33
JDEA 3313 KAJIAN BAHASA KLASIK TAJUK: Aspek Nahu dan Leksikal-Semantik dalam Warkah-Warkah Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu DISEDIAKAN OLEH: Nurul Shuhada Binti Mohd Nawawi JED120016 Nor Farahin Binti Zulkifli JED120009 Farah Hasni Binti Ahmad JED120006 Amirah Najihah Binti Che Omar JED120002

Bahasa Melayu Klasik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Klasik

JDEA 3313KAJIAN BAHASA KLASIK

TAJUK:Aspek Nahu dan Leksikal-Semantik dalam Warkah-Warkah Hubungan Diplomatik

Kerajaan Melayu

DISEDIAKAN OLEH:

Nurul Shuhada Binti Mohd Nawawi JED120016 Nor Farahin Binti Zulkifli JED120009 Farah Hasni Binti Ahmad JED120006 Amirah Najihah Binti Che Omar JED120002

Page 2: Bahasa Melayu Klasik

Pengenalan

Bahasa Melayu Klasik• Bahasa Melayu yang digunakan sekitar awal abad ke-14M

hingga abad ke-18M. (Nik Safiah Karim, 2010:18-20)

• Dikaitkan dengan perkembangan dan pengaruh agama Islam di Alam Melayu, penggunaan tulisan jawi dan terdapat kata pinjaman Arab dan Parsi.

Warkah Melayu Lama• Merupakan manuskrip terawal yang terdapat di Alam Melayu.

• Merupakan sumber primer tentang kajian politik, hubungan diplomatik dan sejarah ekonomi orang Melayu serta sejarah perkembangan bahasa Melayu.

Page 3: Bahasa Melayu Klasik

Fungsi warkah:• Digunakan oleh sultan dan para pembesar untuk:

i. Mengadakan hubungan perdagangan

ii. Mengirim berita

• Terdapat beberapa jenis warkah seperti:

i. Warkah sosial = warkah yang dihantar oleh seseorang untuk mendapatkan bantuan, hal-hal peribadi, perdagangan dan sebagainya.

ii. Warkah perjanjian = warkah persetujuan atau persetiaan bersama antara pihak yang terlibat

.• Warkah yang dikaji:

i. Manuskrip Surat Berniaga oleh Raja Aceh kepada Kapitan Inggeris 1601

ii. Manuskrip Surat Kebenaran diberi kepada Kapitan Inggeris yang bernama Harry Middleton

Page 4: Bahasa Melayu Klasik

Latar belakang warkah

1. Manuskrip Surat Berniaga oleh Raja Aceh kepada

Kapitan Inggeris 1601• Surat ini telah dikurniakan oleh Raja Acheh kepada Sir James

Lancaster.

• Menggunakan bahasa Melayu

• Pada zaman keagungan kerajaan Acheh, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama dalam komunikasi.

• Bahasa ini dijadikan bahasa komunikasi dan bahasa rasmi

Page 5: Bahasa Melayu Klasik

Isi kandungan manuskrip

• menjelaskan bahawa Raja Aceh telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Raja Inggeris.

• Memerintahkan rakyatnya supaya turut menjalinkan hubungan persahabatan dengan semua rakyat Raja Inglitir.

•Orang Inggeris dibenarkan berdagang di Aceh

• Sekiranya orang Inggeris hendak tinggal dan belayar di Aceh, mereka harus meminta kebenaran Raja Aceh

• Melarang rakyatnya mengenakan cukai terhadap kapal Inggeris yang datang berlabuh di Aceh dan kawasan jajahannya.

Page 6: Bahasa Melayu Klasik

2. Manuskrip Surat Kebenaran diberi kepada Kapitan Inggeris yang bernama Harry Middleton.• Surat ini ditulis iaitu pada tahun 1601

• Menurut Paderi Shellabear, Sir Harry Middleton telah belayar bersama-sama dengan Sir James Lancester pada tahun 1601 ke Aceh.

