Budaya Korporat-Kerja Berpasukan

  • Upload
    akmar72

  • View
    788

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

KERJA BERPASUKAN

Apakah Itu Pasukan ?

Apakah itu Pasukan? Bekerja

bersama dengan harmoni bagi mencapai satu matlamat yang sama.

Kerja Berpasukan

Kerja berpasukan adalah lebih berkesan sekiranya elemen-elemen serta proses kerja berpasukan difahami dan dilaksanakan. Lapan elemen dalam kerja berpasukan adalah : Bersatu menuju matlamat Perasaan kekitaan Kepimpinan Saling mempercayai Akauntabiliti Pengetahuan dan kemahiran Kreativiti/Inovasi Kerjasama dalam pasukan dan kesepakatan

Bersatu menuju matlamat

Sekiranya setiap anggota mempunyai matlamat yang berbeza, organisasi tersebut pasti tidak akan dapat mencapai objektifnya. Oleh itu setiap organisasi perlu mewujudkan matlamat dan objektif yang dikehendaki dan menyebarkan kepada semua anggota. Apa yang mustahak bukanlah penyebarannya saja tapi memahami matlamat dan objektif tersebut.

Bagaimana boleh kita sentiasa bersatu menuju matlamat?

Pertama, dari masa ke masa, ketua jabatan perlu mengingatkan kembali tentang matlamat dan objektif-objektif jabatan. Ini dapat dilakukan semasa perhimpunan bulanan atau mesyuarat ketua-ketua unit.

Kedua, penilaian objektif jabatan hendak dilakukan lebih kerap, jangan tunggu akhir tahun. Sekurang-kurangnya penilaian ini dilakukan dua kali setahun.Ketiga, setiap anggota termasuk anda sendiri, apabila ingin memulakan tugas, perlu berfikir samada kerja yang anda lakukan ini ada berkaitan dengan objektif jabatan atau tidak.

Perasaan kekitaan

Setiap ahli dalam pasukan berkongsi identiti yang sama dan ini dapat memperkayakan perasaan kekitaan. Perasaan kekitaan pula meningkatkan komitmen ahli pasukan.

Komitmen kepada pasukan menggalakkan perasaan kepunyaan dan menghasilkan sikap perkongsian.

Bagaimanakah anda boleh menanamkan perasaan kekitaan dalam diri anda?

Pertama, anda kena yakin bahawa anda adalah seorang anggota Kementerian Kesihatan. Kedua, anda harus percaya bahawa tugas anda adalah murni iaitu membantu orang lain yang memerlukan bantuan terutamanya pesakit, samada secara langsung atau tidak langsung. Ketiga, anda mesti memaksa diri anda suka memakai pakaian seragam yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Keempat, anda bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan imej jabatan anda.

Kepimpinan

Kepimpinan bererti berupaya merangsang penghasilan yang terbaik dari seseorang serta boleh memberi panduan bagi mencapai matlamat yang sama.Kepimpinan yang berkesan adalah perlu bagi memastikan komitmen ahli dan menentukan arah tujuan untuk mendapatkan hasil. Oleh yang demikian, setiap orang adalah pemimpin dan bertanggungjawab di atas apa yang kita pimpin.

Bagaimanakah kita boleh menjadi seorang pemimpin yang baik?

Yang paling penting adalah sikap bertanggungjawab. Sifat kedua yang penting bagi seseorang pemimpin adalah untuk mempengaruhi orang lain. Sifat ketiga adalah berpengetahuan

Saling mempercayai

Sifat percaya bererti mempunyai keyakinan ke atas kewibawaan dan keupayaan ahli-ahli dalam pasukan.Kepercayaan adalah asas pembinaan pasukan. Sikap mempercayai adalah perlu untuk kerjasama yang berpanjangan. Tanpa kepercayaan, konflik akan berlaku.

Bagaimana anda boleh melahirkan sifat saling mempercayai?

Terlebih dahulu, anda harus mempamirkan sifat ini.

Bagaimana harus dilakukan? Cuba anda bayangkan jika semua emosi boleh disimpan di dalam sebuah bank. Jika banyak kita simpan emosi dalam bank, maka bertambah jumlah emosi di dalam akaun kita. Jika kita keluarkan emosi dari bank, maka berkuranglah jumlah emosi kita dalam akaun.

