32

Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni
Page 2: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ibubapa yang disayangi Allah dan dicintai rasul,

kami mengucapkan

Terimalah salam perkenalan dari kami sebagai rakan kongsi pendidikan yang akan bergabung masa, idea dan tenaga

dengan Tuan / Cik Puan disepanjang proses pendidikan awal anak-anak Tuan / Cik Puan.

Tuan / Cik Puan dimohon untuk membaca lembaran

maklumat ini dengan teliti dan menyerahkan kembali keratan Perakuan Ibubapa yang terdapat dibelakang buku ini, terima

kasih.

Pihak Pengurusan Tadika Ceria Az-Zahrah 2014.

Page 3: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

Bingkisan Mesra Dari Pengetua

Lot 4493, Jalan Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum wr. wb. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ibubapa yang dihormati sekalian,

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan/puan yang memilih untuk

menghantar anak tuan/puan ke TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH bagi sesi

2014 ini.

Sesungguhnya anak-anak merupakan aset yang paling penting didalam

sesebuah institusi keluarga khususnya dan juga aset terpenting negara amnya.

Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak berperanan untuk membentuk kanak-

kanak seawal mungkin dengan teknik dan kaedah tertentu yang dapat membantu

mereka ke arah pembentukan akhlak dan peribadi yang terdidik. Kanak-kanak

harus didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta maklumat agar

perkembangan fizikal, emosi, bahasa, akal dan rohani mereka dapat berkembang

dengan baik dan seimbang.

Kepekaan ibubapa dalam hal pembelajaran kanak-kanak dewasa ini amatlah

positif dan langkah bijak tuan/puan memilih TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

amatlah kami hargai. Sebagai pendidik, kami akan mencuba sedaya upaya untuk

memberikan ilmu yang terbaik kepada anak didik kami di tadika ini dengan

memberikan pelbagai variasi ilmu kepada mereka.

Harus diingat bahawa memberikan ilmu yang sempurna baik dari segi

Fardhu Ain mahupun akademik adalah hak mutlak bagi seorang kanak-kanak.

Tempat yang bersih, ceria dan kondusif serta teratur juga antara faktor yang

menyumbang ke arah pembentukan cara hidup dan budaya kerana mereka akan

terdidik dengan satu persekitaran yang baik agar dapat digunapakai cara dan

budaya yang diterapkan apabila mereka dewasa kelak. Di TADIKA CERIA AZ-

ZAHRAH kanak-kanak bukan sahaja dididik, dibimbing, dipupuk kemahiran

mengikut kemampuan mereka dan menyuburkan potensi yang ada didalam diri

kanak-kanak tetapi fokus utama TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH adalah untuk

membina minat dan keyakinan didalam diri kanak-kanak agar mereka dapat

menyesuaikan diri mereka kealam persekolahan dan kehidupan yang sebenar.

Oleh itu marilah kita sama-sama berganding bahu dengan satu matlamat

agar anak-anak kita di suatu hari nanti akan menjadi insan yang kamil disisi Allah,

warganegara yang berguna kepada masyarakat serta generasi yang cemerlang di

dunia dan akhirat. Yang lebih utama lagi, mari kita doakan anak-anak kita untuk

menjadi insan soleh dan solehah yang akan sering mendoakan kesejahteraan kita

kelak, Insya’Allah. HJH. ZAHARAH BINTI AWANG

Pengetua Tadika Ceria Az-Zahrah

Page 4: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

Lot 4493, Jalan Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor Darul Ehsan

PENGERUSI

HJ. KAMALUDDIN BIN HJ. RAHMAT

PENGETUA

HJH. ZAHARAH BINTI AWANG

PEMBANTU TADBIR

CIK PUAN SITI NURUL ASYIKIN ABDUL AZIZ

PENYELARAS KURIKULUM

PUAN NUR EDZATI BINTI HJ. KAMALUDDIN

KETUA GURU

CIK PUAN ROKIAH BINTI MD. DOM

GURU HAL EHWAL MURID

CIK PUAN SUZANA BINTI ABD. RAZAK

GURU KELAS

CIK PUAN NUR EDZATI BINTI KAMALUDDIN CIK PUAN ROKIAH BINTI MD. DOM

CIK PUAN JUMAATULASRIAH BINTI ABDULLAH CIK PUAN AIRUL NISYA BINTI MD. BASUKI

CIK PUAN FATIN AZHANA BINTI ISMAIL CIK PUAN SUZANA BINTI MASHORI

CIK PUAN NADIAH BINTI BAKERI CIK PUAN SITI JALILAH BINTI MOHD KHALIL

PEMBANTU GURU

CIK PUAN SUARIATI BINTI ABDUL RAZAK CIK PUAN SITI AIDA BINTI ZAHEDI

Page 5: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Tadika Ceria Az-Zahrah........................................5

Logo Tadika Ceria Az-Zahrah................................................................6

Visi & Misi Tadika Ceria Az-Zahrah.......................................................6

Nilai Teras Az-Zahrah Education Network............................................7

Developmentally Appropriate Practice................................................7

Kurikulum PembelajaranKehadiran.....................................................8

Konsep Pengajaran & Pembelajaran...................................................11 Maklumat Umum

Kehadiran................................................................................. ...........13

Cuti Sekolah dan Cuti Umum..............................................................13

Menghantar dan Mengambil Anak.....................................................13

Keperluan Anak ..................................................................................14

Pakaian Anak-anak ke Tadika Ceria Az-Zahrah...................................15

Fail Komunikasi & Buku Pesanan........................................................15 Hal-hal peribadi & Keselamatan..................................................................16

