Bmk Dalila Mohd Noor

Embed Size (px)

Citation preview

INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN 06000, JITRA KEDAH DARUL AMAN

BAHASA MELAYU KONTEKSTUALKESILAPAN UMUM TATABAHASA

NAMA PELAJAR NO.KAD PENGENALAN KUMPULAN/UNIT MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: : : : : : :

DALILA BINTI MOHD NOOR 890802-02-5494 PPISMP PIQ / BI / BA ( 2 ) BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL EN. ABDUL MANAF BIN AHMAD EN. YUSUF BIN MIN 1 APRIL 2008

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.. KESALAHAN TATABAHASA ( BAHAN GRAFIK ).. REFLEKSI.. BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

1 2 22 23 24

PENGENALAN Bahasa Melayu Kontekstual merupakan satu mata pelajaran yang mengajar tentang penggunaan Bahasa Melayu supaya lebih baik dalam kehidupan seharian dan dalam penulisan..Selain itu,Bahasa Melayu Kontekstual mengajar tentang penggunaan komunikasi. Kemahiran tatabahasa sama ada secara lisan atau bertulis perlu dikuasai dengan sebaik mungkin oleh individu yang bergelar pendidik.Hal ini disebabkan kemahiran tatabahasa mempunyai kaitan secara langsung dengan profesion keguruan.Tanpa penguasaan tatabahasa yang baik,seseorang pendidik itu akan menghadapi kesukaran dalam menyampaikan ilmu sama ada yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar atau pun sebagai pereka modal insan gemilang. Kemahiran tatabahasa merupakan salah satu elemen yang perlu dikuasai oleh guru sebagai wahana untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru.Jika mereka mengusai kemahiran ini pasti pengajaran yang mereka lakukan akan lebih mudah difahami oleh anak-anak murid dan seterusnya pengajaran mereka akan lebih berkesan .

GAMBAR 1

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah CHAMPUR CAMPUR Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalahan dari segi ejaan. Dalam ejaan bahasa Melayu, terdapat lima perubahan konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan baru. Salah satu daripadanya ialah ( ch c ). Jadi, ejaan champur sepatutnya dieja sebagai campur.

GAMBAR 2

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Bandaraya Alor Star, Kedah SHARIKAT CHERMIN SYARIKAT CERMIN Terdapat dua kesalahan pada papan tanda dalam gambar di atas. Keduaduanya kesalahan dari segi ejaan. Dalam ejaan bahasa Melayu, terdapat lima perubahan konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan baru. Antaranya ialah ( ch c ) dan ( sh sy ). Jadi, ejaan yang betul bagi sharikat ialah syarikat manakala ejaan yang betul bagi chermin ialah cermin. Papan tanda ini sepatutnya diubah kepada SYARIKAT CHERMIN MATA STAR.

GAMBAR 3

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah REKET RAKET Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalahan ejaan. Ejaan yang betul bagi perkataan REKET ialah RAKET. Ejaan reket adalah salah kerana tidak menepati sistem keselarasan vokal. Mengikut sistem ini, pola e-e adalah salah. Pola yang betul dan diterima ialah pola a-e. Jadi, reket sepatutnya dieja sebagai raket kerana mengikut sistem pola keselarasan vokal yang betul.

GAMBAR 4

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Bandaraya Alor Star, Kedah POTOSTAT FOTOSTAT Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalahan dari segi ejaan. Ejaan yang betul untuk perkataan POTOSTAT ialah FOTOSTAT. Kesalahan seperti ini mungkin disebabkan oleh pengaruh bahasa Inggeris.

GAMBAR 5

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah CARPET KARPET Kesalahan yang dapat dilihat pada papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalahan dari segi ejaan. Ejaan yang betul bagi CARPET ialah KARPET. Kesalahan ejaan ini dipengaruhi oleh pengunaan bahasa Inggeris dalam perkataan bahasa Melayu.

GAMBAR 6

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah Barang Accessories Barang Aksesori Jenis kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas ialah percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sepatutnya Barang Accessories dieja sebagai Barang Aksesori. Kesalahan ini berpunca daripada pengaruh bahasa Inggeris dalam perkataaan bahasa Melayu.