Akauntabiliti

Akauntabiliti merangkumi sikap bertanggungjawab oleh setiap ahli di atas kejayaan atau kegagalan pasukan. Setiap ahli bertanggungjawab ke atas semua sumbangan kepada pasukan, samada sumbangan individu atau sumbangan bersama. Akauntabiliti di dalam konteks budaya korporat bukan sahaja sekadar bertanggungjawab, tetapi termasuk juga tindakan yang diambil bagi membetulkan keadaan.

Akauntabiliti

Apabila berhadapan dengan sesuatu perkara atau masalah yang dihasilkan oleh tindakan anda samada di waktu pejabat atau luar pejabat, anda digalakkan melakukan perkara berikut :

Jangan panik; Akui bahawa perkara ini berlaku disebabkan tindakan anda atau kumpulan anda; Jangan lari dari perkara tersebut; Jangan cuba menuduh orang lain; Analisa situasi dengan menggunakan informasi sebanyak mungkin; Berbincang dengan ahli kumpulan jika ianya melibatkan kumpulan; Ambil tindakan untuk membetulkan keadaan; Menilai keberkesanan tindakan.

Akauntabiliti

Sekiranya anda telah mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan, anda bukan sahaja seorang yang bertanggungjawab tetapi telah menonjolkan sifat akauntabiliti.

Pengetahuan dan kemahiran

Pasukan memerlukan kemahiran yang luas dan pelbagai untuk mencapai matlamat dan objektif pasukan. Sebagai ahli di dalam pasukan, anda akan dapat membantu pasukan berfungsi dengan efektif dengan sumbangan dalam bentuk :

kemahiran teknikal; kemahiran pengurusan dan penyelesaian masalah kemahiran antara perseorangan (interpersonal)

Pengetahuan dan kemahiran

Kita boleh membentuk dan memperbaiki kemahiran melalui beberapa kaedah seperti :

menjalankan kerja dengan sendiri; menjalankan kerja di bawah pengawasan orang lain; dengan membaca; dengan memerhati bagaimana orang lain menjalankannya; dengan mengingati kembali tentang bagaimana kita telah menjalankannya dahulu.

Pengetahuan dan kemahiran

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan adalah asas bagi mencapai kemahiran. Tanpa ilmu pengetahuan seseorang itu tidak dapat menjiwai kerja yang sedang dibuatnya. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi perlu dipraktikkan, jika tidak ianya tidak berguna.Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan.

Pengetahuan dan kemahiran

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa kita sentiasa berpengetahuan dan mahir di dalam menjalankan tugas harian. Jika tidak, ada orang yang akan menderita di atas kesilapan kita.

Kreativiti dan inovasi

Seseorang itu boleh dikatakan kreatif jika dia boleh menjana perkara-perkara yang baru. Inovasi pula adalah idea-idea baru dalam semua aspek untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

Kreativiti

Semua orang kreatif samada ia sedari atau tidak. Semasa kecil, kita sememangnya semula jadi kreatif. Apabila membesar dan mendewasa, kita sering di cegah jangan buat itu .. jangan buat ini. Ibubapa kita sering melarang kita supaya jangan panjat pokok atau jangan conteng dinding dan sebagainya. Apabila bekerja, kita juga dikehendaki mematuhi peraturan. Ini boleh menyekat daya kreativiti.

Kreativiti

Oleh itu kita perlu belajar bagaimana menjadi kreatif. Berikut ada beberapa teknik :

Mind mapping; Random responses; Group Creativity.

Kerjasama dalam pasukan dan kesepakatan

Terdapat banyak pasukan di dalam Kementerian Kesihatan dan pasukan-pasukan ini adalah bergantungan antara satu sama lain. Kerjasama dalam satu pasukan mudah diwujudkan tetapi kerjasama antara satu pasukan dengan pasukan yang lain selalunya sukar. Kita mesti sedar bahawa kita bukan kerja semata-mata untuk pasukan tersebut, tetapi kita kerja untuk organisasi tersebut. Walaupun pasukan tersebut telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, tetapi organisasinya telah merosot, orang luar akan kata juga anggota-anggota di situ tidak bagus