan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan.

    Berikut adalah perkara-perkara yang harus diambilkira dalam melaksanakankajian rintis:

    Bahagian Pendidikan Guru

    29

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    30/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Responden mewakili sample sebenar kajian; Bilangan responden: Minimum 30 orang; Data kajian rintis digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan

    instrumen.

    Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada responden kajian rintistermasuk:

    Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menjawab soalselidik? Adakah arahan jelas? Adakah terdapat item-item yang kabur? Jika ada, nyatakan item mana

    dan kenapa? Adakah terdapat mana-mana item yang anda tidak ingin menjawab? Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditnggalkan?

    Adakah keseluruhan (layout) soalselidik jelas dan menarik? Adakah komen-komen lain yang anda ingin kemukakan?

    3.5.9 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

    Setelah kajian rintis dijalankan, ujian kebolehpercayaan hendaklah dilaksanakanke atas instrumen yang dibina. Kebolehpercayaan instrumen bermaksudbahawa alat yang digunakan itu mampu memberi jawapan yang konsisten. Jikaalat itu mengukur seseorang dalam dua masa yang berlainan, maka jawapanyang didapati adalah sama. Kebolehpercayaan di sini merujuk kepadastabilityinstrumen. Konsistensi dalaman pula merujuk kepadakebolehpercayaan item-item dalam sesuatu instrumen dalam mengukursesuatu konstruk yang sama. Kaedah menguji kebolehpercayaan adalahberikut.

    Kaedah menguji kebolehpercayaan dari segi stability Test-retestiaitu mentadbirkan ujian dua kali (biasanya tempoh masa antara ujiankali pertama dan kedua ialah 2 minggu) kepada sampel yang sama dangunakan pekali korelasi untuk melihat sejauh manakah terdapat korelasiyang tinggi. Korelasi yang tinggi bermakna stabilityyang tinggi.

    Kaedah menguji kebolehpercayaan konsistensi dalaman - Ujian CronbachAlpa. Berdasarkan keputusan ujian Cronbach Alpa, pertimbanganhendaklah dibuat terhadap item-item instrumen, iaitu, sama ada untuk:

    Mengekalkan item;Mengekalkan item dengan sedikit perubahan;Mengekalkan item dengan membuat banyak perubahan;Menggugurkan item.

    3.5.10Persampelan

    Bahagian Pendidikan Guru

    30

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    31/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Data dikumpul daripada sampel tetapi analisis data tersebut adalah untukmembuat rumusan populasi. Proses ini desebut sebagai membuat inferensdaripada sample kepada populasi. Persampelan rawak perlu digunakan untukmembuat inferens. Berikut adalah rumusan ciri-ciri umum rekabentukpersampelan rawak:

    Jadual 3.1 Rekabentuk Persampelan Rawak

    3.5.11Prosedur Pengumpulan Data

    Pengkaji perlu menjelaskan dengan terperinci proses kajian yang meliputi kajianrintis dan langkah-langkah yang diambil semasa pengumpulan data kajian

    sebenar. Sebagai contoh, jika data dikumpulkan melalui eksperimen, jelaskandi mana eksperimen dijalankan, bagaimana subjek-subjek dibahagikan kepadakumpulan, bagaimana rawatan diberikan kepada subjek, bagaimanapengukuran dibuat dan siapa yang mengawas eksperimen tersebut.

    3.6 Analisis Data

    Bahagian Pendidikan Guru

    Rekabentuk Pemilihan rawak Ciri-ciri lain

    Persampelanrawakmudah

    Ahli sampel dipilihdaripada populasisecara rawak

    Keseluruhan populasibertindak sebagi satuunit daripada sampeldipilih

    Persampelanrawakberstrata

    Ahli sampel dipilihsecara rawak darisetiap strata populasi

    Setiap strata diwakilidalam sample; sampledipilih mengikut nisbahsetiap strata dalampopulasi

    Persampelankluster

    Ahli kluster dipilihdaripada populasikluster yang lebihbesar

    Semua ahli daripadakluster yang dipilihdilibatkan dalamsample; tidak semuakluster dilibatkan;

    kluster tidaksemestinya sama saiz

    Persampelansistematik

    Ahli sampel pertamadipilih secara individu

    Populasi mengikutsusunan tertentu

    31

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    32/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    3.6.1 Parameter dan Statistik

    Dalam penyelidikan kuantitatif, statistik digunakan sebagai asas untukmenyokong sesuatu tuntutan ilmu. Oleh itu, statistik digunakan untukmengumpul, menyusun, menganalisis dan membuat intepretasi data numerikal.