GAMBAR 7

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah ALATULIS ALAT TULIS Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas ialah pada perkataan ALATULIS. Perkataan ini sepatutnya dieja sebagai ALAT TULIS. Hal ini kerana alat tulis merupakan kata majmuk. Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali kata majmuk yang sudah dianggap mantap. Perkataan alat tulis tidak termasuk golongan ayat majmuk mantap. Jadi, perkataan alat tulis dieja secara terpisah.

GAMBAR 8

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Medan Selera Tamansiswa, Jitra, Kedah MAD NASI GORENG AYAM NASI GORENG AYAM MAD Kesalahan bagi gambar di atas ialah kesalahan dari segi hukum D-M. Hukum D-M bermaksud, (D) merupakan unsur yang diterangkan dan (M) merupakan unsur yang menerangkan unsur pertama. Dalam hal ini, perkara yang diterangkan (D), mesti membentuk unsur pertama dan mendahului unsur yang menerangkan (M). Bagi situasi di atas, Nasi Goeng Ayam merupakan perkara yang diterangkan manakala Mad merupakan perkara yang menerangkan. Oleh itu, papan tanda ini sepatutnya ditulis sebagai Nasi Goreng Ayam Mad kerana perkara yang ingin disampaikan ialah kedai nasi goreng ayam itu kepunyaan Mad.

GAMBAR 9

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah DISINI DI SINI Kesalahan yang dapat dikesan pada iklan dalam gambar di atas ialah kesalahan dari segi cara penulisan kata sendi nama. Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Jadi DISINI sepatutnya dieja sebagai DI SINI.

GAMBAR 10

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah KAMPONG KAMPUNG Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalahan dari segi ejaan. Perkataan KAMPONG sepatutnya dieja sebagai KAMPUNG. Ejaan kampong tidak menepati sistem pola kselarasan vokal. Dalam sistem pola keselarasan vokal tiada pola a-o. Jadi, ejaan kampong yang tepat ialah kampung, mengikut pola a-u.

GAMBAR 11

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah BERINTENET BERINTERNET Kesalahan yang dapat diperhatikan pada papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalalahan ejaan pada perkataan BERINTENET. Kesalahan ini kerana huruf R telah digugurkan daripada perkataan itu. Jadi, ejaan yang betul bagi perkataan berintenet ialah BERINTERNET.

GAMBAR 12

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah PON TELEFON Kesalahan yang sangat jelas pada iklan dalam gambar di atas ialah kesalahan dari segi ejaan PON. Ejaan yang betul ialah TELEFON. Kesalahan ini berkemungkinan disebabkan pengaruh dialek percakapan harian.

GAMBAR 13

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah PERABUT PERABOT Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalahan dari segi ejaan. Perkataan perabot terkecuali daripada pola keselarasan vokal. Hal ini kerana perkataan ini merupakan kata serapan daripada bahasa Jawa. Jadi, ejaan perabut sepatutnya dieja sebagai perabot.

GAMBAR 14

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah BERBAGAI BERBAGAI-BAGAI / PELBAGAI Kesalahan yang dapat dikesan dalam papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalahan dai segi penggunaan kata bilangan, iaitu pada perkataan BERBAGAI. Dalam bahasa Melayu, penggunaan yang betul ialah berbagaibagai atau pelbagai. Kata bilangan berbagai-bagai tidak boleh disingkatkan menjadi berbagai.

GAMBAR 15

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah DI SEDIAKAN DISEDIAKAN Kesalahan yang terdapat pada gambar di atas ialah kesalahan dari segi kata sendi nama. Menurut nota Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 muka surat 28, imbuhan awalan di- membentuk kata kerja hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Jadi perkataan DI SEDIAKAN sepatutnya dieja sebagai DISEDIAKAN.