• Ketika di Aceh, beliau telah diangkat menjadi ketua sebuah kapal yang bernama ‘Susan’ dan dihantar ke Periaman, yang terletak di pantai barat Sumatera.

• Kembali ke England pada 21 Jun 1603 dengan membawa muatan lada hitam.

Page 7: Bahasa Melayu Klasik

Isi kandungan Manuskrip

• Raja Aceh memberitahu semua panglima negeri dan dipertua semua negeri yang berada di bawah penaklukan Aceh bahawa sebuah kapal yang diketuai oleh kapten yang bernama Herry Middleton telah berlabuh di negeri Acheh.

• Surat kebenaran ini menghalang panglima dan pertua negeri yang berada di bawah jajahan Acheh untuk mengambil kesempatan dalam proses jual beli.

• Semua panglima dan pertua negeri haruslah menghormatinya dan melarang sesiapa mengambil kesempatan terhadap mereka.

Page 8: Bahasa Melayu Klasik

ASPEK NAHU

• Nahu ialah peraturan dari segi binaan, penggunaan kata, ungkapan dan ayat.

• Bidang yang dikaji dalam nahu ialah bidang morfologi dan bidang sintaksis.

Page 9: Bahasa Melayu Klasik

MORFOLOGI• Nik Safiah Karim (1996)- bidang ilmu bahasa

yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

• O’ Grady & Guzman (2000)- merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

• Terdapat empat proses morfologi dalam BM iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman.

Page 10: Bahasa Melayu Klasik

PROSES MORFOLOGII. Pengimbuhan• Imbuhan - unit-unit bahasa tertentu yang

ditambahkan pada bentuk- bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. (Tatabahasa Dewan)

• Ada 4 jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Page 11: Bahasa Melayu Klasik

IMBUHAN CONTOH

AWALAN Per… perbaiki

  Ber… berbuat, berlaboh, berlayar, berpesan, berhukum, berjual,

berniaga, bertukar, bersuhbat

  Sa… sa-suatu, sa-saorang

  Di… di-bawa, di-bayar, di-beri, di-turuni

AKHIRAN …an tukaran

  …kan dengarkan, fahamkan, menurunkan, kembalikan,

memesankan,sampaikan, sahkan,

APITAN di…kan Dipersembahkan,diputuskan

  Per…an Persembahan, perkataan

  Ke…an keperchayaan

  Me…kan Memesankan, melarangkan, melainkan

Page 12: Bahasa Melayu Klasik

II. Penggandaan• Tatabahasa Dewan - kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan

melalui proses mengulangi kata dasar. Contoh: Kechil-kechil Berkaseh-kasehan Dagang-dagang

III. Pemajmukan • Tatabahasa Dewan - pemajmukan terhasil daripada proses

merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Contoh:

Mata benda Meli berjual

Page 13: Bahasa Melayu Klasik

PENGGOLONGAN KATA• Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada

empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

I. Kata namaan• dibahagikan kepada dua golongan iaitu kata nama dan kata

ganti nama.a) Kata nama: Acheh, Sammudera, sampan, negeri• Terdapat kata nama dalam warkah yang dikaji digunakan

khas untuk merujuk kepada sesuatu jawatan. Contoh: Jawatan kapten = “kapitan”Panglima negara = “penglima negeri” Jawatan pemerintah = “pertuha negeri”, “Raja Inglitir”,

“Raja Acheh”

Page 14: Bahasa Melayu Klasik

b) Kata ganti nama - aspek yang penting dalam penulisan teks warkah kerana warkah bertujuan untuk diutuskan kepada seseorang. Oleh itu, kata ganti nama diri akan digunakan. Contoh:Kata Ganti Nama Diri Pertama • Aku raja yang kuasa…• Maka surat simi yang kita karunia…Kata Ganti Nama Diri Kedua• Maka sa-kalian kamu yang menilek kapada surat…• …dan kamu pun bersahabat…Kata Ganti Nama Diri Ketiga• …akan mereka itu yang datang ka- Acheh…• …maka meli berjual-lah kamu dengan dia,…