    Dalam penyelidikan kuantitatif, penyelidik ingin mengkaji tentang populasitetapi data adalah diperolehi daripada sampel yang dipilih secara rawak.Statistik tentang ciri-ciri populasi yang diterjemahkan dalam bentukpembolehubah-pemboelehubah ditakrifkan sebagai parameter dan statistiktentang ciri-ciri sampel dari segi pembolehubah-pembolehubah tersebutditakrifkan sebagai statistik. Analisis data melibatkan proses memeriksastatistik sampel dan seterusnya membuat inferens tentang parameter populasidaripada statistik sampel tersebut. Proses pemeriksaan data menghasilkanstatistik deskriptif tentang sampel dan proses membuat inferensi membantupenyelidik membuat rumusan tentang parameter populasi. Maka, analisis datamelibatkan dua peringkat, iaitu peringkat deskriptif dan peringkat inferensi.

    3.6.2 Pemeriksaan Data dan Statistik Diskriptif

    Data mentah perlu diperiksa dari segi taburan pembolehubah, outliers, danperhubungan antara pembolehubah jika pengkaji ingin meneliti tentangperhubungan. Proses pemeriksaan data juga menghasilkan statistik diskriptif.

    Taburan Pembolehubah dan outliers

    Data tentang sesuatu pembolehubah yang dikumpul daripada sampel perludiperiksa dari segi taburan atau distribusinya. Sesuatu distribusi dihuraikandari segi bentuknya, kecenderungan memusat dan sebaran distribusi.Ukuran kecenderungan memusat (contohnya min dan median) dan ukuransebaran (contohnya sisihan piawai dan interquartile range) merupakanstatistik deskriptif tentang sampel.

    Bentuk distribusi, sama ada simetri dan normal atau sebaliknya dapatmemperlihatkan sejauh mana data tersebut memenuhi syarat-syarat untukprosedur statistik inferensi. Ini adalah kerana kebanyakan prosedur statistikinferensi memerlukan data yang memenuhi syarat-syarat tertentu.Umpamanya ujian-ujian parametrik biasanya memerlukan distribusi yangnormal. Statistik deskriptif yang sesuai digunakan untuk prosedur inferensi

    juga bergantung kepada bentuk distribusi pembolehubah yang berkenaan.Umpamanya, jika distribusi agak simetri dan normal, min dan sisihan piawaisesuai digunakan sebagai ukur kecenderungan memusat dan sebarandistribusi pembolehubah tersebut. Tetapi, jika ia tidak simetri dan tidaknormal, median dan interquartile range lebih sesuai sebagai ukurdemikian.

    Pemeriksaan taburan pembolehubah juga dapat mengesan sama adaterdapat outliers yang perlu diteliti. Outliers mempengaruhi min dansisihan piawai. Setiap outlier perlu diteliti sama ada ia adalah disebabkan

    Bahagian Pendidikan Guru

    32

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    33/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    oleh kesilapan pengkaji atau pun ia memang data benar tentang pesertakajian yang mungkin bukan daripada populasi kajian. Sekiranya ia bukandisebabkan oleh kesilapan pengkaji dan peserta-peserta tersebut memangdaripada populasi kajian, maka data tersebut tidak digugurkan.

    Cara yang paling mudah untuk melihat taburan pemboleh ubah ialah melalui

    rajah. Plot digunakan untuk menilai bentuk taburan. Antaranya ialah:

    o Histogram;o Stem and leaf plot;o Box plot.

    Perhubungan Antara Dua Pembolehubah

    Jika penyelidik ingin mengkaji tentang perhubungan antara duapembolehubah, maka data perlu diperiksa supaya statistik deskriptif yangsesuai digunakan untuk menghuraikan perkaitan tersebut. Data perludiperiksa dari segi bentuk dan jenis perkaitan yang wujud antara duapembolehubah tersebut. Darjah perkaitan antara dua adalah dikenalisebagai korelasi. Cara yang biasa digunakan untuk memeriksa bentuk dan

    jenis perkaitan antara pembolehubah di mana data adalah jenis parametrikialah graf scatterplot. Untuk data bukan parametrik data dipamerkandengan jadual dua hala (two-way table)

    o Bentuk dan Jenis Hubungan

    o Terdapat dua bentuk hubungan, iaitu, bentuk linear dan bentukbukan linear.

    o Bentuk linear merupakan bentuk yang nilai-nilai kedua-duapembolehubah yang dikaji terletak di dalam kelompok garislurus.

    o Bentuk bukan linear merupakan bentuk yang nilai-nilainyakedua-dua pembolehubah yang dikaji di dalam kelompokberbentuk lengkung linear.

    o Hubungan positif wujud apabila penambahan ataupengurangan nilai pada sesuatu pembolehubah berkait secaralangsung dengan penambahan atau pengurangan nilai pada

    pembolehubah lain.

    o Hubungan negatif wujud apabila penambahan nilai padasesuatu pembolehubah dengan pengurangan nilai padapembolehubah lain. Ia juga terbentuk apabila pengurangannilai sesuatu pembolehubah berkait dengan peningkatan nilaipada pembolehubah lain.

