BMM3103Tajuk 3 Penilaian Kemahiran Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BAHAN-BAHAN NOTA BMM3103

Citation preview

BMM3103 Penilaian Kemahiran Bahasa

7.2.1 Penilaian Kemahiran BahasaKeempat-empat kemahiran asas bahasa (iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis) boleh dibahagikan kepada dua jenis komunikasi. Kemahiran mendengar dan membaca sebenarnya kemahiran menerima komunikasi, dan kemahiran menyampaikan komunikasi. Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan media lisan dan kemahiran menulis dan membaca menggunakan media tulisan. Konsep ini boleh ditunjukkan dalam jadual seperti berikut:

Media BahasaKemahiran Menyampaikan KomunikasiKemahiran Menerima Komunikasi

Lisan (aural-oral)BertuturMendengar

Tulisan (visual-graphic)MenulisMembaca

Sebagai guru bahasa yang mengajar dan menilai kemajuan murid, kita tentu ingin menanyakan soalan seperti yang berikut:(a)Bagaimanakah kebolehan pelajar dalam bidang bahasa yang menggunaka media lisan (mendengar dan bertutur)?(b)Bagaimanakah kebolehan pelajar dalam bidang bahasa yang menggunakan media tulisan (membaca dan menulis)?Sama ada kemahiran bahasa itu dilihat dari sudut media bahasa (lisan dan tulisan), atau dari sudut kemahiran komunikasi (menyampaikan dan menerima), keempat-empat kemahiran asas bahasa (iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis) terlibat dan dianggap sama penting dalam pengajaran bahasa. Keempat-empat kemahiran asas tersebut sama penting, dan seharusnya diberikan penekanan yang sama dalam pengajaran dan penilaian.

7.2.2. Penilaian Kemahiran LisanKemahiran lisan mengandungi dua komponen iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini sama pentingnya dan seharusnya diberi penekanan yang sama juga dalam pengajaran dan penilaian. Akan tetapi, secara praktis di bilik darjah, aspek kemahiran mendengar tidak diberikan tumpuan yang sepatutnya berbanding dengan kemahiran bertutur. Para guru bahasa nampaknya lebih menekan kemahiran bertutur sahaja. Malah, istilah lisan itu bagai sinonim atau seerti dengan pertuturan sahaja. Sepatutnya, kemahiran mendengar diberi tumpuan yang sama penting kerana dalam komunikasi lisan, di samping menghantar atau menyampaikan mesej, kita perlu menerima mesej itu dalam bentuk pendengaran. Itulah sebabnya, Dakin (1980:31) pernah mengatakan bahawa:

Listening is one half of the process of communication.

Dengan itu, mari kita lihat kepentingan kemahiran mendengar dalam komunikasi lisan.

1.Penilaian Kemahiran Mendengar

Sama ada dalam dunia persekolahan atau dalam dunia pekerjaan, kemahiran mendengar amat penting. Sungguhpun sekolah merupakan institusi yang mengajar kemahiran tersebut, latihan dan ujian bagi menilai keberkesanan pengajaran tersebut memerlukan pelajar mendengar secara berkesan. Oleh itu, kemahiran mendengar yang baik dan berkesan diperlukan di bangku sekolah kerana:

tersebut memerlukan pelajar mendengar secara berkesan. Oleh itu, kemahiran mendengar yang baik dan berkesan diperlukan di bangku sekolah kerana:

(a)bagi memahami konsep, idea, isi dan maklumat yang berkaitan dengan setiap mata pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain buku teks dan bahan pembelajaran yang lain, penjelasan atau penerangan tentang sesuatu topik biasanya dilakukan oleh guru secara lisan dan memerlukan pelajar mendengar dan memahami dengan baik.(b)dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mendidik (mengajar dan melatih) pelajar supaya boleh berfikir dan memberi idea atau pendapat sendiri tentang sesuatu. Seseorang pelajar itu tidak akan dapat berbuat demikian atau memberi tindak balas yang sewajarnya, sekiranya ia tidak faham apa-apa yang didengarnya.(c)kemahiran mendengar penting bagi mendapatkan data atau maklumat mengenai sesuatu bukan sahaja semasa guru mengajar. Selain itu, sebahagian besar pengetahuan yang pelajar peroleh datangnya daripada sumber pendengaran yang lain seperti daripada radio, televisyen, perbualan,ceramah, forum, dialog dan seumpamanya. Ini adalah sumber tambahan yang pelajar boleh mendapatkan data atau maklumat dan menambahkan pengetahuan, boleh berfikir, mentafsir dan menilai tentang apa yang didengarnya, dan menajamkan pemikirannya.

Penyataan di atas tadi menunjukkan bahawa kemahiran mendengar itu perlu disertai dengan kemahiran memaham apa yang didengar . Kita harus membezakan proses mendengar dan memahami pendengaran sebab bukan semua orang yang boleh mendengar dan memahami apa yang didengarnya. Malahan, antara orang yang faham apa yang didengarnya, terdapat pula perbezaan tentang tahap kefahamannya. Ini kerana tahap kemahiran mendengar dan memahami apa yang didengar itu berbeza daripada individu ke indidividu. Pada keseluruhan, proses tersebut memerlukan seseorang itu:

(a)mendengar dengan teliti,(b)memahami, dan(c)menilai atau mentafsir maklumat, idea, isi bahan yang didengar.

Objektif Menguji Kemahiran MendengarBerdasarkan perbincangan kita setakat ini, maka objektif kita menguji kemahiran mendengar seharusnya menepati gagasan (konstrak) atau konsep kita tentang kemahiran tersebut. Konsep kita mengenai kemahiran mendengar seharusnya mengandungi beberapa subkemahiran penting seperti:

i.Kebolehan mendengar bunyi bahasa yang diperdengarkan dan mengenalinya dari segi struktur linguistik bahasa tersebut, seperti perbendaharaan kata, tatabahasa, fonologi, semantik, idiom, sintaksis dan seumpamanya.ii.Pengetahuan tentang struktur linguistik sesuatu bahasa yang didengarnya (aspek yang tersebut di atas), dalam usaha mencari makna dan memahami apa yang didengar. Jadi aspek kefahaman adalah teras dalam menguji kefahaman mendengar. Aspek kefahaman mendengar (listening comprehension) akan diuji secara langsung, sungguhpun aspek bahasa (struktur linguistik) yang tersebut dalam (a) akan teruji secara tidak langsung dalam pengujian kemahiran tersebut.iii.Aspek kefahaman mendengar yang dimaksudkan dalam (b) itu merupakan kefahaman yang literal. Ia seharusnya merupakan teras ujian untuk menjadi asas bagi kefahaman pada peringkat yang lebih tinggi iaitu mentafsir dan menilai maklumat, isi, idea atau cerita yang didengar. Oleh yang demikian, selain menilai kefahaman pelajar mendengar yang perlu dan sesuai, para guru patut juga menguji kebolehan pelajar menganalisis dan menilai apa yang didengarnya. Kemahiran mendengar secara kritis adalah matlamat akhir dalam mengajar kemahiran tersebut, terutama sekali di peringkat persekolahan menengah atau yang lebih tinggi lagi.

Teknik Menguji Kemahiran MendengarSebaik-baiknya kemahiran mendengar ini diuji berdasarkan konteks yang sebenar. Oleh sebab situasi di sekolah menghadapi kekangan untuk mendapatkan konteks tersebut, jadi guru perlu menyediakan konteks yang berupa simulasi dan sampel daripada situasi mendengar tersebut. Antara teknik bagi menguji kemahiran mendengar itu ialah:

i.Ujian Mendengar Petikanii.Ujian Mendengar Pragrafiii.Ujian Imlak

i.Ujian Mendengar PetikanCara menjalankan ujian ini:

Bahan Petikan diambil atau dipetik daripada majalah, buku, ucapan atau pidato, cerita, akhbar, syarahan dsb. Sesuatu petikan boleh terdiri daripada beberapa perenggan.Jumlah perkataan bagi sesuatu petikan yang paling sesuai ialah 300 perkataan .Sebanyak 10 soalan objektif aneka pilihan boleh dibina daripada petikan Tema, isi cerita, perbendaharaan kata dan kompleksiti ayat perlu seuai dengan tahap pencapaian pelajar.I.

PelaksanaanPelajar diberi soalan mengenai petikan yang akan dibaca.Guru membaca petikan pada kali pertama dan pelajar mendengar dengan teliti.Selepas membaca, pelajar diberi 8 minit untuk menjawab soalan.Kemudian, guru membaca petikan untuk kali kedua. Pelajar terus mendengar dan memahami teks.Pelajar diberi 8 minit lagi untuk menjawab soalan yang belum dijawab.II.

Peringatan:Petikan tidak diedarkan kepada pelajar kerana ini bukan kemahiran membaca. Pelajar hanya dikehendaki mendengar petikan yang dibaca oleh guru dan kemudiaannya menjawab soalan yang ditanyakan.

