10
BAB 2 : STRATEGI PEMBANGUNAN

BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN#

Page 2: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

2.0 STRATEGI DAN KONSEP PEMBANGUNAN

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

LAPORAN TINJAUAN Hala Tuju Strategik dan Konsep Pembangunan

2-1

2.0 STRATEGI DAN KONSEP PEMBANGUNAN TERTUMPU WILAYAH BANDAR (CITY REGION DEVELOPMENT ORIENTED) Bahagian ini mengemukakan perincian kepada konsep pembangunan wilayah bandar (city region) dan aplikasinya ke dalam konteks Negeri Selangor. Ia juga mengandungi strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city region).

2.1 Pengenalan Wilayah Bandar (City Region) didefinisikan sebagai satu kawasan di mana terdapatnya hub perbandaran dan kawasan persekitarannya. Kedua-dua kawasan ini mempunyai pertalian hubungan melalui aktiviti ekonomi dan sosial di antara keduanya. Hab perbandaran ini adalah merupakan kawasan tepubina yang juga merupakan pusat aktiviti ekonomi. Kawasan persekitaran adalah merupakan kawasan pengaruh hub perbandaran. Ia merangkumi petempatan di mana penduduknya berulang alik ke tempat kerja di hab perbandaran tersebut. Rajah 2.1 menunjukkan teori city region.

Di dalam konteks Negeri Selangor penterjemahan city region adalah seperti di Rajah 2.2 Ia menunjukkan pengaruh hab perbandaran ini menjangkau ke Negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun bahagian utara Negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, bahagian utara Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor) dilihat terletak di luar pengaruh kawasan hab perbandaran Negeri Selangor dan lebih berperanan sebagai kawasan hinterland yang mempunyai hubungkait dengan kawasan hab perbandaran dari aspek aktiviti ekonomi dan sosial. Oleh itu di dalam konteks RSN ini, Negeri Selangor secara keseluruhan dilihat sebagai sebuah wilayah bandar bersesuaian dengan status Selangor sebagai sebuah negeri yang pesat membangun dan paling maju di Malaysia.

Rajah 2.1: Teori Konsep City Region

Page 4: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

Shah Alam

KLIA

Bandar BaruSalak Tnggi

Cyberjaya

Seri Kembangan

RSll SELANGOR ll

1 : 8 000 m

Segitiga Wilayah Bandar (hub)

Contiguous Built-up Area

Kawasan Pengaruh (Contiguous Built-up Area)

Economic Footprint

Rajah 2.2 : Aplikasi Teori Wilayah Bandar di dalam Konsep PembangunanRancangan Struktur Negeri Selangor 2035 LAPORAN TINJAUAN

Hala Tuju Strategik dan Konsep Pembangunan

Petunjuk

Sumber : Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2012

Sempadan NegeriBandar-bandar UtamaPusat Pentadbiran Negeri Selangor

KLIA

Pelabuhan Klang

Page 5: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

LAPORAN TINJAUAN Hala Tuju Strategik dan Konsep Pembangunan

2-3

The OECD and European Commission have

adopted the following approach to

defining city regions :

1. A city consists of one or more municipalities

2. Municipalities sharing at least 50% of their

border with the functional area are

included.

3. At least half the city residents live in an

urban centre

4. An urban centre has at least 50,000

inhabitants. It consists of a high-density

5. cluster of contiguous grid cells of 1km2 with

a density of at least 1,500 inhabitants per

km2 as well as filled gaps

6. If 15% of employed people living in one city

work in another city, these cities are

combined into a single destination

7. All municipalities with at least 15% of their

employed residents working in a

city are identified

Source: Cities of Tomorrow – Challenges, Visions, Ways

Forward: European Commission, October 2011

Pengaplikasian wilayah bandar di dalam konsep pembangunan RSN Negeri Selangor adalah selaras dengan beberapa kriteria yang digunakan oleh OECD and European

Commission di dalam mendefinisikan wilayah bandar. Kriteria-kriteria tersebut ialah: i. Sebuah wilayah yang

mempunyai lebih dari 1 PBT. Negeri Selangor mempunyai 12 PBT

ii. MPAJ, MPK, MBSA, MBPJ, DBKL berkongsi melebihi 50% sempadannya dengan hab perbandaran (functional area).

iii. Empat PBT Negeri Selangor yang terletak di dalam Greater KL mempunyai penduduk 4.512 juta orang (2010). Dengan mengambilkira WPKL, jumlah penduduknya adalah 6.187 juta orang Daripada jumlah tersebut, 3.286 juta orang tinggal di di pusat bandar. Jumlah ini meliputi kira-kira 53% daripada penduduk Greater KL (tidak termasuk Putrajaya)

iv. Terdapat 11 pusat bandar yang mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 50,000 orang1.

