44
BIDANG LINGUISTIK BMM 3107 1.0 Pengenalan Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Namun begitu, bidang ilmu linguistik masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pelajar bahasa dan orang kebanyakan. Pada fahaman mereka ilmu linguistik ialah ilmu mempelajari bahasa. Oleh sebab itu sarjana linguistik ialah seorang yang pandai bertutur banyak bahasa. Sebenarnya belajar bahasa itu sebahagian kecil daripada ilmu linguistik. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa , mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian daripadanya. Tidak hairanlah , subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut penguruan hingga ke peringkat yang lebih rendah iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya , subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah dalam kalangan rakyat. 1.1 Definisi Linguistik Apakah yang dikatakan ilmu linguistik? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat , linguistik diertikan sebagai kajian 1

Bmm 3107 Bahasa Linguistik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahasa Linguistik

Citation preview

Page 1: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

1.0 Pengenalan

Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh

pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah

penting sejak dahulu hingga kini. Namun begitu, bidang ilmu linguistik masih

belum difahami sepenuhnya oleh ramai pelajar bahasa dan orang

kebanyakan. Pada fahaman mereka ilmu linguistik ialah ilmu mempelajari

bahasa. Oleh sebab itu sarjana linguistik ialah seorang yang pandai bertutur

banyak bahasa. Sebenarnya belajar bahasa itu sebahagian kecil daripada

ilmu linguistik.

Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa ,

mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian daripadanya. Tidak

hairanlah , subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian

tinggi, institut penguruan hingga ke peringkat yang lebih rendah iaitu di

sekolah-sekolah. Jelasnya , subjek ini terus menjadi penting, walaupun

negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai

fokus utama. Walaupun pada masa ini bidang teknologi diberi perhatian oleh

kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi

keperluan rohaniah dalam kalangan rakyat.

1.1 Definisi Linguistik

Apakah yang dikatakan ilmu linguistik? Menurut Kamus Dewan Edisi

Empat , linguistik diertikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa berkaitan

dengan bahasa. Linguistik berasal dari bahasa Latin "lingua" yang membawa

maksud ' bahasa' . Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan

nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau 'linguistik'.

Ilmu lingustik ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik (J.

Lyons,1968:1).

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu,

kajian yang saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur

menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan

melalui pemerhatian menganai bahasa dan kaedah-kaedah yang

1

Page 2: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

bertanggungjawab. Ini bermaksud seorang sarjana linguistik menjalankan

kajian linguistik , samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Dalam

ilmu liguistik, bahan kajiannya ialah bahasa. Beliau mengkaji dan

mendeskripsi bahasa daripada yang dapat didengar, dapat dilihat dan

dibacanya. (B. Bloch & G.L. Trager 1942:8). Pengarang buku Aspects of

Language, D.L. Bolinger (1968) berkata , pada hari seorang ahli linguistik

mengkaji kata adverba sama seperti seorang saintis mengkaji atom.

Linguistik juga dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan

empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa dan didengar. Istilah

struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan

dalam semua eleman bahasa iaitu fonetik, morfologi dan sintaksis. Struktur

dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, mengikut

susunan fonetik, alomof, morfem atau sintaksis.

Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi,

sintaksis, semantik dan eksikologi atau gabungan subdisiplin itu seperti

morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi pula adalah berkenaan ciri

bunyi bahasa, cara terjadi fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi

bersinonim dengan fonemik dan morfologi ialah struktur kata, bahagiannya

dan cara pembentukannya. Sintaksis pula ialah hubungan antara satu dengan

lain dan cara penyusunannya hingga menjadi satu ujaran.

1.2 Definisi Bahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa bermaksud sistem

lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam

lingkungan satu kelompok manusia , antara seorang individu dengan individu

yang lain. Bahasa merupakan penggunaan kode yang merupakan gabungan

fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk

kalimat yang mempunyai makna.

Definisi bahasa itu sendiri adalah merupakan satu sistem untuk

mewakili benda, tindakan , gagasan dan keadaan. Selain itu, bahasa ialah

ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan. Oleh itu, ilmu yang

mengkaji bahasa disebut linguistik. Persoalannya , adakah bahasa satu

2

Page 3: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

fenomena penting di dalam hidup kita? Kita sering menganggap kebolehan

bertutur sebagai salah satu daripada kebolehan asasi manusia, sama seperti

kita berjalan dan bernafas. Kita tidak pernah menyoal sama ada kebolehan

manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semulajadi iaitu berlaku secara

tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh manusia.

2.0 Sejarah Perkembangan Linguistik 500M hingga abad ke-20

Tahukah anda bilakah kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan

awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800

tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik

permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal

ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India

berdasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17.

Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti

dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di

Eropah.

Di dunia barat ketika itu, usaha untuk membina ilmu pengetahuan

bermula pada zaman kegemilangan sarjana Yunani Kuno. Imu yang

dihasilkan oleh sarjana Yunani menjadi asas kepada sarjana Rom untuk

melanjutkan kajian mereka dalam bidang ilmu dan khasnya bidang bahasa

yang kita bincangkan di sini. Sarjana Rom banyak mewarisi tradisi ilmu

linguistik daripada sarjana-sarjana Yunani. Usaha mereka itu dikembangkan

lagi oleh para sarjana Zaman Rom. Seterusnya sarjana Zaman Pertengahan

dan sarjana Zaman Islam memanfaatkan himpunan ilmu itu yang

dikembangkan sehingga sekarang.

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam

bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani

merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini.

Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa , ekonomi,

budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500

tahun sebelum masihi. Oleh kerana keseluruhan kehidupan mereka

dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak

3

Page 4: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa

bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke - 6 sebelum masihi.

Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah

yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

2.1. Perkembangan Bahasa Zaman Yunani

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam

bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani

merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini.

Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi,

budaya da politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kiria-kira 500

tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung

oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh

pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman

pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi.

