12
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 MATH TRIP 2017 10,11 & 12 Mac 2017 –Program Math Trip telah berlangsung di Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia . Program ini disertai oleh 40 orang pelajar dan 2 orang staf dari Pusat Pengajian. Matlamat program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara persatuan. Program ini bermula di Pulau Perhentian untuk aktiviti snorkelling. Sebanyak lima tempat snorkelling yang telah dilawati iaitu Turtle Bay, Turtle Point, Turtle KK, Shark Point dan Lata Air Berani sehingga petang. Seterusnya aktiviti diteruskan ke Kuala Terengganu. Pada keesokan harinya, lawatan bersambung ke Pasar Payang, Pantai Batu Buruk, Masjid Kristal dan Kampung Losong. Rombongan bertolak balik pada pukul 4.00 petang dan sampai ke USM pada pukul 1.30 pagi. JIL. 1 BIL 01 (ISSN:2462-1390) http://www.usm.my JUN 2017 “Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba… datang tidak menentu masa… datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!” Prof. Dr. Hamka Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang Tel: 04-6533481 Fax: 04-6570910 https://www.facebook.com/matematikUSM (Penerbitan 2 kali setahun) Gambar Kenangan Math Family Day 2015 Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter Universiti Sains Malaysia Peserta Math Trip 2017 Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik Aktiviti Snorkeling Group Photo di Pantai Di Kuala Terengganu

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 1

MATH TRIP 2017

10,11 & 12 Mac 2017 –Program Math Trip telah berlangsung di KualaTerengganu dan Pulau Perhentian. Program ini dianjurkan oleh PersatuanSains Matematik, Universiti Sains Malaysia . Program ini disertai oleh 40orang pelajar dan 2 orang staf dari Pusat Pengajian. Matlamat program iniadalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara persatuan.

Program ini bermula di Pulau Perhentian untuk aktiviti snorkelling.Sebanyak lima tempat snorkelling yang telah dilawati iaitu Turtle Bay,Turtle Point, Turtle KK, Shark Point dan Lata Air Berani sehingga petang.Seterusnya aktiviti diteruskan ke Kuala Terengganu. Pada keesokanharinya, lawatan bersambung ke Pasar Payang, Pantai Batu Buruk, MasjidKristal dan Kampung Losong. Rombongan bertolak balik pada pukul 4.00petang dan sampai ke USM pada pukul 1.30 pagi.

JIL. 1 BIL 01 (ISSN:2462-1390) http://www.usm.my JUN 2017

“Peluang yang besar itu datangsecara tiba-tiba… datang tidakmenentu masa… datang disaat

kita kesempitan ataukesusahan.

Nilailah peluang itu dengansecara bijaksana. Rebutlahpeluang yang besar itu, keranapeluang yang besar itu bolehberlalu dengan tiba-tiba.Jangan jadikan seribu alasanuntuk tidak merebut peluang

yang besar itu!”

Prof. Dr. Hamka

Pusat Pengajian Sains MatematikUniversiti Sains Malaysia11800 USMPulau PinangTel: 04-6533481Fax: 04-6570910https://www.facebook.com/matematikUSM

(Penerbitan 2 kali setahun)

Gambar Kenangan Math Family Day 2015

Berita Pusat Pengajian Sains MatematikSchool of Mathematical Sciences Newsletter

Universiti Sains Malaysia

Peserta Math Trip 2017

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

Aktiviti SnorkelingGroup Photo di Pantai

Di Kuala Terengganu

Page 2: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 2

THE JOINT MATHEMATICS SEMINAR USM-UMT

Seminar Matematik Bersama USM-UMT telah diadakan pada 17Februari 2017 di Bilik Persidangan, Pusat Pengajian Sains Matematik,Universiti Sains Malaysia (USM). Seminar ini merupakan kolaborasi antarapelajar-pelajar pasca siswazah Pusat Pengajian Sains Matematik , USM danPusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan,UMT. Seminar inimemberi fokus kepada penyelidikan Matematik dan menjadi jambatankepada kolaborasi pada masa akan datang di antara kedua-dua buahuniversiti. Profesor Madya Dr. Teh Su Yean dari PPSM, USM merupakanpenceramah utama bagi seminar ini dengan ceramah beliau yang bertajuk“Perhubungan melalui Model Matematik.”