    Bahagian Pendidikan Guru

    33

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    34/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    o Tiada hubungan wujud apabila bentuk taburan nilai-nilaisesuatu pembolehubah dengan nilai-nilai pembolehubah laintidak dapat ditentukan.

    o Pekali Korelasi

    o Pekali korelasi digunakan untuk mengukur keteguhanhubungan antara pembolehubah-pembolehubah.

    o Nilai-nilai adalah di antara negatif satu dan positif satu (-1 r

    +1) di mana r disimbolkan sebagai petunjuk sejauh manakekuatan atau keteguhan di antara satu pembolehubah denganpembolehubah lain.

    o Jenis-jenis Pekali Korelasi

    Terdapat lima jenis pekali korelasi yang biasa digunakan dalam

    syarat-syarat yang berbeza seperti Jadual 3.2 di bawah:

    Jadual 3.2 Pekali Korelasi dan Jenis Ukuran Yang Diperlukan UntukPembolehubah- Pembolehubah Yang Berkaitan

    Pekali Korelasi Ukuran Pembolehubah

    Pearson Product Moment Kedua-dua pembolehubah berskala jeda

    Spearman Rank Order Kedua-dua pembolehubah berskalaordinal

    Point biserial Satu pembolehubah berskala jeda; satulagi

    berskala nominal atau ordinal

    Biserial Satu pembolehubah berskala jeda; satulagi

    berskala ordinal

    Coefficient ofcontingency

    Kedua-dua pembolehubah berskalanominal

    3.6.3 Membuat Inferens dan Statistik Inferensi

    Statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis tentang parameterpopulasi daripada statistik sampel. Tujuannya adalah untuk menguji sama adasesuatu kesan (contohnya, perbezaan antara kumpulan atau korelasi antara

    Bahagian Pendidikan Guru

    34

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    35/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    dua pembolehubah) yang diperhatikan dalam sampel dapat dirumuskan kepadapopulasi. Statistik inferensi digunakan dengan syarat bahawa sampel yangdikaji telah dipilih secara rawak daripada populasi kajian.

    Terdapat dua jenis ujian:

    Ujian parametrik digunakan jika data adalah jenis data interval dannisbah. Ujian statistik parametrik mengandaikan bahawa data bertaburannormal.

    Ujian bukan parametrik digunakan jika data adalah jenis nominal atauordinal. Ujian bukan parametrik juga digunakan untuk mengantiujian parametrik jika data jenis interval atau nisbah terlalu jauhdaripada bertaburan normal.

    3.6.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik

    Secara umum soalan-solan kajian boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu jenis yang memperihal perkaitan antara pembolehubah dan jenis yangmemperihal perbandingan antara kumpulan. Teknik statistik yang sesuai bagisetiap jenis soalan ini bergantung kepada bilangan pembolehubah bebas danbersandar dan juga pembolehubah kawalan. Jadual 3.4 merupakan satupanduan am untuk memilih teknik statistik yang sesuai untuk menanalisis datamengikut jenis soalan kajian, bilangan dan jenis pembolehubah.

    Jadual 3.4 Panduan Am Memilih Teknik Statistik (Ubahsuai daripada B.G. Tabachnick & L. S. Fidell,1996)

    Bilangan (jenis) Bilangan (jenis)pembolehubah pembolehubahPembolehubah Teknik

    Soalan Kajian bersandar bebas kawalanstatistik

    Satu (selanjar)Korelasi r

    Satu (selanjar) TiadaMultiple R

    Lebih dpdsatu (selanjar)

    Ada Sequential

    Bahagian Pendidikan Guru

    35

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    36/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Perkaitan antaraMultiple R

    pembolehubahSatu (diskrit) Satu (diskrit) Chi-square

    Lebih dpd Lebih dpd

    satu (selanjar) satu (selanjar)Canonical R

    Tiada Ujian t atauANOVA

    Satu (diskrit) sehala

    Ada ANCOVASatu (selanjar)

    Sehala

    Tiada ANOVALebih dpd Dua halaSatu (diskrit)

    Ada ANCOVAPerbezaan Dua halaAntarakumpulan Satu (diskrit) Satu (diskrit) Chi square

    Tiada MANOVASehala

    Satu (diskrit)Ada MANCOVA

    SehalaLebih dpdSatu (selanjar) TiadaMANOVA

    Dua halaLebih dpdSatu (diskrit)

    Ada MANCOVADua hala

    3.7 Membuat Rumusan

    Pertimbangan-pertimbangan penting dalam membuat rumusan metodologi:

    1. Rumusan hendaklah dibuat dengan jelas, mudah dan straightforward.Elakkan daripada menggunakan istilah yang sukar difahami.