GAMBAR 16

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah HIN LAM RESTORAN RESTORAN HIN LAM Kesalahan bagi gambar di atas ialah kesalahan dari segi hukum D-M. Hukum D-M bermaksud, (D) merupakan unsur yang diterangkan dan (M) merupakan unsur yang menerangkan unsur pertama. Dalam hal ini, perkara yang diterangkan (D), mesti membentuk unsur pertama dan mendahului unsur yang menerangkan (M). Bagi situasi di atas, Restoran merupakan perkara yang diterangkan manakala Hin Lam merupakan perkara yang menerangkan. Oleh itu, papan tanda ini sepatutnya ditulis sebagai Restoran Hin Lam kerana perkara yang ingin disampaikan ialah restoran itu kepunyaan Hin Lam. GAMBAR 17

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah PAKNGAH CENDUL PULUT CENDOL PULUT PAKNGAH Terdapat kesalahan pada papan tanda dalam gambar di atas. Kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan dari segi hukum D-M. Hukum D-M bermaksud, (D) merupakan unsur yang diterangkan dan (M) merupakan unsur yang menerangkan unsur pertama. Dalam hal ini, perkara yang diterangkan (D), mesti membentuk unsur pertama dan mendahului unsur yang menerangkan (M). Bagi situasi di atas, Cendul Pulut merupakan perkara yang diterangkan manakala Pakngah merupakan perkara yang menerangkan. Oleh itu, papan tanda ini sepatutnya ditulis sebagai Cendul Pulut Pakngah kerana perkara yang ingin disampaikan ialah Cendul Pulut itu kepunyaan Pakngah.

GAMBAR 18

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Pekan Jitra, Kedah KOSMATIK KOSMETIK Kesalahan yang dapat dikesan pada papan tanda dalam gambar di atas ialah kesalahan ejaan KOSMATIK. Ejaan yang betul ialah KOSMETIK. Kesalahan ini berkemungkinan disebabkan pengaruh kata serapan bahasa Inggeris.

GAMBAR 19

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Menu makanan Restoran di Changlun, Kedah TELOR TELUR Kesalahan yang dapat dikesan pada menu makanan dalam gambar di atas ialah kesalahan dari segi ejaan yang tidak menepati pola keselarasan vokal. Jadi, TELOR sepatutnya dieja sebagai TELUR, menepati pola keselarasan vokal a-u. Tambahan pula, perkataan TELOR membawa maksud lain, bukannya makanan.

GAMBAR 20

SUMBER KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

Majalah REMAJA, siri 516 dari editor daripada editor Kesalahan yang dikesan dalam gambar di atas ialah kesalahan penggunaan kata sendi nama dari. Kata sendi nama dari hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Dalam hal ini, editor tidak termasuk dalam empat golongan tersebut. Jadi, penggunaan kata sendi nama yang betul ialah daripada editor.

REFLEKSI

Setelah diteliti dan dikaji dengan mendalam,saya mendapati Bahasa Melayu Kontekstual bukan sahaja merupakan satu mata pelajaran yang baik dan menarik untuk dipelajari bahkan juga ianya amat mudah untuk difahami.Selain itu ia juga mendidik diri saya untuk memantapkan diri saya dalam penggunaan Bahasa Melayu.. Melalui kajian yang dijalankan juga, secara praktiknya ia turut menambahkan pengetahuan saya terutamanya dalam bidang yang tidak pernah saya dalami sebelum ini. Contohnya ialah bagaimana komunikasi yang kita gunakan dalam kehidupan seharian ditakrifkan dalam pelbagai aspek yang lain .Saya juga dapat mengesan kesalahan ynag sering berlaku dalam penggunaan media penyampaian si sekeliling kita.Jika sebelum mempelajarinya saya sendiri tidak sedar akan kesalahan tatabahasa yang berlaku walaupun di tempat saya sediri. Sesungguhnya lapangan ini merupakan ilmu baru dalam hidup saya terutamanya dalam konteks pengajian dan pendidikan. Selain itu, melalui tugasan yang diberikan ini juga, ia membantu saya menambahkan pengalaman dan mengeratkan hubungan antara saya dan rakanrakan seperjuangan. Ini kerana, tugasan yang diberikan ini memerlukan saya untuk berinteraksi dan berbincang dengan kawan-kawan untuk mendapat sumber maklumat. Konklusinya, kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Berfikir ini memberi banyak manfaat kepada saya sebagai penerokanya. Pelbagai jenis bidang keilmuan baru dapat saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah pembimbing kami, En . Yusof Bin Min dan En. Manaf Bin Ahmad atas bimbingan yang beliau berikan. Saya berharap tugasan seperti ini diteruskan lagi untuk generasi dan bakal pendidik pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia ( 1984 ). Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam. Koleksi Pedoman Bahasa Bil. 1 Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesalahan_biasa_tatabahasa_Melayu http://skhk8k.tripod.com/bm/kesalahan.htm