Seminar ini merupakan titik permulaan untuk mewujudkan hubungandua hala antara USM dan UMT. Inisiatif yang diambil ini dijangka akanmemberi perspektif yang baru dalam bidang penyelidikan dan ruang untukmengutarakan idea. Selain daripada bertukar idea dan maklumat, seminar inidiharapkan dapat membina hubungan yang kukuh antara pensyarah danpelajar USM dan UMT, justeru membuka ruang dan peluang untuk menemuihasil-hasil penyelidikan yang baru pada masa hadapan.

Seminar ini telah dihadiri seramai 61 pelajar dari USM dan UMT.Sejumlah 12 topik penyelidikan dibentangkan oleh pelajar-pelajar pascasiswazah. Matlamat utama seminar ini adalah untuk berkongsi penemuanbaru dalam penyelidikan yang memberi kebaikan kepada pelajar-pelajar USMdan UMT, pembentukan kemahiran insaniah apabila pembentang diujiberdasarkan pengurusan masa, kemahiran berkomunikasi, keyakinan diri dancara mengawal soalan daripada penonton, mengatasi ketakutan di ataspentas.Membuat kesalahan yang akan memberi isyarat untuk pembentangmembuat perubahan yang kukuh pada masa akan datang danmenghubungkan pelajar-pelajar baru USM dan UMT.

Pembentang telah berjaya meningkatkan mutu pembentangan yangboleh diaplikasikan semasa persidangan dan pembentangan viva. Parapeserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan sesama mereka melaluisoalan yang diajukan dan perkongsian maklumat.

Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili

Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail

Dr. Husna Hassan

Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey

Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli

Cik Hartini Ahmad

Cik Nur Atiqah Jamaluddin

Sidang Penerbit

Disediakan oleh:Nurul Ainina RedwanNur Fatihah FauziMohd Shareduwan

Peserta The Joint Mathematics USM-UMT

Page 3: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 3

I LOVE MATH

Calcophilic merupakan program I Love Math yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik dan telah dijayakanoleh persatuan pelajar sains matematik. Aktiviti pada sidang akademik ini melibatkan sekolah-sekolah yang berminatuntuk menganjurkan program ini kepada para pelajar mereka. Program ini merupakan permainan yang berkonsepkanmatematik. Penekanan kem ini ialah terhadap pemupukan minat pelajar sekolah dalam bidang matematik.

Objektif kem ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar sekolah dalam bidang matematik.Memperkenalkan kepada pelajar sekolah aplikasi matematik dalam kehidupan yang sebenar. Menggalakkan pelajarbersaing sesama sendiri secara sihat. Menjalinkan hubungan antara pelajar sekolah yang terlibat dengan pelajar PPSMserta melatih fasilitator mengawal keadaan melibatkan peserta yang ramai.

Jadual di atas menunjukkan program Calcophilic yang telah berjalan

Program di SK Convent Pulau Tikus.

Program dimulakan dengan sesi ice-breaking seterusnya aktiviti calcorobic berpandukan sifir diketuai olehpensyarah pengiring, Dr. Ahmad Lutfi sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum sesi booth dan cinematic dimulakan.Para peserta sangat aktif dan bersemangat sepanjang program dijalankan. Selain itu semangat berpasukan dalamkalangan pelajar dapat dilihat semasa mereka bersama-sama cuba memenangi setiap permainan beraplikasikanMatematik dan Sains diberikan kepada mereka.

Lokasi PenglibatanCalcophilic 1 : 11 Mac 2017 SK Convent Pulau Tikus 10 Pelajar USM

80 Pelajar SekolahCalcophilic 2 : 01 April 2017 SK Bertam Indah, Kepala Batas 30 Pelajar USM

260 Pelajar sekolahCalcophilic 3 : 9 Mei 2017 SMK Bayan Lepas 6 Pelajar USM

122 Pelajar Sekolah

Fasilitator I Love Math

Page 4: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 4

Program di SK Bertam Indah, Kepala Batas.

