bertegur sapa

Embed Size (px)

Citation preview

Memberi salam Bertegur sapa Amalan senyum

y Memberi salam sebenarnya merupakan doa dan

harapan bagi keselamatan dan kesejahteraan antara satu sama lain. Dengan doa ni terjalinlah kemesraan dan kasih sayang di antara satu sama lain. Dari segi bahasa arab Assalamualaikum ia bermaksud " Selamat sejahtera ke atas kamu" dan dijawab dengan Waalaikumsalam pula bererti " di atas kamu juga selamat sejahtera"

y 1. SEKADAR menyebut salam ketika berjumpa atau menulis perkataan salam

dalam sms atau e-mail atau di mana-mana ruang seperti facebook.contoh kesilapan ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam kat dia ya" Cara yang betul ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam Assalamualaaikum kat dia ya.."

2. SEKADAR menyebut A`kum dalam sms atau mana-mana ruangan kerana perkataan itu tidak membawa apa-apa makna walaupun ia difahami. terdapat juga sekadar menulis `AKUM' yang membawa maksud gelaran untuk orang Yahudi/binatang (dalam bahasa Ibrani) Cara yang betul ialah menulis dengan perkataan "As salam yang membawa maksud `Assalamualaikum'. 3. Bergurau atau mempermainkan dalam menyampaikan salam seperti contohnya " ko kirim salam maut kat dia yer" : jelas ia adalah mendoakan kematian kepada seseorang walaupun ia dalam bentuk gurauan. Ia adalah dilarang. 4. Menjawab salam dengan WAALAI KUM SALAM . Jawab salam yang betul ialah ; WAALAI KUMUS SALAM .

y Makruh memberi salam dengan ucapan Alaikumus

salam. Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, Jangan kamu mengatakan alaikas salam. Dalam riwayat Abu Daud disebut, Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati. (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) y Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali. (Riwayat al-Bukhari)

y Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. y Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk. y Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok

yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.y Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua. y Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya

jelas didengar.y Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar

dari majlis.y Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang

kosong.y Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya

mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: Wa alaikum.y Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain. y Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan

semasa memberi salam.

y Senyum adalah gerak tawa ekspresif yang tidak

bersuara untuk menunjukkan rasa senang, gembira, suka dan sebagainya, dengan mengembangkan bibir sedikit.

Smiling is infectious, You can catch it like the flu. Someone smiled at me today, And I started smiling too.

y Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang senyuman,

y y

y y

yakni Nabi Ibrahim yang diberikan kelebihan mendengar dan memahami percakapan haiwan, yang tersenyum setelah mendengar dialog antara semut-semut. Firman Allah: "Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh." ( An-Naml ) Jadilah hamba yang tersenyum, jadilah hamba yang bersyukur.

y Memberi pujian ikhlas kepada sahabat anda tentang penampilannya pada hari

y y y y y y y

tersebut. Tidak kira la pakaiannya, rambut, muka, ataupun apa saja yang penampilan berkaitan dengan dirinya. Mengajak kawan anda pergi keluar makan bersama. Tapi anda la yang kena belanja dia kalau kawan anda tu yang kena belanja alamak masam la muka dia. Membuat panggilan telefon secara mengejut kepada kawan-kawan anda. Bagi salam ke cakap hai pun jadilah.. Membuka dan memegang pintu supaya orang yang berada dibelakang diberi masuk dahulu. Hantar mesej lawak kepada kawan anda melalui sms ataupun email. Mesti kawan anda tu akan gelak sorang-sorang. Berikan tempat duduk anda kepada orang lain yang baru naik sama ada dalam bas, keretapi, LRT dan sebagainya apabila tiada lagi tempat kosong. Tanya kepada kawan-kawan anda sekiranya mereka ada apa-apa barang untuk dikirim apabila anda keluar ke bandar ataupun bershopping. Bagi kepada seseorang hadiah yang tak disangka-sangka olehnya seperti coklat, bunga, mainan ke atau apa sahaja berupa hadiah.

y Senyum membuat kita lebih menarik. y Senyum mengubah mood kita. y Senyum dapat mengurangi stres. y Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan)

tubuh anda. y Senyum menurunkan tekanan darah anda. y Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. y Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda.

y Merapatkan hubungan persaudaraan. y Mudah menerima bantuan apabila diperlukan. y Tidak dianggap sombong y Kasih sayang sesama manusia bertambah erat

y

Sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapa maka hukumnya adalah haram dan kedua-duanya dikira berdosa. Jika seseorang memberi salam tetapi tidak bertegur sapa, apakah itu juga dikira berdosa ? Menurut Imam Syafie dan Imam Malik rhm, berpandukan hadis di atas, memberi salam itu sudah memadai kerana bahawasanya salam itu sudah menepati maksud bertegur sapa dan menghapuskan dosa. Manakala tidak bertegur sapa dengan ahli maksiat itu hukumnya adalah harus, sekiranya setelah diberi nasihat masih berdegil juga tidak mahu meninggalkan maksiatnya. Tetapi sekiranya ahli maksiat itu telah bertaubat maka wajiblah bertegur sapa dengannya. Mana-mana umat Islam yang tidak bertegur sapa, akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalah mereka berdamai. Sabit dengan keterangan hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, :

y y

: Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai.