48
32 BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1 PENGENALAN Dakwah merupakan satu seruan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah S.W.T. Iaitu melakukan kebaikan, menjauhi kemungkaran dan beriman kepada Allah dan RasulNya. Dilihat pada aspek penyebaran dakwah, ianya tidak terhad kepada saluran- saluran tertentu sahaja. Bahkan dakwah perlu diintegrasikan dan dicernakan dalam keseluruhan bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, sosial, perundangan dan kehakiman, politik dan pemerintahan. Oleh itu, melalui bab ini kajian akan membincangkan tentang perwasilahan dakwah melalui politik. Sebagaimana komunikasi, media massa, penubuhan organisasi, mahupun penerbitan, politik juga merupakan salah satu juzuk daripada mauduk pendakwahan Islam. 2.2 DAKWAH DAN POLITIK Dakwah dan politik merupakan dua elemen yang sangat sinonim dalam usaha untuk mengurus dan membangunkan manusia. Sejarah pemerintahan kerajaan negara Islam Madinah yang diketuai Rasulullah S.A.W telah membuktikan kepada umat terkemudian bahawa pengaruh dakwah Islam semakin luas tersebar melalui kuasa yang dimiliki di Madinah. Empayar Islam semakin besar dan Islam semakin kukuh di Madinah malahan di luar Madinah.

BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

  • Upload
    lenga

  • View
    266

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

32

BAB DUA

KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM

2.1 PENGENALAN

Dakwah merupakan satu seruan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah S.W.T.

Iaitu melakukan kebaikan, menjauhi kemungkaran dan beriman kepada Allah dan

RasulNya. Dilihat pada aspek penyebaran dakwah, ianya tidak terhad kepada saluran-

saluran tertentu sahaja. Bahkan dakwah perlu diintegrasikan dan dicernakan dalam

keseluruhan bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, sosial, perundangan dan

kehakiman, politik dan pemerintahan. Oleh itu, melalui bab ini kajian akan

membincangkan tentang perwasilahan dakwah melalui politik. Sebagaimana

komunikasi, media massa, penubuhan organisasi, mahupun penerbitan, politik juga

merupakan salah satu juzuk daripada mauduk pendakwahan Islam.

2.2 DAKWAH DAN POLITIK

Dakwah dan politik merupakan dua elemen yang sangat sinonim dalam usaha untuk

mengurus dan membangunkan manusia. Sejarah pemerintahan kerajaan negara Islam

Madinah yang diketuai Rasulullah S.A.W telah membuktikan kepada umat terkemudian

bahawa pengaruh dakwah Islam semakin luas tersebar melalui kuasa yang dimiliki di

Madinah. Empayar Islam semakin besar dan Islam semakin kukuh di Madinah malahan

di luar Madinah.

Page 2: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

33

Hakikat sejarah Islam ini telah menafikan pendapat yang mengatakan bahawa

politik dan dakwah merupakan dua perkara yang berasingan dan tidak boleh

dicampuradukkan. Walhal pendapat tersebut merupakan pengaruh Barat yang

sememangnya mengamalkan pemisahan agama dengan semua hal keduniaan. Dalam

masa yang sama Barat yang sememangnya takut akan kebangkitan Islam telah

menyebarkan pengaruh mereka ke dalam masyarakat Islam. Keadaan tersebut

seterusnya menimbulkan persepsi negatif terhadap politik menyebabkan ianya dianggap

kotor dan dilihat tidak sesuai untuk dikombinasikan dengan dakwah yang suci.

Persepsi negatif terhadap politik pada hakikatnya akan merugikan umat Islam itu

sendiri. Oleh itu, untuk mengubah dan menyangkal persepsi tersebut, kajian ini akan

membincangkan dengan lebih terperinci seterusnya membentuk satu konsep dakwah

melalui politik dalam Islam. Ia akan menjelaskan apakah kedudukan politik dalam

Islam amnya dan hubungan politik dan dakwah khususnya. Konsep ini juga akan dibina

berdasarkan pengintegrasian politik dan dakwah dalam Islam melalui sirah Rasulullah

S.A.W, nas-nas al-Quran dan al-Hadith serta pendapat para tokoh dan sarjana Islam.