Contoh:Papa memberitahuku aku, dia datang untuk mengambil aku pulang ke Kuala Lumpur. Kata Mama, kawan-kawan di sekolah muzik selalu bertanya tentang diriku. Kata mama juga, papa sudah membeli organ baru untukku.Baliklah, Rid boleh main organ sendiri! Pujuk mama.Aku tidak memberi sebarang jawapan. Mama risau dengan sikapku. Papa pun demikian juga. Mungkin mama dan papa menyangka, aku sudah merajuk kerana sudah lama berjanji untuk membeli organ tidak ditunaikan.Papa memberitahu Pak Cik Sani tentang rancangannya untuk membawa aku pulang ke Kuala Lumpur. Pak Cik Sani tidak melarang, tetapi katanya, aku sedang belajar agama dengan Hamzah di sekolah. Muka papa dan mama berubah corak. Aku tidak mengerti kenapa wajah papa dan mama begitu.( Dipetik daripada cerpen Buku Catatan Farid Badrul, karya Mohd. Tajudin Abdul Rahman, antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2, DBP)

1.Apakah tujuan papa dan mama aku datang ke rumah Pak Cik Sani?(A) untuk bercuti panjang di kampung(B) untuk mengajak aku balik ke bandar(C) untuk memberitahu aku tentang piano yang baru dibeli oleh Papa(D) untuk memujuk aku supaya jangan merajuk lagi.

2.Apakah perwatakan aku yang patut dicontoh oleh pelajar-pelajar?(A)enggan menerima pemberian orang(B)malu untuk bertanya(C)sukar membuat keputusan(D)gigih belajar agama

ii.Ujian Mendengar ParagrafParagraf yang dimaksudkan dalam teknik ini ialah perenggan kecil. Dalam teknik ini paragraf pendek yang diperdengarkan (dibacakan dengan nyaring) oleh guru berasingan dari segi cerita, tema atau isinya, dan tidak berkaitan antara satu dengan yang lain. Yang demikian misalnya, setiap paragraf merupakan satu petikan yang dikutip daripada sumber yang berlainan. Sesuatu ujian itu mungkin terdiri daripada beberapa petikan (paragraf) A, B, C, D, E, F dan seterusnya. Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengannya.

Cara menyediakan soalan kefahaman mendengar bagi setiap petikan atau paragraf tersebut sama dengan teknik aneka pilihan. Cara mentadbirkan ujian adalah hampir sama. Perbezaannya ialah cuma dari segi murid menjawab soalan, iaitu menurut giliran selepas guru selesai memperdengarkan sesuatu petikan seperti Petikan A, B, C, D dan seterusnya. Kertas soalan bagi setiap petikan itu perlu diedarkan oleh guru sebelum ujian dimulakan. Petikan paragraf yang digunakan itu diperdengarkannya sekali, dan pelajar-pelajar dikehendaki menjawab 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengan sesuatu petikan paragraf itu selepas guru selesai membacanya. Misalnya, selepas guru selesai membaca petikan (A), pelajar akan menjawab soalan petikan (A); dan kemudian baru guru membacakan petikan (B). Apabila selesai, pelajar dikehendaki menjawab soalan yang disediakan bagi petikan (B). Demikianlah seterusnya menurut giliran.

Ujian kefahaman mendengar paragraf ini dianggap lebih sesuai bagi pelajar menengah rendah, seperti tingkatan satu dan dua. Perlu diingatkan kepada para guru bahawa ini ialah ujian kefahaman mendengar dan bukan ujian kefahaman membaca. . Oleh sebab ini ialah ujian kefahaman mendengar, maka paragraf tersebut hanya diperdengarkan kepada pelajar-pelajar melalui bacaan nyaring oleh guru yang menjalankan ujian.

iii.Ujian ImlakImlak sebagai satu ujian kemahiran mendengar telah diutarakan oleh Oller (1979). Menurut beliau, ujian imlak bukanlah semata-mata ujian tentang ejaan malahan lebih daripada itu. Bagi beliau, imlak menguji konstrak kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa dan kefahaman mengenainya dalam bahasa yang didengar. Seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dari segi fonologi (sistem bunyi), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik (sistem maknanya). Dengan itu, imlak tepat menguji kefahaman pendengaran dalam sesuatu bahasa, dan bukan ejaan semata-mata. Kemahiran mengeja menjadi penting kerana pendengar dikehendaki menulis semula apa-apa yan didengarnya dalam ujian imlak. Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialah menulis semula sesuatu keratan (petikan paragraf) yang diperdengarkan. Berbanding dengan teknik lain, ujian imlak lebih praktis kerana lebih mudah dari segi menyediakan bahan ujian, mentadbirnya dan memeriksanya. Dari segi persediaan, guru hanya memilih keratan yang hendak diperdengarkan. Ia tidak memerlukan peralatan seperti mesin taip, stensil, mesin pendua, dakwat cetakan, radio atau kaset. Ia dianggap sangat praktis kerana tidak memakan masa yang banyak dari segi persediaan. Dari segi mentadbirkan ujian, guru tidak perlu mengedarkan kertas soalan dalam bentuk aneka pilihan, seperti mana yang diperlukan apabila menggunakan teknik lain. Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang telah dipetik daripada buku atau majalah. Dari segi tindak balas pelajar, mereka dikehendaki mendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang didengar. Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah dan menengah. Pemeriksaan dan pemarkahannya adalah secara objektif; dan ketekalan pengukuran antara pemeriksa adalah sangat tinggi.

Arahan Bagi Ujian ImlakAdalah amat penting bagi pelajar-pelajar diberikan arahan yang jelas tentang ujian ini pada peringkat awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak dijalankan. Arahan seperti yang berikut boleh diberikan secara lisan:

Saya ingin menguji kemahiran anda mendengar dan memahami keratan cerita yang akan saya bacakan. Oleh kerana ujian ini dalam bentuk imlak, anda dikehendaki menulis semula keratan yang akan saya bacakan secara nyaring. Anda akan mendengar saya membacakan keratan cerita ini tiga kali.

Pada kali yang pertama, saya akan membacanya mengikut kadar kelajuan orang bercakap. Anda hanya mendengar dan cuba fahamkan sebanyak yang boleh. Pada kali kedua, saya akan membacanya dengan hentian sementara dan mengikut kadar kelajuan yang sesuai bagi anda mendengarnya. Anda tuliskan semula setiap perkataan yang anda dengar. Berhubung dengan bacaan seperti koma bernoktah (;) dan noktah (.) akan saya beritahu apabila ada. Pada kali yang ketiga, saya akan membaca keseluruhan keratan cerita ini semula menurut kadar kelajuan orang bercakap. Sambil itu anda semaklah apa yang telah anda tulis. Anda tuliskan hanya apa yang anda dengar.

Cara Membacakan Keratan ImlakMula-mula bacakan keratan satu kali kepada pelajar sebelum Ujian Imlak itu dijalankan. Selepas imlak dijalankan , bacakan teks itu keseluruhannya sekali lagi untuk semakan pelajar. Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu pengujian dan selepas pengujian. Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan kesempatan pelajar mendengar, memahami dan menulis; dan keratan dibacakan dengan gaya yang natural (biasa). Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda (pauses) dan intonasi yang betul. Yang berikut ialah satu contoh keratan imlak dan tanda jeda yang sesuai dalam penyampaiannya:

Contoh:Keratan Ujian Imlak Pada petang itu, / cuaca sungguh nyaman./ Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa./ Matahari hampir terbenam./ Cahayanya yang merah itu/ menyinari permukaan air laut/ menjadikannya berkilau-kilauan./ Ombak berkejar-kejaran/ ke tepi pantai./ Apabila sampai ke tepi pantai/ ombak itu pun pecah, / buihnya menjamah pasir pantai/ yang halus dan putih itu./ (Abdul Aziz Abdul Talib,1996).

Cara Memberi MarkahMarkah penuh bagi sesuatu Ujian Imlak adalah mengikut jumlah bilangan perkataan yang terdapat dalam keratan imlak yang dibacakan itu. Misalnya, 100 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 100 patah perkataan. Pengagihan markah adalah seperti berikut:

Bil.MarkahKeterangan

1.1 markahBagi setiap perkataan yang betul tepat dengan bacaan daripada teks asalnya.

2.1 markah

atau markah

Bagi setiap perkatan yang tersilap ejaannya, tetapi mempunyai kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan tidak membawa maksud lain kepada ayat/ keseluruhan teks asalnya. Contoh: bilik ditulis sebagai bilek. Kelainan fonem yang tidak mengubah maksud dalam Bahasa Melayu adalah dimaafkan.

Bagi kesilapan seperti di atas jika guru perlu menggunakan sistem pemarkahan yang lebih ketat .

3.0 markahBagi setiap perkataan yang salah ejaannya dan tiada kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan yang tidak membawa maksud dan maksud yang berlainan daripada konteks ayat/keseluruhan teks asalnya.

