25
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN Pengenalan Bahasa Melayu adalah salah satu daripada perjuangan orang Melayu dalam membentuk sebuah negara Malaysia yang merdeka. Ini tercapai apabila bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk mentadbir negara dan juga menyampaikan pendidikan kepada rakyat. Dari segi sejarah, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, dengan jelas memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perlaksanaannya memastikan bahasa Melayu selepas 10 tahun dari tarikh kemerdekaan akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam urusan rasmi pentadbiran melainkan diperuntukannya selanjutnya oleh Parlimen. Manakala dalam Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah menyatakan bahawa pada dan selepas bulan September 1967, bahasa kebangsaan mestilah digunakan bagi maksud- maksud rasmi. Perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan di negeri Sabah dan Sarawak adalah berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ini adalah

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU

Citation preview

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Pengenalan

Bahasa Melayu adalah salah satu daripada perjuangan orang Melayu dalam membentuk sebuah negara Malaysia yang merdeka. Ini tercapai apabila bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk mentadbir negara dan juga menyampaikan pendidikan kepada rakyat.

Dari segi sejarah, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, dengan jelas memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perlaksanaannya memastikan bahasa Melayu selepas 10 tahun dari tarikh kemerdekaan akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam urusan rasmi pentadbiran melainkan diperuntukannya selanjutnya oleh Parlimen. Manakala dalam Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah menyatakan bahawa pada dan selepas bulan September 1967, bahasa kebangsaan mestilah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.

Perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan di negeri Sabah dan Sarawak adalah berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ini adalah kerana Sabah dan Sarawak hanya menjadi sebahagian daripada Malaysia selepas tahun 1963 selain masalah kekurangan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang fasih dan cekap dalam penggunaan bahasa Melayu. Walaupun demikian, negeri Sabah telah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pada tahun 1973. Manakala negeri Sarawak yang menghadapi lebih banyak masalah hanya memulakan perlaksanaannya pada tahun 1985. Seperkara yang terpenting di dalam membicarakan tentang kedudukan dan peranan bahasa melayu adalah kronologi perjuangan memartabatkannya di persada nasional. Kini, bahasa melayu bukan lagi bahasa tempelan, bahasa kampungan atau bahasa kelas dua dalam negara. Ia adalah bahasa kebangsaan yang wajar dirakyatkan penggunaannya. Pedulikan soal bangsa dan perkauman kerana asas perpaduan masyarakat dalam Negara ini adalah satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu. Inilah natijah perjuangan umarak, ulama dan ahli profesional terdahulu yang harus dikenang dan dihayati bersama. Justeru melihat kepada besar dan agungnya perjuangan para sarjana dan cendikiawan melayu dalam memartabatkan bahasa melayu di persada perdana di negara ini, maka kami merasa amat terpanggil untuk meneruskan kesinambungan usaha mulia ini. Adalah amat diharapkan usaha kecil ini akan dapat membantu (sekurang-kurangnya) memugar kembali pembudayaan bahasa melayu di kalangan masyarakat utama di Negara Malaysia tercinta ini. Bagi memudahkan perbincangan tentang tajuk : Kedudukan dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan maka kami telah mengklasifikasikan Kedudukan Bahasa Melayu Sebelum Penjajahan

Berdasarkan bukti dan catatan berkaitan sejarah Bahasa Melayu yang konkrit, kita dapati bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa kebangsaan oleh Kerajaan Melayu di Sumatera pada permulaan abad ke tujuh.dan pada akhir abad itu. Tatkala muncul kerajaan Sri Wijaya iaitu sebuah empayar bumiputra yang besar dan yang pertama di kepulauan melayu , maka bahasa melayu merebak luas di seluruh asia tenggara sebagai bahasa rasmi pemerintah , bahasa perhubungan antarabangsa , bahasa perdagangan dan bahasa ilmu pengetahuan.

Pada mulanya Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan melayu sahaja. Asalnya bahasa melayu bukanlah bahasa yang penting. Namun oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinannya menerima segala unsur luar dan sifatnya yang dapat dibentuk buat segala keperluan, maka lahirlah bahasa melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu.

Melaka telah wujud sebelum 1400 tahun lagi. Pada abad ini Agama Islam mulai bertapak dengan kukuhnya di nusantara khasnya di Sumatera utara. Hikayat Raja Pasai merupakan hasil sastera sejarah yang penting telah ditulis dalam bahasa melayu dengan tulisan arab. Struktur bahasanya baik dan sesuai dengan zamannya. Bahasa Arab ,Sanskrit dan Parsi jelas terjalin dengan mudah disamping bahasa melayu yang baik .

