Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/16

    1103/1 BAHASA MELAYU 1

    Bahasa Melayu 1 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas soalan Bahasa Melayu 1 (1103/1) terbahagi kepada dua bahagian iaituBahagian A dan Bahagian B.

    BAHAGIAN A

    Dalam Bahagian A terdapat satu soalan sahaja iaitu karangan bahan rangsangan(berpandukan grafik) dan wajib dijawab oleh calon. Calon menjawab berdasarkantugasan yang diberikan. Panjang karangan hendaklah antara 200 hingga 250 patahperkataan. Masa yang dicadangkan ialah empat puluh lima minit.

    BAHAGIAN B

    Dalam bahagian B pula, terdapat lima soalan pilihan. Calon dikehendaki memilihsatu daripada lima soalan yang dikemukakan. Panjang karangan Bahagian Bmestilah lebih daripada 350 patah perkataan. Masa yang dicadangkan ialah satujam tiga puluh minit.

    PRESTASI KESELURUHAN MENGIKUT BAHAGIAN SOALAN

    BAHAGIAN A

    Pada keseluruhannya calon memahami tugasan soalan dengan tepat dan dapatmenghuraikan idea dengan jelas. Kematangan calon dalam menyampaikan idea

    terserlah. Calon dapat membuktikan kemampuan mereka menguasai hukumtatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, masih terdapat calon yang gagalmenguasai kemahiran menulis dan menyampaikan idea dengan baik dan berkesan.Mereka juga gagal menepati kehendak dan tugasan soalan berdasarkan bahanrangsangan yang diberikan. Sebilangan calon tidak memanfaatkan keempat-empatidea yang diberikan. Malah, sebahagian besarnya pula gagal menghuraikan cara-cara menjalani kehidupan yang sihat berpandukan grafik penjagaan kesihatankerana penguasaan bahasa yang agak lemah.

    BAHAGIAN B

    Sebahagian besar calon dapat menjawab tugasan yang diberikan. Calon matangdalam menyampaikan, menghuraikan dan mengolah idea dengan baik. Calonberjaya membuktikan kemampuan dan kebolehan menghasilkan karangan yangpanjangnya melebihi 350 patah perkataan. Walau bagaimanapun, terdapatsebilangan calon kurang mengemukakan contoh yang relevan dan huraian kurangjelas. Terdapat juga calon yang kurang berjaya mengemukakan ungkapan menarikdengan tepat.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/16

    Bahasa Melayu 1 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN PENCAPAIAN

    BAHAGIAN A

    Kumpulan Tinggi

    Kebolehan calon menghasilkan karangan yang cemerlang terserlah. Jawapan calonmatang, berkesan dan menepati kehendak soalan. Hal ini dapat dikesan melaluipenggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis, kosa kata luas dan tandabaca yang betul. Laras bahasa yang digunakan juga sangat sesuai dan bervariasimalah keindahan ungkapan bahasa juga digunakan dengan baik. Keseluruhanperbincangan menunjukkan bahawa calon begitu prihatin terhadap isu-isu semasa.Hal ini dapat dilihat apabila calon dapat mengemukakan idea yang berkaitandengan cara-cara menjalani kehidupan yang sihat.

    Kumpulan Sederhana

    Karangan calon masih menepati tugasan bahan rangsangan. Mutu jawapan masihmemuaskan walaupun pengolahan tidak begitu menarik. Idea masih relevan dengantugasan bahan rangsangan dan huraian masih jelas. Bahasa yang digunakan masihgramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa katanya umumsahaja. Wacananya masih lengkap dan unsur bahasanya masih bervariasi.

    Namun begitu, terdapat jawapan calon dalam kumpulan ini yang kurang menepatikehendak tugasan. Idea yang dikemukakan ada yang kurang relevan dengankehendak tugasan dan huraiannya kurang jelas. Selain itu, penggunaan bahasa olehcalon dalam kumpulan ini kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaanejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat beberapakesalahan ejaan. Penggunaan kosa kata dan tanda wacana pula masih lengkaptetapi unsur bahasa kurang bervariasi kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan.

    Kumpulan Rendah

    Calon dalam kumpulan ini gagal memahami tugasan atau kehendak soalan.

