22
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA

BMM 3111 - semantik 2[1]

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BMM 3111 - semantik 2[1]

BBM 3206 SEMANTIKBBM 3206 SEMANTIK

SESI BERSEMUKA KEDUA

Page 2: BMM 3111 - semantik 2[1]

Konsep Keperihalan Keadaan

• Konsep ini diperkenalkan oleh Malinowski (1923) dan diperluaskan oleh Firth (1957) dalam bidang linguistik khususnya semantik yang menekankan peranan konteks.

• Makna konteks: makna sesuatu perkataan @ ayat apabila diucapkan dalam konteks situasi pertuturan yang tertentu.

Page 3: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Menurut konsep keperihalan keadaan, makna dilihat berdasarkan konteks tertentu dalam pelbagai peringkat struktur bahasa:

• Fonologi• Morfologi• Leksikal• Intonasi ayat

Page 4: BMM 3111 - semantik 2[1]

3 Faktor dalam keperihalan keadaan:

1. Para peserta (pengambil bahagian) dalam pertuturan.

2. Perkara yang diperkatakan.3. Kesan daripada pertuturan.

Page 5: BMM 3111 - semantik 2[1]

Makna Gramatikal• Kata dasar jati : kata dasar yang

boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna.

• Kata dasar semu : kata dasar yang tidak mempunyai makna tetapi mengandungi makna, iaitu kata tersebut hanya mempunyai makna apabila digabungkan dengan imbuhan @ perkataan lain.

Page 6: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Makna gramatikal : makna yang terkandung dalam imbuhan apabila digabungkan dengan kata dasar. Misalnya akhiran –kan dalam perkataan dewakan bermakna “menganggap sebagai”

Page 7: BMM 3111 - semantik 2[1]

Makna Awalan Pe(N)-• Pe(N) dengan kata nama: pekedai = orang yang memiliki kedai• Pe(N)- dengan kata kerja: penulis = orang yang menulis (pelaku) pelatih = orang yang dilatih (penderita) pengorek= alat untuk mengorek (alat)

Page 8: BMM 3111 - semantik 2[1]

penapis = alat untuk menapis @ orang yang menapis

(filem) (gabungan pelaku dan

alat) penyakit = benda yang

menyebabkan sakit (penyebab) penjahit = hasil perbuatan

menjahit (hasil perbuatan)

Page 9: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Me(N)- dengan kata kerja: mendukung = melakukan perbuatan dukung ( melakukan @ membuat)• Me(N)- dengan kata sifat: membesar = menjadi besar

(menjadi)

Makna Awalan Me(N)-

Page 10: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Me(N)- dengan kata nama: membatu = menjadi seperti batu (menjadi seperti) menjeruk = menjadikan sebagai jeruk (menjadikan sebagai) menggunting = menjadikan gunting

sebagai alat (menjadikan sbg

alat)

Page 11: BMM 3111 - semantik 2[1]

mendamar = mencari damar (mencari,

mengumpulkan) menyeberang = menuju seberang (pergi ke, menuju) mengaduh = mengeluarkan bunyi

“aduh” (mengeluarkan bunyi) mengupah = memberi upah

(memberi@ mengenakan)

Page 12: BMM 3111 - semantik 2[1]

Denotasi dan Konotasi• Denotasi: makna umum, makna kamus

@ makna leksikal yang mudah di kenal pasti kerana bersifat umum dan objektif.

• Konotasi: Makna pemikiran @ nilai rasa sebagai makna tambahan yang mungkin sesuai @ tidak sesuai dengan makna sebenarnya.

Page 13: BMM 3111 - semantik 2[1]

Makna Leksikal• Makna leksikal: makna yang

terdapat dalam kamus @ makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Misalnya: lari, rumah, putih dsb.

Page 14: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Kelompok kata : makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’

Page 15: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Kata paduan : dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

Page 16: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Kata gabungan : dua @ lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu, misalnya mahasiswa,mahaputera, maharaja, bumiputera, dsb.

Page 17: BMM 3111 - semantik 2[1]

Makna Ayat• Makna tersurat : makna yang

diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok.

Page 18: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Makna terselindung : makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat Adik ke kedai Pak Ali, kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’

Page 19: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Makna tersirat : makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Page 20: BMM 3111 - semantik 2[1]

Paradigmatik dan Sintagmatik

• Hubungan paradigmatik : keadaan apabila unit linguistik menjadi berhubungan melalui pertentangan @ penggantian dalam satu lingkungan tertentu dengan unit-unit lain yang serupa.

Page 21: BMM 3111 - semantik 2[1]

• Hubungan sintagmatik: keadaan yang diperoleh oleh sesuatu unit linguistik kerana ia hadir bersama dengan unit-unit lain yang serupa.

• Dalam contoh sebuah pintu merah dengan sebuah pintu kuning, merah dan kuning berhubungan secara paradigmatik, manakala setiap satunya (merah dan kuning) berhubungan secara sintagmatik dengan pintu.

Page 22: BMM 3111 - semantik 2[1]

Selamat menduduki peperiksaan

akhir. SEKIAN TERIMA KASIH