Dalam tahun 1400-1511, penulisan yang bercorak agama amat pesat perkembangannya . Para ulama memainkan peranan penting di dalam penulisan karya berbahasa melayu hasil terjemahan daripada bahasa Arab dan Parsi, contohnya Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah adalah tiga karya Parsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Hikayat hikayat ini telah berjaya menjadi inspirasi yang membakar jiwa perajurit untuk menentang portugis pada tahun 1511. Zaman ini juga alim ulamak giat memperkenalkan buku buku yang bercorak islam dan menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu seperti kitab Darul Manzum..

Tahun tahun 1400-1511 juga merupakan abad penting dalam sejarah kegemilangan Melaka .Bahasa melayu telah memainkan peranan bukan sahaja sebagai lingua franca tetapi juga sebagai bahasa kesusasteraan , kebudayaan dan bahasa rasmi istana serta bahasa menyebarkan agama.

Kedudukan Bahasa Melayu selepas penjajahan

Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.Aceh(1528-1700) mengambil alih tugas melindungi orang islam dan agama islam dengan mendapat sokongan daripada tokoh tokoh Asia Barat .Pada zaman ini kesusasteraan melayu islam pesat berkembang ..Kitab kitab agama dalam bahasa melayu banyak terhasil.

Perlaksanaan penyebaran bahasa melayu pada ketika itu adalah seperti berikut

1) sebagai media persuratan

2)Tulisan arab diterima sebagai tulisn orang melayudan penggunaannnya telah tersebar.

3)muncul sebagai bahasa intelektual

Peranan Orang Barat dalam Perkembangan Bahasa Melayu

Mereka datatang ke rantau ini terdiri daripada ahli pelayaran ,peniaga ,pentadbir dan intelektual.Antara tahun 1519-22 seorang ahli pelayaran iatali bernama Pigafette telah berjaya mengumpulkan kamus kecil bahasa melayu dan itali .

Selain dari golongan di atas ramai juga kalangan pengunjung Eropah yang terdiri daripada sarjana .Mereka berusaha mengkaji dan mempelajari bahasa nelayu dan kandunagn bahan kesusasterraan kerana bahasa itu menjadi lingua franca di nusantara ..

Ramai dikalangan orang eropah mula mendekati hasil kesusasteraan dan kebudayaan melayu bertujuan untuk kepentinagn imperialisme,ekonomi di samping minat untuk mengkaji budaya timur..Beberapa orang tokoh pengembang agama turut mengambil bahagian dalam mengkaji bahasa melayu dengan tujuan pendakwahan .Mereka telah mengambil sumber portugis dan menterjemahkannya ke dalam bahasa belanda daN Inggeris .Antara tokoh utama ialah Father David Haex.The New Testament dan The Old Testament telah diterjemahkan kedalam bahasa melayu pada tahun 1731 dan 1733

Kedudukan Bahasa Melayu Sebelum Penjajahan

1824-1920

Tahun 1824 membawa lembaran baru apabila kolonial Belanda dan British telah menentukan garis pemisah diantara tanah melayu dengan Indonesia. Syarikat India Timur Inggeris mula memupuk tokoh tempatan supaya berfikir secara barat. Antara tokoh yang menjadi kakitangan Inggeris adalah Munsyi Abdullah. Beliau mendapat didikan daripada Inggeris tentang cara membuat penyelidikkan yang baik dengan cara membuat pemerhatian dan penyelidikan yang menjurus kepada teknik kewartawanan yang baik. Dengan itu, Abdullah telah menyatakan pandanganya betapa bahasa Melayu itu masih jauh ketinggalan kerana sikap masyarakatnya sendiri yang jauh ketinggalan daripada kemajuan seperti di barat. Bagaimanapun pada waktu itu, naskhah Melayu lama amat dihargai oleh barat sehinggakan Munsyi Abdullah telah diminta untuk mengumpulkanya untuk disimpan di London. Amat malang apabila kapal yang membawa khazanah tersebut terbakar di Laut Bengkahulu dan kebanyakkan daripadanya musnah sama sekali.