Falsafah bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu

falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Tokoh

hebat ketika itu ialah Plato dan Aristotle iaitu murid Plato. Plato (427 - 347)

merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa

sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk

dialog,iaitu Cratylus.

Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya

iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat

ilamiah,nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada

kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah

menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii

dan realiti atau konvesyen iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau

juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama

dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek

kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 -

322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam

4

Page 5: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

tatabahasa iaitu kata hubung. Beliau memperkembang dan memperdalam

pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato . Aristotle

merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentangn adanya sistem kala

atau tense dalam bahasa Yunani . Gagasan lain yang dikembangkan oleh

Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi.

Beliau menganggap bahasa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia , tetap dan

dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek logika.

Salah satu daripada sumbangan kekal ahli falsafah Yunani ini kepada

dunia ilmu ialah pemikiran mereka mengenai bahasa. Misalnya Plato

mendefinisi ayat sebagai rentetan kata yang membentuk pemikiran lengkap,

iaitu logos. Logos terbahagi kepada dua iaitu onama dan rhema. Apabila kita

membaca karya Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) itu Pelita Bahasa Melayu

(1947), kita akan mendapti definisi yang sama bagi ayat yang digunakan.

Za'ba juga membahagikan ayat kepada benda (onoma) dan cerita (rhema)

Selepas sarjan Yunani Plato, muncul pula seorang sarja lain Dioinysius

Thrax yang tinggal di Alexandria. Beliau menjalankan kajian berdasar kepada

bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh pemuisi Homer dalam

puisinya. Beliau mengajar di Rhodes dan Rom. Sepanjang kerjayanya

mengajar, beliau menghasilkan buku tatabahasa Yunani iaitu Techne

Grammatike. Buku ini menjadi buku tatabahasa pegangan untuk bahasa

Yunani sehingga ke hari ini. Dalam buku tatabahasanya, beliau

menggolongkan kata kepada lapan iaitu kata nama, ganti nama, kata kerja,

kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru.

Secara umumnya , kita akan dapati bahawa kajian mengenai bahasa

pada zaman era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian,

kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

2.2 Perkembangan Bahasa Zaman Iskandariah

Zaman ini bermula pada abad ke-3 tahun masihi. Iskandariah

berkembang sebagai pusat kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani.

Tetapi ketika itu bidang bahasa yang menjadi tumpuan adalah aspek lisan,

iaitu pertuturan.Kajian terhadap sistem fonetik dan membahagikan perkataan

5

Page 6: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Selain itu para sarjana

juga turut memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat yang mengandungi unit

deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai

makna.

2.3 Perkembangan Bahasa Zaman Rom

Sejarah perkembangan linguistik di zaman Rom adalah ekoran

runtuhnya bidang bahasa pada zaman tamadun Yunani. Ketika itu mereka

mengambil alih ilmu bahasa Yunani untuk dibuat kajian dalam bahasa latin.

Mereka juga kurang menyumbang kepada perkembangan bahasa. Umumnya

kajian pada zaman Yunani adalah berkisar tentang tatabahasa. Tetapi bidang

kajian mereka lebih bercorak secara logik kepada bukannya saintifik.

Ketika itu, sarjana bahasa Rom tidak menghasilkan banyak karya asli.

Namun sumbangan besar yang telah mereka lakukan adalah menyadur teori-

teori bahasa sarjana Yunani dan disesuaikan kepada tatabahasa Latin.

Mereka menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani. Ini

dapat dibuktikan melalui karya yang dihasilkan oleh sarjana bahasa Rom iaitu

Donatus yang hidup dalam kurun keempat Masihi dan Priscian yang hidup

dalam kurun kelima di wilayah Rom Timur iaitu Istanbul.

Tatabahasa yang dikarang oleh Priscian itu masih dianggap baku

hingga ke hari ini. Tajuk buku tatabahasa itu ialah Institutiones

Grammatikae dan tebalnya adalah 1000 halaman dan mengandungi 18 jilid.

Buku tatabahasa Latin itu lengkap membincangkan pembentukan kata dan

ayat. Daripada segi linguistik moden, memang dapat dikatakan kaedah yang

digunakannya tidak konsisten sebab kadang-kadang beliau membuat

deskripsi berdasarkan kriteria formal atau bentuk kata dan kadang-kadang

semantik atau makna.Namun tatabahasa yang beliau hasilkan masih

dijadikan asas tatabahasa latin hingga ke hari ini.

2.4 Perkembangan Bahasa Zaman Pertengahan

Zaman pertengahan juga lebih dikenali sebagai zaman Renaissance.

Ketika ini, para bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa

vernakular. Para pengkaji zaman ini, menggunakan ilmu bahasa sebagai satu

6

Page 7: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

eleman untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Pada hemat mereka, hasil

tulisan itu adalah baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang

kesalahan tatabahasa. Kesusasteraan adalah bentuk bahasa pada era ini.

Seperkara yang perlu kita ingat bahawa pada zaman ini teori sebab

musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula

berkembang. Golongan zaman pertengahan ini terang-terang menolak

bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan

satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Selain itu, kedudukan bahasa Latin dan pengetahuan mengenai

bahasa Latin amatlah istimewa di Eropah dalam Zaman Pertengahan.

Bahasa Latin pada masa itu dianggap sebagai bahasa ilmu pengetahuan ,

budaya dan diplomasi. Pendek kata bahasa Latin adalah bahasa bagi

mendapat pekerjaan. Buku tatabahasa yang ditulis berdasarkan tatabahasa

Priscian menjadi bahan penting bagi mempelajari bahasa Latin itu.

Dalam Zaman Pertengahan kitab Injil diterjemahkan ke dalam

beberapa buah bahasa tempatan. Ini memerlukan pengetahuan rapi dalam

bahasa tempatan. Hasil ini adalah satu bahan bertulis untuk kajian linguistik.

