of 38/38
1

Bahan semantik individu

  • View
    103

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of Bahan semantik individu

1. 1 2. HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: > merumuskan makna semantik > mengenal pasti jenis makna, iaitu makna rujukan dan bukan rujukan, denotatif dan konotatif, konseptual, asosiatif, stilistik, afektif, kolokatif, kata, istilah, idiom, peribahasa, dan relasi makna 2 3. SEMANTIK Ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung Secara mudah, semantik dianggap sebagai kajian tentang makna Mengikut tafsiran luas, semantik ialah kajian sintaksis, proposisi dan pragmatik (kajian lakuan linguistik) Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian tentang teori referensi (denotatif, ekstensi), dan teori makna (konotasi, intensi) 3 4. RUJUKAN Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan fonem: / k /, / b /, / c /, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /, / r /, / t /, / s /, / w /, / y /, / i /, / a /, / e /, / o /, / u / akan menerbitkan bunyi yang bermakna. [ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak ] kertas: bahan tipis yang diperbuat daripada kayu bangku: papan panjang yang berkaki (tempat duduk) wanita: perempuan dewasa cahaya: benda terang yang memancar daripada matahari, bulan rumah: binaan untuk tempat tinggal budak: anak, kanak-kanak bangunan: sesuatu yang didirikan, seperti rumah, gedung, menara 4 5. LAMBANG 5 Kata wanita diberi lambang: Merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan. Kata rumah diberi lambang: Kata harimau diberi lambang: 6. LAMBANG Berikut ialah hubungan antara rujukan, kata, makna dan lambang rujukan kata (benda / konsep) (ujaran) Lambang makna (tulisan) (tafsiran) 6 7. LAMBANG Rajah itu merumuskan: rujukan benda / konsep sesuatu yang dirujuk kata unsur bahasa yang merujuk bentuk ujaran makna tafsiran bagi benda atau konsep (citra mental) Hubungan antara benda dengan makna secara langsung Hubungan antara benda dengan kata, kata dengan makna, makna dengan lambang, dan lambang dengan benda secara tidak langsung 7 8. JENIS MAKNA Secara umum, jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan, dan makna konteks Makna leksikal ialah makna yang dimiliki atau yang ada pada perkataan dengan tidak mengambil kira konteks, iaitu makna sebenar Contoh: perdu = kelompok pokok, rumpun percik = titik air yang berserak-serak di sana-sini malakut = alam atau tempat malaikat atau roh jerat = tali pencerut untuk menangkap satwa lugas = tentang yang perlu sahaja 8 9. JENIS MAKNA Makna ketatabahasaan wujud melalui proses gramatis seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contoh: maksud = tujuan, hajat, kehendak, niat bermaksud = bertujuan, berhajat, berniat, berkehendak = mengandung erti Makna konteks ialah makna kata yang wujud dalam suatu konteks, dengan mengambil kira tempat, waktu, dan lingkungan peristiwa. Contoh: * Rambut di kepalanya sudah putih * Sultan ialah kepala negeri * Kepala surat itu sudah pudar * Kepala lututnya masih kuat * Kepala kainnya sudah tidak kemas 9 10. MAKNA RUJUKAN DAN MAKNA BUKAN RUJUKAN Makna rujukan ialah makna yang ada rujukan atau acuannya. Misalnya kata rumah, hujan dan lukisan ialah kata yang bermakna rujukan kerana wujud acuannya di dunia nyata Makna bukan rujukan ialah makna yang tidak mempunyai rujukan seperti dan, atau, di samping, kerana Terdapat sejumlah kata yang dinamakan deiktik, iaitu acuannya tidak menetap pada satu maujud, tetapi bergantung pada konteks. Contohnya: Kata ganti nama: dia, saya, kami, kita, beliau Kata menyatakan ruang: di sini, di sana Kata menyatakan waktu: kini, dini, esok, nanti Kata tunjuk: ini, itu 10 11. MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh: babi = satwa menyusui yang