Ini termasuklah jenis kesalahan : tinggalan bunyi huruf/ perkataan/ imbuhan yang ditinggalkan tambahan bunyi huruf/ imbuhan/perkataan yang ditambah pembalikan - huruf/ perkataan frasa yang dituliskan secara terbalik atau songsang gantian bunyi huruf yang membawa maksud yang berlainan dalam Bahasa Melayu seperti jadi-jati, telur-telor.

Jadual 4: Cara Pemarkahan Imlak

Sumber: Abdul Aziz Abu Talib (1996: 45-57 )

Berdasarkan contoh di atas dapat disimpulkan bahawa isi kandungan ujian bagi menguji keseluruhan prestasi kefahaman mendengar, bolehlah dibahagikan menurut aspek-aspek yang berikut: kebolehan untuk menerima berita dan memahami apa yang disampaikan ( seperti telefon, berita radio/ televisyen). Kebolehan untuk membuat kesimpulan yang mudah dan tepat daripada bahan-bahan yang tidak dinyatakan secara eksplisit ( seperti wacana tersirat). Kebolehan untuk memahami masalah congak kira-kira yang mudah ( seperti dalam situasi mencampur barang-barang yang dibeli jual beli). Kebolehan untuk menangkap perbendaharaan kata dan konsep secara tersendiri dalam situasi konteks ( seperti makna perkataan dalam konteks). Kebolehan untuk membezakan konsep-konsep tatabahasa ( seperti pefrbezaan morfologi imbuhan). Kebolehan untuk meneliti perbezaan dalam rima ( seperti intonasi dan tekanan dalam struktur).Kesemua kandungan ini haruslah diletakkan dalam konteks yang bermakna, dan tidak wajar diuji berasingan atau bersendirian.Contoh yang diperkatakan terdahulu lebih cenderung untuk menguji kemahiran mendengar. Misalnya, kemahiran mendiskrimasi fonem, bentuk atau pola-pola intonasi, tekanan dan nada tertentu dalam ayat.

Teknik Menguji Kefahaman MendengarUjian kefahaman mendengar pula memerlukan pelajar memahami apa yang didengar. Pelajar akan mendengar petikan yang telah dirakamkan, dan hanya berhadapan dengan satu keping kertas jawapan untuk menanda pilihannya daripada soalan-soalan yang didengarnya melalui pita rakaman itu.

Contoh:Saya hairan mengapa Perhentian Bas Jitra berlainan daripada perhentian bas di tempat lain. Penumpang-penumpang terpaksa berdiri di tengah-tengah panas untuk menanti bas.

Soalan:1.Perhentian bas Jitra....(A) tidak cantik.(B) tidak berlindung.(C) tidak ada tempat yang khas.

2.Kata-kata di atas bersifat....(A)sindiran.(B)membina.(C)merosakkan.

3.Apakah yang menjadi pokok perbualan dalam rakaman di atas?(A)Perhentian Bas Jitra.(B)Penumpang-penumpang bas.(C)Keadaan cuaca.

Sumber: Azman Wan Cik (1994: 63-64)

RumusanDaripada contoh di atas dapat dirumuskan bahawa aspek pengujian kemahiran mendengar bukan sahja melibatkan kemahiran dan kecekapan mendiskriminasikan bunyi-bunyi tetapi juga melibatkan kemahiran memahami sesuatu yang didengar. Selain itu, pengujian kemahiran ini seharusnya melibatkan kemahiran bahasa yang lain khususnya kemahiran lisan dan tulisan. Begitu juga, pengujian ini boleh melibatkan penerapan kemahiran dan isi kandungan daripada mata pelajaran lain, selain menyepadukan penggunaan beberapa unsur bahasa iaitu seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sistem ejaan.Tegasnya, penilaian terhadap kemahiran mendengar ini seharusnya diberi perhatian penting kerana sekiranya pengamatan pelajar itu lemah, maka dia akan mengalami kesukaran untuk mengikuti apa yang diajarkan oleh gurunya dan ini tentunya akan menjejaskan pencapaiannya.

2.Penilaian Kemahiran Bertutur

Mohd Hilmy Hj Ismail (1982:69) pernah menekankan bahawa: Pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulisSubkemahiran Kemahiran BertuturApakah subkemahiran penting yang berkaitan dengan kemahiran bertutur yang perlu diajar dan dilatih oleh para guru di sekolah? Subkemahiran tersebut bolehlah disenaraikan seperti yang berikut:

i.bercakap dengan berani dan yakin dan dengan suara yang jelas supaya dapat didengar dan difahami oleh orang yang mendengarnya.ii.bercakap dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai dan baik dalam pertuturan.i. bercakap dengan sebutan yang jelas dan betul menurut sebutan bahasa Melayu standard.ii. bercakap menurut intonasi yang betul dan kualiti suara yang baik dan menarik, dan tidak membosankan.iii. Bercakap dan melahirkan idea atau fikiran dengan pertuturan yang berkesan iaitu logik, teratur, natural, spontan, lancar, jelas, penuh tenaga dan minat.

Teknik Menilai Kemahiran Bertutur i.Bacaan Nyaring/ Bacaan Lisan/ Bacaan Kuat Bacaan lisan ( oral reading) sebenarnya satu jenis ucapan. Dalam bacaan secara lisan atau secara nyaring proses membaca sememangnya berlaku. Akan tetapi fungsinya dari komunikasi bahasa ialah untuk menghantar atau meyampaikan mesej atau maklumat kepada sekumpulan pendengar atau penonton. Ini sering berlaku dalam situasi formal seperti :a.Seseoranmg itu berucap dengan membaca teks ucapan yang telah disediakan secara bertulis dalam majlis rasmi.a. Pemberita di radio atau televisyen membacakan berita daripada teks berita yang telah disediakan secara bertulis.b. Seseorang setiausaha melaporkan minit mesyuarat yang lalu.c. Seorang peserta telah menyampaikan kertas kerjanya dalam satu seminar.d. Seseorang yang melafazkan puisi seperti sajak atau syair.

Dalam situasi di atas, seseorang itu membacakan teks yang bertulis secara lisan dengan tujuan hendak menyampaikan idea, maklumat, fikiran atau pendapat kepada sekumpulan pendengar atau penonton. Dengan itu ucapan yang dibacanya itu dianggap sebagai satu pertuturan. Jadi, tugas bacaan nyaring adalah menyampaikan komunikasi secara lisan, sungguhpun menggunakan teks yang telah disediakan teks secara bertulis terlebih dahulu.Keratan bacaan yang hendak digunakan bagi menguji bacaan lisan hendaklah sesuai dengan peringkat pelajar yang akan diuji. Guru perlu menentukan kesesuaiannya dari segi isi keratan, perbendaharaan kata dan kompleksiti ayat. Biasanya keratan yang panjangnya dalam lingkungan 200 500 patah perkataan sesuai dengan pelajar sekolah menengah.Yang berikut ialah satu senarai semak yang boleh digunakan oleh guru sebagai garis panduan memberi markah apabila mendengar seseorang pelajar membaca secara nyaring.

Suara dan Penyebutani. Pada keseluruhannya adakah bacaan pelajar didengar dengan jelas?ii. Adakah sebutan perkataan betul menurut Bahasa Melayu standard?iii. Adakah pelajar membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang betul?iv. Adakah kualiti suaranya menarik?v. Adakah pelajar membaca dengan berani tanpa takut atau gentar?

Kelancarani. Adakah pelajar membaca dengan lancar tanpa tersekat-sekat?ii. Adakah pelajar membaca mengikut jeda atau frasa yang sesuai dan mengikut unit makna/pemikiran yang betul?iii. Adakah murid membaca mengikut tanda bacaan dengan betul: (Misalnya; ,/ ;/ ?/ !/ /, dan seumpamanya)iv. Adakah pelajar membaca dengan kadar kelajuan yang sesuai dan cara yang selesa.

Kefahamani. Adakah pelajar membaca dengan yakin dan bermakna (menunjukkan yang dia faham apa yang dibacanya)ii. Adakah pelajar membaca mengikut maksud teks atau menyampaikan maksud penulis? Misalnya menyampaikan maklumat (kenyataan, berita, fakta dan seumpamanya) dengan jelas; dan/ atau menyampaikan perasaan penulis (marah, hairan, sedih, suka , simpati, takut dan seumpamanya) dengan betul.iii. Adakah pelajar membaca dengan intonasi, tekanan, jeda dan unit-unit makna yang betul dan sesuai menurut isi/ tema teks yang dibaca?iv. Adakah pelajar menggunakan tanda bacaan yang betul dan berkesan?

Selepas seseorang pelajar membaca, guru perlu pula merumuskan keseluruhan tanggapannya terhadap bacaan pelajar secara keseluruhannya. Pada tahap ini, pemarkahan boleh dilakukan dengan menggunakan skala ukuran global 5 mata seperti yang berikut:

Markah/Gred Penilaian

5 (A)

4 (B)

3 (C)

2 (D)

1 (E)CemerlangBacaan yang tepat, jelas, lancar dan berkesan. Tidak ada kesalahan sebutan dan intonasi. Penuh keyakinan dan selesa.

BaikBacaan yang hampir tepat dari segi segala aspek penting.