Rawatan Doktor Waktu Kecemasan...................................................17

Polisi Memberi Ubat...........................................................................17

Penyakit berjangkit.............................................................................17

Insurans..............................................................................................18 Penglibatan Ibu Bapa...................................................................................19

Perkembangan Anak & Rekod Prestasi...............................................20 Bayaran Yuran ............................................................................................ ..20

Yuran Pendaftaran...............................................................................21

Yuran Bulanan .....................................................................................21

Yuran November .................................................................................21

Tunggakan Yuran.................................................................................21

Pemulangan Yuran ..............................................................................22

Perkhidmatan Tambahan....................................................................22

Waktu Urusan Pejabat.........................................................................22

Perkhidmatan Lebih Masa (Overtime).................................................22 Lain-lain hal

Cuti......................................................................................................23

Hubungan Ibubapa / Penjaga / Guru / Pihak Pengurusan Az-Zahrah...23

Notis Berhenti/pindah.........................................................................23

Hubungan Kejiranan............................................................................23

Rakaman Gambar................................................................................24

Makanan..............................................................................................24

Cadangan Program Tahun 2014...........................................................25 Maklumat Program Pra-Tahfiz Az-Zahrah.....................................................26 Keratan Perakuan Ibubapa (untuk dipulangkan kembali kepada pihak tadika)..............31

Page 6: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

FALSAFAH PENDIDIKAN TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

Di Az-Zahrah, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keinginan untuk membuat kebaikan dan kemampuan yang tinggi untuk belajar. Ini bersesuaian dengan konsep Fitrah anak menurut Islam, berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

“Tidaklah dilahirkan seorang anak melainkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya.”

Oleh itu, kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dengan tenaga pengajar yang terlatih agar dapat membina jiwa dan sikap Mukmin disamping dapat memupuk minat kanak-kanak belajar di sepanjang kehidupan mereka. Pendidik di Tadika Ceria Az-Zahrah juga mendukung falsafah pendidikan kebangsaan iaitu;

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "

Berdasarkan falsafah ini, kami komited untuk melahirkan insan yang seimbang duniawi dan ukhrwinya. Kami juga mempunyai matlamat untuk mengekalkan perasaan ingin tahu dan minat kanak-kanak untuk belajar supaya terus berkembang segar sepanjang hayat mereka; memungkinkan lahirnya generasi yang ilmiah dan berdaya maju di masa akan datang, insyaAllah.

Page 7: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

LOGO TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

Bentuk perisai Asas lambang Tadika Ceria Az-Zahrah. Membawa maksud ketahanan jati diri kanak-kanak Muslim yang dibentuk dengan penerapan nilai khalifah serta pendekatan positif. Kanak-kanak lelaki dan perempuan Aset dan fokus utama Az-Zahrah. Segala tenaga, usaha dan perancangan dibuat oleh guru dan ibubapa adalah berdasarkan kepentingan kanak-kanak. Sinaran mentari Melambangkan hasrat melahirkan generasi khalifah yang akan menyinari ummah dengan kecerdikan intelek, keindahan akhlak, keyakinan diri dan sikap kepimpinan. Kelopak bunga oren dan kuning Melambangkan perkembangan kanak-kanak yang tidak pernah berhenti serta perbezaan individu dalam tempoh perkembangan.

VISI MISI Bercita-cita untuk melahirkan khalifah fil-ardh yang : - Bermaklumat - Berketrampilan - Berkepimpinan - Berani - Bijak & Serba Boleh - Beradab Sopan - Berilmu & Beramaluntuk anak-anak.

- Memberikan pendedahan kepada anak-anak didik dengan pelbagai maklumat dan ilmu secara formal atau tidak formal melalui pelbagai kaedah pengajaran. - Memastikan anak-anak didik menguasai ilmu pelbagai bidang serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. - Mewujudkan suasana dan budaya ingin tahu serta ingin mencuba dalam diri anak-anak. - Menjalin hubungan erat dengan pihak ibubapa agar dapat berkongsi maklumat seterusnya mewujudkan pendidikan yang seimbang, selari dan berterusan.

Page 8: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

NILAI TERAS AZ-ZAHRAH EDUCATION NETWORK Taska. Tadika. Penjagaan. Transit. Tahfiz

DEVELOPMENTALLY APPROPRIATE PRACTICE (DAP) Kanak-kanak belajar mengikut perkembangan dan keperluan mereka. Di dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak, Tadika Ceria Az-Zahrah menggunapakai Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak atau Developmentally Appropriate Practice (DAP ). Amalan pendidikan berkualiti ini memfokuskan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui pelbagai aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti bermain, melakukan inkuiri, meneroka dan menyiasat, membuat eksperimen dan membuat projek amat digalakkan dalam DAP (National Association for the Education of Young Children, 2008).