Program ini bermula seawal 8.00 pagi dengan wakil fasilitator membahagikan para pelajar kepada 16 buahkumpulan. Sebelum aktiviti booth bermula , para pelajar diberi penerangan tentang syarat-syarat serta cara aktiviti yangakan dijalankan. Setiap kumpulan juga akan menerima seorang fasilitator sebagai pembantu bagi memastikankelancaran program. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah seperti ice breaking , coin collection, jualbeli dan juga battle. Semasa coin collection sebanyak enam buah booth telah dibuka iaitu booth dual , smart centre ,math explorer, math performance , jengket sifir dan fast and quick. Para pelajar diberi masa selama 45 minit untukmengutip sebanyak mungkin coin untuk digunakan semasa battle nanti. Semua booth dibuka di tempat yang berbezabagi memastikan para pelajar tidak terlalu fokus pada satu booth sahaja.

Tepat jam 1730 petang , majlis penutupan telah dilakukan di dalam dewan sekolah. Wakil daripada PusatPengajian Sains Matematik ialah Dr. Nuzlinda bt Abdul Rahman , Dr. Mohd Hafiz b Mohd , Dr. Maisarah bt HajiMohamad dan Dr. Siti Amirah bt Abd Rahman. Diharapkan dengan adanya program seperti akan dapat memupuk minatpara pelajar terhadap subjek matematik.

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

Fasilitator I Love Math

Peserta I Love Math

Ice-breaking

Peserta menyelesaikan masalah

Battle Penerangan kepada peserta

Page 5: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 5

KUIZ MATEMATIK SEKOLAH MENENGAHPERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2017.

Kuiz Matematik Sekolah Menengah PeringkatNegeri Pulau Pinang merupakan salah satu aktivititahunan Persatuan Sains Matematik yang diadakanuntuk penyertaan sekolah-sekolah menengah diPulau Pinang sejak 1980an. Kuiz Matematikmerupakan usaha siswa-siswi Persatuan SainsMatematik dan Pusat Pengajian Sains Matematikuntuk meningkatkan nama USM dan menyemaikanminat pelajar dalam bidang matematik. Matematikmerupakan satu subjek yang dapat meningkatkandaya kreativiti dan pemikiran kritikal pelajar. Ciri-ciriini akan membantu pelajar dalam melanjutkanpelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi dankerjaya kelak.

Pada 22 April 2017 (8.30 pagi – 2.30 petang),Kuiz Matematik telah diadakan (di Dewan kuliah Wdan V) secara berpasukan dan dibahagikan kepadadua kategori iaitu kategori sekolah menengahrendah untuk pelajar tingkatan dua dan tiga sertakategori sekolah menengah atas untuk pelajartingkatan empat dan lima.

Objektif kuiz matematik adalah untuk:1. Meningkatkan minat pelajar sekolah menengah

dalam pelajaran matematik.2. Mendedahkan pelajar sekolah menengah

dengan masalah–masalah harian yang dapatdiselesaikan dengan menggunakan matematikyang dipelajari di peringkat sekolah.

3. Mendedahkan suasana universiti kepadapelajar-pelajar sekolah menengah dan sebagaigalakan dan panduan kepada mereka untukmelanjutkan pelajaran di institusi pengajiantinggi.

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

Antara yang terlibat

Ucapan Dari Penasihat Projek

Kuiz Sedang Berlangsung

Peserta Yang terlibat

Para Pemenang

Page 6: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 6

LAWATAN INDUSTRI KE INFINION

23 Mei 2017 – Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM)telah mengadakan lawatan industri ke TeknologiInfineon ( Kulim) Sdn. Bhd. Malaysia (IFKM). Lawatanyang dirangka oleh Prof. Dr Low Heng Chin ini disertai29 pelajar Prasiswazah dan diiringi seorang pensyarahDr. Majid Khan.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberipendedahan kepada pelajar mengenai kawalan kualiti,proses pengurusan serta analisis statistik dalammengenal pasti punca kerosakan dalam produk yangdikilangkan oleh IFKM di samping membolehkan pelajarmendapat maklumat penting sebagai asas persediaansebelum memulakan latihan industri dan melangkah kealam pekerjaan.

