39
BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 1

BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

1

Page 2: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

2

Tahniah

POLITEKNIK MUKAH, SARAWAK (PMU) mengucapkan setinggi-tinggi

tahniah dan syabas kepada anda kerana berjaya menamatkan pengajian

sijil/diploma di PMU. Pastinya kejayaan anda akan menjadi kebanggaan untuk

diri anda dan keluarga. PMU dengan ini menjemput anda untuk menghadiri

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-11 2018 bagi meraikan kejayaan anda.

TARIKH RASMI KONVOKESYEN

Tarikh : Sabtu, 28 JULAI 2018

Masa : 7:30 Pagi (Sidang/Sesi 1) / 10:30 Pagi (Sidang/Sesi 2)

Tempat : Dewan Serbaguna PMU

RAPTAI MAJLIS

Tarikh : Jumaat, 27 JULAI 2018

Masa : 8:00 Pagi

Tempat : Dewan Serbaguna PMU

Semua graduan adalah DIWAJIBKAN untuk hadir Raptai Majlis. Kegagalan

untuk menghadiri sesi Pendaftaran dan Raptai Majlis akan menyebabkan

graduan dihalang untuk naik ke pentas.

Page 3: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

3

Yuran Majlis

Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma pada Majlis Konvokesyen Ke-

11 adalah dikehendaki untuk membuat pembayaran Yuran Majlis

Konvokesyen sebelum membuat pengesahan kehadiran/ketidakhadiran

konvokesyen.

Jumlah yuran adalah seperti berikut:

Graduan Hadir Graduan Tidak

Hadir

RM320.00 RM170.00

Pembayaran yuran boleh dibuat dengan membuat pembayaran ke akaun

berikut:

Nama Akaun : KOPERASI POLITEKNIK MUKAH BHD (KONVO)

Nombor Akaun : 21133300000258

Bank : RHB BANK

Pembayaran adalah secara deposit masuk melalui kaunter RHB BANK sahaja

dengan menggunakan Borang Simpanan yang terdapat di cawangan Maybank.

Sila pastikan anda menulis nombor Kad Pengenalan dan Nombor

Pendaftaran Pelajar di Borang Simpanan.

Slip pembayaran yang telah dibuat hendaklah dibuat salinan dan salinan asal

akan diserahkan semasa mengambil jubah majlis konvokesyen.

MAKLUMAN PENTING!

Pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) dan Pindahan Akaun /

Perbankan Internet adalah TIDAK DIBENARKAN.

Semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan atas apa jua

alasan.

Slip asal pembayaran PERLU DISERAHKAN SEMASA MENGAMBIL JUBAH.

Page 4: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

4

CONTOH BORANG SIMPANAN

Masukkan No. Akaun

Koperasi Politeknik

Mukah Berhad

Masukkan No. Kad

Pengenalan Pelajar

Page 5: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

5

Pengesahan Kehadiran

Semua graduan dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran / ketidakhadiran ke

Majlis Konvokesyen Ke-11 2018. Pengesahan kehadiran / ketidakhadiran boleh

dibuat melalui laman web eKonvo 2018 bermula ISNIN, 2 Julai 2018. Pastikan

anda bersedia dengan nombor rujukan slip pembayaran yuran RHB BANK

sebelum membuat pengesahan.

LAMAN WEB eKONVO 2018

Laman web eKONVO 2018 boleh diakses di alamat berikut:

http://www.pmu.edu.my/konvo2018

Semakan di laman web adalah

menggunakan Nombor MyKad dan

Nombor Pendaftaran Pelajar. Graduan

dikehendaki untuk MENCETAK SLIP

kehadiran / ketidakhadiran. Bagi graduan

yang hadir, slip berkenaan hendaklah

dibawa pada Sesi Pendaftaran, bagi

graduan yang tidak hadir, slip hendaklah

dikembalikan bersama Slip Pembayaran

RHB BANK ASAL dan lain-lain dokumen

berkenaan.

TARIKH AKHIR PENGESAHAN KEHADIRAN

Semua graduan adalah diwajibkan untuk menjawab kehadiran selewat-

lewatnya pada 25 JULAI 2018 (RABU). Graduan yang tidak menjawab selepas

tarikh berkenaan akan dianggap tidak menghadiri majlis.

Page 6: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

6

Tatacara Pengesahan Kehadiran

#1

Layari

www.pmu.edu.my/konvo2018

#2

Klik menu SEMAKAN BAKAL

GRADUAN

#3

Masukkan No Mykad dan No

Pendaftaran Pelajar

#4

Klik SEMAK

#5

Paparan maklumat graduan akan

dipaparkan.

#6

Klik MENU SAHKAN KEHADIRAN /

TUKAR STATUS KEHADIRAN di

ruangan MAKLUMBALAS BAKAL

GRADUAN

Page 7: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

7

Tatacara Pengesahan Kehadiran

#7

Masukkan no Slip Bayaran RHB Bank,

Pilih STATUS KEHADIRAN dan

lengkapkan maklumat lain yang

dipaparkan.

