Upload
mohd-rosdi-mohd-zain
View
267
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
SEMBOYAN TETAP
Citation preview
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
CSEKSYEN ‘C’
SEMBOYAN TETAP 1. PRINSIP
1.1 Semboyan-semboyan yang diperihalkan di dalam aturan ini hendaklah digunakan untuk mengawal pergerakan tren-tren di dalam semua hal kecuali sebagaimana yang dibenarkan di dalam Panduan Kerja Am atau arahan-arahan khas yang diluluskan.
1.2 Aspek/Indikasi bagi setiap semboyan mestilah dipatuhi oleh
Pemandu tren atau pergerakan ke arahnya yang ianya dipakai.
1.3 Semua kakitangan yang terlibat dengan pergerakan tren-tren mestilah mahir dengan tugas-tugas Pemandu di dalam seksyen ini.
1.4 Kakitangan yang mengawal sesuatu pergerakan melalui semboyan
tangan atau lain-lain cara, mestilah mematuhi aspek/indikasi bagi setiap semboyan yang berkaitan dengan pergerakan tersebut.
2. PERIHALAN SEMBOYAN
2.1 Definisi
(i) Semboyan Tetap: berbentuk bilah, lampurona dan semboyan lampu kedudukan berubah. Semboyan mengawal pergerakan tren-tren, mencegah pergerakan bercanggah dan bila perlu, mempamerkan sesuatu indikasi laluan.
(ii) Semboyan Bilah: menunjukkan berhenti, maju atau aspek amaran -
pada waktu siang melalui kedudukan bilah semboyan dan pada waktu gelap melalui lampu merah, hijau, kuning dan putih. Butir-butir penuh bagi berbagai jenis semboyan bilah ada diperuntukkan di dalam Seksyen ‘C’ Bahagian 4.
(iii) Semboyan lampurona: diberi dengan indikasi hijau, kuning atau
merah melalui pameran lampu pada waktu malam dan siang.
(iv) Semboyan Lampu Kedudukan Berubah (lihat Fasal 3.2): mempamerkan satu aspek maju melalui dua lampu yang dipamerkan pada satu sudut 45 darjah dan menunjukkan satu aspek berhenti melalui lampu-lampu yang dipamerkan mendatar. Apabila sesuatu semboyan lampu kedudukan berubah ditempatkan di bawah sesuatu semboyan henti dan lampu-lampu tidak dipamerkan, aspek semboyan henti mestilah dipatuhi.
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
2.2 Semboyan Lampurona Ianya mengandungi:
- Semboyan Jauh: Semboyan yang mempamerkan aspek kuning atau hijau sahaja. (Lihat Rajah 4C(ii)).
- Semboyan Jauh Tetap: Satu semboyan lampurona yang
mempamerkan satu aspek kuning tetap. (Lihat Rajah 5C).
- Semboyan Henti: Semboyan yang boleh mempamerkan satu aspek merah (ia mungkin mempamerkan juga hijau dan kuning).
- Semboyan Lampu Kedudukan Berubah: Semboyan yang
boleh mempamerkan satu kombinasi aspek putih sahaja. (Lihat Fasal 3.2 dan Rajah 6C).
2.3 Semboyan Bilah (Lihat Rajah 14C ke 24C)
Ini mengandungi: - Semboyan Amaran. - Semboyan Henti. - Semboyan Bantuan. - Semboyan Tambahan.
2.4 Semboyan yang Dikawal
Semboyan-semboyan ini dikendalikan dari satu panel semboyan atau rak bumi dan boleh dikenalpasti melalui satu plat yang menunjukkan nombor semboyan di tiang semboyan.
2.5 Semboyan Automatik
Semboyan ini dikendalikan melalui laluan tren-tren. Ia dikenalpasti melalui satu plat empat segi putih dengan satu jalur hitam mendatar di tiang semboyan (Lihat Rajah1C).
2.6 Semboyan Separa Automatik
Semboyan ini dikendalikan melalui laluan tren-tren tetapi boleh juga dikendalikan melalui satu panel semboyan. Ia dikenalpasti melalui satu plat putih dengan separuh jalur hitam mendatar di tiang semboyan. Nombor semboyan mungkin ditunjukkan di atas plat itu. (Lihat Rajah 1C).
Plat putih dicat dengan satu jalur hitam mendatar panjangsepenuhnya. Plat yang menunjukkan nombor semboyanditunjukkan di atas plat yang berasingan dipasang di bawahnya.
Plat putih mempunyai separuh jalur hitam mendatar.Automatik
Separa Automatik
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
2.7 Semboyan Bantuan Semboyan Bantuan yang digunakan ada dua jenis:
(a) Semboyan Lambai lampurona ditempatkan di bawah aspek utama sesuatu semboyan lampurona. Bila mempamerkan satu huruf ‘C’ putih ia membenarkan seseorang Pemandu bergerak perlahanlahan sejauh mana landasan itu bebas. Fasal 3.3 dan Rajah 7C Seksyen ‘C’ aturan ini ada memperuntukkan butir-butirnya.