Usaha ini juga menjadi bukti pengaruh agama Kristian terhadap

perkembangan linguistik. Daripada pengalaman ini timbullah kaedah

menganalisis bahasa-bahasa bagi memenuhi keperluan mengembangkan

agama Kristian.

Kajian tatabahasa pada masa itu menggabungkan sintaksis dan logik.

Falsafah digunakan dalam mengkaji bahasa. Salah satu konsep falsafah yang

digunakan bagi menentukan ayat ialah dengan membincangkan

kesempurnaan sesuatu ayat yang dihasilkan. Oleh itu, sesebuah ayat yang

dihasilkan hendaklah terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Kata-kata

daripada golongan yang berlainan disatukan menjadi ayat. Ini lebih dikenali

sebagai koligasi atau saling berdampingan pada masa ini. Mereka

berpendirian, sebarang kesimpulan mengenai tatabahasa hendaklah

berdasarkan logik yakni rumus tatabahasa mestilah lojikal.

7

Page 8: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

2.5 Perkembangan Bahasa Zaman Arab

Setelah zaman kesarjanaan Yunani dan Rom berakhir, usaha mengkaji

bahasa di Eropah tidak berlaku lagi, sehinggalah timbul zaman perbandingan

bahasa pada abad ke - 18 dan ke - 19. Ketika Eropah mengalami zaman

gelap, tradisi kesarjanaan bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai

sebuah pusat ilmu di dunia.

Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam

yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Sebenarnya

tradisi orang Arab dalam bidang pengajian bahasa sudah bermula iaitu sejak

timbulnya pusat pengajian dan pembelajaran tinggi di empayar Islam di

Madinah, Damsyik , Iskandariah dan Kordova. Penulisan Quran yang begitu

rapi dan tidak berubah-ubah sebutannya sejak 1400 tahun yang lalu dan

membuktikan yang deskripsi bunyi dan lambangnya dibuat dengan rapi.

Kajian mereka tertumpu kepada sumber Al-Quran dan hasilnya

perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna

serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Perkembangan empayar Islam memperkembangkan ajaran Quran dalam

bahasa Arab. Ini memerlukan deskripsi sistem bunyi dan tatabahasa yang

lengkap dan juga perlu ada pengajian filologi dan leksikografi yang sempurna

bagi membantu mengajar Quran itu secara khusus dan bahasa Arab secara

am.

Seorang sarjana bahasa Arab bernama Al-Khalil (T.M 718 -786)

menjadi terkemuka dalam ilmu linguistik. Beliau adalah ahli leksikografi yang

menumpukan tenaga dan pemikiran dalam mengkaji fonetik dan kata. Dalam

pengajiannya , beliau mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa Arab dengan memilih

bunyi-bunyi konsonan sahaja dan bunyi-bunyi vokal diberi fungsi sebagai

bunyi yang memberikan perhatian yang mendalam dan meluas terhadap

konsonan tersebut.

Tatabahasa bahasa Arab disusun lengkap mencakupi bidang

pembentukan kata dan ayat. Sebuah ayat dikatakan terdiri dari dua unsur isitu

amnah dan khabar, sama seperti benda dan cerita yang digunakan oleh

Za'ba. Ahli bahasa Arab juga menghasilkan kamus. Kamus yang disusun

8

Page 9: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

pada zaman kecemerlangan sarjana Islam ini masih digunakan hingga

sekarang.

2.6 Perkembangan Bahasa Zaman India

Sejarah perkembangan linguistik pada zaman India , bahasa Sanskrit

digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu

linguistik. Bahan kajian juga turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris

kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek

fonetik, morfologi dan sintaksis.

Hasil kajian pendeta-pendeta India terhadap tatabahasa bahasa

Sanskrit wajar disanjung. Seorang daripada pendeta-pendeta itu ialah Panini.

Beliau menulis buku tatabahasa Sanskrit bertajuk Astadhyayi (Delapan

Kuliah). Karya beliau mendapat pengiktirafan sarjan linguistik moden kerana

menghasilkan sebuah tatabahasa bahasa Sanskrit yang mengandungi

banyak unsur pemikiran yang hanya dicetuskan oleh ahli linguistik moden di

Eropah.

Beliau dijangka hidup di antara kurun ke-5 hingga ke kurun ke -7

sebelum masihi. Anehnya ada konsep-konsep linguistik beliau yang sudah

maju seperti yang ada pada abad ke-20 ini. Di dalam karyanya beliau

menyebut tentang karya lain yang sudah ada pada masa itu. Ada 400 buah

huraian demikian mencakupi tiga bidang linguistik iaitu bunyi, tatabahasa dan

makna.

Panini membuat dekripsi sebutan bahasa Sanskrit dalam dua bahagian

iaitu sebutan bahasa Sanskrit bagi ayat suci dan sebutan bahasa Sanskrit

umum. Dalam deskripsinya,Panini juga menyentuh tentang bunyi vokal

panjang dan vokal pendek termasuk ke dalam golongan yang sama dan tidak

dibezakan. Ini dilakukan sekadar membezakan kualiti bunyi vokal tersebut

dan bukan bagi membezakannya sebagai dua fonem yang berasingan.

Bunyi gelungan pun dibincangakan kerana bunyi ini dianggap

mendatangkan masalah. Beliau mengatakansifat bunyi gelungan seperti f, r, l

adalah sama seperti konsonan tetapi fungsinya sama seperti vokal. Oleh

9

Page 10: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

sebab itu, dalam deskripsinya bunyi-bunyi ini digabungkan dengan vokal a

menjadi fa,ra dan la.

Ada satu lagi perkara detel yang didekripsikan beliau. Ini menunjukkan

bahawa kajian beliau dibuat berdasarkan permerhatian. Contohnya unsur

jeda (+) dalam perkataan kris + na. Beliau mengatakan bahawa semua +

dididapati wujud sebelum bunyi sengau.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini

ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula

mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa

bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan

melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama

dan maksud perkataan juga hampir sama.