Contoh No Slip Bayaran:

#8

Klik butang SAVE DATA.

#9

Paparan ini akan dipaparkan setelah

anda klik butang SAVE DATA.

#10

Setelah mengesahkan status

KEHADIRAN / KETIDAKHADIRAN, klik

butang CETAK MAKLUMAT untuk

dibawa semasa raptai (bagi graduan

hadir) atau dipos kembali (bagi graduan

tidak hadir)

Page 8: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

8

Pengesahan Ketidakhadiran

Semua graduan dikehendaki untuk mengesahkan ketidakhadiran ke Majlis

Konvokesyen Ke-11 2018. Pengesahan ketidakhadiran boleh dibuat melalui

laman web eKonvo 2018 bermula ISNIN, 2 Julai 2018 mulai jam 2.30

petang. Pastikan anda bersedia dengan nombor rujukan slip pembayaran yuran

RHB BANK sebelum membuat pengesahan.

LAMAN WEB eKONVO 2018

Laman web eKONVO 2018 boleh diakses di alamat berikut:

http://www.pmu.edu.my/konvo2018

Semakan di laman web adalah menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan

Nombor Pendaftaran Pelajar.

TARIKH AKHIR PENGESAHAN KETIDAKHADIRAN

Semua graduan diwajibkan untuk menjawab ketidakhadiran sebelum atau pada

25 JULAI 2018 (KHAMIS).

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMBALIKAN SEKIRANYA TIDAK HADIR

Graduan yang tidak hadir perlu mengembalikan dokumen berikut:

a) Borang Pengesahan Ketidakhadiran (Muat Turun: Borang Pengesahan

Tidak Hadir)

b) Slip Bayaran Yuran Bank RHB Tidak Hadir (RM170)

c) Borang Keahlian Persatuan Alumni Politeknik Mukah (Muat Turun:

Borang Keahlian PAPMU)

d) Slip Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG 2018). Sila layari

https://www.pmu.edu.my/v5/index.php/kajian-pengesanan-graduan

Semua dokumen ini perlu dikembalikan ke alamat:

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

KM 7.5, Jalan Oya,

96400 Mukah, Sarawak.

(UP: Pegawai Peperiksaan)

*Kiriman Diploma dan Transkrip hanya akan dibuat untuk graduan yang

mengembalikan dokumen lengkap.

Page 9: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

9

Soal Selidik

Kajian Pengesanan Graduan

Pengenalan Sistem kajian Pengesanan Graduan

Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian. Institusi Politeknik Mukah juga ingin tahu bagaimana anda memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada Politeknik Mukah dan juga kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi meningkatkan lagi kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang kembali kepada Politeknik Mukah dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT.

**Graduan dikehendaki menjawab soal selidik ini dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen. Sistem ini akan dibuka untuk dijawab oleh graduan bermula 16 JULAI 2018 sehingga 31 Oktober 2018.

Hanya graduan yang berstatus BEKERJA/MELANJUTKAN PENGAJIAN/MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MENUNGGU PENEMPATAN sahaja dibenarkan untuk mengisi SKPG 1. Graduan yang masih BELUM BEKERJA TIDAK DIBENARKAN mengisi SKPG 1.

Rajah 1: Kandungan Sistem Kajian Pengesanan Graduan I (SKPG TVET)

Page 10: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

10

PANDUAN GRADUAN

Bagi membantu graduan mengenalpasti status graduan sekarang, graduan boleh

merujuk status berikut:

Rajah 2: Maklumat bagi Status Graduan

Graduan yang bekerja dan mempunyai maklumat

pekerjaan. e.g. ( contoh tempat kerja di sektor

kerajaan / swasta / secara sepenuh masa / separuh masa atau bekerja dengan ibu bapa

atau ahli keluarga )

BEKERJA

Graduan yang memaklumkan belum

bekerja, tidak mempunyai maklumat

pekerjaan seperti majikan, pendapatan

dan sebagainya

BELUM BEKERJA

Graduan yang memaklumkan

mereka tidak bekerja kerana melanjutkan

pengajian

MELANJUTKAN PENGAJIAN

Graduan yang sedang menjalani kursus jangka

pendek, graduan yang mengikuti

SL1M/SLSM/SLG/INSEP/INSTEP, dan sebagainya

Graduan yang memaklumkan mereka telah

mendapat tawaran tetapi belum mempunyai

penempatan pekerjaan

MENUNGGU PENEMPATAN PEKERJAAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN

Page 11: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

11

Bil. Status Graduan

Status

Kehadiran

Majlis

Konvokesyen

Tindakan Graduan

1. Bekerja/Usahawan/Melanjutkan

Pengajian/ Meningkatkan

Kemahiran /Menunggu

Penempatan Pekerjaan

HADIR i. Graduan perlu melengkapkan SKPG-

TVET secara atas talian bermula 16

Julai 2018 melalui laman portal PMU.

https://www.pmu.edu.my/v5/

ii. Membawa slip pengesahan graduan

semasa hari raptai konvokesyen

untuk pengambilan jubah.