    Bahagian Pendidikan Guru

    36

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    37/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    2. Catatkan prosedur pengumpulan data dengan jelas dengan memberipenekanan kepada kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian.

    3. Tiap-tiap dapatan hendaklah dibincang berdasarkan hipotesis asal atautema yang berkaitan dengannya.

    4. Penyelidik hendaklah membincangkan sama ada dapatan menyokonghipotesis atau sebaliknya. Jelaskan mengapa, jika ianya menyokong atausebaliknya.

    5. Dapatan daripada analisis statistik perlu diintepretasi berdasarkan tujuandan hipotesis kajian.

    6. Bincangkan kemungkinan kesan-kesan daripada dapatan terhadappembolehubah yang tak dapat dikawal.

    7. Setiap rumusan hendaklah berdasarkan pada bukti empirikal (data) yangada dan tidak berdasarkan pada andaian atau jangkaan penyelidik.

    8. Catatkan masalah yang timbul dalam prosedur persampelan, instrumentasi,kutipan data dan analisis data.

    Bahagian Pendidikan Guru

    37

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    38/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    PENYELIDIKAN KUALITATIF

    4.1Pengenalan

    4.1.1.Konsep Penyelidikan Kualitatif

    Penyelidikan kualitatif didefinisikan sebagai suatu proses inkuiri untukmemahami permasalahan sosial, berdasarkan pembinaan gambaran yangholistik terhadap sesuatu situasi, peristiwa atau fenomena yang kompleks.Gambaran ini diperjelas melalui huraian yang dibina secara terperinciberdasarkan pandangan responden. Pendekatan penyelidikan ini sesuaiuntuk meninjau dan memahami pandangan responden dan menjelaskanproses-proses yang berlaku dalam situasi sebenar. Pendekatanpendekatanyang biasa dikaitkan dengan penyelidikan kualitatif ialah kajian kes,etnografi, inkuiri naturalistik dan lain-lain lagi.

    4.1.2.Ciri-ciri Penyelidikan Kualitatif

    Penyelidikan kualitatif mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri tersebutdapat membezakannya daripada penyelidikan kuantitatif. Antara cirri yangberkaitan adalah seperti yang berikut:

    i. Penyelidik merupakan alat kajian utama untuk mengumpuldata dalam situasi yang sebenar;

    ii. Penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif untuk menerangkansesuatu fenomena yang sedang berlaku dengan menerokapermasalahan dalam fenomena yang dikaji. Data kajian bolehdalam bentuk naratif dan gambar. Dapatan kajian bolehmengandungi sedutan-sedutan kata responden yang dipetikdaripada transkrip temu bual responden, nota kerja lapangan,pita video, gambar, dokumen peribadi, memo dan rekodrasmi;

    iii. Pengumpulan data dilaksanakan secara berterusan keranapenyelidikan ini memberi penekanan kepada proses dan hasilkajian;

    iv. Penganalisisan data dilakukan secara induktif. Matlamatpenyelidik bukan untuk menguji atau mengesahkan hipotesis,tetapi membina kesimpulan daripada data yang dikutip, dan;

    v. Membuat tafsiran adalah proses paling penting dalampenyelidikan kualitatif kerana penyelidik berhasrat untuk

    mengetahui dan memahami perspektif responden terhadapsesuatu fenomena yang dikaji. Ketepatan penakrifanbergantung kepada tahap pemahaman penyelidik terhadapbudaya responden.

    4.2 Reka Bentuk Kajian

    Bahagian Pendidikan Guru

    38

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    39/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Reka bentuk penyelidikan kualitif adalah luwes. Ia merangkumi prosedur-prosedur perancangan hinggalah kepada pelaporan untuk memahami sertamenjelaskan proses-proses yang berlaku. Namun begitu, ia tetap saintifikkerana segala prosedur berkaitan perlu dilaksanakan dengan teliti,cumaprosesnya tidaklah terlalu ketat. Kadang-kadang ia boleh diulang-ulangsepanjang proses penyelidikan.

    4.2.1 Jenis Penyelidikan Kualitatif

    (i) Apakah jenis penyelidikan kualitatif yang boleh digunakan dalamkonteks

    maktab perguruan?