    Terdapat jawapan yang kurang menepati kehendak tugasan dan ada juga jawapanyang tidak menepati tugasan bahan rangsangan. Calon tidak menjawab tugasansoalan dan idea yang dikemukakan tidak menepati tugasan bahan rangsangan.Calon juga gagal menguasai kemahiran menulis. Kegagalan ini menyebabkan ideatidak dapat dihuraikan dengan jelas dan tidak tersusun. Terdapat juga calon yangmenulis karangan kurang daripada 200 patah perkataan. Kebanyakan calon dalamkumpulan ini menggunakan bahasa yang kurang gramatis atau tidak gramatis.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/16

    Bahasa Melayu 1 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BAHAGIAN B

    Kumpulan Tinggi

    Calon dalam kumpulan ini dapat menghasilkan karangan yang cemerlang dengan

    menguasai tatabahasa bahasa Melayu dengan baik dan menggunakanperbendaharaan kata yang luas dan tepat. Calon juga berkemampuan membinaayat yang pelbagai ragam serta berkesan untuk mengungkap maksud yang hendakdisampaikan. Mereka juga dapat memberikan idea-idea yang sangat relevanberserta contoh yang amat sesuai dan mampu mengolah idea dengan amat baik.Gaya bahasa yang digunakan sangat menarik dari segi keindahan bahasa danpenggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.Calon juga menunjukkan kematangan fikiran dalam menghuraikan idea.

    Kumpulan Sederhana

    Secara keseluruhan calon telah menjawab tugasan dengan baik. Calon juga bolehmengemukakan sekurang-kurangnya tiga idea. Namun huraian idea calon kurangjelas atau calon memberikan contoh-contoh yang kurang tepat. Calon juga tidakmenunjukkan kematangan fikiran ketika menghuraikan isi karangan. Penguasaanbahasa calon pada peringkat ini masih gramatis. Calon menggunakan struktur ayatyang betul dari segi subjek dan predikat. Calon juga boleh menggunakan pelbagaijenis ayat.

    Kumpulan Rendah

    Secara keseluruhannya, jawapan calon tidak bermutu. Calon tidak mempunyaikemahiran menulis. Penguasaan kosa kata calon amat lemah. Hal ini disebabkancalon kurang pengetahuan tentang isu yang dikemukakan dalam soalan serta tidakmemahami kehendak soalan menyebabkan mereka gagal memberikan idea yangsesuai. Pengolahan calon amat lemah sehingga sukar untuk mengesan idea. Ideayang diberikan tidak tepat dan bahasa tidak memuaskan atau lemah. Terdapat jugacalon yang menghuraikan idea dengan menggunakan bahasa lisan dan struktur ayatmudah. Calon banyak melakukan kesalahan bahasa seperti tanda baca danpengguaan kosa kata yang tidak tepat. Ada jawapan calon yang tidak difahamikerana struktur ayatnya tidak jelas dan mengemukakan idea yang tidak berkaitan.

    Sesetengah calon menulis karangan tanpa perenggan. Sebilangan kecil calonhanya mampu menyalin kelima-lima soalan dan mengulang-ulang soalan yangsama. Malahan, ada karangan yang mempunyai satu perenggan sahaja. Terdapatcalon yang menulis lebih daripada satu idea dalam satu perenggan. Pengolahancalon tidak menarik dan tidak berkesan.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/16

    Bahasa Melayu 1 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI TERPERINCI MENGIKUT SOALAN

    BAHAGIAN A

    Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara

    menjalani kehidupan yang sihat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200hingga 250 patah perkataan.

    TEMA: GRAFIK PENJAGAAN KESIHATAN.

    Calon cemerlang dapat menjawab tugasan tentang cara-cara menjalani kehidupanyang sihat dengan matang berdasarkan empat kriteria yang diberikan dalam bahangrafik. Idea-idea dihuraikan dengan jelas dan disertakan dengan contoh yangsesuai. Calon menggunakan pelbagai ayat yang gramatis dan disertai dengan frasa-frasa yang menarik.

    Contoh :

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/16

    Bahasa Melayu 1 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kumpulan rendah tidak dapat menghuraikan keempat-empat kriteria yangdiberikan dalam bahan grafik. Bahasa dan huraian idea lemah.