2. Bekerja/usahawan/Melanjutkan

Pengajian/ Meningkatkan

Kemahiran /Menunggu

Penempatan Pekerjaan

TIDAK HADIR i. Graduan perlu melengkapkan SKPG-

TVET secara atas talian bermula 16

Julai 2018 melalui laman portal PMU.

https://www.pmu.edu.my/v5/

ii. Mengemukakan slip pengesahan

graduan bagi tujuan mengambil

Diploma.

**Sijil Diploma tidak akan diserahkan

sekiranya graduan tidak mengisi

kajian ini.

3. TIDAK BEKERJA HADIR i. Graduan perlu melengkapkan

google form Borang Graduan Belum

Bekerja melalui laman portal PMU.

https://www.pmu.edu.my/v5/

ii. Membawa Slip Pengesahan Graduan

semasa hari raptai konvokesyen

untuk pengambilan jubah.

4. TIDAK BEKERJA TIDAK HADIR i. Graduan perlu melengkapkan

google form Borang Graduan Belum

Bekerja melalui laman portal PMU.

https://www.pmu.edu.my/v5/

ii. Mengemukakan slip pengesahan

graduan bagi tujuan mengambil

Diploma.

**Sijil Diploma tidak akan diserahkan

sekiranya graduan tidak mengisi

kajian ini.

Page 12: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

12

TATACARA PENYERTAAN SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN TVET

(SKPG-TVET) BAGI GRADUAN DALAM KATEGORI BEKERJA,

MELANJUTKAN PENGAJIAN, MENINGKATKAN KEMAHIRAN

DAN MENUNGGU PENEMPATAN PEKERJAAN

Graduan lengkapkan soal selidik

SKPG 1 (SEMUA BAHAGIAN) dan

cetak Slip Pengesahan Kajian.

Graduan kemukakan Slip

Pengesahan Kajian semasa proses

pengambilan jubah konvokesyen di

Pusat Sumber.

PROSES SELESAI

GRADUAN KETEGORI BEKERJA & HADIR KONVOKESYEN

• Bekerja dengan majikan / bekerja sendiri / usahawan / sepenuh

masa / separuh masa / tetap / kontrak

• Melanjutkan pengajian

• Meningkatkan kemahiran (Cth: INSTEP)

• Menunggu penempatan pekerjaan

Sertai SKPG dengan klik link melalui

laman web

https://www.pmu.edu.my/v5/

Graduan mengisi SKPG-TVET di

rumah/ lokasi masing-masing

sebelum hari Raptai

Graduan mengisi SKPG-TVET secara

online di Politeknik Mukah (

Makmal disediakan selepas majlis

Raptai )

Page 13: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

13

TATACARA PENYERTAAN SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN TVET

(SKPG-TVET) BAGI GRADUAN DALAM

KATEGORI TIDAK BEKERJA

PROSES SELESAI

Graduan perlu mengemaskini status kepada Bekerja

sekiranya telah mendapat sebarang tawaran

pekerjaan/belajar ke dalam Sistem SKPG-TVET sebelum 31

Oktober 2018. Pegawai akan menghubungi semula graduan

yang belum membuat kemaskini maklumat.

Graduan lengkapkan google form

Borang Graduan Tidak Bekerja

(SEMUA BAHAGIAN) dan cetak Slip

Pengesahan Kajian.

Graduan kemukakan Slip Pengesahan

Kajian semasa proses pengambilan

jubah konvokesyen di Pusat Sumber.

Graduan melengkapkan google form

Borang Graduan Belum Bekerja di

rumah.

Graduan melengkapkan google form

Borang Graduan Belum Bekerja di

Politeknik Mukah ( Makmal

disediakan selepas majlis Raptai )

GRADUAN TIDAK BEKERJA & HADIR

KONVOKESYEN

• Tidak berbuat apa-apa setelah tamat pengajian

• Tiada pendapatan

• Masih berehat

Sertai SKPG dengan klik link melalui

laman web

https://www.pmu.edu.my/v5/

Page 14: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

14

Laman web Kajian Pengesanan Graduan boleh diakses di laman web berikut:

MAKLUMAN PENTING:

Graduan yang BELUM BEKERJA TIDAK DIBENARKAN mengisi SKPG-TVET.

Graduan yang berstatus BELUM BEKERJA akan mengisi Sistem Kajian

Pengesanan Graduan secara manual di Politeknik semasa Hari Raptai

Konvokesyen. Graduan diminta berurusan di kaunter Urusetia Pengesanan

Graduan di Pusat Sumber untuk tindakan selanjutnya pada hari Raptai.