Nilai Teras Pendidik

• Rasa Bertuhan (Iman & Ihsan)

• Jujur (Amanah)

• Cermin Diri (Muhasabah)

• Tanggungjawab

• Komited (Istiqamah)

Nilai Teras Anak

• Rasa Bertuhan (Iman & Ihsan)

• Jujur (Siddiq)

• Yakin Diri

• Rajin (Mujtahid)

• Bijak (Fatonah)

Page 9: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

KURIKULUM PEMBELAJARAN

Tadika Ceria Az-Zahrah telah didaftarkan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan menggunakan sepenuhnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Matlamat kami adalah menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah, Pembelajaran dan Pengajaran kami akan memberikan fokus kepada 6 tunjang standard pembelajaran seperti berikut :

TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS/BAHASA ARAB a. Kemahiran mendengar b. Kemahiran bertutur c. Kemahiran membaca – kenal huruf a-z, huruf vokal, konsonan, baca sukukata, baca perkataan, baca ayat tunggal, memahami bahan yang dibaca. d. Kemahiran menulis – kemahiran pratulis, kemahiran menulis TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI a. Aqidah – Rukun Iman. Mengenalkan kanak-kanak kepada pencipta. b. Ibadah – Rukun Islam, Cara Berwuduk, Mendirikan solat & Bersuci c. Sirah – mengetahui sirah Rasulullah. d. Akhlak – Mencontohi akhlak Rasulullah, adab & doa harian. e. Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi – Hafalan surah

Tunjang Komunikasi

Tunjang Perkembangan

Fizikal & Kreativiti

Tunjang Kerohanian, Sikap

& Nilai

Tunjang Sains & Teknologi

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Ketrampilan Diri

Page 10: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI a. Mengenal dan Mengurus Emosi sendiri – kenal emosi sendiri, boleh mengurus emosi sendiri dan mengenali emosi orang lain. b. Boleh mencapai emosi yang positif – ada konsep kendiri, ada semangat dan sikap yang positif, ada keyakinan untuk berkomunikasi dan berkebolehan mengawal diri. c. Membina kemahiran sosial – boleh memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain, pandai menggunakan kemahiran sosial dalam berinteraksi dan boleh menyelesaikan konflik yang berlaku semasa aktiviti kelas. TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN KESIHATAN a. Perkembangan motor halus – kemahiran motor halus, kordinasi mata dan tangan. b. Perkembangan motor kasar – kemahiran lokomotor, bukan lokomotor – koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar. c. Kesihatan fizikal – menjaga kebersihan diri, mengamalkan pemakanan yang sihat. d. Kesihatan Persekitaran – menjaga kebersihan, mengetahui langkah- langkah pencegahan penyakit. e. Keselamatan – mengenali sumber yang menyebabkan kemalangan dan bahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni muzik, perkusi, seni lakunan, pergerakan kreatif. TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI AWAL SAINS & AWAL MATEMATIK a. Menanamkan sikap saintifik – sistematik, sifat ingin tahu dan bertanggungjawab. b. Kemahiran saintifik – membuat pemerhatian keatas objek dan fenomena alam persekitaran, pengukuran, pengkelasan, ramalan berdasarkan pengalaman, menyelesaikan masalah. c. Menyiasat alam hidupan – asas bahagian tubuh, organ deria, meneroka bahagian tumbuhan, meneroka cirri/habitat haiwan jinak yang biasa dijumpai. d. Menyiasat Alam Bahan – meneroka sifat bahan – tenggelam-timbul, pemelarutan dan tarikan magnet. e. Menyiasat alam fizikal – awan. Cuaca, pelangi, bayang-bayang f. Pengalaman pra nombor – memadankan objek, membandingkan kuantiti objek, membuat seriasi mengikut cirri, mengecap corak berulang dan membina pola.

Page 11: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

g. Konsep nombor – membilang nombor 1 – 10 , menyebut, membilang, menulis, mengetahui sifar, memahami nombor 10 – 20 dan memahami siri 20,30.40 dan 50. h. Memahami operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 10. i. Mengecam duit berlainan nilai. j. Konsep waktu dalam kontek kehidupan harian. k. Bentuk dan ruang – depan belakang, luar dalam, kiri kanan. l. Pembinaan ( construction) – menghubung 2 objek, binaan mengikut kreativiti sendiri. k. Penggunaan ICT – asas pengenalan mengenai komputer, cara pengendalian dan aspek etika dalam memilih sumber ICT yang sesuai. TUNJANG KEMANUSIAAN a. Diri saya – mengetahui latar belakang/sejarah diri, mengetahui kebolehan diri dan hak diri sendiri. b. Saya dan keluarga – mengetahui keluarga terdekat, nenek, datuk, adik beradik. c. Saya dan rakan – mengetahui tentang rakan. d. Saya dan sekolah - mengetahui tentang sekolah. e. Saya dan komuniti – mengamalkan semangat kemasyarakatan, mengenali ahli komuniti, mengetahui perayaan pelbagai kaum. f. Saya dan alam sekitar – Menghayati keindahan alam sekitar,memahami perhubungan manusia dan alam sekitar, menjaga alam sekitar. g. Saya dan Warisan Budaya – mengetahui pakaian, permainan, lagu dan muzik serta budaya pelbagai kaum di Malaysia. STANDARD PENTAKSIRAN/PENILAIAN Bertujuan mengesan pertumbuhan murid sesuai dengan peringkat umur, mengenalpasti kecerdasan dan potensi, mengenalpasti kelebihan dan kekurangan, memberi maklum balas terhadap kemajuan murid dan mengesan keberkesanan pengajaran guru. a. Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa. b. Kaedah pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid dan akan dijalankan secara berterusan dan penilaian hasil kerja. c. Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sohih. d. Rekod pentaksiran adalah secara senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan ( running record) dan portfolio. e. Laporan kepada ibu bapa tidak bersifat gred (A,B,C dan sebagainya) tetapi berbentuk diagnostik agar ibu bapa boleh memahami prestasi sebenar anak-anak. f. Kaedah pentaksiran ujian atau peperiksaan formal serta ujian kertas dan pensil tidak diiktiraf dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Page 12: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Belajar melalui bermain. 2. Pendekatan Bertema. 3. Pendekatan Bersepadu. 4. Pembelajaran Berpusatkan Murid. 5. Inkuiri Penemuan. 6. Pembelajaran Berasaskan Projek. 7. Penerapan nilai Khalifah. BELAJAR MELALUI BERMAIN / LEARNING THROUGH PLAY (LTP) Di Tadika Ceria Az-Zahrah, kanak-kanak diberi ruang dan peluang untuk bermain. Terdapat dua jenis aktiviti main utama yang dititik beratkan di dalam sesi pembelajaran iaitu main bebas dan main membina. Pelbagai aktiviti dan peralatan disediakan agar kanak-kanak seronok belajar dan meneroka. Kanak-kanak belajar secara integrasi melalui pelbagai jenis aktiviti main fizikal, main sosial, main fantasi dan main mengikut peraturan. PENDEKATAN BERTEMA Berpandukan kepada tema-tema yang telah disusun untuk setiap minggu, kanak-kanak mendapat banyak pengetahuan dan maklumat apabila pelajaran bertema diaplikasikan didalam pengajaran dan pembelajaran. PENDEKATAN BERSEPADU Kanak-kanak memerlukan sesi pembelajaran yang tidak formal supaya dapat menyepadukan maklumat yang mereka dapati. Otak kanak-kanak tidak mencerna sesuatu maklumat secara sistematik dan berasingan seperti orang dewasa, tetapi membina hubungkait di antara maklumat-maklumat yang berbeza. Integrasi mata pelajaran sentiasa diamalkan kerana kaedah ini dapat meluaskan pemikiran kanak-kanak. Contohnya aktiviti main peranan berjual beli merupakan kesepaduan di antara subjek matematik, bahasa serta baik untuk perkembangan emosi. PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID YANG SEIMBANG Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu. Kaedah ini memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari. Pelajar akan berkolaborasi dan bekerjasama untuk membina pengetahuan dan persekitaran positif serta terlibat dalam penilaian berterusan. Guru juga perlu bersikap mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang. Aktiviti luar juga dirancang untuk meningkatkan pembelajaran. Kaedah ini menjadikan murid yakin diri, bermotivasi dalam pembelajaran serta mampu melahirkan idea sendiri.

Page 13: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

INKUIRI PENEMUAN Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Kanak-kanak di Tadika Ceria Az-Zahrah akan diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran berasaskan projek yang mana mereka akan diberikan satu tanggungjawab untuk menyiapkan sesuatu aktiviti dalam kumpulan. Mereka akan berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan dan guru-guru sebagai pemudah cara sahaja. Ini dapat membentuk mereka supaya boleh menyusun strategi, perancangan dan membuat keputusan. PENERAPAN NILAI KHALIFAH Bagi mewujudkan tadika yang berwatak, kanak-kanak di Tadika Ceria Az-Zahrah sentiasa diingatkan tanggungjawab sebagai Khalifah yang dilantik oleh Allah dimuka bumi ini. Kanak-kanak dirangsang supaya berani, yakin, ada jati diri, berprinsip, disiplin dan saling menghormati. Pendapat mereka boleh disuarakan dan boleh diterima pakai sekiranya memberi faedah kepada semua. Ini bertujuan agar produk yang akan keluar dari tadika ini nanti sudah bersedia menghadapi dunia yang lebih mencabar dan memerlukan pertimbangan serta kemahiran membuat pilihan yang tepat. Tiga nilai utama khalifah ialah: (1) Memilih untuk jadi baik, (2) Mengajak orang lain menjadi baik dan (3) memelihara kebaikan alam fizikal dan makhluk lain. Penerapan kerohanian juga diserapkan melalui aktiviti solat lima waktu setiap hari, hafalan surah, hafalan doa-doa harian serta penerapan adab Islam. Menjadi harapan agar kanak-kanak Tadika Ceria Az-Zahrah akan terbentuk sahsiah diri, peribadi mulia serta akhlak terpuji agar menjadi contoh kepada masyarakat di sekeliling mereka.

Page 14: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

KEHADIRAN Waktu Pembelajaran : Isnin hingga Khamis - 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Jumaat - 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM Tadika akan bercuti pada hari cuti am dan cuti umum yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Cuti sekolah adalah mengikut cuti sekolah yang telah disusunatur oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semester Pertama 21 - 29 Mac 2014 27 Mei – 14 Jun 2014 Semester Kedua 12 September – 20 September 2014 21 November – 3 Januari 2014

MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK Ibubapa dan pengusaha pengangkutan hendaklah menyerahkan anak-anak kepada guru yang bertugas. Murid-murid tidak digalakkan dihantar terlalu awal atau diambil terlalu lewat. Sebarang masalah yang dihadapi oleh ibubapa atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sila hubungi pihak tadika untuk sebarang tindakan . Semua murid hendaklah hadir ke tadika pada setiap hari supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Ibubapa diminta menghantar anak pada jam 8.00 pagi dan mengambil anak pada waktu yang ditetapkan. Kegagalan mengambil anak selepas jam 12.30 hari, caj lebih masa akan dikenakan (RM3.00 setiap 15 minit ). Kami tidak menggalakkan tuan/puan lewat mengambil anak kerana guru-guru mempunyai tugasan harian yang perlu mereka selesaikan sebelum mereka tamat waktu bekerja.