(b) Semboyan Lansir ke Hadapan jenis Bilah diletakkan di
bawah bilah semboyan utama. Ia berbentuk satu bilah kecil warna merah. Bila dibebaskan semboyan ini membenarkan pergerakan terhad untuk tujuan lansiran sahaja. Fasal 4.3 dan Rajah 18C ada memperuntukkan butirannya.
2.8 Papan Jauh (Lihat Rajah 16c) Pindaan NO4/04 (21/11/2004 -2926)
Papan Jauh diperuntukkan di landasan tunggal di tempat-tempat dimana tiada terdapat Semboyan Jauh. Ia menunjukkan kapada pemandu bahawa dihadapannya terdapat Semboyan stesen dan beliau mestilah berjaga-jaga dalam mematuhi semboyan itu bagi mengelakkan kelewatan yang tidak sepatutnya.
2.9 Semboyan Tambahan Semboyan Tambahan digunakan di mana, oleh sebab ketinggian sesuatu tiang semboyan, jejambat atau halangan, aspek sesuatu semboyan bilah atau semboyan lampurona tidak dapat dilihat dengan jelas atau jarak penglihatan arah mendatang terhad. Semboyan tambahan ada dua jenis, iaitu Semboyan Setindak dan Semboyan Pengajuk:
(i) Semboyan Setindak biasanya jenis mekanikal dan
ditempatkan di atas tiang yang sama dengan semboyan yang ianya bersetindak dan mempunyai ukuran dan jenis yang sama. Dalam hal-hal yang khusus sahaja ia mungkin ditempatkan di sebelah yang bertentangan landasan tetapi selari dengan semboyan yang ianya bersetindak dan disambungkan dengan sedemikian rupa supaya kedua-dua semboyan berfungsi bersama.
(ii) Sesuatu Semboyan Pengajuk biasanya dari jenis kendalian
elektrik dan berbentuk satu cakera dengan satu jalur hitam bergerak di atas latar belakang putih yang bercahaya. Ianya
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
2.10 Semboyan Get Lintasan Rata
(i) Semboyan Get ditempatkan di suatu jarak yang cukup dari get pada kedua-dua arah dan tidak boleh dibebaskan melainkan get ditutup dan dikunci bertentangan dengan trafik jalanraya.
(ii) Bila dalam kedudukan “OFF”, Semboyan Get menunjukkan
bahawa landasan berkenaan adalah bebas untuk tren meneruskan perjalanan melalui lintasan tersebut.
Nota : Aturan ini juga dipakai kepada semboyan-semboyan yang mengawal laluan melalui sesuatu jambatan, bila mana diperuntukkan.
3. TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN LAMPURONA
3.1 Aspek Utama
3.1.1 Maksud aspek utama adalah seperti berikut:
SEMBOYAN LAMPURONA - SISTEM TIGA ASPEK
ASPEK BAHAYA ASPEK MAJU:AWAS
BEBAS
Lampu MerahLampu Kuning
Lampu Hijau
Berhenti Bersedia untuk berhentidi semboyan berikutnyaatau tempat lain yangditetapkan.
Semboyan berikutnyamempamerkan aspekmaju(hijau atau kuning)*
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
SEMBOYAN LAMPURONA - SISTEM DUA ASPEKASPEK BAHAYA
Lampu Merah
ASPEK MAJU
Lampu Hijau
Berhenti
Bersedia untuk berhenti disemboyan berikutnya atautempat lain yang ditetapkan.
AWASLampu Kuning
BEBASLampu Hijau
BEBAS
Lampu Hijau
Bersedia untuk berhenti disemboyan yang berikutnya
AWAS
Lampu KuningBersedia untuk berhenti disemboyan yang berikutnya
Semboyan henti yangberikutnya mempamerkanaspek maju.(hijau atau kuning)*
SEMBOYAN LAMPURONA - SEMBOYAN JAUHDI DALAM KAWASAN SISTEM TIGA ASPEK
Semboyan henti berikutnya dan semuasemboyan henti di hadapan bagi landasanutama melalui stesen yang mana semboyanitu berkaitan adalah bebas. Bahagian Blokdi hadapan adalah juga bebas.
SEMBOYAN LAMPURONA - SEMBOYAN JAUH APABILA DIGUNAKAN BERSAMA DENGANSISTEM DUA ASPEK ATAU APABILA DIGUNAKAN DI DALAM KAWASAN SEMBOYAN BILAH
SEMBOYAN JAUH TETAPON-Lampu KUNING
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C3.2 Aspek Lampu Kedudukan Berubah
Maksud bagi aspek lampu kedudukan berubah adalah seperti:
Dua lampu putih dipamerkan mendatar
ATAU
ATAU
Tiada aspek (bila mana disatukandengan aspek utama)
ASPEK BAHAYA
MAJU
BERHENTI
Dua lampu putih pada sudut 45 darjah
Patuhi aspek utama
satu lampu kecil kuning (bila mana disatukandengan aspek utama dan mengawalpergerakan ke dalam landasan gelungatau sisian.
Landasan di hadapan mungkin disekat.