Pada julung kalinya, lawatan ke IFKMmenyaksikan penglibatan ahli pengurusan tertinggisyarikat yang sanggup meluangkan masa bersamadengan para peserta. Ahli pengurusan tertinggi yangturut memberikan taklimat kepada peserta yang hadir.Pengenalan kepada syarikat dan hasil produk syarikattelah di sampaikan oleh En Ng Kok Tiong ( Presiden danPengarah Urusan IFKM). Taklimat mengenai peluangpekerjaan di IFKM pula telah disampaikan oleh CikHaslinda Mohamad Yusof ( Eksekutif kanan sumbermanusi), Polisi pengurusan dan kualiti IFKM oleh Dr.Mohammed Reza Hussien ( Pengarah PengurusanKualiti), Fabrikasi dan pembuatan wafer oleh Mohamed

Anwar Ibrahim ( Ketua Jurutera Produksi IFKM), Analisiskegagalan produk semikonduktor oleh En. VimalesonGunaratnam ( Ketua Bahagian pengurusan kualiti) dansesi soal jawab bersama peserta.

Pelajar juga diberi pendedahan mengenai visi dan misi,polisi dan pengurusan syarikat, produk syarikat, kriteriastaf yang diperlukan syarikat, bagaimana syarikatmelatih serta mempertingkatkan kemahiran danpengalaman setiap staf, serta peluang pekerjaan daninternship yang menarik bagi lepasan graduan siswazahyang baru menerusi Infineon Graduate Programme(IGP).

Peserta lawatan industri

Pendaftaran sebelum masuk ke kawasan kilang

Disediakan oleh Dr. Majid KhanProf. Dr. Low Heng Chin

Taklimat dari En Ng Kok Tiong

Cenderahati Daripada PPSM ke Pihak Industri

Page 7: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 7

LAPORAN MATHCAFESEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2016/2017

Pada semester ini, program MathCafe telah dijalankanbagi dua kursus Tahun Pertama iaitu kursus MAT101(Kalkulus) dan MAT111 (Aljabar Linear). Terdapat sedikitpembaharuan dalam pelaksanaan program MathCafepada semester ini iaitu melalui pendekatan SesiTertutup dan Sesi Terbuka.

Untuk sesi tertutup, fokus utamanya ialah untukmembantu para pelajar yang mendapat gred yangrendah bagi kursus MAT100 pada Semester 1. Pelajaryang dipilih ialah pelajar yang mendapat gred B- kebawah dan juga pelajar yang mengulang. Seramai lebihkurang 35 orang pelajar telah terpilih untuk mengikutisesi ini. Para pelajar ini diwajibkan hadir ke sesi yangdikelolakan oleh Dr Mohd Hafiz (MAT101) dan Dr NurNadiah (MAT111) pada setiap minggu di BilikPersidangan. Pelajar yang mendapat gred yang baikdalam ujian kedua-dua kursus tersebut akandianugerahi Sijil Lonjakan Saujana dan tidak lagidiwajibkan untuk hadir ke Sesi Tertutup. Seramai empatorang pelajar dari Sesi Tertutup MAT101 dan lapanorang pelajar dari Sesi Tertutup MAT111 telah dipilihsebagai penerima Sijil Lonjakan Saujana. Manakalapelajar yang mendapat gred C+ ke bawah dalam ujiankedua-dua kursus tersebut akan dimasukkan dalam sesiyang berkaitan. Program motivasi pada Sesi Tertutupdengan kerjasama dua orang kaunselor pelatih yangditempatkan di pusat pengajian juga telah dilaksanakanbaru-baru ini.