Di dalam konteks Negeri Selangor, wilayah bandarnya bersifat monocentric (Rajah 2.2). Ini adalah kerana ia didominasi oleh satu hab perbandaran yang berperanan sebagai satu-satunya sumber pekerjaan bagi kawasan petempatan di sekitarnya. Walau bagaimanapun di dalam hub perbandaran ini terdapat beberapa bandar yang berbeza dari segi saiz dan fungsi seperti Shah Alam, Petaling Jaya, dan Bandar Baru Bangi. Di dalam konteks ini ia lebih bersifat kepada wilayah bandar polycentric. Pendekatan konsep pembangunan melalui wilayah bandar, membolehkan bandar-bandar diberi pengkhususan fungsi-fungsi samada sebagai bandar kediaman, bandar industri, bandar perkhidmatan perniagaan atau sebagai bandar pentadbiran. Konsep ini sesuai untuk digunapakai bagi menghadapi cabaran globalisasi dan perubahan teknologi di mana wilayah bandar berperanan sebagai nodus spatial untuk bersaing di dalam pasaran ekonomi global bagi meningkatkan prestasi ekonomi dan pelaburan asing.

1 Sila rujuk Jadual B2.1 dan B2.2 Sektor Pusat Petempatan dan Koridor Pembangunan Sumber: Banci Penduduk 2010, Jab. Perangkaan Malaysia

Page 6: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

LAPORAN TINJAUAN Hala Tuju Strategik dan Konsep Pembangunan

2-4

2. 2 Strategi dan Konsep Pembangunan Tertumpu Wilayah Bandar (City Region Development Oriented) Strategi dan Konsep Pembangunan Tertumpu Wilayah Bandar (City Region Development

Oriented) adalah seperti di Rajah 2.3. Konsep pembangunan ini membahagikan Selangor kepada zon-zon berikut: � Zon guna tanah utama:

o Zon perbandaran yang juga merupakan zon pertumbuhan ekonomi bandar; o Zon pengekalan padi; o Zon pengekalan pertanian; dan o Zon pengekalan sumberjaya dan KSAS.

� Zon Pemuliharaan Tanah Gambut � Zon Pemuliharaan Pesisiran Pantai dan Sungai Utama i) Zon Guna tanah Utama

a) Zon perbandaran Zon ini merupakan zon yang telah dikenal pasti sebagai zon galakan pembangunan perbandaran.

Tumpuan pembangunan perbandaran adalah di Daerah Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat dan Sepang yang telah dikenal pasti sebagai Greater Kuala Lumpur (GKL). Zon ini merangkumi pusat-pusat pertumbuhan ekonomi utama Negeri Selangor seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Damansara dan Kajang. Kawasan perbandaran ini akan menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi Selangor supaya ia terus berkembang maju bagi menyumbang kepada pencapaian aspirasi GKL (kedudukan 20 tempat teratas bandar raya yang mempunyai ekonomi

mampan). Zon galakan perbandaran juga ditumpukan di pusat-pusat pertumbuhan seperti Telok Panglima Garang, Banting – Telok Datok- Bandar Mahkota, Kuala Selangor, Puncak Alam, Ijok, Berjuntai Bistari, Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak, Bernam Jaya, Kuala Kubu, Batang Kali, Bukit Beruntung dan Sungai Choh. b) Zon pengekalan padi

Zon ini meliputi kawasan kawasan Jelapang Padi IADP di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

c) Zon Pengekalan Pertanian Konsep ini memberi penekanan kepada pemeliharaan kawasan pertanian yang subur meliputi kawasan kelas tanah pertanian 2 dan 3 yang merupakan satu sumberjaya yang tidak boleh diperharui (non-renewable resources). Kawasan pertanian ini termasuklah kawasan pertanian sayur di Hulu Selangor. Pengawalan

Page 7: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

LAPORAN TINJAUAN Hala Tuju Strategik dan Konsep Pembangunan

2-5

aktiviti perbandaran di kawasan kelas tanah 2 dan 3 membolehkan sumberjaya ini terus dipelihara untuk kegunaan aktiviti pertanian pada masa hadapan terutamanya bagi penanaman sumber makanan. a) Zon Pemuliharaan Sumberjaya dan KSAS Zon ini meliputi kawasan pemuliharaan kepelbagaian biologi termasuklah hutan simpan kekal, hutan paya bakau dan kawasan FRIM serta kawasan berbukit dan bercerun.

ii) Zon Pemuliharaan Tanah Gambut Pemuliharaan kawasan tanah gambut adalah perlu bagi keseimbangan ekologi. Kawasan tanah gambut berkepentingan sebagai kolam takungan semulajadi, sumber air bawah tanah, berupaya untuk menyimpan karbon yang banyak sekaligus dapat membantu menstabilkan alam sekitar dengan memperlahankan pemanasan global.