Klik pautan

Sistem Kajian

Pengesanan

Graduan

Page 15: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

15

2. Sila baca arahan

sehingga habis dan

klik pautan yang

berkenaan di bawah

Pautan bagi

Graduan Belum

Bekerja

Pautan bagi Graduan

Sudah bekerja/

usahawan/ melanjutkan

pengajian/ menunggu

penempatan/

meningkatkan

3. Klik untuk log masuk bagi

Graduan yang

bekerja/usahawan/melanjutk

an pengajian/Meningkatkan

kemahiran/Menunggu

penempatan)

Page 16: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

16

PERTANYAAN & MASALAH BERKENAAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2018

Sekiranya bakal graduan menghadapi masalah atau mempunyai pertanyaan lanjut

berkenaan Kajian Pengesanan Graduan 2018, maklumat pegawai yang boleh dihubungi

adalah seperti berikut:

Puan Rohaliza binti Karim

Pegawai Pengesanan Graduan Politeknik

Tel : 084-874001 Faks : 084-874005

E-Mel : [email protected]

Semua graduan perlu memastikan bahawa

semua soalan telah lengkap diisi sebelum

mencetak slip pengesahan.

Slip yang telah dicetak WAJIB dihantar semasa

pendaftaran Konvokesyen.

Bagi Graduan yang BELUM BEKERJA, sila

berurusan di kaunter Pengesanan Graduan

untuk tindakan selanjutnya.

Penghargaan terima kasih di atas kerjasama

semua graduan. Tahniah!

Page 17: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

17

Kajian Kepuasan Graduan

1. Borang soal selidik ini dikemukakan untuk mendapatkan maklum balas

daripada responden berkaitan dengan Kajian Penjajaran Program

Sedia Ada Politeknik, Bahagian Perancangan, Jabatan Pendidikan

Politeknik

2. Kajian kepada graduan dilaksanakan secara atas talian untuk

memudahkan para graduan untuk mengisi sebelum menghadiri Majlis

Konvokesyen.

3. Panduan untuk mengisi kajian secara atas talian, Manual Penggunaan

Sistem Kajian Kepuasan Graduan boleh dimuat turun melalui pautan

berikut:

4. Untuk masuk ke halaman kajian, sila layari laman sesawang Politeknik

Mukah https://www.pmu.edu.my/v5/ dan sila klik Sistem Kajian Kepuasan

Graduan di Perkhidmatan Atas Talian.

Sistem Kajian

Kepuasan

Graduan

Page 18: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

18

5. Sistem Kajian Kepuasan Graduan akan dibuka pada 16 Julai 2018 dan

Graduan WAJIB mengisi kajian sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen.

6. Kegagalan graduan untuk mengisi kajian akan menyukarkan graduan

untuk memulangkan jubbah dan mendapatkan transkrip diploma.

Page 19: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

19

Raptai Majlis

Graduan adalah diwajibkan untuk menghadiri Sesi Raptai yang diadakan pada

Jumaat, 27 Julai 2018.

SESI RAPTAI GRADUAN

Tarikh : 27 Julai 2018 (JUMAAT)

Masa : 8:00 Pagi

Tempat : Dewan Serbaguna PMU

Graduan yang hadir adalah diwajibkan untuk berpakaian kemas serta formal.

Pakaian menjolok mata, ketat, jeans, selipar dan lain-lain penampilan

kurang sesuai tidak akan dibenarkan semasa sesi raptai. Bakal graduan

diingatkan hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan untuk

membolehkan sesi raptai dimulakan.

Page 20: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

20

Jubah Konvokesyen

Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen adalah DIWAJIBKAN

untuk menggunakan jubah rasmi Majlis Konvokesyen. Jubah rasmi hendaklah

disewa di mana pembayaran sewaan dibuat di dalam Yuran Majlis.

SESI PENGAMBILAN JUBAH

Graduan yang hadir dikehendaki untuk mengambil jubah pada masa berikut:

Tarikh : Jumaat, 27 Julai 2018

Masa : 10:00 pagi sehingga 5:00 petang

Tempat : Pusat Sumber PMU (Perpustakaan)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGAMBILAN JUBAH

KONVOKESYEN

Bakal graduan dikehendaki untuk mengemukakan dokumen berikut semasa

mengambil jubah:

a) Slip bayaran RHB BANK Yuran Konvokesyen (ASAL)

b) Slip Kajian Pengesanan Graduan (SKPG-TVET 2018)

KESELAMATAN JUBAH

Semua graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan

jubah. Graduan diingatkan untuk menjaga jubah dengan baik, memastikan

kebersihan dan mengelakkan sebarang kerosakan terhadap jubah yang

digunakan.

Sebarang kerosakan atau kehilangan jubah adalah di bawah tanggungjawab

graduan. Bayaran TUNAI sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200.00) perlu

dibayar sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan terhadap jubah.

Page 21: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

21

Pemulangan Jubah

Jubah konvokesyen hendaklah dipulangkan sebaik sahaja graduan selesai

menghadiri sesi konvokesyen masing-masing. Sesi pemulangan jubah adalah

seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 28 Julai 2018

Masa : 11:00 Pagi sehingga 5:00 Petang

Tempat : Pusat Sumber PMU (Perpustakaan)

KELEWATAN PEMULANGAN JUBAH

Kelewatan graduan untuk mengembalikan jubah akan dikenakan denda

sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sehari. Anda dinasihatkan

untuk memulangkan jubah sebaik sahaja selesai majlis.