SederhanaBacaan yang masih jelas, tetapi dengan suara yang mendatar dan agak membosankan. Sedikit kesilapan.

LemahBacaan yang kurang jelas, terdapat beberapa kesalahan sebutan, intonasi dan jeda. Menunjukkan kurang kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca.

Sangat LemahBacaan yang tidak jelas, terhenti-henti atau tergagap-gagap. Banyak kesalahan sebutan, intonasi dan jeda. Tidak menunjukkan kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca. Susah hendak difahami oleh penguji. Sangat mengecewakan kedua-dua pihak (pelajar dan penguji).

Latihan 61. Kenapakah kemahiran bacaan lisan ini seharusnya diberikan penekanan yang cukup oleh guru sama ada dari segi pengajaran, latihan dan pengujiannya?2. Dalam bacaan lisan, bolehkah soalan kefahaman diajukan kepada pembaca dan diberi markah?

ii. Kemahiran BercakapBeberapa teknik yang biasa digunakan oleh para penguji bagi mengukur kemahiran pelajar-pelajar bercakap adalah seperti berikut:(a) Berbual menurut tajuk.(b) Berucap menurut topik/tema.

a.Berbual Menurut TajukSeperti ujian bacaan lisan, ujian perbualan hendaklah dijalankan dalam sebuah bilik berasingan yang bebas daripada sebarang gangguan bunyi bising. Perbualan hendaklah berdasarkan sesuatu tajuk yang dirasai sesuai bagi peringkat pelajar. Bagi peringkat sekolah menengah rendah, tajuk perbualan yang berkaitan dengan rumah dan keluarga, sekolah, hobi, makanan, permainan dan sukan, hari jadi, lawatan, binatang belaan, kawan, buku cerita, majalah, program radio, televisyen, filem dan seumpamanya, biasanya menarik minat dan membolehkan pelajar bercakap dan berbual. Tujuan kita memberi sesuatu tajuk itu ialah sebagai rangsangan atau stimulus bagi pelajar mula bercakap dan berbual dalam Bahasa Melayu. Tujuan utama kita ialah hendak mendengar bahasa pertuturannya, dan bukan menguji pengetahuan atau kepakarannya mengenai sesuatu tajuk.Bagi peringkat sekolah menengah atas pula, tajuk yang berkaitan dengan peristiwa semasa, perkara yang menarik minat pada peringkat negara, aktiviti di sekolah dan di luar sekolah yang berhubung dengan kehidupan remaja dianggap lebih sesuai bagi pelajar yang agak dewasa. Yang berikut adalah beberapa contoh tajuk untuk ujian perbualan pada peringkat sekolah menengah atas:

1. Gejala gangsterism di kalangan remaja pada masa ini.2. Nasib Bahasa Melayu kita pada tahun 2020.3. Faedah melayari internet.4. Negara di seberang laut yang saya suka lawati.

Bagi temu ramah atau perbualan, sebaik-baiknya seorang penguji atau penemuramah itu dibantu oleh seorang yang lain. Sambil seseorang penemuramah berbual dengan pelajar yang diuji, penguji seorang lagi itu akan mendengar, memerhati, memberi markah dan menilai pertuturan pelajar. Penguji yang berbual, tugasnya semata-mata membawa pelajar berbual; dan yang seorang lagi, tugasnya semata-mata sebagai pengukur dan penilai. Terdapat dua jenis skim pengagihan markah yang boleh dipilih oleh para guru apabila mendengar seseorang pelajar itu berbual dalam ujian bertutur iaitu:(a) secara tanggapan yang menyeluruh, atau(b) secara terperinci yang meneliti subkemahiran penting yang berkaitan dengan bahasa pertuturan.

Skim Pemarkahan Secara Tanggapan MenyeluruhSelepas mendengar seseorang pelajar itu bercakap melalui perbualan, seseorang penguji itu akan cuba mendapatkan satu ukuran tentang kemahiran seseorang pelajar itu bertutur. Dengan menggunakan skala 6 mata, penguji akan meletakkan taraf kemahiran pelajar bertutur pada skala yang difikirkannya paling sesuai berdasarkan tanggapannya pada keseluruhan pertuturan pelajar dalam perbualan tersebut.

6 (A)

5 (B)

4(C

3 (D))

2 (E)

1 (F)

CemerlangPertuturan setaraf dengan penutur jati yang terdidik. Cukup senang dan fasih menggunakan Bahasa Melayu bagi tajuk yang diperbualkan.

BaikSungguhpun tidak sebaik penutur jati, dia bertutur dengan jelas. Dia tidak mengalami sebarang masalah memahami Bahasa Melayu dan boleh berbuat dengan senang tanpa masalah.

MemuaskanPerbualan yang memuaskan dan tidak merupakan banyak masalah bagi penutur jati memahaminya. Terdapat sedikit kesilapan tatabahasa, perbendaharaan kata dan penyebutan, tetapi masih boleh berbual dengan senang tentang tajuk. Sekali-sekala dia terpaksa membetulkan kesilapannya, tetapi tidak memberikan banyak masalah untuk memahaminya.

Kurang MemuaskanSungguhpun kadangkala bahasa lisannya agak memuaskan, tetapi kadang-kadang penutur jati mengalami beberapa masalah berhubung dengannya. Dia terpaksa mengulang-ulang frasa dan ayat sebelum difahami.

LemahSusah hendak difahami oleh penutur jati; dan pelajar juga susah hendak memahami percakapan penutur jati. Perbualan sangat terhad. Terdapat banyak kesilapan fonologi, tatabahasa dan perbendaharaan kata.

Sangat LemahTerlalu sukar hendak difahami atau memahami pertuturan tentang apa-apa tajuk sekalipun.

Skim Pemarkahan Secara Terperinci.Bagi ujian yang bercorak formatif dan yang dijalankan oleh guru bagi tujuan diagnostik, iaitu untuk melihat kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar dalam subkemahiran penting, skim pemarkahan secara terperinci adalah lebih berguna. Menurut skim ini, setiap subkemahiran penting yang berhubungan dengan pertuturan dalam perbualan akan diteliti dan diukur menurut skala 6 mata yang telah ditentukan bagi tatabahasa, perbendaharan kata, pemahaman, kelancaran dan keteloran.

Tatabahasa

(i) Hampir semua tatabahasa tidak tepat, melainkan frasa biasa.(ii) Sentiasa membuat kesilapan, menunjukkan penguasaan yang sangat terbatastentang pola utama tatabahasa dan kerapkali menjejaskan komunikasi.(iii) Kerapkali membuat kesilapan kerana belum dapat menguasai pola utama tatabahasa. Ini mengganggu komunikasi dan pemahaman.(iv) Kadangkala membuat kesilapan yang menunjukkan kurang tepat penguasaan tentang pola-pola tertentu, tetapi bukan kelemahan yang boleh menjejaskan pemahaman.(v) Sedikit kesilapan, tanpa pola yang boleh menjejaskan pemahaman.(vi) Tidak lebih daripada dua kesilapan dalam keseluruhan perbualan.

Perbendaharaan Kata

(i) Tidak cukup perbendaharaan kata walaupun untuk perbualan yang senang.(ii) Perbendaharaan kata terhad kepada bidang asas tentang diri dan kehidupan sehari-harian (keluarga, rumah, makanan dan lain-lain).(iii) Penggunaan perkataan kadangkala tidak tepat. Perbendaharaan kata yang terhad menghalang perbualan tentang tajuk.(iv) Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk perbualan memuaskan. Ini membolehakan pelajar berbual dan berbincang.(v) Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk perbualan adalah luas dan tepat.(vi) Perbendaharaan kata pelajar adalah setepat dan seluas perbendaharaan kata seorang penutur jati yang terdidik.

Pemahaman

(i) Sangat sedikit walaupun perbualan yang paling senang.(ii) Hanya boleh memahami percakapan yang disampaikan secara perlahan. Sentiasa meminta kata-kata diulang semula.(iii) Boleh memahami percakapan yang disampaikan dalam bentuk yang agak senang atau ringkas dan kerapkali memerlukan ulangan di sana sini.(iv) Boleh memahami percakapandlam perbualan dengan baik. Tetapi sekali-sekala meminta kata-kata diulang semula.(v) oleh memahami keseluruhan perbualan, melainkan jika terdapat bahasa idiomatik; atau kata-kata yang disebutkan dengan laju, atau yang tidak disebutkan dengan jelas.(vi) Boleh memahami keseluruhan perbualan dengan baik, sama ada dalam Bahasa Melayu standard atau bahasa kolokial/idiomatic yang biasa dituturkan oleh seorang penutur jati yang terdidik.