Bagi Sesi Terbuka pula, pelajar bolehmenghadiri sesi yang disediakan untuk bertanyakansoalan kepada pensyarah dan tutor yang terlibat.Sebanyak dua sesi telah dijalankan pada semester iniiaitu pada Rabu, 3.00 - 5.00 petang dan Khamis, 11.00pagi - 1.00 petang, bertempat di Bilik Tutorial 107.Setiap sesi telah dibantu oleh dua orang tutor kursusMAT101 dan MAT111. Tutor-tutor yang terlibat ialahpelajar pascasiswazah pusat pengajian iaitu saudaraGhajendran a/l Poovanandran, saudara Teoh Zu Yao,

saudara Babarinsa Olayiwola Isaac dan saudara MarutMusa Josiah. Sesi ini turut dipantau oleh Dr Mohd Hafizdan Dr Nur Nadiah. Facebook khas MathCafe USM turutdibuka sebagai medium publisiti dan informasi, sertamenjadi sumber rujukan pelajar untuk mengulang kaji.

Diharapkan pada masa akan datang,pelaksanaan program MathCafe dapat ditambahbaikdari masa ke semasa untuk faedah bersama.

Disediakan olehDr. Yazariah Md. YatimDr. Nadiah Abd HamidDr Mohd Hafiz

Penyerahan sijil dariPemangku timbalan dekan

Tutor membantumenyelesaikan masalah

Suasana Pembelajaran

Sesi Motivasi

Penyerahan sijil dari dekan

Page 8: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 8

USM PENANG CUBE

Persatuan Sains Matematik, Universiti SainsMalaysia dengan kerjasama Malaysia Cube Club andWorld Cube Association telah mengambil inisiatif untukmenganjurkan pertandingan Rubik’s Cube di USM PulauPinang, dengan nama “ USM PENANG CUBE 2017”. Kaliterakhir pertandingan ini diadakan si Pulau Pinangadalah pada tahun 2011, iaitu Petrosains 2011 yangdiadakan di Seberang Perai.

Objektif program ini adalah untuk memupuksemangat berdaya saing secara sihat dalam kalangansemua peserta, melatih minda supaya dapat berfikirsecara logik dan lebih fokus dalam menyelesaikanpermainan rubik ini, meningkatkan keyakinan diriindividu untuk membuat sesuatu keputusan dalammenyelesaikan permainan rubik ini dan juga dapatmemperkenalkan USM dan Pusat Pengajian SainsMatematik kepada orang awam.

Seramai 73 orang peserta telah mengambilbahagian dalam pertandingan ini. 69 orang peserta dariMalaysia dan terdapat 3 orang peserta dari luar negara.Seramai 42 orang ahli jawatankuasa dari USM yangbertugas untuk program ini. Program dibawah arahanTalhah bin Mohamad Shirajudin dan penasihat programProf. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail ini telah berakhirdengan jayanya.

Pertandingan sedang berlangsung

Peserta

Hadiah kepada pemenang

Pertandingan sedang berlangsung

Pertandingan sedang berlangsung

Jenis Cube yang digunakan dalam pertandingan

Peserta sedang mencuba cubic

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

Page 9: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 9

MATH NIGHT

20 Mei 2017- Program Math Night yang dianjurkan olehPersatuan Sains Matematik, USM telah diadakan diHotel Gurney Resort, Pulau Pinang. Program ini disertaioleh 86 orang pelajar, 5 orang pensyarah dan 2 orangstaf pentadbiran. Matlamat program ini adalah untukmengeratkan hubungan silaturahim antara ahlipersatuan serta menghapuskan jurang dalam kalanganpelajar senior dan junior Pusat Pengajian SainsMatematik.

Program ini merupakan program tahunanpersatuan pelajar. Pengarah projek pada semester inisaudara Nur Sabrina Binti Mohd Fairus dan Dr NuzalindaAbdul Rahman ( Pemangku Timbalan Dekan) sebagaipenasihat projek. Pelbagai aktiviti telah dirangka dandijalankan sepanjang majlis antaranya ialahpersembahan daripada pelajar, cabutan bertuah,permainan, pemilihan King dan Queen serta sesibergambar. Program berakhir pada pukul 11.30 malam.