Kawasan tanah gambut dan bekas lombong berpotensi untuk menyebabkan kejadian pemendapan tanah yang boleh menimbulkan masalah bangunan retak dan tanah runtuh. Sektor alam sekitar telah mengenal pasti kawasan ini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 2. Tahap KSAS ini tidak membenarkan sebarang aktiviti pembangunan bersifat perbandaran dan pertanian kecuali aktiviti rekreasi yang memberi impak yang minima tetapi tertakluk kepada halangan fizikal dan carrying capacity setempat.

iii) Zon Pemuliharaan Pesisiran Pantai dan Sungai Utama

Zon pemuliharaan pesisiran pantai dan sungai di antaranya meliputi; a) Pengawalan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan persisiran pantai

terutama dalam lingkungan 1 km supaya tidak membenarkan pembangunan berskala dan berintensiti besar serta berkepadatan tinggi di kawasan tersebut. Perincian kepada pengawalan pembangunan adalah tertakluk kepada dasar-dasar RFZPPN, Pelan Pengurusan Bersepadu Pantai yang disediakan oleh pihak LUAS (Daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang dan Kuala Langat) dan Rancangan Tempatan yang disediakan.

b) Memulih, menambah baik dan merangsang semula (river rejuvenation) sungai-sungai utama.

c) Penetapan rizab sungai dan pengwartaan rizab sungai bagi memudahkan kerja-kerja pemuliharaan dan pengawalan aktiviti pembangunan di pesisiran sungai.

Page 8: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

LAPORAN TINJAUAN Hala Tuju Strategik dan Konsep Pembangunan

2-6

iv) Connectivity yang meghubungkan petempatan di dalam wilayah Bandar

Strategi pengangkutan memberi penekanan kepada meningkatkan tahap kemudahsampaian melalui pembangunan jalan dan meningkatkan tahap perkhidmatan awam khususnya perkhidmatan rel. Perincian cadangan adalah seperti ditunjukkan oleh Rajah 2.7, Rajah 2.8(a) dan Rajah 2.8(b). Di antara cadangan-cadangan tersebut ialah: • Meningkatkan tahap kemudahsampaian melalui penaiktarafan jalan kepada

dual carriageway seperti di sebahagian Laluan Persekutuan 1 (Rawang – Bernam Jaya), Laluan Persekutuam 5 (Sabak – sempadan Negeri Perak), Jalan B44 (Hulu Bernam – Sabak) dan Jalan B33 dan Jalan B42

• Cadangan jalan dan jambatan kedua ke Jalan A123 (Daerah Hilir Perak). • Menaik taraf sebahagian Jalan B18 dan B48 kepada dual carriageway bagi

meningkatkan kemudahsampaian ke Putrajaya dan KLIA. • Membina jalan baru bagi menyambungkan Laluan B3 – B18 (Shah Alam ke

Bukit Changgang), Laluan B125 - Jalan Pulau Carey – Jalan Telok Gong. • Memperluaskan perkhidmatan rel (LRT /MRT) meliputi kawasan yang padat

penduduk seperti di Klang, Shah Alam dan Selayang serta ke bandar-bandar utama dalam Wilayah ini seperti perkhidmatan LRT di antara Shah Alam – Cyberjaya –Putrajaya - Bandar Baru Bangi.

• Membangunkan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Utara (TBU) sebagai nodus pengangkutan awam bersepadu di bahagian utara dan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Timur (TBT) di timur Selangor. Elmina Barat telah dicadangkan sebagai sebagai TBU dan Terminal Gombak sebagai TBT.

• Meningkatkan tahap perkhidmatan bas henti-henti di Daerah Sabak Bernam, sebahagian Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

• Meluaskan pelaksanaan Sistem Bus Rapid Transit (BRT) seperti di dalam koridor Petaling Jaya, Subang – Subang Jaya – Shah Alam – Klang – Pelabuhan Klang.

• Mengekalkan peranan KLIA, Pelabuhan Klang dan KL Sentral sebagai pintu masuk utama Negara, bersesuaian dengan peranannya sebagai pusat transit antarabangsa sepertimana yang dicadangkan di dalam RSN 2020.

Page 9: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city

Rajah 2.3: Strategi dan Konsep Pembangunan Tertumpu Wilayah Bandar(City Region Development Oriented) LAPORAN TINJAUAN

Petunjuk

RSll SELANGOR ll

1 : 8 000 m

Sumber : Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2012

Hala Tuju Strategik dan Konsep Pembangunan

Zon PerbandaranZon Pengekalan Sumberjaya dan KSASZon Pengekalan PadiZon Pengekalan PertanianZon Pemuliharaan Tanah Gambut

Zon Pemuliharaan PersisiranPantai dan Sungai Utama Lebuhraya

Laluan PersekutuanLaluan NegeriLaluan Keretapi

Pusat Transit Antarabangsa

Cadangan LebuhrayaCadangan Jalan BaruCadangan Naik Taraf Jalan(dual carriageway)Cadangan Laluan Rel

Nodus Pelancongan

Sempadan DaerahSempadan Negeri

SABAK BERNAM

KUALA SELANGOR

HULU SELANGOR

KLANG

KUALA LANGAT

SEPANG

HULU LANGAT

GOMBAK

PelabuhanKlang

KLIA

KLSentralPETALING

Pusat Pertumbuhan Strategik

Pusat Pertumbuhan Perbandaran

Hub Perbandaran Wilayah Bandar

Page 10: BAB#2#:#STRATEGI#PEMBANGUNAN# - mbsa.gov.my Tinjauan Selangor 2035… · strategi-strategi pembangunan fizikal yang digabungkan dengan konsep pembangunan tertumpu wilayah bandar (city