Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    1/54

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    2/54

    2

    ISI KANDUNGAN

    Dato Fadzil Noor.................................................2

    Tuan Guru Yusuf Rawa.....................................20

    Dr Burhanuddin al Helmy.................................31

    Dato Profesor Zulkifli Muhammad..................41

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir...............................45

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    3/54

    3

    Dato Fadzil Noor(1937 2002)Latar BelakangFadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung

    Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

    Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman

    meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil. Moyangnya Tuan Guru Hj

    Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah

    seorang ulama terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

    Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga

    (1946-1949). Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di

    Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-

    1962).

    Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor

    menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian

    beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pada

    tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-

    Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan

    memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

    Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di

    Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran

    sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

    Penglibatan AwalBakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak

    cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yangpintar dan dihormati di Maktab Mahmud. Ketika di Mesir Ustaz Fadzil

    Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

    sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan

    presiden.

    Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia

    (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan

    Presiden ABIM (1974-1978). Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi

    setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan

    Kedah.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    4/54

    4

    Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam

    demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.

    Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun

    1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden

    ABIM.

    Penglibatan dalam PASUstaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika

    masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS

    dalam pilihanraya tahun tersebut. Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen

    tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    dan Prof. Zulkifli Muhammad.

    Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan KualaKedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah. Jawatan tertinggi yang

    disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:

    Naib Yang Dipertua (1979-1983) Timbalan Yang Dipertua (1983-1989) Presiden PAS (1989-2002)

    Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989.

    Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada

    masa beliau.

    Ditahan PolisDalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah

    ditahan dua kali oleh pihak polis. Pada penghujung tahun 1970an, ketika

    sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang Takir,

    Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah

    tersebut adalah perhimpunan haram.

    Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, MustafaAli dan Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut,

    Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya dengan memberi peringatan

    kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.

    Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor

    beserta para penceramah lain.Mereka terus dibawa ke balai di bandar

    Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz Fadzil Noor di

    lokap pada malam itu.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    5/54

    5

    Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan

    menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah

    berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu. Mereka

    mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera. Perundingan

    antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan.

    Hasilnya, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan

    dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

    Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam

    ceramah di Jerlun, Kedah. Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah

    Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan UMNO di Kedah.

    Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama

    Hj. Shaari, YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya

    terus dibawa ke mahkamah. Walau bagaimanapun kes ini digugurkan

    berikutan kematian Hj. Shaari.

    Orang Kanan Tuan Guru Yusof RawaDalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan

    kepimpinan, Ustaz Fadzil Noor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan

    Guru Yusof Rawa. Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi, ketika Tuan

    Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil

    Noor menjadi Naib Yang Dipertua kedua.

    Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan

    yang Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula

    menduduki jawatan Naib Yang Dipertua pertama.

    Apabila Majlis Syura Ulama diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan

    PAS, Ustaz Fadzil Noor bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili

    Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis Syura Ulama.

    Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang

    pertama, bebanan tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan

    sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.

    Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat

    akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor

    merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju utama parti.

    Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu

    Tuan Guru Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan

    kepimpinan dan tragedi Memali.

    Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan GuruYusof Rawa merintas konsep kepimpinan ulama dan mengukuhkan

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    6/54

    6

    asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS. Ustaz Fadzil Noor adalah

    orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka

    bersama-sama dalam PAS.

    Menangani Fatwa Syuhada MemaliSemasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut

    telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor.

    Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

    Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah

    bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada?.

    Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi,

    dikapan dan disolat-jenazahkan.

    Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim

    yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz

    Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.

    Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned,

    ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menantunya Ustaz Azahari Abdul

    Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah

    pimpinan ulama PAS Kedah.

    Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.

    Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada

    Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis

    Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.

    Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya

    dikebumikan sebagai para syuhada.

    Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedahmengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul

    bughah.

    Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa

    Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau

    penderhaka.

    Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka

    tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi,mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    7/54

    7

    Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi

    pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

    Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:

    Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang

    Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada

    raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat

    Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan

    pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat

    di Baling.

    Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PASpada pilihanraya 1999.

    Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang

    mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid

    mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada itu, sama

    ada hancur atau tidak jenazah mereka.

    Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:

    Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya.

    Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya untuk

    melihat badan mereka hancur atau masih segar

    Memantapkan Konsep Kepimpinan UlamaKepimpinan Ulama diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof

    Rawa sebagai Yang Dipertua dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai

    timbalannya.

    Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan

    ulama hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi

    pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama mesti

    disokong dan didaulatkan.

    Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih

    terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan,

    namun konsep kepimpinan ulama akan terus menjadi teras.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    8/54

    8

    Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya

    penghayatan kepimpinan ulama.

    Sejak kepimpinan ulama diketengahkan, PAS berjaya menawan dua

    buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

    Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama

    untuk menjadi Menteri Besar.

    Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen

    juga merupakan satu penampilan tokoh ulama yang berwibawa dan

    amat dikagumi.

    Kempen Menambah 500,000 AhliSetelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa

    walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah

    300,000 orang.Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian

    PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun.

    Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.

    Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supayapemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar

    ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman perumahan dan

    di setiap lorong.Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya

    seorang ahli PAS dalam setiap rumah.Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di

    kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya. Di Bukit Raya, cawangan-

    cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000.

    Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata

    penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai.Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah

    tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim.

    Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalahantara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    9/54

    9

    Pelaksanaan HududEnakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud

    telah dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinanUstaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah

    mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk

    hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951.Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-

    cita tersebut. Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-

    manifesto pilihanraya PAS. Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS

    dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap terburu-buru.

    Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awalPerdana Menteri yang pernah membuat kenyatan bahawa beliau

    bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana

    Menteri yang menyebut kononnya UMNO tidak menentang hudud.Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian.

    Ketua Dewan Ulama sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telahmembuka pintu pejabatnya untuk berdialog dengan ketua-ketua agama

    dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa kerajaan Kelantan telah

    mencatat sejarah apabila rang enakmen itu dibenarkan untuk dibahas

    dalam seminar terbuka oleh pelbagai pihak sebelum dibentangkan dalam

    Dewan Undangan Negeri Kelantan.Tetapi malangnya UMNO tidak kelihatan.Ustaz Fadzil Noor telah membidas perbuatan mereka dengan

    mengatakan bahawa Barisan Nasional yang mendakwa sebagai juara

    demokrasi sebenarnya belum berani untuk menghadapi rakyat seperti

    yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.Ustaz Fadzil Noor turut menyelar tindakan UMNO menolak enakmen

    tersebut serta pakatan mereka untuk menggagalkan pelaksanaan syariat

    Islam di negeri Kelantan.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    10/54

    10

    Tahaluf Siyasi dan ReformasiUstaz Fadzil Noor meneruskan tradisi perjuangan mengekalkan

    perpaduan demi menjaga kemaslahatan Islam dan negara yang telah

    diasaskan oleh pemimpin-pemimpin awal PAS.

    Usaha Dr. Burhanuddin Helmy mewujudkan pakatan dengan lebih 80

    buah parti dan pertubuhan Melayu bagi mewujudkan PUTERA atau

    Pusat Tenaga Rakyat adalah satu contoh yang gilang gemilang.

    PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan

    Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai penggerak utama di belakangnya.

    Melalui PUTERA, Dr. Burhanuddin Al-Helmy mewujudkan pula pakatan

    politik dengan Tan Cheng Lok yang menerajui AMCJA.

    Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr.

    Burhanuddin Al-Helmy adalah hartal atau boleh dikatakan pada hari ini

    sebagai civil disobedience. Hartal melibatkan 450,000 anggota dalam

    gabungan jaringan PUTERA-AMCJA.

    Apabila pakatan PUTERA-AMCJA dilihat membahayakan penjajah

    British, maka undang-undang Darurat pun dikuatkuasakan.

    Sepanjang tempoh Darurat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah terhalangdaripada menggerakkan sebarang pakatan politik.