BENGKEL MATEMATIK

Pada 18 dan 19 Mac 2017 , Bengkel Matematiksekolah rendah peringkat Pulau Pinang telah dianjurkandi Bangunan G03, Universiti Sains Malaysia danmeraikan ulang tahun ke-5. Tiga objektif utama bengkelini telah tercapai iaitu meningkatkan minat dalamkalangan pelajar sekolah rendah terhadap matapelajaran matematik , melatih pelajar untuk menguasaiKBAT melalui penyelesaian masalah matematik danmelatih serta memupuk kreativiti pelajar melaluipenghasilan kaedah sendiri semasa menyelesaikanmasalah matematik.

Pada tahun ini, sebanyak 74 orang murid dari 20buah sekolah rendah di seluruh Pulau Pinang telahterlibat dalam bengkel matematik ini. Terdapat empattopik telah diajar dalam Bengkel Matematik 2017 iaitulogik , kebolehbahagian, pola dan corak dan pecahan.Topik logik mengajar pelajar bagaimanamendedukasikan untuk mendapat suatu penyelesaiandengan menggunakan petunjuk dan andaian. Topikkebolehterbahagian mengajar pelajar konsepketerbolehbahagian yang sangat berkaitan tetapi tidakterkandung dalam sukatan Matematik sekolah rendah.Selain itu, topik pola dan corak mengajar muridbagaimana mengakap dan mengumpul corak-coraksesuatu masalah dengan sistematik dan seterusnyamenyelesaikan masalah tersebut. Topik pecahan pulamengajar konsep penting pecahan dalammenyelesaikan masalah yang berkaitan.

Group Photo Math Night

Suasana semasa majlis berlangsung

Pensyarah dan pelajar yang terlibat

Peserta bengkelbersama fasilitator

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik

Page 10: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 10

KARNIVAL MATEMATIK

Persatuan Sains Matematik dengan kerjasama Pusat Pengajian buat kali yang kedua telah menganjurkankarnival matematik 2017. Karnival pada kali ini mempunyai 8 subprogram yang diadakan di pelbagai lokasi sekitar USMdan Pulau Pinang. Objektif karnival matematik adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar akankeistimewaan dunia matematik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, karnival matematik jugabertujuan untuk mengasah bakat yang terpendam dalam diri pelajar.

Math Got Talent

Sebanyak 29 penyertaan telah menyertai uji bakat Math’s Got Talent 2017 yang berlangsung pada 11 dan 12 April 2017.Penyertaan yang disertai oleh para peserta kebanyakan terdiri daripada nyanyian, tarian, sajak dan lain-lain.Pemarkahan mereka diadili oleh 3 orang juri semasa uji bakat berlangsung. Tapisan dibuat pada 11 April dan sebanyak12 penyertaan yang berjaya ke peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Budaya.

Para peserta yang berjaya ke pusingan akhir antaranya The Rabak, Cempedak Nangka, Chakroz, Idol Band,Roysten, Syahrul, Ihsan Syami, Syazne and Dian, Beuty and the Beast, Buncits N Petites, Alfian dan Daus. Pemarkahanuntuk pusingan akhir ditentukan oleh 4 orang juri profesional yang berlatarkan bidang seni. Gob Bob and The Juans,Headone and The Wayang telah diundang untuk membuat persembahan bagi memeriahkan suasana.

Tempat pertama telah dimenangi oleh The Rabak dengan membawa pulang wang sebanyak RM 300.00. Tempatkedua dimenangi oleh Alfian dan membawa pulang RM 200.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh Daus sebanyak RM100.00. Dr Nuzalinda Abdul Rahman( Pemangku Timbalan Dekan ) telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Prihatin Ummah @ Harapan Untuk Gelandangan

13 April 2017- Prihatin Ummah atau Harapan Untuk Gelandangan merupakan program menyantuni para gelandangan disekitar bandar Georgetown. Program ini dijalankan oleh Persatuan Sains Matematik USM di bawah projek karnivalmatematik 2017 disertai seramai 32 orang sukarelawan termasuk ahli jawatankuasa yang terlibat. Program ini bertujuanmemberi kesedaran kepada mahasiswa-mahasiswi tentang keadaan masyarakat masa kini dan menerapkan nilaikeberanian dalam mendekati golongan gelandangan ini. Program ini dijalankan dengan usaha sama dengan NGO lainiaitu Urus setia Menangani Gejala Sosial(UNGGAS). Pihak UNGGAS banyak memberikan tunjuk ajar kepada sukarelawantentang cara mendekati dan menyantuni para gelandangan ini.