Pada masa tu juga kedudukan bahasa Melayu sebenarnya diterima oleh masyarakat lain. Orang Belanda dan Cina banyak menulis tentang kisah mereka seperti kisah keganasan Cina, yang telah diterjemahkan daripada bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu. Pada sekitar tahun itu juga, di negeri Selat banyak terdapat akhbar yang di biayai oleh orang dari negara India. Beberapa artikel dalam akhbar tersebut telah dterjemahkan ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa Hindustan seperti Hikayat Gul Bakawali dan Hikayat Kamarulzaman.

Kedudukan bahasa Melayu pada zaman tersebut semakin kukuh apabila ramai pegawai Belanda dan Inggeris mula menjalankan kajian, penyelidikan dan penulisan masyarakat Melayu. Meraka mendapati sebenarnya pada masa itu hasil penulisan Melayu telah merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti sastera dan lisan, kepercayaan, kebudayaan dan lain-lain lagi. Sebenarnya penulisan-penulisan di zaman itu banyak di pengaruhi oleh pelbagai unsur luar hasil daripada percampuran dengan pelbagai jenis masyarakat di kota Melaka suatu ketika dahulu. Pengaruh yang paling kuat dikesan seperti Arab, mungkin kesan pedagang yang datang ke tanah Melayu disamping pengaruh Parsi dan lain-lain.

Tempat bahasa Melayu semakin mendapat perhatian apabila beberapa pegawai Inggeris mengumpul bahan kesusasteraan Melayu ringkas agar dapat dijadikan bahan bacaan di sekolah-sekolah. Antara maqalah yang dipilih seperti Hikayat Sang Kancil, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa dan Hkayat Awang Sulong Merah Muda. Bahasa Melayu mula diminati oleh masyarakat Inggeris sehinggakan R.O Winstedt, seorang pegawai Inggeris berjaya menyiapkan karya dalam bahasa Melayu seperti Jaya Waras dan Kamus Melayu Inggeris pada 1918.

Pada tahun 1922, DYMM Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah mendesak agar ditubuhkan sebuah maktab perguruan, yang kemudianya dinamakan dengan Maktab Perguruan Sultan Idris yang di dirikan di Tanjung Malim, Perak. Dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris ini, kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila guru-guru yang di lahirkan kebanyakkanya menjadi tokoh dan pejuang kepada bahasa kebangsaan. Selepas itu, Maktab Perguruan Sultan Idris telah menubuhkan sebuah pusat penerbitan yang dikenali dengan nama Pejabat Karang Mengarang; yang berfungsi sebagai pusat penerbitan bahan bacaan para pelajar dan guru. Pendeta Zaba adalah antara mereka yang di pertanggungjawabkan untuk memperkembangkan fungsi Pejabat Karang Mengarang khusus dalam bidang penulisan, penterjemahan dan juga penerbitan bahan berbahasa Melayu. Bahasa Melayu semakin diminati ramai apabila terdapat beberapa tokoh yang menterjemahkan karya agung luar negara ke bahasa Melayu seperti Syed Syeikh al-Hadi yang telah menerjemah vovel popular Mesir Hikayat Faridah Hanum.

Era 1930-an

Melangkau ke tahun 1930-an dan 40-an, menjadi era gelombang kemunculan nasionalisme Melayu. Semangat ini disemai melalui penulisan cerpen, puisi dan novel dalam bahasa Melayu. Penerbitan akhbar seperti Pengasuh dan Majlis umpama pemangkin kepada kemantaban kedudukan bahasa Melayu. Kritikan terhadap penjajahan menjadi agenda utama disamping mula membincangkan tentang hala tuju masyarakat Melayu. Penubuhan gagasan Malayan Union pada 1946 menjadikan begitu ramai tokoh mempergiatkan usaha dalam menegakkan bahasa Melayu seperti Keris Mas, A.Samad Ismail, Tongkat Warran dan Asyraf. Agenda meningkatkan kesedaran kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu menjadi teras perjuangan mereka. Mereka juga menyedarkan mahasiswa Universiti Malaya di Singapura agar memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan seharian. Aminuddin Baki dan Abdullah Ayob merupakan sebahagian mahasiswa yang menjadi penggerak kepada usaha ini.

Penubuhan Dewan Bahasa dan Putaka pada 1956 membawa lembaran baru kepada kedudukan bahasa Melayu. Fungsi utamanya ketika itu untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu didalam segenap keadaan. Semakin banyak buku dan majalah ilmiah diterbitkan berbahasa Melayu disamping mempergiatkan penterjemahan karya asing ke bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila DBP mengorak langkah mencipta istilah-istilah baru di dalam bahasa melayu khususnya di dalam bidak akademik.

