53
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat sebuah rumusan tentang usaha- usaha yang telah dilakukan bagi membanteras penyakit Chikungunya dan kekangannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Penyakit chikungunya menyerang rakyat negara ini secara senyap tetapi berbahaya. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak tidak berdaya untuk berjalan secara tiba-tiba. Hasil pemeriksaan mendapati sistem saraf budak tersebut telah diserang oleh sejenis virus yang dikenali chikungunya. Wabak ini akan menyerang sendi-sendi tubuh badan yang menyebabkan kita menjadi lemah atau mengalami sakit-sakit sendi. Penyakit yang kian popular diperkatakan pada masa ini berasal dari Afrika dan kerap berlaku di negara Nepal dan Bangladesh. Wabak ini sinonim dengan wabak denggi yang menular menerusi gigitan nyamuk aedes dan telah menular ke negara ini melalui pekerja asing yang menjadi pembawa virus tersebut. Seperti demam denggi, wabak chikungunya juga masih belum mempunyai penawar. Menurut statistik, negeri Johor mengalami kes tertinggi, iaitu 36 kes dan diikuti Perak (24 kes). Terkini, sebanyak 32 orang penduduk di Kampung Baru Sungkap Para, Sungai Petani telah dijangkiti chikungunya. Menurut Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman, sebanyak 3399 kes telah dikesan di seluruh negara dan dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Sebanyak 16 kes atau 19 peratus daripada jumlah kes tersebut telah dikesan melalui kunjungan dari rumah ke rumah, manakala selebihnya di klinik kesihatan ataupun di hospital. Oleh itu, kempen-kempen kesedaran memerangi nyamuk aedes secara agresif telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan. Malah, pihak Kementerian Kesihatan telah mengarahkan para pegawainya turun padang untuk memantau tahap kebersihan kawasan serta kesihatan para penduduk khususnya di kawasan desa. Orang ramai turut didedahkan tanda-tanda penyakit chikungunya melalui media massa. Antara gejala penyakit ini termasuklah deman panas secara mengejut, sakit teruk pada sendi, ruam pada badan, dan sakit kepala. Pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta orang ramai perlu terus menggiatkan usaha memerangi aedes yang menjadi punca chikungunya. Memandangkan kes di negeri Johor dan Kedah semakin meningkat maka usaha pengedaran risalah tentang bahayanya nyamuk aedes diperhebat sehingga ke ceruk- ceruk desa. Minggu ini sahaja sebanyak 66 buah lokasi telah dilaporkan mempunyai kes jangkitan chikungunya. Tindakan penyemburan kabus untuk membunuh nyamuk aedes telah dijalankan secara berkala di

BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

  • View
    352

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Trial Negeri Sembilan Sejarah Pra SPM 2013 SET 1 K1_K2_K3_Soalan_Jawapan

Citation preview

Page 1: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat sebuah rumusan tentang usaha-usaha yang telah dilakukan bagi membanteras penyakit Chikungunya dan kekangannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penyakit chikungunya menyerang rakyat negara ini secara senyap tetapi berbahaya. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak tidak berdaya untuk berjalan secara tiba-tiba. Hasil pemeriksaan mendapati sistem saraf budak tersebut telah diserang oleh sejenis virus yang dikenali chikungunya. Wabak ini akan menyerang sendi-sendi tubuh badan yang menyebabkan kita menjadi lemah atau mengalami sakit-sakit sendi. Penyakit yang kian popular diperkatakan pada masa ini berasal dari Afrika dan kerap berlaku di negara Nepal dan Bangladesh. Wabak ini sinonim dengan wabak denggi yang menular menerusi gigitan nyamuk aedes dan telah menular ke negara ini melalui pekerja asing yang menjadi pembawa virus tersebut. Seperti demam denggi, wabak chikungunya juga masih belum mempunyai penawar.Menurut statistik, negeri Johor mengalami kes tertinggi, iaitu 36 kes dan diikuti Perak (24 kes). Terkini, sebanyak 32 orang penduduk di Kampung Baru Sungkap Para, Sungai Petani telah dijangkiti chikungunya. Menurut Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman, sebanyak 3399 kes telah dikesan di seluruh negara dan dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Sebanyak 16 kes atau 19 peratus daripada jumlah kes tersebut telah dikesan melalui kunjungan dari rumah ke rumah, manakala selebihnya di klinik kesihatan ataupun di hospital. Oleh itu, kempen-kempen kesedaran memerangi nyamuk aedes secara agresif telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan. Malah, pihak Kementerian Kesihatan telah mengarahkan para pegawainya turun padang untuk memantau tahap kebersihan kawasan serta kesihatan para penduduk khususnya di kawasan desa. Orang ramai turut didedahkan tanda-tanda penyakit chikungunya melalui media massa. Antara gejala penyakit ini termasuklah deman panas secara mengejut, sakit teruk pada sendi, ruam pada badan, dan sakit kepala.Pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta orang ramai perlu terus menggiatkan usaha memerangi aedes yang menjadi punca chikungunya. Memandangkan kes di negeri Johor dan Kedah semakin meningkat maka usaha pengedaran risalah tentang bahayanya nyamuk aedes diperhebat sehingga ke ceruk-ceruk desa. Minggu ini sahaja sebanyak 66 buah lokasi telah dilaporkan mempunyai kes jangkitan chikungunya. Tindakan penyemburan kabus untuk membunuh nyamuk aedes telah dijalankan secara berkala di lokasi-lokasi tersebut. Setakat ini, sebanyak 9039 buah rumah telah disembur dengan semburan kabus. Ada juga dalam kalangan penduduk yang telah dikenakan denda atau kompaun kerana persekitaran rumah mereka menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes. Kompaun yang dikenakan itu diharapkan dapat mencetuskan kesedaran kepada orang ramai supaya mementingkan kebersihan dan kesihatan.Kesediaan orang ramai berjumpa doktor dengan segera sekiranya menghidap demam yang berlarutan merupakan tindakan yang bijaksana. Hal ini turut disokong dengan sikap segelintir doktor di klinik swasta yang memberikan rawatan secara percuma kepada pesakit desa yang miskin. Usaha ini sungguh murni dan wajar dicontohi oleh para doktor swasta yang lain. Selepas menyedari akan impak wabak ini, majoriti rakyat kini telah bersedia mengubah paradigma tentang pembiakan nyamuk aedes. Penduduk di kawasan taman perumahan telah mengambil insiatif dengan mengadakan aktiviti gotong royong. Sampah sarap, bekas-bekas, dan salur air yang menakung air dibersihkan. Dalam hal ini, kita perlu tahu bahawa telur aedes boleh bertahan lama sehingga enam bulan dalam keadaan kering termasuk di luar rumah dan menetas apabila terkena air.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “84 Kes Chikungunya Dikesan Minggu Lalu”oleh Nurul Mazniza Mohd Sukari, Utusan Malaysia, November 2008.)

Page 2: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Berikan maksud rangkai kata turun padang.[2 markah]

(ii) Nyatakan tanda-tanda penyakit chikungunya. [3 markah]

(iii)Pada pandangan anda, apakah kesan penularan wabak chikungunya terhadap negara?

Nyatakan empat kesan tersebut. [4 markah]

Page 3: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan kaedah menangani penularan wabak chikungunya yang mengancam penduduk di negara ini.Pendekatan 2: Petikan membincangkan langkah-langkah yang telah dilakukan bagi membanteras penyakit chikungunya.Isi Tersurat [usaha-usaha]1. Kempen-kempen kesedaran memerangi nyamuk aedes secara agresif telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan.2. Kementerian Kesihatan mengarahkan para pegawainya turun padang untuk memantau tahap kebersihan kawasan dan kesihatan para penduduk.3. Orang ramai didedahkan tanda-tanda penyakit chikungunya melalui media massa.4. Usaha pengedaran risalah tentang bahayanya nyamuk aedes diperhebat.5. Tindakan penyemburan kabus untuk membunuh nyamuk aedes dijalankan secara berkala.6. Penduduk dikenakan denda atau kompaun kerana persekitaran rumah mereka menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.7. Orang ramai berjumpa dengan doktor segera sekiranya menghidap demam yang berlarutan.8. Doktor di klinik swasta memberikan rawatan secara percuma kepada pesakit desa yang miskin.9. Rakyat mengubah paradigma tentang pembiakan nyamuk aedes selepas menyedari akan impak wabak ini.10. Penduduk mengambil inisiatif dengan mengadakan gotong royong.(cadangan: pilih 6 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)Isi Tersirat [kekangannya]1. Masyarakat tidak mengambil endah tentang program yang dirancang oleh pihak kerajaan.2. Ada segelintir anggota masyarakat masih kurang kesedaran akan impak penyakit chikungunya.3. Banyak kes yang tidak dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan.4. Tidak ada penawar khas untuk menyembuhkan penyakit ini.5. Kakitangan kesihatan dan penguatkuasaan tidak mencukupi.6. Nyamuk aedes telah lali dengan semburan kabus.7. Pemaju perumahan gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.(cadangan: pilih 2 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)KesimpulanSemua pihak harus bekerjasama mencegah pembiakan nyamuk aedes agar penularan penyakit chikungunya dapat dikawal.

Soalan 2: PemahamanSoalan 2(a) – Petikan Umum(i) ... turut serta/mengambil bahagian/melakukannya sendiri

(ii)

... deman panas mengejut

... sakit teruk pada sendi

... ruam pada badan

... sakit kepala

(iii)

... peratus kedatangan para pelancong merosot

... pendapatan negara berkurang

... kos yang besar diperlukan untuk menanganinya

... imej negara tercemar di mata dunia

... tahap kesihatan rakyat menurun

Page 4: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat sebuah rumusan tentang faedah aktiviti kokurikulum dalam menjanakan kecekapan berbahasa dan impaknya terhadap sekolah. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Selain mempelajari mata pelajaran yang ditetapkan, pelajar perlu juga melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya sebuah kelab atau persatuan sama ada berkaitan dengan mata pelajaran, rekreasi, permainan, atau unit beruniform. Sesungguhnya penglibatan dalam aktiviti kokurikulum amat membantu seseorang pelajar dalam proses pembelajaran.Aktiviti kokurikulum membantu seseorang pelajar memperkasakan kemahiran berbahasa Melayu. Berdasarkan pernyataan itu, para pelajar harus memanfaatkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah serta persatuan yang disertai mereka. Pertandingan kuiz yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia dapat melatih pelajar membaca dengan lebih efektif bagi mencari dan menambah maklumat. Marcapada ini, banyak pihak yang menganjurkan pertandingan pidato sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan. Para pelajar yang mewakili persatuan masingmasing menjadikan pertandingan pidato sebagai wadah untuk menghafal fakta dan berucap di depan khalayak. Selain itu, mereka dapat berbahasa dengan indah di samping mampu menuturkan isiisi syarahan dengan tepat dan tersusun sesuai dengan laras bahasa yang digunakan.Para pelajar juga mempunyai kecekapan menulis sekiranya mereka memanfaatkan aktiviti mengarang esei yang dianjurkan oleh persatuan mereka. Para pelajar berupaya menulis dengan menggunakan ayat yang gramatis dan mampu mengadun ayat-ayat yang bervariasi dan koheren bagi memantapkan pengolahan isi. Mereka juga mampu menelurkan idea bernas semasa mengarang esei untuk pertandingan tersebut. Hal ini akan membantu mereka memperoleh markah yang tinggi dalam Kertas Bahasa Malaysia Satu SPM.Menerusi pertandingan perbahasan pula, para pelajar dilatih menyampaikan hujah dengan lancar, berintonasi, dan berfikir secara kritis sewaktu berhujah mahupun semasa membidas hujah pihak lawan. Hal ini demikian kerana kemenangan seseorang peserta ditentukan menerusi fakta ketika berhujah, membidas, dan kemahiran berbahasa persis dalam suasana perdebatan. Sehubungan dengan itu, aktiviti kokurikulum dapat menjadikan para pelajar lebih berdisiplin, bekerjasama dalam aktiviti kumpulan, dan berupaya merancang aktiviti tambahan untuk memperbaik kelemahan diri.Dewasa ini, pertandingan berbalas pantun semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pihak Jabatan Pelajaran setiap negeri juga menganjurkan pertandingan berbalas pantun antara sekolah. Selain imbuhan wang ringgit, pihak jabatan turut menyediakan sijil dan piala sebagai rangsangan. Pertandingan berbalas pantun membolehkan para peserta berfikir secara dinamik dan drastik ketika membeli pantun yang dijual dalam masa tidak lebih daripada satu minit. Secara langsungnya, para peserta mampu menyusun pembayang dan maksud bagi membina pantun secara spontan dalam masa yang telah ditetapkan.Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar. Selain memperoleh kemahiran menulis, membaca, dan berucap, para pelajar dapat memperkaya kosa kata melalui aktiviti berbahasa yang dianjurkan oleh pihak persatuan, sekolah mahupun pihak NGO. Izharnya, sinergi semua pihak dapat memastikan aktiviti kokurikulum mampu menjanakan keperkasaan para pelajar berbahasa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Menguasai Bahasa Melayu Melalui Aktiviti Kokurikulum”oleh Mohd. Hamzi Fahmi, Pelita Bahasa, Februari 2007.)