Page 15: Bahasa Melayu Klasik

II. Kata kerja = perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Contoh:

• …apabila mereka itu membawa sa-suatu…• …jika hendak ia menurunkan segala isi kapalnya…• …ada ia berpesan kepada…III. Kata adjektif = sejumlah perkataan yang boleh

menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif dan boleh menjadi penerang kata nama. Contoh:

• …hendaklah dengan tilek kebajikan dan tilek yang sejahtera.

• …jangan-lah lagi mereka itu takut…

Page 16: Bahasa Melayu Klasik

IV. Kata tugas = sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu dll.

• Antara jenis kata tugas yang dikesan dalam warkah ialah:

Page 17: Bahasa Melayu Klasik

JENIS KATA TUGAS CONTOH PENGGUNAANKata hubung …kerajaan negeri Acheh dan Sammudara…

…dan segala negeri yang ta’alok… 

Kata perintah Dan jangan kamu ambil ‘ushur… …maka kamu tolong naung ia pada…

Kata pangkal ayat Maka sa-kalian kamu yang menilek kapada surat ini,…

Adapun barang tahu kamu sekalian…

Kata bantu ,…dan daripada aku hendak berkaseh-kasehan… Dan akan segala kamu… 

Kata penguat …sabda yang maha mulia datang… 

Kata penegas …dengan tiada-lah lagi takut… …maka meli berjual-lah kamu…

Kata sendi nama ,…dan daripada aku hendak berkaseh-kasehan… …yang maha mulia datang kapada segala…

Kata arah Aku raja yang kuasa yang di-bawah ngina…

Kata bilangan …bersahabat dengan segala manusia yang lain… Maka sakalian kamu yang menilek kapada surat…

Page 18: Bahasa Melayu Klasik

SINTAKSIS• Sintaksis - satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji

bentuk, struktur, dan binaan ayat.

• Aspek sintaksis yang dapat dilihat : I. Penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang, berbelit-belit dan meleret-leret. Contoh:“Bahawa aku telah bersabda dengan suka hati-ku

memeri kamu tahu ini bahawa aku telah bersuhbat dengan Raja Inglitir, dan kamu pun bersuhbat dengan Raja Inglitir itu, seperti kamu bersuhbat dengan segala manusia yang lain dalam dunia ini; dan berbuat baik kamu akan orang itu, seperti kamu berbuat baik akan orang yang lain itu.”

Page 19: Bahasa Melayu Klasik

II. Ayat pasif dan songsang. Contoh:• “Jawi yang dipersembahkan Kapitan Inggeris itu.”• “Jika diberinya akan kamu dengan kaseh hati-nya…”• “Yang orang Inglitir ini orang subhat kita Raja

Inglitir,…

III. Kehadiran kata pangkal ayat. Contoh:• Maka = Maka sa-kalian kamu yang menilek kapada

surat ini…• Dan = Dan akan segala kamu orang-ku pun…• Bahawa = Bahawa aku telah bersabda dengan suka

hati ku…

Page 20: Bahasa Melayu Klasik

Aspek Leksikal Semantik

Page 21: Bahasa Melayu Klasik

Definisi Leksikal-Semantik• Menurut O’Grady (2000)

Semantik ialah tentang makna linguistik untuk morfem, perkataan, frasa, dan ayat dalam bahasa manusia.

• Nik Safiah Karim (2001)Dalam bidang linguistik , semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.

Page 22: Bahasa Melayu Klasik

• Menurut Ibrahim Ahmad (1994) Leksikal bermaksud makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaaannya dalam ayat dan sebagainya). Makna leksikal adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna.