Di samping DBP, kerajaan juga telah menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa yang berperanan khusus melatih para guru yang akan ditugaska mengajar bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Selain itu, ianya juga giat menjalankan penyelidikan terhadap bahasa-bahasa yang digunakan di Semenanjung Malaysia serta membuat analisis tentang kaedah pengajaran yang paling efektif kepada subjek bahasa melayu. Daripada pelbagai usaha ini, lahir begitu ramai cendiakawan bahasa yang pada hari ini begitu dikenali seperti Prof. Asmah Omar, Prof. Nik Safiah Karim dan juga Saudara Awang Sariyan

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAANSebuah negara seperti Malaysia yang mengandungi pelbagai masyarakat etnik yang berlainan dan menuturkan bahasa-bahasa yang berlainan, maka bahasa kebangsaan menjadi satu alat penting untuk menggalakkan perpaduan.

Pada 31 Ogos 1957 iaitu selepas Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan, perlembagaan negara telah digubal dan diluluskan bahawa bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa Kebangsaan. Pada tahun sebelumnya itu, sebuah Dasar Pendidikan negara (Laporan Razak 1956) dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang dipersetujui oleh semua golongan masyarakat. Tujuan utamanya ialah mempersepadukan rakyatnya melalui dasar pelajaran negara dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu juga diharapkan akan menggantikan bahasa Inggeris dalam pentadbiran. Ini diharapkan dapat terhasil selepas sepuluh tahun dan perubahan itu dirancangkan supaya berlaku secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, dasar itu masih melindungi bahasa-bahasa lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Dengan kata lain, walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi pembelajaran dan pengembangan bahasa-bahasa masyarakat lain tidak akan dihalang.

Bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Artikel 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan Pindaan 1963/67, (Di-semak-1971)

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendak-lah di-tulis dalam apa2 tulisan sabagaimana yang di-peruntokkan dengan undang2 oleh Parlimen

Butir Perlembagaan ini telah dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia waktu itu.

Dari Perkara 152 dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/71) jelaslah bahawa Malaysia sememangnya telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap pentingnya mewujudkan satu bahasa kebangsaan di negara ini, iaitu bahasa Melayu. Di samping itu, kita juga perlu memberi pertimbangan sewajarnya kepada kaum lain yang tinggal di negara ini yang juga mempunyai bahasa dan budaya yang berlainan. Oleh yang demikian, bahasa-bahasa vernakular tidak akan diketepikan dalam memperkasakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Perlembagaan itu juga masih memberi tempat istimewa kepada bahasa Inggeris di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen untuk selama sepuluh tahun. Manakala Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada Jun 1956 adalah bertujuan untuk memperlengkap dan memperkemaskan lagi bahasa Melayu di samping mencetak bahan bacaan berbahasa Melayu, menyelaraskan ejaan, mencipta istilah dan kamus, menganjurkan gerakan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Penubuhannya mempunyai erti yang amat besar kerana berjaya memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.

Kebudayaan Melayu sebagaimana yang kita ketahui dalam masa yang telah lalu dan juga bahasa Melayu itu sendiri merupakan sebahagian daripada perkembangan kebudayaan yang dibawa oleh arus sejarah. Dengan kata lain pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia adalah diasaskan daripada perjalanan sejarah negara yang tersendiri di samping wujudnya kepelbagaian kaum dalam komuniti penduduk didalamnya sejak dahulu lagi.

Sememangnya telah diketahui, matlamat utama perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan adalah bertujuan untuk merealisasikan penyatuan yang lebih kukuh di antara kaum-kaum yang mendiami negara ini. Di samping itu juga untuk menggalakkan pertumbuhan satu corak kebudayan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di negara ini.

Jika dikaji dengan teliti, penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca bukanlah satu perkara baru. Malahan sejak berabad-abad yang dahulu bahasa Melayu sudah dijadikan bahasa perantaraan dalam kebanyakan urusan meliputi pelbagai bangsa. Terdapat juga ada yang mengemukakan pendapat bahawa bahasa Melayu telah digunakan umum sebagai lingua franca sejak kurun yang kelapan lagi. Pendapat ini berdasarkan kepada laporan dan kesimpulan yang kita dapati mengenai kisah-kisah zaman itu yang dicatatkan oleh seorang ahli pelayaran Cina yang beragama Buddha yang bernama I Tsing.Baliau telah melawat ke gugusan pulau-pulau Melayu sekitar tahun 672 Masehi.