Page 5: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Nyatakan maksud frasa menelurkan idea bernas.[2 markah]

(ii) Selain berkaitan dengan kemahiran berbahasa, catatkan faedah-faedah lain aktiviti kokurikulum. [3 markah]

(iii)Walaupun kedapatan banyak faedah aktiviti kokurikulum di sekolah tetapi para pelajar tidak memanfaatkan peluang ini. Mengapa?

Kemukakan empat alasan anda. [4 markah]

Page 6: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan program-program kokurikulum yang dapat membantu pelajar menguasai bahasa Melayu.Pendekatan 2: Petikan membincangkan kelebihan aktiviti kokurikulum dalam menjanakan kecekapan berbahasa.Isi Tersurat (faedah-faedah)1. Pertandingan kuiz yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia dapat melatih pelajar membaca dengan lebih efektif.2. Pertandingan pidato sebagai wadah untuk menghafal fakta dan berhujah di depan khalayak.3. Menuturkan isi syarahan dengan tepat dan tersusun sesuai dengan laras bahasa yang digunakan.4. Para pelajar juga mempunyai kecekapan menulis hasil daripada aktiviti mengarang esei yang dianjurkan oleh persatuan mereka.5. Para pelajar berupaya menulis dengan menggunakan ayat yang gramatis dan mampu mengadun ayat-ayat yang bervariasi dan koheren.6. Mereka mampu menelurkan idea bernas semasa mengarang esei untuk pertandingan tersebut.7. Pelajar dapat berhujah secara lancar, berintonasi, dan berfikir secara kritis sewaktu berhujah mahupun semasa membidas hujah pihak lawan.8. Pertandingan berbalas pantun membolehkan peserta berfikir secara dinamik dan drastik ketika membeli pantun yang dijual.9. Peserta mampu menyusun pembayang dan maksud bagi membina pantun secara spontan.10. Pelajar dapat memperkaya kosa kata melalui aktiviti berbahasa yang dianjurkan oleh pihak persatuan.(cadangan: pilih 6 isi sahaja dan setiap satu isi 2 markah)Isi Tersirat (impak)1. Mencungkil bakat berbahasa dalam kalangan pelajar.2. Menaikkan imej sekolah dalam pertandingan kokurikulum.3. Menaikkan prestasi subjek Bahasa Malaysia dalam peperiksaan awam.4. Mewujudkan suasana disiplin pelajar di sekolah.5. Melahirkan pelajar yang berfikiran tajam.6. Mempunyai pelajar yang berdaya tahan / berdaya saing.(cadangan: pilih 2 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)KesimpulanAktiviti kokurikulum haruslah diperkemas oleh pihak sekolah agar para pelajar berminat melibatkan diri secara aktif.

Soalan 2: PemahamanSoalan 2(a) – Petikan Umum(i) ... mengungkap/mengemukakan pemikiran yang berisi/matang(ii) ... para pelajar lebih berdisiplin... bekerjasama dalam aktiviti kumpulan... berkeupayaan merancang aktiviti tambahan untuk memperbaik kelemahan diri(iii) ... mereka berasa bosan kerana terlalu lama berada di sekolah untuk proses pembelajaran... aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tidak dapat menarik minat pelajar... bilangan pelajar yang terlalu banyak menyukarkan penyertaan pelajar secara kolektif... kesedaran pelajar tentang kepentingan kokurikulum adalah rendah

Page 7: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat sebuah rumusan tentang faktor-faktor industri desa tidak boleh dipinggirkan dan cara-cara memajukan industri desa. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri desa yang juga dikenali sebagai industri luar bandar ataupun industri tradisional merupakan antara industri yang berpotensi tinggi untuk dimajukan. Memang tidak dinafikan bahawa pada suatu ketika dahulu industri ini melalui zaman kegelapan, namun fenomena peralihan teknologi dan perubahan minda rakyat telah mengubah nasib industri ini hingga mampu bersaing dengan industri moden.Kini, industri desa telah berjaya bertapak dan menguasai pasaran domestik. Bukan setakat itu, industri ini kini telah menembusi pasaran antarabangsa. Hal ini merupakan suatu kejayaan cemerlang bagi industri kecil yang mampu meneroka peluang perniagaan berteraskan import dan eksport. Industri ini juga mempunyai potensi besar untuk membantu meningkatkan ekonomi negara melalui penjualan produk sama ada di dalam negara mahupun di pasaran global. Pengeksportan hasil industri desa secara tidak langsungnya mengukuhkan nilai mata wang Malaysia di pasaran dunia.Produk industri desa merangkum produk seperti kraf tangan, makanan tradisional, produk pertanian, serta ubat-ubatan tradisional. SIRIM Berhad telah menggunakan kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan nilai tambah produk-produk industri desa. Sokongan daripada SIRIM membuktikan bahawa produk desa negara kita bermutu tinggi dan mengikut piawai yang ditetapkan.Perkembangan industri desa turut membantu kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi sesebuah keluarga. Malah, perkembangan industri desa juga membantu negara mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat. Program “Satu Daerah Satu Produk” yang dilancarkan oleh kerajaan Melaka turut membuktikan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat terhadap industri tersebut. Menerusi program ini, penduduk kampung dapat menghasilkan produk berkualiti dan memasarkan sendiri produk tersebut tanpa melalui orang tengah. Sebelum ini, segala produk penduduk kampung dibeli oleh orang tengah dengan harga yang rendah dan dipasarkan pula dengan harga yang tinggi. Situasi ini merugikan penduduk kampung dan mendatangkan keuntungan berlipat ganda kepada orang tengah.Selain kepentingan dari segi ekonomi, industri desa mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Justeru, semua pihak tidak harus meminggirkan industri tersebut yang ternyata mempunyai nilai ekonomi dan nilai budaya masyarakat desa. Menerusi industri desa, imej negara turut tersohor di mata dunia melalui kedatangan pelancong ke negara ini. Lazimnya, para pelancong akan membeli sesuatu barangan yang tidak terdapat di negara mereka. Oleh itu, mereka akan membeli barangan kraf tangan dan buah tangan yang lain sebagai tanda kenang-kenangan sewaktu berada di Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Memajukan Industri Desa”oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Februari 2007.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Berikan maksud rangkai kata orang tengah. [2 markah]

(ii) Penulis menyatakan beberapa keburukan apabila menggunakan khidmat orang tengah?Nyatakan keburukan-keburukan tersebut. [3 markah]

(iii)Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memenangi hati rakyat agar

Page 8: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

membeli produk desa tetapi usaha tersebut masih belum mencapai tahap yang diharapkan.Jelaskan punca-puncanya. [4 markah]

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan peranan industri desa dalam mengembangkan dan mengukuhkan ekonomi negara.Pendekatan 2: Petikan membincangkan sebab-sebab/alasan-alasan industri desa tidak boleh dipinggirkan.Isi Tersurat (faktor-faktor)1. Industri desa berpotensi tinggi untuk dimajukan.2. Industri desa telah berjaya bertapak dan menguasai pasaran domestik.3. Industri desa telah menembusi pasaran antarabangsa.4. Industri desa mempunyai potensi besar untuk meningkatkan ekonomi negara.5. Pengeksportan hasil industri desa secara tidak langsung mengukuhkan nilai mata wang negara.6. SIRIM Berhad menggunakan kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan nilai tambah produk industri desa.7. Industri desa membantu kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.8. Industri desa mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.9. Industri desa mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman-berzaman.10. Menerusi industri desa, imej negara tersohor di mata dunia melalui kedatangan pelancong ke negara ini.(cadangan: pilih 6 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)Isi Tersirat (cara)1. Pengusaha industri desa menggunakan teknologi moden.2. Pihak yang terlibat memastikan mutu produk mencapai piawai SIRIM.3. Semua pihak memperhebat Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia melalui media cetak dan media elektronik.4. Kerajaan memastikan harga produk tidak terlalu mahal.5. Pengusaha industri desa mempelbagaikan produk.6. Kerajaan mengambil inisiatif mengeskport produk industri desa ke serata dunia.(cadangan: pilih 2 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)KesimpulanSemua pihak harus mengutamakan produk desa agar industri desa semakin maju dan berkembang pesat.

Soalan 2: PemahamanSoalan 2(a) – Petikan Umum(i) ... pihak ketiga/pihak perantaraan dalam urusan jual beli(ii) ... produk penduduk kampung dibeli oleh orang tengah dengan harga yang rendah... dipasarkan pula dengan harga yang tinggi... penduduk kampung mengalami kerugian/untung sedikit(iii) ... masyarakat masih curiga dengan produk industri desa... mentaliti masyarakat yang menganggap produk moden yang diimport lebih berkualiti daripada produk desa... produk industri desa dijual dengan harga yang terlalu mahal kepada pelancong... kempen-kempen berkaitan dengan produk desa kurang menarik perhatian masyarakat dan pelancong

Page 9: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menyemarakkan semangat menyayangi bumi dan cara-cara membatasi pemanasan global. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tarikh 5 Jun setiap tahun disambut sebagai Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan itu diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1972 sempena Persidangan Stockholm tentang “Alam Sekitar dan Manusia”. Sambutan ini bertujuan mencetuskan kesedaran manusia sejagat untuk mengurus alam sekitar dengan penuh tanggungjawab kerana semua lapisan masyarakat mempunyai peranan tersendiri dalam usaha mengurus alam sekitar secara lestari.Sambutan Hari Alam Sekitar 2009 yang bertemakan “Dunia Memerlukan Anda Bersatu Bagi Memerangi Perubahan Iklim” ini wajar dihayati dengan mendalam. Ada dua mesej utama yang dapat diungkapkan daripada tema ini. Pertamanya, mengajak manusia melakukan perubahan terhadap amalan yang menyebabkan perubahan iklim global. Keduanya, mengajak masyarakat dunia supaya berganding bahu memerangi perubahan iklim tersebut. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha memerangi perubahan iklim global merupakan perjuangan yang harus diutamakan oleh setiap manusia. Malangnya, perjuangan ini tidak dapat direalisasikan kerana manusia kurang memahami impak perubahan iklim kepada manusia dan alam. Buktinya, sudah banyak persidangan dan perjanjian alam sejagat diadakan, tetapi masih banyak negara yang mencabuli persetujuan bersama itu. Mereka semakin galak melakukan kerosakan alam dan mencemarkan persekitaran. Oleh itu, pengisytiharan Hari Alam Sekitar ini, sedikit banyak dapat menghalang mereka daripada melanggar persetujuan bersama itu dengan sewenang-wenang selain menyekat mereka daripada terus melakukan kerosakan alam atas nama pembangunan.Perubahan iklim global ini ada kaitannya juga dengan siri peperangan mutakhir oleh negara maju terhadap negara miskin. Misalnya, serangan terhadap Gaza oleh Israel telah mencemarkan persekitaran wilayah Palestin. Serpihan zarah yang terbebas ke udara telah mengancam sistem pertahanan badan manusia semasa proses pernafasan. Oleh hal yang demikian, Kempen Sayangi Bumi dilihat mampu meminimumkan kegiatan negara kaya mengeksploitasi negara miskin hingga mewujudkan medan pasaran maut. Dalam pada itu, manusia perlu bersatu menyemarakkan semangat menyayangi bumi dengan menghentikan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan peningkatan gas rumah hijau. Antara aktiviti yang dikenal pasti termasuklah pembakaran bahan api fosil seperti petrol, arang batu, dan gas sehingga membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan. Tindakan itu diambil demi melindungi manusia daripada penyakit yang disebabkan oleh keadaan cuaca yang berubah-ubah kerana perubahan iklim global banyak mendatangkan implikasi buruk terhadap kesihatan manusia.Dalam konteks Malaysia pula, selain memperkukuh penguatkuasaan terhadap aspek penjagaan alam sekitar, pendidikan tentang isu perubahan iklim perlu dijalankan secara berterusan dalam usaha menyemarakkan semangat menyayangi bumi. Dengan itu, diharapkan penghayatan kita pada tema Alam Sekitar Sedunia 2009 dapat memberikan cetusan yang bermakna terhadap gagasan 1Malaysia kerana konsep itu meliputi pelbagai aspek kesejahteraan hidup.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Semarakkan Semangat Menyayangi Bumi”oleh Abdul Rahman Mahmud, Utusan Malaysia, 5 Jun 2009.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Berikan maksud rangkai kata tidak dapat direalisasikan. [2 markah]