    Jenis penyelidikan kualitatif yang sesuai digunakan dalam konteks maktabadalah seperti berikut:

    Kajian kes Penyelidikan tindakan Analisis kandungan

    Selain daripada ini, terdapat jenis-jenis penyelidikan yang lain tetapimemerlukan masa yang panjang bagi perlaksanaan, seperti

    Anthropologi Ethnografi Kajian Sejarah Biografi

    4.2.1.1 Kajian Kes

    (i) Apakah yang dimaksudkan dengan kajian kes?

    Dalam kajian kes, pemilihan perkara yang dikaji dilakukan berdasarkan minatkhusus dan, bukannya berdasarkan kaedah inkuiri yang digunakan (Stake,1994). Oleh sebab ia merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkajifenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar, maka iaadalah suatu strategi penyelidikan komprehensif, bukannya suatu tektikpengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan kajiantentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan penyelidikan tentang suatudetik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping

    itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatukeadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwatertentu (Meriam, 1988).

    (ii) Bagaimanakah cara untuk menentukan sesuatu kes?

    Bahagian Pendidikan Guru

    39

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    40/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu kontekstertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atauaspek tertentu dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untukmenghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unitanalisis dalam sesuatu kajian kes.

    Sempadan

    Fokus

    Rajah 1: Kes

    Contoh :

    Kes ialah kerja Cik Mariam sebagi seorang pensyarah di MP Teknik, KualaLumpurFokus ialah Cik MariamSempadan konteks ialah kerja sebagai seorang pensyarah di MP Teknik

    (iii) Bilakah kajian kes digunakan?

    Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yangbertujuan untuk menghuraikan bagaimana atau ` mengapa tentangsesuatu fenomena. Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalanpenyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji. Sekiranya peristiwaatau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai.Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah fenomenakontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994).

    (iv) Mengapa sesuatu kes dikaji?

    Sesuatu kes dikaji untuk beberapa tujuan. Pertama, sesuatu kes dikaji untukmendapat kefahaman yang mendalam tentang suatu kes yang menarik (cth.Bread and Dreams : A case Study of Bilingual Schooling in the USA olehMacDonald, Aldelman, Kushner & Walker, 1982). Kajian kes untuk tujuan ini

    juga disebut kajian kes intrinsik. Kedua, penelitian terhadap sesuatu kesdilakukan untuk memberi celik akal tentang sesuatu fenomena dan isu, atauuntuk tujuan pemurnian teori (cth. Middletown: A Study in American Cultureoleh Lynd & Lynd, 1929; Boys in White : Student Culture in Medical Schoololeh Becher, Green, Hughes & Strauss, 1961). Kajian kes jenis ini dikenalisebagai kajian kes instrumental. Di samping itu, kajian kes juga dilakukanuntuk pemahaman yang meluas dengan memanjangkan kajian kepada

    Bahagian Pendidikan Guru

    40

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    41/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    beberapa kes (cth. Innovation up close ; How School Improvement works olehHuberman & Miles, 1984). Kajian kes seperti ini turut dikenali sebagai kajiankes kolektif.

    (v) Apakah jenis kajian kes yang boleh digunakan?

    Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, KajianKes Deskriptif (cth. Street Corner Societyoleh Whyte, 1943) dan, Kajian KesPenerangan (cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile olehAllison, 1971). Salah satu daripada jenis tersebut boleh digunakanberdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian.

    (vi) Bagaimanakah cara menjalankan kajian kes?

    Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yangkhusus. Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu

    kajian mendalam dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatulingkungan atau konteks khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaanyang teliti dan sistematik peluang untuk mendapat data yang secukupnyamungkin tidak tercapai.

    Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperolehsepenuhnya, seperti bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal,konteks sosial, ekonomi dan politik, lain-lain yang berkaitan dan, pemberimaklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua, data yang dikumpulkanperlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data diurus dandikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu.Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajiandibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu formatyang sesuai

    4.2.1.2. PENYELIDIKAN TINDAKAN

    (i) Apakah yang dimaksudkan dengan Penyelidikan Tindakan?

    Penyelidikan tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorangdalam situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikanamalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusiuntuk mengubah suai amalan (Kemmis, 1988;42)

    Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaikiatau meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuirikendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis

    Bahagian Pendidikan Guru

    41

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    42/85

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    43/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    peruntukan kewangan. Sebagai suatu penyelidikan yang khusus tentangsuatu skop yang lebih kecil, penyelidikan tindakan dapat berperanan apabilaperuntukan kewangan untuk penyelidikan adalah terhad. Di samping itu,penyelidikan tindakan juga sesuai apabila usaha kolaboratif di kalangan gurudiperlukan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina kolaborasi antara guru.

    (iii) Mengapakah Penyelidikan Tindakan digunakan?