Sijil/Diploma anda tidak akan diserahkan sehingga anda mengembalikan

jubah.

Page 22: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

22

Etika Pakaian Majlis

Majlis Konvokesyen merupakan majlis rasmi Politeknik. Sesuai dengan sifat

majlis rasmi dan bagi menghormati tetamu, semua graduan adalah dikehendaki

berpakaian berdasarkan etika pakaian dan penampilan yang ditetapkan.

Semakan etika pakaian dan penampilan akan dibuat sebelum graduan

memasuki dewan. Mana-mana graduan yang tidak memenuhi etika pakaian

dan penampilan yang ditetapkan boleh dihalang daripada menaiki pentas

semasa majlis.

Para graduan juga diminta untuk memastikan ibu bapa/penjaga/keluarga yang

menghadiri majlis mematuhi etika pakaian/penampilan bagi para jemputan.

Page 23: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

23

Etika Pakaian Majlis Graduan

Lelaki

• Graduan diwajibkan untuk memakai jubah rasmi konvokesyen.

• Pakaian graduan lelaki adalah seperti berikut:

✓ Berbaju Melayu berwarna HITAM LENGKAP termasuk SONGKOK

HITAM

Atau

✓ Berbaju kemeja lengan panjang berwarna PUTIH, berseluar slack

HITAM dan bertali leher serta mengenakan kot/blazer yang juga

berwarna HITAM.

✓ Wajib berkasut kulit HITAM sahaja beserta stoking.

✓ Berambut pendek, tidak diwarnakan dan kemas.

X Pemakaian kasut sukan, sneakers, sandal atau selipar adalah

dilarang sama sekali.

X Penggunaan seluar selain berwarna hitam adalah tidak dibenarkan.

X Penggunaan seluar jeans adalah amat ditegah.

X Gaya rambut KETERLALUAN, TIDAK SOPAN atau DIWARNAKAN

adalah tidak dibenarkan.

Page 24: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

24

Etika Pakaian Majlis Untuk Graduan

Perempuan • Graduan diwajibkan untuk memakai jubah rasmi konvokesyen.

• Pakaian graduan perempuan adalah seperti berikut:

✓ BERBAJU KURUNG berwarna CERAH/LEMBUT, tidak

mendedahkan aurat/tidak terlampau ketat dan hendaklah

BERTUDUNG (bagi Muslim).

✓ Graduan perempuan bukan Muslim juga dibenarkan untuk

berbaju kemeja formal wanita berlengan panjang berwarna PUTIH

dan berkain labuh melebihi buku lali.

✓ Wajib berkasut kulit HITAM bertutup sepenuhnya serta

berstoking.

X Pemakaian kasut sukan, sneakers, sandal, selipar dan kasut yang

tidak menutupi kaki sepenuhnya adalah dilarang sama sekali.

X Skirt singkat/pendek tidak dibenarkan.

X Penggunaan seluar jeans adalah amat ditegah.

X Gaya rambut KETERLALUAN, TIDAK SOPAN atau DIWARNAKAN

adalah tidak dibenarkan.

Page 25: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

25

Jemputan, Ibu Bapa & Penjaga

Graduan Semua graduan adalah dibenarkan untuk membawa maksimum DUA (2) orang

jemputan untuk memasuki dewan. Para graduan hendaklah memastikan

jemputan mematuhi peraturan dan etika pakaian/penampilan yang telah

ditetapkan.

ETIKA PAKAIAN DAN PENAMPILAN JEMPUTAN

Etika pakaian bagi jemputan yang hadir bersama graduan adalah seperti berikut:

Lelaki Perempuan

Pakaian Kebangsaan atau

Batik atau

Pakaian Formal

Pakaian Kebangsaan atau

Batik atau

Lain-lain pakaian sopan dan

bersesuaian dengan majlis

PAS MASUK DEWAN

Semua graduan akan dibekalkan dengan Pas Masuk Dewan semasa

pengambilan jubah graduan. Setiap Pas Masuk Dewan membenarkan dua (2)

orang untuk memasuki dewan.

Para graduan dinasihatkan untuk menyerahkan Pas Masuk Dewan kepada

jemputan masing-masing untuk membolehkan mereka dibenarkan memasuki

dewan.

Jemputan yang tidak menunjukkan Pas Masuk Dewan tidak akan dibenarkan

memasuki dewan.

Page 26: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

26

KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN

Kerjasama graduan, jemputan, ibu bapa dan penjaga adalah dipohon AGAR

TIDAK MEMBAWA kanak-kanak di bawah umur 12 tahun memasuki dewan

sepanjang majlis berlangsung.

TEMPAT LETAK KENDERAAN GRADUAN, IBU BAPA & JEMPUTAN

Semua kenderaan hendaklah diletak di tempat letak kenderaan yang telah

ditetapkan. Sila patuhi arahan daripada petugas/pengawal keselamatan ketika

memasuki kampus.

Hanya kenderaan yang mempamerkan Pas Kenderaan Graduan dibenarkan

untuk memasuki kampus pada hari majlis berlangsung. Pas Kenderaan Graduan

telah dihantar kepada graduan bersama surat jemputan konvokesyen.