Bergerak perlahan-lahan ke arah semboyan henti berikutnya(atau penampan henti jika tiada semboyan di hadapan)Bersedia untuk berhenti dekat mana-mana halangan.Aspek berhenti yang disatukan (bila mana diperuntukkan)mungkin boleh dilintasi pada kedudukan Bahaya.*
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
3.3 Semboyan Lambai
3.3.1 Semboyan Lambai digunakan di stesen-stesen berkuncikait penuh. Semboyan jenis lampurona dipasang pada tiang yang sama dan di bawah semboyan henti.
3.3.2 Semboyan Lambai dalam kedudukan 'OFF' membenarkan
Pemandu maju dengan perlahan-lahan sejauhmana landasan di hadapan itu bebas dan menunjukkan bahawa landasan arah ke semboyan henti yang berikutnya (atau penampan henti bila mana tiada semboyan di hadapan) adalah disekat atau dihalang.
3.3.3 Semboyan Lambai tidak akan mempamerkan lampu bila
dalam kedudukan 'ON' dan huruf 'C' di bawah aspek 'MERAH' bila dalam kedudukan 'OFF'.
C
Kedudukan ON(BAHAYA)
Kedudukan OFF
INDIKASI
INDIKASINOMBOR
INDIKASINOMBOR INDIKASI
NOMBOR
HURUF
INDIKASIHURUF
HURUF&
INDIKASINOMBOR HURUF&
(BEBAS)
3.3.4 Semboyan Lambai tidak boleh diletakkan dalam kedudukan
'OFF' sehinggalah tren berkenaan telah diberhentikan di semboyan tersebut.
3.4 Indikasi-indikasi Laluan
3.4.1 Sesuatu indikasi laluan mungkin diberi melalui:
(a) satu penunjuk simpang dan/atau
(b) nombor-nombor atau huruf-huruf yang dipamerkan di dalam satu rangka yang dipasang ke tiang semboyan atau semboyan (Lihat Rajah 8C) atau
(c) mengimbal-balas semboyan sebelah kiri atau kanan
tiang utama (Lihat Rajah 9C).
K
G1
4
4D L2
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
CSEMBOYAN LAMPURONA - DENGAN INDIKASI LALUAN
MELALUI IMBAS-BALAS ASPEK SEMBOYAN
Untuk laluan ke sebelahkanan laluan utama
Untuk laluan ke sebelahkiri laluan utama
Untuk laluan ke sebelahkanan dan kiri laluan utama
Rajah 9C
Rajah 10C
3.4.2 Penunjuk simpang mempamerkan satu deretan lampu putih
biasanya di atas semboyan berkenaan apabila aspek maju dipamerkan. TIADA indikasi laluan diberi untuk pergerakan melalui laluan lurus. Indikasi-indikasi 1, 2 dan 3 adalah untuk laluan ke sebelah kiri laluan lurus seterusnya dan indikasi-indikasi 4, 5 dan 6 untuk laluan-laluan seterusnya ke sebelah kanan.
Penunjuk-penunjuk simpang mungkin diperuntukkan untuk laluan-laluan ke sebelah kiri atau kanan bagi laluan yang paling laju di mana ianya merupakan satu laluan persimpangan. Di mana terdapat laluan-laluan yang mempunyai kelajuan yang sama dan tiada sesuatu pun yang boleh dikenalpasti sebagai laluan lurus, satu penunjuk simpang mungkin diperuntukkan untuk tiap-tiap laluan (Lihat Rajah 10C).
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C3.5 Semboyan lampurona yang tidak digunakan.
(a) Apabila sesuatu semboyan lampurona tidak digunakan,
aspek semboyan tersebut mestilah dihapuskan. Papan berpalang putih berkilau mestilah dipasang pada arah mendatang semboyan berkenaan. Setiap papan berpalang hendaklah berukuran tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm lebar. Lihat rajah 11 C(i).
(b) Jika aspek semboyan lampurona itu tidak boleh dihapuskan
satu penutup hitam mestilah digunakan untuk menghapuskan aspek-aspek tersebut dan sebagai tambahan papan berpalang putih berkilau mestilah dipasang di atas penutup tersebut. Tiap-tiap palang mestilah berukuran tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm tebal. Lihat Rajah 11 C (ii).
1meter
10cm
3.6 Semboyan-Semboyan Pelepas Auto Blok Geganti (A.B.G.) -
(a) Semboyan Pelepas yang diperuntukkan di sesebuah Stesen
A.B.G. adalah jenis lampurona yang boleh mempamerkan: (i) Aspek Merah yang menunjukkan bahawa Bahagian
Blok yang di hadapan disekat dan semboyan yang berkenaan tidak boleh dilintasi, atau
(ii) Satu aspek Hijau yang menunjukkan bahawa
bahagian di hadapan adalah bebas dan semboyan berkenaan boleh dilintasi.
(iii) Satu tanda huruf 'E' yang bila memancar
menunjukkan "BERHENTI DAN PERIKSA" (Lihat Rajah 12C). Tanda 'E' tidak akan diperuntukkan untuk Semboyan Pelepas di stesen terminal dalam kawasan A.B.G.