2.7 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan

kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke -19. Bidang bahasa mula

berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi.

Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut

mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang

lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui

peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini, wujudnya rumpun-

rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut

mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa

berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud

yang dikenali sebagai hukum R - G - L dan R - D - L

Sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke - 20

lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian

pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis.

Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu iaitu bahasa adalah baka

dan satu fenomena.

10

Page 11: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

Pengaruh besar yang membentuk linguistik moden datang daripada

Ferdinand de Saussure. Beliau hidup pada akhir abad ke -19 dan awal abad

ke-20. Pada mulanya beliau sama dengan ahli bahasa yang sezaman

dengannya tetapi selepas itu beliau telah mendapat ilham baharu dan

memulakan kajian linguistik deskriptif struktur. Pengaruh beliau dapat dilihat

dalam dua hal. Pertama tulisannya antara 1878 - 1924 yang dikarang dalam

bentuk memoir dalam bahasa proto Indo- Eropah. Beliau membezakan kajian

linguistik secara sinkronik dan dikronik. Sikronik adalah bermaksud kajian

mengenai sesuatu item dalam bahasa manakala maksud dikronik pula adalah

berkenaan kajian sistem bahasa.

Keduanya, beliau menimbulkan perbezaan antara langue dan parole.

Dalam bahasa Melayu istilah langue sama ertinya dengan bahasa manakala

istilah parole sama dengan loghat. Parole terdiri daripada ciri-ciri bahasa yang

terdapat dalam pertuturan beberapa penutur loghat yang sama. Langue pula

terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole daripada

bahasa yang sama.

De Saussure juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai bahan dan

bentuk . Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi manakala bentuk

adalah pola-pola perhubungan yang abstrak ditentukan oleh sesuatu bahasa

itu ke atas bahannya. Begitu jugalah apabila kita mengkaji fonetik secara

tidak langsung kita mengkaji pola-pola pembentukan perkataan . Begitu

jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk dalam bahasa.

Pada zaman ini, L. Bloomfield juga banyak menurut langkah De

Saussure. Seterusnya perkembangan linguistik di Amerika Syarikat banyak

dipengaruhi oleh kajian yang dijalankan pada zaman yang lebih awal ,

misalnya oleh F.Boas dalam bukunya Handbook of the American Languages

(1971). Buku itu memberikan kaedah-kaedah secara sistematis bagaimana

deskripsi bahasa. Beliau menerangkan bahawa bahasa-bahasa ini

sebenarnya berbeza-beza dan tidak serupa. Justeru, dekripsi yang berlainan

hendaklah dilakukan dan tidak semata-mata menggunakan sistem tatabahasa

bahasa Eropah.

11

Page 12: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

Ada dua orang tokoh yang paling terkenal di Amerika selepas Boas,

iaitu E. Sapir dab L. Bloomfield. Sapir mendapat pengetahuan asas dalam

bidang Filologi di Jerman tetapi masih dipengaruhi oleh F. Boas. Beliau

menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881) . Buku ini adalah

bersifat umum dan ini berbeza daripada buku Lnaguage (1993) yang ditulis

oleh Bloomfield. Buku Sapir adalah lebih mementingkan pendekatan kajian

daripada segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya daripada segi

sesuatu masyarakat yang menggunakannya. Bloomfield pula adalah sarjana

yang bertanggungjawab mengangkat linguistik menjadi suatu bidang kajian

yang tersendiri. Bloomfield memperlihatkan dengan jelas konsep sains dalam

kajiannya iaitu sesuatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan

kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dapat dianalisis dan ditentukan

secara empiris.

Pada tahun 1950-an , satu perkembangan baru yang dibawa oleh

Noam Chomsky telah muncul. Ketika ini tatabahasa transformasi generatif

telah diperkenalkan. Bukunya adalah bertajuk Syntactic Stuructures.

Dalam tatabahasa transformasi generatif ini,kita perlu memahami beberapa

konsep am. Kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan ayat gramatis

dan ayat bukan gramatis dalam bahasa kita menurut ukuran seorang

penutur bahasa ibunda. Ini kerana,bahasa diertikan sebagai mengandungi

ayat-ayat yang diterbitkan. Pada hakikatnya, ayat dapat dipanjangkan

seberapa yang mungkin. Ayat-ayat ini dibentuk daripada unsur-unsur yang

terhad bilangannya. Berkaitan dengan ini kita menganggap bahawa ada

beberapa proses operasi dalam membentuk ayat -ayat tersebut dengan

menggunakan rumus-rumus tertentu. Rumus-rumus tersebut menggunakan

jumlah unsur tadi yang terhad pula banyaknya.

Rumusannya , jelaslah kepada kita bahawa adalah menjadi

tanggungjawab ahli-ahli linguistik atau masyarakat yang begitu peka dan

cenderung dalam ilmu linguistik untuk mengkaji dan memperkembangkan

bahasa dengan cara dan kefahaman sendiri. Keseluruhannya semuanya

adalah menjurus ke arah fonetik dan fonologi yang merangkumi sebutan,

bunyi, pola ayat , semantik, sintaksis dan sebagainya.

12

Page 13: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

3.0 Sumbangan tokoh-tokoh Linguistik

3.1 Sumbangan Edward Sapir

Edward Sapir ( 1884 - 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan

antropologi dari Amerika pada awal abad ke - 20. Beliau mengkaji hubungan

bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.

Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam

sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa

merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia.

Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu

bersifat arbitrati untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau

bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan

pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam

masyarakat. Linguistik Sapir tidak terhenti pada pengkajian struktur bahasa,

tetapi juga meliputi beberapa bidang iaitu sastera, agama, budaya dan

metodologi.

Edward Sapir juga memperkenalkan Hipotesis Sapir -- Whorf, hasil

gabungan pemikiran dengan anak murid beliau, Benjamin Lee Whorf.

Hipotesis Sapir - Whorf menekankan beberapa hubungan yang mempunyai

peri penting dalam aliran linguistik iaitu bahasa, pemikiran dan budaya.