    Contoh:

    Kesilapan jawapan calon yang ketara dapat dilihat dari segi ejaan, imbuhan danfrasa.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/16

    Bahasa Melayu 1 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon juga membuat kesilapan dalam penggunaan kata, frasa dan ungkapan tidaktepat di samping ayat tidak gramatis.

    BAHAGIAN B

    SOALAN 1

    Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah.Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolahmembentuk murid yang berdisiplin.

    Calon cemerlang dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat tentang peranandirinya sebagai pengawas untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yangberdisiplin. Idea dihuraikan dengan jelas dan matang dan disertakan dengan contoh

    yang sesuai. Calon menulis menggunakan pelbagai ayat yang gramatis danbervariasi. Kosa kata luas dan tepat. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan danpenggunaan ungkapan yang tepat dan menarik.

    Contoh:

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/16

    Bahasa Melayu 1 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon lemah tidak dapat menjawab tugasan yang diberikan dengan tepat. Ada ideayang kurang relevan dengan tugasan. Huraian tidak jelas dan tidak disertai dengancontoh. Banyak kesalahan bahasa dilakukan. Ayat tidak gramatis dan penggunaankata kurang tepat.

    Contoh:

    Calon tidak membincangkan peranan dirinya sebagai pengawas dalam membantupihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin tetapi menyatakan peranan pihaklain dalam pembentukan disiplin murid.

    Contoh:

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/16

    Bahasa Melayu 1 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SOALAN 2

    Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh

    orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu

    Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuahmasyarakat.Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anakterhadap ibu bapa.

    Calon cemerlang dapat menjawab tugasan tentang tanggungjawab yang sepatutnyadilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa mereka. Calon mampu memberikan

    idea yang tepat dan sesuai dengan tugasan tersebut secara teratur danbersistematik. Idea-idea yang dikemukakan oleh calon juga bernas dan matangberdasarkan situasi semasa. Calon menulis menggunakan pelbagai ayat yanggramatis. Kosa kata calon juga luas dan tepat. Unsur bahasa bervariasi. Gayabahasa menarik dari segi keindahan dan penggunaan ungkapan juga menarik.

    Contoh:

    Calon lemah tidak dapat menjawab tugasan yang diberikan dengan tepat. Ada ideayang kurang relevan dengan tugasan. Huraian tidak jelas dan tidak disertai dengancontoh. Banyak kesalahan bahasa dilakukan. Ayat tidak gramatis dan penggunaankata kurang tepat.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/16

    Bahasa Melayu 1 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh:

    Terdapat calon yang tidak menjawab tugasan dengan tepat. Idea yang dikemukakanbertentangan dengan kehendak tugasan soalan.

    Contoh:

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/16

    Bahasa Melayu 1 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SOALAN 3

    NegarakuTanah tumpahnya darahku

    Rakyat hidup bersatu dan majuRahmat bahagia Tuhan kurniakanRaja kita selamat bertakhta

    Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan,kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara.

    Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraannegara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut.

    Calon cemerlang dapat menjawab tugasan dengan tepat tentang peranan diri sendiriatau rakyat Malaysia secara menyeluruh seperti yang terdapat dalam lirik laguNegaraku dalam menjamin kesejahteraan negara. Calon mampu memberikan ideayang tepat dan sesuai dengan tugasan tersebut secara teratur dan bersistematik.Idea-idea yang dikemukakan oleh calon juga bernas dan matang berdasarkansituasi semasa. Keseluruhan bahasa calon gramatis dan bervariasi. Kosa kata luasdan tepat penggunaannya.

    Contoh :

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/16

    Bahasa Melayu 1 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon lemah tidak dapat mengaitkan peranan setiap rakyat Malaysia dalammenjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik lagutersebut. Huraian idea tidak jelas dan tidak disertakan dengan contoh yang sesuai.Bahasa calon lemah. Ayat tidak gramatis. Penggunaan kata kurang tepat.

    Contoh :

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/16

    Bahasa Melayu 1 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SOALAN 4

    Penyakit berjangkit seperti selesema burung, influenza A (H1N1) danmeningitis atau radang otak telah menjadi isu global.

    Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di duniauntuk menangani wabak penyakit tersebut.

    Calon cemerlang dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabakpenyakit tersebut. Idea dihuraikan dengan jelas, matang dan disertakan dengancontoh yang sesuai. Calon menulis menggunakan pelbagai ayat yang gramatis.Unsur bahasa bervariasi. Kosa kata luas dan tepat. Gaya bahasa menarik dari segikeindahan dan penggunaan ungkapan yang menarik dan tepat.

    Contoh:

    Calon lemah tidak dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat. Calonmenghuraikan peranan individu ataupun negara Malaysia sahaja. Huraian idea lebihkepada penyakit berjangkit dan tidak fokus terhadap langkah-langkah yang perludiambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.Bahasa calon lemah. Ayat tidak gramatis. Penggunaan kata kurang tepat.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/16

    Bahasa Melayu 1 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh:

    Contoh:

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/16

    Bahasa Melayu 1 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SOALAN 5

    Peribahasa Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan membawa maksudbahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan.

    Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

    Calon cemerlang dapat menulis sebuah cerpen yang lengkap berdasarkan maksudperibahasa Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan yang membawa maksud jikaseseorang itu ada keazaman dan usaha, pasti ada kejayaan. Calon dapatmenguasai teknik penceritaan dengan jelas dan menarik. Calon juga dapatmenggunakan laras bahasa cerpen yang betul dan puitis.

    Contoh:

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/16

    Bahasa Melayu 1 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon lemah tidak dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasaDi mana ada kemahuan, di situ ada jalan dengan tepat. Teknik penceritaanmendatar dan tidak menarik.

    Contoh:

    KESALAHAN-KESALAHAN UMUM YANG KERAP DILAKUKAN OLEH CALONDALAM PENULISAN

    Contoh:

    Salah Betul

    mee goreng mi goring

    memperolehi Memperoleh

    cermelang Cemerlang

    kebanyakkan Kebanyakan

    dikampung di kampong

    di terima Diterima

    komersil Komersial

    spesis Spesies

    ambulan Ambulans

    selsema Selesemawalaubagaimanapun walau bagaimanapun

    semua guru-guru semua guru

    mereka-mereka Mereka

    telah dihadiri oleh saya telah saya hadiri

    mereka lakukan dilakukan oleh mereka

    dua setengah jam dua jam setengah

    dari masa ke semasa dari masa ke masa / dari semasa ke semasa

    Ini adalah kerana Hal ini demikian adalah kerana

    Oleh kerana itu Oleh sebab itu

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K1 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/16

    Bahasa Melayu 1 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Peka kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara.2. Banyak membaca bahan bacaan ilmiah yang terdapat dalam majalah, surat

    khabar dan melayari internet bagi meluaskan pengetahuan.

    3. Sentiasa merujuk kamus untuk memperkaya perbendaraan kata danmeningkatkan kebolehan berbahasa.

    4. Merangka jawapan terlebih dahulu sebelum menulis sesebuah karangan.5. Semak semula karangan yang ditulis bagi membetulkan sebarang kesilapan

    dalam penulisan.6. Mengambil bahagian dalam pertandingan penulisan karangan yang

    dianjurkan oleh pelbagai pihak.7. Menguasai teknik mengarang yang betul.

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Banyakkan latihan penulisan karangan kepada pelajar.2. Pelbagaikan bahan bantu mengajar seperti keratan akhbar, rencana dalam

    majalah dan tayangan slide tentang isu-isu semasa bagi membantu pelajarmendapatkan idea dalam penulisan mereka.

    3. Meningkatkan ilmu tentang Bahasa Melayu supaya dapat mengajar denganberkesan.

    4. Menguasai pelbagai bentuk soalan karangan sama ada yang berformat atautidak berformat.

    5. Mendapatkan pendedahan mengenai teknik penandaan karangan yang betul.6. Mengikuti kursus dalaman yang dianjurkan oleh panitia atau Jabatan

    Pelajaran tentang cara-cara pemarkahan karangan Bahagian A dan BahagianB.

    7. Mendedahkan teknik penulisan karangan yang betul kepada pelajar.