(b) Di stesen-stesen di mana penerimaan sesebuah tren
dikawal seterusnya oleh beberapa semboyan, tanda 'E' mungkin diperuntukkan di semboyan yang bukan terdiri dari semboyan Pelepas atau di atas tiangnya sendiri yang berasingan untuk membolehkan memberi satu indikasi yang lebih efektif kepada Pemandu.
E
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
(c) Tanda 'E' akan memancar setiap kali sesebuah tren:
(i) gagal membebaskan keseluruhan Bahagian Blok berkenaan atau
(ii) telah membebaskan keseluruhan Bahagian Blok
tetapi gagal mengendalikan radas A.B.G. dan memberi jalan bebas kepada tren lain.
(d) Tanda 'E' akan juga memancar apabila terdapat sesuatu
kerosakan kepada Semboyan Pelepas.
3.7 Semboyan Separa-Automatik
(a) Beberapa Semboyan Pelepas dalam kawasan A.B.G. mungkin terdiri dari jenis spara-automatik iaitu ianya akan dikendalikan secara manual dari butang-butang tekan pada panel A.B.G. bila stesen di "Switch-In" dan secara automatik melalui laluan tren-tren bila stesen di "Through Switch". Semboyan-semboyan ini dibezakan melalui satu tanda seperti yang ditunjuk di dalam Rajah 13C yang dipasang ke tiang semboyan.
(b) Walau pun cara membebaskan semboyan pelepas
seumpama itu berbeza di dalam mana-mana hal, aspeknya mestilah dipatuhi sepenuhnya oleh Pemandu dan, kecuali seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 'J' Fasal 10.2.3(g) Panduan Kerja Am dan Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 4, Fasal 8.3, 11.1, 16.2 dan 21.7.1 yang meliputi aturan-aturan kecemasan, ianya tidak boleh dilintasi pada kedudukan Bahaya.
4. TUGAS PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN-SEMBOYAN
BILAH
4.1 Semboyan Henti
4.1.1 Semboyan henti terdiri dari satu bilah merah berbentuk empat segi memanjang dengan satu jalur putih menegak. Pada sebelah belakang semboyan berwarna putih dengan satu jalur hitam menegak.
4.1.2 Maksud kedudukan Semboyan henti adalah seperti berikut :
BAHAYA(ON) BEBAS(OFF)
Bilah Mendatar Bilah Didongakatau Ditunduk45 ke 60 darjah
Maju
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
4.2 Semboyan Amaran
4.2.1 Semboyan Amaran mengandungi satu bilah kuning dengan hujungnya berekor ikan dan berjalur hitam. Pada sebelah belakang semboyan berwarna putih berjalur hitam.
4.2.2 Maksud kedudukan Semboyan Amaran adalah seperti
berikut:
AMARAN BEBASBilah Mendatar Bilah Didongak
atau Ditunduk45 ke 60 darjah
Lampu KUNING
Lampu HIJAU
Bersedia untuk berhenti di semboyanhenti berikutnya atau di tempat lainyang ditetapkan yang ke arahnyaSemboyan Amaran itu dipakai.
Bahawa semua semboyan hentiyang dikendalikan dari panelsemboyan yang sama adalahbebas dan Bahagian Blok dihadapan adalah bebas.
4.2.3 Semboyan Amaran ditempatkan di bawah bilah Semboyan
Luar yang dipakai untuk landasan yang sama atau diletakkan di suatu tiang yang berasingan.
4.2.4 Bila mana satu Semboyan Amaran sahaja diperuntukkan
untuk sesuatu simpang bercapah, ianya dipakai juga kepada semua tren yang menghampirinya.
Pindaan NO 5/04 (21/11/04 – 2926)
4.2.5 Papan Jauh: Bila mana papan-papan jauh diperuntukkan, Pemandu mestilah semasa melintasi papan tanda tersebut berhati-hati untuk membolehkannya meneruskan perjalanan tampa kelewatan apabila semboyan stesen didapati bebas atau berhenti di semboyan stesen jika semboyan itu dalam kedudukan bahaya.
4.2.6 Papan tanda tiga warna: Semboyan Jauh yang ditempatkan
di stesen-stesen di mana semboyan pelbagai aspek digunakan, dibezakan melalui satu papan tanda berwarna hijau, kuning dan merah seperti aspek di bawah:
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
4.3 Semboyan Bantuan Lansir ke Hadapan
4.3.1 Semboyan Bantuan Lansir ke Hadapan (bila mana diperuntukkan) ditempatkan di bawah Semboyan Pelepas yang mengawal masuk ke Bahagian Blok dan mengandungi satu bilah kecil berwarna merah.
4.3.2 Maksud Semboyan Bantuan Lansir ke hadapan adalah
seperti berikut:
Kedudukan Biasa Kedudukan Maju
Bilah Mendatar Bilah didongak atauditunduk 45 ke 60 darjah
Lampu MerahatauTiada Lampu
Patuhi Semboyan UtamaSemboyan Utama boleh dilintasi padakedudukan Bahaya seperti berikutLANSIR KE HADAPANPergerakan terhad untuk tujuanlansiran sahaja.