Sapir dan Whort tidak menulis hipotesis tersebut secara formal beserta

formula-formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam menerusi

penulisan yang berkaitan dengan linguistik dan akhirnya mereka menemui

dua idea yang menjadi tunjang kepada aliran mereka. Kedua-dua ahli

linguistik ini setuju bahawa budaya yang banyak menentukan bahasa. Selain

itu,Sapir juga menekankan fonem sebagai satuan psikologi kerana bahasa

dapat melahirkan perkataan-perkataan yang terkandung lambang , makna

pada setiap ujaran.

Dua idea tersebut ialah teori linguistik penentuan atau determinism

dan relatif atau relativism. Teori linguistik penentuan ialah teori yang

menyatakan bahasa yang digunakan oleh manusia akan menentukan kaedah

untuk menginterpretasikan dunia sekeliling sesebuah masyarakat. Manakala

teori linguistik relatif merupakan teori yang lebih lemah menyatakan bahasa

13

Page 14: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

mempunyai sedikit kesan dalam mempengaruhi pemikiran manusia terhadap

realiti dunia dan serta kehidupan sesebuah masyarakat.

Mengupas bahasa, Sapir berpendapat bahasa bersifat distingtif iaitu

membezakan makna daripada perkataan-perkataan yang diujarkan.

Perbezaan makna ini lahir daripada interpretasi individu terhadap

persekitaran seseorang individu tersebut. Selain itu, Sapir turut

mengemukakan teori struktural yang menyentuh aspek struktur bahasa. Teori

yang dikemukan ini merangkumi pola dan pembinaan sesuatu ayat.

Bahasa juga dikatakan sebagai satu aktiviti rohani,iaitu suatu proses

kejiwaan yang berulang-ulang untuk membentuk gagasan atau pemikiran

melalui bunyi yang berartikulasi. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan

yang tersendiri, iaitu bahasa merupakan lambang jiwa, sesuatu tabiat

manusia dan menjadi sifat sesuatu bangsa yang menjadi alat perhubungan

antara satu sama lain. Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang

sempurna, bahasa akan sentiasa berubah.

3.2 Sumbangan Leonard Bloomfield

Bloomfield ( 1887 - 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori

teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam

menghuraikan bahasa. Beliau adalah ahli bahasa yang diberi nama American

Structuralism. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data

ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain,

ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya

rangsangan.

Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia berpunca sebab

adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasa pun dapat dilahirkan

sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.

Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku

manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya iaitu suatu

kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat

diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah

Language(1933). Konsep yang dibawa oleh beliau telah dijadikan sebagai

14

Page 15: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

aliran struktural dan perkara yang sering ditekankan ialah bagaimana

kebolehan berbahasa dalam bahasa sasaran dapat diperoleh dengan segera

dan berkesan.

Beliau menyatakan bahawa apa pun yang dilafazkan pasti mempunyai

struktur. Cth: jika menyebut rumah, maka strukturnya ialah [rumah] bukan

[hamur] atau [maruh]. Pada pandangan Bloomfield berasaskan

teori Behaviorisme yang beranggapan bahawa tingkah laku manusia dapat

ditanggap oleh indera. Setiap rangsangan (stimulus) akan mewujudkan tindak

balas (respons).

Bloomfield berpendapat bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang

sama dengan tingkah laku yang lain.

s  r - s  r

's' mewakili seseorang bercakap,' r -s' pula bermaksud berlakunya proses

pengubahsuaian data dan ' r' bermaksud pendengar memberi tindakbalas.

Keadaan ini disesuaikan dengan sebuah cerita tentang Jack (lelaki)

dan Jill (perempuan). Jill yang berasa lapar tiba-tiba ternampak sebiji epal(s).

Jill lalu membuat bising dengan menggunakan tenggorok(larynx), lidah dan

bibir(r). Jack mendengar bunyi yang dihasilkan oleh Jill(s) lalu memetik epal

yang diminta oleh Jill(r).

Dalam menganalisis bahasa,teori struktur diasaskan pada data(korpus)

yang dapat diuji. Tujuannya adalah untuk menghuraikan suatu contoh sampel

sesuatu bahasa,bukan menghurai seluruh bahasa. Ini kerana ucapan yang

dilahirkan tidak mungkin dapat dikaji. Bahasa menurut tafsiran Bloomfield

adalah sejumlah isyara atau tanda yang berupa unsur vokal(fitur bunyi) yang

disebut bentuk linguistik.

Beliau mendefinisikan makna sebagai satu keadaan atau situasi yang

ada di dalam tubuh badan manusia (penutur). Menurut Bloomfield makna

merupakan perkara yang kurang penting dalam pengkajian bahasa.Yang

terpenting dalam teori Bloomfield ialah percubaannya untuk mengembangkan

15

Page 16: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

kaedah-kaedah menghuraikan bentuk linguistik secara eksplisit. Beliau

membezakan 3 jenis bentuk: bentuk terikat,bentuk bebas,bentuk kompleks.

a. Contoh bentuk terikat: ‘ke-----’, ‘-----I’ dan sebagainya.

b. Contoh bentuk bebas: ‘meja’, ‘aku’, ‘teksi’, dan sebagainya.

c. Bentuk kompleks dapat difahami daripada kata seperti ‘olahraga’, ‘ibu

bapa’, ‘antarabangsa’, dan sebagainya.

Linguistik struktur memberikan penjelasan tentang setiap linguistik

menurut struktur dan fungsi bentuk itu dalam korpus. Misalnya ‘fonem’ diberi

makna sebagai satu fitur yang distingtif dan terkecil dalam leksikon;‘morfem’

bererti kesatuan terkecil yang mempunyai erti dalam bentuk leksikon; ‘frasa’

bererti unit yang terdiri daripada dua atau lebih daripada dua bentuk bebas.

