23

BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

  • Upload
    buinhan

  • View
    262

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh
Page 2: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh
Page 3: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – PELAJAR

4 SPH PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD SAHLAN BIN SALAMAT

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 4: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

ii

Page 5: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

iii

Jutaan terima kasih buat

Ayah, ibu dan isteri tersayang

Yang sentiasa bersama-samaku tanpa keluhan dan rungutan

Serta

Untuk anak-anak yang dikasihi

Muhammad Harith Dzakwan dan Muhammad Harith Fauzan

Semoga dengan kejayaan Ayahanda ini menjadi pendorong buat kalian

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

Dr Yusof bin Boon

Dan juga buat

Rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Page 6: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya dapat lah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang

ditetapkan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Dr Yusof bin

Boon di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh projek

ini dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian penyelidikan ini.

Terima kasih juga tidak terhingga kepada ibu, ayah dan isteri di atas

pengorbanan yang tidak ternilai diberikan. Begitu juga jutaan terima kasih diucapkan

kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi segala pertolongan dan

sokongan dalam menjayakan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan pelajar

Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan

Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skop kajian ini melibatkan

tiga aspek iaitu kajian ke atas faktor dalaman iaitu dari segi sikap pelajar, faktor luaran

serta sokongan seperti faktor ibu bapa, faktor pensyarah, faktor rakan sebaya dan faktor

kemudahan perpustakaan kearah pemupukan budaya membaca serta penggunaan

sumber bahan bacaanyang dipilih oleh pelajar. Seramai 97 orang responden yang

terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar

tahun 4 SPH PKPG. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan

dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social

Sciences versi 14.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam

bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pelajar-pelajar

terhadap budaya membaca berada di tahap yang sederhana. Dalam meningkatkan

pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar, faktor dalaman adalah

memainkan peranan yang penting. Di samping itu juga faktor luaran seperti faktor ibu

bapa adalah faktor yang utama dalam mendorong pelajar minat terhadap membaca.

Page 8: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to look through reading habit on student’s 4 SPH

PKPG The objective of this research is to survey the reading habits among students of

4 SPH PKPG Universiti Teknologi Malaysia. The scope of this research involving

three aspects which are inner factor from perspective of student’s attitude, outer-factor

and support such as parents factor, lecturers, friends and factor of library facilities in

order to encourage reading habits and the usage of reading sources choose by the

students. The sample of this study is year 4 SPH PKPG students. 97 respondents has

been choose in this study. The data has been collected using questionnaires as the

instrument and the study result has been analyzed by using Statistical Packages for

Social Sciences (SPSS) SPSS programmer version 14.0. The analysis has been made

by using descriptive statistic method and presented in frequencies, percentages and

mean. The result shows that student’s level in reading habits is moderate. Therefore,

the inner factor plays and important role in encourage reading habits among students.

Beside that, parent’s factor as outer factor also plays an important role in encouraging

students reading habit.

Page 9: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Budaya 8

Page 10: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

viii

1.8.2 Membaca 8

1.8.3 Pelajar 9

1.9 Kesimpulan 9 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Kepentingan Membaca 11

2.3 Budaya Membaca 13

2.4 Budaya Membaca Di Kalangan Mahasiswa 15

2.5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Budaya

Membaca

18

2.6 Kesimpulan 20

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

3.3 Lokasi Kajian 23

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 23

3.5 Instrumen Kajian 23

3.6 Proses Kajian 25

3.7 Kajian Rintis 26

3.8 Kaedah Analisis Data 27

3.9 Kesimpulan 27

4 ANALISA DATA

4.1 Pendahuluan 28

4.2 Bahagian A : Analisa Mengikut Latar Belakang

Responden

29

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 29

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 30

Page 11: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

ix

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Status 30

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 31

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Tertinggi

31

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Tempat

Tinggal (Tetap)

32

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Tempat

Tinggal (Ketika Belajar)

