Click here to load reader

BMM3117 Nota Lengkap

  • View
    148

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of BMM3117 Nota Lengkap

1.0 KOMPONEN PENGAJARAN Komponen pengajaran merupakan bahagian yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya

Komponen pengajaran ini terbahagi kepada tujuh elemen:

KOMPONEN PENGAJARAN

Kemahiran Induksi

Penggunaan papan tulis

Penerangan

Pengelolaan Bilik Darjah

Penyoalan

Penutupan Dan Membuat Kesimpulan

Variasi Rangsangan

1.0 KOMPONEN PENGAJARAN Komponen pengajaran merupakan bahagian yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya

Komponen pengajaran ini terbahagi kepada tujuh elemen:

KOMPONEN PENGAJARAN

Kemahiran Induksi

Penggunaan papan tulis

Penerangan

Pengelolaan Bilik Darjah

Penyoalan

Penutupan Dan Membuat Kesimpulan

Variasi Rangsangan

1.1 KEMAHIRAN INDUKSI Kemahiran induksi ini juga dikenali sebagai kemahiran permulaan. Seorang guru perlu mendapatkan dan mengekalkan perhatian murid melalui kemahiran ini. Guru juga harus memimpin mereka ke arah yang hendak dituju dengan baik. Kemahiran induksi ini merangkumi kemahiran pelbagai rangsangan yang merupakan kemahiran amat penting.

Perkara-perkara yang terkandung dalam kemahiran induksi:

prinsip-prinsip panduan

objektif

komponen-kompenan kemahiran

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN Beberapa prinsip yang perlu diikuti guru sekiranya dia hendak berjaya dalam kemahiran induksi

permulaan pelajaran harus bermakna kepada murid dari segi umur kebolehan dan minat permulaan mestilah mempunyai kaitan dengan isi dan objektif PRINSIP permulaan juga mesti berkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan kaitkan dengan yang akan dipelajari

OBJEKTIF KEJAYAAN KEMAHIRAN INDUKSI

a) Menyediakan murid untuk memulakan satu episod pelajaran dengan mendapat perhatian mereka b) Mewujudkan dan mengekalkan motivasi murid c) Menyatakan dengan jelas had tugas yang akan dijalankan d) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas e) Membuat perkaitan apa yang dialami dengan apa yang diluar pengalaman mereka

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN

menarik perhatian

menimbulkan pergerakan

membuat perkaitan

menstruktur

Menggunakan suara, gerak isyarat dan pertembungan mata MENARIK PERHATIAN Menggunakan alat pandang dengar Mengubah pola interaksi guru dan murid Menggunakan satu siri soalan

Menunjukkan kesungguhan hati Merangsang rasa ingin tahu murid Memperkenalkan unsur yang menakjubkan Timbulkan minat dengan bercerita Memperkenalkan aktiviti MENIMBULKAN PERGERAKAN DAN WUJUDKAN MOTIVASI

MEMBUAT PERKAITAN

Dengan membanding beza perkara yang telah biasa Mengaitkan dengan pengetahuan yang lepas Mengaitkan kejadian semasa dengan minat murid Mengaitkan dengan pelajaran yang hendak disampaikan

Menyatakan dijalankan

had

tugas

yang

akan MENSTRUKTUR

1.2 KEMAHIRAN MENERANG Penerangan atau menerang adalah satu proses dimana memberi kefahaman kepada orang lain. Kemahiran menerang ini adalah untuk memastikan penerangan yang disampaikan difahami oleh penerima.

1.2.1 Tiga peringkat dan bentuk menerang:

PERINGKAT DAN BENTUK

TAKRIF - menjelaskan sesuatu isu

HURAIAN - menerangkan sesuatu proses, struktur dan langkah-langkah

TAAKUL - memberi alasan atau sebab musabab

1.2.2 Objektif Kemahiran Menerang

Membolehkan murid menghuraikan sesuatu proses,struktur-struktur atau prosedur Membolehkan murid-murid mengesan makna yang tepat sesuatu istilah atau kenyataan OBJEKTIF membolehkan murid-murid menaakul sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa dan meramalkan kemungkinan peristiwa

1.2.3 Prinsip Kemahiran Menerang guru perlu menyesuaikan penerangan dengan tahap umur, kebolehan dan minat murid guru harus merancang pengajarannya dengan teliti untuk memastikan penerangan tersebut jelas

penerangan mestilah bersesuaian dengan isi pelajaran

PRINSIP

guru mesti bertindak baals secara positif tehadap maklum balas murid

1.2.4 Komponen Kemahiran Menerang

KOMPONEN KEMAHIRAN PENERANGAN

STRUKTUR KOMPONEN

KOMPONEN PENYAMPAIAN

Kejelasan Penggunaan tanda saran Penggunaan contoh-contoh Kesimpulan dan rumusan Pelbagai penekanan Penekanan petunjuk, perkaitan dan keutamaan Mengelakkan kekaburan Turutan Maklumat balik

1.2.5 Struktur Komponen

1) Penggunaan tanda saran - Penyataan guru harus jelas, tepat dan padat pada faktor-faktor utama yang terlibatSTRUKTUR KOMPONEN (menerang)

2) Penggunaan contoh - Perkara-perkara yang dititikberatkan mudah dan sesuai serta menimbulkan minat murid 3) Kesimpulan atau rumusan - Guru menyatakan perkara penting dalam penerangannya untuk rumusan atau membuat ringkasan

KOMPONEN PENYAMPAIAN KEJELASAN Kemahiran in mengandungi banyak faktor dan guru menerangkan satu aspek yang tertentu pada satu masa iaitu imbas kembali rumusan, saat berhenti seketika sebelum perkara penting atau contoh ditemui.