Secara umumnya, didapati leksikal-semantik membawa maksud satu kajian yang berkaitan dengan perbendaharaan kata dan juga bidang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.

Page 23: Bahasa Melayu Klasik

Penggunaan Kata Pinjaman BAHASA

 PINJAMAN KATA 

BAHASASANSKRIT

BAHASAMELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU STANDARD

SANSKRIT Nagari Neggeri/negeri Negeri

Rajan Raja Raja

manusya Manusyia Manusia

kulawarga Keluarga Keluarga

Venijya Berniaga Berniaga

Artha Arta Harta

Bhanda Benda 

Benda

Page 24: Bahasa Melayu Klasik

ARAB Hakim Hakim Hakim

Hukum Hukum Hukum

Sah Sah Sah

Rakyat Rakyat Rakyat

Sabda Sabda Titah

Dirham  

Dirham  

Mata wang

  BAHASA PARSI BAHASAMELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU STANDARD

PARSI 

Saudagar 

Saudagar 

saudagar

  BAHASA TAMIL BAHASAMELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU STANDARD

TAMIL Kappal Kapal 

kapal

Page 25: Bahasa Melayu Klasik

Penggunaan Kata Arkaik• Bermaksud kata yang kuno atau lama yang sudah tidak digunakan

lagi pada masa ini sama ada dalam perbualan seharian ataupun dalam BMS kerana tidak gramatis.

• Contoh dalam teks yang dikaji :

– Aku raja yang berkuasa yang di bawah aginni yang memegang…

– …kuterima persembahan merekaitu dan neiklik aku kepada…

– …makka berjuwwal kamu dan orang Ingglitir itupun jaka hendak…

Page 26: Bahasa Melayu Klasik

Konsep “NEGERI”• Berdasarkan teks warkah yang dikaji, didapati konsep “negeri” yang

disebut membawa makna yang sama dengan “negara” yang terdapat dalam BMS iaitu konsep wilayah, kawasan pemerintahan atau kerajaan yang tertentu.

• BMS, “negara” - maksud yang berbeza dengan negeri kerana negeri bermaksud sebahagian daripada wilayah pemerintahan ataupun kerajaan yang sama.

• Antara contoh konsep negeri yang digunakan dalam teks warkah :

– …yang memegang tahta kerajaan negeri Aceh…

– …dan neggeri Samuddara dan segala negeri yang ta’alluk ke neggeri Aceh.

Page 27: Bahasa Melayu Klasik

Penggunaan Sistem Ganti Nama• Golongan raja juga menggunakan ganti nama diri seperti “aku”, “ku”,

“kita” dan “daku” untuk merujuk kepada dirinya apabila bercakap dengan rakyat.

• Dalam BMS pula, penggunaan kata ganti nama diri “aku”, “ku”, “kita” dan “daku” hanya digunakan oleh golongan biasa apabila hendak bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.

• Antara contoh ganti nama diri yang digunakan dalam teks warkah yang dikaji ialah:

– Aku raja yang kuasa yang di bawah anginni… – Bahawa aku telah bersabda dengan suka hatiku…

– …tiadalah mereka itu takut dan sangka akan daku…

Page 28: Bahasa Melayu Klasik

Penggunaan Kosa Kata Dalam Medan Makna Yang Sama

Sistem Pengangkutan Air

Istilah yang digunakan untuk menentukan jenis-jenis pengangkutan air berdasarkan teks warkah yang kami kaji adalah sama dengan istilah yang digunakan dalam BMHI.

Setiap kenderaan air memiliki ciri komponen makna yang berbeza dari segi fungsi penggunaan, saiz, bentuk, zaman penggunaan, daerah atau lokasi penggunaan sama ada digunakan di kawasan darat ataupun di laut.