Kelancaran

i) Pertuturan terhenti-henti dan tersekat-sekat. Tidak memungkinkan berlaku perbulan.ii) Pertuturan sangat lambat dan tidak licin, melainkan bagi ayat-ayat yang pendek dan biasa.iii) Pertuturan tersangkut-sangkut dan terdapat ayat yang tidak lengkap.iv) Kadangkala pertuturan tersangkut-sangkut dan mengulang-ulang kata atau frasa.v) Pertuturan yang biasa (natural) dan licin, tetapi tidak semahir penutur jati.vi) Pertuturan dalam keseluruhan perbualan semahir seorang penutur jati

b.Berucap Mengikut Topik / TemaTeknik ini mungkin boleh digunakan bagi peringkat sekolah menengah sahaja. Menurut teknik ini, pelajar diberi pilihan beberapa topik yang sesuai dan menarik. Seseorang pelajar akan memilih satu topik daripada pilihan yang diberikan, dan diberi masa satu atau dua hari bagi menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik yang dipilih. Teknik ini mempunyai risiko atau bahaya kerana seseorang pelajar itu mungkin akan menghafalkan keseluruhan ucapannya. Bagi memberi markah dan mengukur kemahiran pelajar bertutur menggunakan teknik berucap menurut topik ini, skim pemarkahan secara tanggapan menyeluruh atau skim pemarkahan secara terperinci bolehlah digunakan dengan sedikit perubahan.

iii.Kemahiran Bertutur/ Berinteraksi a.Temubual/ Temuduga Teknik temubual atau temuramah dalam menilai kemahiran bertutur ini memberi peluang yang lebih bebas kepada pelajar untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar, iaitu wujud interaksi di antara si penemuramah atau penemuduga (guru) dengan pelajar. Guru dapat melihat kebolehan sebenar pelajar dalam menggunakan bahasa yang mereka pelajari itu secra lisan dalam konteks yang hampir-hampir natural

Cara pelaksanaannya: Situasi

Wujudkan situasi yang tenang supaya pelajar boleh berinteraksi secara berterusan dalam keadaan selesa.Pada peringkat awal guru perlu mewujudkan rapport yang baik dengan pelajar.Soalan-soalan yang sesuai adalah seperti:

Apa khabar?, Di manakah kamu tinggal, Berapa orang adik beradik kamu?, Kamu anak yang keberapa?, dan sebagainya. Temubual ini hendaklah berjalan dengan lancar, iaitu sebaiknya tidak berlaku suasana terdiam seketika seolah-olah telah kehilangan idea, yang akan menyebabkan pelajar berasa sereba salah dan panik.

Soalan Guru hendaklah menyediakan pelbagai soalan dan menggunakan teknik penyoalan yang berbeza supaya interaksi boleh berterusan dan pelajar boleh menghasilkan bentuk ayat dalam pelbagai ragam.

Soalan-soalan juga hendaklah seimbang dari segi tahap kesukarannya. Sebaiknya, kesukaran soalan disesuaikan dengan keadaan pelajar dan diajukan secara berperingkat iaitu dari soalan mudah diikuti dengan soalan yang susah. Soalan mudah dan sukar itu boleh juga diselang-selikan supaya pelajar tidak bosan dan yakin diri.

Guru sebaiknya bersikap luwes (flekxible)semasa menjalankan sesi temubual atau temuduga ini.

Penyertaan Dua orang pelajar boleh berinteraksi dalam satu sesi. Ini lebih realistik kerana dalam kehidupan seharian orang berkomunikasi bukan sahaja dalam suasana seorang lawan seorang tetapi juga di dalam kumpulan . Guru juga boleh melihat bagaimana kebolehan pelajar-pelajar itu bertukar-tukar pendapat , berhujah, bertolak ansur dan bersedia menerima buah fikiran orang lain, serta mengesan nilai ketasusilaan bahasa yang digunakan.

Kesimpulannya, melalui temubual atau temuduga, kemahiran seseorang dalam menggunakan bahasa pertuturan dapat dilihat dengan jelas. Dengan itu subkemahiran bertutur itu dapat dinilai dengan mudah.

b.Main PerananTeknik juga boleh dijalankan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasi-situasi tertentu yang memerlukan pelajar memainkan peranan-peranan tertentu dan menerangkannya dengan jelas sebelum menyuruh melakonkan apa yang diarahkan. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu atau secara berpasangan. Contoh:

Guru berperanan sebagai seorang kaki tangan pejabat pos dan pelajarnya yang hendak diuji berperanan sebagai seorang pelanggan yang hendak mengeposkan surat berdaftar. Guru menyuruh pelajar berlakon sebagai pelanggan dan berkomunikasi dengannya, seolah-olah seperti situasi di pejabat pos yang sebenarnya. Dalam interaksi itu guru mestilah juga memainkan peranannya secara natural supaya pelajar tidak berasa gentar. Pilih dua orang pelajar, tentukan peranan masing-masing, misalnya pelajar A sebagai doktor dan pelajar B sebagai seorang bapa yang hendak mengetahui keadaan anaknya yang berada di Unit Rawatan Rapi. Minta kedua-dua pelajar itu melakonkan peranan masing-masing secara spontan.

Teknik ini dapat melihat pelajar menggunakan bentuk dan ragam bahasa yang sesuai mengikut situasi, lantas dapat menilai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum tadi.Sumber: Raminah Hj Sabran (1991: 103-104)

IV. Kemahiran Penggunaan Bahasa Secara Lisan Menguji kemahiran penggunaan bahasa secara lisan ini boleh merangkumi bidang-bidang kognitif seperti:a.Memberi definisi kepada sesuatu perkataan.Bahan / Soalan Senaraikan beberapa jenis objek yang ada kaitan dengan minat pelajar. Soalan-soalan yang boleh digunakan ialah:i.Apakah benda ini?ii.Ceritakan apa yang kamu tahu mengenai benda ini?iii.Bolehkah kamu terangkan lagi?Langkah-langkah yang diambil Guru mencatat jawapan yang diberi oleh pelajar. Semasa mencatat jawapan, guru harus memberi perhatian terhadap sambutan yang boleh dimasukkan di dalam kategori:i.label atau pengelasan objek itu.ii.warnaiii.bentuk atau ciri-ciri fizikaliv.fungsiv.perbandingan yang dibuat, sama ada persamaan atau perbezaan dengan benda-benda lain.

Cara Pemarkahan

MarkahSambutan

5

4 3 2 1 0Jawapan yang mengandungi kesemua pembahagian yang disebut tadi.Mengandungi 4 kategori sahaja.Mengandungi 3 kategori sahaja.Mengandungi 2 kategori sahaja.Mengandungi 1 kategori sahaja.Tidak sesuai.

Jadual 5: Pemarkahan Ujian Memberi Definisi/ Konsep

b.Mengukur Kualiti PemikiranBahan / Soalan Sediakan beberapa keping gambar atau lukisan yang menunjukkan aktiviti atau pergerakan. Tunjukkan gambar atau lukisan itu kepada pelajar. Soalan-soalan yang mungkin ditanya ialah:i. apakah yang berlaku di dalam gambar ini?ii. Bolehkah kamu ceritakan apakah yang kamu lihat di dalam gambar ini?

Langkah-langkah yang diambil Tanyakan soalan pertama kepada pelajar. Jikalau jawapannya terlalu kabur, beri soalan kedua ( atau soalan-soalan lain yang agak lebih sesuai lagi). Catat semua soalan.

Cara Pemarkahan

MarkahSambutan

3 2 1 0Markah untuk jawapan yang sangat terang dan bersesuaian dengan rangsangan yang diberi.Markah untuk jawapan yang kurang jelas atau kurang tepat.Markah untuk pelajar yang mencuba tetapi tidak betul.Untuk pelajar yang tidak mencuba langsung.

Jadual 6 : Pemarkahan Mengukur Kualiti Pemikiran

c.Kebolehan Mengeluarkan Pendapat, Membuat Inferensi dan Penilaian.Bahan/ Soalan Bahan yang sama yang digunakan untuk mengukur kuali pemikiran. Soalan-soalan yang diberi seelok-eloknya yang dapat menolong pelajar-pelajar untuk bercerita, seperti:i.Pada fikiran kamu, apakah yang berlaku sebelum atau selepas kejadian dalam gambar ini.ii.Apakah agaknya pendapat kawan kamu tentang apa yang telah terjadi itu?iii. Apakah akan terjadi jikalau kamu berkelakuan seperti itu?

Cara Membuat PenilaianGuru boleh menggunakan cara penilaian yang digunakan bagi mengukur kualiti pemikiran. Dalam masa yang sama guru boleh melihat kebolehan pelajar membrntuk ayat berdasarkan penggunaan sintaksis yang betul. Sumber: Azman Wan Cik (1987 : 28-31)

d.Menceritakan semula sesuatu cerita/ petikan Guru membacakan petikan cerita pendek. Pelajar diminta mendengarnya dengan teliti. Pelajar menceritakan semula cerita tersebut dengan menggunakan perkataan dan ayat sendiri.