    Sebaliknya Tan Cheng Lok mula berjinak-jinak dengan UMNO dan

    akhirnya pakatannya dengan pemimpin-pemimpin UMNO membolehkan

    MCA ditubuhkan.

    Pada tahun 1959, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan

    pakatan politik dengan pengasas UMNO sendiri iaitu Dato Onn Jaafar

    yang telah meninggalkan parti itu.

    PAS telah memberi kerusi kepada Dato Onn untuk bertanding sebagaicalon Parti Negara di Terengganu dan beliau menang.

    Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik

    dengan bekas ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya 1959, di antaranya

    dengan Khatijah Sidek. Khatijah Sidek akhirnya menyertai PAS dan

    bertanding di atas tiket PAS dan memenangi kerusi Parlimen Dungun

    dalam pilihanraya tersebut.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    11/54

    11

    Demikian juga dengan Prof Zulkifli Muhammad di mana beliau

    merupakan pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS

    menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu

    PAS.

    Ketika menggerakkan pakatan CCC, Ustaz Fadzil Noor telah meminta

    pasukan penyelidikan PAS mengkaji semula pandangan atau mana-mana

    penulisan Prof Zulkifli Muhammad berkenaan isu penyertaan kaum

    bukan Islam dalam PAS.

    Walaupun timbul beberapa krisis dalaman PAS dengan kemasukan PAS

    dalam kerajaan campuran dan Barisan Nasional pada zaman kepimpinan

    Dato Mohd Asri, Ustaz Fadzil Noor tetap berpendirian bahawa ianya

    adalah satu langkah bagi mewujudkan pakatan politik yang menjadi

    amalan politik PAS.

    Berbekalkan tradisi tahaluf siyasi seperti inilah yang mendorong Ustaz

    Fadzil Noor mewujudkan pakatan dengan Semangat 46 pimpinan

    Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

    Hasil daripada tahaluf siyasi ini, PAS berjaya memerintah Kelantan.

    Demikian juga apabila berlakunya Reformasi berikutan pemecatan

    Anwar Ibrahim. Tradisi yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin

    terdahulu dan pengalamannya sendiri, menjadikan Ustaz Fadzil Noor

    mengorak langkah bagi mewujudkan tahaluf siayasi dengan penyokong-

    penyokong Anwar Ibrahim.

    Bermula dengan GERAK, seterusnya Ustaz Fadzil Noor merintis

    penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke

    arah pembentukan Malaysia Baru. Langkah tersebut telah membawa

    hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada

    pilihanraya 1999.

    PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya mewujudkan kerajaandi Terengganu. Pendekatan tahaluf siyasi yang diterajui oleh Ustaz

    Fadzil Noor juga bersumber daripada warisan kepimpinan terbuka dan

    sederhana Tuan Guru Yusof Rawa.

    Di bawah teraju kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah membuka

    ruang bagi pemimpin-pemimpin pelapis PAS untuk mewujudkan

    pakatan-pakatan politik yang boleh memenangkan dakwah dan politik

    Islam.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    12/54

    12

    Kerjasama dan pakatan dengan pertubuhan dan aktivis kaum Cina

    hingga tertubuhnya CCC adalah satu dayacipta keterbukaan dan

    kesederhanaan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa. Ustaz Fadzil Noor

    juga sering mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa PAS

    adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung

    Semanggol.

    Tatkala menyebut Hizbul Muslimin, sekali gus Ustaz Fadzil Noor

    mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa tradisi kepimpinan

    ulama sebenarnya bersumber daripada perjuangan dan pengorbanan

    para ulama angkatan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

    Keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam merintis

    pelbagai tahaluf siyasi seperti PEPERMAS, MATA, LEPIR dan

    seumpamanya menjadi iktibar bagi perjuangan PAS yang diterajui olehUstaz Fadzil Noor.

    Jika ada kesinambungan dan kesepaduan di antara perjuangan yang

    dirintis oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy,

    Prof Zulkifli Muhammad dan Tuan Guru Yusof Rawa, maka Ustaz Fadzil

    Noor menterjemahkannya dalam realiti politik pada masanya.

    Demikian juga, jika usaha Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya

    menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam

    PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah, Ustaz Fadzil

    Noor pula telah berjaya mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti

    politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan

    undang-undang warisan penjajah, ISA!

    Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, PAS terus bergerak

    menjadikan tahaluf siyasi sebagai satu amalan utama dalam pergerakan

    siyasahnya.

    Menentang Kezaliman ISAKezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil

    Noor. Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau

    terpaksa memangku jawatan Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim

    ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari tahun 1974.Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua

    Polis Negara pada malam 20 September 1998, keesokan harinya rakan

    lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    13/54

    13

    Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik

    pemerintah. ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik

    pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup jenayah pemerintah.Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru

    Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor terus melonjakkan PAS dalam sikap dan

    pendiriannya terhadap kezaliman ISA.Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran

    penahanan Anwar Ibrahim dan beberapa penyokongnya bermula dari 20

    September 1998.

    Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan

    dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada

    PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.

    Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk

    mendesak kerajaan membebaskan segera semua tahanan ISA danmemansuhkan ISA.Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan

    Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK.Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27

    September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara

    hadir ke majlis pelancaran tersebut.Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz

    Fadzil Noor menegaskan:Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu

    gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau

    GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PASmenerajui kebangkitan rakyat di negara ini

    Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah

    mahupun dalam perbahasan di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama

    undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan Akta Cetak

    adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    14/54

    14

    Perhimpunan 100,000 RakyatPerhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan pada 5 November 2000

    adalah satu perhimpunan aman anjuran aktivis yang menyokong BA

    daripada parti- parti politik, NGO dan Reformasi.

    PAS di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor telah memberi sokongan

    yang padu untuk menjayakan perhimpunan ini.

    Ini berlaku apabila Ustaz Fadzil Noor membenarkan setiausaha

    politiknya, Dr. Mohd Hatta Ramli, untuk terlibat sebagai salah seorang

    ahli jawatankuasa penganjur.

    Ustaz Fadzil Noor juga telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS,

    Ustaz Nasharuddin Md Isa untuk mengeluarkan surat kepada setiap PASNegeri untuk mengerahkan ahli-ahli PAS turun untuk menjayakan

    perhimpunan aman tersebut.

    Sokongan yang diberikan serta komitmen Ustaz Fadzil Noor sendiri

    untuk hadir ke perhimpunan tersebut telah menyebabkan pemimpin-

    pemimpin utama parti-parti politik bersetuju untuk turut serta.

    Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Nasional, Lim Kit

    Siang, Pengerusi DAP dan Dr. Syed Husin Ali, Presiden PRM turunbersama-sama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut.

    Apabila laluan ke tempat perhimpunan disekat oleh polis, keempat-

    empat pemimpin utama parti-parti politik Barisan Alternatif itu turun

    daripada kenderaan masing-masing dan berjalan bersama-sama

    puluhan ribu rakyat di atas Lebuhraya KESAS.

    Solidariti keempat-empat pemimpin BA berjalan di barisan hadapan

    perarakan itu, benar-benar menyuntik semangat kepada rakyat tentang

    betapa mantapnya gandingan dan kerjasama BA.

    Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor dan para pemimpin BA menunjukkan

    contoh semangat yang kental apabila mereka berjalan sejauh hampir

    lima kilometer di atas Lebuhraya yang sudah tiada kenderaan boleh

    melaluinya lagi itu.

    Apabila tiba di tempat yang sudah tidak boleh lagi dilalui kerana sekatan

    polis, semua para pemimpin diundang untuk membuat ucapan.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    15/54

    15

    Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor berucap di atas tembok pemisah

    lebuhraya dengan dikelilingi oleh kira-kira 100,000 rakyat.

    Dalam ucapanya yang penuh semangat itu, Ustaz Fadzil Noor menyeru

    agar semua rakyat bersatu untuk berjuang mengembalikan hak mereka

    yang sudah dicabul dan dirampas oleh Dr. Mahathir dan kerajaan

    UMNO-BN.

