55

BAHASA DAN BUDAYA SOPAN KESANTUNAN WAWANCARA.ppt

  • Upload
    anot

  • View
    97

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

  • MUKADIMAHDiribut runduklah padi,Dicupak Datuk Temenggung;Hidup kalau tidak berbudi,Duduk tegak berdiri canggung.Tegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa;Sendi bangsa ialah budi;Runtuh budi runtuhlah bangsa.Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

  • Anak itik pandai menari,Anak angsa terlompat-lompat;Rupa cantik dapat dicari,Budi bahasa mana nak dapat.Bunga melati bunga di darat,Bunga seroja di tepi kali;Hina besi kerana karat,Hina manusia tidak berbudi.Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.

  • Definisi WawancaraWawancara ialah soal jawab antara wartawan dan sebagainya dengan orang yang terkemuka dan lain-lain untuk mendapatkan keterangan (pandangan dan sebagainya) untuk disiarkan. Wawancara turut dikenal sebagai temu ramah, temu bual, dan interviu. (Kamus Dewan)Tujuan wawancara adalah untuk mendapatkan informasi atau keterangan dengan cara mengemukakan pertanyaan oleh pewawancara kepada orang yang diwawancarai.

  • Bentuk/Jenis WawancaraWawancara beritaWawancara dengan pertanyaan yang disediakan terlebih dahuluWawancara melalui telefonWawancara secara peribadiWawancara dengan banyak orangWawancara mendesakWawancara kelompok (banyak pewawancara mewawancarai seseorang)

  • Panduan Wawancara1)Berpakaian dan memiliki penampilan yang rapi dan kemas2)Bersikap sopan dan ramah* berwajah manis dan ceria* menghulurkan salam

  • * berjabat tangan- dead fish malas, menghulurkan tangan tanpa digenggam- bone crusher menggenggam tangan sangat kuat, agresif- wet fish berkaitan dengan masalah kepercayaan diriJabat tangan yang baik- tangan dalam keadaan bersih, kering, dan tidak memegang benda lain- menggenggam tangan secara sederhana, tidak terlalu lemah dan tidak terlalu kuat- sopan, genggaman kemas

  • 3)Menggunakan bahasa yang sesuai dan santun* ungkapan mohon maaf* ungkapan mengikut pemahaman saya* menjawab pertanyaan dengan ringkas, jelas, dan menjurus kepada pertanyaan* elakkan penggunaan bahasa basahan

  • 4)Menggunakan suara yang jelas dan lancar

  • 5)Memahami bahasa tubuh* melihat bibir dianggap kurang sopan* menatap dahi dianggap merendahkan* duduk dalam keadaan lurus* kepala tegak dalam keadaan horizontal dan vertikal* miringkan kepala sedikit sebagai tanda empati dan lebih mesra* tangan berada di samping tubuh (bersikap terbuka)* lengan dan tangan dijauhkan dari badan (orang pendiam)* jangan memeluk tubuh (melipat tangan di hadapan dada) kerana kelihatan defensif * tapak tangan menghadap ke luar dan ke atas bererti orangnya terbuka dan bersahabat* tapak tangan menghadap ke bawah bererti orangnya dominan dan defensif

  • ETIKA SOSIAL- tingkah laku dan sopan santun untuk berinteraksi - mengeratkan perhubungan & menaikkan imej - kurang formal tetapi diamalkan dalam masyarakat, profesion, dan hubungan rasmi- peraturan dalam hubungan sosial dan semua ahli faham akan kelakuan yang sepatutnya diikuti atau diamalkan- melibatkan tingkah laku, budi pekerti, imej sosial, serta keyakinan diri dan gaya diri yang baik.