bermuncung panjang, berkulit tebal, dan berbulu kasar, serta diharamkan bagi orang Islam gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan menyusui Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. Contoh: babi = jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah gerombolan = kawanan perusuh atau penjahat perempuan = unsur negatif 11 12. MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada konteks. Kata babi, jijik bagi orang Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Begitu juga dengan kata perempuan, mengancam, kurus, rombongan, dan wanita. Contoh: > Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan! > Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai, mengancam nampak! > Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus kering > Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan alternatif akan menyerahkan > Wanita korporat / Wanita penggoda 12 13. MAKNA KONSEPTUAL Makna konseptual ialah makna yang dimiliki oleh leksikon yang terlepas daripada apa-apa konteks atau asosiasi. Contoh: inayat: pertolongan, bantuan, pemberian Tuhan kukuh: kuat terpancang pada tempatnya logika: pengetahuan tentang kaedah berfikir nafsu: keinginan hati yang kuat gelombang: ombak panjang yang bergulung-gulung andal: dapat dipercayai andika: kehormatan tertinggi yang diberikan atau dimiliki oleh raja atau penguasa yang tidak beragama Islam Oleh itu, makna konseptual samalah juga dengan makna leksikal, makna denotatif atau makna rujukan 13 14. MAKNA ASOSIATIF Makna asosiatif ialah makna yang dimiliki oleh leksikon akibat wujudnya hubungan leksikon itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Contoh: melati: tumbuhan perdu suku rubiaceace, sering ditanam di halaman rumah, warna bunganya putih berbentuk bintang, terletak pada tandan kecil, berbau sangat harum, sering digunakan dalam pelbagai upacara adat seperti perkahwinan, juga pada waktu kematian - Sesuatu yang suci / kesucian putih: warna dasar yang serupa dengan warna kapas - bersih, suci dan murni merah: warna dasar yang serupa dengan warna darah - berani atau faham komunis 14 15. MAKNA ASOSIATIF buaya: binatang berdarah dingin yang merangkak (reptilia), bertubuh besar dan berkaki keras, bernafas dengan paru-paru, dan hidup dalam air (sungai atau muara sungai). - Jahat atau kejahatan Kerbau: binatang memamah rumput, yang biasanya diternak untuk diambil dagingnya, atau digunakan untuk membajak, rupanya seperti lembu, tanduknya panjang, suka berkubang, umumnya berbulu kelabu kehitaman - bebal, bodoh dan dungu Makna asosiatif juga merangkumi makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, dan makna kolokatif Makna konotatif bermaksud kata tertentu berasosiasi dengan nilai rasa terhadap kata itu, seperti kata babi, anjing, ramping 15 16. MAKNA STILISTIK, AFEKTIF DAN KOLOKATIF Makna stilistik bermaksud penggunaan kata berasaskan perbedaan sosial atau bidang kegiatan, seperti kata rumah, kediaman, tempat tinggal, pondok, istana, banglo, teratak, panti, gedung, pejabat, wisma, balai, dewan, bangunan, asrama, pangsapuri, iglu, dangau, cungkup, bumbung, khemah, reban, sarang, sangkar Makna afektif bermaksud perasaan penutur terhadap pendengar atau objek yang dibicarakan. Contoh: > Tutup mulut kamu! > Harap diam sebentar! Makna kolokatif bermaksud ciri makna tertentu yang dimilki oleh kata daripada sejumlah kata yang bersinonim sehingga kata itu sesuai dengan pasangan tertentu sahaja. Contoh: > Tampan untuk lelaki > Cantik untuk wanita 16 17. MAKNA KATA Setiap kata mempunyai makna, iaitu makna leksikal, denotatif atau konseptual. Semua makna ini masih bersifat umum, kasar dan kurang tepat. Makna yang lebih tepat terjelma apabila kata itu berada dalam konteks situasinya. Misalnya kata membawa membawa: memegang