Atau Guru memberi petikan yang telah disediakan kepada pelajar. Pelajar membaca secara senyap. Pelajar menceritakan semula cerita yang telah dibaca dengan menggunakan perkataan dan ayat sendiri. Teknik ini boleh dilakukan untuk mengukur kecekapan mendengar dan memaham sekiranya petikan itu dibacakan. Begitu juga, teknik ini boleh mengukur kecekapan membaca dan memaham jika petikan itu diberikan kepada pelajar untuk dibaca. Teknik ini secara keseluruhannya dapat menguji kecekapan menggunakan perkataan dan membentuk ayat-ayat serta mengucapkannya dengan sebutan, nada, tekanan, hentian, intonasi dan gaya bercerita yang sesuai.

e.Membuat penjelasan atau pemerian tentang sesuatu Objek, model, petikan, filem, resepi dan sebagainya.Pelajar diberi masa beberapa minit untuk meneliti alat-alat tersebut kemudian menjelaskan sesuatu yang berkaitan mengenainya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri.Teknik ini boleh dijalankan dengan menggunakan alat-alat rangsangan seperti gambar, peta, graf,

mengenainya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Pelajar diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu tentangnya. Contoh: Beri gambaran tentang sebuah pulau peranginan yang cantik di Malaysia yang kamu ingin pergi bercuti. Teknik ini boleh menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa dibimbing dengan rapi oleh guru. Sumber: Raminah Hj Sabran (1991:101-103)

3.Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua cara pemarkatan ujian bertutur iaitu secara objektif dan secara holistik.i.Objektif Bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek seperti bertutur berdasarkan gambar, atau menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai dengan pelajar, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan markat pelajar bagi setiap gerak balas yang mereka berikan itu, pada ruang-ruang yang disediakan .

Contoh: Senarai Semak untuk PemarkatanNama :BahagianNo. GambarNo. SoalanMarkat

210

J =

A 1

2

3

B 1

J =

2

3

Catatan: Nilai markat2 - bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa.1 - jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa.0 - jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.ii.`Pemarkatan Secara HolistikPemarkatan secara holistik ini dilakukan dengan memberi markat secara keseluruhan kepada kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh pelajar. Kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa pelajar bertutur atau menjawab soalan guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Kemahiran yang dipecahkan tadi boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar iaitu sebutan, kefahaman, ketatabahasaan, keluasan perbendaharaan kata dan kelancaran pertuturan. Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan.

MarkatSebutanKefahamanKetatabahasaanPerbendaharaan KataKelancaran

5Menepati sebutan BM baku; tidak menunjukkan sebarang pengaruh dialek daerah atau bahasa ibunda.Menunjukkan daya kefahaman yang tepat dan cepat. Dapat memberi gerak balas dengan tepat dan pantas.Menggunakan ayat-ayat yang tepat dari segi tatabahasa. Ayat mendukung pengertian yang jelas/ bermakna.Perbendaharaan kata yang digunakan adalah luas dan menepati konteks.Bertutur dengan lancar dan dengan gaya yang sesuai dan menarik.

4Terdapat kesalahan-kesalahan sebutan tetapi tidaklah begitu serius dan banyak.Menunjukkan daya kefahaman yang baik tetapi kurang sedikit daripada di atas.Terdapat kesalahan tetapi tidak begitu serius. Ayat-ayat masih jelas mendukung pengertian.Perbendaharaan katanya agak luas. Terdapat kesalahan tetapi kesalahan itu tidak begitu ketara.

Bertutur dengan lancar tetapi terdapat kelemahan yang tidak ketara.

3Terdapat kesalahan sebutan yang agak ketara atau menunjukkan pengaruh dialek daerah dan bahasa ibunda.Menunjukkan daya kefahaman yang sederhana. Boleh memberi gerak balas tetapi agak lambat dan kurang tepat.Terdapat kesalahan-kesalahan tatabahsa yang agak jelas tetapi secara keseluruhan, ayat-ayat masih dapat difahami.

Perbendaharaan kata tidak begitu meluas tetapi ia boleh menggunakannya dengan betul.Sederhana kelancarannya. Terdapat sedikit -sedikit gangguan tetapi tidak menonjol.

2Terdapat banyak kesalahan atau memperlihatkan pengaruh dialek yang nyata.

Menunjukkan daya kefahaman yang amat rendah. Lambat memberi gerak balas dan kurang tepat.Terdapat kesalahan yang banyak dan menunjukkan penguasaan yang agak minimum.Perbendaharaan kata terbatas; terdapat kesalahan- kesalahan dari segi penggunaan dalam ayat.

Pertuturan tidak lancar, terdapat banyak gangguan dan gaya yang kurang menarik.

1Menunjukkan penguasaan sebutan yang amat minimum, iaitu hanya boleh menyebut sahaja.Menunjukkan daya kefahaman yang amat rendah. Lambat memberi gerak balas dan tidak tepat.Terdapat banyak sekali kesalahan sehingga pertuturannya amat sukar difahami.Perbendaharaan katanya amat terbatas dan terdapat pula kesalahan-kesalahan penggunaan.

Amat sukar untuk bertutur, lambat dan tergagap-gagap.

0Langsung tidak boleh menyebut dengan betul.Langsung tidak menunjukkan daya kefahaman.Langsung tidak menunjukkan penguasaan bahasa.Hanya mengetahui sepatah dua perkataan sahaja.Hanya bertutur dengan menggunakan sepatah dua perkataan.

Jadual 7: Skala Pemarkatan Kemahiran Bertutur

Sumber: Raminah Hj Sabran ( 1991: 110RumusanJelas sekali perbincangan di atas memberi kesimpulan bahawa kemahiran bertutur merupakan suatu kemahiran mendengar, memaham, membaca dan menulis. Kenapa dikatakan demikian? Ini adalah kerana kemahiran lisan itu sendiri melibatkan banyak subkemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang penutur, di samping memerlukan juga penguasaan aspek-aspek bahasa yang lain seperti perbendaharaan kata, tatabahasa, ciri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa . Oleh yang demikian untuk menilai kemahiran bertutur, guru perlu menimbangkan banyak aspek. Antara lainnya ialah sebutan, intonasi, kefahaman, keluasan perbendaharaan kata, ketepatan tatabahasa, kelancaran, kepantasan dan kesesuaian dengan konteks pertuturan.

Latihan 71. Pilih salah satu teknik menilai kemahiran bertutur. Tunjukkan perkara-perkara berikut semasa menyedia dan menjalankan ujian tersebut.a. cara menyediakan ujianb. aplikasi ujian tersebut kepada pelajar andac. buat refleksi tentang kelebihan dan kelemahan ujian tersebut.

7.2.3Penilaian Kemahiran Membaca

i.Bacaan Senyap i.Bacaan Senyap

Bacaan senyap berbeza dengan bacaan lisan/nyaring dari segi fungsinya dalam komunikasi. Bacaan lisan atau nyaring bertujuan bagi menyampai atau menyalur komunikasi, sementara tujuan bacaan senyap ialah bagi menerima komunikasi. Sama ada bacaan senyap itu dilakukan oleh seseorang bagi tujuan khusus seperti membaca buku teks atau bagi keseronokan seperti membaca buku cerita, kefahaman adalah aspek yang paling penting dalam bacaan dan menjadi teras bacaan senyap. Aspek kefahaman bacaan pernah dimaksudkan sebagai memahami pemikiran penulis, memahami bahan bertulis, menerima komunikasi atau menyedut maklumat daripada teks. Jadi, tujuan utama kita menguji kemahiran membaca secara senyap ialah menguji aspek kemahiran memaham dalam bacaan tersebut.

Teknik Menguji Kefahaman Bacaan Senyap

Teknik yang boleh digunakan bagi menguji kefahaman bacaan senyap adalah seperti yang berikut.

(a) Penyoalan Secara Terbuka(b) Aneka Pilihan(c) Pilihan Benar Tak Benar(d) Teknik Kloz.

Penyoalan Secara Terbuka

Teknik menggunakan penyoalan secara terbuka, memerlukan pelajar menjawab soalan kefahaman bacaan dengan menggunakan bahasa sendiri. Ini bermaksud, selain menjawab keperluan sesuatu soalan, pelajar terpaksa menggubal ayat dan menggunakan bahasa menurut tatabahasa yang betul dan perbendaharaan kata yang tepat. Pendek kata, teknik ini mencabar daya luahan pelajar dan jelas boleh menunjukkan kefahaman pelajar tentang kehendak soalan berhubung dengan bahan yang dibaca. Oleh sebab itu, teknik ini biasanya digunakan oleh guru bahasa dalam latihan menjawab kefahaman bacaan, dan dalam ujian formal yang bercorak formatif dan diagnostik.Yang berikut adalah contoh cara menggubal soalan-soalan kefahaman secara terbuka:

Peringkat literalMisalnya;Apakah ?Siapakah ?Bilakah ?Di manakah ?

Soalan kefahaman secara terbuka

Peringkat kritis / kreatifMisalnya:Bincangkan secara kritis ?Bahaskan.Bahaska ?Apakah kesimpulan ?Buat kesimpulan tentang ..?Apakah penilaian anda tentang .?Rumuskan ..?Apakah implikasi ?(ix) Apakah kemungkinan ? Peringkat tafsiran/interpretasi Misalnya:Mengapakah ?Bagaimanakah ?Jelaskan ?Terangkan ?Bandingkan ?Bezakan ? (vii) Pada pendapat anda ?