2.2.1 Pengertian Dakwah Islam

Dalam melengkapkan keperluan kajian, satu elemen yang penting adalah definisi

dan pentakrifan yang jelas terhadap subjek yang hendak dikaji. Berdasarkan tajuk,

maka definisi dakwah Islam dan politik Islam perlulah diberi penjelasan yang

baik. Dari segi bahasa perkataan Dakwah berasal daripada perkataan Arab yang

disebut sebagai “Masdar” bagi fi‘il ( دعا ). Ianya membawa maksud kegiatan

menyeru, memanggil, mengajak dan menjamu atau mengajak untuk makan.1

Mengikut Syeikh Ali Mahfuz, perkataan dakwah berasal dari bahasa Arab yang

1 Prof. H. Mahmud Yunos, ed., Kamus Arab – Indonesia (Indonesia : Padang, Jakarta, 1998), 127.

Page 3: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

34

bermaksud memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput pada sesuatu untuk

merangsang kepada sesuatu tujuan.2

Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu

program yang lengkap dimana kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu

pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat

hidup di samping untuk menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk

kepada mereka.3

Manakala Yusuf al-Qaradawi mentakrifkan dakwah sebagai satu usaha

yang membawa orang lain kepada Islam supaya mengikut petunjuk agama,

melaksanakan segala ketetapan di bumi ini, mengkhususkan segala bentuk

perhambaan diri, permohonan dan taat kepada perintah Allah semata-mata. Juga

melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (Taghut)

yang terpaksa dipatuhi, memberi hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang

yang dinafikan hak Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

dan berjihad pada jalanNya.4

Adam ‘Abdullah al-Aluri pula menjelaskan bahawa dakwah ialah

memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan

pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan untuk

menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka

terjerumus ke dalamnya.5

Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa maksud dakwah

iaitu usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk

2 Ghazali Darul Salam, Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd, 1996), 1. 3 Muhammad al-Ghazali, Ma‘a Allah (Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1981), 17. 4 Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘iyyah (Beirut : Dar al-Ahya al- Turath, 1978), 5. 5 Adam ‘Abdullah al-Aluri, Tarikh al-Da‘wah al-Islamiyyah Baina al-Ams Ila al-Yawm (Qaherah :

Maktabah Wahbah, 1989), 17.

Page 4: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

35

ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan

mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.6

Manakala Ra’uf Shalabi pula telah menerangkan dakwah Islam sebagai

gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada

keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada

keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.7 Melalui beberapa

pentakrifan dan pendefinisian terhadap dakwah di atas, maka dakwah Islam dapat

disimpulkan sebagai usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan melalui

pendekatan-pendekatan tertentu dengan tujuan untuk membawa manusia kepada

keredaan Allah.

2.2.2 Pengertian Politik Islam

Adapun politik Islam menurut Muhammad Abdullah yang mengatakan bahawa

sistem politik Islam merupakan peraturan-peraturan yang mengatur pentadbiran

dan pengurusan negara berlandaskan Islam. Dengan kata lain, sistem politik Islam

adalah merujuk kepada prinsip pemerintahan yang berpandukan kepada al-Quran

dan al-Sunnah sebagai sumber utama dalam urusan mentadbir negara untuk

menjamin kepentingan rakyat.8

Khalid ‘Ali Muhammad menyatakan bahawa politik Islam adalah

menjaga urusan umat di dalam dan luar negara dengan cara yang tidak menyalahi

syariat Islam. Siasah Shar‘iyyah tidak hanya terhad kepada apa yang disebut oleh

6 Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal, al-Da‘wah Ila Allah Ta‘ala : Khasa’isuha Muqawwimatuha Manahijuha,

(1977), 18. 7 Ra’uf Shalabi, Sikulughiyyah al-Ra‘i wa al-Da‘wah (Kuwayt : Dar al-Qalam, 1982), 49. 8 Muhammad ‘Abdullah al-‘Arabi, Nizam al-Hukm fi al-Islam (Beirut : Dar al-Fikr, 1968), 23.