    Apabila lebih seratus orang ditahan oleh polis kerana menyertai

    perhimpunan aman tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Dr.

    Mohd Hatta Ramli untuk mengendalikan urusan ikat jamin dan

    pembebasan mereka daripada lokap.

    Sokongan terhadap perhimpunan aman di Lebuhraya KESAS ini

    diteruskan oleh Ustaz Fadzil Noor dengan merintis penubuhan Gerakan

    Mansuhkan ISA (GMI).

    GMI ditubuhkan apabila pengerusi dan ahli-ahli serta penggerak utama

    Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat ditahan di bawah ISA pada

    10 April 2001.

    Demonstrasi aman seperti ini adalah suatu yang tidak asing bagi Ustaz

    Fadzil Noor. Ini kerana masa mudanya lagi, iaitu pada tahun 1974,

    beliau telah pun terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di

    Baling.

    Bahkan, pada akhir-akhir hayatnya pun beliau masih menggagahkan diri

    untuk hadir bersama rakyat dalam perhimpunan-perhimpunan aman.

    Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Fadzil Noor telah hadir

    dalam perhimpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala

    Lumpur membantah tindakan Amerika mahu menyerang Iraq.

    Dalam perhimpunan aman tersebut, pihak polis FRU telah mengganas

    menyerang orang ramai dengan tembakan gas pemedih mata dansemburan air berkimia.

    Ustaz Fadzil Noor terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak

    itu kesihatannya sangat terganggu.

    Menurut setiausaha politik dan doktor peribadinya, Dr. Mohd Hatta

    Ramli, sejak itu kesihatannya semakin merosot hinggalah beliau

    memerlukan pembedahan dan seterusnya menghembuskan nafas

    terakhir.

    Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    16/54

    16

    Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepadaGerakan IslamPembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula

    pada tahun 1978. Beliau bertanding dalam pilihanraya untuk merebutkerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

    Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi

    beliau menjadi calon PAS untuk merebut kerusi tersebut. Beliau gagal

    dalam kedua-dua percubaan ini.

    Hanya dalam pilihanraya tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi

    kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan kerusi

    tersebut selama empat penggal berturut-turut.

    Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menang kerusi

    Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.

    Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling

    besar sepanjang sejarah penglibatan dalam pilihanraya.

    Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan

    98 kerusi DUN. Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah

    dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakanpemimpin kedua daripada PAS yang memegang peranan tersebut.

    Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana

    Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1972, Dato Mohd Asri adalah

    orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua Pembangkang.

    Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya

    mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya

    CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

    Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan

    khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI,

    Gerakan Mansuhkan ISA. Di peringkat serantau beliau memainkan

    peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-

    kumpulan Islam di Indonesia.

    Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden

    Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam

    di Negara tersebut.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    17/54

    17

    Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu

    pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak

    membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.

    Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan

    dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat

    antarabangsa.

    Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

    PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan

    umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia

    bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di

    benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di

    Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukungperjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak

    hidup Islam

    Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan

    lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika

    dan Barat.

    Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan dan Iraq, PAS di

    bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup

    lantang dan jelas.

    Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian

    dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman

    yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

    Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang

    melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di

    kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.

    Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-

    isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak

    istimewa orang Melayu di negara ini.

    Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab

    semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak

    istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal

    tempatan khususnya yang tidak berada.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    18/54

    18

    Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu menjelang pilihanraya

    1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor

    mencadangkan satu tindakan disiplin diambil.

    Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada parti dan

    keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu.

    Langkah ini dilakukan demi mengekalkan kewibawaan PAS dan

    mengelakkan tohmahan terhadapnya.

    Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak

    bersalah, maka ternyata langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor

    telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.

    Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikanamanah untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Penampilan muslimat

    dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah melonjakkan imej

    PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

    Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan.

    Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli

    sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi

    pengajian tinggi Islam.

    Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

    Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang

    didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada

    zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

    Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di

    antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah.

    Beberapa orang pemimpin Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam

    ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz Fadzil Noor

    sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu

    Muassasah.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    19/54

    19

    Kembali ke RahmatullahUstaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002

    setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang

    dijalaninya.Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan

    pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas

    dan diperjuangkannya.Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah

    juta orang berkumpul di situ.Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh

    sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi

    kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke

    Muassasah Darul Ulum.Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam

    itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini.

    TAMAT

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    20/54

    20

    Tuan Guru Yusof Rawa (1922 2000)Latar BelakangYusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8

    Mei 1922.

    Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau dari Sumatera

    berdagang Al-Quran, kitab-kitab dan alat-alat kegunaan untuk ibadat

    seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.

    Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu

    Jalan Carnavon dan kemudiannya di Sekolah Charausta.

    Pendidikan menengah beliau ialah di Government English School dan

    kemudiannya di Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior

    Cambridge. Selepas itu bapanya menghantar beliau ke Makkah untuk

    menuntut dalam bidang agama.

    Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Tuan Guru Yusof Rawa terus

    menetap di Makkah untuk mendalami pengetahuan agama. Beliau

    menetap di sana selama 12 tahun.

    Menghadapi UjianSemasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal

    keluarga Tuan Guru Yusof Rawa dihujani dengan bom dari pesawat

    udara Jepun.

    Bapanya, Hj Abdullah Hj Nordin sempat menyelamatkan anak-anak dan

    isterinya.

    Walau bagaimanapun, tatkala keluar sekali lagi untuk mengambilsesuatu yang masih tertinggal di kedainya, sebutir bom gugur dekat

    dengannya.

    Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai.

    Peristiwa itu berlaku semasa Tuan Guru Yusof Rawa berada di Makkah.

    Semasa di Makkah di zaman remajanya, Tuan Guru Yusof Rawa juga

    pernah diburu oleh pihak polis Masjidil Haram. Beliau terpaksa

    bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan daripada ditangkap

    polis.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    21/54

    21

    Peristiwa ini berlaku ekoran perkelahian di antara anak-anak Jawi

    dengan remaja Arab Makkah.

    Sekembalinya Tuan Guru Yusof Rawa dari Makkah, beliau menerbitkan

    majalah Al-Islah. Di atas kegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah

    Inggeris yang mengesyaki beliau terbabit dengan gerakan Islah di

    Mesir.

    Penglibatan dalam PASTuan Guru Yusof Rawa mendaftar menjadi ahli seumur hidup pada awal

    penubuhan PAS iaitu pada tahun 1951.Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

    Beliau kemudian dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat yang

    ketika itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin dari Pantai Timur dan

    Kedah.Sejak dari zaman Dr. Burhanuddin Al-Helmy lagi, Tuan Guru Yusof

    Rawa sudah pun dianggap sebagai salah seorang pemimpin kanan PAS.Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawa menjadi

    Naib Yang Dipertua pertama dan Naib Yang Dipertua kedua adalahUstaz Fadzil Noor.Krisis kepimpinan dalam PAS menyaksikan Timbalan Yang Dipertua,

    Ustaz Hassan Adli mengosongkan jawatannya. Tuan Guru Yusof Rawa

    mencabar Dato Abu Bakar Omar untuk jawatan tersebut tetapi kalah.Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk

    jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS dan menang.Pergolakan PAS pada tahun 1982 telah memaksa Dato Mohd Asri Mudameletakkan jawatan.

    Jawatan Yang Dipertua PAS telah dipangku oleh Tuan Guru Yusof Rawa.Dalam Muktamar PAS ke-29 pada tahun 1983, Tuan Guru Yusof Rawa

    telah sebulat suara dilantik Yang Dipertua PAS.Apabila Majlis Syura Ulama diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan

    PAS, Tuan Guru Yusof Rawa telah dipilih sebagai Mursyidul Am yang

    pertama pada tahun 1987.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    22/54

    22

    Di atas sebab-sebab kesihatan, Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan

    jawatan sebagai Yang Dipertua pada tahun 1989 tetapi kekal memegang

    jawatan sebagai Mursyidul Am.

    Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am pada

    tahun 1993.

    Jawatan itu dipegang seterusnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik

    Mat, selaku Mursyidul Am PAS yang kedua.Menangani Krisis PeralihanTuan Guru Yusof Rawa mengambil alih kepimpinan ketika PAS

    berhadapan bukan hanya dengan kemelut dalaman PAS tetapi juga

    dalam angkatan gerakan Islam.Kemelut dalaman PAS berlaku apabila terpinggirnya Dato Asri dan

    angkatan pemimpin-pemimpin eranya. Ekoran itu berlaku pula tindakan

    dan ancaman terhadap PAS daripada penyokong-penyokong Dato

    Mohd Asri.Kemelut dalaman di kalangan angkatan gerakan Islam pula berlaku

    apabila rakan kongsi perjuangan Islam, Anwar Ibrahim daripada ABIM

    membuat keputusan untuk menyertai UMNO.Tuan Guru Yusof Rawa amat kecewa apabila Anwar Ibrahim mengambil

    keputusan menyertai UMNO. Dalam perbualan telefonnya dengan

    Anwar, Tuan Guru Yusof Rawa menyatakan: ...tindakan anda itu

    umpama menikam kami dari belakangDengan pendedahan dan pengalamannya yang luas, dimantapkan dengan

    sikap keterbukaan dan kesederhanaannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah

    berjaya menampung kemelut ini sehingga PAS berjaya ditempatkan

    dalam arus perdana perjuangan Islam di negara ini.Pendekatan dan mesej perjuangan Islam yang dibawa oleh Tuan Guru

    Yusof Rawa telah berjaya menarik minat angkatan muda dan pencinta-

    pencinta perjuangan Islam menyertai PAS.Dalam menangani era peralihan ini, Tuan Guru Yusof Rawa amat

    beruntung kerana dibantu oleh tokoh-tokoh besar seperti Ustaz Fadzil

    Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,

    Ustaz Hasan Shukri, Mustafa Ali dan tokoh-tokoh muda PAS yang

    lainnya.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    23/54

    23

    Menangani Gejala DalamanSetelah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua, Dato Mohd Asri

    Muda balik ke Kelantan dan mengadakan perjumpaan terbuka dengan

    penyokongnya mengecam pimpinan baru regu Tuan Guru Yusof Rawadan Ustaz Fadzil Noor.Kumpulan ini mengancam untuk bertindak menggempur pimpinan baru

    PAS. Laporan yang diterima dari Kelantan melihat ancaman itu

    membahayakan perpaduan jamaah.Demi menjaga keutuhan parti, Tuan Guru Yusof Rawa melalui

    mesyuarat Jawatankuasa Disiplin telah membuat satu keputusan yang

    amat berat sekali.

    Keputusan tegas dan berani telah dibuat dengan Ustaz Hasan Shukriselaku Setiausaha Agung telah mengeluarkan surat kepada Dato Mohd

    Asri Muda yang menyebut:Jawatankuasa Disiplin parti menggantung keahlian saudara daripada

    menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mulai dari tarikh keputusan

    ini dibuat sehingga kepada masanya diberitahu kelak. Dengan demikian

    maka terlucutlah segala hak keahlian saudara dalam PAS seperti yang

    disebutkan oleh Fasal 14(10(a) hingga (e) mula tarikh di atas, 9 Rabiul

    Akhir 1403/23 Januari 1983 hingga masanya diberitahu kelakBersama-sama Dato Mohd Asri Muda yang dikenakan tindakan disiplin

    ialah 12 orang lagi yang mana ada di antaranya dipecat, digantung dan

    diberi amaran.Sebahagian besar daripada mereka adalah ahli Jawatankuasa Agung.Tindakan ini dikira sebagai tindakan paling berani yang diambil oleh

    gandingan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil demi

    menyelamatkan parti daripada ancaman krisis.Mengasaskan Kepimpinan UlamaIsu kepimpinan ulama timbul dalam PAS apabila krisis melanda PAS di

    bawah kepimpinan Dato Mohd Asri Muda, terutama pada tempoh

    terakhirnya.

    Ia bermula dengan polimik apakah PAS parti Islam atau parti nasionalis?

    Walaupun PAS tidak pernah berganjak bahawa ia adalah sebuah jamaah

    Islam, namun pandangan yang melihat PAS sebagai lebih kepada arahnasionalis amat berpengaruh pada era Dato Mohd Asri Muda.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    24/54

    24

    Pertembungan pemikiran ini melemahkan daya tahan pimpinan angkatan

    Dato Mohd Asri Muda.Ada yang berpandangan bahawa malang yang merundung PAS ialah

    kerana ia tidak dipimpin oleh ulama.Tidak pula dinafikan pengaruh daripada kepimpinan ulama dalam

    Revolusi Iran mempengaruhi suasana dalam PAS pada masa itu.Kejayaan umat Islam meruntuhkan rejim zalim Shah Iran dilihat sebagai

    kejayaan cemerlang kepimpinan ulama.Dalam suasana inilah tampil tokoh besar dalam PAS seperti Tuan Guru

    Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh pelapis seperti Ustaz Fadzil

    Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang. Berlatarbelakang senario ini, TuanGuru Yusof Rawa merintis jalan ke arah kepimpinan ulama.Sikap keterbukaan dalam gaya kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa telah

    menjadikan seluruh lapisan keahlian menerima dan terus

    memartabatkan kepimpinan ulama dalam PAS.Dengan itu, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya memantapkan paksi

    perjuangan PAS sebagai parti politik Islam, gerakan dakwah dan

    harakah Islamiyyah melalui konsep kepimpinan ulama.Pindaan Perlembagaan 1983Setelah memantapkan PAS di segi dalaman, Tuan Guru Yusof Rawa

    berusaha meletakkan semula PAS sebagai sebuah parti politik Islam

    yang berwibawa di negara ini.

    Peluang tersebut muncul apabila Dr. Mahathir Mohamad mengambil

    langkah untuk menyekat kuasa raja-raja Melayu melalui pindaan

    Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1983.

    Tuan Guru Yusof Rawa menerajui PAS membantah langkah Dr.

    Mahathir. PAS mengambil sikap mempertahankan hak raja-raja Melayu

    dan menyekat pembolotan kuasa kerajaan yang cuba dilakukan oleh Dr.

    Mahathir. Tindakan ini sekali gus berjaya menampilkan PAS sebagai

    juara umat Islam dan bangsa Melayu.

    Walaupun langkah ini diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa, dasar PAS

    tetap selaras dengan Islam. Ini kerana sepanjang sesi 1984-85, PAS dibawah pimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sering berbicara mewakili

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    25/54

    25

    golongan mustadafin dan menentang golongan mustakbirin.

    Dalam tempoh tersebut, PAS memperkenalkan secara terbuka

    perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kefasadan.

    Seterusnya pada tahun 1985, di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa,

    PAS meningkatkan kempen menentang segala bentuk asabiyyah,

    terutama asabiyyah UMNO dan Barisan Nasional.

    Kebijaksanaan Tuan Guru Yusof Rawa merebut peluang daripada

    langkah Dr. Mahathir untuk menyekat hak raja-raja Melayu telah

    memberi ruang yang seluasnya bagi beliau menempatkan PAS kembali

    sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang relevan dan

    berwibawa di negara ini.

    Tragedi MemaliTragedi Memali yang tercetus pada 18 November 1985, berlaku semasa

    PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa.Tragedi ini merupakan pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan

    tigabelas muridnya akibat serangan kira-kira 4,000 anggota polis.

    Empat anggota polis turut terkorban.Tragedi Memali bermotifkan politik.