atau mengangkat sesuatu sambil berjalan atau bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain Apabila digunakan kata membawa dalam konteksnya barulah jelas, apakah kata yang lebih tepat: membawa, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung, menjinjing, membimbit, menggendong, menggalas, menanggung, mengangkat, mengusung, menatang, memimpin, mengiringi, menemani, mengakibatkan, mendatangkan, menyebabkan, menghasilkan, melibatkan, memasukkan, menarik, menyeret 17 18. MAKNA ISTILAH Makna istilah ialah makna yang pasti, jelas, tidak meragukan walau dalam konteks apa pun. Istilah bersifat bebas konteks, dan digunakan dalam disiplin ilmu khusus. Misalnya makna kata khayal dalam bidang perubatan berbeda dengan makna khayal (leka, sangat asyik) dalam penggunaan biasa. Contoh lain: gagap: Kecacatan pertuturan, lazimnya disebabkan gangguan psikofisiologi. Bunyi konsonan diulang secara spasmodik, khusunya pada ujaran dini ergatif: Nama kasus tatabahasa untuk menandakan subjek KKJT epigram: Ungkapan atau kata ringkas, bernas dan tajam maksudnya, serta mengandung unsur bertentangan Dalam perkembangan bahasa, terdapat istilah khusus yang digunakan sebagai kata umum, seperti kata teknologi, psikologi, virus, kalimat, gatra 18 19. MAKNA IDIOM Makna idiom ialah satuan ujaran yang maknanya tidak dapat diramal daripada makna unsurnya, sama ada secara ketatabahasaan atau leksikal Secara ketatabahasaan, menjual kereta bermaksud penjual menerima wang, dan pembeli menerima kereta. Namun, bentuk menjual suara tidaklah bermakna penjual menerima wang, dan pembeli menerima suara, tetapi bermaksud orang yang menggunakan suaranya secara total untuk mendapatkan wang pembiayaan hidupnya sehari-hari Contoh lain: membanting tulang, meja hijau (keadilan), sudah senja, masih dini 19 20. MAKNA IDIOM Bentuk idiom dapat dibahagikan kepada dua, iaitu idiom penuh dan idiom sebahagian. Idiom penuh ialah idiom yang semua unsurnya terserap menjadi satu kesatuan makna Idiom sebahagian ialah idiom yang salah satu unsurnya masih memiliki makna leksikalnya. Contoh: Kertas putih: Kertas yang memuatkan keterangan rasmi secara jelas dan benar tentang sesuatu perkara / peristiwa Daftar hitam: Daftar yang di dalamnya tersenarai nama orang yang disyaki melakukan kejahatan Filem biru: Filem yang mengandung adegan lucah yang keterlaluan Rumah panas: Rumah yang kerap berlaku bencana 20 21. MAKNA PERIBAHASA Kelompok kata atau kalimat yang tetap susunannya dan biasanya mengiaskan maksud tertentu (termasuk juga bidal, ungkapan, perumpamaan) Ungkapan atau kalimat ringkas, padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah laku 21 22. MAKNA PERIBAHASA Peribahasa memiliki makna yang masih dapat dilacak daripada makna unsurnya kerana kewujudan asosiasi antara yang tersurat dengan yang tersirat. Contoh: Seperti ilmu padi, kian berisi, kian merunduk Seperti kacang lupa akan kulit Seperti mentimun dengan durian Seperti merak mengigal di hutan Seperti penyapu diikat dengan benang sutera Seperti tikus membaiki labu Seperti golok kayu, ditetak tak lut, dijual tak laku Idiom dan peribahasa terdapat pada semua bahasa, terutama pada bahasa yang mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi. Kedua-dua makna ini dapat ditelesuri dengan tuntas melalui kamus 22 23. RELASI MAKNA Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang terdapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin berupa kata, frasa, dan ayat Relasi makna dapat menyatakan: > kesamaan makna > pertentangan makna > jangkauan makna > kegandaan makna > kelebihan makna Relasi makna dapat dilihat dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim, hiponim, ambiguiti dan pertindanan makna 23 24. SINONIM Dua kata atau lebih yang mempunyai makna kognitif atau makna konsep yang sama, yang juga merupakan implikasi dua hala. Contoh: betul : benar mati : korban fall : autumn freedom : liberty wide : broad Mati korban 24 25. SINONIM Semua kata yang bersinonim tidak persis sama. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya: waktu: laksamana (dini) komandan (kini) tempat: saya (di mana-mana) - beta (istana) formal: wang (rasmi) - duit (tidak rasmi) isteri (rasmi) - bini (tidak rasmi) sosial: saya (sesiapa sahaja) - aku (sebaya) laras : matahari (umum) - surya (sastera) Setiap kata mempunyai nuansa makna yang berbeda. Contoh: lihat, melihat, menonton, nampak, melirik, pandang, tengok, jenguk, tenung, renung, tilik, jegil, imbas, belek, perhati, tumpu, tatap, awasi, tinjau, intai, amati, teliti, kenyit, intip, jeling, kerling, teropong, menziarahi, melawat, menjenguk, mengunjungi, mengendap 25 26. SINONIM Jarang ditemukan dua kata yang bersinonim mutlak. Kata yang bersinonim mungkin berasal daripada bahasa daerah, bahasa kebangsaan dan bahasa asing. Contohnya kukul (bahasa Jawa) bersinonim dengan jerawat (bahasa Melayu baku), diabetes bersinonim dengan penyakit kencing manis, telefon gengam bersinonim dengan handphone Sinonim juga wujud dalam bentuk antara kata (frasa atau ayat) yang berbeda ragam bahasanya, dan antara kata yang berbeda nilai rasanya 26 27. ANTONIM Kata yang menyatakan pertentangan makna atau kontras makna antara satu kata dengan satu kata yang lain. Hubungan antara kata itu juga bersifat dua hala. Contoh: amanah - curang asli - tiruan bantah - setuju pasang - surut teruna - dara lelaki - perempuan jantan - betina tekun malas 27 28. ANTONIM Antonim dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berasaskan sifat tertentu > Bersifat mutlak: batas antara satu dengan lain dapat ditentukan dengan jelas. hidup mati, diam bergerak > Bersifat relatif: batas antara satu dengan lain tidak dapat ditentukan dengan jelas. besar kecil, jauh dekat, tebal nipis, panjang pendek > Bersifat relasional: kewujudan yang satu perlu disertai oleh yang lain. suami isteri, membeli menjual, guru murid > Bersifat hierarki: kedua-dua satuan ujaran yang bertentangan itu berada dalam satu garis hierarki. gram kilogram Dalam sesetengah bahasa, terdapat ujaran yang memiliki pasangan antonim lebih daripada satu. Keadaan ini dinamakan antonim majmuk. Contoh: Jauh: dekat, hampir, rapat, sebelah, akrab, karib, samping, sanding, intim, damping 28 29. ANTONIM Antonim digunakan juga untuk oposisi makna dalam pasangan leksikal bertaraf, seperti panas dengan dingin. Dikatakan bertaraf kerana antara panas dengan dingin masih ada kata lain seperti hangat dan suam-suam kuku. Ayat saya tidak ingin mandi dengan air dingin tidak bermakna saya ingin mandi dengan air panas, mungkin saya ingin mandi dengan air hangat Oposisi makna dalam pasangan leksikal yang tidak bertaraf, yang maknanya bertentangan dinamakan oposisi komplemen, seperti jantan dengan betina dan suami dengan isteri. Dalam ayat Gen seekor kucing jantan bermakna Gen bukan kucing betina, dan juga ayat Minah isteri Mamat bermakna Mamat suami Minah 29 30. POLISEM Kata atau satuan ujaran yang mempunyai makna lebih daripada satu. Contoh: kepala: bahagian tubuh (manusia / binatang) dari leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga) kepala: bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) kepala: ketua (pejabat, perkumpulan, tertubuhan), pemimpin negara, penghulu kepala: otak, fikiran, akal kepala: orang (digunakan dalam perhitungan / perkiraan) Makna pertama ialah makna sebenar. Makna lain ialah makna yang dikembangkan berasaskan salah satu komponen makna yang dimiliki oleh kata atau satuan ujaran itu 30 31. POLISEM Kata seniman bermaksud orang yang menciptakan karya seni. Namun demikian, kata