Lampu Putih
4.4 Semboyan Lansir Bilah
4.4.1 Semboyan Lansir biasanya dalam bentuk bilah semboyan
kecil.
4.4.2 Maksud kedudukan sesuatu Semboyan Lansir adalah seperti berikut:
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
4.4.3 Semboyan henti yang mengawal pergerakan ke dalam landasan gelong barang-barang atau sisian/yad mungkin terdiri dari satu bilah pendek, atau satu Semboyan Lansir (yang dikenal pasti melalui satu cakera di atas bilah semboyan). Maksud indikasi maju adalah seperti berikut:
ASPEK BIASA ASPEK MAJU
Bilah mendatarBilah didongak atauditunduk 45 ke 60 darjah
Lampu Merah Lampu Hijauh
Berhenti ataupatuhi semboyan utamah Bergerak ke arah landasan gelung,
yad atau sisian atau lain- ainlandasan
4.5 Penunjuk Laluan jenis bilah Sesuatu indikasi laluan mungkin diberi melalui salah satu daripada berikut:
(a) Kedudukan dan tingkatan bilah semboyan henti adalah
seperti berikut:
Semboyan 1 adalah untuk laluan lurus. Semboyan 2 dan 3 adalah untuk laluan-laluan seterusnya ke sebelah kiri laluan lurus. Laluan-laluan ke sebelah kanan laluan lurus adalah ditunjukkan serupa dengan semboyan-semboyan yang ditempatkan pada sebelah kanan Semboyan 1. Lihat rajah 21C.
1 1
2 2
3 3
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
(b) Menempatkan semboyan henti (atau Semboyan Lansir) menegak di atas satu sama lain dan dalam hal yang demikian semboyan henti adalah dipakai untuk landasan ke sebelah kiri sekali, yang kedua ke landasan berikutnya mengikut dari sebelah kiri. Lihat rajah 22C.
(c) Satu sahaja semboyan diperuntukkan dan mempamerkan,
bila semboyan dibebaskan, nombor atau huruf di sebelah semboyan yang berkenaan. Lihat rajah 23C.
3 3M M
L2 L2
INDIKASINOMBOR
INDIKASIHURUF
INDIKASINOMBOR HURUF&
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
4.7 Semboyan bilah yang tidak dipakai
Apabila sesuatu semboyan bilah tidak digunakan, bilah semboyan tersebut mestilah dikekalkan di dalam kedudukan “ON”. Papan bersilang putih berkilau mestilah dipasang pada sebelah mendatang bilah semboyan tersebut. Tiap-tiap palang mestilah tidak kurang dari 1 meter panjang dan 10 cm lebar. Lihat rajah 24C
1, 2, 3 - Platform No. 1, Platform No. 2 dan seterusnya. L - Landasan gelung. L1, L2 - Landasan gelung No. 1, Landasan gelung No. 2 dan seterusnya. M - Landasan Utama. M1, M2- Landasan Utama No. 1, Landasan Utama No. 2 dan seterusnya. B - Cawangan. B1, B2 - Cawangan No. 1, Cawangan No. 2 dan seterusnya. S - Sisian. S1, S2 - Sisian No. 1, Sisian No. 2 dan seterusnya. K - Bengkel Lokomotif. Y - Yad Atur. N - Shunting Neck. N1, N2 - Shunting Neck No. 1, Shunting Neck No. 2 dan seterusnya. D - Landasan Turun. U - Landasan Naik. G - Landasan Barang-Barang. G1, G2 - Landasan Barang-Barang No. 1, No. 2 dan seterusnya.
4.6 Di mana sesuatu indikasi diberi melalui nombor dan/atau huruf yang dipamerkan adalah mengikut maksud yang berikut:
4.8 Di Stesen Penuh Kuncikait yg diperuntukkan dgn Semboyan Jauh, SemboyanLuar dinamakan Semboyan Rumah Luar. Jika diperuntukkan dengan Semboyan Rumah yg didahului oleh Semboyan Rumah Luar, Ianya dinamakan Semboyan Rumah Dalam.
Per. 4.8 ditambah No 1/04 (14.82004-2919)
5. TUGAS PEMANDU-PEMANDU - MEMATUHI SEMBOYAN
PENGAJUK DAN LAIN-LAIN PENUNJUK
5.1 Semboyan Pengajuk Sepanduk
5.1.1 Semboyan Pengajuk Sepanduk mengandungi satu bilah kecil hitam berkilau atau bentuk yang serupa berkilau yang dipamerkan (hujung empat segi untuk Semboyan henti dan hujung berbentuk ekor ikan untuk Semboyan Amaran) di dalam satu rangka. Ianya ditempatkan pada arah mendatang ke semboyan yang kepadanya ianya dipakai.