    Peristiwa ini berlaku apabila sokongan orang Melayu yang semakin

    meningkat terhadap PAS lantaran penerimaan mereka terhadap

    kewibawaan PAS dan kepimpinan ulama.Tragedi Memali didahului sebelum itu dengan beberapa operasi

    penahanan ISA terhadap tokoh-tokoh Pemuda PAS.Tuan Guru Yusof Rawa dengan tenang menangani tragedi di Memali.Tugas ini diserahkannya dengan penuh bijaksana kepada timbalannya,

    Ustaz Fadzil Noor, yang juga pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS

    Negeri Kedah.Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, PAS menegaskan bahawa

    Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya gugur sebagai syuhada.

    Pendirian ini dipertahankan oleh Tuan Guru Yusof Rawa walaupun

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan merekatidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    26/54

    26

    Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz

    Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka,

    Tuan Guru Yusof Rawa tetap cekal mempertahankan pendirian PAS

    bahawa mereka semua adalah mati syahid.Menentang Kezaliman ISASemasa PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa, pemimpin-pemimpin

    PAS terutama tokoh-tokoh Pemuda sering berhadapan dengan

    tangkapan di bawah ISA.

    Semasa Dato Mohd Asri Muda menerajui PAS, pendirian PAS terhadap

    ISA adalah seperti yang diungkapkan sendiri olehnya sebagai:

    PAS merasakan betapa perlunya undang-undang itu bagi sebuah

    negara merdeka yang masih muda seperti Persekutuan Tanah Melayu

    demi menjaga keamanan negara dan mengawasi serta mencegah

    gerakan subversif, apatah lagi gerakan komunis yang amat memerlukan

    pengawasan dan prihatin daripada seluruh rakyat yang cintakan

    keamanan. Sikap ini menjadi bukti kerana sekalipun PAS berada di

    pihak pembangkang, PAS tidaklah mengambil sikap menentang secara

    melulu, mentang-mentang menjadi golongan pembangkang, maka semua

    yang datang daripada kerajaan ditentang

    Berlainan dari zaman Dato Mohd Asri Muda, di bawah teraju Tuan Guru

    Yusof Rawa, PAS mengambil sikap dan pendirian yang berbeza terhadap

    ISA.

    Perubahan ini ketara dalam Ucapan Dasar Tuan Guru Yusof Rawa pada

    tahun 1985. Di mana katanya:

    Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang diluluskan oleh

    Parlimen dan pindaan-pindaan yang telah dibuat ke atasnya lebih kejamlagi. Undang-undang ini tidak terikat kepada mana-mana prinsip

    sekalipun, kecuali kepada keinginan Menteri Dalam Negeri. Mangsanya

    dihukum tanpa memerlukan apa-apa pembuktian, sama ada dari yang

    dituduh atau yang menuduh

    Menyentuh penahanan pemimpin-pemimpin muda PAS seperti Ustaz

    Abu Bakar Chik, Abdul Razak Daud, Mohamad Sabu, Ustaz Bunyamin

    Yakub dan Suhaimi Said, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan:

    Penahanan mereka hanyalah semata-mata di atas keinginan Menteri

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    27/54

    27

    Dalam Negeri yang didesak berulang kali oleh wakil-wakil dalam

    Perhimpunan Agung UMNO. Bahaya kepada UMNO dianggap sebagai

    bahaya kepada keselamatan negara. Kemerosotan sokongan kepada

    UMNO dianggap perpecahan dan ancaman yang membahayakan orang-

    orang Melayu. Inilah lojik dan cara berfikir pemimpin yang

    mengamalkan prinsip diktator berparlimen

    Undang-undang ini nyata sekali bertentangan dengan keadilan

    Dalam Ucapan Dasar pada tahun 1988, menyentuh tangkapan ISA

    terhadap sepuluh orang pemimpin muda PAS di bawah Operasi Lalang,

    Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan:

    Sebenarnya tindakan ini bukan kerana keselamatan negara, tetapi

    adalah kerana muslihat pemimpin-pemimpin yang sudah terpisah dariorang ramai, terpisah dari perjuangan rakyat dan partinya sendiri,

    malah terpencil dari kliknya sendiri ISA pada prinsipnya adalah undang-

    undang yang zalim kerana ia tidak memberi peluang membela diri

    kepada mangsanya dalam apa bentuk punDasar yang diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa terhadap ISA adalah

    jelas berdasarkan prinsip.

    PAS menolak ISA kerana ia zalim!Kejelasan pendirian dalam isu ISA inilah yang diwarisi oleh Ustaz Fadzil

    Noor ketika menerajui PAS.

    Sumbangan kepada Gerakan Islam: Sikap Terbuka danSederhanaSumbangan terbesar Tuan Guru Yusof Rawa terhadap gerakan dan

    perjuangan Islam di Malaysia adalah di atas tindakannya untuk

    mengukuhkan serta menempatkan kembali PAS dalam arus perdana

    politik dan dakwah di negara ini.

    Kepimpinannya yang terbuka memberi ruang yang seluas-luasnya

    kepada tokoh dan tenaga muda pelapis dalam PAS untuk melakar dan

    mencorakkan peta baru perjuangan Islam di Malaysia melalui PAS.

    Konsep kepimpinan ulama yang diterajuinya memartabatkan kedudukan

    gerakan Islam di atas paksi ilmu, syaksiyyah dan akhlak mulia

    pemimpin-pemimpin yang tinggi cita-cita perjuangan Islamnya.

    Peralihan daripada sebuah gerakan yang dianggap sebagai nasionalis

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    28/54

    28

    Islam kepada sebuah harakah Islamiyyah telah menarik minat golongan

    teknokrat, intelektual, para lepasan universiti tempatan dan luar negara

    serta pelbagai lapisan pencinta perjuangan Islam di negara ini.

    Tuan Guru Yusof Rawa turut memberi ruang yang luas kepada barisan

    pimpinan pelapis untuk meneroka kerjasama politik dengan kaum bukan

    Islam.

    Beliau merintis jalan ke arah penubuhan CCC atau Chinese Consultative

    Council. Dalam konteks pengukuhan unsur-unsur dalaman PAS, Tuan

    Guru Yusof Rawa membuka ruang seluas-luasnya kepada pendekatan

    tarbiyyah dan harakiyyah.

    Pendedahannya di luar negara serta pengetahuannya tentang

    perjuangan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin dan gerakan-gerakan pembebasan yang lain, memberi keupayaan kepada Tuan Guru

    Yusof Rawa untuk mencorakkan gerakerja haraki dalam PAS.

    Sikap ini telah berjaya memberi laluan kepada pendokong-pendokong

    Islam daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai dan terlibat

    aktif dalam PAS.

    Demikian juga bagi mereka yang mendokong pendekatan Revolusi Islam

    Iran. Sikap terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa telah

    memberi ruang bagi mereka terlibat memberi sumbangan perjuangan

    Islam dalam PAS.

    Di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan bahawa

    apa yang boleh dianuti adalah semangat revolusi di segi menentang

    penindasan pemerintah yang zalim, tetapi bukan di segi anutan

    mazhabnya.

    Namun di sebalik sikap terbuka dan sederhananya, PAS di bawah teraju

    kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa tidak pernah berkompromi dengankezaliman, penindasan dan kemungkaran.

    Pendirian inilah yang menampilkan identiti PAS sebagai parti politik

    Islam dan sebuah harakah Islamiyyah.

    Di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, ditegaskan dengan jelas

    bahawa kepimpinan ulama bukan sahaja membawa makna kepimpinan

    mesti diterajui oleh ulama.

    Hakikat yang lebih utama adalah kepimpinan ulama berkehendakkan

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    29/54

    29

    kepada kandungan perjuangan yang berteraskan ciri-ciri tarbiyyah,

    dakwah, ilmu dan satu pergerakan atau harakah yang menjadikan cita-

    cita Islam sebagai paksinya.

    Jelas, di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah

    meletakkan paksi penting perjuangan PAS selepas mengambilalih

    daripada Dato Mohd Asri Muda.

    Pencapaian Sebagai Ahli Politik IslamKemenangan awal dalam penglibatan politik Tuan Guru Yusof Rawa

    ialah pada pilihanraya tahun 1969 apabila berjaya mengalahkan Dr.