32

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Kegiatan

Masa Lapang

33

4.3 Bahagian B : Analisa Persoalan Kajian 33

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 34

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 36

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 40

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 44

4.4 Analisis Keseluruhan 47

4.5 Kesimpulan 48

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 49

5.2 Perbincangan 49

5.2.1 Tahap Budaya Membaca Di Kalangan

Pelajar Berdasarkan Faktor Sikap

49

5.2.2 Faktor Luaran Yang Mempengaruhi

Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar

51

5.2.3 Penggunaan dan Pemilihan Bahan Bacaan

Yang Diminati Oleh Pelajar

52

5.3 Rumusan 52

5.4 Cadangan 54

Page 12: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

x

5.4.1 Cadangan Untuk Meningkatkan Budaya

Membaca Dalam kalangan Pelajar

55

5.4.1.1 Sikap 55

5.4.1.2 Peranan Ahli Akademik 56

5.4.1.3 Mewujudkan Piawai 57

5.4.1.4 Mengatasi Rintangan Diri Pelajar 57

5.4.1.5 Kempen Membaca 58

5.4.1.6 Kelab Pembaca 58

5.4.1.7 Kemudahan Perpustakaan 59

5.4.1.8 Peranan Ibu bapa 60

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 61

5.5 Kesimpulan 62

RUJUKAN 63

LAMPIRAN 67

Page 13: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian Skala 5 Likert Mengikut Nilai 24

3.2 Hasil Analisis Koefisien Kebolehpercayaan terhadap

Pembolehubah Bebas

26

3.3 Tahap Min 27

4.1 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 29

4.2 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Umur 30

4.3 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Status 30

4.4 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa 31

4.5 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Kelulusan Tertinggi

31

4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Tempat

Tinggal (Tetap)

32

4.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut Tempat

Tinggal (Ketiika Belajar)

32

4.8 Taburan Peratusan Responden Mengikut Kegiatan

Masa Lapang

33

Page 14: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

xii

4.9 Taburan Responden Mengikut Sikap Terhadap

Membaca

35

4.10 Taburan Responden Mengikut Faktor Ibu Bapa 37

4.11 Taburan Responden Mengikut Faktor Pensyarah 39

4.12 Taburan Responden Mengikut Faktor Rakan Sebaya 41

4.13 Taburan Responden Mengikut Faktor Kemudahan

Perpustakaan

43

4.14 Skor Bagi Kekerapan Penggunaan Bahan Bacaan 44

4.15 Skor Bagi Kecenderungan Penggunaan Bahan

Bacaan Berbentuk Akhbar

45

4.16 Skor bagi Kecenderungan Pengunaan Ruangan

Bahan Bacaan Berbentuk Akhbar

46

4.17 Skor Bagi Kecenderungan Penggunaan Ruangan

Bahan Bacaan Berbentuk Majalah

46

4.18 Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap Faktor 48

Page 15: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

xiii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH

TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Proses Kajian 25

Page 16: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK MUKA

SURAT

A Borang Soal Selidik 67

B Hasil Analisis Koefisien Kebolehpercayaan Soal

Selidik 74

C Hasil Analisis Koefisien Kebolehpercayaan Terhadap

Pembolehubah Bebas 77

Page 17: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

1

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Menurut Wan Mohd Nor (1997), untuk menjadi bangsa yang maju,

agung dan dihormati, kecintaan pada ilmu perlu diletakkan di tempat yang

paling utama. Salah satu caranya adalah dengan mewujudkan budaya

membaca di kalangan masyarakat.

Gagasan tentang pentingnya pembacaan bagi masyarakat dunia telah

dikemukakan oleh United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation

(UNESCO). UNESCO telah mengatur strategi untuk memperhebatkan kempen

membaca terutamanya bagi ahli-ahli masyarakatnya yang mempunyai kadar kenal

huruf yang rendah sejak dari tahun 1972 (Safiah, 1990).

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesedaran nilai membaca telah dipupuk

sejak dari dahulu lagi. Ini bagi menjadikan budaya membaca sebagai satu cara hidup

dan sebagai suatu perlakuan yang sentiasa diamalkan.