    Penyelidikan tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman sertakesedaran kendiri penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Disamping itu, ia juga digunakan untuk memperkenalkan inovasi danpembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran danpembelajaran. Ia juga dijalankan untuk melakukan perubahan terhadapamalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang pentingnya,penyelidikan tindakan juga bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibatdalam inkuiri refleksi amalan kendiri ini memperbaiki dan mengubah

    amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang terlibat dalam inkuiri kendiridan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman dankerjasama bagi menggalakkan penyelidikan dengan guru dan, bukannya keatas guru.

    (iv) Bagaimanakah masalah kajian dalam penyelidikan tindakanditentukan?

    Dalam penentukan masalah kajian, faktor-faktor yang berikut perlu diambilkira:

    Projek tidak mengganggu tugas mengajar; Kaedah pengumpulan data tidak membebankan dari segi masa; Kaedah pengumpulan data mesti menghasilkan maklumat yang boleh

    dipercayai dan sah; Penyelidik terlibat secara langsung dengan masalah berkenaan dan ia

    boleh ditangani, dan; Mempertimbangkan standard dan etika guru/pendidikan/penyelidikan.

    (v) Bagaimanakah penyelidikan tindakan dijalankan?

    Pelaksanaan penyelidikan tindakan dilakukan dalam 5 peringkat:

    Peringkat 1 : Mengenal pasti amalan yang bermasalah/ menentukanfokus

    Menentukan amalan pendidikan yang ingin diteliti

    Bahagian Pendidikan Guru

    43

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    44/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Memilih amalan yang selalu mengganggu dan menyebabkan rasa tidakpuas hati atau dirasai bahawa ada sesuatu yang kurang tepat dalampelaksanaannya

    Mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa amalan perlu danboleh dipertingkatkan

    Mengumpul data awal untuk memastikan amalan yang ingin dikajibetul-betul bermasalah

    Peringkat 2 : Perancangan dan Tindakan

    Meneliti masalah yang ingin dikaji dan mengenal pasti struktur yangmembina situasi yang dikaji

    Menentukan matlamat tindakan adalah jelas Memastikan sebab-sebab tindakan tertentu diambil Menyenaraikan tindakan-tindakan yang dirancang secara terperinci Menyatakan kriteria penilaian dengan petunjuk

    keberkesanan/kejayaan tindakan dengan jelas

    Peringkat 3 : Tindakan/Pelaksanaan

    Melaksanakan tindakan yang dirancang Memastikan prosedur dan urutan tindakan dipatuhi Melaksanakan prosedur dengan teliti Merekodkan proses dengan sistematik

    Peringkat 4:

    (i) Pengumpulan Data

    Proses pengumpulan data boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagaikaedah, termasuklah:

    Rekod anekdot Nota kerja lapangan Analisis dokumen Penulisan jurnal reflektif Pemerhatian Soal selidik Portfolio Log / catatan

    (ii) Menyemak data

    Data yang dikumpulkan perlu disemak untuk menentukan keesahan dankebolehpercayaannya. Suatu cara yang sering digunakan bagi jenis-jenisdata yang disebutkan ialah triangulasi. Triangulasi boleh dibahagikan kepadabeberapa jenis, seperti triangulasi masa, kaedah, sumber dan penyelidik.

    Bahagian Pendidikan Guru

    44

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    45/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Triangulasi masa bermaksud proses pengumpulan data ke atas sesuatusumber yang dilakukan dalam suatu tempoh atau jangka masa yang panjang.Proses ini memberi peluang kepada penyelidik untuk meneliti proses tertentudalam kekerapan yang agak tinggi. Keadaan ini memberi peluang kepadapenyelidik untuk betul-betul memahami keadaan yang diteliti. Pada masayang sama, penyelidik dapat menilai ketepatan data yang dikumpulkan.

    Triangulasi kaedah terbahagi kepada dua jenis, iaitu triangulasi antarakaedah dan triangulasi dalam kaedah. Triangulasi antara kaedah merujukkepada proses pengumpulan jenis data yang berlainan daripada subjek kajianyang sama. Dengan kata lain, proses ini menghasilkan beberapa jenis datatentang subjek kajian yang sama. Triangulasi dalam kaedah pula merupakanproses menggunakan kaedah yang sama ke atas subjek kajian atau situasiyang berlainan. Proses ini menghasilkan satu jenis data bagi beberapa subjekatau konteks kajian.

    Sementara itu, triangulasi sumber pula adalah proses mendapatkanmaklumat dan pandangan daripada sumber-sumber informasi yang

    berlainan. Proses ini menghasilkan satu-satu jenis data daripada pelbagaisumber.

