1
S ebagai orang Asia, orang Jepun berasa sangat akrab dengan orang Melayu dan Indonesia. Hubungan dalam bidang ekonomi dan kebudayaan antara Jepun dengan dunia Melayu sudah terjalin dengan akrab sekali. Tidak hairanlah begitu ramai sekali orang Jepun tertarik dan berminat mengunjungi Malaysia dan Indonesia. Sejarah pengajaran bahasa Melayu/ Indonesia di Jepun telah bermula sejak hampir 100 tahun yang lampau. Kini terdapat 14 buah universiti di Jepun yang menawarkan Program Bahasa Melayu/Indonesia. Bahasa Melayu/Indonesia kini diajar sebagai bahasa asing kedua di beberapa buah universiti di Jepun. Selain itu ter- dapat juga akademi/kolej baharu di Jepun yang memperkenalkan kursus Bahasa Melayu/Indonesia. Kanda University of International Studies (KUIS) yang terletak di ping- gir Tokyo telah memperkenalkan Program Bahasa Melayu/Indone- sia di Department of International Language and Culture pada tahun 2001. Setiap tahun kira-kira 20 orang mahasiswa baharu mengikuti Program Bahasa Melayu/Indonesia, yang ditawarkan di universiti ini. Di bawah program Pengajian Bahasa Melayu/Indonesia KUIS, para pelajar diwajibkan mengambil kur- sus Bahasa Melayu sebanyak 5 waktu seminggu, (satu waktu bersamaan 90 minit) dan Bahasa Inggeris seba- nyak 4 waktu seminggu. Selain baha- sa, para pelajar juga diajar tentang sastera, sejarah, politik, ekonomi, dan kebudayaan Melayu/Indonesia . Dengan itu, apabila tamat pengajian di universiti, mereka sudah fasih ber- bahasa Melayu/Indonesia. KUIS juga mengadakan program pertukaran mahasiswa dengan man- canegara termasuk Indonesia. Di bawah program pertukaran ini, setiap tahun 2 orang mahasiswa Indonesia diberi peluang belajar di KUIS, dan 2 orang mahasiswa KUIS diberi pe- luang belajar di Indonesia. Antara masalah yang dihadapi dalam pengajaran Bahasa Melayu di KUIS ialah masalah kekurangan bahan pengajaran dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan oleh para pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, maka pen- syarah KUIS sendiri telah menyusun sendiri buku pelajaran, dan membeli bahan kuliah tambahan di Indonesia. Usaha yang selalu dilakukan oleh tenaga pengajar Bahasa Melayu di KUIS ialah dengan mencari maklu- mat baharu tentang bahasa Melayu/ Indonesia untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa. Oleh itu, maklumat ten- tang buku bahasa, sastera dan kebu- dayaan Melayu/Indonesia, di laman web amat berguna dan dapat mem- bantu kami tenaga pengajar di Jepun. Di samping itu, penjualan buku bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu/Indonesia di laman web akan memudahkan tenaga pengajar dan pelajar di Jepun untuk mendapatkan bahan. Institusi pendidikan tinggi Jepun sentiasa mengharapkan agar hubungan antara Malaysia/Indonesia dengan Jepun terus terjalin dengan lebih erat dan lancar untuk mema- jukan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Kanda University of International Studies (KUIS) G ambar kesalahan papan tanda "Jalan Post Office Lama" di pusat bandar Kota Bharu ini dikirim oleh Saudara Raja Mahadi Raja Mohamed. Persoalannya, mengapa PBT yang berkenaan, iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mencam- puradukkan bahasa Melayu de- ngan bahasa Inggeris? Bukankah lebih baik dinamai Jalan Pejabat Pos Lama, atau dengan nama yang lebih kreatif seperti Jalan Bingkisan dan sebagainya? Sesuai dengan tarafnya Bandar Raya Islam, MPKB-BRI seharus- nya menunjukkan sikap tidak mengutamakan bahasa penjajah, lebih-lebih lagi bahasa rojak. Hantarkan sebarang ke- salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my, atau kirimkan kepa- da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Ba- hasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 18 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG S ekiranya anda melalui Jalan Cheras berhampiran dengan Plaza Phoenix, pasti anda akan terpandang sebuah iklan papan iklan yang gah mempamer- kan "Royal Malaysia Police College Kuala Lumpur" dengan slogan "The Cradle Of Police Excellence" "200 Years Of Police Experience". Gambar tersebut dirakamkan oleh pencinta bahasa, Encik Hassan Alias. Ungkapan yang ter- kandung pada papan iklan terse- but seharusnya diterjemahkan kepada "Kolej Polis Diraja Ma- laysia" dengan slogan "Asas Kecemerlangan Polis" "200 Tahun Sejarah Kepolisan". Meskipun institusi yang dahulunya dike- nali sebagai Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur ini dinaik taraf kepada kolej, wajarkah namanya turut berubah daripada bahasa Melayu sepe- nuhnya kepada bahasa Inggeris? Walhal, ia masih institusi yang sama dan rata-rata penuntutnya terdiri daripada warganegara Ma- laysia yang memahami bahasa Melayu. Adakah pemaparan iklan papan iklan tersebut menjadi lam- bang terkuburnya penggunaan bahasa Melayu di kolej tersebut? Sekiranya perkara ini berlaku, pasti masyarakat pencinta bahasa kecewa dengan sikap yang ditun- jukkan oleh institusi yang menjadi tonggak keamanan dan kestabilan negara ini. Sebagai agensi kera- jaan, PDRM seharusnya men- dukung aspirasi kerajaan dan mengiktiraf bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara. Oleh itu, pihak DBP berharap pucuk pimpinan institusi ber- kenaan menyedari perkara ini dan akan sentiasa menyokong usaha kerajaan memperkasakan bahasa kebangsaan. Siapa lagi yang akan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita, jika tidak kita sebagai rakyat Malaysia? norma[email protected] Mengapa Tidak "200 Tahun Sejarah Kepolisan"? APA SUDAH JADI? Oleh Dr. Kyoko Funada Jalan Bahasa Rojak Pada Bahasa Melayu Hatinya Terpaut Penulis, Dr. Kyoko Funada ialah Prof. Madya di Department of International Language and Culture, KUIS, Chiba City, Jepun. Nama beliau sudah tidak asing lagi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Setiap kali Seminar Bahasa Melayu Antarabangsa yang diadakan sempena Persidangan Mabbim (Majlis Bahasa Brunei Darus Salam- Indonesia-Malaysia) dan Mastera (Majlis Sastera Asia Tenggara) diadakan, beliau pasti hadir sebagai peserta. Begitulah ter- pautnya hati Dr. Kyoko Funada kepada keindahan bahasa Melayu dan keramahan masyarakat Malaysia. Beliau pernah meng- ajar Bahasa Melayu di Universiti Nihon 1985–2001 Universiti Asia 1987–sekarang (sebagai pensya- rah sambilan); Universiti Keio 1998–2000; Universiti Waseda 1999–sekarang (sebagai pensya- rah sambilan); Kanda University of International Studies 1999– sekarang (sebagai Profesor Madya). Beliau mula mempelajari bahasa Melayu/Indonesia di Tokyo University of Foreign Studies, kemudian di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia 1977–1983. Melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 1997–2000 dan Ijazah Dr. Falsafah di Universiti Waseda 2000–2006. Beliau tertarik dengan Bahasa Melayu kerana keindahan bahasa Melayu. Katanya “setiap masya- rakat harus mementingkan dan melindungi bahasa negaranya sendiri”. Apabila ditanya apakah pengalaman yang tidak dapat lupakan di Malaysia, jawapannya: “Saya suka segala-gala yang ada di Malaysia. Masakan Malaysia sedap sekali, dan yang tidak akan saya lupakan ialah kebaikan hati orang Malaysia, terutama pega- wai-pegawai DBP. Mereka sangat bertanggung jawab”. Dr. Kyoko (tiga dari kanan) bersama-sama dua orang pensyarah KUIS dan sebahagian daripada pelajar Pengajian Bahasa Melayu. DR. KYOKO FUNADA.