Melalui pembacaan, individu itu dapat membezakan antara yang hak dan

batil, kebenaran dan kepalsuan. Membaca bukanlah sekadar for the sake of reading

tetapi searching for truth (Shaharom, 1996). Selain itu membaca juga adalah

merupakan suatu aktiviti yang boleh membangunkan intelektual, membentuk

pemikiran yang kreatif dan dinamis serta dapat melahirkan masyarakat yang

progresif (Shaharom, 1996).

Page 18: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

2

Menurut Mohd Zubil (1997), bagi mewujudkan budaya masyarakat yang

suka membaca, masyarakat itu sendiri perlu mempunyai nilai suka kepada ilmu

pengetahuan di dalam menjalani kehidupan seharian. Ini adalah kerana ilmu atau

pengetahuan yang berfungsi sebagai pelengkap sering kali diabaikan. Dalam zaman

ledakan maklumat, pemilihan bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan

perkembangan ikhtisas diri amatlah penting. Oleh yang demikian, lebih banyak

seseorang membaca lebih discriminating si pembaca itu (Suhaimi, 1998).

Apa yang ketara sekarang adalah peredaran daripada Era Industri kepada Era

Ilmu. Hanya mereka yang cekap belajar dan berilmu dapat menguasai perubahan

tersebut dan yang lain akan menjadi hamba kepada perubahan tersebut. Dalam era

ledakan maklumat, dunia akan menjadi serba kompetitif dan penguasaan ilmu serta

maklumat adalah sangat penting untuk mencapai taraf Negara maju seperti yang

digariskan melalui Wawasan 2020 (Syed Omar , 1997).

Kelangsungan daripada itu, budaya membaca adalah berkait rapat dengan

kemajuan negara. Pembentukan suatu tamadun yang baik itu adalah bergantung

kepada keupayaan berfikir anggota masyarakatnya. Syarat terpenting dalam

membina kemajuan tamadun sama ada Barat atau Timur adalah terletak kepada

kecemerlangan budaya ilmu masyarakat itu sendiri (Anwar, 1997). Jika Malaysia

ingin menjadi sebuah negara maju seperti yang telah digariskan di dalam Wawasan

2020, budaya ilmu mesti disuburkan. Salah satu langkah wajib ke arah membentuk

budaya ilmu adalah dengan menyuburkan budaya suka membaca (Pahrol, 1998).

1.2 Latar Belakang Masalah

Budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini amat

kurang menggalakkan. Asas pembinaan budaya membaca pada zaman moden bukan

setakat pembacaan sama ada daripada sumber buku, akhbar, majalah malah bahan-

bahan serius seperti jurnal, esei-esei atau kajian ilmiah dan sebaginya. Malangnya

minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia amat rendah dan dalam kajian-

Page 19: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

3

kajian sebelum ini yang dijalankan menunjukkan rakyat Malaysia amat kurang

membaca. Dalam hal membaca, masyarakat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai

halangan kerana kadar celik huruf masyarakat Malaysia adalah tinggi.

Menurut Zaini (1997), kadar celik huruf masyarakat Malaysia adalah agak

tinggi iaitu 93 peratus. Walau bagaimanapun kadar celik huruf adalah relatifnya

tinggi bagi Negara seperti Malaysia, namun ianya tidak bersifat functional literacy.

Ini adalah agak mengecewakan kerana menurut Huzaimi (2002) berdasarkan

Laporan Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia mengenai tahap pembacaan

masyarakat Malaysia melaporkan rakyat Malaysia sudah membaca dua buah buku

setahun berbanding hanya satu muka surat setahun seperti yang di dilaporkan oleh

Muhammad (1996). Ini juga berbeza dengan bangsa Jepun yang membaca tujuh

buah buku setahun (Muhammad, 1996).