    Triangulasi penyelidik pula merupakan proses pengumpulan datamenggunakan lebih daripada seorang penyelidik untuk mengumpul data.Proses ini akan menghasilkan beberapa set data yang boleh dinilaikesejajarannya dengan tujuan kajian. Walau bagaimanapun, keselarasanstrategi, pengetahuan dan kemahiran penyelidik atau pembantu penyelidikyang terlibat perlu dipastikan.

    (iii) Penganalisisan data

    Langkah 1

    Data yang dikumpulkan perlu dianalisis, iaitu dibaca dan diteliti satu persatu.Dengan berbuat demikian, penyelidik dapat mengingat kembali peristiwa danpengalaman yang berkaitan. Proses membaca juga akan mendedahkanstatus kesempurnaan data. Sekiranya ada data yang tidak lengkap, tindakansusulan boleh diambil.

    Langkah 2

    Selepas membaca dan meneliti data, langkah seterusnya adalah memilihdata yang bersesuaian dengan kajian. Dalam proses ini, data ditapis untukmemilih fakta yang penting dan menonjol dari segi kekerapannya. Kemudian,data tersebut dihimpunkan mengikut kategori atau tema tertentu yang dibinaberdasarkan kewujudannya dalam data yang terkumpul. Denganmembahagikan data kepada kategori, data yang pelbagai lagi kompleks lebihmudah diuruskan.

    Langkah 3

    Bahagian Pendidikan Guru

    45

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    46/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Data yang telah dikategorikan ke dalam pelbagai kelompok perlu dipaparkandalam suatu bentuk persembahan yang mudah difahami. Bentukpersembahan perlulah lengkap dan mencakup keseluruhan persoalan yangditangani dalam kajian berkenaan. Dalam persembahan itu, segala hubungkait dan perkaitan antara kategori perlu dinyatakan dengan jelas bagimemperlihatkan keseluruhan fenomena. Untuk itu, pelbagai bentuk grafik

    yang sesuai, seperti jadual, matriks, carta, carta aliran, graf danseumpamanya boleh digunakan.

    Langkah 4

    Langkah seterusnya adalah menginterpretasi data untuk membuatkesimpulan. Melalui proses ini hubungan/perkaitan antara data dapat dibina.Seterusnya, usaha merangkakan teori/model untuk menjelaskan situasi dapatdilakukan.

    Peringkat 5: Refleksi

    Refleksi merupakan proses mengimbas kembali sesuatu yang dialami ataudilakukan supaya kebaikan dan kelemahan pengalaman tersebut dapatdimanfaatkan untuk mempertingkatkan prestasi. Proses ini dilakukanberpandukan data yang diperoleh daripada pengalaman tersebut. Sekiranyatindakan yang dirancangkan tidak berjaya, lingkaran proses diulangi. Dalamhal ini, penilaian terhadap langkah-langkah yang telah dijalankan sebelum ituperlu dilakukan. Ini bertujuan untuk membolehkan pengubahsuaian dilakukanuntuk memastikan penyelidikan ulangan yang dijalankan lebih berjaya.

    4.2.1.3. Analisis Kandungan

    (i) Apakah yang dimaksudkan dengan analisis kandungan?

    Analisis kandungan ialah teknik untuk mengumpul dan analisis kandunganteks (Neuman 1991:272)

    (ii) Apakah perbezaan antara teks dan kandungan?

    Teks meliputi sebarang bahan bertulis, visual atau percakapan yangberfungsi sebagai media komunikasi. Antara contohnya ialah buku, lamanweb, karangan, temu ramah, perbincangan, tajuk-tajuk akhbar ataupunartikel, dokumen sejarah, ucapan, iklan, pementasan, perbincangan rasmi,malah sebarang bentuk perhubungan yang menggunakan bahasa.

    Kandungan merujuk kepada perkataan, makna, gambar-gambar, simbol-simbol, idea-idea, tema atau sebarang mesej yang terkandung dalam tekstertentu.

    Bahagian Pendidikan Guru

    46

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    47/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    (iii) Bilakah analisis kandungan digunakan?

    Analisis kandungan biasanya digunakan untuk:

    mengkaji masalah tentang teks yang bersiri; mengkaji satu-satu topik yang telah berlalu, misalnya dokumen

    sejarah, hasil penulisan orang yang telah tiada dan lain-lain, dan; mengkaji mesej dalam satu-satu teks yang sukar dikaji sekiranya

    menggunakan pemerhatian umpamanya, kerana kewujudan elemenemosi, pemikiran, bias penulis yang mungkin tidak dapat dilihat secaravisual tetapi boleh dianalisis melalui bahan penulisannya.

    (iv) Apakah jenis teks pendidikan yang boleh dilakukan analisiskandungan?