Graduan dikehendaki untuk peka terhadap arahan lalu lintas dan Pengawal

Keselamatan untuk lokasi tempat letak kenderaan pada hari berkenaan.

Semua kenderaan graduan dan jemputan adalah tidak dibenarkan untuk

meletak kenderaan di tempat yang telah dikhaskan untuk VVIP, VIP, Petugas dan

staf PMU. Kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan akan

dikunci.

Page 27: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

27

Protokol Majlis

GRADUAN

Graduan hendaklah berkumpul di tempat yang telah ditetapkan untuk

sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa yang telah ditetapkan

(dimaklumkan semasa raptai).

Semua graduan hendaklah mematuhi etika pakaian dan penampilan yang telah

ditetapkan. Graduan yang tidak mematuhi etika pakaian dan penampilan akan

dihalang untuk naik ke pentas.

Graduan akan dibekalkan Kad Graduan semasa mengambil jubah. Graduan

diingatkan untuk memastikan Kad Graduan dibawa pada hari majlis

berlangsung dan diserahkan kepada petugas sebelum naik ke pentas.

JEMPUTAN, IBU BAPA DAN PENJAGA

Jemputan, ibu bapa dan penjaga hendaklah berada di dalam dewan lebih awal

sebelum majlis berlangsung dan mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan.

TELEFON BIMBIT / KAMERA

Graduan dan para jemputan, ibu bapa dan penjaga DITEGAH untuk

menggunakan telefon bimbit sepanjang majlis berlangsung. Jika telefon bimbit

perlu dihidupkan, pastikan ianya berada di dalam mod senyap bagi

menghormati majlis dan mengelakkan gangguan.

Penggunaan kamera adalah DITEGAH sepanjang majlis berlangsung di dalam

dewan. Politeknik Mukah telah menyediakan perkhidmatan mengambil gambar

rasmi oleh syarikat terpilih untuk mengambil gambar graduan di atas pentas

semasa mengambil sijil/diploma di atas pentas

Page 28: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

28

Protokol Majlis

PERGERAKAN DI DALAM DEWAN

Semua jemputan, ibu bapa dan penjaga hendaklah berada di tempat duduk

yang telah ditetapkan sepanjang majlis berlangsung. Jemputan, ibu bapa dan

penjaga dinasihatkan untuk tidak berjalan-jalan sepanjang majlis. Jika perlu

untuk ke tandas, sila keluar mengikut pintu yang telah ditetapkan atau

berhubung dengan petugas di dewan.

Page 29: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

29

Aturcara Majlis 28 JULAI 2018 (SABTU)

SIDANG/SESI 1

7.30 pagi Pendaftaran Graduan.

7.45 pagi Para tetamu dan ibubapa mengambil tempat di dalam dewan.

8.00 pagi Pergerakan masuk para graduan.

8.15 pagi Ketibaan tetamu kehormat dan jemputan.

8.30 pagi Ketibaan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej

Komuniti.

8.45 pagi Perarakan masuk Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik

& Kolej Komuniti ke dalam dewan.

Nyanyian lagu Negaraku.

Nyanyian lagu Ibu Pertiwiku.

Bacaan doa.

Ucapan aluan Pengarah Politeknik Mukah.

Ucapan perasmian Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan

Politeknik & Kolej Komuniti.

Upacara Penyampaian Diploma para graduan.

Persembahan koir.

Upacara Penyampaian Diploma para graduan (sambungan).

Penyampaian Anugerah Projek Terbaik Sesi Disember 2016.

Penyampaian Anugerah Khas Sesi Disember 2016

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan

Kokurikulum Sesi Disember 2016

Tayangan Video dan Penyampaian Anugerah Pengarah Sesi

Disember 2016

Perarakan keluar Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik

& Kolej Komuniti bersama tetamu kehormat dan jemputan.

Perarakan keluar para graduan.

10.30 pagi Majlis bersurai

Page 30: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

30

Aturcara Majlis 28 JULAI 2018 (SABTU)

SIDANG/SESI 2

11.15 pagi Pendaftaran Graduan

11.30 pagi Para tetamu dan ibubapa mengambil tempat di dalam dewan

11.45 pagi Pergerakan masuk para graduan

12.00 tghari Perarakan masuk Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik

& Kolej Komuniti ke dalam dewan.

Nyanyian lagu Negaraku

Nyanyian lagu Ibu Pertiwiku

Bacaan doa

Ucapan aluan Pengarah Politeknik Mukah.

Ucapan perasmian Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan

Politeknik & Kolej Komuniti.

Upacara Penyampaian Diploma para graduan.

Persembahan koir.

Upacara Penyampaian Diploma para graduan (sambungan).

Penyampaian Anugerah Projek Terbaik Sesi Jun 2017.

Penyampaian Anugerah Khas Sesi Jun 2017.

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan

Kokurikulum Sesi Jun 2017.

Tayangan Video dan Penyampaian Anugerah Pengarah Sesi Jun

2017.