    Mahathir Mohamad bagi kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.

    Sebelum penyertaan PAS dalam kerajaan Perikatan lagi, Tuan GuruYusof Rawa telah diberikan kepercayaan oleh Tunku Abdul Rahman

    pada awal tahun 1970an untuk menganggotai delegasi negara melawat

    umat Islam di Taiwan.

    Perlantikan ini dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman memandangkan

    kemampuan Tuan Guru Yusof Rawa bertutur dalam bahasa Inggeris dan

    bahasa Arab.

    Apabila PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan pada tahun1973, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik sebagai wakil Malaysia ke PBB

    untuk membahaskan isu-isu antarabangsa yang melibatkan Malaysia.

    Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah menjadi Konsul Kehormat Iraq di

    Pulau Pinang. Beliau tinggal selama setahun di New York untuk

    mewakili negara di PBB.

    Sekembalinya dari New York beliau menyertai pilihanraya tahun 1974

    dan menang tanpa bertanding.

    Sejurus selepas itu, sebagai salah seorang pemimpin kanan dalam parti,

    beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama.

    Menterinya pada masa itu adalah Tan Sri Musa Hitam.

    Perlantikan ini menjadikan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai anak Melayu

    Pulau Pinang pertama menjawat jawatan politik setinggi itu.

    Selepas itu, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik pula sebagai Duta BesarMalaysia ke Iran. Ketika itu Shah Iran masih memerintah Iran.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    30/54

    30

    Dengan tugas sebagai Duta ke Iran, Tuan Guru Yusof Rawa juga

    ditauliahkan ke Turki dan Afghanistan.

    Semasa menjalankan tugas tersebutlah Tuan Guru Yusof Rawa belajar

    bahasa Farsi dan bahasa Perancis di samping mengekalkan

    kefasihannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

    Apabila PAS dikeluarkan daripada Barisan Nasional pada tahun 1978,

    Tuan Guru Yusof Rawa kembali dari Iran pada tahun 1979 apabila tamat

    tempoh khidmatnya.

    Tuan Guru Yusof Rawa kemudian memilih berkhidmat dengan PAS dan

    meninggalkan kerajaan.

    Tuan Guru Yusof Rawa juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal

    Hijrah Pulau Pinang pada tahun 1992.

    Penghormatan TerakhirTuan Guru Yusof Rawa menghembuskan nafas terakhir setelah solat

    subuh pada hari Jumaat, 28 April 2000.

    Penuh sesak orang membanjiri Masjid Gelugor pada solat Jumaat dansolat jenazah untuk Tuan Guru Yusof Rawa.

    Sepanjang jalan dari Gelugor ke Kampong Makam yang terletak di

    pinggir bandar Georgetown dipenuhi oleh orang ramai yang datang

    untuk memberi penghormatan terakhir.

    Kaum Cina dan India juga datang untuk memberikan penghormatan

    terakhir. Turut hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Koh

    Tsu Koon.

    Pada penghujung hayatnya, Tuan Guru Yusof Rawa menyaksikan

    penzaliman yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Beliau mendoakan

    agar Anwar bersabar dan tabah di atas penzaliman tersebut.

    Apa yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim itu ditegaskan oleh Tuan Guru

    Yusof Rawa sebagai kemuncak kezaliman Dr. Mahathir yang tidak dapat

    lagi membezakan antara kebinatangan dan kemanusiaan!

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    31/54

    31

    Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911 1969)Latar BelakangAmir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos

    1911 di Changkat Tualang, Perak.

    Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran

    dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai

    Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.

    Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di

    Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah

    Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi padatahun 1934.

    Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India

    muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti

    Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang

    sastera dan falsafah.

    Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India.

    Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke

    Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai

    guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura.

    Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy belajar ilmu perubatan

    homeopati daripada Dr. Rajah dan beliau telah berjaya mendapat ijazah

    daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India.

    Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmy telah membuka sebuah

    klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura.

    Seorang Aktivis Dakwah dan PolitikPembabitan awal Burhanuddin Al-Helmy:

    Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura Ahli Persatuan Jamaatul Islamiah Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939 Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    32/54

    32

    pendudukan Jepun Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945 Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945 Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947 Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947 Ahli pengasas PEPERMAS, 1947 Ahli pengasas MATA, 1947 Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948 Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955 Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955 Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955Pengaruh Awal PemikiranSemasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), BurhanuddinAl-Helmy berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat

    islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan mendidik

    beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda.Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas,

    Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda.

    Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-

    kemerdekaan dalam diri beliau.Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy

    mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd

    Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan

    India yang lain.Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al-

    Helmy telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti

    perkembangan umat Islam di sana.Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalampergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan

    majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia

    ditahan oleh pihak British di sana.Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan

    Jamaatul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia

    Akhirat.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    33/54

    33

    Ditahan dan Merengkok dalam PenjaraSelepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmy

    mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki belaiu ditahan

    kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy

    telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British.

    Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan

    oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas

    membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000.Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh Britishakibat Peristiwa Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi

    menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan

    Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di

    Belanda.

    Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan

    yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura

    ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952.Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi

    pihak British menahan Burhanuddin Al-Helmy.

    Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana semasa

    Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan

    menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam

    hutan.Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak

    boleh menahan Burhanuddin Al-Helmy yang bergiat masa itu diSingapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang

    Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun

    1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari

    1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.Burhanuddin bin Al-Helmy jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada

    bulan Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatankawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    34/54

    34

    diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22

    September 1969.Tokoh Perjuang KemerdekaanDr. Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan

    kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan

    menentang penjajahan British. Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin

    Al-Helmy dan beberapa orang rakannya mengambil strategi licik. Ini

    diungkapnya sebagai:Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa

    dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar

    mengambil bahagian di hutan di ruimba jadi anti-fascist ada yang

    menjalankan gerakan rayap semut api harimau dan sebagainyaDengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob

    memimpin KRIS membuat persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta

    di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan serentak di Tanah

    Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.

    Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesiamerdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945.Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian

    memandangkan perkembangan yang amat berbeza di Tanah Melayu

    ketika itu.Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu

    kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi

    Ketua Umum PKMM yang pertama.Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946,

    Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan

    kaum di sana. Dalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmy

    melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:Di atas robohan Kota Melaka;Kita Dirikan Jiwa Merdeka;Bersatu padulah segenap baka;Membela hak keadilan pusaka.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    35/54

    35

    Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATAdan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan

    tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah

    Melayu.

    Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah

    apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui

    Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas

    bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.

    Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad

    Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam

    konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

    Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. Mereka yang

    mengambil sikap no-cooperationterhadap penjajah British di anggapsebagai kiri. Sedangkan mereka yang bersikap cooperationseperti

    UMNO, dianggap kanan.

    Menyertai dan Memimpin PASKetika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al-

    Helmy masih dalam tahanan penjara di Singapura.

    Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad

    melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS

    diambilalih oleh Dr. Hj Abbas Alias.

    PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu hanya

    selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak

    dapat bergerak aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam

    perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai seorang pegawai perubatan.

    Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri

    daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul WahabNoor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi

    berhubung dengan jawatan utama PAS.

    Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin

    PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

    Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas

    mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini

    bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan dalam

    mana-mana parti politik.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    36/54

    36

    Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz

    Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr.

    Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersetuju untuk menyertai PAS.

    Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan

    oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan

    oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujaun bertulis daripada

    Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang PAS.

    Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat

    persetujuan tidak rasmi di kalangan mereka bertiga agar Ahmad

    Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishaj Haji Muhammad (Pak

    Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmy menerajui

    PAS. Jadi pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada

    Burhanuddin Al-Helmy adalah tepat pada masanya.

    Demokrasi dalam PASSetahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa

    orang pemuda juga telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan

    Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah untuk mempelawanya

    menyertai PAS.

    Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955.

    Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua

    pencalonan bagi jawatan Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al-

    Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

    Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat

    pencalonan yang lebih banyak daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

    Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu

    yang bimbang dengan latarbelakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmysebelum menyertai PAS.

    Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli

    Muhammad memandangkan beliau seorang tokoh muda yang sangat

    karismatik dan pernah belajar agama di Mesir.

    Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr.

    Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu

    Prof Zulkifli Muhammad.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    37/54

    37

    Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar

    ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana

    demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya.

    Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi

    Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah

    yang terus memantapkan PAS. Selepas diberikan amanah memimpin

    PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau

    melaksanakan tugas tersebut.

    Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam PAS adalah yang paling

    lama jika dibandingkan dengan tempoh beliau berada dalam mana-mana

    parti terdahulu yang disertanya. Malah hayatnya ditutup dalam PAS.

    Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya.

    Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    walaupun sebahagian dari tempoh ini dilaluinya semasa menjalani

    penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA.

    Seorang Demokrat BerperlembagaanSelaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk

    mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr.

    Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen

    Besut, Terengganu.

    Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan

    mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu

    adalah Kelantan.

    Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS

    telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri

    ke satu negeri.

    Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24

    kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu.

    Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat

    kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah

    Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan Dr.

    Burhanuddin Al-Helmy di Besut.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    38/54

    38

    Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-

    Helmy menggunakan kempen Kalau di Terengganu PAS boleh menang,

    kenapa Kelantan tidak?

    Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28

    daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk

    kerajaan di Kelantan.

    PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di

    Kelantan.

    Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah

    mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang

    sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia.

    Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsepPersekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap

    negeri di bawahnya.

    Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka mahu tidak mahu

    Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia. Dr.

    Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik

    dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri

    terlebih dahulu.

    Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu

    Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan

    pembentukan Malaysia.

    Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta

    pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat,

    khasnya di kalangan kaum Melayu.

    Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah

    sebuah parti politik dan gerakan Islam yang bersedia memanfaatkansaluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan Islam bagi tujuan

    memajukan Islam, rakyat dan negara.

    Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor

    untuk menghalang kemaraan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin

    Al-Helmy. Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr.

    Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen

    Besut.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    39/54

    39

    Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan

    Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak layak bertanding kerana telah didenda

    sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal

    dalam sebuah syarikat perniagaan.

    Sumbangan kepada Gerakan IslamDr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang

    mendahului zamannya.

    Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global

    serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.

    Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur

    kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untukmemerdekan rakyat Tanah Melayu bahkan seluruh bumi Asia

    daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari

    Timur.

    Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia

    bekerjasama dengan mana-mana pihak parti politik bukan Melayu atau

    bukan berasaskan Islam yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama,

    iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan

    rakyat daripada penjajahan.

    Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik

    yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik.

    Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS

    yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama

    - iaitu kemerdekaan telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah

    arus perdana politik negara pada masa itu.

    PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagimereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.

    Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan

    Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai

    sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas

    daripada UMNO.

    Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah

    perjuangan. Dalam bahasa Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagaiideologi perjuangan.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    40/54

    40

    Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap

    dengan persoalan politik perkauman dan perjuangan kebangsaan yang

    sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya

    meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu

    adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik

    serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan

    pribumi tanah jajahan.

    Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga mendedahkan kepincangan masyarakat

    apabila sejumlah elit politik pribumi bersekongkol melindungi dan

    mempertahankan penindasan sistem penjajah ini.

    Karya dan PenulisanDr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak

    politik antaranya:

    Perjuangan Kita, 1946

    Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947

    Agama dan Politik, 1954,

    Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan

    Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969berpunca daripada serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-

    Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau

    dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya

    masih belum sembuh.

    Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di

    Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor.

    Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human

    Merit daripada IOrdre Universal du Merit Human, Geneva pada 15November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan

    homeopati.

    Tamat

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    41/54

    41

    Dato' Profesor Zulkifli Muhammad (1927 1964)Sumbangan kepada Gerakan Islam: Ahli Parlimen yang BerjayaSepanjang tahun 1959 hingga 1964 penglibatan Zulkifli Muhammad

    paling menonjol sebagai seorang Ahli Parlimen.

    Beliau menggunakan seluruh peluang yang ada sebagai seorang wakil

    rakyat bagi menyuarakan pandangannya dalam pelbagai isu yang

    berkaitan dengan masyarakat. Beliau merupakan wakil rakyat yang

    sentiasa berada dalam dewan pada setiap persidangan.

    Sama ada persidangan berjalan selama satu minggu atau dua minggu

    atau sebulan mahupun dua bulan, Zulkifli Muhammad tetap berada dalam

    persidangan tersebut. Demikian juga, sama ada persidangan berakhir

    pada pukul 6:30 petang atau pukul 10:00 malam atau pukul 1:00 pagi,

    Zulkifli Muhammad tetap berada sehingga akhir persidangan.

    Zulkifli Muhammad mencatat sejarah apabila berucap selama empat jam

    di Dewan Rakyat berhubung dengan Rang Undang-undang Malaysia. Di

    sidang Parlimen, beliau mendesak supaya kerajaan Persekutuan TanahMelayu menarik balik pengiktirafan ke atas negara Israel kerana

    kewujudannya telah menafikan hak rakyat Palestin.

    Zulkifli Muhammad juga menyarankan agar kerajaan persekutuan

    menghantar memorandum ke PBB membantah tindakan ganas Perancis

    ke atas Algeria. Di sidang Parlimen juga Zulkifli mencadangkan supaya

    kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan sebuah komanwel negara-

    negara Islam.

    Zulkifli Muhammad juga bercakap tentang membanteras amalan rasuah,

    menggalakkan masyarakat desa terlibat dalam industri kecil, ancaman

    getah tiruan dan memajukan industri getah tanah air serta pembangunan

    bandar agar tidak tertumpa di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya semata-

    mata.

    Zulkifli Muhammad sering secara tajam di Parlimen menyeru agar

    kerajaan wajib berhemah dan berhati-hati dalam menggunakan wang

    negara. Beliau mahu tidak sesen pun wang negara dikeluarkan secara

    sia-sia. Ini kerana menurutnya, wang negara adalah wang hasil titikpeluh rakyat. Oleh yang demikian tidak hairanlah bila dia dipilih sebagai

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    42/54

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    43/54

    43

    khas Tentera Udara Diraja Malaysia dari lapangan terbang Kuantan ke

    lapangan terbang Ipoh.

    Dari lapangan terbang Ipoh jenazah dibawa dengan kereta mayat

    Jabatan Ugama Islam Perak ke rumah bapa Zulkifli Muhammad di

    kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Pada hari pengkebumian

    jenazah Zulkifli Muhammad dan isterinya, lebih dari 10,000 orang

    termasuk pemimpin-pemimpin negara, para duta negara asing, rakan-

    rakan seperjuangan, ahli-ahli UMNO dan orang ramai membanjiri tanah

    pusara tempat mereka disemadikan.

    Karya PenulisanZulkifli Muhammad telah menghasilkan tiga buah buku:

    Masyarakat dan Syariat

    Analisa tentang Beberapa Masalah Hidup

    Pegangan Hidup Umat Islam

    Pegangan Hidup Umat Islamditulis oleh Zulkifli ketika terlantar selama

    lapan bulan di hospital sekembalinya dari Mesir.

    Sepanjang tahun 1945-1947 Zulkifli turut melahirkan idea-idea kreatif

    yang progresif melalui sajak-sajak yang diterbitkan dalam majalah-majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam,

    Penghidupan, Hiburandan Pembangunan.

    Sajak-sajaknya berunsurkan semangat kebangsaan yang kental diadun

    dengan tuntutan Islam yang kukuh dan mendalam.

    Selain daripada itu, Zul juga banyak menghasilkan tulisan yang berupa

    rencana seperti:

    Falsafah Akhlak dalam Islam

    Umat Islam Sekarang Makin Mundur Peranan Filem dalam Masyarakat

    Economic Justice

    Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam

    Pejuang Bahasa MelayuBagi memastikan bahasa Kebangsaan terus berkembang pesat, Zulkifli

    Muhammad menyeru supaya kerajaan menyegerakan pembinaan

    bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.Zulkifli Muhammad menyokong cadangan penubuhan Universiti

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    44/54

    44

    Kebangsaan Malaysia sebagai satu institusi yang akan memartabatkan

    Bahasa Melayu.