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Kanda University of ... · ebagai orang Asia, orang Jepun berasa sangat akrab dengan orang Melayu dan Indonesia. Hubungan dalam bidang ekonomi dan kebudayaan

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Sebagai orang Asia, orang Jepun berasa sangat akrab dengan orang Melayu dan Indonesia.

Hubungan dalam bidang ekonomi dan kebudayaan antara Jepun dengan dunia Melayu sudah terjalin dengan akrab sekali. Tidak hairanlah begitu ramai sekali orang Jepun tertarik dan berminat mengunjungi Malaysia dan Indonesia.

Sejarah pengajaran bahasa Melayu/Indonesia di Jepun telah bermula sejak hampir 100 tahun yang lampau. Kini terdapat 14 buah universiti di Jepun yang menawarkan Program Bahasa Melayu/Indonesia. Bahasa Melayu/Indonesia kini diajar sebagai bahasa asing kedua di beberapa buah universiti di Jepun. Selain itu ter-dapat juga akademi/kolej baharu di Jepun yang memperkenalkan kursus Bahasa Melayu/Indonesia.

Kanda University of International Studies (KUIS) yang terletak di ping-gir Tokyo telah memperkenalkan Program Bahasa Melayu/Indone-sia di Department of International

Language and Culture pada tahun 2001. Setiap tahun kira-kira 20 orang mahasiswa baharu mengikuti Program Bahasa Melayu/Indonesia, yang ditawarkan di universiti ini.

Di bawah program Pengajian Bahasa Melayu/Indonesia KUIS, para pelajar diwajibkan mengambil kur-sus Bahasa Melayu sebanyak 5 waktu seminggu, (satu waktu bersamaan 90 minit) dan Bahasa Inggeris seba-nyak 4 waktu seminggu. Selain baha-sa, para pelajar juga diajar tentang sastera, sejarah, politik, ekonomi, dan kebudayaan Melayu/Indonesia . Dengan itu, apabila tamat pengajian di universiti, mereka sudah fasih ber-bahasa Melayu/Indonesia.

KUIS juga mengadakan program pertukaran mahasiswa dengan man-canegara termasuk Indonesia. Di bawah program pertukaran ini, setiap tahun 2 orang mahasiswa Indonesia diberi peluang belajar di KUIS, dan 2 orang mahasiswa KUIS diberi pe-luang belajar di Indonesia.

Antara masalah yang dihadapi dalam pengajaran Bahasa Melayu di KUIS ialah masalah kekurangan

bahan pengajaran dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan oleh para pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, maka pen-syarah KUIS sendiri telah menyusun sendiri buku pelajaran, dan membeli bahan kuliah tambahan di Indonesia. Usaha yang selalu dilakukan oleh tenaga pengajar Bahasa Melayu di KUIS ialah dengan mencari maklu-mat baharu tentang bahasa Melayu/Indonesia untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa. Oleh itu, maklumat ten-tang buku bahasa, sastera dan kebu-dayaan Melayu/Indonesia, di laman web amat berguna dan dapat mem-bantu kami tenaga pengajar di Jepun.

Di samping itu, penjualan buku bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu/Indonesia di laman web akan memudahkan tenaga pengajar dan pelajar di Jepun untuk mendapatkan bahan. Institusi pendidikan tinggi Jepun sentiasa mengharapkan agar hubungan antara Malaysia/Indonesia dengan Jepun terus terjalin dengan lebih erat dan lancar untuk mema-jukan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 18 April 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Kanda University ofInternational Studies(KUIS)

Gambar kesalahan papan tanda "Jalan Post Office Lama" di pusat bandar Kota

Bharu ini dikirim oleh Saudara Raja Mahadi Raja Mohamed. Persoalannya, mengapa PBT yang berkenaan, iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mencam-puradukkan bahasa Melayu de-ngan bahasa Inggeris? Bukankah lebih baik dinamai Jalan Pejabat Pos Lama, atau dengan nama yang lebih kreatif seperti Jalan Bingkisan dan sebagainya?

Sesuai dengan tarafnya Bandar Raya Islam, MPKB-BRI seharus-nya menunjukkan sikap tidak mengutamakan bahasa penjajah, lebih-lebih lagi bahasa rojak.