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
5.1.2 Maksud kedudukan Semboyan Pengajuk Sepanduk adalah
seperti berikut:
ON Bilah mendatar atau lampu dipamerBersedia untuk berhenti di semboyan yang kepadanya dipakaiatau bergerak bdengan brwaspada jika ianya Semboyan Amaran
OFF Bilah atau lampu dipamer pada sudut 45 ke 60 darjahSemboyan yang kepadanya dipakai mempamerkan aspek maju
5.2 Papan Had Lansir
5.2.1 Papan Had Lansir dipasang pada suatu jarak yang cukup
daripada poin mengadap yang paling luar bagi stesen untuk menandakan had yang paling jauh yang ke arahnya lansiran itu boleh dilaksanakan bila halangan kepada landasan di luar Semboyan Rumah dalam arah tren yang mendatang dibenarkan di bawah Fasal 7, Seksyen D dalam Buku Aturan. Ianya berbentuk satu papan tanda empat segi bujur dengan huruf hitam di atas latar belakang kuning dan bertulis dengan perkataan "HAD LANSIR" pada sebelah menghala ke stesen. Perkataan berukuran 150mm tinggi dan 100mm lebar.
5.2.2 Pemandu mestilah memastikan bahawa tidak ada bahagian
trennya yang melepasi Papan Had Lansir melainkan dibenarkan oleh Pengurus Stesen.
5.2.3 Pengurus Stesen mestilah mematuhi Seksyen 'D' Buku
Aturan ini dan Arahan di dalam Perintah Kerja Stesen sebelum memberi kebenaran untuk sesebuah tren melepasi Papan Had Lansir.
PAPANHAD
LANSIR
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C5.3 Papan Tanda Berhenti
5.3.1 Papan Tanda Berhenti adalah satu papan yang
menunjukkan perkataan "BERHENTI". Ia mungkin dari jenis berkilau. Papan Tanda Berhenti mungkin juga menunjukkan lain-lain arahan.
5.3.2 Pemandu mestilah memberhentikan trennya di Papan Tanda
Berhenti dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kecuali seperti mengikut arahan-arahan yang dipamerkan atau atas kebenaran dari kakitangan yang berkuasa.
BERHENTI DAN
TUNGGUSEMBOYAN
TANGAN
5.4 Penunjuk-Penunjuk 5.4.1 Penunjuk Masuk:
Diperuntukkan kepada stesen-stesen tanpa kuncikait untuk penerimaan masuk tren-tren. Bilah yang di atas adalah untuk arah naik dan bilah yang di bawah adalah untuk arah turun. Pada permukaan hadapan dicat dengan hitam dan berjalur putih dan di sebelah belakang dicat hitam. Pada waktu malam, apabila “ON” satu lampu putih dipamerkan dan bila 'OFF' satu lampu hijau.
5.4.2 Penunjuk Poin Membelakang mekanikal : diperuntukkan
di stesen-stesen berkunci kait penuh di landasan tunggal. Ianya dalam bentuk dua bilah kecil. Bila salah satu daripadanya ditundukkan ke 45 darjah ia menunjukkan bahawa poin-poin membelakang adalah diset untuk pelepasan atau laluan sesebuah tren di atas landasan yang berkenaan. Pada waktu gelap, indikasi-indikasi adalah diberi melalui lampu hijau atau merah.
5.4.3 Penunjuk Poin Tinggi:
Penunjuk Poin Tinggi digunakan di beberapa "Stesen Penunjuk Poin Tinggi". Penunjuk-penunjuk tersebut dipasang di kedua-dua hujung stesen berkenaan berhampiran dengan poin mengadap yang paling luar. Arah bilah penunjuk yang condong ke 45 darjah menunjukkan kepada Pemandu landasan yang trennya akan diterima masuk.
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
5.4.4 Diperuntukkan di stn Separa Kuncikait dan dipsg bersebelahan dgn poin ibu/gelong. Mempunyai indikasi lampu kuninng dikedua –dua permukaan . Indikasi lampu kuning dlm kedudukkan 45 darjah menunjukkan kepada pemandu bhw poin telah diset ke landasan berkaitan.
Perkara 9048(2919 – 15.8.2004)
6. TUGAS PEMANDU - ARAHAN-ARAHAN AM BERKENAAN DENGAN MEMATUHI SEMBOYAN-SEMBOYAN
6.1 Mematuhi Semboyan-Semboyan
6.1.1 Pemandu mestilah sentiasa berjaga-jaga dan waspada serta
mematuhi tiap-tiap semboyan yang berkaitan dengan trennya sama ada sebab semboyan itu dipamerkan diketahuinya atau pun tidak. Beliau mestilah juga patuh kepada mana-mana semboyan lain yang mungkin dipamerkan dalam masa kecemasan.
6.1.2 Bila mana sesuatu semboyan yang dimaksudkan kepada
lebih dari sebuah tren dibebaskan, Pemandu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan sehinggalah diarah oleh Pengurus Stesen berkenaan bahawa semboyan tersebut adalah dimaksudkan kepada trennya.
6.1.3 Bila tren berhenti di hadapan semboyan yang mempamerkan aspek maju, beliau mestilah, sebelum menggerakkan semula trennya, memerhatikan sekali lagi semboyan tersebut. Jika tidak boleh meneruskan perjalanan, beliau mestilah memberitahu Operasi PKT atau Pengurus Stesen dengan serta merta akan sebabnya.