‘kata’ bererti bentuk bebas yang minimum yang terdiri daripada hanya satu

bentuk bebas dan kadang-kadang dapat digabungkan dengan bentuk-bentuk

terikat. (ter+lukis) ‘ayat’ pula diertikan sebagai ungkapan yang maksimum.

Kesimpulannya Bloomfield cuba menganalisis bahasa dengan

melibatkan bahagian-bahagian dan hubungan antara satu bahagian dengan

bahagian lain. Analisis beginilah yang biasa disebut Analisis Konstituen

Terdekat. Ia lebih bergantung pada situasi sesuatu ayat yang dibentuk dan

makna pula sukar ditentukan. Sebaliknya,bunyi dapat ditentukan dan dapat

dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. (fonem sebagai akar

bunyi).

3.3 Sumbangan Ferdinand de Saussure

Ferdinand de Saussure lahir di Geneva pada tanggal 26 November

1857 dari keluarga Protestan Perancis (Huguenot) . Sejak kecil, Saussure

memang sudah tertarik dalam bidang bahasa. Pada tahun 1870, beliau

belajar di Institut Martine, Paris. Dua tahun kemudian (1872), Saussure telah

menulis “Essai sur les

langues” yang persembahkan

untuk ahli linguistik pujaan

hatinya (yang menolong dia

16

Page 17: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

untuk masuk ke Institut Martine, Paris), yakni Pictet. Pada tahun 1874 beliau

belajar fizik dan kimia di Universiti Geneva. Lapan belas bulan kemudian,

beliau mula belajar bahasa sanskrit di Berlin. Rupa-rupanya, Saussure begitu

berminat mempelajari bahasa. Pada 1876-1878 tanpa membuang masa

beliau telah mempelajari bahasa di Leipzig dan pada tahun 1878-1879 di

Berlin. Beliau juga turut belajar dengan tokoh besar linguistik Brugmann dan

Hübschmann.

Ketika masih mahasiswa, beliau telah membaca karya ahli linguistik

Amerika, William Dwight Whitney yang membahaskan tentang The Life and

Growth of Language: and outline of Linguistic Science (1875); buku ini sangat

mempengaruhi teori linguistiknya di kemudian hari. Pada tahun 1878,

Saussure menulis buku tentang Mémoire sur le systéme primitif des voyelles

dans les langues indo-européennes (Catatan Tentang Sistem Vokal Purba

Dalam Bahasa-bahasa Indo-Eropa). Pada tahun 1880 beliau mendapat

gelaran doktor (dengan prestasi gemilang: summa cum laude) dari universitas

Leipzig dengan disertasi: De l’emploi du génetif absolu en sanscrit (Kasus

Genetivus Dalam Bahasa Sansekerta) dan pada tahun yang sama, ia yang

dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. De Saussure merupakan orang

pertama yang mengemukakan konsep'langue' berangkat ke Paris.

  Ferdinand de Saussure ( 1877 - 1913) ialah orang pertama

mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ' Bapa Ilmu

Linguistik Moden' telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan

pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu

linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan

menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang

berbeza-beza iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis

mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu,. Linguistik diakronis mengkaji

bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan

17

Page 18: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

dan 'parole'. langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-

ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan

buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung

beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah

mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya

buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada

tahun 1959.

3.4 Sumbangan Profesor Emeritus Abdullah Hassan

Profesor Emeritus Abdullah Hassan adalah penasihat PTS

Publications Sdn. Bhd. Beliau adalah seorang bekas ahli akademik terkemuka

dalam bidang linguistik bahasa Melayu di Malaysia. Beliau memperolehi

Ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa

Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik

Am daripada University of Edinburgh, Scotland.

Beliau memulakan kerjaya akademiknya sebagai Tutor di Universiti

Malaya (1967-1969). Selepas mendapat ijazah Ph.D. beliau menjadi tenaga

pengajar di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1972 dan bersara pada

tahun 1997. Dalam kerjayanya di Universiti Sains Malaysia, beliau dilantik

menjadi pensyarah pada tahun 1972, dan dinaikkan pangkat menjadi profesor

pada tahun 1980. Selepas itu beliau dilantik menjadi profesor di Jabatan

Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1997-2001), dan

Profesor Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2001-2010).

Beliau pernah memegang Biasiswa Pelajaran Malaysia, di Universiti

Malaya (1964-67), British Commonweallth Scholarship (1969-72), Fulbright-

Hays Fellowship di University of

California,

Berkeley, (1979), Pensyarah

Perunding Terjemahan di

Regional Language Centre (RELC)

18

Page 19: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

Singapura (1980), Pemegang Kerusi Tun Razak Keempat, di Ohio University,

Amerika Syarikat, (1987-89), dan Profesor Kunjungan di Jabatan Kajian Asia

Timur, Universiti Frankfurt, Jerman (2004).

Beliau menghasilkan 20 buah buku tentang linguistik bahasa Melayu,

tatabahasa Melayu, pengajaran bahasa Melayu, dan perancangan bahasa

Melayu. Beliau juga menterjemahkan 10 buah buku dan menulis 182 buah

artikel. Atas kesarjanaannya beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus

oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2006. Beliau baharu sahaja dilantik

menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kota Bharu.

3.5 Sumbangan Za'ba terhadap perkembangan bahasa

Nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih

dikenali sebagai Za'ba telah dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung

Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di

Sek. Melayu Linggi (1907). Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban

sehingga lulus Senior Cambridge.

Pernah bekerja sebagai guru dan pensyarah. Di antara karya yang

telah dihasilkan oleh Za‘ba ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang

Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam

penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu.

Gelaran pendeta dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu

dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru pada tahun 1956.

Beliau digelar pemikir ulung yang lahir daripada anak kampung yang

berpendidikan agama, berperibadi mulia, berpendidikan tinggi, istiqamah

menimba ilmu sepanjang hayat, gigih melahirkan pendapat melalui tulisan

dan, yang terpenting, terus melakukan kerja tulis-menulis walaupun ditekan

oleh penjajah Inggeris.