Aneka Pilihan

Ada pendapat di kalangan para guru bahasa yang mengatakan bahawa teknik penyoalan dalam bentuk aneka pilihan tidak mempunyai sebarang nilai dari segi pendidikan bahasa. Ini adalah disebabkan, teknik ini tidak menggalakkan daya luahan dan penggubalan bahasa dari pihak pelajar. Selain itu, teknik tersebut juga menggalakkan pelajar meneka dalam usaha mencari jawapan yang betul. Apakah pendapat anda pula? Jenis soalan aneka pilihan ini telahpun dibincangkan dalam tajuk penaksiran dan penilaian. Anda boleh merujuk tajuk tersebut.

Teknik KlozAnda telahpun membaca teknik kloz dalam tajuk penaksiran dan penilaian tentang jenis- jenis pembinaan item . Secara rumusannya, ujian kloz meminta pelajar mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oeh guru/penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pelajar diminta melihat dan membaca kerataan itu secara keseluruhannya terlebih dahulu. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, baharulah mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks tersebut.

Latihan 81. Anda hendak menggunakan teknik kloz untuk menguji kefahaman bacaan pelajar anda. Tunjukkan perkara-perkara berikut dalam penyediaan kloz tersebut.d. cara memilih keratan bacaan.e. Cara membina item klozf. Contoh soalan kefahaman bacaan menggunakan ujianklozg. Cara mentadbir ujian klozh. Cara memberi markahi. Cara mentafsir markat

Meringkaskan karanganSebenarnya pendapat penguji bahasa tentang ringkasan karangan sebagai latihan dan ujian kefahaman membaca adalah agak berbeza. Julian Dakin (1973) misalnya pernah mengutarakan ringkasan karangan adalah sebagai satu latihan atau ujian yang boleh mengukur kefahaman bacaan pelajar. Namun demikian, J. B. Heaton (1979) kurang menyokong kerana menurut beliau meringkaskan karangan melibatkan kedua-dua kemahiran, iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Biasanya, pelajar dikehendaki membaca sesuatu keratan bacaan secara senyap, memahaminya, dan menuliskannya semula dalam satu bentuk ringkasan yang panjangnya lebih kurang satu pertiga daripada keratan asalnya. Dengan demikian, meringkaskan keratan bacaan, fokus dan objektif pengujian ialah ke atas idea utama dan isi penting dalam pembacaan. Pelajar perlu menjawab atau menulis kerana dalam teknik tersebut, itu sahajalah tindak balas yang sesuai yang menjadi saluran komunikasi dan asas bagi guru menilai kefahaman pelajar mengenai sesuatu bahan yang mereka telah baca. Maksudnya, dalam usaha meringkaskan karangan, seorang pelajar tidak mungkin dapat menghasilkan sesuatu ringkasan yang baik dan bernas, sekiranya dia tidak faham apa yang dibacanya, menangkap idea dan isi penting dan menuliskannya semula dalam satu bentuk ringkasan yang masih tepat tentang keratan bacaan yang asalnya. Tegasnya, meringkaskan karangan adlah sesuai untuk menguji kefahaman bacaan.

7.2.3 Penilaian Kemahiran Menulis

Kedua-dua kemahiran asas bahasa, iaitu pertuturan dan penulisan dianggap sebagai kemahiran menghasil dan menyampaikan komunikasi.

Antara kedua-dua kemahiran ini, menulis lebih sukar dari segi pengajaran dan penguasaannya. Pelajar biasanya mendapatkan lebih pendedahan, latihan dan penggunaan kemahiran bercakap (dalam situasi tak formal atau formal) jika dibandingkan dengan bidang penulisan.

Mengapakah Penulisan Perlu Diuji?Kemahiran menulis amat penting dalam dunia moden. Ini jelas kelihatan dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Misalnya, dalam dunia persekolahan, kemahiran menulis diperlukan dan diuji secara formal atau tak formal bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi dalam hampir kesemua subjek dalam kurikulum sekolah bagi hampir kesemua mata pelajaran sekolah, para pelajar memerlukan kemahiran menulis bagi menjawab soalan jenis esei, selain menjawabsoalan yang jenis objektif.. Pada peringkat pengajian tinggi kemahiran tersebut menjadi amat penting kerana para pelajar menyediakan tugasan dalam bentuk esei, laporan atau tesis. Dalam dunia pekerjaan, kemahiran menulis juga tidak kurang pentingnya. Selain keperluan mengisi boang rasmi, kemahiran ini diperlukan juga dalam surat-menyurat atau laporan tahunan jabatan dan seumpamanya. Bagi kebanyakan orang, dalam dunia sosialnya juga mereka memerlukan kemahiran menulis surat (rasmi atau tak rasmi) apabila memohon sesuatu, mengisi berbagai-bagai jenis borang dan lain-lain lagi.

Keperluan kemahiran menulis ini memang disedari oleh para pendidik bahasa. Melalui sukatan pelajaran bahasa (dari sekolah rendah hingga ke menengah), kita cuba mengajar dan melatih pelajar dengan berbagai-bagai jenis penulisan seperti menulis karangan, surat kiriman (rasmi dan tak rasmi), menulis ucapan, laporan, minit mesyuarat, pengumuman, kenyataan, notis, dialog, cerpen, pantun dan sajak.

Oleh kerana kemahiran menulis itu dianggap amat penting dalam dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial, aspek pengajaran dan penilaiannya seharusnya diberikan penekanan yang secukup-cukupnya. Pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran menulis hendaklah sistematik dan membina asas yang kukuh untuk berbagai-bagai subkemahiran penting yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.Ujian Karangan Bahasa MelayuDalam proses ujian karangan, pelajar dapat menunjukkan kebolehannya secara keseluruhan. Biasanya, di dalam proses ujian ini pelajar-pelajar berfikir tentang apa yang akan diperkatakan, lantas melahirkan buah fikiran sebaik-baiknya.Bentuk soalan karangan sebagai alat ujian yang biasa dikemukakan kepada pelajar-pelajar dalam peperiksaan kebangsaan adalah seperti berikut:

i.Bebas dan terbukaBentuk ini memberi kebebasan yang luas kepada pelajar. Mereka hanya diberi tajuk-tajuk untuk dipilih. Contohnya seperti di dalam kertas-kertas ujian Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kertas I dan Kertas II (PMR). Dalam soalan jenis ini, pelajar dikehendaki mengutip dan memilih isi dan idea daripada pengetahuan sendiri, lalu menyusun idea dan isi itu dan seterusnya menuliskannya dengan cara yang logis dan dapat difahami.

Contohnya: Kegiatan Lumba Haram di kalangan Remaja Kota Hari Ini.

ii.Sambutan diperluaskanBentuk soalan ini memerlukan pelajar memperluaskan atau memperkembangkan satu-satu idea. Misalnya, satu tajuk karangan yang bahagian permulaan atau akhir cerita diperturunkan dan pelajar dikehendaki menulis karangan berdasarkan permulaan atau akhir cerita itu.

Contohnya:

a) Semalam orang kerajaan tu datang. Hari ini datang lagi beberapa orang melihat-lihat tanah Tok Penghulu itu. Kata orang tanah itu nak diambil untuk dijadikan tapak industri kecil. Sedang aku asyik melayan fikiranku Pak Husin menepuk tanganku..

iii.Sambutan TerhadSoalan jenis ini agak terhad daripada segi bentuk dan juga bidang dan menentukan bagaimana pelajar harus menjawab soalan.

Contohnya:Keburukan dan Kebaikan Membeli Barang-barang Dengan Bayaran Ansuran.

iv.BerstrukturSoalan jenis ini mengemukakan satu persatu berkenaan sesuatu perkara atau proses sehingga menjadi satu keseluruhan perkara atau proses tersebut.

Contohnya:Televisyen adalah

menjadi alat hiburan; menambah pengetahuan; menjadi sahabat orang kesunyian; menggalakkan keganasan; dan mengubah sikap manusia.