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
6.1.4 Bila tren melintasi sesuatu semboyan yang mempamerkan
aspek maju tetapi berhenti dengan sebahagian dari trennya berada di belakang semboyan itu, Pemandu berkenaan bolehlah, apabila tren tersebut sudah bersedia untuk bergerak semula, meneruskan perjalanannya mengikut aspek yang dipamerkan sebelumnya melainkan beliau diberi arahan lain.
6.1.5 Jika Pemandu tersebut mendapati sesuatu semboyan
simpang telah dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tak dijadualkan, beliau mestilah berhenti di semboyan tersebut jika didapati selamat dan praktikal dan maklumkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen. Beliau mestilah juga meneruskan perjalanan melalui laluan yang dijadualkan jika beliau diarahkan untuk berbuat demikian.
6.1.6 Jika tren tersebut diberhentikan atau hampir diberhentikan
sebelum Semboyan Rumah atau Semboyan Rumah Luar dibebaskan, selain dari semboyan bahagian atau semboyan lampurona yang boleh mempamerkan aspek kuning, Pemandu mestilah faham bahawa Semboyan henti berikutnya mungkin berkeadaan Bahaya atau beliau dikehendaki berhenti di stesen tersebut.
6.1.7 Jika tren tersebut dengan tidak sengaja melintasi sesuatu
semboyan Bahaya, Pemandu mestilah memberhentikan trennya dengan serta merta. Beliau mestilah bertindak mengikut Aturan-Aturan berkenaan dan tidak boleh meneruskan perjalanannya sehingga dibenarkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen.
6.2 Mematuhi semboyan-semboyan semasa operasi lansiran
6.2.1 Bila menjalankan kerja-kerja lansiran di stesen-stesen,
Pemandu mestilah mematuhi semboyan-semboyan yang mengawal pergerakan tersebut. Bila mana semboyan-semboyan untuk operasi lansiran tidak diperuntukkan Pemandu mestilah menjalankan kerja di bawah arahan Pengurus Stesen dan mestilah mematuhi semboyan-semboyan tangan yang diberi oleh Pengurus Stesen, Gad atau lain-lain kakitangan yang dibenarkan untuk menjalankan operasi lansiran.
6.2.2 Bagaimana pun bila sebahagian tren berkenaan berada di
hadapan, semboyan yang mengawal dalam arah yang
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
6.2.3 Jika Pemandu tersebut tidak dapat melihat semboyan
berkenaan beliau mestilah jika perlu dapatkan kepastian daripada Gad atau Pelansir bahawa semboyan tersebut telah dibebaskan. Bila mana semboyan tersebut tidak boleh dibebaskan disebabkan litar landasan disekat dan tren tidak boleh digerakkan supaya ianya berada sepenuhnya di belakang semboyan berkenaan, Pemandu mestilah mendapatkan sendiri kebenaran dari Operator PKT atau Pengurus Stesen sebelum bergerak ke arah hadapan.
6.3 Pergerakan di atas kebenaran sspek lampu Semboyan Lansir
Kehadapan - Kedudukan Lampu Berubah atau Semboyan Lansir.
6.3.1 Tren penumpang tidak boleh meneruskan perjalanan atas kebenaran aspek Lampu Kedudukan Berubah (melainkan memasuki landasan permissive platform) atau Semboyan Lansir ke hadapan atau Semboyan Lansir kecuali apabila Pemandu diberi kebenaran khas untuk berbuat demikian oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen atau lain-lain kakitangan yang bertindak atas arahan Operator PKT atau Pengurus Stesen.
6.3.2 Sesuatu pergerakan lansir yang telah dibuat atas kebenaran
aspek lampu Semboyan Kedudukan Berubah atau Semboyan Lansir ke hadapan atau Semboyan Lansir tidak boleh meneruskan perjalanan sehingga ianya telah kembali ke hadapan semboyan yang telah sebelumnya mempamerkan aspek maju yang bersesuaian untuk berlepas. Jika didapati tidak dapat kembali ke belakang semboyan tersebut, peruntukan Fasal 6.2.2 dan 6.2.3 mestilah dipatuhi.
6.4 Memberhentikan tren apabila semboyan bahagian berkeadaan
Bahaya Apabila semboyan bahagian berkeadaan Bahaya, Pemandu tidak boleh (kecuali untuk urusan stesen atau lansiran) menggerakkan tren ke hadapan semboyan itu jika ia kemudiannya perlu pergi ke panel semboyan tersebut untuk mengingatkan Operator PKT atau Pengurus Stesen tentang kewujudan tren tersebut jika ditahan. Sebaliknya tren tersebut mestilah diberhentikan berhampiran yang boleh dengan stesen berkenaan tetapi ianya hendaklah digerakkan jauh dan bebas dari mana-mana simpang dan dalam kawasan tanda gendala, di mana praktikal, tren hendaklah diberhentikan dalam persekitaran platform bahagian yang dapat dilihat.