LAMPIRAN

Kesalahan biasa tatabahasa MelayuDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang menyebabkan banyak penulis, baik penulis baru mahupun penulis profesional, melakukan kesilapan tatabahasa. Demikian juga dengan bahasa Melayu. Awang Sariyan berkata: "Daripada pemerhatian saya, hal ini berlaku dalam semua karya sastera (prosa) yang pernah saya baca. Hal ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak, para penulis tidak dapat lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Penulis hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis." [1] Rencana ini mencuba menyenaraikan kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh para penulis. Kesalahan biasa Kesalahan ayat 1. Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di : o Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu. o Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan. o Semuanya dia kenal. o Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana puncanya. 2. Jawapan sepatutnya: o Tidak ada apa yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga betul)'waktu ini. o Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'. o Semuanya dikenal oleh dia'. o Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh dia'dari mana puncanya. 3. Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain: o Bola ini 'ditendang oleh saya'. o Makanan ini kamu telah makan' ? o Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' samasama. 4. Jawapan sepatutnya: o Bola ini saya tendang' . o Makanan ini 'telah kamu makan' ? o Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.

Perkara yang diterangkan mesti mendahului penerang: 1. Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya. (Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. ) Salah: Cili sos Mini perpustakaan Zaleha Restoran Jaya Klinik Betul: Sos cili Perpustakaan mini Restoran Zaleha Klinik Jaya

o o

o o o o o o o o o o

Kesalahan frasa dan kata Kesalahan umum dari segi Kata jamak 1. Salah: mereka-mereka semua kereta-kereta para-para pelajar empat orang abang-abang Betul: mereka semua kereta para pelajar empat orang abang

o o o o o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Kata penguat 1. Salah: sangat tinggi sekali sungguh jauh sekali paling indah sekali amat menakutkan sekali Betul: sangat tinggi

o o o o o o o

o o o

sungguh jauh paling indah amat menakutkan

Kata adjektif dan imbuhan ter tanpa penguat 1. Salah: Sani mendapat markah yang tertinggi sekali. Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu. Betul: Sani mendapat markah yang tertinggi . Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.

o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Kata hubung 1. Salah: Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya. Badannya besar kecuali kakinya kecil. Betul: Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya. Badannya besar tetapi kakinya kecil.

o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Kata bilangan 1. Salah: Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa Minggu Penyayang. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. Betul: Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa Minggu Penyayang. Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

o o o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Kata Sendi i - Dari 1. Salah: Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.

o o

o o o o

Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Betul: Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

ii - Daripada 1. Salah: Tilam itu dibuat dari getah asli. Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. Betul: Tilam itu dibuat daripada getah asli. Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.

o o o o o o o o

iii - Pada 1. Salah: Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan. Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara. Betul: Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan. Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

o o o o o o o o

iv - Di 1. Salah: Saya dilahirkan diSarawak. Ayah awak bekerja dimana ? Betul: Saya dilahirkan di Sarawak. Ayah awak bekerja di mana ?

o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Penjodoh bilangan 1. Salah: Setiap orang pelajar. Sesetengah orang rakyat.

o o o

o o o o o o o

Seluruh buah negeri. Semua ekor binatang. Betul: Setiap pelajar. Sesetengah rakyat. Seluruh negeri. Semua binatang.

Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri 1. Salah: Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis. Kau tinggal di mana ? tanya Siva kepada gurunya. Betul: Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis. Cikgu tinggal di mana ? tanya Siva kepada gurunya.

o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Kata adjektif 1. Salah: Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat. Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya. Masakan yang dihidangkan oleh ibunya 'lazat benar. Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.

o o o

2. Betul:o o

Kesalahan umum dari segi Kata kerja transitif 1. Salah: Ibu sedang jahit baju kurung. Ayah selalu cuci keretanya. Betul: Ibu sedang menjahit baju kurung. Ayah selalu mencuci keretanya.

o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Ayat pasif 1. Salah: Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Latihan itu mesti dibuat oleh kau. Betul:

o o o o

o o

Cerpen itu telah saya karang. Latihan itu mesti kaubuat.

