28
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAKOLONIAL DISEDIAKAN OLEH: AMIROL PUTRA BIN ADIZAR & MUHAMMAD QHAIRIL AZRIL B QAMARULZAMAN

Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Embed Size (px)

DESCRIPTION

presentation

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAKOLONIAL

DISEDIAKAN OLEH:AMIROL PUTRA BIN ADIZAR

&MUHAMMAD QHAIRIL AZRIL B QAMARULZAMAN

Page 2: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

O.T.Dusseck..

“...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu”.

Page 3: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada

kemerdekaan 1957

Page 4: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

zaman yang

memperjuangkan taraf

atau status bahasa

Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Page 5: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Merupakan pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa.

ANGKATAN SASTERAWAN 50( ASAS 50 )

Page 6: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

TOKOH

Kamaluddin Muhammad

atau Kris Mas

Usman Awang atau Tongkat

Waran

Abdul WahabMuhamad

atau Awamil

MasuriS.N., Mohd. Arif

Ahmad atau MAS

Page 7: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Tujuan Penubuhan

Memperluas dan mempertinggikan

mutu sastera Melayu

Mengadakan pembaharuan

dalam sastera.

Melindungi hak-hak dan

kepentingan para penulis dan para

pengarang

Page 8: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Konsep Perjuangan…

Seni Untuk Masyarakat

& Seni Untuk Seni

* Perjuangan ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak.

* memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu.

* Perjuangan pada ketika ini menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera.

Page 9: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Lembaga Bahasa Melayu (LBM)• Diasaskan oleh guru-guru Melayu.

• Pertemuan guru-guru Melayu diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura yang bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu (KGMS)

• Digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura.

• Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951.

Page 10: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Tujuan Penubuhan LBMMengawal, memperbaiki,

memperluas, memperkaya, mempertinggi dan

menghidupkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang

hidup.Membincangkan hal-hal

kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang

ramai apa yang difikirkan munasabah oleh LembagaMenyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut

kehendak peredaran zaman.Menerbitkan risalah, buku,

kitab, majalah, dan seumpamanya.

Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya

dengan Lembaga.

Page 11: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama..

Diadakan pada 12 dan 13April 1952 di Hotel Sea View,

Singapura dan memutuskan asas perjuangan adalah

untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Page 12: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Butir-butir piagam:

i. Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli bahasa Melayu.

ii. Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut.

Page 13: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

iii. Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres; pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.

Page 14: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua..

• Diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban.

• Mengusulkan…i. Rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia.ii. Mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis

Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat.

iii. Menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun.

iv. menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi.v. Pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam

bahasa Melayu.vi. Melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam

Jawatankuasa Penapis Filem.

Page 15: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Mac 1954..

Asas 50- Mengemukakan memorandum kepada

kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu.

Page 16: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga

• Diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura.

• Dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara.

Memutuskan bahawa…

i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba.

ii. Membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan.

Page 17: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

22 Jun 1956

Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan dan ditempatkan di

sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor

- Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.

- Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.

- Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.

- Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka:

Page 18: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Penyata Razak

- Merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein.

- Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.

Perkara-perkara yang dikemukakan..

• Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah.

• Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan.

• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.

Page 19: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

* Bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967

Page 20: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan

Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang

terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang

menyatakandengan jelas bahasa kebangsaan

ialah bahasa Melayu.

Page 21: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa:

i. Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain.

ii. Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

Page 22: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

Peruntukan Fasal (10);

- Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

- selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, danbagi segala maksud rasmi yang lain.

Page 23: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

- Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih:a. Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-

pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen.

b. Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

- Selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi keduadua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

Page 24: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

FAKTOR- FAKTOR PEMILIHAN

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA

KEBANGSAAN

B. Melayu mempunyai

jumlah penutur yang

terbesar di negara ini

B. Melayu merupakan bahasa yang

bersifat pribumi di negara ini

Penggunaan B.Melayu

sebagai alat komunikasi

sudah sekian lama berjalan dan ini tidak

akan menimbulkan masalah bagi komunikasi

umum

B.Melayu telah lama

menjadi bahasa

pentadbiran di negeri

Melayu.

Page 25: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

• 1 September 1967: - DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah

mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia.

- Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran seharihari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Page 26: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

7 Mac 1957

Majlis Mesyuarat Perundangan

Persekutuan, dengan sebulat

suara meluluskan Penyata Razak.

Tujuan: mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka, dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini

Page 27: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

1959

DBP berubah tarafnyadaripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun

apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan

Bahasa dan Pustaka.

DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup.

Page 28: Bahasa Melayu Pramerdeka Dan Pascakolonial

• 1960-1966 : DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran.

• 30 Januari 1960- 6 Februari, 1961 : DBP melancarkan Minggu Bahasa Kebangsaan buat pertama kalinya.

• 15 April 1962: Seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

• 11 April 1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan.

• 1 September 1967: Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan. (disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967)).

• 27 Jun 1967: satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.