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
6.5 Semboyan yang mengawal keluar dari sisian Apabila menunggu semboyan yang mengawal keluar dari sisian dibebas, Pemandu dan/atau kakitangan Lansir mestilah sejauh mana praktikal menentukan bahawa gerabak terhadapan tren tidak berhenti menghalangi mana-mana sisian lain melainkan dibenarkan oleh kakitangan yang menjaga pergerakan itu. Apabila semboyan itu dibebaskan, beliau tidak boleh bergerak ke hadapan atau menghalang mana-mana sisian lain jika semboyan berkenaan digunakan untuk lebih dari satu sisian yang terdapat unit-unit traksi sehinggalah beliau diarah untuk berbuat demikian oleh kakitangan itu.
6.6 Semboyan yang tidak dipamerkan atau tidak dipamerkan dengan
sempurna
6.6.1 Pemandu mestilah menganggap sesuatu semboyan henti sebagai Bahaya dan sesuatu Semboyan Amaran sebagai awas mengikut keadaan berikut:
(a) ketiadaan sesuatu semboyan yang mana ianya
sepatutnya ditempatkan.
(b) semboyan lampurona yang terdapat kekeliruan terhadap aspek yang dimaksudkan.
(c) semboyan bilah yang tidak dipamerkan dengan
sempurna iaitu tidak mendatar dan tidak dalam kedudukan condong 45 ke 60 darjah.
(d) satu lampu putih dipamerkan bila mana sepatutnya
lampu merah, kuning atau hijau.
(e) bilah semboyan henti menunjukkan kedudukan "OFF" tetapi tiada lampu pada waktu malam.
(f) lampu Semboyan Luar bilah mempamerkan lampu
merah ke atas lampu hijau atau kedudukan bilah-bilah semboyan yang tidak berselari pada waktu siang (iaitu bilah Semboyan Luar berkedudukan "ON" tetapi bilah Semboyan Amaran di dalam kedudukan "OFF") atau ketiadaan satu atau kedua-dua lampu pada waktu malam.
(g) Semboyan lampurona tidak mempunyai indikasi.
(h) Semboyan henti menunjukkan Bahaya atau aspek
Berhenti dan pada masa yang sama indikasi simpang yang berkaitan atau huruf dan/atau nombor dipamerkan.
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
6.6.2 Jika sesuatu semboyan kedudukan lampu berubah atau semboyan bantuan dibebaskan tetapi tanpa indikasi laluan biasa dipamerkan Pemandu mestilah meneruskan perjalanan dengan berwaspada sejauh mana landasan itu bebas dan bersedia untuk berhenti pada mana-mana halangan dan pergerakan lansiran tidak boleh dilanjutkan dari yang perlu.
6.7 Kerosakan atau keadaan luar biasa semboyan mestilah dilaporkan
6.7.1 Pemandu mestilah dengan serta merta melaporkan kepada
Operator PKT atau Pengurus Stesen, memberhentikan trennya khusus jika perlu, sekiranya beliau sedar tentang kegagalan atau kerosakan dalam cara kerja semboyan-semboyan atau turutan aspek yang tidak normal. Ini juga meliputi jika sesuatu semboyan tidak dipamerkan atau tidak dipamerkan dengan sempurna dan lain-lainnya seperti yang diperihalkan di dalam Fasal 6.6 tetapi jika ianya satu semboyan kedudukan lampu berubah, Semboyan Bantuan atau Semboyan Lansir yang dipakai kepada landasan lain, Pemandu tidak perlu berhenti khusus, tetapi beliau mestilah melaporkannya pada kesempatan pertama sekali tanpa melibatkan kelewatan sia-sia kepada trennya.
6.7.2 Sekiranya berlaku sesuatu kerosakan semboyan atau
keadaan luar biasa, sebelum keluar tugas, Pemandu berkenaan mestilah memenuhi dan menyerahkan Borang Kegagalan atau Kerosakan Semboyan KTMB 026 kepada Pengurus Stesen dengan menunjukkan butiran lengkap kegagalan dan kerosakan tersebut. Satu contoh borang tersebut adalah ditunjukkan di dalam rajah 26C.
6.7.3 Pemandu berkenaan mestilah memberitahu Operator PKT
atau Pengurus Stesen pada kesempatan yang pertama, tanpa menyebabkan kelewatan sia-sia kepada trennya jika Papan Had Lansir atau papan tanda berhenti hilang. Butir-butir mestilah juga dilaporkan di dalam Borang Kegagalan atau Kerosakan Semboyan (lihat contoh) dengan menggunakan seksyen yang bertajuk "Lain-Lain Kerosakan".
6.7.4 Sebaik sahaja menerima lapuran dalam borang KTMB 026,
Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah dengan secepat mungkin memaklumkan kepada Merinyu Semboyan dan Komunikasi yang berkenaan.
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
MOHD ROSDI MOHD ZAIN
SEKSYEN
C
Per. 7 di tambah No 4/05( 24.9.2005-2948)7. MENGALIH YANG WUJUD DAN MEMASANG TETAP YANG
BARU a) Mengalihkan semboyan yg wujud dan memasang yang baru akan
ditentukan dgn butir yang diberi melaui borang Penglihatan Semboyan (KTMB 053) yang telah disyorkan oleh Jawatankuasa Penglihatan Semboyan.
b) Makluman semboyan yg dialih atau semboyan yg baru dipasang
kepada semua yg berkenaan masa & tarikh dan bila semboyan akan digunakan.