Page 15: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

KEPERLUAN ANAK

Ibubapa boleh menyiapkan anak-anak dengan keperluan berikut untuk keselesaan anak-anak sepanjang berada di Az-Zahrah. Pastikan setiap barangan peribadi anak-anak dilabelkan dengan nama masing-masing untuk mengelakkan kehilangan atau kejadian tertukar barangan peribadi. KEPERLUAN ANAK TADIKA

4 tahun 5 tahun 6 tahun

Alat tulis (pensil, pemadam dan pengasah pensil)

Krayon besar

Alat tulis (pensil, pemadam dan pengasah pensil)

Krayon

Alat tulis (pensil, pemadam, pengasah pensil dan pembaris)

Pensil warna

* Peralatan kraf, peralatan sukan, buku bacaan, lembaran kerja, alatan permainan serta hadiah ganjaran kecil telah disediakan oleh pihak tadika. TAMBAHAN KEPERLUAN ANAK TADIKA DENGAN PENJAGAAN HARIAN (DAYCARE)

3 pasang baju

2 helai seluar dalam

Sehelai tuala

Berus gigi & ubat gigi

Sabun khas (jika anak mempunyai kulit sensitif)

Lampin pakai buang (jika perlu)

Botol susu (jika perlu)

Susu formula / susu segar / milo (jika perlu)

Ubat-ubatan khas (jika perlu)

Baju uniform Pra-Tahfiz Az-Zahrah (Jika terlibat)

Page 16: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

PAKAIAN ANAK-ANAK KE TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH Semua murid-murid di Tadika Ceria Az-Zahrah dikehendaki memakai pakaian seragam tadika lengkap berkopiah bagi anak lelaki dan bertudung untuk anak perempuan. Hal ini diharapkan mendapat kerjasama dari semua ibubapa agar anak-anak terdidik dalam disiplin berpakaian. Murid-murid juga digalakkan berkasut hitam (selipar tidak digalakkan kerana akan mengundang kemalangan sewaktu bersukan). Semua murid diharapkan dapat mengikut peraturan berpakaian seperti berikut: Isnin & Rabu : Baju Seragam Tadika Selasa & Khamis : Baju Sukan Tadika Jumaat : Pakaian bebas tetapi mestilah menutup aurat. Gaun pendek dan seluar pendek dilarang sama sekali ke tadika.

FAIL KOMUNIKASI & BUKU PESANAN Semua murid akan dibekalkan dengan Fail Komunikasi & Buku Pesanan setiap seorang. Buletin bulanan akan dimasukkan kedalam Fail Komunikasi dan diserahkan kepada anak tuan/puan. Tuan/Puan diminta menandatangani senarai penerimaan surat atau buletin yang dikirimkan dan kembalikan fail komunikasi tersebut kepada pihak tadika pada hari berikutnya bersama borang jawapan jika diperlukan. Buku pesanan pula akan dikirimkan melalui anak mengikut keperluan kelas masing-masing.

Page 17: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

1. Hanya ibubapa dan penjaga sahaja yang dibenarkan untuk

mengambil murid dari kawasan tadika. i. Pemandu van yang telah dilantik oleh ibubapa hendaklah

dimaklumkan kepada pihak tadika bagi tujuan keselamatan.

ii. Dalam situasi tertentu, identiti saudara-mara, jiran atau rakan yang membantu ibubapa untuk mengambil anak di tadika hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak tadika.

2. Murid-murid juga tidak dibenarkan membawa sebarang barangan berharga ke tadika kerana dikhuatiri rosak, hilang atau menjadi rebutan dengan murid-murid yang lain. i. Alat tulis yang mahal, permainan, gajet, barangan kemas

serta wang tunai yang banyak tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

ii. Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kehilangan barang tersebut sekiranya murid-murid masih membawanya ke tadika.

3. Pihak tadika sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan

anak-anak di kawasan tadika, di dalam setiap aktiviti pembelajaran serta aktiviti luar. i. Walaubagaimanapun, ibubapa perlu maklum bahawa

kanak-kanak yang sedang membesar mungkin akan mengalami kecederaan kecil sewaktu bermain atau melakukan aktiviti fizikal.

ii. Sekiranya berlaku kemalangan di luar kawalan kami, pihak tadika tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kemalangan tersebut (contoh: kebakaran, bencana alam dan sebagainya).

Page 18: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN Pihak tadika hendaklah dibenarkan untuk membawa murid-murid yang ditimpa kemalangan atau sakit untuk mendapatkan rawatan doktor diwaktu kecemasan. Tuan/puan diminta menulis panel doktor yang berdekatan didalam borang peribadi anak untuk rujukan pihak tadika. Seandainya panel doktor tidak berada didalam kawasan sekitar tadika, kami akan menghantar anak tuan/puan ke hospital yang berdekatan untuk mendapat rawatan segera. Pihak ibubapa akan diberitahu secepat mungkin untuk tindakan susulan.

POLISI MEMBERI UBAT Pihak tadika atau penjagaan tidak dibenarkan memberi sebarang ubat yang bukan milik anak tuan/puan atau ubatan yang tiada preskripsi doktor. Pihak tadika dan penjagaan juga TIDAK menyimpan sebarang ubat dari farmasi seperti ubat demam atau ubat batuk. Hanya ubat yang dibekalkan oleh ibubapa atau ubat beserta preskripsi doktor sahaja akan diberikan kepada kanak-kanak. Seandainya anak tuan/puan tidak sihat dan sekiranya tiada ubat dibekalkan, pihak tadika akan menghubungi ibubapa untuk mengambil anak ditadika dengan segera.