Page 10: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

(ii) Senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya perubahan pada iklim global. [3 markah](iii) Pada pandangan anda, apakah kesan-kesan perubahan iklim yang pernah berlaku sejak beberapa

dekad yang lalu? [4 markah]Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan peranan manusia di seluruh dunia dalam mengurus alam sekitar dengan cara yang lebih bertanggungjawab.Pendekatan 2: Petikan membincangkan manfaat menyokong semangat mencintai bumi.Isi-isi Tersurat [faedah]1. Mencetuskan kesedaran manusia sejagat untuk mengurus alam sekitar dengan penuh tanggungjawab.2. Mengajak manusia melakukan perubahan terhadap amalan yang menyumbang kepada perubahan iklim global.3. Mengajak masyarakat dunia supaya berganding bahu memerangi perubahan iklim tersebut.4. Menghalang negara-negara maju daripada melanggar persetujuan bersama itu dengan sewenang-wenang.5. Menyekat negara-negara maju daripada terus melakukan kerosakan pada alam sekitar atas nama pembangunan.6. Meminimumkan kegiatan negara kaya yang mengeksploitasi negara miskin sehingga mewujudkan medan pasaran maut.7. Menghentikan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan peningkatan gas rumah hijau.8. Melindungi manusia daripada penyakit yang disebabkan oleh keadaan cuaca yang berubah-ubah.9. Memperkukuh penguatkuasaan terhadap aspek penjagaan alam sekitar.10. Menjalankan pendidikan tentang isu perubahan iklim secara berterusan.Isi-isi Tersirat [cara]1. Mengawal penggunaan peralatan yang menyumbang kepada penipisan lapisan ozon.2. Menyedarkan setiap penduduk bumi supaya mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida.3. Mengharamkan ujian senjata nuklear terhadap semua negara di dunia.4. Mencipta pelbagai jenis kenderaan yang mesra alam.5. Mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan pembakaran secara terbuka.6. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu perlu mewujudkan program khusus tentang penjagaan alam sekitar.KesimpulanKesimpulannya, setiap penduduk bumi berperanan untuk melestarikan alam agar mereka dapat hidup dalam kesejahteraan.

Soalan 2: Pemahaman...bermaksud – sukar menjadi kenyataan...menjalankan kegiatan pembangunan tanpa kawalan – siri peperangan oleh negara maju terhadap negara miskin – peningkatan gas rumah hijau akibat daripada pembakaran bahan api fosil...meningkatnya kejadian bencana alam seperti banjir besar, taufan, dan ribut – meningkatnya kejadian kebakaran hutan secara mendadak – pupusnya pelbagai hidupan di darat, laut, dan udara – pemanasan global yang sukar dikawal

Page 11: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya ketegangan hubungan antara majikan dengan pembantu rumah warga asing dan alternatif untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemelut yang membabitkan pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini semakin rumit dan memerlukan tindakan segera untuk menyelesaikannya. Hal ini bermula dengan isu pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa didera majikan di Malaysia sehingga kepada tindakan kerajaan Indonesia melarang rakyatnya ke negara ini untuk bekerja dalam sektor berkenaan. Senario tersebut memperlihatkan negara semakin terikat dengan permasalahan ini, sedangkan ruang untuk mengatasinya semakin sempit berikutan dengan kesukaran mendapatkan pembantu rumah warga tempatan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.Kemelut ini adalah rentetan daripada ketegangan hubungan antara majikan dengan pembantu rumah warga asing. Ketegangan ini berpunca daripada ketidakpuasan hati pihak majikan terhadap perkhidmatan pembantu rumah warga asing seperti masak-memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjaga anak-anak, dan sebagainya. Kos yang perlu dibayar pada setiap bulan agak tinggi, sedangkan perkhidmatan yang diberikan masih belum mencapai tahap terbaik. Hal ini demikian kerana sebahagian besar pembantu rumah mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah. Selain itu, mereka tidak terlatih dalam bidang pengurusan rumah tangga. Majikan yang mempunyai anak kecil pula risau jika pembantu rumah mendera anak-anak semasa mereka keluar bekerja atau mempengaruhi anak-anak mengamalkan tingkah laku yang menyalahi nilai masyarakat tempatan. Ada juga sesetengah majikan yang menganggap pembantu rumah sebagai duri dalam daging yang menjejaskan hubungan kekeluargaan. Perasaan cemburu akan kemesraan dan keakraban yang terjalin antara anak-anak dengan pembantu rumah merumitkan hubungan kedua-dua belah pihak lagi.Ketegangan ini berpunca juga daripada sikap pembantu rumah yang tidak amanah, ketika majikan tiada di rumah. Antaranya termasuklah menelefon rakan berjam-jam lamanya, mencuri barang-barang berharga, dan sebagainya. Oleh sebab itu, majikan tidak dapat menahan sabar apabila timbul situasi harapkan pagar, pagar makan padi. Hubungan yang tidak harmoni itu bertambah serius apabila pembantu rumah bertindak secara agresif dan melawan cakap majikan. Pembantu rumah mendakwa bahawa majikan memaksa mereka bekerja tujuh hari seminggu tanpa rehat yang secukupnya. Sebaliknya, majikan bertegas mengatakan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh pembantu rumah tidak setimpal dengan gaji yang dibayar. Dalam keadaan begitu, majikan mudah naik angin sehingga tergamak mengambil tindakan di luar batas kemanusiaan untuk melepaskan geram. Sebagai jalan penyelesaian, pembantu rumah tekad melarikan diri daripada majikan walaupun kontrak perkhidmatannya belum tamat.Kini, sudah sampai masanya rakyat Malaysia berusaha supaya tidak mengharapkan pembantu rumah untuk mengurus rumah tangga dan anak-anak. Untuk menangani masalah ini, semua pihak perlu berbincang bagi mencari langkah terbaik demi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pembantu rumah warga asing.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Elak Bergantung kepadaAmah Warga Asing”, Berita Harian, 2 Julai 2009.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Page 12: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

(i) Berikan maksud rangkai kata duri dalam daging. [2 markah](ii) Nyatakan bidang tugas yang kerap diserahkan oleh majikan kepada pembantu rumah. [3 markah](iii) Pada pandangan anda, mengapakah rakyat asing tertarik untuk bekerja sebagai pembantu rumah di

negara ini? [4 markah]Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan perkhidmatan pembantu rumah warga asing yang tidak dapat menyelesaikan urusan rumah tangga golongan majikan di negara ini.Pendekatan 2: Petikan membincangkan sebab-sebab tercetusnya ketegangan antara majikan dengan pembantu rumah warga asing.Isi-isi Tersurat [punca]1. Timbul ketidakpuasan hati pihak majikan terhadap perkhidmatan pembantu rumah warga asing.2. Mereka tidak terlatih dalam bidang pengurusan rumah tangga.3. Majikan risau jika pembantu rumah warga asing akan mendera anak-anak semasa mereka keluar bekerja.4. Pembantu rumah tersebut dikhuatiri akan mempengaruhi anak-anak mengamalkan tingkah laku yang menyalahi nilai masyarakat tempatan.5. Majikan menganggap pembantu rumah sebagai orang yang menjejaskan hubungan kekeluargaan.6. Majikan cemburu akan kemesraan dan keakraban yang terjalin antara anak-anak dengan pembantu rumah.7. Sikap pembantu rumah warga asing yang tidak amanah semasa bekerja, terutama ketika majikan tiada di rumah.8. Pembantu rumah itu bertindak secara agresif dan melawan cakap majikan.9. Pembantu rumah warga asing mendakwa bahawa majikan memaksa mereka bekerja tujuh hari seminggu tanpa rehat yang secukupnya.10. Majikan pula mengatakan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh pembantu rumah warga asing tidak setimpal dengan gaji yang dibayar.Isi-isi Tersirat [Alternatif]1. Majikan menggunakan khidmat ahli keluarga untuk menggantikan tempat pembantu rumah warga asing.2. Kerajaan menubuhkan institusi latihan kemahiran dalam bidang pembantu rumah.3. Golongan remaja yang menganggur hendaklah dilatih sebagai pembantu rumah.4. Rakyat tempatan mengurus rumah tangga mereka sendiri.5. Kerajaan mengambil pembantu rumah warga asing dari pelbagai negara.6. Syarat kemasukan perkhidmatan pembantu rumah yang diurus oleh pihak ketiga dimansuhkan.KesimpulanKesimpulannya, amalan pengambilan pembantu rumah dari luar negara patut dikurangkan agar tidak timbul pelbagai masalah pengurusan rumah tangga.

Soalan 2: Pemahaman...bermaksud – hal yang selalu menyusahkan orang...tugas-tugas memasak – membasuh pakaian – mengemas rumah – menjaga anak-anak...tiada pekerjaan tetap di negara mereka – terpengaruh oleh pujukan dan ajakan kawan-kawan – gaji yang ditawarkan lumayan berbanding dengan gaji di tempat asal – ada pihak yang mengurus kemasukan mereka ke negara ini

Page 13: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekang kegiatan samseng jalanan dan kesannya kepada masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aksi mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus menghantui orang ramai. Pelbagai persoalan bermain di minda masyarakat. Antaranya termasuklah adakah gejala yang semakin menjengah ke kawasan kampung ini sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah? Andaian ini tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, isu mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya, isu ini semakin berleluasa sehingga melibatkan jenayah yang lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, dan samun secara berkumpulan.Oleh itu, suatu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu diambil untuk mengekang gejala yang menjadi ancaman serius kepada keselamatan awam ini. Sudah tiba masanya Akta Pengangkutan Jalan dipinda dan Jabatan Pengangkutan Jalan diberi kuasa untuk menahan mat rempit. Pindaan tersebut wajar dilaksanakan segera bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan. Sementelah, golongan itu semakin berani memperlekeh undang-undang dan mencabar pihak berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Golongan ini diperangi habis-habisan dengan melipatgandakan usaha menambah bilangan anggota penguat kuasa. Dengan itu, operasi pembanterasan secara besar-besaran seharusnya dilakukan secara konsisten dan bukan hanya suatu langkah pencegahan bermusim. Gejala ini ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan supaya tampak kesungguhan pihak berkuasa untuk tidak bertolak ansur dalam hal keselamatan awam. Ketegasan pihak berkuasa ini sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun dalam kalangan mat rempit untuk menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu kumpulan besar.Gejala mat rempit ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama dengan agensi penguat kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan. Program itu dilaksanakan secara sistematik, tersusun, dan bersepadu untuk membawa golongan ini ke pangkal jalan. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada anak-anak yang masih di bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lesen. Untuk menambahkan keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur untuk mendapatkan lesen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun.Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Banteras Mat Rempit”oleh Norila Daud, Utusan Malaysia, 7 Mei 2009.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Page 14: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