Johan Pertandingan Ahli Jawatankuasa Math Got Talent Naib Johan

Page 11: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 11

Program ini bermula pada jam 10.00 malam. Para sukarelawan berkumpul di masjid kapitan Keling untukmendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil UNGGAS. Para sukarelawan dipecahkan kepada 3 kumpulan.Kumpulan pertama beroperasi di sekitar Lebuh Chulia , kumpulan kedua di sekitar Komtar manakala kumpulan ke tigapula beroperasi di sekitar Masjid Kapitan Keling. Operasi dijalankan dengan mengagihkan makanan kepada paragelandangan dan bertanya khabar. Sebanyak 100 bungkus bihun goreng, 100 buku roti dan 5 kotak air minuman telahdisediakan untuk program ini. Program diakhiri dengan rumusan yang telah dikendalikan oleh Saudara Nazmi, wakilUNGGAS dan berakhir pada jam 1.30 pagi.

Art Of Math

15 April 2017 - Art Of Math merupakan aktiviti berkonsepkan Explorace. Terdapat enam kumpulan telah melibatkan diridalam aktiviti tersebut. Setiap stesen dibekalkan dengan soalan matematik yang menarik. Soalan stesen mengandungipengetahuan matematik termasuklah logik, statistik, cacthing pattern dan sebagainya.

Melalui aktiviti ini, mereka dapat menguasai pengetahuan matematik secara menyeluruh. Art of Mathmembolehkan peserta mengetahui bahawa matematik bukan hanya terlibat dengan pengiraan , tetapi juga terlibatdalam kehidupan seharian.

Team Building

16 April 2017- ceramah Beauty of Fundamental Science bermula pada 10.00 pagi sehingga 1.30 disampaikan oleh Dr.Nazri Halif pensyarah Unimap yang juga merupakan alumni USM. Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak Alumnikerjaya dan kebolehpasaran.

Pendaftaran Peserta Peserta Cuba Menyelesaikan Masalah Hadiah Kepada Pemenang

Sesi Taklimat Penyerahan Makanan Kepada Gelandangan Peserta Yang Terlibat

Page 12: Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of ... · PDF fileBerita Pusat Pengajian Sains Matematik 1 ... Peserta The Joint Mathematics USM-UMT. ... rendah untuk pelajar tingkatan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik 12

Seramai 45 orang peserta yang menghadiri ceramah ini. Dr Hafiz Mohamad wakil Pusat Pengajian SainsMatematik dan En. Kasyfi wakil dari pihak alumni turut serta menghadiri ceramah tersebut. Ceramah ini bertujuan untukmenarik minat pelajar untuk mendalami ilmu sains dan mengamati keindahan.

Tid Bits

17 April 2017- program yang diinspirasikan oleh exco alumni dan perhubungan awam, persatuan sains matematik.program ini bertujuan untuk berkongsi serta menjawab segala persoalan dan pertanyaan mengenai perkaitan antaraFalsafah dan Matematik. Program ini juga bertujuan menambah pengetahuan kepada mereka yang ingin mengetahuiilmu falsafah dan matematik walaupun mereka berada dalam bidang pengajian yang lain.

Program ini terdiri daripada 21 orang jawatankuasa dan 90 orang peserta. Forum ini disampaikan oleh DrBurhanuddin Al Helmy Baki, pensyarah daripada Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang berlatarbelakangkan seorangmahasiswa yang sangat bijak dan pernah belajar di Massachusets Institute of Technology (MIT). Beliau memberipenerangan dan penjelasan yang mudah untuk difahami serta memberi perkaitan mengenai Falsafah dan Matematikdengan memberikan contoh yang mudah untuk digambarkan.

Dr Nazri Halif Peserta Yang Hadir Ahli Jawatankuasa Program

Ceramah Dr. Burhanudin Al-Helmy Baki Soal Jawab Kepada Panel

Penyampaian Cenderahati Soal Jawab Kepada Panel

Disediakan oleh Persatuan Sains Matematik