PENYAKIT BERJANGKIT Berikut adalah usaha pihak tadika dalam mengawal penyakit berjangkit;

Tukang masak dan peramu saji di Tadika Ceria Az-Zahrah telah mendapatkan suntikan Tifoid dan telah mengikuti kursus pengendalian makanan.

Lantai, dinding serta mainan dibersihkan selalu dengan yang antiseptik.

Bilik pengasingan sementara untuk kanak-kanak yang sakit (baru dikenal pasti).

Page 19: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

19

Kanak-kanak yang telah dipastikan oleh doktor menghidapi penyakit berjangkit tidak boleh dibenarkan sama sekali untuk hadir ke premis tadika sehingga habis tempoh jangkitan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007) Di antara penyakit berjangkit yang berkaitan ialah;

Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)

Demam campak (measles)

Rubella

Begok (mumps)

Kolera

Cirit-birit

Demam bersuhu tinggi (>37.5)

Sakit mata

Penyakit kulit

Batuk berpanjangan Pihak ibubapa akan dihubungi untuk mengambil anak dengan segera sekiranya kanak-kanak didapati tidak sihat di tadika.

Kerjasama ibubapa untuk tidak menghantar anak sewaktu jangkitan berlaku kepada anak-anak sangat penting bagi mengawal penularan wabak kepada murid lain. Kanak-kanak yang sakit memerlukan penjagaan rapi serta tidak mampu mengikuti aktiviti pembelajaran dengan baik. Pihak pengurusan berharap ibubapa dapat mematuhi etika sosial ini untuk memastikan kemaslahatan bersama.

INSURANS Pihak tadika akan menguruskan pembelian insuran kelompok di atas nama Tadika Ceria Az-Zahrah. Semua murid akan diinsurankan bermula bukan Februari, 2014. Syarat utama adalah membekalkan salinan mykid atau surat beranak anak tuan/puan. Kegagalan membekalkan dokumen tersebut mengakibatkan nama anak tuan/puan tidak disenaraikan kedalam insuran kelompok tersebut dan pihak ibubapa tidak berhak membuat sebarang tuntutan seandainya berlaku kemalangan pada anak tuan/puan.

Page 20: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

20

Di Tadika Ceria Az-Zahrah, ibubapa adalah rakan kongsi utama kami dalam menjana kualiti anak-anak yang akan menjadi aset keluarga, masyarakat dan negara. Penglibatan ibubapa amatlah dititikberatkan dan adalah menjadi kewajipan bagi ibubapa untuk hadir dalam program-program keibubapaan yang dianjurkan oleh pihak tadika. Pelbagai kajian mendapati bahawa penglibatan ibubapa di dalam pembelajaran anak-anak berkadar langsung dengan pencapaian pembelajaran mereka dalam jangkamasa panjang. Keterlibatan ibubapa dengan pihak sekolah di peringkat awal dijangka akan berterusan hingga ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Oleh itu, pihak tadika mengalu-alukan keterlibatan ibubapa untuk menyumbang sesuatu dalam pembelajaran anak-anak. Berikut adalah program yang dianjurkan oleh pihak tadika bagi memaksimumkan penglibatan ibubapa di tadika; Program Berkala Program Berterusan

Hari Taklimat

Bengkel dan seminar keibubapaan

Hari Temu Mesra

Program kemasyarakatan

Sambutan perayaan bersama

Shared learning at home programme

Program kitar semula

Pertemuan guru-ibubapa

Program Ibubapa sukarela (Jika berminat, ibubapa boleh berkomunikasi dengan guru kelas untuk mengadakan sesi bercerita, sesi masakan, sesi kraftangan atau menjadi tutor sukarela di kelas anak masing-masing.)

* Pertemuan di antara guru dan ibubapa hendaklah dimaklumkan lebih awal 3 hari dari tarikh yang ditetapkan.

Page 21: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

21

PERKEMBANGAN ANAK & REKOD PRESTASI Di Tadika Ceria Az-Zahrah, tiada sebarang bentuk peperiksaan bertulis akan dijalankan. Pentaksiran perkembangan kanak-kanak dijalankan secara konsisten, berterusan, menyeluruh dan menggunakan kaedah yang sesuai. Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah pemerhatian berterusan dan penilaian hasil kerja serta direkodkan menggunakan portfolio, rekod anekdot, senarai semak dan skala kadar. Rumusan dari rekod ini akan disampaikan kepada ibubapa di akhir semester 1. Ibubapa digalakkan untuk menetapkan masa untuk bertemu dengan guru kelas bagi mengetahui perkembangan terkini anak-anak supaya kesinambungan di rumah dapat dibincangkan dengan guru. Untuk pengetahuan ibubapa, kaedah pentaksiran berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak: peperiksaan formal serta ujian kertas dan pensil (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010)

SENARAI YURAN 2014 Yuran Pendaftaran : RM100.00 (Tidak akan dikembalikan) Yuran Aktiviti : RM500.00 (Temasya sukan, lawatan, program keibubapaan dan Hari Bakat & Anugerah) Yuran Peralatan : RM400.00 (Buku-buku, bahan-bahan kraf, alatan mainan. Tidak termasuk alat tulis ) Baju Seragam : RM80.00 ( 2 pasang – Baju seragam & T. Shirt sukan) Yuran Bulanan : RM 200.00 sebulan (Januari - November 2014)

Page 22: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

22

SAMPUL YURAN Bagi memudahkan ibubapa dan proses merekod pembayaran tadika, pihak pengurusan Tadika Ceria Az-Zahrah menggunakan sistem sampul yuran. Bayaran yuran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul setiap bulan, jumlah bayaran dicatatkan dihadapan sampul. Resit akan diberikan kepada ibubapa sewaktu pemulangan sampul kepada ibubapa.