Tulis sebuah karangan mengenai kebaikan dan keburukan televisyen seperti yang dinyatakan di atas.

v.BerpanduSoalan jenis ini lazimnya menggunakan bahan rangsangan seperti gambar, peta, carta dan lain-lain. Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan atau menulis karangan berdasarkan bahan-bahan rangsangan yang disediakan. Selain itu, ada juga digunakan rangka karangan sebagai rangsangan.Contohnya:Kepentingan Pusat Sumber Kepada Pelajar.Tulis sebuah karangan mengenai tajuk ini dari segi:

a) tujuan dibina b) aktiviti-aktiviti yang dijalankanc) faedah-faedah

Ujian Penulisan Bahasa Melayu dalam Bilik Darjah

Ujian penulisan Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah tidak semestinya seratus peratus berorientasikan bentuk soalan peperiksaan, kecuali dalam proses pengujian semester , dan pada peringkat tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu.pada peringkat tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu.Akan tetapi dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu, pelajar perlu diberi penguasaan dan kecekapan menulis daripada peringkat penggunaan perbendaharaan kata (makna, struktur, imbuhan) dalam penulisan ayat (daripada yang mudah hingga yang kompelks), penulisan perenggan, hinggalah ke peringkat penulisan karangan.Jadi, jika pelajar belum dapat mengguna dan menyusun kata untuk menghasilkan penulisan ayat dan seterusnya penulisan perenggan dan karangan dalam Bahasa Melayu, maka penguasaan kemahiran-kemahiran ini perlu diberikan dan diuji dengan pelbagai bentuk soalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan cara ini, guru Bahasa Melayu dapat mengesan sama ada pelajarnya sudah menguasai kemahiran-kemahiran itu atau belum. Beberapa contoh ujian dan tekniknya seperti berikut mungkin dapat dijalankan dalam bilik darjah.

i.Ujian Menyambung AyatKebanyakan penyelidik dalam pendidikan bahasa berpendapat bahawa latihan membuat kombinasi ayat dalam pengajaran bahasa kedua adalah satu teknik yang dapat mempertingkatkan bukan sahaja kefasihan dan kelicinan sintaksis tetapi juga keseluruhan mutu karangan (Vivian Zamel, 1980).Dalam proses ujian penulisan Bahasa Melayu yang tidak formal, seperti latihan menulis ayat-ayat dan perenggan dalam bilik darjah, latihan menggabungkan ayat ini mungkin boleh digunakan bagi menguji kecekapan penulisan Bahasa Melayu, terutama bagi pelajar yang kurang cekap dalam pembinaan ayat kompeks.

Vivian Zamel juga mengemukakan teknik membuat kombinasi ayat seperti yang dicadangkan oleh Shaughnessy (1977), iaitu dengan melatih pelajar membuat kombinasi dan perluasan ayat dengan isyarat dan tanpa isyarat seperti berikut.

a.Kombinasi dan perluasan dengan isyarat.

Contoh: Gabungkan ayat-ayat berikut dengan penghubung yang betul.

1.Loceng jam berbunyi (selepas) (,)2.Dia tidur semula. b. Kombinasi dan peluasan tanpa isyarat.1.Loceng jam berbunyi.2.Dia tidur semula.

Latihan menulis kombinasi ayat boleh membantu pelajar memahami bahawa ayat adalah satu dasar struktur yang boleh diberi penerangan dan bentuk konseptual yang tersirat di dalam bentuk retorik.

ii.Ujian Menulis Ayat dan PerengganSebelum pelajar menulis karangan, mereka perlu menguasai pola ayat Bahasa Melayu dari yang mudah hingga yang kompleks. Kemahiran ini dikuasai dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Pada peringkat sekolah menengah rendah pelajar harus boleh membina dan menulis ayat seperti berikut:

1.a)Ayat Dasar dengan Frasa MinimaContohnya:i.Ali guruii.Adik tidur

b) Ayat Dasar (subjek/predikat/objek yang terdiri dari frasa lebih daripada satu kata).i.Orang itu guru saya. ii. Mereka suka minum kopi susu.iii.Helang itu sedang terbang tinggi.

c)Ayat Dasar dengan Keterangan contohnya:i.Pada hari minggu saya bermain tenis.ii.Saya membaca buku di perpustakaan.iii.Mereka memotong kayu dengan gergaji.

d.Ayat Majmuk dengan keteranganContohnya:i.Ali dan Murad memotong kayu dengan gergajiii. Mereka menari sambil menyanyi di dewan.iii. Saya menulis laporan dan datatan itu dengan teliti.iv. Kereta yang cantik itu kereta pengarah.v. Dia berkata bahawa permohonannya berhasil.vi.Pada waktu itu Aminah cuba meleraikan pergaduhan anytara Mak Esah dan Mak Eton yang selalu bercakaran kerana kenakalan anak-anak yang boleh dianggap perkara kecil sahaja.

e.Ujian Menulis KaranganSebuah karangan harus ditulis dengan bahasa yang gramatis dalam bentuk komunikasi, sama ada pemerian, pengisahan, pemaparan ataupun pujukan. Di samping itu, isi yang hendak diperkatakan hendaklah disusun dan diolah dalam ayat, perenggan, sehingga menjdi sebuah karangan yang tepat pada tajuknya.Oleh yang demikian bahan-bahan rangsangan seperti gambar bersiri, gambar tunggal, carta, senarai perbendaharaan kata, ungkapan dan sebagainya, boleh diberi kepada pelajar untuk memudahkan pelajar mengarang.

iii.Latihan Meringkaskan Karangan.Aktiviti meringkaskan karangan dapat dimulakan apabila pelajar sudah mahir menulis karangan kerana ketika itu pelajar telahpun menguasai penulisan ayat-ayat kompleks. Perlu diingat bahawa meringkaskan karangan memerlukan penguasaan membina ayat-ayat kompleks untuk mmenggabungkan ayat-ayat mudah atau ayat tunggal yang pendek-pendek dalam sesuatu karangan itu.Oleh itu, meringkaskan karangan boleh dimulakan dengan aktiviti mencari isi-isi penting dengan mencatat hal-hal pokok dalam karangan atau petikan. Kemudian isi-isi penting itu diolah dengan ayat-ayat yang boleh memberi maksud keseluruhan karangan tersebut dengan ringkas dan tepat dengan maksud asalnya. Tujuan latihan ini ialah membimbing pelajar memetik nota-nota dan siaran bagi keperluan seharian.

iv.Ujian Menulis Surat Kiriman dan bentuk-bentuk Penulisan Yang LainSurat kiriman, laporan, pengumuman, notis dan sebagainya adalah penulisan yang mempunyai bentuk atau teknik tersendiri. Oleh itu, penulisan ini boleh diuji dengan:a.soalan yang menghasilkan jawapan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan teknik penulisannya.b.soalan yang menghasilkan penulisan bentuk itu sendiri seperti soalan yang meminta pelajar menulis surat kiriman kepada sahabat, ibu bapa dan sebagainya.

v.Teknik KlozTeknik kloz digunakan untuk menguji perbendaharan kata pada aspek makna, struktur, dan imbuhan. Ini boleh dilakukan dengan mengisi tempat kosong dengan kata-kata yang betul. Walaupun teknik ini sekadar menghasilkan penulisan kata-kata pada tempat kosong tetapi guru dapat mengesan kecekapan pelajar menggunakan perbendaharaan kata dalam penulisan ayat.

Cara Pemarkahan Penulisan Bahasa Melayu

Ada dua cara pemarkahan terhadap hasil penulisan karangan yang biasa dijalankan iaitu:i.Pemarkahan Analitikii.Pemarkahan global

Pemarkahan analitik menggunakan sistem poin yang telah ditentukan bagi setiap satu soalan. Markah akan diberi dan ditolak mengikut untuk susunan, gaya dan jalan bahasa. Kemudian, jumlah daripada markah ini akan menentukan kedudukan pelajar sama ada cemerlang, baik, sederhana, lulus atau gagal. Pemarkahan analitik adalah untuk mengesan dan merekodkan kemahiran tertentu yang dicapai oleh pelajar seperti jalan bahasa atau ayat. Dengan ini kelemahan pelajar boleh diperbaiki dalam pembelajaran selanjutnya.Pemarkahan secara global pula menggunakan skala 5 mata iaitu, cemerlang, baik, sederhana, memuaskan dan lemah.Pemarkahan global ini lebih sesuai digunakan untuk memeriksa jenis karangan terbuka dan sambutan yang diperluaskan.

RumusanKemahiran bahasa mempunyai subkemahiran tertentu untuk dikuasai oleh pelajar. Setiap kemahiran bahasa ini pula mempunyai kepentingan tersendiri untuk membantu seseorang itu menguasai dan bertutur dalam sesuatu bahasa itu . Akan tetapi kemampuan menggunakan bahasa itu secara gramatis sahaja belum cukup untuk melayakkan seseorang pelajar itu bertutur dengan baik. Seseorang pelajar itu perlu tahu menggunakan bahasa itu dengan betul , tepat dan sesuai mengikut konteks dan situasi. Dengan yang demikian, para guru perlu memberi perhatian bukan sahaja kepada strategi pengajaran tetapi juga penggunaan bahasa yang diajar. Lantas untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran dan penggunaan, maka pelajar perlu diuji dan dinilai kemampuannya menggunakan bahasa yang diajar itu. Dengan kata lainnya, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sama pentingnya dengan pengujian dan penilaiannya juga supaya pelajar bukan sahaja tahu bahasa tetapi juga pandai berbahasa, khususnya bahasa Melayu.

Latihan 9Keputusan Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Pusat seperti PMR dan SPM kurang menunjukkan prestasi yang cemerlang.

1. .Adakah anda bersetuju dengan penyataan di atas?2. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu kurang cemerlang itu?3. Adakah sistem penilaian untuk Bahasa Melayu yang digunakan di sekolah dan dalam peperiksaan pusat melemahkan penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu?

41