Bahasa Melayu yang kemudiannya telah ditukar kepada istilah bahasa Malaysia pada tahun 1969, penentuannya sebagai bahasa kebangsaan adalah satu penghormatan yang paling tinggi bagi bahasa tersebut. Bahasa Kebangsaan sesuatu negara memang bertujuan untuk memenuhi keperluan sentimen rakyatnya. Dengan satu bahasa sudah semestinya akan membawa satu kesedaran Kebangsaan yang amat tinggi di dalam jiwa rakyat di negara ini. Penggunaannya yang secara meluas dan terancang di dalam segala urusan pentadbiran, ekonomi, perundangan, pendidikan dan sebagainya samada kerajaan mahupun swasta telah jelas membawa kejayaan bagi Malaysia dalam usaha memperkenalkan bahasa Melayu di serata dunia. Kini hasilnya telah mencapai kejayaan yang amat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu.

Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Peranan Bahasa Melayu dalam Pembentukan Identiti Nasional

Bahasa merupakan satu unsur penting yang dapat membentuk identiti sesebuah negara. Oleh itu, adalah wajar bagi Malaysia mempunyai sebuah bahasa kebangsaan sendiri. Selain daripada membentuk identiti nasional, bahasa kebangsaan juga dapat menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara adalah tepat sekali memandangkan pada hakikatnya bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda orang Melayu yang merupakan penduduk tempatan yang paling ramai (terbesar bilangannnya). Dengan dijadikan bahasa rasmi dan kebangsaan, pendaulatan bahasa Melayu dapat ditingkatkan dan peningkatan tersebut dapat menjamin penggunaan bahasa Melayu secara meluas. Bahasa kebangsaan yang tidak digunakan di segenap lapangan dan di semua peringkat dengan meluas tidak akan menjadi satu bahasa yang maju dan moden. Ini pernah berlaku kepada bahasa Melayu yang menjadi beku serta diabaikan pada zaman penjajahan Inggeris. Bahasa Melayu pada ketika itu hanya memenuhi berfungsi perhunbungan harian sahaja. Sekalipun masyarakat ketika itu diperkenalkan kepada pelbagai bidang ilmu yang baru, namun bahasa Melayu tidak diberi peluang untuk menjadi pengantar atau alat pendukung ilmu itu. Pengetahuan sains dan teknologi bertambah dengan pesatnya tetapi pertumbuhan bahasa Melayu terbantut di tengah jalan. Kebimbangan para pecinta bahasa terhadap pengalaman dan sejarah bahasa Melayu menjadi lesu dan kaku lantaran pengaruh penggunaan bahasa penjajah kian menampakkan kebenarannya. Kenapa tidak, bukankah sudah dicadangkan, bahkan telahpun dilaksanakan penggunaan bahasa Inggeris di dalam pengajaran sains dan matematik. Justeru, mungkinkah masih wajar diperjuangkan bahasa ini?

Peranan Bahasa Melayu dalam Sektor Awam Pada peringkat awal perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, terdapat beberapa kelemahan dari segi penguasaan bahasa tersebut di kalangan penjawat atau kakitangan sektor awam. Jika merujuk kepada anggaran guna tenaga mengikut sektor, unjuran pada tahun 1980-1985 dalam kajian separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) menunjukkan terdapat seramai 895 500 orang kakitangan awam. Di kalangan jumlah yang agak ramai ini, terdapat sebilangan individu yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik dan ini merupakan salah satu faktor masalah di dalam perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Walaubagaimanapun, masalah tersebut telah dapat diatasi secara berperingkat melalui beberapa program dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaaan seperti Dasar Pelajar Kebangsaan. Melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi sejak tahun 1983. Oleh yang demikian, kebanyakan para pemohon pekerjaan sektor awam yang sudah tentu sekurang-kurangnya berkelayakkan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik. Natijahnya jumlah kakitangan awam yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu semakin berkurang dari semasa ke semasa.

Selain itu, penguasaan bahasa Melayu juga dijadikan syarat untuk kenaikan pangkat sejak tahun 1973. Pada tahun 1978, Peperiksaan Am Kerajaan telah diperkenalkan dan pegawai kerajaan dikehendaki lulus dalam peperiksaan ini sebelum disahkan jawatan atau dinaikkan pangkat. Lantaran adanya syarat yang mewajibkan lulus dalam peperiksaan tersebut, pegawai kerajaan akan sentiasa memperbaiki kemampuan bahasa Melayu mereka.