Kesalahan umum dari segi Kata tanya 1. Salah: Kamu berasal dari manakah ? Apa nama pengawas itu ? Bila ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama siapa ? Betul: Kamu berasal dari mana ? Siapakah nama pengawas itu ? Bilakah ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama apa ?

o o o o o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Ejaan 1. Salah: Kucing itu tidur dibawah meja. Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu. Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anakanak. Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu. Betul: Kucing itu tidur di bawah meja. Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu. Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anakanak. Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.

o o o o o o o o o o o o

Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri 1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya: Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)

o o o

o o

o o o

o o o o o o

Kucing itu mati dilanggar lori. (betul) Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya: Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah) Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul) Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya: Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah) Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul) Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya: Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah) Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul) Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

Kesalahan umum dari segi Kata Bilangan 1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya. Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh #* Kesalahan dan pembetulan yang berikut:

o

o

(a)*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah) Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul) (b)*Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah) Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul) (c)*Kedua orang itu anggota polis. (salah) Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul) (d)*Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah) Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul) 1.

o

Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

Para-para peserta sedang berbaris.(salah) Para peserta sedang berbaris. (betul 1. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

o

(a) Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah) Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul) (b) Harganya tiga setengah ringgit. (salah) Harganya tiga ringgit setengah. (betul) Kesalahan umum dari segi Penjodoh Bilangan 1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:

o o

(a) Para orang pelajar (salah) Para pelajar (betul) (b) segala ekor binatang (salah) segala binatang (betul) (c) sekalian orang peserta (salah) sekalian peserta (betul) (d) seluruh buah negari (salah) seluruh negeri (betul)

(e) semua orang gadis (salah) semua gadis (betul) Kesalahan umum dari segi Kata Sendi 1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:

o

o

(a) Ravi suka durian. (salah) Ravi suka akan durian. (betul) (b) Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah) Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul) (c) Abang sudah pergi pejabat.(salah) Abang sudah pergi ke pejabat. (betul) (d) Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul) (e) Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah) Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul) 1. Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.

o

(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) (h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) (j) Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) (k) Isa tertarik oleh kejelitaan

gadis itu. (bukan * dengan) (l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara-saudari berikan. (bukan * diatas)

KESALAHAN UMUM TATABAHASA1. Kesalahan dari Segi Kata Kata Ganti Diri 1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah. 2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh: Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah ) Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul ) Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah ) Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )

3.

Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah ) Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul ) Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah ) Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )

4. Kata kami bererti saya dengan dia. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap disertakan. 5. Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( salah ) Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( betul ) Kita akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah ) Kami akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul ) tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

Kata mereka

Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah ) Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul ) Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah ) Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )

6.

Kata mereka tidak boleh diulang.

7.

Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah ) Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan. Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah ) Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul ) Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah ) Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

Kata Bilangan 1. Terdapat 6 jenis kata bilangan: Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya. Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya. Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya. Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap. Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya. Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan keduadua tidak boleh disingkatkan. salah a. setengah orang b. tiap murid c. berbagai warna d. kedua mempelai betul a. setengah-setengah orang b. tiap-tiap murid c. berbagai-bagai warna d. kedua-dua mempelai 3. Kata para tidak boleh diulang. Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah ) Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan. dua setengah meter ( salah ) dua suku jam ( salah ) tiga setengah ringgit ( salah )

dua meter setengah ( betul ) dua jam suku ( betul ) tiga ringgit setengah ( betul )

Penjodoh Bilangan 1. 2. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

SALAH setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru

BETUL setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru

3.

Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. SALAH BETUL

beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan semua buah pendapat segala butir cadangan tiap-tiap bentuk kenangan pelbagai bentuk teguran Kata Sendi

beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan semua pendapat segala cadangan tiap-tiap kenangan pelbagai teguran

1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada . 2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan. SALAH BETUL Devi datang dari Batu Kurau.

Devi datang daripada Batu Kurau. Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.

Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.

Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari daripada sutera. sutera.Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup

Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah ) ~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul ) b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah ) ~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul ) c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah ) ~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul ) d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah ) ~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul ) 4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa. Contoh: a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah ) - Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul ) b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah ) - Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul ) c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah ) - Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul ) Kata Kerja 1. Ada dua jenis kata kerja: a. kata kerja transitif b. kata kerja intransitif atau tak taransitif 2. Kata kerja transitif terbahagi kepada: kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. ) kata kerja yang berapitan men..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.) kata kerja yang berawalan mengi ( membanjiri, menghadiahi dsb.) kata kerja yang berawalan rangkap memper . ( memperdaya, memperoleh) kata kerja yang berapitan memper.kan ( memperhatikan, mempergunakan). Kata kerja yang berapitan memper.i ( mempelajari, mempersentai dsb.)