  • PERGAULAN SOSIALPrinsip-prinsip perkenalanTatacara memperkenalkan seseorangTatacara menjawab perkenalanLarangan semasa menjawab perkenalanAdab-adab perkenalanTatacara bersalamanPerbualan yang berkesan

  • PERBUALAN- proses pertukaran pemikiran, keterangan, dan sebagainya secara lisan.- suatu peristiwa bahasa yang terdapat pelbagai lakuan bahasa - perbualan haruslah dikelolakan mengikut peraturan-peraturan tertentu - satu interaksi yang bersifat kooperatif- peraturan ini dipatuhi tanpa disedari, iaitu secara implisit.

  • - peraturan perbualan tidak dinyatakan secara eksplisit semasa berbual. Suatu kejanggalan jika diucapkan:Saya baharu sahaja selesai menanyakan soalan; sekarang saudara harus menjawab, dan jawablah dengan segera.Awak tidak mahu bercakap lagi buat sementara waktu ini? Kalau begitu, saya pulalah yang bercakap.

  • Jika tidak dipatuhi, beberapa kesan negatif kemungkinan akan terjadi.* memalukan pihak yang dilawan cakap atau yang ditujukan.* memperlihatkan perilaku biadap pihak yang menyatakannya.

  • Tiga Bahagian PerbualanPembukaanPertukaran maklumatPenutupan

  • Pembukaan(1) memberikan sapaan atau salam melalui ungkapan seperti Selamat pagi, Apa khabar?, dan Assalamualaikum.

    - Ungkapan ini menandakan mesej bahawa Saya ingin berbual dengan saudara.

  • (2) ungkapan yang berbentuk memohon ampun seperti Maafkan saya, tumpang tanya... dan Maaf kerana mengganggu....

    - dianggap amat sopan kerana orang yang ingin memulakan perbualan itu sebenarnya telah mencerobohi ruang serta kesenyapan orang yang ditanya itu.

  • (3) ungkapan pengumuman seperti Saya ada sesuatu yang hendak diberitahu... dan Eh, engkau tahu tak? Saya kena....

    Ungkapan ini akan disambut dengan pertanyaan Apa?

  • (4) ungkapan berbentuk soalan seperti Boleh saya bantu saudara?, Ada apa yang boleh saya bantu?, dan Engkau sibuk, tak?

  • (5) ungkapan pengenalan diri seperti Nama saya Adam, Saya anak kepada Encik Rahim,, dan Saya dari Jabatan Kimia Johor,

  • Pembukaan merupakanusaha oleh pihak yang terlibat, yang bertujuan untuk memastikan agarmasing-masing pihak * hendak terlibat dalam perbualan yang bakal berlaku* gembira bertemu dengan pihak yang lain* menghargai perhubungan dengan pihak yang lain

  • Pertukaran Maklumat- pertukaran pemikiran dan keterangan.- giliran bercakap, hentian sekejap, dan hasrat ingin bercakap.- giliran bercakap ialah peluang bercakap sebaik-baik sahaja selepas sesuatu ujaran daripada pihak lain.

  • seringkali berlaku kegagalan dalam giliran bercakap.* perbualan yang bertindih** diatasi dengan salah satu pihak akan berhenti bercakap, atau mengulangi, atau menyambung ungkapan yang terhenti itu dengan nada suara yang lebih kuat.- kegagalan ini boleh wujud dalam bentuk kesenyapan, iaitu kedua-dua pihak akan berhenti bercakap dalam tempoh yang agak lama sehingga menimbulkan kejanggalan.

  • ** diatasi dengan salah satu pihak akan menyambung perbualan yang terhenti lama itu.Ali: Kita perlu menyumbang sesuatu dalam projek ini. (Hentian sejenak)Ali: Saya rasa kita perlu menyumbang sesuatu dalam projek ini.Zali: Saya bersetuju. Entahlah orang lain.