(i) Berikan maksud rangkai kata menjengah ke kawasan kampung. [2 markah](ii) Nyatakan sebab-sebab ibu bapa wajar menerima hukuman jika anak mereka terlibat dalam kegiatan

samseng jalanan. [3 markah](iii) “Remaja merupakan golongan yang paling banyak terlibat dalam kegiatan lumba haram”. Pada

pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?[4 markah]

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan tindakan yang patut dilaksanakan untuk membanteras kegiatan mat rempit di negara ini.Pendekatan 2: Petikan membincangkan kaedah-kaedah yang wajar dilaksanakan untuk menangani kegiatan samseng jalanan di Malaysia.Isi Tersurat [Langkah]1. Akta Pengangkutan Jalan dipinda dan Jabatan Pengangkutan Jalan diberi kuasa untuk menahan mat rempit.2. Hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan.3. Golongan ini perlu diperangi habis-habisan dengan melipatgandakan usaha.4. Bilangan anggota penguat kuasa hendaklah ditambah untuk membanteras gejala mat rempit.5. Operasi pembanterasan secara besar-besaran harus dilakukan secara konsisten sepanjang masa.6. Gejala mat rempit ini perlu ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan.7. Semua pihak bekerjasama dengan agensi penguat kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan.8. Ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak- anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lesen.9. Had umur mendapatkan lesen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun.10. Pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap golongan mat rempit.Isi Tersirat [Kesan]1. Pengguna berasa lebih selamat ketika berada di jalan raya.2. Benih-benih samseng jalanan dalam masyarakat dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.3. Kemalangan jalan raya yang berpunca daripada golongan ini dapat diminimumkan.4. Anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni.5. Anggota masyarakat terhindar daripada gangguan bunyi bising oleh aksi lumba haram.6. Tenaga golongan muda dapat disalurkan untuk kepentingan kemajuan negara.KesimpulanKesimpulannya, setiap anggota masyarakat bertanggungjawab untuk membanteras kegiatan samseng jalanan agar kegiatan tersebut tidak terus merebak.

Soalan 2: Pemahaman ...bermaksud – menular hingga ke desa...anak itu masih di bawah umur – membiarkan anak memiliki motosikal – membiarkan anak menunggang motosikal – anak tidak mempunyai lesen menunggang motosikal...remaja tidak mendapat perhatian keluarga – ibu bapa sibuk bekerja – ibu bapa mempercayai anak sepenuhnya – remaja terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya – tidak berupaya untuk mengisi masa yang terluang dengan kegiatan yang berfaedah

Page 15: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat sebuah rumusan tentang pengisian-pengisian program bina insan dan kesan-kesan positifnya terhadap peserta. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Cuti sekolah adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh hampir semua pelajar tanpa mengira usia. Hal ini demikian kerana pada waktu inilah mereka boleh melupakan seketika pelbagai kegiatan seperti melakukan kerja rumah, menghadapi peperiksaan, dan mematuhi disiplin yang amat sinonim dengan rutin harian ketika di sekolah.Kesempatan ini juga telah diambil oleh para ibu bapa yang proaktif dan berminda terbuka untuk menghantar anak-anak mereka ke pelbagai kem bina insan agar masa cuti tersebut dapat dimanfaatkan dengan cara yang positif. Menurut Pengarah Kem Motivasi Pusat Pengajian al-Quran Sistem Individu (PUPAQSI), Encik Zaid Mohammad, penekanan diberikan dari aspek kerohanian dengan memperkasakan program ibadat solat secara intensif, teori, dan praktikal. Anak-anak dilatih mendirikan solat dengan betul. Seterusnya, program Kem Smart Study dan Motivasi Anak Soleh turut diselitkan untuk mengajar teknik belajar secara berkesan kepada peserta. Dalam kem yang dianjurkan ini, para peserta turut dibimbing cara-cara mengurus masa dengan betul. Bukan setakat itu sahaja, malah peserta program dikehendaki mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan.Peserta-peserta motivasi anjuran PUPAQSI terdiri daripada anak-anak yang berusia dari tujuh hingga 17 tahun, lelaki dan perempuan. Oleh itu, pada hari pertama para peserta disajikan dengan program suai kenal agar mereka dapat mengenali antara satu dengan yang lain. Biarpun begitu, pihak pengurusan kem masih menerima pendaftaran peserta baru walaupun program ini sedang dilangsungkan. Peserta-peserta yang baru membuat pendaftaran akan diserapkan ke dalam program fasa kedua nanti. Selepas sesi suai kenal, peserta akan mengikuti program menjejak harta tersembunyi secara berkumpulan untuk mendidik para peserta bekerjasama, bertolak ansur, serta bertanggungjawab. Menerusi aktiviti ini, para peserta dikehendaki mencari barang-barang yang telah disembunyikan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Bagi menguji ketahanan fizikal para peserta, aktiviti lasak seperti “flying fox” diperkenalkan oleh pihak pengurusan kepada para peserta.Para peserta turut disajikan program motivasi kendiri, iaitu Kesedaran Sebagai Seorang Anak. Dalam program ini, para peserta didedahkan aspek tanggungjawab seorang anak terhadap diri, keluarga, agama, dan negara. Peserta-peserta yang bermasalah akan diberi kaunseling khas bagi mengembalikan mereka ke pangkal jalan. Selain diberi kaunseling, peserta tersebut akan diberi perangsang untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka agar tidak terus tersesat jalan. Selain aktiviti berbentuk motivasi, program khidmat masyarakat yang mendekatkan para peserta kepada masyarakat menjadi salah satu pengisian kem motivasi ini. Para peserta diberi tugasan secara berkumpulan untuk membuat pelbagai tugasan kebajikan di rumah penjagaan orang tua-tua, di taman perumahan, dan di kawasan perkampungan.Kem ini memerlukan kepercayaan ibu bapa agar segala program yang dirancang berjalan dengan lancar. Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak kerana mereka dijaga dan dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman. Seterusnya, pihak kem turut berharap para ibu bapa meneruskan pengisian program ini di rumah agar matlamat program dapat dicapai sepenuhnya. Komitmen pihak kem dan para ibu bapa amat penting bagi memastikan anak-anak yang menyertai kem tersebut betul-betul berubah ke arah yang lebih positif.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Manfaat Cuti di Kem”

Page 16: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

oleh Shaidah Shafie, Berita Harian, 25 November 2008.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Berikan maksud rangkai kata proaktif dan berminda terbuka.

[2 markah]

(ii) Apakah tujuan sesuatu program itu dilaksanakan secara berkumpulan? [3 markah]

(iii)Pada pandangan anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sebelum mendaftarkan anak-anak menyertai program yang diadakan pada masa cuti sekolah?

[4 markah]

Page 17: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan kelebihan mengikuti program bina insan pada musim cuti sekolah.Pendekatan 2: Petikan membincangkan program-program/aktivitiaktiviti yang dijalankan dalam program bina insan.Isi Tersurat (pengisian-pengisian)1. Penekanan diberikan dari aspek kerohanian dengan memperkasakan ibadat solat secara intensif, teori, dan praktikal.2. Program Kem Smart Study dan Motivasi Anak Soleh untuk mengajarkan teknik belajar secara berkesan kepada peserta.3. Peserta dibimbing cara-cara mengurus masa dengan betul.4. Peserta program dikehendaki mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan.5. Program menjejak harta yang tersembunyi secara berkumpulan untuk mendidik para peserta bekerjasama, bertolak ansur, serta bertanggungjawab.6. Bagi menguji ketahanan fizikal, aktiviti lasak seperti “flying fox” diperkenalkan oleh pihak pengurusan kepada para peserta.7. Peserta didedahkan dengan aspek tanggungjawab seorang anak terhadap diri, keluarga, agama, dan negara.8. Peserta yang bermasalah akan diberi kaunseling khas bagi mengembalikan mereka ke pangkal jalan.9. Program khidmat masyarakat mendekatkan peserta kepada masyarakat.10. Peserta diberi tugasan secara berkumpulan untuk membuat pelbagai tugasan kebajikan di rumah orang tua-tua, di taman perumahan, dan di kawasan perkampungan.(cadangan: pilih 6 isi sahaja dan setiap satu isi 2 markah)Isi Tersirat (kesan positif)1. Peserta lebih berdaya saing dalam kehidupan.2. Peserta akan lebih menghargai masa.3. Peserta tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah.4. Peserta menjadi lebih berdisiplin dan berperibadi mulia.5. Program seumpama itu mampu melahirkan remaja yang berakhlak tinggi.6. Peserta lebih mudah bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat.(cadangan: pilih 2 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)KesimpulanProgram bina insan perlu diperkemas agar melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang cemerlang.

Soalan 2: PemahamanSoalan 2(a) – Petikan Umum(i) ... sikap positif dalam merangka sesuatu dengan lebih awal dan berfikiran lebih luas(ii) ... mendidik peserta bekerjasama... mendidik peserta bertolak ansur... mendidik peserta bertanggungjawab(iii) ... memastikan kesahihan kewujudan program yang dianjurkan

Page 18: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

... meneliti program-program yang dirancang sama ada sesuai atau tidak

... menyediakan keperluan/peralatan yang secukupnya sebelum mendaftar

... memberikan informasi secukupnya kepada anak-anak yang ingin menyertainya

... menyatakan tujuan anak-anak diminta menghadiri program tersebut

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor kenaikan harga makanan dunia dan kaedah menghasilkan bahan makanan di dalam negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Krisis kekurangan makanan yang melanda dunia hari ini mencetuskan suatu fenomena baru apabila harga makanan utama melambung begitu tinggi. Peratus kenaikan harga makanan di pasaran global dari Januari 2002 hingga Julai 2008 belum menunjukkan tanda akan reda. Sekiranya kenaikan tersebut tidak dapat dibendung, sudah tentu 40 peratus penduduk dunia yang hidup di bawah paras kemiskinan akan menanggung beban yang berganda untuk membeli makanan asas.Kenaikan harga makanan banyak dipengaruhi oleh faktor spekulasi dalam pembelian minyak mentah. Hal ini demikian kerana industri pertanian terikat oleh harga baja dan racun serangga yang berasaskan sumber petroleum. Tambahan pula, kos pengangkutan daripada pengeluar kepada pembeli turut mempengaruhi lonjakan harga makanan. Kenaikan harga ini tidak berhenti setakat itu sahaja kerana spekulator yang bergerak dalam pasaran makanan menginginkan keuntungan dalam proses jual beli. Oleh sebab itu, mereka mewujudkan spekulasi dalam pembelian bahan makanan. Jerat yang dipasang itu mengena apabila berlaku pembelian panik oleh pembekal makanan di seluruh dunia.Kecenderungan masyarakat antarabangsa terhadap penggunaan biobahan api turut mempengaruhi harga makanan. Hal ini demikian kerana tanaman yang dijadikan makanan kini bertukar fungsi kepada bahan untuk menghasilkan tenaga. Tanah pertanian yang sebelum ini digunakan untuk menanam tanaman untuk makanan kini ditanami tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan biobahan api. Kajian oleh Bank Dunia menunjukkan bahawa penanaman untuk menghasilkan biobahan api mendasari 75 peratus kenaikan harga makanan. Sehubungan dengan hal itu, kemiskinan yang sudah sekian lama melingkari kehidupan manusia kian bertambah dengan kenaikan harga bahan makanan. Dari sudut yang lain pula, negara dunia ketiga membuka pasaran tempatan kepada bahan makanan yang dieksport oleh negara maju dan ditekan supaya menghapuskan cukai import terhadap bahan makanan.Kemelut yang berhubung dengan kenaikan harga makanan ini semakin meruncing apabila para petani di negara dunia ketiga terpaksa meninggalkan bidang penanaman makanan akibat daripada pergantungan terhadap sumber makanan dari negara maju. Dengan itu, lingkaran kebuluran yang menimpa mereka tiada kelihatan cahaya di hujung terowong.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Krisis Harga Makanan, Kemiskinan, dan Bioteknologi”oleh Mohd. Salleh Mohd. Shah, Dewan Ekonomi, Julai 2009.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Berikan maksud rangkai kata tiada kelihatan cahaya di hujung terowong.