3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan mena. buang sampah ( salah ) membuang sampah ( betul )

b. goring ikan ( salah ) menggoreng ikan ( betul ) 4. Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan meni berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati. Contoh:

SALAH Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.

BETUL Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.

Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.5. Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada: Kata Kata Kata Kata Kata Kata kerja kerja kerja kerja kerja kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya. yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.) yang berapitan beran ( berdekatan, berguguran ) yang berapitan berkan ( berpandukan, berlandaskan dsb.) yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.) yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)

6. Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh: tanya kepada Hamidah ( salah ) bertanya kepada Hamidah ( betul ) jangan lompat ( salah ) jangan melompat ( betul ) senyum kepada Kartina ( salah ) tersenyum kepada Kartina ( betul )

-

-

Kata Hubung 1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu: Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi. Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb. Kata hubung berpasangan seperti baikataupun, baikmahupun. Bukan saja.tetapi juga dan sebaginya.

2. Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh: Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan. Budak itu cantik kecuali sombong. Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel. Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya. Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli. 3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya. Contoh: Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah ) Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah ) Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah ) Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah ) Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat 1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.

Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan. SALAH Apakah benar kata-katamu itu? Apakah dia menangis? Apakah aku bersalah? BETUL Adakah benar kata-katamu itu? Adakah dia menangis? Adakah aku bersalah?

2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan. Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan. SALAH Syimir sudah boleh menunggang kuda. Mazni tidak boleh pergi kerana demam. Kami tidak boleh datang kerana hujan. BETUL Syimir sudah dapat menunggang kuda. Mazni tidak dapat pergi kerana demam. Kami tidak dapat datang kerana hujan.

3.

bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.

Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat. SALAH Cincin ini bukan cantik. Kami bukan membaca buku. Basikal ini bukan mahal. Saya bukan duduk di situ. BETUL Cincin ini tidak cantik. Kami tidak membaca buku. Basikal ini tidak mahal. Saya tidak duduk di situ.

4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan. SALAH Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi. BETUL Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.

Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan. dijalankan. Kesalahan Dari Segi Frasa

Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM) 1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui: pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya. Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya. Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya. Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh: dua biji telur semua murid para pendidik pelbagai acara segala haiwan sekalian penduduk seluruh kawasan

3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh: Lukisan itu cantik-cantik belaka. Pakaian di situ mahal-mahal harganya. Ayam di situ gemuk-gemuk. Pemuda di sini gagah-gagah belaka. Gadis di sini cantik-cantik. Kuih itu sedap-sedap rasanya. Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya. Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.

4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat: D beerti unsur yang diterangkan M beerti unsur yang menerangkan

Contoh: SALAH lain-lain hal Nani Kedai Roti goreng cempedak Maggi mi tomato sos mini bas mini taman 5. Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling. hal-hal lain Kedai Roti Nani cempedak goring mi Maggi sos tomato bas mini taman mini BETUL

Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat. Contoh: SALAH Bangunan itu tertinggi. Nani terpandai. Orang itu terkuat. BETUL Bangunan itu paling tinggi. Nani paling pandai. Orang itu paling kuat

Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan. Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah ) Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul ) Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah ) Noralah pemain yang terhandal. ( betul ) Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah ) Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul ) Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh: SALAH BETUL Buah langsat ini sangat manis sekali. Buah langsat ini manis sekali. Budak itulah yang paling nakal sekali. Budak itulah yang paling nakal. Sungguh indah nian pemandangan di Sungguh indah pemandangan di situ. situ. Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh: SALAH Budak itu tidak suka durian. Nora sangat takut anjing. Nani sangat gemar filem Hindustan. BETUL Budak itu tidak suka akan durian. Nora sangat takut akan anjing. Nani sangat gemar akan filem Hindustan.

Mereka tidak perlu pertolongan kami. Mereka tidak perlu akan pertolongan kami. Saya benci sikapnya itu.