  • - peraturan tentang giliran bercakap dapat diuruskan dengan dua cara:(1) pihak yang bercakap memberikan isyarat tidak berhasrat untuk bercakap lagi atau memilih pihak yang akan bercakap melalui ungkapan seperti Apa pandangan Encik Murad?(2) merebut giliran dengan pelbagai strategi seperti mengangkat tangan dan sebagainya.- isyarat untuk berhenti bercakap boleh mengambil bentuk verbal (bahasa lisan) dan bentuk bukan verbal (bahasa tubuh).

  • Penutupan- perlu dilakukan dengan cara yang paling sesuai agar tidak ada yang tersinggung.- tidak boleh diberhentikan secara mendadak.- haruslah dibayangkan penutup perbualan beberapa waktu sebelum selesai berbual.

  • (bentuk verbal)(1) memberikan alasan melalui ungkapan seperti Maaf, saya terpaksa menamatkan perbualan kerana...(2) memberikan alasan profesional seperti Saya ada janji temu sekejap lagi.(3) mengucapkan terima kasih seperti Terima kasih kerana sudi berbual-bual dengan saya.

  • (4) memberikan ucapan perpisahan seperti Selamat tinggal(5) menyebut dan menyimpul topik-topik penting yang dibualkan.(6) merujuk kepada tujuan asal seperti Saya ingin menanyakan hal itu sahaja.(7) mengirimkan salam seperti Sampaikan salam saya kepada semua.

  • (bentuk bukan verbal)kontak atau pertemuan mata yang semakin mengurangmemandang ke arah tempat atau fokus lain bangun dari tempat dudukmengemaskan barangmenguap yang acapkesenyapan yang agak lama

  • Bahasa Tubuh/Bahasa Badan/Bahasa Tanpa Ucapan (Body Language)- dikenal sebagai kinesik- meneliti pergerakan anggota badan (kontak atau pertemuan mata, ekspresi air muka, kedudukan badan, gaya berjalan, dan gerak-geri anggota badan tertentu untuk menyatakan sesuatu)

  • terdiri daripada beberapa dimensi atau bentuk:lambangangambarankawalansesuaianpaparan emosi

  • Lambangan- mudah difahami maksudnya.contohnya, meletakkan telunjuk melintangi bibir (tolong diam atau senyap)- bersifat persis dan wujud secara sedar.- kadangkala makna yang didukung oleh tanda atau lambang ini berbeza antara tempat dan budaya, misalnya lambang OK yang berbeza maksudnya antara Amerika Syarikat dengan Amerika Selatan.

  • Gambaran- aksi yang mengiringi bahasa yang diucapkan.- gambaran menjadi pelengkap kepada bahasa yang dituturkan.- contohnya, mengangkat telunjuk semasa menegaskan sesuatu.

  • Kawalan- gerak-geri anggota badan yang berfungsi untuk mengawal, yakni menentukan sesuatu perbualan itu berlangsung dengan lancar.- menggunakan pergerakan kepala, misalnya mengangguk-angguk untuk memberitahu orang yang bercakap agar bercakap dengan lebih cepat.- aksi mengangkat kening, memandang, dan merenung.

  • Sesuaian- aksi yang mengawal atau mengurangkan rasa cemas - aksi menggaru-garu kepala, tangan menggeletar, menggigit bibir, mengerutkan dahi- cara seseorang menenteramkan diri semasa berasa cemas, gugup, atau gelisah.

  • Paparan Emosi- mendedahkan sesuatu emosi - air muka contoh yang terbaik(muka yang masam, kepala yang menunduk, gaya berjalan yang tidak bermaya, kedudukan badan menyondong ke depan (berminat), menyandar ke belakang (tidak berminat), saiz biji mata yang kecil (tidak berminat), dan saiz biji mata yang besar (berminat)

  • Peranan Bahasa Tanpa Ucapanmengulangi, menggantikan, melengkapkan, dan mengawal sesuatu maklumat yang disampaikan.menyatakan persetujuan ataupun sebaliknya.melengkapkan sesuatu maklumat.memastikan kelancaran perbualan.menegaskan sesuatu.

