17
1 Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian : a) Maklumat Am b) Maklumat Pendaftaran c) Senarai Semak ARAHAN : 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP1 – HEP6). 3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada hari pendaftaran. BUKU PANDUAN PENDAFTARAN No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : 09 - 5659000 Fax : 09 – 5173259 http://www.pmku.edu.my

buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

1

Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian :a) Maklumat Amb) Maklumat Pendaftaranc) Senarai SemakARAHAN :1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini,fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP1 – HEP6).3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan padahari pendaftaran.

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

No. A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11,25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.Tel : 09 - 5659000 Fax : 09 – 5173259

http://www.pmku.edu.my

Page 2: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

2

A. MAKLUMAT AMBaca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yangsewajarnya agar urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapatmemulakan pengajian di Politeknik METrO Kuantan dengan selesa.

1. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK METrO KUANTANSila rujuk pelan Politeknik METrO Kuantan yang disertakan di muka suratterakhir Buku Panduan ini. Peringatan penting bagi pelajar yang datangdengan kenderaan sendiri, sila patuhi arahan meletak kenderaan di kawasanPoliteknik.2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARANa. Semakan DOKUMEN ASAL akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa

semua dokumen asal yang dikehendaki oleh Politeknik METrO Kuantanpada hari pendaftaran. Pendaftaran anda akan DITOLAK sekiranyaanda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut.Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhak MENARIK BALIK tawarankemasukan ke Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahanmaklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah andaberikan semasa memohon ke politeknik.b. Lengkapkan semua borang pendaftaran yang disertakan sebelumdiserahkan kepada Politeknik METrO Kuantan semasa pendaftaran.

MAKLUMAN PENTING:Politeknik METrO Kuantan TIDAK menyediakan kemudahan asrama kepadapelajar.

Page 3: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

3

3. YURAN PENGAJIAN & BAYARAN PELBAGAI

Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelumdatang mendaftar pada hari pendaftaran. Pembayaran di kaunterpendaftaran secara TUNAI pada hari pendaftaran TIDAK DIBENARKAN.1. Jumlah bayaran adalah seperti JADUAL 1.a) Pelajar perlu membuat 2(dua) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu

Yuran Pengajian, Bayaran 2 iaitu Bayaran Pelbagai. Sila rujuk JADUAL1 yang diberi.b) Tatacara pembayaran Yuran Pengajian boleh dirujuk di LAMPIRAN 1dan tatacara pembayaran Bayaran Pelbagai boleh dirujuk di LAMPIRAN2. Slip pembayaran bank yang telah dibuat perlu dibawa untukditunjukkan semasa hari pendaftaran. Sila catatkan NAMA, NO KADPENGENALAN dan NAMA PROGRAM di belakang slip pembayaran.c) Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagalmenjelaskan sebarang bayaran pada hari pendaftaran.d) Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atauswasta DIMESTIKAN membawa bersama surat pengesahan penajaansemasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung olehpenaja ataupun dalam proses permohonan kepada penaja hendaklahdijelaskan semasa pendaftaran.

4. BANTUAN KEWANGANPoliteknik METrO Kuantan TIDAK menjamin sebarang bantuanbiasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjamanadalah di luar bidang kuasa Politeknik.Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wangperbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatpembelajaran, buku dan lain-lain.PELAJAR DIWAJIBKAN MEMBUKA AKAUN SIMPANAN WAJIB DALAM

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)(UNTUK MEMOHON PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN)

Page 4: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

4

5. RUPADIRISecara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas,bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan berpakaian menutup aurat.Semua jenis pakaian yang mencolok mata adalah dilarang.Semua pelajar diwajibkan memakai baju T berkolar dan seluar trek (trackbottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa

aktiviti kokurikulum.Panduan Pakaian dan rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah danaktiviti di Kampus:

BAJU KEMEJA BERLENGAN PANJANG ATAU PENDEK, BERTALI LEHER,BERKASUT dan BERSTOKIN sepanjang sesi perkuliahanPelajar hendaklah sentiasa kemas, bersih, dan sopan. Pelajar Islam digalakkanberpakaian menutup aurat.