    AnugerahUsaha Zulkifli Muhammad dalam penubuhan Kolej Islam Malaya telah

    mendapat pengiktirafan daripada Universitas Sawerigading (UHSA),

    Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat

    pada 15 Julai 1957.

    Bagi mengenang jasanya, Tuanku Yahya Petra, Sultan Kelantan

    berkenan menganugerhkan bintang Dato Paduka Mahkota Kelantan

    (D.P.M.K.) yang membawa gelaran Dato kepada Zulkifli Muhammad

    Namanya diabadikan pada sebuah dewan di Kota Bharu, Kelantan.Dewan yang dinamakan Dewan Zulkifli Muhammad itu terus menjadi

    tempat yang penuh keberkatan kerana pelbagai majlis ilmu secara

    berterusan dianjurkan di situ.

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    45/54

    45

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir(19071974)Latar BelakangAbu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung

    Semanggol. Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang

    diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak

    kecil lagi.

    Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar

    Al-Baqir.

    Beliau adalah daripada keturunan Jawa. Datuknya, Haji Abdul Jabar bin

    Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahan abad

    ke-19. Pada mulanya datuknya menetap di Kelang. Kemudian berpindah

    ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol.

    Setiap tempat persinggahan datuk neneknya, mereka menjalankan kerja

    bercucuk-tanam, terutamanya bersawah padi.

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu

    Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah.

    Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, SeberangPerai Utara.

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok

    Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah

    tersebut.

    Seorang Aktivis Dakwah dan PolitikSejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalamperbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan politik Melayu

    seperti:

    Persatuan Melayu Pulau Pinang

    Persatuan Melayu Perak

    Persatuan Sunligh Taiping

    Kelab Saadat Kuala Kangsar

    Kesatuan Melayu Muda (KMM)

    Angkatan Pemuda Insaf (API)

    Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) Pembantu Indonesia Merdeka (PIM)

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    46/54

    46

    Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu

    Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

    PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak

    Usaha PembaharuanPada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka

    kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan

    sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini

    memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan

    pengajian ilmu pengetahuan.

    Tujuan diadakan pendekatan seperti ini adalah untuk melahirkan ahli-ahli dakwah dan mubaligh Islam yang bertepatan dengan ajaran Al-

    Quran dan As-Sunnah. Kelas-kelas ini diadakan setiap malam Selasa

    dan Jumaat setiap minggu. Mereka yang menduduki kelas-kelas ini

    adalah terdiri daripada mereka yang dipilih sahaja. Usaha ini

    menghasilkan kejayaan yang menggalakkan.

    Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah

    dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda. Disebabkan pengaruh

    gurunya serta pendedahan beliau di madrasah-madrasah yangdigerakkan oleh gerakan Islah yang mewakili Kaum Muda, beliau lebih

    cenderung ke arah pendekatan pembaharuan.

    Maahad Al-Ehya Al-SharifPada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa orang

    pemimpin tempatan telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al-Sharif di

    Gunung Semanggol.

    Nama Al-Ehya Al-Sharif memberi erti "menghidupkan kemuliaan".

    Dengan menghidupkan kemulian agama inilah diharapkan akan

    tercetusnya masyarakat yang memuliakan dunia dan Akhirat di kalangan

    bangsa Melayu.

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Al-

    Sharif. Jawatan ini dipegangnya hingga ke akhir hayatnya pada tahun

    1974.

    Usaha pembaharuan ini diteruskan pada tahun 1940 dengan Ustaz AbuBakar Al-Baqir menubuhkan Persatuan El-Ehya Al-Sharif (Berhad).

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    47/54

    47

    Persatuan ini berperanan sebagai badan yang mengurus dan

    melaksanakan hal-ehwal sekolah. Sebuah Lembaga Pengurus yang

    bertindak secara kolektif telah diwujudkan.

    Meluaskan PembaharuanKelahiran Al-Ehya pada tahun 1934 adalah seiring dengan matangnya

    fahaman Islah di kalangan umat Islam di Tanah Melayu. Pergerakan

    Islah atau Kaum Muda yang dipopularkan pada awal abad itu telah

    banyak mempengaruhi pelajar-pelajar madrasah.

    Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya

    bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang menekankan

    pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan

    tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, KualaKangsar.

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul

    kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa

    jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat

    condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat

    diraja.

    Dalam perkembangan inilah Al-Ehya menerima guru-guru dari TimurTengah dan Indonesia yang berfahaman Islah dan Reformasi Islam

    sebagai tenaga pendidiknya.

    Guru-gurui dari Indonesia ini terdiri daripada aktivis pergerakan

    Muhammadiah yang terkenal sebagai Kuam Muda di Indonesia.

    Sejak itu, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir juga telah menjadikan Maahad El-

    Ehya Al-Sharif sebagai pusat gerakan sosiopolitik, sosioekonomi dan

    kegiatan politik berparti berdasarkan Islam dari tahun 1934 hingga

    Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

    Pembaharuan melalui EkonomiPada tahun 1947, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempengerusiakn satu

    jawatankuasa perhimpunan besar yang dinamakan Persidangan

    Ekonomi-Agama se Malaya. Persidangan ini diadakan di Maahad Al-

    Ehya Al-Sharif.

    Tujuan persidangan tersebut dinyatakan sebagai untuk "berusahameluaskan penyiaran agama dan berusaha mempertinggikan ekonomi

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    48/54

    48

    bangsa dan negara yang sudah hampir lenyap ke tangan asing".

    Persidangan tersebut dihadiri oleh 2,000 orang alim ulamak dan cerdik

    pandai dari seluruh Tanah Melayu yang berkelulusan dari sekolah-

    sekolah tinggi Mesir, Arab Saudi, India dan Indonesia. Wakil-wakil dari

    Singapura juga turut hadir.

    Persidangan tersebut berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu

    seMalaya atau ringkasnya PEPERMAS. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah

    dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) bagi PEPERMAS.

    Sejurus penubuhannya, PEPERMAS telah menyusun kerja-kerja

    ekonomi, melantik badan-badan ekonomi serta menggariskan kerja-

    kerja derma pelajaran bagi pelajar-pelajar di madrasah-madrasah

    seluruh Tanah Melayu.

    Pembaharuan dalam Pentadbiran AgamaMajlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947, iaitu

    sehari selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya Al-

    Sharif, Gunung Semanggol.

    Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik

    sebagai penasihat kanan.

    MATA ditubuhkan dengan tujuan untuk membetulkan pengurusan dan

    pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang ditadbir oleh ulamak

    tradisional dan raja Melayu.

    MATA adalah satu tamparan yang hebat kepada golongan yang bekerja

    dalam pertubuhan ulamak negeri dan pejabat agama negeri-negeri. Ini

    kerana MATA bertujuan menjadi badan agung untuk mengelolakan soal

    agama. MATA juga secara langsung berhasrat menggantikan badan-

    badan agama yang telah wujud di setiap negeri.

    Pembaharuan melalui PendidikanPada tahun 1947 juga, sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau

    Lembaga Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar Al-

    Baqir telah dipilih menjadi pengerusi LEPIR.

    LEPIR adalah hasil usaha daripada Jawatankuasa badan Kebajikan

    Pelajaran MATA yang telah mengadakan pemerhatian di seruh TanahMelayu dan Singapura perihal kurangnya umat Melayu-Islam dalam

  • 8/14/2019 Biodata 5 Tokoh Perjuangan Pas

    49/54

    49

    bidang pendidikan.

    Melalui LEPIR, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah diberi tanggungjawab

    untuk memajukan sekolah agama di seluruh Tanah Melayu.

    Melalui LEPIR juga Ustaz Abu