Timbalan Perdana Menteri, mendedahkan bahawa terdapat buku-buku ilmiah

terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang bernilai RM 40 juta tidak terjual di

pasaran. Senario ini dilihat sebagai tidak munasabah tambahan pula negara sedang

menuju ke arah sebuah negara yang berteknologi maklumat. Selain itu, di Negara ini

terdapat lebih sepuluh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan ratusan Institusi

Pengajian Tinggi Swasta. Sudah tentu perkara seumpama ini sukar berlaku. Namun

demikian, apa yang terjadi secara realitinya sambutan terhadap buku ilmiah tetap

dingin (Rohizan, 2001). Ini menunjukkan wujud di kalangan cendekiawan dan

golongan mahasiswa yang mempunyai sikap kurang minat membaca.

Fenomena ini dapat dibuktikan lagi apabila terlalu sukar untuk menemui di

bilik mahasiswa naskah-naskah masterpiece, jurnal-jurnal akademik ataupun buku-

buku yang menyentuh persoalan global, ekonomi ataupun politik tetapi yang banyak

ditemui adalah komik alih bahasa, majalah hiburan yang penuh erotik ataupun

poster-poster bintang-bintang Bollywood. Jika ada pun buku akademik, ia hanyalah

atas dasar untuk menyiapkan tugasan ataupun dibaca disebabkan masuk peperiksaan

(Abdullah, 2001).

Page 20: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

4

Mahasiswa masa kini kebanyakannya menghafal ilmu yang diperolehi tanpa

wujud keinginan untuk mengetahui ilmu yang dipelajari. Keghairahan membaca

yang wujud adalah sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja. Oleh yang demikian,

keadaan menjadi semakin lebih parah apabila ribuan siswa yang dilahirkan setiap

tahun mengamalkan budaya tidak suka membaca (Anwar, 1997).

Isu kelemahan pelajar Melayu sering ditimbulkan. Mereka dikatakan tidak

cemerlang di dalam peperiksaan di peringkat sekolah, seterusnya gagal untuk

mencatatkan keputusan cemerlang semasa di universiti. Menurut Syed Hussein

Alatas (2001), antara faktor pelajar Melayu tidak cemerlang di sekolah dan universiti

adalah akibat daripada sikap pelajar-pelajar Melayu yang tidak gemar memiliki tabiat

membaca. Budaya membaca tidak ada sedangkan banyak membaca merupakan asas

kepada perkembangan minda.

Jika disoroti, didapati mahasiswa Melayu begitu kurang membaca berbanding

bangsa lain. Buktinya dapat dilihat apabila pesta buku diadakan, mahasiswa bukan

Melayu akan berduyun-duyun datang ke pesta buku tersebut (Jufri, 2001). Selain itu

didapati, budaya Melayu dan budaya Cina memberi penghargaan yang tinggi kepada

ilmu pengetahuan berbanding bagi kaum Melayu yang tidak begitu menghargai ilmu

(Mahathir, 2001).

Dalam satu kajian didapati, di Malaysia akhbar-akhbar Melayu jauh

ketinggalan dengan akhbar-akhbar Cina daripada segi jumlah pembacanya. Kajian

ini menunjukkan bahawa orang Melayu jauh ketinggalan daripada minat membaca

atau minat kepada ilmu berbanding dengan orang Cina. Didapati pembacaan di

kalangan orang Melayu adalah lebih tertumpu daripada bahan-bahan bacaan yang

ringan, hiburan sensasi dan sebagainya. Ini dapat di lihat daripada angka jualan

majalah hiburan, kartun atau fesyen melebihi majalah serius yang lain (Muhammad,

1996). Pendita Za’ba pernah membangkitkan isu sikap orang Melayu yang lebih

asyik berhibur daripada berfikir tentang masa depan dirinya dan bangsanya

(Muhammad, 1996).

Page 21: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

5

Masyarakat yang berbudaya membaca tidak wujud dengan tiba-tiba tanpa

diadakan perancangan dan perlaksanaan ilmu pengetahuan bagi negara tersebut.