5.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI

5.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmali. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.ii. Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yangmembawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkanmana-mana parti politik. Baju “T” tidak berkolar TIDAKdibenarkan.iii. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).iv. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.v. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkapbersampin, berkasut dan bersongkok hitam.vi. Berseluar “slack”.vii. Berkasut dan berstokin.viii. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.ix. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.5.1.2 Rambuti. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakangtidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi parasatas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.ii. Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor atau diwarnakan

TIDAK dibenarkan.

Page 5: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

5

5.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

5.2.1 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmali. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang,pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagianbadan TIDAK dibenarkan.ii. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai “skirt” yang lebih pendek dariparas lutut.iii. Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yangmembawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkanmana-mana parti politik.iv. Baju “T” tidak berkolar TIDAK dibenarkan.v. Berseluar yang tidak ketat.vi. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAKdibenarkan. Kasut yang berladam logam yang berbunyi jugaTIDAK dibenarkan.

5.2.2 Rambuti. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor ataudiwarnakan TIDAK dibenarkan.ii. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung5.2.3 PerhiasanMemakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DANPENDEK

TIDAKMELEBIHI

KOLAR BAJU

TIDAKMENUTUPITELINGA

TIDAKMENUTUPI

DAHI

Page 6: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

6

5.3 PAKAIAN UNTUK RIADAHPelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti danpersekitaran.Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan

6.0 HAL-HAL LAIN6.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuaidan memenuhi syarat-syarat pakaian seperti dijelaskan dalambahagian 5.6.2 Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak bolehdiprogramkan.

BAJU JENIST-SHIRT

BERKOLARDAN

BERLENGANPENDEK

KEMEJABERLENGAN

PANJANG/PENDEK

BAJUMELAYU

BAJUKURUNG

BAJUKURUNGMODEN

BAJUKASUAL

LELAKI PEREMPUAN

Page 7: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

7

B. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARUAnda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan dibawah denganteliti supaya urusan supaya hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Andatidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkandi bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajarPoliteknik METrO Kuantan pada hari dan waktu seperti yangdinyatakan dalam surat iringan. Jika anda tidak mendaftar padatarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna andamenolak tawaran ini.

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARIPENDAFTARAN:-2.1 Dokumen-dokumen ASAL yang berikut:-a) Kad Pengenalan,b) Surat tawaran ke Politeknik,c) Sijil atau slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V),d) Sijil Berhenti Sekolah,e) Dokumen kokurikulum yang berkaitan(terutamanya yang mewakili Negara dan negeri)f) Surat Akuan/Testimonial sekolah (jika berkaitan),g) Borang-borang pendaftaran berikut yang telah lengkap di isi:-

i. Borang Maklumat Peribadi pelajar – HEP 1ii. Laporan Pemeriksaan Doktor – HEP 2

iii. Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk RawatanPembedahan – HEP 3iv. Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung – HEP 4v. Akuan Pelajar – HEP 5

vi. Aku Janji Pelajar – HEP 6

(jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL untuksemakan, anda tidak layak didaftarkan)2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang kePoliteknik METrO Kuantan dan bawa semua salinan slippembayaran semasa hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran.

SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKANDIKEMBALIKAN sekiranya anda berhenti dari menjadi pelajarPoliteknik METrO Kuantan.

Page 8: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

8

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensikerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama suratpengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasamendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penajahendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.2.3 Empat (4) keping gambar warna yang terbaru berukuran kadpengenalan termasuk gambar pada borang HEP. Semua pelajarlelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketikabergambar. Pelajar perempuan pula berpakaian yang tidakmendedahkan bahagian bahu dan pelajar perempuan Islamhendaklah bertudung. Sila catatkan nama dan program anda dibelakang setiap keping gambar.

3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARANa) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang dan bajukemeja. Pelajar-pelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaiankemas dan menutup aurat. Bagi pelajar-pelajar bukan Islamhendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolokmata. Pakaian yang ketat, jarang pendek, berbelah, nipis danmendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu danbelakang adalah tidak dibenarkan.b) Berkasut * serta berstokin.c) Rambut* mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek.Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihiparas setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.d) Topi, baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (trackbottom) adalah dilarang.

4. HAL-HAL LAIN4.1 Pelajar lelaki dan perempuan dikehendaki membawa SELUARSLACK HITAM untuk digunakan semasa mengikuti ProgramMinggu Suai Kenal.4.2 Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal(MSK).Sila rujuk aturcara Minggu Suai Kenal seperti yang terdapat didalam Buku Panduan Pelajar Politeknik METRO Kuantan.(Akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran).