    Kebanyakan teks yang digunakan untuk tujuan pendidikan disekolah/maktab boleh digunakan, seperti:

    Bahan kurikulum, seperti sukatan pelajaran Buku teks Dokumen Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

    (v) Bagaimana melaksanakan analisis kandungan?

    Langkah 1: Baca data, iaitu membaca teks dan menelitikandungannya

    Langkah 2: Memilih dan mengekod data ke dalam beberapa kategoriberdasarkan pelbagai tahap seperti perkataan, makna perkataan,frasa, ayat, perenggan atau tema

    Langkah 3: mempamerkan data dalam bentuk matriks, graf, carta ataurangkaian yang membolehkan kesimpulan dibuat

    Langkah 4: membuat kesimpulan dengan menentukan pola, tema,membanding membeza, mengira, mengkategori dan mengesahkankesimpulan dengan triangulasi, menyemak penerangan yangbercanggah, mendapat maklum balas daripada responden, menyemakperwakilan, menyemak untuk kesan-kesan penyelidik dan menilaibukti.

    4.2.2.Persampelan

    Bahagian Pendidikan Guru

    47

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    48/85

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    49/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    Berfokus kepada satu bahagian hiraki dan mengabaikan yang lain Tidak memasukkan peristiwa atau aktiviti yang mencirikan konteks

    dan, tidak sedar tentang beberapa faktor dan pengecualian yang lain Penumpuan melampau terhadap yang eksotik atau dramatik dan

    mengecualikan yang biasa

    Tidak memberi perhatian yang mencukupi terhadap pemilihan masaatau tidak menyedari penyelididkan dipengaruhi masa Hanya berbual dengan orang yang disukai atau senang ditemui Terlampau menghargai sumbangan orang tertentu kerana kesesuaian,

    tarikan, persahabatan dll.

    Kegagalan untuk mengambil kira non-response dan membezakansampel yang dikehendaki dengan sampel yang diperoleh

    4.2.4.Kajian Rintis

    4.2.4.1 Mengapa kajian rintis penting?

    Kajian rintis merupakan suatu usaha untuk membantu penyelidikuntuk mendapatkan gambaran/maklumat awal tentang penyelidikanyang akan dilakukan.

    Kajian rintis merupakan suatu aspek dalam reka bentuk kajian yangdilakukan untuk menguji kumpulan atau individu lain yang tidak akanterlibat dalam kajian sebenar melalui temu bual, kumpulan fokus,pemerhatian atau rakaman audio.

    Kajian rintis tidak dapat dilakukan dalam semua konteks, contohnyadalam ethnografi.

    Kajian rintis pada awal penyelidikan dapat membantu mengenal pastimasalah.

    Individu atau group atau lokasi yang dilakukan kajian rintis perlu dapatdapat menggambarkan atau mewakili konteks kajian yang sebenar.

    Kajain rintis mestilah dirancang dengan baik. Data daripada kajian rintis tidak boleh digunakan sebagai data dalam

    kajian sebenar.

    4.2.5.Kaedah Pengumpulan Data

    4.2.5.1 Pemerhatian

    Kaedah pengumpulan data secara terus/langsung Boleh digunakan untuk memperoleh data kuantitatif dan kualitatif Boleh menggunakan pendekatan naturalistik atau eksperimen Memberi ruang kepada pengkaji untuk memainkan pelbagai peranan ketika

    pemerhatian

    Perlu dingat, dari suatu segi, semua kajian melibatkan pemerhatiankerana kita tidak dapat meneliti dunia sosial tanpa menjadi sebahagian

    Bahagian Pendidikan Guru

    49

  • 8/6/2019 Buku Panduan Penyelidikan4 BPG

    50/85

    Buku Panduan Penyelidikan

    daripadanya (Atkinson & Hammersley 1994, dlm. Denzin & Lincoln, ms.249).

    Jenis-Jenis Pemerhatian

    A. Pemerhatian Turut Serta

    Pemerhatian turut serta boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu pesertapenuh, peserta sebagai pemerhati dan peserta marginal.

    Peserta penuh identiti penyelidik dirahsiakan; melibatkan soaletika tetapi mungkin itulah caranya untuk meneliti situasi tertentu Peserta sebagai pemerhati mendedahkan identiti dan cubamendapatkan

    Kepercayaan peserta kajian utama; menggunakan peranan sebagaipeserta dan

    Pemerhati untuk mengumpulkan data.

    Peserta marginal - pemerhatian dilakukan secara bersahaja tanpadisedari orang lain, tanpa dianggap menceroboh. Tetapi, penyelidikperlu memastikan peranannya pada pandangan orang lain apabilamenggunakan teknik ini.

    Pemerhati sebagai Peserta

    Teknik ini turut dike