Nilai-nilai murni perlu ditanamkan sejak dari kecil lagi. Dengan demikian

masyarakat perlu didedahkan kepada keperluan mengetahui tentang kecenderungan

dan bahan bacaan seseorang kanak-kanak dalam usaha untuk membina

perkembangan emosi, intelek dan melentur sahsiah melalui aktiviti membaca.

Apabila seseorang mula memahami sesuatu yang dibaca, minatnya akan terus

berkembang. Melalui pembacaan yang bermutu, ia dapat menambah dan memahami

pengertian hidup yang lebih luas dan matang (Suhaimi, 1998).

Pelbagai faktor yang mendasari kepada pembentukan minat dan suka

membaca. Kajian Durkin (1966) menyatakan wujud pertalian yang erat antara

bilangan buku di rumah dan minat membaca di kalangan kanak-kanak. Oleh yang

demikian, peranan ibu bapa adalah mewujudkan perpustakaan mini di rumah

merupakan salah satu faktor kepada mewujudkan budaya membaca di kalangan

anak-anak mereka. Selain daripada itu peranan guru juga adalah penting dalam

membentuk budaya membaca khususnya di kalangan pelajar. Menurut Zaini (1997),

jika guru sendiri tidak mempunyai sikap, minat dan tabiat membaca, ia tidak

mungkin mendorong muridnya supaya gemar membaca. Sewajarnya budaya

membaca di semai di peringkat kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah

dari rebungnya”. Hal yang demikian adalah kerana masyarakat yang bertamadun

adalah masyarakat yang membaca.

Menurut Syed Hussein Alatas (2001), pada masa sekarang pemupukan

budaya ilmu tidak wujud di universiti tempatan. Budaya ilmu harus ditekankan

kerana apabila budaya ilmu itu meresapi diri mahasiswa tersebut, mereka akan

merasai kenikmatan untuk belajar. Apabila wujudnya budaya ilmu, kenikmatan jiwa

juga dirasai apabila pelajar itu menyelidik, menyiasat, membaca, memikirkan

masalah-masalah pembelajaran, membahaskan ilmu dengan rakan-rakan dan

menghargai usaha-usaha ke arah meningkatkan ilmu pengetahuan dan salah satu

caranya dengan mewujudkan minat membaca.

Page 22: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

6

1.3 Pernyataan Masalah

Persoalan yang timbul apakah tahap budaya membaca di kalangan pelajar

Program Khas Pensiswazahan Guru, Universiti Teknologi Malaysia? Sebagai aset

terpenting negara, mereka harus bersedia dan peka terhadap perubahan-perubahan

yang berlaku di sekeliling. Malah bertanggungjawab untuk pembangunan kemajuan

negara dan ianya merupakan amanah yang sangat berat perlu dipikul.

Maka, kajian ini cuba mengupas tahap budaya membaca dari segi faktor

dalaman iaitu sikap pelajar. Seterusnya melihat kepada perbezaan yang wujud dalam

aspek budaya membaca dari segi faktor-faktor dalaman, penggunaan sumber bahan

bacaan dan faktor-faktor luaran yang mempengaruhi budaya membaca di kalangan

pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut : i. Meninjau tahap budaya membaca di kalangan pelajar yang dilihat dari segi

faktor dalaman iaitu sikap pelajar.

ii. Mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi budaya membaca di

kalangan pelajar.

iii. Mengenal pasti penggunaan dan pemilihan bahan bacaan yang diminati oleh

pelajar.

Page 23: BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR – · PDF fileBUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR ... (Kemahiran Hidup) ... Selain itu membaca juga adalah merupakan suatu aktiviti yang boleh

7

1.5 Persoalan Kajian i. Apakah sikap pelajar terhadap membaca?

ii. Adakah faktor ibu bapa dan pensyarah telah mendorong pelajar membaca?

iii. Adakah faktor rakan sebaya dan kemudahan perpustakaan telah mendorong

pelajar membaca?

iv. Apakah bahan bacaan yang lebih diminati pelajar untuk dibaca?