YURAN PENDAFTARAN Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan seandainya anak tuan/puan tidak meneruskan pembelajaran ditadika ini.

YURAN BULANAN Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 5 haribulan pada setiap bulan. Pihak tadika tidak dapat meneruskan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak seandainya ibubapa mereka gagal membayar yuran bulanan selama 3 bulan berturut-turut.

YURAN TAHUNAN Ibubapa diharapkan dapat menjelaskan Yuran Peralatan, Yuran Aktiviti, Yuran Baju Seragam sebelum 1 Mac 2014 .

YURAN NOVEMBER Yuran November akan dikutip pada bulan Disember 2013 atau Januari 2014 bagi mengelak yuran tertangguh berlaku.

TUNGGAKAN YURAN Surat Peringatan akan dikeluarkan kepada ibubapa yang lewat membayar yuran melebihi tarikh yang telah ditetapkan. Sistem pesanan ringkas atau panggilan telefon akan dilakukan untuk mengingatkan ibubapa untuk membuat pembayaran. Surat pemberhentian perkhidmatan akan dihantar jika terdapat kelewatan membayar yuran selama 3 bulan berturut-turut.

Page 23: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

23

PEMULANGAN YURAN Seandainya kanak-kanak berhenti atas sebab-sebab tertentu, ibu boleh menuntut kembali yuran peralatan dan aktiviti yang telah dibayar kepada pihak tadika.

Berhenti sebelum 1 Mac 2014: 100% pemulangan Berhenti sebelum 1 Jun 2014: 50% pemulangan Berhenti selepas 1 Jun 2014: Tiada pemulangan

PERKHIDMATAN TAMBAHAN Penjagaan harian

Tutor Bijak Baca

Kelas Iqra’

Program Pra-Tahfiz Az-Zahrah

Pengangkutan Makluman lengkap tentang perkara di atas akan disampaikan di dalam buletin atau surat.

WAKTU URUSAN PEJABAT Waktu urusan pejabat ditadika adalah seperti berikut : Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 1.00 tengahari)

PERKHIDMATAN LEBIH MASA (OVERTIME) Waktu Lebih Masa bermula Tadika : 12.30 tengahari

Taska : 7.00 petang

Kadar Lebih Masa :RM3.00 setiap 15 minit Bayaran tunai (diserahkan terus kepada guru/pengasuh yang

menunggu.) Pihak tadika dan Pusat Jagaan Az-Zahrah tidak menggalakkan perkhidmatan overtime untuk kesejahteraan anak-anak. Walaubagaimanapun, hal-hal kecemasan yang dialami oleh ibubapa diberikan ruang untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Page 24: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

24

CUTI Murid di Tadika Ceria Az-Zahrah tidak digalakkan untuk bercuti tanpa sebab. Kehadiran yang konsisten merupakan satu nilai penting dalam pembelajaran anak-anak di peringkat prasekolah. Ibubapa dimohon agar memaklumkan pada pihak sekolah menerusi telefon atau menyertakan surat rasmi / surat doktor untuk anak-anak yang perlu bercuti sewaktu hari persekolahan. Untuk pengetahuan ibubapa, kehadiran kanak-kanak ke tadika akan turut diambil serta dinilai dalam rekod pentaksiran mereka.

HUBUNGAN IBUBAPA / PENJAGA / GURU / PIHAK PENGURUSAN AZ-ZAHRAH

Semua pertanyaan, perhubungan dan komunikasi di antara ibubapa, penjaga dan guru hanya berlaku menerusi talian rasmi, emel tadika atau telefon bimbit pengetua sahaja. Perhubungan menerusi nombor telefon peribadi guru tidak digalakkan kecuali masa-tertentu sepeti lawatan luar dsb.

NOTIS BERHENTI/PINDAH Seandainya ibubapa membuat keputusan untuk memberhentikan/berpindah anak dari Tadika Ceria Az-Zahrah, surat rasmi dengan tunjuk sebab hendaklah dikemukakan kepada pihak tadika sebulan sebelum tarikh berhenti. Notis pemberhentian ini akan membantu guru untuk menyiapkan rekod dan bahan yang perlu disiapkan sebelum murid berpindah. Rekod jabatan pendidikan

HUBUNGAN KEJIRANAN Ibubapa boleh membantu untuk turut serta mengekalkan keharmonian hubungan kejiranan di sekitar tadika. Pastikan kenderaan masing-masing tidak menghalang lalu lintas ketika menghantar/mengambil anak. Elakkan membuang sampah atau puntung rokok merata-rata bagi mengekalkan kebersihan di kawasan kejiranan.

Page 25: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

25

RAKAMAN GAMBAR Bagi tujuan rekod guru, rekod perkembangan anak, rekod pengurusan tadika serta laporan aktiviti, rakaman gambar anak tuan dan cik puan akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa oleh guru. Rakaman gambar anak tuan cik puan akan dikongsikan secara online sebagai laporan terkini dan berterusan tentang aktiviti yang dijalankan di tadika. Buat masa ini, pihak tadika masih menggunakan khidmat laman sosial untuk berkongsi gambar dengan ibubapa. Semua gambar yang dirakamkan akan menjadi hak milik Tadika Ceria Az-Zahrah dan pihak pengurusan tadika juga berhak untuk menggunakan gambar tersebut untuk sebarang tujuan promosi. Ibubapa yang berminat untuk mendapatkan softcopy gambar aktiviti anak-anak dari pihak sekolah boleh mengadakan pertemuan dengan guru di tadika.