[2 markah](ii) Nyatakan bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan biobahan api menjejaskan pengeluaran

bahan makanan.[3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah sebahagian daripada masyarakat kita masih boros berbelanja semasa harga makanan kian meningkat?

[4 markah]

Page 19: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan peningkatan harga makanan di seluruh dunia yang sukar dibendung.Pendekatan 2: Petikan membincangkan punca-punca yang mendorong kenaikan harga bahan makanan global.Isi-isi Tersurat [faktor]1. Krisis harga makanan merupakan suatu fenomena baru apabila harga makanan utama melambung begitu tinggi.2. Krisis harga makanan dipengaruhi oleh faktor spekulasi dalam pembelian minyak mentah.3. Kos pengangkutan daripada pengeluar kepada pembeli mempengaruhi lonjakan harga makanan.4. Spekulator mewujudkan spekulasi dalam pembelian bahan makanan.5. Berlaku pembelian panik oleh pembekal makanan di seluruh dunia.6. Kecenderungan masyarakat antarabangsa terhadap penggunaan biobahan api juga mempengaruhi harga makanan.7. Tanaman yang dijadikan makanan bertukar fungsi kepada bahan untuk menghasilkan tenaga.8. Penanaman untuk menghasilkan biobahan api mendasari 75 peratus kenaikan harga makanan.9. Negara dunia ketiga membuka pasaran tempatan kepada bahan makanan yang dieksport oleh negara maju.10. Para petani di negara dunia ketiga terpaksa meninggalkan bidang penanaman makanan.Isi-isi Tersirat [kaedah]1. Kerajaan mewujudkan rancangan penanaman makanan sara diri untuk seluruh rakyat.2. Para belia dilatih supaya bergiat dalam bidang pertanian.3. Lepasan institusi pertanian diberi geran atau bantuan modal dalam bidang pertanian.4. Syarikat swasta diberi insentif supaya melibatkan diri dalam bidang penternakan.5. Pemodal tempatan mengadakan kerjasama dengan pelabur asing dalam kegiatan perladangan.6. Kawasan tanaman makanan utama dikecualikan cukai oleh kerajaan.KesimpulanKesimpulannya, kita hendaklah menghasilkan sumber makanan sendiri supaya tidak diancam kebuluran.

Soalan 2: Pemahaman... bermaksud – belum ada harapan untuk menyelesaikan masalah... tanah pertanian untuk menghasilkan makanan kini ditanami tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan tenaga – sumber makanan dialihkan fungsinya untuk pengeluaran tenaga – kegiatan masyarakat antarabangsa menggalakkan penggunaan biobahan api... berpendapatan tinggi – tidak terasa tekanan kenaikan harga barang-barang makanan – amalan itu sudah menjadi darah daging mereka – sukar mengawal nafsu berbelanja

Page 20: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab berlakunya masalah dalam urusan jual beli rumah dan kelebihan memiliki rumah sendiri. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pembeli rumah seharusnya diberi hak untuk menjaga dan melindungi kepentingan mereka. Hal ini perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa tempatan ekoran daripada beberapa penyelewengan yang dikesan dalam urusan pembelian rumah. Persoalannya, mengapakah masalah ini masih belum berjaya dinoktahkan walaupun pihak berkuasa berusaha untuk menanganinya?Antara penyelewengan yang kerap disuarakan termasuklah pemaju perumahan menyalahgunakan sijil arkitek untuk menyokong tuntutan bayaran projek perumahan menurut terma dalam perjanjian jual beli dan Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1991. Hal ini berpunca daripada kelonggaran pihak bank pembiaya dalam meluluskan tuntutan pemaju yang hanya disokong oleh sijil arkitek tanpa perlu mengesahkan kerja pembinaan berperingkat itu siap sepenuhnya dan memenuhi spesifikasi undang-undang. Kualiti kerja pembinaan projek perumahan yang rendah dan bermasalah juga merupakan bahana yang diterima oleh pembeli apabila sijil arkitek disalahgunakan. Selain itu, impian pembeli untuk memiliki rumah sendiri bertukar menjadi mimpi ngeri apabila rumah itu terlibat dalam projek terbengkalai atau gagal diteruskan sebagai akibat kekurangan dana. Malah, pembeli terus dikenakan bayaran ansuran atau faedah oleh pihak bank pada setiap bulan. Tiadanya peruntukan undang-undang yang mewajibkan pihak berkuasa termasuk agensi teknikal dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyelia proses pembinaan perumahan menambah kesulitan yang dialami oleh pembeli. Kes yang melibatkan projek perumahan terbengkalai juga berpunca daripada ketiadaan peraturan yang mewajibkan pihak berkuasa memeriksa dan mengesahkan kerja pembinaan.Perkara lain yang tidak memuaskan hati pembeli ialah aduan mereka tentang keadaan rumah tidak diendahkan oleh pihak pemaju. Sekiranya kes pemaju menipu pembeli melalui cara penipuan sijil penyiapan kerja pembinaan berperingkat dan pengeluaran CF atau CCC itu dibawa ke mahkamah atau tribunal pembeli rumah, hasilnya mungkin tidak memuaskan kerana proses tersebut mengambil masa yang lama dan pembeli terpaksa menanggung kos yang tinggi. Sekalipun projek perumahan itu memberikan manfaat kepada pembeli, tetapi kenyataan yang harus ditelan ialah harga rumah semakin meningkat dan sukar dimiliki oleh pembeli yang berpendapatan rendah. Selain kelemahan tersebut, timbul pula masalah rumah yang baru dibeli itu sudah rosak sebelum diduduki, misalnya dinding rumah retak, atap rumah bocor, siling rumah berlubang, longkang tidak sempurna, dan sebagainya. Hal ini membuktikan bahawa pihak pemaju sekadar melepaskan batuk di tangga dalam menyiapkan sesebuah rumah.Jika masalah yang wujud dalam bidang perumahan tidak ditangani secara serius, sedikit banyak keyakinan masyarakat terhadap sektor pembinaan dan perumahan negara akan tergugat. Oleh itu, peruntukan undang-undang baru yang bersifat preventif perlu diwujudkan bagi membendung masalah ini dan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak berkuasa tempatan dalam melindungi hak pembeli.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Melindungi Hak Pembeli Rumah”oleh Nuarrual Hilal Md. Dahan, Dewan Masyarakat, Mei 2009.)

Page 21: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Berikan maksud rangkai kata masih belum berjaya dinoktahkan. [2 markah](ii) Nyatakan bukti yang menunjukkan bahawa pihak pemaju bersikap sambalewa dalam menyiapkan

sesebuah rumah. [3 markah](iii) Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan sesuatu projek perumahan itu terbengkalai?

[4 markah

Page 22: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan keperitan yang terpaksa diharungi oleh sebahagian daripada pembeli rumah di negara ini.Pendekatan 2: Petikan membincangkan punca-punca permasalahan dalam urusan jual beli rumah di negara ini..Isi-isi Tersurat [sebab]1. Pemaju perumahan menyalahgunakan sijil arkitek untuk menyokong tuntutan bayaran projek perumahan.2. Kelonggaran pihak bank pembiaya dalam meluluskan tuntutan pemaju yang hanya disokong oleh sijil arkitek tanpa perlu mengesahkan kerja.3. Kualiti kerja pembinaan projek perumahan yang rendah dan bermasalah.4. Rumah itu terlibat dalam projek terbengkalai atau gagal diteruskan sebagai akibat kekurangan dana.5. Pembeli terus dikenakan bayaran ansuran atau faedah oleh pihak bank pada setiap bulan.6. Tiadanya peruntukan undang-undang yang mewajibkan pihak berkuasa tempatan, agensi teknikal, dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyelia proses pembinaan perumahan.7. Ketiadaan peraturan yang mewajibkan pihak berkuasa menyelia, memeriksa, dan mengesahkan kerja pembinaan.Isi-isi Tersirat [kelebihan]1. Tidak perlu membayar sewa kepada pemilik rumah setiap bulan.2. Kerja-kerja pengubahsuaian rumah dapat dilakukan mengikut kehendak sendiri.3. Bebas memilih lokasi kediaman mengikut pilihan sendiri.4. Tidak perlu bertegang leher dengan pemilik rumah sewa yang cerewet.5. Membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang akan menjadi hak sendiri.6. Ahli keluarga hidup lebih selesa selain tidak perlu berpindah-randah..KesimpulanKesimpulannya, setiap pembeli rumah mestilah berhati-hati agar tidak menjadi mangsa pemaju yang tamak dan tidak bermoral.

Soalan 2: Pemahaman...bermaksud – tidak dapat dihapuskan sepenuhnya...buktinya – sebelum rumah diduduki, dinding rumah retak – atap rumah bocor – siling rumah berlubang – longkang tidak sempurna...pemaju kehabisan modal – pemaju melaksanakan projek perumahan di luar kemampuan kewangan – kekurangan pekerja untuk menyiapkan sesuatu projek perumahan – pemaju perumahan tidak mendapat bayaran kerana proses kerja tidak mematuhi jadual yang ditetapkan

Page 23: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab Dasar Buku Negara perlu dinilai semula dan langkah-langkah memasyarakatkan buku. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Selepas 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba masanya Dasar Buku Negara dinilai semula. Untuk memastikan matlamat membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat mengikut tuntutan semasa tercapai, maka Dasar Buku Negara yang dilancarkan pada tahun 1985 itu memerlukan suntikan baru agar selaras dengan kewujudan teknologi maklumat yang berkembangterlalu pantas. Dalam tempoh tersebut, terlalu banyak perubahan yang berlaku, terutama ledakan teknologi maklumat dan komunikasi yang mempengaruhi budaya membaca.Dari sudut meningkatkan tahap literasi rakyat, Dasar Buku Negara telah mencatat kejayaan yang memberangsangkan apabila 93.2 peratus penduduk berumur 15 tahun dan ke atas didapati kenal huruf. Walaupun kadar literasi di negara ini agak tinggi, budaya membaca dalam kalangan rakyat masih pada tahap rendah dan kurang memuaskan. Mengikut kajian, golongan menengah lebih gemar membaca bahan bacaan ringan berbentuk fiksyen berbanding dengan buku yang bermutu tinggi. Pola pembacaan masyarakat bawahan tidak banyak berubah juga kerana mereka masih menggemari bahan bacaan picisan dan cerita tahyul yang tidak membangunkan minda.Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu merangka pelan baru yang menyeluruh supaya perubahan dalam Dasar Buku Negara dapat memberikan impak kepada perkembangan minda masyarakat. Hal ini penting supaya budaya membaca terus meningkat dalam kalangan masyarakat di tengah-tengah revolusi teknologi maklumat dan komunikasi, terutama teknologi digital yang menyebabkan pengguna kurang mempedulikan buku lagi. Lagipun, lambakan bahan hiburan digital begitu meluas serta mudah diakses melalui internet. Biarpun cabaran digital ini menghakis minat membaca buku dalam kalangan generasi muda, masyarakat kita kurang memberikan perhatian terhadap budaya membaca, jauh sekali menyediakan perpustakaan di rumah. Kita sepatutnya mengubah sikap sedemikian dan bukannya mengambil kesempatan untuk meningkatkan rasa tidak peduli masyarakat terhadap bahan bacaan bermutu. Sememangnya sukar untuk mengubah minda masyarakat supaya menjadikan amalan membaca buku itu sebagai suatu budaya, terutama untuk melawan pengaruh digital yang boleh mengalihkan tumpuan daripada buku. Namun begitu, cabaran ini tidak seharusnya mematikan semangat kita untuk mengubah minda masyarakat supaya menjadi ulat buku dan penilaian terhadap Dasar Buku Negara adalah permulaan ke arah itu.Penilaian terhadap Dasar Buku Negara mampu memberikan impak positif kepada industri dan pasaran buku dalam memupuk minat membaca yang tinggi di samping menjadi momentum penting kepada tahap literasi negara pada masa hadapan. Dengan langkah tersebut, rakyat negara ini dapat diakrabkan hubungannya dengan buku. Oleh sebab itu, usaha yang berterusan perlu ditingkatkan agar kadar literasi rakyat kita setanding dengan kadar literasi rakyat di negara maju.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Dasar Buku Negara Perlu Mampu Atasi Ledakan ICT”,Minda Pengarang, Berita Harian, 21 April 2009.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Page 24: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

(i) Berikan maksud rangkai kata impak positif. [2 markah](ii) Apakah manfaat yang akan terhasil daripada penilaian semula terhadap Dasar Buku Negara?