Secara umumnya, tahap penggunaan bahasa Melayu di dalam sector awam adalah memuaskan. Ini berdasarkan peratus penggunaan bahasa penggunaan bahasa Melayu yang tinggi dalam urusan pentadbiran jabatan kerajaan, iaitu lebih 84 peratus malah terdapat sesetengah sektor perkhidmatan yang menggunakan seratus peratus bahasa Melayu. Faktor majoriti penjawat awam berbangsa Melayu serta komitmen yang tinggi daripada kerajaan terutama dalam mengeluarkan pekeliling dan kenyataan rasmi amat mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu di dalam sektor awam.

Peranan Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan

Laporan Razak 1956 merupakan titik tolak kepada usaha melaksanakan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam bidang pendidikan. Matlamat Laporan Razak ialah bertujuan menyatukan semua anak-anak dari semua bangsa di dalam negara supaya menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa iaitu dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Di bawah ini dinyatakan perenggan 12 di dalam Laporan Razak yang menyebutkan bahawa Matlamat Laporan Razak ialah bertujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah dperbuat dengan beransur-ansur . Laporan ini secara tegas telah memberi tempat yang utama kepada bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan dan ini memungkinkan bahasa Melayu berkembang menjadi satu bahasa ilmiah dan berkeupayaan menjadi penyalur dan alat mengungkapkan segala bidang ilmu dan aspek kebudayaan.

Sebelum laporan ini, penggunaan bahasa Melayu adalah terbatas dan tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi bahasa ilmu. Selanjutnya Laporan Razak 1956 diikuti oleh satu semakan yang menghasilkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan Rahman Talib telah mengkaji semula serta menilai tahap pencapaian yang dicadangkan oleh Laporan Razak pada tahun 1956 supaya matlamat dasarnya boleh dicapai. Pada bulan September 1974, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji semula perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini telah menghasilkan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran pada 7 November 1979. Di antara isu-isu yang diberikan perhatian oleh jawatankuasa ini ialah sistem pendidikan, kurikulum, disiplin di sekolah, pengurusan, kemudahan dan perbekalan pelajaran. Hasil daripada kajan ini, beberapa resolusi telah dibuat bagi memantap serta mempertingkatkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Kini sudah lebih 20 tahun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi pendidikan yang bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti. Perlaksanaan dasar ini bermula sejak tahun 1983 apabila semua kursus tahun pertama di universti tempatan telah disampaikan dalam bahasa Melayu. Selanjutnya perlaksanaan dasar tersebut telah diperkukuhkan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa pada tahun 1985. Natijahnya, lahirlah sebuah laporan yang dikenal sebagai Laporan Kabinet 1985. Laporan ini bukan sahaja telah memperkukuhkan kemajuan sistem pendidikan bahkan terus mendokong dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. Berikut adalah sebahagian pernyataan di dalam Laporan Kabinet 1985 yang memprihatinkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysa adalah ditujukan untuk menyatukan berbagai-bagai penduduk dalam negara (di samping menjadikannya) sebagai bahasa untuk memperoleh ilmu. Sejajar dengan hasrat ini bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah dan kelulusan dalam peperiksaan Bahasa Malaysia menjadi syarat wajib bagi mendapat sijl-sijil tertentu peperiksaan pada beberapa peringkat pendidikan. (Laporan Kabinet, 1985). Di atas usaha dan perjuangan ini, maka pada hari ini pendidikan di negara in boleh diperolehi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya bermula dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya pengajian tinggi. Justeru jika ditanya kepada kita tentang sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu di dalam arena pendidikan, maka jawapan yang paling wajar ialah kejayaan anak-anak bangsa di dalam pengajian dan kerjaya mereka. Ini kerana setiap kejayaan yang mereka perolehi pada waktu ini adalah berasaskan sistem pendidikan yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmunya. Kalau mereka pada hari adalah seorang doktor perubatan, maka tentunya asas-asas ilmu perubatan (subjek sains) telah dipelajari dengan pengantarnya adalah bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Begitulah jua kepakaran dalam bidang yang lain seperti bidang guaman, kehakiman, ekonomi dan perniagaan, pastinya bermula dari asas yang difahami dengan bahasa Melayu.

Peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Sektor Swasta

Sebenarnya perbincangan tentang penggunaan bahasa Melayu di dalam sektor swasta lebih menjurus kepada peranannya sebagai bahasa rasmi di dalam surat menyurat terutama yang melibatkan urusan rasmi antara pihak swasta dengan jabatan kerajaan. Hakikatnya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan boleh dikatakan langsung tidak diendahkan oleh kebanyakkan pemilik syarikat swasta kerana sebilangan besar daripada mereka adalah berbangsa asing. Firma-firma yang dimiliki pelabur asing atau yang mempunyai ibu pejabat di luar negeri sudah pasti menggunakan bahasa lain daripada bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga badan-badan perniagaan tempatan yang sudah lama menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dalam pengurusan perniagaan mereka. Dengan itu, bahasa Melayu seakan langsung tiada tempat dan tidak berperanan di dalam operasi perniagaan dan aktiviti utama syarikat-syarikat swasta. Jika kedapatan penggunaannya, ia hanyalah bahasa pertuturan di kalangan para pekerja bawahan kerana kebanyakkannya berbangsa Melayu.

Walaubagaimanapun, perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di sektor swasta mempunyai tahap-tahap yang tersendiri menurut pemilik syarikat dan saiz syarikat tersebut. Pernah dilaporkan bahawa badan-badan berkanun (separuh swasta) telah berusaha memulakan penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran mereka. Usaha ini wajar dipuji berbanding layanan kelas dua terhadap bahasa Melayu seperti yang dilakukan oleh sebahagian syarikat swasta dan badan-badan yang tidak dimiliki oleh kerajaan. Secara umumnya, terdapat sebanyak 38 jenis undang-undang dan kaedah perundangan sejak tahun 1974 yang menghendaki pihak swasta menggunakan bahasa Melayu. Sungguhpun demkian, undang-undang dan peraturan tersebut hanya melibatkan bahan-bahan pameran di luar bangunan-bangunan swasta dan tidak ada undang-undang atau peraturan untuk segala urusan yang berlaku di dalam bangunan swasta. Justeru, sehingga kini usaha menyebarluas bahasa Melayu akan terhenti sekadar di luar pintu-pintu bilik operasi syarikat swasta. Lebih dari itu, diskriminasi terhadap bahasa Melayu juga telah ditunjukkan melalui tawaran dan iklan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Buktinya terdapat iklan-iklan yang disiarkan oleh syarikat swasta kepunyaan bukan bumiputra yang menyebutkan keutamaan diberikan kepada calon yang boleh berbahasa Mandarin. Tentunya tidak salah dari segi undang-undang, namun sewajarnya tidak perlu dinyatakan secara jelas tentang keutamaan berbahasa tersebut. Biarlah ia lebih adil secara zahirnya, sekurang-kurangnya tidak melekehkan orang yang boleh berbahasa Melayu itu sendiri.

Kesimpulan

Seharusnya kita perlu merasa yakin terhadap kemampuan dan keunggulan bahasa kita, bahasa Melayu yang telah melalui detik-detik gemilangnya. Tidakkah kita pernah terfikir untuk merasa bangga dan bersyukur kerana dipilih oleh Allah sebagai penutur bahasa besar ini. Bahasa Melayu pernah dijadikan bahasa perhubungan, bahasa rujukan hukum dan syariat, bahasa perdagangan dan bahasa perdana di rantau Asia ini. Adakah hanya kerana sejarah kegemilangannya telah dipadam dek arus penjajahan, kita harus menguburkannya tanpa memikirkan bahawa ia tidak pernah dan akan mati selagi ada generasi penutur yang memperjuangkannya. Inilah jatidiri seorang anak bangsa Melayu. Renungilah ucapan Malik Bennabi yang mengungkapkan; apabila kita mengucapkan pemikiran-pemikiran kita dengan menggunakan bahasa asing, pemikiran kita itu boleh menjadi buta budaya sendiri, malah ada kalanya boleh mengkhianatinya. Jatidiri kita juga akan luput sedang jatidiri adalah penting untuk kelangsungan hidup .

Justeru, marilah kita bersedia untuk bertekad memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejajar dengan peranannya terhadap pembangunan ummah selama ini.

1) Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan

(Raminah Hj Sabran )

(Rahom Sham)

2) Sejarah pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita(Ismail Hussein)