Page 9: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

9

ARAHAN

1. Borang HEPCalon dikehendaki melengkapkan semua borang HEP yang disediakan sebelumhadir melapor diri.Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan di kaunteryang disediakan semasa melapor diri.2. Tempat letak kenderaanCalon yang hadir dengan kenderaan (kenderaan sendiri atau kenderaan awam),sila ke tempat kenderaan yang disediakan oleh Majlis PerbandaranKuantan(MPK). Harap maklum, bahawa pihak Politeknik METrO Kuantan tidakmenyediakan tempat meletak kenderaan dan anda dikehendaki menyediakankupon meletak kenderaan yang boleh didapati di kiosk MPK yang berdekatan.3. Yuran pengajianSlip/ resit PEMBAYARAN BIMB yang disertakan (secara berasingan) hendaklahdigunakan untuk urusan pembayaran. Bayaran boleh dibuat di mana-manacawangan yang dinyatakan pada LAMPIRAN 1 sebelum hari pendaftaran. Silapastikan maklumat yang ditulis pada slip berkenaan adalah betul sebelummembuat bayaran sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan ini.

Ingat! Sebarang bayaran telah dibuat tidak akan dikembalikan apabilacalon telah mendaftar.

4. Bayaran PelbagaiSila buat bayaran pelbagai melalui slip PEMBAYARAN BIMB yang disertakan dimana-mana cawangan Bank Islam dengan jumlah wang mencukupi sepertimanayang telah ditetapkan dalam LAMPIRAN 2.5. Dokumen AsliCalon-calon hendaklah memastikan semua Dokumen Asal dibawa semasapendaftaran.Sila patuhi masa dan tarikh Pendaftaran yang telahditetapkan.Ibu/bapa/penjaga yang mengiringi calon, bolehlah meninggalkankampus setelah mendaftarkan diri.6. Kerjasama calon-calon sepanjang hari pendaftaran amat-amat dihargai.Sekian terima kasih.

POLITEKNIK METrO KUANTAN

Page 10: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

10

POLITEKNIK METrO KUANTANSENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARANSemak dan tandakan √padapetakyangberkenaansekiranyaperkara-perkara berikuttelah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke Politeknik METRO Kuantan untukmendaftar diri.1. Dokumen-dokumen Asal

(Peringatan: Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL akanmengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK)1.1 Kad Pengenalan1.2 Surat Tawaran ke Politeknik METrO Kuantan1.3 Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM (V)1.4 Dokumen-dokumen/sijil-sijil Kokurikulum (jika berkaitan– terutamanya yang mewakili Negara dan negeri)1.5 Sijil Berhenti Sekolah1.6 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)1.7 Borang-borang Pendaftaran telah lengkap diisia) HEP1: MAKLUMAT PERIBADI PELAJARb) HEP2: LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTORc) HEP4: KEBENARAN UNTUK RAWATANPEMBEDAHANd) HEP3: IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNGe) HEP5: AKUAN PELAJARf) HEP6: AKU JANJI PELAJAR1.8 Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuanpermohonan pinjaman/biasiswa

2. Salinan Slip Pembayaran Yuran Pengajian BIMB berjumlahRM200.00 atas nama POLITEKNIK KPT. (yuran pengajian)Slip Pembayaran Bayaran Pelbagai KOPERASI POLITEKNIK METROKUANTAN BERHAD berjumlah RM600.00 (bayaran pelbagai)

3. Gambar warna terbaru (saiz kad pengenalan 4 keping)

Page 11: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

11

JADUAL 1

TARIKH PENDAFTARAN : 20 NOVEMBER 2016

MASA PENDAFTARAN : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TAKLIMAT IBU BAPA : 10.30 PAGI ( DEWAN ARAS 5)

TEMPAT PENDAFTARAN : ARAS G, POLITEKNIK METrO KUANTAN

PELAJAR DIWAJIBKAN BERPAKAIAN KEMAS SEMASA MENDAFTAR SEBAGAIMANAYANG DITETAPKAN DALAM PERATURAN AM DAN TATATERTIB (AKTA 174)

Page 12: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

12

TATACARA PEMBAYARAN BAYARAN

PENGAJIAN DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Jadual 1 : Bayaran Yuran Pengajian