Perarakan keluar Ketua Pegarah, Jabatan Pendidikan Politeknik &

Kolej Komuniti bersama tetamu kehormat dan jemputan.

Perarakan keluar para graduan.

1.45 petang Majlis bersurai

Page 31: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

31

Gambar Graduan

GAMBAR RASMI MAJLIS

Politeknik Mukah akan menyediakan perkhidmatan jurugambar rasmi untuk

mengambil gambar graduan semasa dianugerahkan sijil/diploma di atas pentas.

Yuran gambar graduan ini telah dimasukkan ke dalam Yuran Majlis.

Pihak syarikat yang dilantik akan menguruskan sepenuhnya urusan pengiriman

gambar. Sehubungan dengan itu, semua graduan dipohon untuk memastikan

butiran anda adalah tepat.

BANTUAN / MASALAH BERKENAAN GAMBAR RASMI GRADUAN

Jika para graduan mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan gambar

rasmi graduan, sila hubungi terus syarikat berkenaan (rujuk butiran syarikat pada

slip gambar). Sekiranya urusan gambar masih bermasalah, sila hubungi:

Cik Mazira Binti Ramli

Pegawai Multimedia

Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM)

Tel : 084-874001 Sambungan ke UIDM

E-mel : [email protected]

GAMBAR STUDIO PERSENDIRIAN

Pihak PMU adalah tidak bertanggungjawab atas urusan gambar studio

persendirian (dibayar sendiri oleh graduan, bukan melalui Yuran Majlis).

Sebarang masalah dengan urusan penerimaan gambar studio persendirian

adalah tanggungjawab syarikat berkenaan terus kepada graduan dan tidak

berkaitan dengan pihak PMU. Graduan dinasihati untuk mendapatkan maklumat

terperinci pihak syarikat gambar studio berkenaan.

Page 32: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

32

Tuntutan Diploma & Transkrip

Rasmi

Sijil/Diploma dan transkrip boleh dituntut melalui Unit Peperiksaan PMU sebaik

sahaja majlis konvokesyen selesai. Graduan boleh menuntut sijil/diploma dan

transkrip selepas pemulangan jubah konvokesyen.

Tarikh dan masa tuntutan sijil/diploma dan transkrip adalah seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 28 Julai 2018

Masa : Mulai jam 2:00 petang

Tempat : Unit Peperiksaan, PMU

Graduan perlu mengemukakan dokumen berikut semasa membuat tuntutan

sijil/diploma dan transkrip:

a) Borang Pengurusan Konvokesyen

b) Borang Kajian Kepuasan Graduan (diedarkan kepada graduan semasa

mengambil jubah)

Mohon kerjasama semua graduan untuk menyemak sijil/diploma dan transkrip

sebelum meninggalkan kaunter Unit Peperiksaan. Sebarang kesilapan dan

pembetulan hendaklah dimaklumkan terus kepada pegawai bertugas.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada Diploma/Transkrip,

pembetulan hendaklah dimaklumkan terus kepada Pegawai bertugas.

Page 33: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

33

Tuntutan Diploma & Transkrip

Rasmi

TUNTUTAN DIPLOMA DAN TRANSKRIP RASMI BAGI GRADUAN TIDAK

HADIR

Bagi graduan yang tidak menghadiri majlis, diploma dan transkrip hanya akan

diposkan kepada anda setelah pihak Unit Peperiksaan menerima dokumen

berikut:

a) Borang Pengesahan Tidak Hadir

b) Salinan slip pembayaran yuran (RHB Bank) (SALINAN ASAL)

c) Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG-TVET 2018)

Hanya dokumen yang lengkap sahaja akan diproses untuk pengiriman diploma

dan transkrip. Diploma dan transkrip akan dihantar kepada graduan

berdasarkan alamat pada Borang Pengesahan Tidak Hadir.

PMU tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan penerimaan atau

kehilangan diploma dan transkrip yang dipos. Sekiranya terdapat sebarang

masalah berkenaan diploma dan transkrip, sila hubungi:

UNIT PEPERIKSAAN PMU

Tel : 084-874001 (Sambungan Unit Peperiksaan)

Faks : 084-874005

Page 34: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

34

Majlis Makan Malam Pra Graduan

Persatuan Alumni Politeknik Mukah (PAPMU) akan mengadakan majlis Makan Malam

Pra Graduan seperti berikut:

Masa : Jumaat, 27 Julai 2018

Masa : 7.30 Petang

Tempat : Kingwood Resort Hotel

Pakaian : Glamourous

*Semua graduan adalah dijemput hadir.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Persatuan Alumni

Politeknik Mukah, graduan boleh berhubung terus dengan pegawai berikut:

Encik Mohd Azlan Bin Ab Aziz

Ketua Unit CISEC Politeknik

[email protected]

Puan Rozaida Binti Halil

Pegawai Alumni Politeknik

[email protected]