Saya benci akan sikapnya itu. 6. Frasa Kerja Intransitif Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek. Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya. Kata kerja intransitif yang berapitan ber.kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat. SALAH berlandaskan pada undang-undang berbantalkan dengan lengan berpandukan pada kamus beratapkan dengan langit bertilamkan dengan rumput BETUL berlandaskan undang-undang berbantalkan lengan berpandukan kamus beratapkan langit bertilamkan rumput

Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh: BETUL Kamu mesti ingat akan janji-janjimu. Kakak tidak mahu tidur di sini. Beliau akan datang ke kampung ini. Nani ingin berjumpa dengan cikgu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu. Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.

SALAH Kamu mesti ingat janji-janjimu Kakak tidak mahu tidur sini. Beliau akan datang kampung ini. Nani ingin berjumpa cikgu. Saya ingin bertemu gadis itu. Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu. Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.

SALAH Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Nora tidak mengetahui akan hal itu. Kami membincangkan tentang masalah itu. Mereka melebarkan lagi jalan itu.

BETUL Beliau turut menyentuh perkara itu. Nora tidak mengetahui hal itu. Kami membincangkan masalah itu. Mereka melebarkan jalan itu lagi. Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.

Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di Cerpen ini mengisahkan perjuangan luar negara. menentang penjajah. Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah. Frasa Kerja Pasif 1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. 2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada : frasa kerja pasif diri pertama frasa kerja pasif diri kedua frasa kerja pasif diri ketiga

3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya. 4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya. 5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan. 6. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. SALAH diambil olehku kuambil BETUL

dibuang oleh kami disimpan oleh kita dihantar oleh saya dilaksanakan oleh patik diburu oleh hamba

kami buang kita simpan saya hantar patik laksanakan hamba buru

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. SALAH ditanya oleh anda diberikan oleh engkau dibeli oleh kamu dikirim oleh awak diperintahkan oleh tuanku dibersihkan oleh kalian BETUL anda Tanya engkau berikan kamu beli awak kirim tuanku perintahkan kalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua. SALAH beliau tulis dia kumpulkan mereka kutip baginda rasmikan ia bersihkan ditulis oleh beliau dikumpulkan olehnya dikutip oleh mereka dirasmikan oleh baginda dibersihkan olehnya BETUL

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu. SALAH kami akan atasi akan kami atasi BETUL

kita perlu tolong saya sudah kirim hamba akan khabarkan patik belum laksanakan anda mesti edarkan engkau telah baca kamu akan baiki awak mesti siapkan kalian harus bereskan

perlu kita tolong sudah saya kirim akan hamba khabarkan belum patik laksanakan mesti anda edarkan telah engkau baca akan kamu baiki mesti awak siapkan harus kalian bereskan

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT

1. Ayat Gabungan Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh: SALAH Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? BETUL Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai. di Relang atau di Jelai. Baik yang kaya atau miskin datang ke Baik yang kaya atau yang miskin datang rumahnya. ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Jangankan membeli kereta, motosikal Hazwan. pun saya tak mampu. Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.

2. Ayat Pancangan Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh: a. Kereta Pak Leh itu terbabas. b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia. Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu: i. Kereta itu terbabas. ii. Kereta itu kereta Pak Leh. Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut: i. Keluarga Mak Piah miskin ii. Keluarga Mak Piah bahagia. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh: SALAH Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank. BETUL Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh: SALAH Kami berdoa kamu berjaya. BETUL Kami berdoa agar kamu berjaya.

Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid. 3. Ayat tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.

Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contoh: Budak itu / menangis. Farhana / jatuh ke dalam longkang.

Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh: Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya. Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat tergantung Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya. SALAH Di seluruh negara mengalami banjir. Kerana hal itu akan dibincangkan. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar lulus dengan baik. Ada pihak membangkang cadangan itu. Dia yang datang kelmarin Ada pihak yang membangkang cadangan itu. Dia datang kelmarin. BETUL Seluruh negara mengalami banjir. Hal itu akan dibincangkan. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar yang lulus dengan baik.

Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Apakah perlu kita lakukan sekarang? Siapa kata saya berbohong? Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas. Yang manakah betul? Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.

Yang manakah yang betul?

4.

Ayat yang Tidak Betul Susunannya

Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku. Contoh: Ini hari Azizah tidak datang. Buku ini saya tidak mahu membaca. Yang melukis gambar ini Zainallah. Yang memukul awak siapakah? Itu pen dakwat sudah habis. Nora dan Nani baik berkawan. Majalah itu saya tidak menyimpannya.