[3 markah](iii) Pada pandangan anda, mengapakah bahan bacaan picisan diminati oleh sebahagian besar pembaca?

[4 markah]Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan manfaat daripada penilaian semula terhadap Dasar Buku Negara dalam era digital.Pendekatan 2: Petikan membincangkan punca-punca Dasar Buku Negara memerlukan penilaian semula. Isi-isi Tersurat [sebab]1. Dasar Buku Negara memerlukan suntikan baru agar selaras dengan kehadiran teknologi maklumat yang berkembang terlalu pantas kini.2. Banyak perubahan yang berlaku, terutama ledakan teknologi maklumat dan komunikasi.3. Budaya membaca dalam kalangan rakyat masih pada tahap rendah dan kurang memuaskan.4. Golongan menengah lebih gemar membaca bahan bacaan ringan berbentuk fiksyen.5. Masyarakat bawahan menggemari bahan bacaan picisan dan cerita tahyul yang tidak membangunkan minda.6. Menerusi Dasar Buku Negara, budaya membaca akan terus meningkat dalam kalangan masyarakat di tengah-tengah revolusi teknologi maklumat dan komunikasi.7. Lambakan bahan hiburan digital begitu meluas serta mudah diakses melalui internet.8. Masyarakat kita kurang memberikan perhatian kepada budaya membaca, jauh sekali menyediakan perpustakaan di rumah.9. Pengaruh digital yang boleh mengalihkan tumpuan daripada buku perlulah dilawan.10. Rakyat negara ini dapat diakrabkan hubungannya dengan buku.Isi-isi Tersirat [langkah]1. Buku yang terdapat dalam pasaran dijual dengan harga yang berpatutan.2. Cukai import buku dikurangkan atau dimansuhkan.3. Pihak media massa disarankan menggerakkan Kempen Membaca.4. Bahan pembelajaran di sekolah tidak dikhususkan pada buku teks sahaja.5. Perpustakaan awam hendaklah menyediakan buku-buku terkini untuk bacaan orang ramai.6. Penulis dan penerbit diberi insentif atas usaha mereka menghasilkan bahan bacaan umum.Kesimpulan Kesimpulannya, kita mesti mendorong anggota masyarakat mendampingi buku bermutu agar minda mereka lebih terbuka.

Soalan 2: Pemahaman...bermaksud – kesan yang baik...mendatangkan impak positif kepada industri buku dan pasaran buku – memupuk minat membaca yang tinggi dalam kalangan masyarakat – menjadi momentum penting kepada tahap literasi negara pada masa hadapan...bahan bacaan tersebut murah – bahan tersebut mudah didapati – bahan bacaan berkenaan tidak membebankan fikiran – bahan bacaan itu menghiburkan – belum wujud masyarakat pembaca yang serius di negara ini

Page 25: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat sebuah rumusan tentang faktor-faktor berlakunya tragedi tanah runtuh di negara kita dan iktibarnya dari segi moral. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa minggu lalu merupakan kejadian yang keenam sejak 11 Disember 1993 di kawasan sekitarnya. Kurang lima hari 15 tahun lalu, blok kondominium Highland Towers menyembah bumi dan menyebabkan 48 orang terkorban. Berdasarkan rekod, tidak ada kejadian tanah runtuh berlaku sekitar tahun 1994 dan 1999 tetapi pada setiap tahun selepas itu, kecuali 2004 dan 2007 berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut.Kita tidak boleh menuding jari mencari kesalahan orang lain tanpa bertenang dan melakukan reformasi kehidupan secara berhikmah. Kejadian yang menyedihkan tempoh hari adalah disebabkan oleh kelemahan manusia mentadbirkan alam sekitar dengan sistematik. Pihak-pihak berkepentingan menebang hutan dengan sewenang-wenang. Bukit-bukit yang menjadi pasak kecil di permukaan bumi ini telah ditarah semahu-mahunya tanpa memikirkan kemarahan alam. Situasi ini dikronikkan lagi dengan pengaruh iklim. Iklim khatulistiwa yang panas dan lembap menyebabkan negara kita mengalami hujan yang banyak dan kerap. Oleh itu, pengaliran air bawah tanah sukar dipantau sama ada stabil ataupun tidak kerana perubahannya sukar diramal.Sikap tamak akan kekayaan dunia mendorong banyak syarikat perumahan begitu nekad mendirikan rumah-rumah di kawasan bukit. Mereka tidak menghiraukan keselamatan pembeli. Yang menjadi perkiraan utama mereka ialah keuntungan yang besar. Sepatutnya, pihak berkuasa dan pemaju menentukan kaedah dan cara pembinaan yang betul dan selamat. Projek tersebut juga harus diselia mengikut piawai yang ketat di samping menjalankan kajian bersama-sama dengan pihak yang arif sebelum sesuatu projek pembinaan itu dibangunkan. Memang tidak dinafikan bahawa kelemahan pentadbiran pihak berkuasa yang bertanggungjawab juga menjadi penyebab kepada keruwetan masalah ini. Dalam hal ini, larangan menjalankan projek-projek pembinaan di kawasan cerun telah diwartakan semenjak berlakunya tragedi Highland Towers tetapi larangan ini tidak dihiraukan oleh pemaju. Ada desas-desus yang mengatakan bahawa kedapatan unsur-unsur rasuah dalam kalangan kakitangan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap kelulusan sesuatu kertas kerja projek pembinaan.Sesungguhnya, projek pembinaan di lereng bukit memerlukan pembinaan sistem perparitan yang kukuh dan efisien. Sistem perparitan yang lemah akan menyebabkan keretakan pada parit dan menjadi punca air meresap ke dalam tanah. Situasi inilah yang akan menjadi punca tanah pada awalnya kukuh bertukar menjadi longgar. Justeru, tidak hairanlah berlakunya kejadian tanah runtuh. Sistem bekalan air menggunakan paip yang berkualiti rendah juga mempengaruhi kejadian ini. Paip-paip bawah tanah yang bocor akan menyebabkan berlakunya pengaliran air bawah tanah lalu melonggarkan struktur tanah seterusnya menyebabkan tanah runtuh. Ada laporan yang diterima menyatakan bahawa pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi dan menyebabkan urusan pemantauan pada waktu-waktu yang ditetapkan tidak dapat dijalankan. Oleh sebab itu, perubahan struktur pada tanah tidak dapat dipantau secara kerap bahkan laporan-laporan yang dibuat oleh para penduduk tidak dapat dilayan sepenuhnya.Intihanya, alam dan manusia saling berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Sekiranya alam dicurangi maka manusia akan menerima akibat daripada perbuatan tersebut. Oleh itu, berpeganglah pada peribahasa “mencegah lebih baik daripada mengubati” dan “Cintai Alam Kita” demi kesejahteraan hidup di dunia ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Malapetaka Alam Akibat Kecuaian Manusia”oleh Johan Jaaffar, Berita Minggu, 14 Disember 2008.)

Page 26: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah ]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pasak kecil di permukaan bumi.[2 markah]

(ii) Apakah cara yang boleh dilakukan sekiranya ingin mengelakkan kejadian tanah runtuh berlaku? [3 markah]

(iii)Pada pandangan anda, wajarkah pembangunan di kawasan tanah tinggi diharamkan pada masa akan datang?

[4 markah]

Page 27: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan kecuaian manusia menyebabkan malapetaka tanah runtuh di negara ini.Pendekatan 2: Petikan membincangkan punca-punca tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.Isi Tersurat (faktor-faktor)1. Kelemahan manusia mentadbirkan alam sekitar dengan sistematik.2. Situasi ini dikronikkan lagi dengan pengaruh iklim.3. Sikap tamak akan kekayaan dunia mendorong syarikat perumahan mendirikan rumah-rumah di lereng bukit.4. Kelemahan pentadbiran pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjadi penyebab kepada keruwetan masalah ini.5. Larangan projek-projek pembinaan telah diwartakan semenjak tragedi Highland Towers tetapi larangan ini tidak dihiraukan oleh pemaju.6. Kedapatan unsur-unsur rasuah dalam kalangan kakitangan pihak berkuasa berkaitan dengan kelulusan kertas kerja projek pembinaan.7. Sistem perparitan yang lemah menyebabkan keretakan pada parit dan air meresap ke dalam tanah.8. Sistem bekalan air menggunakan paip yang berkualiti rendah mempengaruhi kejadian ini.9. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi bagi menjalankan urusan pemantauan.10. Laporan-laporan yang dibuat oleh para penduduk tidak dapat dilayan sepenuhnya.(cadangan: pilih 6 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)Isi Tersirat (iktibar)1. Slogan “Cintai Alam Sekitar” mesti dipatuhi oleh semua pihak.2. Usah terlalu rakus mengaut keuntungan hingga menzalimi alam dan orang lain.3. Kuasa Tuhan mengatasi kebijaksanaan dan kecanggihan teknologi manusia.4. Usah suka hidup dengan membeza-bezakan status kehidupan.5. Usah mencurangi alam kerana kita akan menerima padahnya.6. Kita wajib melakukan sesuatu pekerjaan dengan jujur dan tidak terlibat dalam amalan rasuah.(cadangan: pilih 2 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)KesimpulanProjek-projek pembinaan harus mengambil kira nurani alam agar bencana alam tidak berlaku.