Tel : 084-874001 Faks : 084-874005

Page 35: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

35

Carta Alir

MULA

Semakan kelayakan

graduan/surat jemputan

Bayaran Yuran RM320 di

RHB BANK

Hadir? Bayaran Yuran RM170 di

RHB BANK

Jawab Kajian Pengesanan

Graduan KPM 2018

Pengesahan KEHADIRAN di

eKonvo

Pengesahan TIDAK HADIR

di eKonvo

Lengkapkan dan persediaan

dokumen

Hadir Raptai Majlis

(27 JULAI 2018)

Kirim dokumen yang

diperlukan

TAMAT

Tidak

Ya

Page 36: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

36

Carta Alir

28 JULAI 2018

(Sabtu)

27 JULAI 2018

(Jumaat)

MULA

Pendaftaran & Raptai

(Dewan Serbaguna PMU)

Graduan berkumpul di DSG

(28 Julai 2018)

Peminjaman Jubah

(Pusat Sumber)

Majlis Konvokesyen

berlangsung

Pemulangan jubah

(Pusat Sumber)

Tuntutan Sijil/Diploma dan

Transkrip (Unit Peperiksaan)

TAMAT Pastikan dokumen berikut

dikemukakan semasa mengambil

jubah:

a) Slip Kajian Pengesanan Graduan

KPM 2018

b) Slip Yuran Konvokesyen (RHB

BANK) (Salinan Asal)

Majlis Makan Malam

PAPMU

Page 37: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

37

Kemudahan Penginapan Di Mukah

Graduan dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan penginapan

masingmasing bagi menghadiri majlis. PMU adalah tidak bertanggungjawab

terhadap urusan perjalanan, penginapan, pengangkutan dan makanan bagi

graduan dan jemputan. Graduan adalah bertanggungjawab untuk membiayai

kos yang diperlukan untuk menghadiri majlis.

Bagi memudahkan para graduan membuat tempahan penginapan, berikut

disenaraikan beberapa nombor telefon hotel dan penginapan di Mukah.

Nama

Hotel/Penginapan

Telefon Nama

Hotel/Penginapan

Telefon

Dabai Inn PMU 084-

874001

Mukah Inn 084-

874277

Kingwood Resort

Mukah

084-

873888

Qintai Inn 084-

872873

Kingwood Hotel Mukah 084-

874811

Highway Inn 084-

874168

King Inn Hotel 084-

871403

Golden Inn 084-

874188

Hotel Sarina 084-

872655

Hotel Li Hua Mukah 084-

874888

Mandarin Inn 084-

874688

Pantai Harmoni Resort 084-

872566

Hotel Seri Umpang 084-

872415

Weiming Hotel 084-

872278

Royal Inn 084-

874333

Li Hua Hotel 084-

874888

Petanak Beach

Homestay

012-2523448

Page 38: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

38

Pertanyaan & Informasi

Sekiranya bakal graduan memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang

pertanyaan, sila hubungi talian berikut:

Tel : 084-874001

Faks : 084-874005

Pertanyaan Am berkenaan Majlis

Konvokesyen

Encik Esstree bin Ishak

[email protected]

Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan

Pelajar

Pertanyaan kelayakan bergraduat,

diploma dan transkrip

Encik Amir Haziq Loh Bojeng

[email protected]

Unit Peperiksaan

Pertanyaan berkenaan Persatuan

Alumni Politeknik Mukah

Encik Mohd Azlan Bin Ab Aziz

[email protected]

Ketua Unit CISEC Politeknik

Puan Rozaida Binti Halil

[email protected]

Pegawai Alumni Politeknik

Pertanyaan Kajian Pengesanan

Graduan 2018

Puan Rohaliza binti Karim

[email protected]

Unit CISEC Politeknik

Pertanyaan urusan gambar rasmi

graduan

Cik Mazira binti Ramli

[email protected]

UiDM

Graduan juga boleh berhubung terus melalui laman social Facebook (Mesej):

facebook.com/politeknikmukah

Panduan ini diterbitkan oleh Jawatankuasa Urusetia Graduan (JHEPP 2018).

Editor : Encik Hazatta bin Morshidi & Encik Esstree Bin Ishak

PENAFIAN: Semua maklumat yang terkandung di dalam panduan ini adalah betul semasa

diterbitkan. Pihak PMU berhak meminda sebarang maklumat yang terdapat di dalam panduan

ini tanpa sebarang notis. PMU adalah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau

kerugian yang diakibarkan oleh penggunaan maklumat di dalam panduan ini.

Page 39: BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 … · BUKU PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH 3 Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma

BUKU PANDUAN GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 2018 POLITEKNIK MUKAH

39

Tahniah Graduan 2018

Jawatankuasa Urusetia Graduan, Jabatan Hal

Ehwal & Pembangunan Pelajar mengucapkan

SYABAS DAN TAHNIAH

di atas kejayaan para graduan yang berjaya

menamatkan pengajian dan menerima

penganugerahan DIPLOMA

pada

Majlis Konvokesyen Ke-11 Politeknik

Mukah.

Semoga anda terus berjaya dan cemerlang di

dalam apa jua bidang yang diceburi!