Za'ba juga seorang yang kuat menulis berbagai-bagai tajuk iaitu

bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, agama serta etika dan

ekonomi orang Melayu. Namun demikian, perhatian dan minat beliau telah

mendorong Za'ba dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dengan

19

Page 20: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

meperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat.

Za'ba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu dalam pembinaan kemajuan

pemikiran bangsa dan pembangunan dan pencetus kesedaran politik negara.

Dalam pembicaraan Dr. Awang Haji Sariyan bertumpu pada usaha

Za‘ba dalam bidang bahasa. Beliau menyatakan bahawa “Za‘balah yang

meletakkan asas sistem bahasa Melayu dalam ejaan, tatabahasa Melayu

mahu pun retorik. Za‘balah yang menandai babak awal perkembangan ilmu

bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an, kira-kira satu

dekad lebih awal daripada tokoh linguistik Amerika, iaitu Leornard Bloomfield

yang baru muncul pada awal tahun 1930-an dengan linguistik strukturalnya.” 

Selain itu Za‘ba ialah perintis analisis sistem ejaan bahasa Melayu.

Menurut Dr. Awang, Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar

menunjukkan analisis ejaan Za‘ba itu berasaskan ilmu fonologi, iaitu

kewujudan bunyi mendahului tulisan, huruf ialah lambang bunyi dan ada

“hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa”. Butiran hujah Profesor

Emeritus Dato' Dr. Asmah itu terdapat dalam makalah yang bertajuk “Za‘ba

dalam Linguistik: Satu Tinjauan mengenai Aspek Bahasa yang

Diutarakannya”. Makalah itu termuat dalam buku Bahasa, Kesusasteraan

dan Kebudayaan Melayu (Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta

Za‘ba)terbitan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, tahun 1976.

Dr. Awang juga menyatakan, analisis ejaan itu berasaskan fonetik

kerana Za‘ba menggunakan istilah yang sesuai dengan fonetik. Antara istilah

itu termasuklah huruf saksi (vokal), huruf benar (konsonan), bunyi kasar

dan bunyi halus yang merupakan jenis vokal, bunyi berkait rapat(diftong)

dan bunyi berkait renggang (vokal rangkap). 

Dari segi tatabahasa, Za‘ba meletakkan asas golongan kata dan

golongan ayat bahasa Melayu. Beliau menggolongkan kata kepada lima

golongan yang utama, iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan.

Golongan utama itu dipecahkan kepada subgolongan. Contohnya, di bawah

nama ada nama betul dan ganti nama. Di bawah setiap subgolongan itu ada

pula pecahan seperti nama, am, nama neka dan nama khas. Perbuatan

20

Page 21: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

dipecahkan kepada perbuatan melampau dan perbuatan tidak melampau.

Istilah kita kini bagi perbuatan melampau ialah kata kerja transitif dan

perbuatan tidak melampau ialah kata kerja tidak transitif. Selain itu, Za‘ba

menyatakan ada perbuatan dapat menduduki fungsi nama. Perbuatan itu

dinamakan perbuatan nama dan nama perbuatan. 

Za‘ba juga telah membahagikan kata sifat kepada sifat nama dan sifat

kata. Istilah kita kini bagi sifat nama ialah adjektif dan sifat kata ialah adverba.

Bagi kata sendi, Za‘ba meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat.

Dr. Haji Awang Sariyan menegaskan, “Hingga kini, ketetapan yang dibuat

Za‘ba itu menjadi pegangan pendidik dan pelajar serta masyarakat umum

dalam penggunaan bahasa Melayu rasmi terutama dalam bidang

pentadbiran.” 

Za‘ba menggolongkan ayat bahasa Melayu kepada ayat selapis, ayat

berlapis, ayat berkait, ayat bercampur. Jenis ayat pula terbahagi kepada ayat

penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Selain itu, Za‘ba juga

memperkatakan ragam ayat dengan istilah ayat bangun membuat bagi ayat

aktif dan ayat bangun kena buat bagi ayat pasif. Dr. Haji Awang Sariyan

menyatakan, “Kajian menunjukkan bahawa rumus-rumus ayat pasif bahasa

Melayu rasmi yang ditemukan oleh sarjana-sarjana linguistik moden tidak ada

perbezaannya sama sekali dengan yang telah dikemukakan oleh Za‘ba lebih

setengah abad yang silam.”

Dari segi retorik, Dr. Haji Awang Sariyan mengatakan, Hashim Awang

mengangkat Za‘ba sebagai tokoh dan pelopor retorik Melayu. Menurut

Hashim Awang, buku Ilmu Mengarang Melayu karangan Za‘ba yang terbit

21

Page 22: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

pada tahun 1934 mendahului buku tokoh retorik Inggeris Cleanth Brooks dan

Robert Penn Warren, iaitu Modern Rhetoric yang terbit enam tahun sesudah

buku Za‘ba itu. Pendapat Hashim Awang itu terdapat dalam kertas kerjanya

“Retorika Melayu dari Tanggapan Za‘ba” untuk Kongres Bahasa Melayu

Sedunia pada bulan Ogos 1995.

3.0 Refleksi kesan hasil pemikiran dan sumbangan tokoh-tokoh

linguistik

Bahasa Melayu telah menjadi alat bahasa pengajaran dan

pembelajaran sepenuhnya di dalam sistem pendidikan negara. Keadaan ini

berterusan apabila Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran teras

dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) .

Justeru, linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu

sama lain. Pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa.

Perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak begitu

banyak berubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah kurun ke - 20 ini.

Dalam bidang pengajaran bahasa seorang guru perlu tahu linguistik. Ahli

linguistik tidak menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran

tetapi para pendidik perlu tahu kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran.

Robert Lado (1980: 12) menegaskan:

"Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam

bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekali pun

tidak boleh memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan

dan menunjukkan pelbagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah

mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta

linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahui masalah

mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka."