Bil Perkara RM Cara Bayaran1 Yuran Pengajian 200.00 RUJUK TATACARA PEMBAYARAN DILAMPIRAN 1JUMLAH 200.00

Bayaran Yuran Pengajian hanya menggunakan mesin ATM atau CDM BIMB

TATACARA PEMBAYARAN BAYARAN

PELBAGAI DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Jadual 2 : Bayaran Pelbagai

Bil Diploma PerkhidmatanMakanan (Amalan Halal) RM Diploma Pengurusan

Pelancongan RM Cara Bayaran

1 Pelajar Semester 1 600.00 Pelajar Semester 1 600.00Bayar atas nama “KOPERASI

POLITEKNIK METRO KUANTANBERHAD.”

di BANK ISLAM MALAYSIABERHAD (BIMB).

No Akaun : 06082010005745

2 Pelajar Semester 2 – 5 150.00 Pelajar Semester 2 – 5 150.00

3 Pelajar Semester 6(Latihan Industri)

Pelajar Semester 6(Latihan Industri)

Cara bayaran adalah melalui SLIP PEMBAYARAN BIL (BIMB) di mana-manaKAUNTER Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) seperti berikut:1. Nama pelajar : Nyatakan nama pelajar2. No. Akaun : 060820100057453. No Telefon : No telefon4. No. KP : No kad pengenalan5. Bayar kepada : KOPERASI POLITEKNIK METRO KUANTAN

BERHAD6. Jenis Bayaran : BAYARAN PELBAGAI7. Amaun : RM 600.00Bayaran juga boleh dibuat menggunakan mesin CDM di BIMB

Page 13: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

13

LAMPIRAN 1TATACARA PEMBAYARAN YURAN

PENGAJIAN DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

MAKLUMAT PENTING1. Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuatpembayaran yuran pengajian di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad.2. Sila buat pembayaran YURAN PENGAJIAN RM 200 terlebih dahulu sebelummendaftar/melapor diri di Politeknik METrO Kuantan pada tarikh yangditetapkan.KAEDAH PEMBAYARANBayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:a. Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz)b. Mesin ATM BIMBc. Mesin Cash Deposit (CDM) Bank Islam*Salinan resit pembayaran perlu diserahkan kepada urusetia pada hari pendaftaran*

Page 14: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

14

LAMPIRAN 1A. PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNETCalon perlu mempunyai akaun BIMB dan ID untuk mengakses perbankaninternet Bank Islam. Sila layari www.bankislam.com.my1. Klil logo “Internet Banking Login” dan tekan butang :ok” pada “SecurityAlerts”2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem PerbankanInternet Bank Islam.3. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.4. Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.5. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”6. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”7. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account”yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar danklik “pay”8. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perludisahkan.9. Klik "Confirm" untuk menuruskan pembayaran atau sebaliknya.10. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan.Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaranyang dilakukan sebagai rujukan.

(Sila buat DUA (2) salinan pengesahan pembayaran untuk yuran pengajiansebagai rujukan dan bukti pembayaran)

Page 15: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

15

LAMPIRAN 1B. MESIN ATM BANK ISLAMPembayar WAJIB memiliki akaun BIMB terlebih dahulu1. Pilih menu LAIN-LAIN2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT3. Pilih menu YURAN IPT4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )5. Masukkan NO KAD PENGENALAN Pelajar6. Pilih Bil yang ingin dibayar7. Sahkan amaun yang ingin dibayar8. Transaksi selesai dan ambil Resit

(Sila buat DUA (2) salinan resit pembayaran untuk yuran pengajiansebagai rujukan dan bukti pembayaran)

C. MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM1. Pilih menu YURAN IPT2. Masukkan NO KAD PENGENALAN Pelajar3. Pilih POLITEKNIK KPT4. Sahkan data dan masukkan wang5. Sahkan jumlah kemasukkan wang6. Transaksi selesai dan ambil Resit(Sila buat DUA (2) salinan resit pembayaran untuk yuran pengajiansebagai rujukan dan bukti pembayaran)

Page 16: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

16

Page 17: buku panduan pendaftaran sesi dis 2016

17

The Zenith Hotel

Stadium Darul MakmurKuantan

Berjaya Megamall

East Coast Mall No. A-5, Jalan Tun Ismail 2,Sri Dagangan 11,25000 Kuantan,Pahang Darul Makmur.Tel: 09 - 5659000