Hantarkan sebarang ke-

salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepa-da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Ba-hasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 18 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Sekiranya anda melalui Jalan Cheras berhampiran dengan Plaza Phoenix, pasti anda

akan terpandang sebuah iklan papan iklan yang gah mempamer-kan "Royal Malaysia Police College Kuala Lumpur" dengan slogan "The Cradle Of Police Excellence" "200 Years Of Police Experience". Gambar tersebut dirakamkan oleh pencinta bahasa, Encik Hassan Alias. Ungkapan yang ter-kandung pada papan iklan terse-

but seharusnya diterjemahkan kepada "Kolej Polis Diraja Ma-laysia" dengan slogan "Asas Kecemerlangan Polis" "200 Tahun Sejarah Kepolisan". Meskipun institusi yang dahulunya dike-nali sebagai Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur ini dinaik taraf kepada kolej, wajarkah namanya turut berubah daripada bahasa Melayu sepe-nuhnya kepada bahasa Inggeris? Walhal, ia masih institusi yang sama dan rata-rata penuntutnya terdiri daripada warganegara Ma-laysia yang memahami bahasa Melayu.

Adakah pemaparan iklan papan iklan tersebut menjadi lam-bang terkuburnya penggunaan

bahasa Melayu di kolej tersebut? Sekiranya perkara ini berlaku, pasti masyarakat pencinta bahasa kecewa dengan sikap yang ditun-jukkan oleh institusi yang menjadi tonggak keamanan dan kestabilan negara ini. Sebagai agensi kera-jaan, PDRM seharusnya men-dukung aspirasi kerajaan dan mengiktiraf bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.

Oleh itu, pihak DBP berharap pucuk pimpinan institusi ber-kenaan menyedari perkara ini dan akan sentiasa menyokong usaha kerajaan memperkasakan bahasa kebangsaan. Siapa lagi yang akan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita, jika tidak kita sebagai rakyat Malaysia? [email protected]

Mengapa Tidak "200

Tahun Sejarah

Kepolisan"?

APA SUDAH JADI?

Oleh Dr. Kyoko Funada

Jalan Bahasa Rojak

Pada Bahasa MelayuHatinya Terpaut

Penulis, Dr. Kyoko Funada ialah Prof. Madya di Department of International Language and Culture, KUIS, Chiba City, Jepun. Nama beliau sudah tidak asing lagi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Setiap kali Seminar Bahasa Melayu Antarabangsa yang diadakan sempena Persidangan Mabbim (Majlis Bahasa Brunei Darus Salam-Indonesia-Malaysia) dan Mastera (Majlis Sastera Asia Tenggara) diadakan, beliau pasti hadir sebagai peserta. Begitulah ter-pautnya hati Dr. Kyoko Funada kepada keindahan bahasa Melayu dan keramahan masyarakat Malaysia. Beliau pernah meng-ajar Bahasa Melayu di Universiti Nihon 1985–2001 Universiti Asia 1987–sekarang (sebagai pensya-rah sambilan); Universiti Keio 1998–2000; Universiti Waseda 1999–sekarang (sebagai pensya-rah sambilan); Kanda University of International Studies 1999–sekarang (sebagai Profesor Madya). Beliau mula mempelajari bahasa Melayu/Indonesia di Tokyo University of Foreign Studies, kemudian di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia

1977–1983. Melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 1997–2000 dan Ijazah Dr. Falsafah di Universiti Waseda 2000–2006.

Beliau tertarik dengan Bahasa Melayu kerana keindahan bahasa Melayu. Katanya “setiap masya-rakat harus mementingkan dan melindungi bahasa negaranya sendiri”. Apabila ditanya apakah pengalaman yang tidak dapat lupakan di Malaysia, jawapannya: “Saya suka segala-gala yang ada di Malaysia. Masakan Malaysia sedap sekali, dan yang tidak akan saya lupakan ialah kebaikan hati orang Malaysia, terutama pega-wai-pegawai DBP. Mereka sangat bertanggung jawab”.

Dr. Kyoko (tiga dari kanan) bersama-sama dua orang pensyarah KUIS dan sebahagiandaripada pelajar Pengajian Bahasa Melayu.

DR. KYOKO FUNADA.