Menurut Za'ba bahasa adalah "alat mengeluarkan fikiran."

Sehubungan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran

bahasa. Penggunaan linguistik dalam pengajaran dikenali sebagai linguistik

gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi,sintaksis dan

22

Page 23: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

semantik. Pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah banyak

memberikan penekanan terhdap sistem bahasa. Yang paling benyak disentuh

ialah aspek morfologi dan sintaksis.

Guru yang terlatih dari segi pedagogi perlu menggunakan pelbagai

kaedah dan teknik untuk menyampaikan maklumat dan fakta-fakta sistem

bahasa dengan baik dan terkini supaya pengajaran dapat disampaikan

dengan menarik. Ini akan mengakibatkan pembelajaran lebih berkesan.

Tugas guru bahasa menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi,

sesuai untuk mencapai matlamatnya. Ini membolehkan pelajar belajar dengan

mudah dan cepat.

Guru juga perlu melengkapkan diri untuk menjadi guru bahasa yang

berkesan jika ia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam linguistik

dan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat

mendeskripsikan bahasa dengan tepat. Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu

bertujuan membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa

untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan

tentang ilmu pengetahuan, melalui lisan dan penulisan.

Menurut Verhaar (1985:1) ' Linguistik' berasal dari perkataan Latin

iatu ' Lingua'. Ia bermaksud bahasa. Manakala linguistik juga dikemukakan

dalam bahasa Inggeris sebagai 'Linguistics'. Menurut Kamus Dewan

(1993), perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti

pengajian ilmu bahasa. Sumbangan bidang linguistik dalam negara memang

tidak dapat dinafikan. Bidang linguistik merupakan kemahiran asas

berkomunikasi. Ia amat penting bagi setiap orang bukan sahaja untuk guru

dan murid di sekolah tetapi memastikan penutur dapat bertutur dengan

bahasa yang betul di antara satu sama lain.

Ilmu linguistik telah lama dalam sistem pendidikan di negara.

Walaupun di institusi pengajian tinggi awam atau swasta, unsur-unsur yang

terdiri dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan

pengetahun dan mengesan dengan lebih terperinci serta dapat

menyampaikan ilmu dengan berkesan. Guru yang dapat menguasai ilmu

linguistik dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Ia akan dapat

23

Page 24: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

menyampai pengajaran yang lebih sistematik dan berkesan. Terutamanya

sekolah yang mempunyai murid yang berbilang kaum. Linguistik juga

memainkan peranan yang besar dalam menyatupadukan pelbagai kaum,

bangsa dengan berdisiplin serta dapat bersatu dalam semua hal dengan

bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan

Linguistik merupakan suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang

dilakukan secara saintifik (J.Lyons,1968:1) Linguistik dikatakan saintifik

kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkansesuatu yang dilihat,

dirasa dan dilihat. Menurut (Abdullah Hassan, 1984:2) linguistik ialah sesuatu

sains yang mengkaji bahasa. Justeru, apabila melibatkan kajian bahasa ia

sudah pasti berkait rapat dengan sistem pendidikan negara kita. Sistem

pendidikan negara sentiasa berkembang maju dan kajian terhadap struk

dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan tidak dapat

dinafikan. Sebagai contoh morfologi sebagai bidang linguistik mengkaji

bagaimana sesuatu perkataan dapat dibina. Morfologi juga merupakan bidang

yang mengkaji morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses

pembentukan kata. Seseorang guru yang dapat menguasai bidang linguistik

dengan baik sudah pasti dapat menyampaikan dan membimbing pelajar

dengan lebih berkesan.

Penerapan teori linguistik dalam pengajaran oleh seseorang guru

boleh dilakukan melalui kemahiran lisan (mendengar/ bertutur), kemahiran

membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini boleh dijalankan

dalam apa jua aktiviti bahasa yang dipilih oleh seseorang guru. Sebagai

contoh dalam kemahiran bertutur guru boleh mengajar bunyi-bunyi bahasa

iaitu bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang boleh dibahagikan kepada

beberapa bahagaian.

Peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa

pengantar sistem pendidikan kebangsaan juga menjadi faktor kepada

penyumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara. Bidang linguistik

juga dilihat cuba memartabatkan kembali Bahasa Malaysia dan

memperkasakan Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan MBMMBI.

24

Page 25: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

Selain itu, penggunaan bahasa juga perlu mengambil kira latar belakang

dan sosial murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam

proses pengjaran dna pembelaajran.Tetapi yang lebih penting lagi ia menjaga

maruah linguistik negara yang antaranya perlu sentiasa wujud dalam bentuk

bahasa Melayu sebagai teras kepada jati diri kebangsaan dan nasionaliti

Malaysia.

Kesimpulannya penguasaan ilmu linguistik yang mendalam

membolehkan seseorang guru mengesan segala kesilapan yang dilakukan

oleh pelajar serta dapat membantu sesi pengajaran yang lebih berkesan.

Selain itu, sumbangan dan peranan tokoh-tokoh linguistik yang telah

dipaparkan benar-benar menyumbang dalam perkembangan pengajaran dan

pembelajaran bahasa dalam bilik darjah.

Sepertimana yang kita sedia maklum, tokoh-tokoh linguistik yang

popular seperti Bloomfeild, Edward Sapir , De saussere, Za'ba , Abdullah

Hassan dan ramai lagi semuanya menjurus ke arah memartabatkan bahasa

Melayu dengan mempelajari cara dan teknik mengajar oleh guru dan murid

mendapat ilmu demi meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar dalam mata

pelajaran bahasa Melayu seterusnya dapat mengeluarkan idea-idea yang

bernas dan logik. Dalam kajian bahasa menyatakan bahasa ialah proses

perilaku yang mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan.

25

Page 26: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

26

Page 27: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

27

Page 28: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

28

Page 29: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

29

Page 30: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

30

Page 31: Bmm 3107 Bahasa Linguistik

BIDANG LINGUISTIK BMM 3107

31