MAKANAN Kudapan disediakan dari hari Isnin hingga Khamis. Semua murid digalakkan membawa bekalan pada hari Jumaat untuk "garden party" dan juga bagi menerapkan unsur bersedekah dan berkongsi bersama rakan-rakan. Pihak tadika tidak menggalakkan anak-anak untuk membawa makanan ringan, air bergas dan gula-gula dari rumah. Pemberian makanan yang tidak sihat sebagai birthday packs/goodies bag tidak digalakkan. Ibubapa boleh menggantikan pemberian makanan ringan dengan buah-buahan, roti, kismis, alat tulis atau sebarang pemberian yang bermanfaat.

Page 26: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

26

CADANGAN PROGRAM TAHUN 2014

* Tarikh & aktiviti yang tertera diatas adalah cadangan sahaja dan tertakluk kepada perubahan aktiviti, tempat dan tarikh bergantung kepada keadaan semasa. Marilah kita bersama doakan agar program Tadika Ceria Az-Zahrah di tahun 2014 akan berjalan dengan lancar dan berkesan, InsyaAllah.

Tarikh Program

4 Januari 2014

(Sabtu) Hari Taklimat Ibubapa

19 Januari 2014

(Ahad) Sambutan Maulidurrasul

Masjid Darul Muttaqin

26 Januari 2014 Program “Badan Sihat Otak Cergas”

3 - 7 Februari 2014 (Isnin - Jumaat)

Green Week

19 Februari 2014 (Rabu)

Pameran buah dan sayur

6 Mac 2014 (Khamis)

Program Belanja Berhemah

12 Mac 2014 (Rabu)

Program Gigiku Bersih dan Cantik

16 Mac 2014

(Ahad) Bengkel Keibubapaan

“A Day in their Shoe”

3 April 2014 (Khamis)

Latihan Kebakaran bersama Pihak Bomba

9 April 2014 (Rabu)

Deco Cupcake

19 & 20 April 2014 (Sabtu & Ahad)

Kembara Musafir 2014

11 Mei 2014 (Ahad)

Az-Zahrah Family Explorace

16 Mei 2014

(Jumaat) Sambutan Hari Guru Tadika Ceria Az-Zahrah

21 Jun 2014 (Sabtu)

Program Tahlil Perdana bersama Ibubapa

25 Jun 2014 Lawatan ke Pejabat Pos

2 Julai 2014 (Rabu)

Pelancaran Palestine diHatiku

18 Julai 2014 (Khamis)

Kem Anak Soleh 2014

8 Ogos 2014 (Jumaat)

Sambutan Hari Raya Tadika Ceria Az-Zahrah

13 Ogos 2014

(Rabu)

Sesi Fotografi 2014

17 Ogos 2014 Hari Temu Mesra Ibubapa & Guru

28 Ogos 2014

(Khamis) Lawatan luar

11 September 2014

(Khamis) Hari Perpaduan

21 & 22 Oktober 2014 (Selasa & Rabu)

Latihan & Raptai Hari Bakat & Anugerah 2014

26 Oktober 2014 Hari Bakat & Anugerah 2014

13 November 2014 (Khamis)

Sambutan Hari Kanak-kanak

21 November 2014 (Jumaat)

Jamuan Akhir Tahun & Perpisahan untuk Pelajar-pelajar 6 Tahun

Page 27: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

27

Page 28: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

28

Page 29: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

29

Page 30: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

30

No. Fokus Standard Kandungan

1 Doa asas pembelajaran al-Qur’an

Doa Penerang Hati

Doa Tilawah

Tasbih Kifarah

2 Zikir Harian

“Subhanallah”

“Alhamdulillah”

“Laailahaillallah”

“Allahuakbar”

3 Pengenalan terhadap Qur’an

Sirah asas penurunan al-Qur’an

Bahagian-bahagian dalam al-Qur’an

Surah-surah dalam al-Qur’an

Juz 30 dan surah-surah di

dalamnya

4 Adab-adab mengendalikan al-Qur’an

5 Tilawah al-Qur’an

Kaedah Al-Baghdadi

Pelajaran 1-11

Latihan 1-7

Bacaan Potongan Ayat 1-3

Asas Tajwid

6 Hafazan al-Qur’an

Level 1

Surah Al-Faatihah – Surah Ad-Dhuha

Level 2

Surah Ad-Dhuha – Surah An-Naba’

Surah Yaasin

Page 31: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

31

KERATAN PERAKUAN IBUBAPA (untuk dipulangkan semula kepada pihak tadika)

Bahawasanya,

saya ..............................................................

(No. K/P.............................) sebagai bapa/penjaga

dan saya ..............................................................

(No. K/P.............................) sebagai ibu/penjaga

kepada anak kami,

(Nama anak) ..........................................................

(No. MyKid...............................)

telah menerima, membaca dan bersetuju dengan polisi

yang telah ditetapkan oleh pihak Tadika Ceria Az-Zahrah.

Kami juga berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk

terlibat dalam aktiviti keibubapaan yang dianjurkan oleh

pihak tadika.

Dengan ini, kami perturunkan tandatangan kami.

.................................................. .................................................. NAMA:____________________ NAMA:____________________ NO.K/P: ___________________ NO.K/P: ___________________ TARIKH: ___________________ TARIKH: ___________________

Page 32: Bismillahirrahmanirrahim, · PDF filebahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri. f. Estetika – Seni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

32