  • Petua dalam PerbualanTajuk dalam perbualanAmalan semasa berbualLarangan semasa berbualTatacara menyampaikan pendapat sendiriTatacara menolak permintaanTatacara menyampaikan perasaan marah dan tidak senang hatiTonggak kesempurnaan akhlak semasa berbualMengakhiri perbualan

  • GAYA DIRI YANG SOPANGaya berdiriGaya berjalanGaya dudukGaya bangunGaya naik tanggaGaya turun tanggaTatacara masuk dan keluar dari kereta

  • PAKAIAN MELAMBANGKAN PERIBADI Konsep Berpakaianmencerminkan personalitimenutup auratmenampakkan ketampananmenonjolkan kejelitaanmenonjolkan identitiperlindungankesesuaiankeselesaan

  • Pandangan Masyarakat terhadap Etika Berpakaiantahap ekonomitahap pendidikantahap sosialkebolehpercayaantingkah laku moralkejayaan dan masa depan

  • PAKAIAN LELAKITiga perkara penting:jenis kainstail kolarcorak kain

  • Membuat pemilihan bajukawasan pinggang labuh bajukolar bajucorak kainlengan bajutulang bajubaju berjalur

  • Membuat pemilihan jenis kolarkolar biasakolar berbutang bawahkolar terbukakolar bulatkolar berpin

  • Penyesuaian pemakaian bajusematkan semua butang jika tidak bertali leher kecuali butang lehertidak sesuai melipat lengan baju (lengan panjang) dalam apa-apa keadaan sekalipuntidak sesuai bertali leher dengan baju lengan pendek melainkan memakai kotbaju disesuaikan dengan tali leherbaju dipadankan dengan seluarjalur menegak untuk kelihatan kurusjalur melintang untuk kelihatan berisi

  • Penyesuaian tali leherpanjang (55 inci & lebar hujung depan 1 inci)jenis kain (sutera, polyester, kapas)hujungnya jatuh di kepala tali pingganglebih sesuai yang tiada lambang yang besar, berwarna-warni, atau warna yang pudarwarnanya bertentangan dengan warna baju tetapi berpadananpin tali leher berada di tengah kocek (jika memakai kot)pin tali leher berada di bawah kocek (jika tidak memakai kot)warna pin tali leher yang sesuai dan berkilattali leher batik tidak sesuai dalam majlis rasmi

  • Penyesuaian seluarjenis kainjenis potongancorak dan warna

  • Penyesuaian kotmemilih kain & warna kotwarna lembut waktu siang & tidak rasmiwarna gelap waktu malam & rasmikot batik tidak sesuai untuk majlis rasmigunakan baju tanpa corakseluar tidak bell-bottomkot untuk majlis rasmi plain atau berjalur-jalur, elakkan jenis berfesyen dan butang berlebihan, tidak ada tali pinggang di belakang

  • Penyesuaian kasutwarna kasut dipadankan dengan warna seluarjenis kasut berkilat ke majlis rasmi

  • Penyesuaian stokingwarna stoking dipadankan dengan warna seluarelakkan stoking bercorak atau berbelang

  • Penyesuaian tali pinggangjenis kulit untuk majlis rasmi atau ke pejabatkepala tali pinggang kecil, empat segi bujur, bulat, atau bujurdikilatkan selalu

  • PAKAIAN WANITApenyesuaian jenis kainpenyesuaian bentuk badanpenyesuaian warna dan corakpenyesuaian pakaian siangpenyesuaian pakaian malampenyesuaian alat solekpenyesuaian-penyesuaian lain (rambut, selendang, skarf, kasut)

  • ...sopan santun itu dapat mencairkan (meleburkan) dosa dan kesalahan seumpama air dapat mencairkan salju. Budi kasar itu dapat merosakkan amal usaha seumpama cuka dapat merosakkan maduHadis riwayat Baihaqi

  • SEKIANTERIMA KASIH