Antara contoh pengangkutan air yang terdapat dalam teks warkah yang dikaji adalah seperti :

– …segala saudagar yang dalam kapal mereka itu…– …minta tolong daripada kamu pada minta perahu kecil-kecil…– …dan sampan menurunkan segala mata benda…

Page 29: Bahasa Melayu Klasik

Sistem Ganti Nama / panggilan

Penggunaan ganti nama diri dalam teks warkah sama seperti yang digunakan dalam BMS iaitu :

ganti nama tunggal atau jamak “aku” dan “kita” untuk merujuk orang pertama

kata ganti nama tunggal atau jamak “kamu” untuk merujuk orang kedua kata ganti nama diri tunggal atau jamak “dia” dan “mereka” untuk

merujuk orang ketiga.

Setiap ganti nama memiliki ciri makna atau fungsi penggunaan yang berbeza seperti untuk menunjukkan taraf sosial, kuasa, keakraban, sopan, neutral dan sebagainya. Contohnya :

• Maka surat simi yang kita kurniai akan dia ini, dengan…

• …Raja Inglitir dan kamu pun bersuhbat dengan segala rakyat..

• …sangka akan daku dan akan segala…

• …kuterima persembahan mereka itu dan neiklik aku…

Page 30: Bahasa Melayu Klasik

Bahan yang Diperlukan untuk Berniaga

• Teks warkah yang dikaji adalah berkaitan dengan perniagaan.

• Didapati terdapat pelbagai bahan yang digunakan untuk melakukan aktiviti berniaga ini.

• Terdapat kosa kata dalam BMK yang sudah tidak digunakan pada hari ini dan kosa kata tersebut telah berubah dalam BMHI tetapi kosa kata tersebut masih membawa maksud yang sama iaitu untuk merujuk bahan yang dirujuk.

• Sebagai contoh, dirham dalam bahasa Melayu Klasik bermaksud duit atau wang manakala dalam BMHI kata dirham sudah tidak digunakan tetapi digantikan dengan kata duit. Oleh itu, kata dirham dan duit masih membawa maksud yang sama iaitu mata wang.

• . Contoh yang terdapat dalam teks warkah seperti:

– …arta merekaitu dan akan segala mata benda yang dibawa…– …barang sa-suatu, di-bri-nya akan kamu dirham atau barang sa-suatu. – Jika ia memeli lada atau barang sa-suatu, di-beri-nya…

Page 31: Bahasa Melayu Klasik

Kesimpulan• Terdapat ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara BMK dengan BMHI dalam

kedua-dua manuskrip warkah lama yang dikaji.

• Aspek morfologi BMK sama dengan BMHI kecuali kata ganti nama diri dan kata pangkal ayat.

• Struktur ayat BMK terdiri daripada ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit di samping menggunakan ayat pasif dan songsang.

• BMK terdiri daripada pelbagai kata pinjaman seperti bahasa Arab, Sanskrit, Tamil dan Parsi. Kata pinjaman yang banyak digunakan ialah bahasa Sanskrit.

• Sesetengah perkataan dalam BMK membawa konteks maksud yang berbeza.

• Terdapat juga kata arkaid dalam BMK yang sudah tidak digunakan lagi pada masa ini.

• Mempunyai banyak istilah dan hukum yang berkaitan dengan perdagangan.

Page 32: Bahasa Melayu Klasik

Bibliografi

• Abdullah Hassan, Razali Ayob (et al), 2006. Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Pahang: PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd.

• Ab.Razak Ab.Karim, 2006. Warkah Melayu Lama, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

• Ab.Razak Ab.Karim, 2002. Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah MelayuLama: Satu Kajian, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti

• A.Samad Ahmad, 1963. Sejarah Kesusasteraan Melayu III, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Asmah Haji Omar, Nahu Kemas Kini: panduan bahasa yang baik dan betul, Kuala Lumpur: PTS

• Darwis Harahap, 1994. Binaan Makna, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin, 2008. ACE AHEAD Bahasa Melayu kertas1 & 2, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Page 33: Bahasa Melayu Klasik

TAMAT

TERIMA KASIH