seniman ini dapat disempitkan lagi maknanya bergantung pada konteks. Contoh: (1) A Samad Said seorang seniman besar, pengunjung pameran terpana dengan karya seninya (2) Karya seniman itu dapat dilihat pada setiap pameran lukisan (3) Seniman ulung ikut ambil bahagian dalam persembahan orkestra di Istana Budaya kata seniman dalam ujaran (1) bermaksud sasterawan, seniman dalam ujaran (2) bermaksud pelukis, dan seniman dalam ujaran (3) bermaksud pemuzik. Kata seniman dalam (1), (2), dan (3) berbeda dalam hal makna rujukan. Oleh sebab acuan atau objek berada di luar bahasa, dan terikat dengan konteks, maka makna ini dinamakan juga makna konseptual 31 32. HIPONIM Hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain, iaitu makna spesifik dalam makna generik Umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, tahi ayam, cempaka, melur, raya, kasturi, ros, anggerik, tulip, melati Contoh lain: Ikan ialah hiponim bagi tenggiri, tongkol, bawal, kembung, kelah, bilis, belanak, buntal, parang, tambang, merah, emas, kelisa, kelisi, gelama, paus, duri 32 33. HOMONIM Homonim bermaksud ungkapan yang bentuknya sama dengan ungkapan lain, tetapi maknanya tidak sama Kata yang ditulis sama tetapi maknanya berbeda dinamakan homograf, dan kata yang dilafazkan sama tetapi maknanya berbeda dinamakan homofon Dalam kamus, kata berhomonim wujud sebagai lema (entri) yang terpisah. Contohnya kata lawa, wujud sebagai tiga lema, iaitu: (1) lawa: cantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak (2) lawa: galang atau palang (pada perahu dll) (3) lawa: sombong 33 34. HOMONIM Contoh lain: pacar : inai raga : bakul yang diperbuat daripada bilah pacar : kekasih raga: badan bisa : racun raga: berlagak, sombong bisa : sanggup, dapat masa : waktu bandar : pelabuhan massa : jumlah besar yang menjadi satu kesatuan bandar : kota perdagangan bandar : parit bandar : pemegang wang dalam perjudian bang : azan bang : singkatan kata abang nya : Yang di sana itu kekasihnya (KGND) ingin berkahwin, tetapi kekasihnya belum ada (orang tertentu) 34 35. AMBIGUITI Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau mendua makna. Kegandaan makna ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeda. Contoh: Buku sejarah baru (Buku sejarah itu baru / Buku itu berisi sejarah zaman baru) Orang malas lalu di sana (Jarang ada orang yang mahu lalu di sana / Orang malas sahaja lalu di sana) Menteri baru kahwin (Menteri yang baru dilantik itu kahwin / Menteri yang sudah lama jadi menteri, tetapi kahwinnya baru) 35 36. PERTINDANAN MAKNA Pertindanan makna bermaksud berlebih-lebihan penggunaan unsur segmental dalam suatu bentuk ujaran Contoh: > Burung ditembak oleh Halim > Burung ditembak Halim Kata oleh dalam ayat di atas dianggap yang berlebih-lebihan dan mubazir, kerana kata oleh itu sebenarnya tidak perlu Contoh lain: > Perawan ini memakai baju berwarna merah > Perawan ini berbaju merah > Dia membelah kayu dengan menggunakan kapak > Dia membelah kayu dengan kapak 36 37. KESIMPULAN Semantik ialah kajian tentang teori referensi dan teori makna Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk dan lambang merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan Jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan dan makna konteks Bidang makna yang lain termasuklah makna rujukan dan makna bukan rujukan, makna denotatif dan makna konotatif, makna kontekstual, makna asosiatif, makna stilistik, afektif dan kolokatif, makna istilah, makna idiom, dan makna peribahasa Relasi makna dapat dirincikan dari aspek sinonim, antonim, polisem, hiponim, homonim, ambiguiti dan pertindanan makna 37 38. KATA BIJAK PANDAI PERCAYA DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI, HANYA ITU RESEPI PALING MANJUR UNTUK MENAKLUK KEHIDUPAN 38