PELBAGAI PENEKANAN

-

Penekanan dalam bahasa digunakan seperti jeda, intonasi dan sebutan berkaitan dengan sesuatu yang mustahak dan yang penting Gerak isyarat dan pergerakan juga turut digunakan

PENEKANAN PETUNJUK, PERKAITAN DAN KEUTAMAAN Guru menggunakan perkataan yang boleh membawa kepada pentingnya satu-satu aspek dalam penerangannya Contoh: Inilah bidang utama..(petunjuk) Hal ini sebaliknya akan membawa(perkaitan) oleh itu. Keutamaan menyatakan pentingnya sesuatu yang berikut : Dengar sini- ini adalah masalah yang timbul

-

-

MENGELAK KEKABURAN - Penjelasan ini bertujuan untuk melicinkan penyampaian - Penggunaan rangkai kata yang betul dapat mengelakkan berlakunya kekaburan

TURUTAN - Guru harus mengikut turutan yang sesuai iaitu berbagai teknik yang digunakan untuk mendapatkan pendekatan induktif, deduktif dan lain-lain

MAKLUM BALIK Ungkapan yang tidak panjang lebar Memberi peluang kepada murid untuk maklum balas pelajaran yang telah dipelajari mereka. Penggunaan informasi yang mengawal faktor-faktor penyampaian iaitu kelancaran, penggunaan bahasa serta penggunaan contoh yang sesuai

1.3 KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan ini adalah kemahiran yang paling rumit dan ia didapati jarang digunakan oleh guru-guru. Penilaiannya juga tidak dilakukan sewajarnya. Guru-guru tidak menggunakan soalan lisan sepenuhnya dan soalan-soalan yang dikemukakan adalah daripada jenis aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang kritikal. Kemahiran penyoalan ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian murid tetapi mewujudkan suasana pembelajaran dan sosial yang baik. Perkara yang terkandung dalam kemahiran penyoalan ialah:

PENYOALAN

PRINSIP-PRINSIP PENYOALAN

OBJEKTIF

KOMPONEN-KOMPONEN PENYOALAN

ARAS PENYOALAN

ARAS PENILAIAN

1.3.1 Prinsip-Prinsip Penyoalan Terdapat empat prinsip yang perlu diikuti untuk menjayakan kemahiran penyoalan ini iaitu:

guru perlu sesuaikan soalan mengikut tahap umur dan kebolehan murid

guru perlu merancang soalan sebelum pengajaran bermula

sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dan memberi masa murid untuk berfikir

PRINSIP

guru perlu sentiasa peka semasa sampaikan soalan dan melayan tindak balas murid dengan baik

Guru akan mencapai objektif yang berikut iaitu: 1.3.2 Objektif Penyoalan Asas

a) Melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran b) Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid mengenai sesuatu topik atau perkara. c) Memusatkan pemerhatian murid-murid kepada satu-satu idea atau konsep yang khusus d) Menggalakkan murid-murid supaya biasa dengan menyoal e) Membantu perkembangan pemikiran murid ke tahap yang lebih tinggi

1.3.3 Objektif Aras Penyoalan

a) Membantu murid-murid dalam memperolehi ilmu, mengatur, menggunakan ilmu dan menilai penerangan b) Membantu murid-murid dalam membentuk dan melahirkan idea-idea berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka

1.3.4 Komponen Komponen Kemahiran Penyoalan

Pembentukan soalan

Fokus soalan

Alih-hala soalan

Sebaran soalan

Hentian soalan

Penilaian

KOMPONEN KEMAHIRAN

Pembentukan soalan: meringkaskan soalan menggunakan perkataan yang ringkas dan padat

Fokus: soalan yang menumpukan kepada satu idea dan soalan yang menumpukan kepada lebih dari satu idea

Alih-hala soalan: guru mengemukakan soalan kepada seorang murid dan murid menjawabnya dan selepas itu alih soalan yang sama kepada murd lain

Sebaran: sebaran soalan secara rawak meliputi seluruh kumpulan

Hentian: guru berhenti seketika selepas mengemukakan soalan,kemudian memanggil seorang murid untuk menjawab soalan tersebut

Penilaian : guru memberi soalan yang memerlukan murid-murid memberi hujah-hujah mengenai idea atau nilai-nilai dan kemudian menyokong pertimbangan mereka itu

1.3.5 Aras Penyoalan

ARAS PENGETAHUAN - Guru mengemukakan soalan untuk murid ingat kembali dan nyatakan keterangan dan fakta yang dipelajari ARAS RENDAH ARAS KEFAHAMAN - Guru kemukakan soalan untuk menguji pemahaman murid ARAS APLIKASI - Guru kemukakan soalan supaya mereka dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari itu ke dalam situasi lain

ARAS ANALISIS - Guru mengemukakan soalan dan murid dikehendaki mengkaji bukti, mentafsir hasil serta mebuat huraian daripada hasil kajian dan mengatur dan melahirkan pemikiran mereka ARAS SINTESIS - Guru mengemukakan soalan yang melibatkan seorang atau beberapa orang dalam satu aktiviti yang membawa kepada penyatuan beberapa idea. ARAS PENILAIAN Guru dapat membuat penilaian terhadap kemampuan murid. Guru juga dapat menilai tahap penyampaian pengajaran kepada murid

ARAS TINGGI