Soalan 2: PemahamanSoalan 2(a) – Petikan Umum(i) ... menjadi baji/penahan di atas muka bumi(ii) ... pihak berkuasa dan pemaju menentukan kaedah dan cara pembinaan yang betul dan selamat... projek pembangunan perlu diselia mengikut piawai yang ketat... membuat kajian bersama-sama dengan pihak yang arif sebelum sesuatu projek pembinaan itu dibuat(iii) ... wajar... kawasan tanah tinggi ialah kawasan tadahan air untuk kegunaan harian... pembangunan tanah tinggi berisiko tinggi

Page 28: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

... merosakkan habitat flora dan fauna

... mencetuskan perbezaan status sosial dalam kehidupan masyarakat

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat sebuah rumusan tentang perkara-perkara yang menjadi kerisauan ibu bapa terhadap para remaja sekolah yang menagih fantasi kafe siber dan cara-cara menghilangkan kerisauan tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dunia kini berada di ambang alam digital yang serba-serbinya direka untuk memudahkan sesuatu pekerjaan demi mengejar status kemodenan yang diimpikan. Negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, dan Britain berlumba-lumba memajukan sistem pengkomputeran mereka terutamanya dalam bidang ekonomi dan ketenteraan. Negara-negara membangun seperti Malaysia tidak terkecuali daripada tempias fenomena ini. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir menjadi target kemodenan yang diidam-idamkan oleh seluruh rakyat.Dalam menuju era 2020, kafe-kafe siber di Malaysia telah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sehingga sukar dipantau oleh pihak berwajib. Situasi ini membuatkan ibu bapa mulai risau akan kegiatan anak anak mereka khasnya pada waktu cuti persekolahan. Hal ini demikian kerana banyak remaja yang gemar ke kafe siber berjam-jam lamanya. Ada antara mereka mengatakan bahawa mereka ingin mendapatkan ketenangan atau merehatkan minda daripada alam persekolahan. Lebih membimbangkan, mereka sanggup ponteng sekolah demi mencari keseronokan. Ada juga antara mereka mengatakan bahawa mereka berasa bosan duduk di rumah selepas pulang dari sekolah lalu mencari hiburan di luar. Tidak kurang juga pelajar memberikan alasan bahawa ibu bapa mereka tidak kisah sekiranya mereka ke kafe siber. Sekiranya benar, maka hal ini tidak wajar dibiarkan berterusan.Petugas Kementerian Pelajaran pernah membuat serbuan di kafe siber di sekitar Ipoh dan Kuala Lumpur dan mendapati para pelajar sekolah rendah dan menengah sering mengunjungi kafe siber tidak kira pada waktu persekolahan mahupun pada waktu cuti sekolah. Perkara yang memelikkan ialah sikap pengusaha kafe siber yang sanggup membiarkan kanak-kanak dan remaja masuk ke premis tersebut walaupun kebanyakan mereka masih berpakaian sekolah. Dalam hal ini, mereka hanya mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan larangan yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan. Justeru, ibu bapa berharap pihak Kementerian Pelajaran mengambil serius akan fenomena ini kerana dikhuatiri anakanak mereka terjebak pula ke kancah perjudian berkomputer.Sesungguhnya pihak kerajaan sedar akan hal tersebut dan pelbagai langkah telah pun diambil namun masih kurang berkesan. Sebagai akibatnya, kesan negatif daripada kunjungan remaja ke kafe siber terus berlaku. Kini, banyak kes pergaduhan dalam kalangan remaja sekolah bermula atau berpunca dari kafe siber. Lebih membimbangkan fenomena menonton dan memuat turun gambar dan klip video lucah dalam kalangan remaja semakin berleluasa. Biarpun, banyak aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkuasa. Alasan yang sering diberikan ialah agensi penguatkuasaan terbabit tidak mampu menyediakan kakitangan untuk memantau aktiviti perniagaan sebenar kafe siber. Situasi ini juga telah menambahkan kegusaran para ibu bapa.Intihanya, kesedaran dan kerisauan ibu bapa harus dipandang serius oleh semua pihak. Mereka tidak boleh memberikan alasan bahawa ibu bapalah sendiri yang mesti menyelesaikan masalah tersebut kerana mereka dikatakan terlalu obses dan berkompromi dengan kehendak anak-anak mereka. Sekiranya fenomena ini tidak ditangani segera maka remaja yang menjadi tiang negara akan menjadi liar. Mereka membazirkan wang untuk mencari keseronokan tanpa menjanjikan apa-apa faedah kepada masa depan mereka.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Page 29: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

“Semakin Ramai Remaja Jadi Penagih Fantasi Siber Komputer”oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Berita Harian, 25 November 2008.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Berikan maksud rangkai kata obses dan berkompromi.[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga alasan yang diberikan oleh remaja untuk ke kafe siber? [3 markah]

(iii)Jelaskan kerugian yang akan ditanggung oleh negara sekiranya fenomena ini tidak ditangani segera. [4 markah]

Page 30: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan langkah-langkah yang diambil untuk menangani penyalahgunaan kafe siber dalam kalangan remaja.Pendekatan 2: Petikan membincangkan hal-hal yang menjadi kerisauan ibu bapa terhadap para remaja sekolah yang menagih fantasi kafe siber.Isi Tersurat (perkara-perkara)1. Kafe-kafe siber komputer di Malaysia telah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sehingga sukar dipantau oleh pihak berwajib.2. Banyak remaja gemar ke kafe siber berjam-jam lamanya.3. Mereka sanggup ponteng sekolah demi keseronokan.4. Para pelajar sekolah rendah dan menengah sering mengunjungi kafe siber tidak kira pada waktu sekolah mahupun pada waktu cuti sekolah.5. Sikap pengusaha kafe siber yang sanggup membiarkan kanakkanak dan remaja sekolah masuk walaupun kebanyakan mereka masih berpakaian sekolah.6. Anak-anak mereka terjebak pula ke kancah perjudian berkomputer.7. Banyak kes pergaduhan dalam kalangan remaja sekolah bermula atau berpunca dari kafe siber.8. Fenomena menonton dan memuat turun gambar dan klip video lucah dalam kalangan remaja semakin berleluasa.9. Banyak aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkuasa.10. Remaja yang menjadi tiang negara menjadi liar.(cadangan: pilih 6 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)Isi Tersirat (cara-cara)1. Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak dan menasihati mereka agar menjauhi gejala negatif.2. Pihak berkuasa mengenakan denda yang tinggi kepada pengusaha kafe siber yang melanggar peraturan.3. Masa persekolahan dilanjutkan hingga ke petang.4. Pihak polis perlu menambah kakitangan agar dapat memantau kafe siber.5. Bilangan kafe siber di sesebuah kawasan mestilah dihadkan.6. JKK mestilah memantau pergerakan anak-anak di kampung atau di taman perumahan.(cadangan: pilih 2 isi sahaja dan setiap isi 2 markah)KesimpulanBudaya kafe siber harus dibendung dalam kalangan remaja agar masa lapang mereka dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baik mungkin.

Soalan 2: PemahamanSoalan 2(a) – Petikan Umum(i) ... terlalu terikut-ikut dan bertolak ansur dengan kehendak anak-anak(ii) ... mereka ingin mendapatkan ketenangan atau merehatkan minda daripada alam persekolahan

Page 31: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

... ibu bapa tidak kisah mereka ke kafe siber

... mereka berasa bosan duduk di rumah(iii) ... keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kian meruncing... negara tiada barisan kepimpinan yang berkualiti pada masa depan... meningkatkan kes jenayah... melahirkan modal insan yang berkualiti rendah

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab plastik berbahaya kepada manusia dan langkah meminimumkan risikonya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bekas plastik banyak digunakan untuk memenuhi keperluan harian kerana makanan dan minuman dibungkus dengan menggunakan plastik. Dalam bidang industri, plastik digunakan untuk menghasilkan telefon bimbit dan komputer. Selain itu, di dalam kereta yang kita naiki terdapat komponen yang dibuat daripada plastik. Dapatlah ditegaskan bahawa plastik terdapat di merata-rata tempat. Malangnya selepas digunakan, bahan itu dihumban hingga memenuhi tempat pelupusan sampah. Plastik yang dibuang itu mengambil masa puluhan tahun untuk lupus.Walaupun plastik memudahkan kita dalam banyak perkara tetapi bahan ini juga mempunyai keburukannya. Pada umumnya, plastik menyebabkan masalah pencemaran alam. Selain itu, bahan pelbagai guna ini menyebabkan kesan toksik kepada manusia melalui bahan kimia yang dibebaskannya, iaitu bisfenol A (BPA) dan ftalat. BPA ialah sejenis lakuer yang digunakan sebagai monomer untuk menghasilkan resin epoksi dan bekas plastik polikarbonat. Resin epoksi digunakan sebagai penyalut pada kebanyakan bekas makanan dan minuman di dalam tin untuk mengelakkan makanan daripada serangan bakteria E. coli dan colostridium botulinum. Kedua-dua bakteria ini dapat menyebabkan masalah saraf (botulisme). BPA mempunyai paras toksik akut yang rendah, iaitu tidak mendatangkan bahaya yang serius dalam jangka masa pendek. Namun, kita harus sedar bahawa kebanyakan daripada kita terdedah kepada BPA dalam tempoh yang lama akibat daripada penggunaan perkakas plastik. Kita terdedah pada BPA melalui mulut, pernafasan, dan penyerapan melalui kulit. Sedikit demi sedikit BPA masuk ke dalam badan kita tanpa kita sedari. Lama-kelamaan kita akan terdedah pada pencemaran toksik yang berpunca daripada BPA.Daripada kajian makmal, BPA didapati dapat menyebabkan kanser, ketidaksuburan, dan masalah hiperaktif terhadap haiwan. Oleh sebab BPA ialah mimik hormon estrogen, maka kehadirannya dapat mengganggu fungsi dan perkembangan otak serta beberapa sistem lain pada manusia, khususnya bayi. Kajian yang dijalankan oleh Toksilogi Kebangsaan di Amerika Syarikat mulai tahun 2007 hingga Jun 2008 membuktikan bahawa BPA mempunyai kesan sampingan yang daripada tahap minimum hingga tahap serius terhadap manusia. Para penyelidik tersebut juga mendapati bahawa bahan plastik dapat mendatangkan kesan negatif terhadap perkembangan otak bayi dan kanak-kanak yang sering terdedah pada BPA. Kita sukar menjauhkan kanak-kanak daripada BPA kerana sebahagian besar daripada mainan mereka dibuat daripada plastik.Meskipun saintis sering memperkatakan bahaya yang disebabkan oleh peralatan yang dibuat daripada plastik, namun syarikat atau pengeluar produk yang menggunakan bahan ini pula sering kali menafikannya. Mereka kerap menyangkal kebenaran hasil kajian yang dikemukakan oleh ahli sains untuk kepentingan mereka.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Plastik Maut”oleh Sazaroni Md. Rashid, Dewan Kosmik, April 2009.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Page 32: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Nyatakan maksud rangkai kata menyangkal kebenaran.. [2 markah](ii) Bagaimanakah seseorang itu terdedah kepada BPA? [3 markah](iii) Pada pandangan anda, mengapakah penggunaan plastik sukar dibendung sekalipun bahan itu

berbahaya kepada manusia?[4 markah]

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan musibah yang akan menimpa manusia sebagai akibat penggunaan bahan-bahan daripada plastik.Pendekatan 2: Petikan membincangkan faktor-faktor penggunaan plastik membahayakan manusia.Isi-isi Tersurat [sebab]1. Plastik yang dibuang itu mengambil masa puluhan tahun untuk lupus.2. Plastik menyebabkan masalah pencemaran alam.3. Plastik menyebabkan kesan toksik kepada manusia melalui bahan kimia yang dibebaskannya.4. Kita terdedah pada BPA dalam tempoh yang lama.5. BPA masuk ke dalam badan tanpa kita sedari.6. Kita akan terdedah pada pencemaran toksik yang berpunca daripada BPA.7. BPA mengganggu fungsi dan perkembangan otak serta beberapa sistem lain.8. BPA mempunyai kesan sampingan daripada tahap minimum hingga tahap serius terhadap manusia.9. Bahan plastik itu dapat mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak bayi dan kanak-kanak.10. Sebahagian besar daripada mainan kanak-kanak dibuat daripada plastik.Isi-isi Tersirat [Langkah]1. Kita menggantikan semua bahan yang dibuat daripada plastik dengan bahan lain yang lebih selamat.2. Pengeluaran plastik dipiawai oleh pihak berkuasa selain memenuhi syarat pengeluaran yang ketat.3. Pihak media menyiarkan amaran tentang bahaya penggunaan plastik dalam kehidupan.4. Badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan kempen kesedaran yang berkaitan dengan bahaya penggunaan plastik dari semasa ke semasa.5. Produk daripada plastik dibenarkan hanya untuk pasaran luar negara sahaja.6. Kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak mengimport barangan daripada plastik ke negara ini.KesimpulanKesimpulannya, kita harus menghindari penggunaan bahan yang dibuat daripada plastik agar tidak berhadapan dengan masalah kesihatan.

Soalan 2: Pemahaman ...bermaksud – tidak menerima hakikat...melalui mulut – melalui pernafasan – penyerapan melalui kulit...harganya murah – mudah diperoleh – masyarakat kurang kesedaran tentang risiko yang berpunca daripada plastik – plastik digunakan oleh pelbagai pihak – orang ramai tidak mempersoalkan kesan negatif penggunaan plastic

Page 33: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca krisis air dunia dan kesannya terhadap kehidupan manusia. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Air merupakan keperluan yang amat penting untuk kehidupan manusia sejagat. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa sebanyak 1.1 bilion masyarakat dunia kini berhadapan dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih. Krisis air global ini bukan sahaja memberikan kesan terhadap negara-negara miskin dan membangun, malah telah merebak dan menjangkiti negara-negara besar. Melalui pelbagai wacana dan forum antarabangsa, masyarakat dunia telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap krisis air global yang semakin meruncing dan mengancam kesihatan manusia. Kebimbangan masyarakat dunia terhadap krisis air global ini bermula sejak bertambahnya populasi dunia pada abad ke-20. Dianggarkan bahawa penduduk dunia telah meningkat tiga kali ganda diikuti oleh pertambahan permintaan air untuk kegunaan domestik, pertanian, dan perindustrian.Krisis air global ini bukan sahaja akan menyengsarakan kehidupan manusia dan alam sekitar, malah membawa pertelingkahan politik untuk menguasai kepentingan sumber air di dunia. Fenomena ini seakan-akan sama dengan kegelojohan sesetengah negara menguasai sumber minyak. Secara umumnya, terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan punca berlakunya krisis air global. Antaranya termasuklah kekurangan prasarana bekalan air bersih di dunia untuk kehidupan manusia. Penduduk negara miskin seperti Cuba, Ghana, dan Zimbabwe terpaksa menggunakan air yang tercemar untuk tujuan sanitasi dan minuman. Implikasinya, bayi dan anak kecil menderita kekurangan zat dan dijangkiti pelbagai penyakit.Krisis air global ini juga berkait rapat dengan pencemaran sumber air. Seandainya pencemaran sumber air terus meningkat, maka nasib penduduk di kawasan yang terlibat semakin terjejas. Pencemaran air di negara miskin disebabkan oleh ketiadaan sistem sanitasi yang sempurna, manakala di negara membangun pencemaran ini berpunca daripada aktiviti pertanian, kumbahan, perindustrian, dan projek pembinaan infrastruktur. Bagi negara maju pula, pencemaran air banyak disebabkan oleh aktiviti perindustrian yang menghasilkan air sisa buangan. Sebagai akibatnya, setiap tahun dianggarkan sebanyak 300 hingga 500 juta tan bahan buangan industri telah mencemari air di seluruh dunia. Isu bekalan air ini juga diramalkan menjadi krisis utama dunia pada masa hadapan kerana tidak wujud persefahaman dalam pengagihan sumber air antara negara yang berkongsi sumber air. Krisis air yang berlaku itu akan bertambah serius apabila berlaku pengontangan sungai sebagai akibat kemarau. Situasi ini wujud kesan daripada perubahan iklim yang dijangka menyumbangkan dua puluh peratus masalah kekurangan bekalan air menjelang tahun 2050.Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air harus ditangani dengan bijak oleh setiap anggota masyarakat. Namun begitu, sikap tidak prihatin telah membuatkan masyarakat alpa akan kepentingan air lalu bertindak mencemarkan sumber air dengan membina ladang ternakan, di samping penggunaan racun serangga dan rumpai, serta membina bengkel di kawasan yang berhampiran dengan sumber air bersih. Kita harus sedar bahawa air merupakan komoditi yang mudah terancam dan aset yang bakal menentukan masa hadapan dunia. Keprihatinan masyarakat perlu ditingkatkan agar mereka menghargai setiap titisan air yang digunakan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Krisis Air Global Kian Meruncing”oleh Abdul Rahman Mahmud, Dewan Kosmik, Mac 2009.)

Page 34: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Berikan maksud rangkai kata komoditi yang mudah terancam.

[2 markah](ii) Nyatakan punca-punca pencemaran sumber air bersih yang dilakukan oleh sesetengah anggota

masyarakat.[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menjimatkan penggunaan air?

Page 35: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan permasalahan kekurangan air yang terpaksa dihadapi oleh penduduk dunia.Pendekatan 2: Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong kewujudan krisis air di seluruh dunia.Isi-isi Tersurat [punca]1. Krisis air global ini bermula sejak bertambahnya populasi dunia pada abad ke-20.2. Berlaku pertambahan permintaan air untuk kegunaan domestik, pertanian, dan perindustrian.3. Kekurangan prasarana bekalan air bersih di dunia untuk kehidupan manusia.4. Krisis air global ini berkait rapat dengan pencemaran sumber air.5. Pencemaran air di negara miskin disebabkan oleh ketiadaan sistem sanitasi yang sempurna.6. Pencemaran air di negara membangun berpunca daripada aktiviti pertanian, kumbahan, perindustrian, dan projek pembinaan infrastruktur.7. Pencemaran air banyak disebabkan aktiviti perindustrian yang menghasilkan air sisa buangan di negara maju.8. Tidak wujud persefahaman dalam pengagihan sumber air antara negara yang berkongsi sumber air.9. Krisis air yang berlaku akan bertambah serius apabila berlaku pengontangan sungai sebagai akibat kemarau.10. Sikap tidak prihatin telah membuatkan masyarakat alpa akan kepentingan air.Isi-isi Tersirat [kesan]1. Pengguna terbeban oleh kos bekalan air bersih yang kian melambung.2. Mencetuskan konflik antara negara berhubung dengan sumber air.3. Isu bekalan air menjadi tajuk penting dalam forum kepenggunaan antarabangsa.4. Kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk merawat air.5. Bekalan air yang digunakan oleh penduduk dunia semakin berkurang.6. Masa hadapan pengurusan air dunia semakin mencabar.KesimpulanKesimpulannya, kita hendaklah bijak menggunakan air agar bekalannya tidak putus sebelum tiba masanya.

Soalan 2: Pemahaman...bermaksud – sumber mentah yang senang dicemari...membina ladang ternakan – menggunakan racun serangga – menggunakan racun rumpai – membina bengkel di kawasan yang berhampiran dengan sumber air bersih...tidak membazirkan air ketika mandi – tidak membiarkan paip terbuka dan air terus mengalir – membasuh kenderaan jika perlu sahaja – mengumpulkan pakaian dalam jumlah yang banyak sebelum membasuhnya

Page 36: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kewajarannya kita perlu berubah kepada penggunaan tenaga alternatif dan rintangan yang dihadapi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hampir setiap kediaman di negara kita menggunakan tenaga elektrik untuk menjanakan kuasa pelbagai peralatan elektrik seperti pemanas air, penyaman udara, mesin basuh, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, keperluan terhadap kediaman jimat tenaga menjadi idaman setiap pemilik rumah. Pada masa yang sama, sumber tenaga alternatif sedang diteroka, terutama yang melibatkan penggunaan tenaga suria dan angin. Hal ini demikian kerana tenaga solar dan angin merupakan sumber tenaga yang paling mesra alam.Tenaga solar merupakan sumber tenaga yang sangat ekonomik. Hal ini terbukti apabila terdapat sesetengah pengguna yang telah mengaplikasikan teknologi ini di rumah masing-masing. Sumber tenaga tersebut dapat mengurangkan bil elektrik setiap bulan. Penggunaan tenaga solar fotovolta wajar digalakkan atas alasan pengguna dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik konvensional. Setakat ini, usaha yang dilakukan bagi menggalakkan penggunaan fotovolta masih bertumpu pada beberapa projek mewah bagi memperkenalkan konsep perumahan tenaga solar di Malaysia. Dari sudut ekonomi, penggunaan tenaga solar sepatutnya menjadi sumber tenaga pilihan di Malaysia dan perlu dikembangkan dengan lebih meluas. Lagipun, Malaysia menerima cahaya matahari lebih daripada enam jam sehari hampir sepanjang tahun.Selain penggunaan tenaga solar dan angin sebagai pemangkin sumber tenaga, penerokaan tenaga nuklear di negara ini sebagai sumber tenaga alternatif masih belum meluas. Kemajuan dalam bidang ini harus dipandang serius kerana penerokaan dalam sumber terbabit mampu menjadikannya sumber tenaga alternatif negara. Langkah tersebut wajar dilakukan sebelum Malaysia kekeringan minyak pada masa hadapan. Peralihan daripada tenaga elektrik kepada tenaga alternatif tidak boleh ditangguhkan lagi kerana harga panel solar dijangka meningkat atas runtunan permintaan pada masa akan datang. Di samping itu, negara kita perlu menggiatkan dan memperincikan pelan tindakan bagi penggunaan sumber yang boleh diperbaharui agar dapat mengurangkan pergantungan terhadap sumber bahan api fosil. Hal ini demikian kerana kaedah teknologi solar lebih praktikal serta menjimatkan kos dan masa jika dibandingkan dengan kaedah penyambungan grid yang diamalkan ketika ini.Penggunaan tenaga alternatif sudah lama membuka mata banyak pihak dan teknologi ini sudah tidak asing lagi di negara maju seperti Jerman, Jepun, dan Switzerland. Penduduk di negara tersebut telah menggunakantenaga alternatif, termasuk tenaga suria untuk menjanakan kuasa elektrik dan kita berharap agar perkara ini menjadi realiti di negara kita sedikit masa lagi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Faktor Ekonomi Tenaga Solar”oleh Noor Shuhada Mohammad Yusof, Dewan Ekonomi, Julai 2009.)

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Page 37: BM K2 - Soalan 1 & 2(a)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Berikan maksud rangkai kata belum meluas. [2 markah](ii) Jelaskan sebab-sebab pengguna harus beralih kepada penggunaan tenaga solar untuk menggantikan

sumber tenaga elektrik konvensional. [3 markah](iii) Pada pandangan anda, pihak manakah yang harus memainkan peranan untuk mencetuskan kesedaran

masyarakat tentang penggunaan tenaga alternatif? [4 markah]

Soalan 1: RumusanPendahuluanPendekatan 1: Petikan membincangkan manfaat yang diperoleh apabila rakyat negara ini beralih kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.Pendekatan 2: Petikan membincangkan sebab-sebab kita perlu menggunakan sumber tenaga alternatif dalam kehidupan harian.Isi-isi Tersurat [Kewajaran]1. Keperluan terhadap kediaman jimat tenaga menjadi idaman setiap pemilik rumah.2. Tenaga solar dan angin merupakan sumber tenaga yang paling mesra alam.3. Tenaga solar merupakan sumber tenaga yang sangat ekonomik.4. Penggunaan tenaga solar dapat mengurangkan bil elektrik setiap bulan.5. Pengguna dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik konvensional.6. Malaysia menerima cahaya matahari lebih daripada enam jam sehari hampir sepanjang tahun.7. Penerokaan sumber tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif masih belum meluas.8. Langkah ini dilakukan sebelum Malaysia kekeringan minyak pada masa hadapan.9. Harga panel solar dijangka meningkat atas runtunan permintaan pada masa akan datang.10. Penggunaan sumber tenaga alternatif dapat mengurangkan pergantungan terhadap sumber bahan api fosil.Isi-isi Tersirat [Rintangan]1. Rakyat belum biasa menggunakan sumber tenaga di luar kebiasaan mereka.2. Kita tidak memiliki kepakaran untuk menjanakan tenaga daripada sumber tenaga alternatif.3. Kos peralatan untuk menghasilkan tenaga alternatif agak tinggi.4. Desakan daripada pengusaha sumber tenaga konvensional agar projek itu dibatalkan.5. Pengguna tidak yakin bahawa tenaga alternatif dapat menandingi tenaga elektrik konvensional.6. Penjanaan tenaga daripada sumber nuklear masih mendapat tentangan pelbagai pihak.KesimpulanKesimpulannya, kita harus menyambut baik penggunaan sumber tenaga alternatif agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

Soalan 2: Pemahaman ...bermaksud – masih terhad...tenaga solar lebih praktikal – tenaga solar menjimatkan kos – kaedah tenaga solar menjimatkan masa berbanding dengan kaedah penyambungan grid...agensi kerajaan yang berkaitan dengan penjanaan sumber tenaga – pertubuhan bukan kerajaan – persatuan pengguna – pembekal tenaga – pihak yang terlibat dalam kejuruteraan tenaga di IPT dan pihak swasta – media massa