Page 5: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

36

syarak sahaja, bahkan disyariatkan supaya tidak menyalahi teks al-Quran, al-

Sunnah, ijmak, dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya.9

Pada dasarnya siasah Islamiah atau politik Islam merupakan satu sistem

politik atau sistem pemerintahan yang berasaskan undang-undang Islam secara

total. Ini kerana politik Islam menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dua

sumber perlembagaan yang utama diikuti oleh ijmak dan qias untuk dicerakinkan

dalam pemerintahan.10

Ahmad Ridza Bin Abdul Rahman menjelaskan bahawa politik Islam

adalah pengurusan hal ehwal seluruh umat Islam dan bukan Islam yang bernaung

dengan aman di dalam sebuah negara Islam. Pada masa yang sama ia merujuk

kepada pemerintahan bagi sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan

Islam.11

Dalam perkembangan lain, Muhammad Diya’ berpendapat bahawa

politik Islam juga membawa erti pemeriksaan yang teliti (siasat). Dalam erti kata

yang lebih luas, ia meliputi siasah perang, kebijaksanaan dan perundingan dalam

pengurusan negara ke arah keamanan dan kemakmuran.12

Oleh itu, pengertian politik Islam dapat disimpulkan dengan pengurusan

dan pentadbiran yang bijak berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan

dalam Islam terhadap sebarang urusan kehidupan dan kenegaraan. Di dalam

politik Islam, agama Islam menjadi tunjang kepada sistem politik sesebuah

Negara. Islam adalah sebuah agama yang membentuk satu kesatuan di kalangan

umatnya. Islam tidak mengenal istilah minoriti atau majoriti. Islam juga tidak

9 Khalid Ibn ‘Ali Ibn Muhammad, Sistem Politik Islam Menurut al-Quran, Sunnah Dan Pendapat Ulama

Salaf (Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., 2008), 3. 10 ‘Arif Khalil Abu ‘Id, Nizam al-Hukm fi al-Islam (‘Amman : Dar al-Nafa'is, 1996), 218-235. 11 Ahmad Ridza Bin Abdul Rahman, “Pemikiran Politik Islam Ustaz Abu Bakar Hamzah” (Disertasi,

Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur,

2010 ), 30. 12 Muhammad Diya’ al-Din al-Ra’is, Nazariyat al-Siyasiyyah al-Islamiyyah, ed. ke-4 (Qahirah : t.p.,

1967), 22.

Page 6: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

37

memandang latar belakang, warna kulit, bangsa, keturunan dan kesukuan. Justeru,

politik Islam telah menerapkan syariat Islam secara sempurna kepada seluruh

manusia sama ada Muslim mahupun bukan Muslim.

Berdasarkan kepada definisi dakwah dan politik yang telah dijelaskan,

maka dapatlah dirumuskan bahawa dakwah dan politik merupakan dua elemen

yang sangat berkait rapat melalui peranannya terhadap pembangunan dan

pengurusan kehidupan manusia. Ini kerana, peranan dakwah dan politik adalah

saling melengkapi antara satu sama lain. Selain itu, dakwah dan politik

merupakan usaha dalam mengurus kehidupan manusia meliputi semua aspek

berlandaskan kepada batas-batas syariat Islam, menuju kepada pencapaian fitrah

manusia iaitu beriman kepada Allah serta mencapai matlamat utama dakwah

Islamiah iaitu untuk membina Negara Islam sepertimana yang telah ditunjukkan

oleh Rasulullah S.A.W. Dengan kata lain, politik merupakan salah satu juzuk

daripada mauduk pendakwahan yang bermatlamatkan kebahagiaan di dunia dan di

akhirat.

2.3 DAKWAH MELALUI POLITIK PADA ZAMAN RASULULLAH

Politik telah dijadikan sebagai salah satu wasilah dakwah yang digunakan oleh

Rasulullah S.A.W. Melalui analisis dalam bentuk induktif terutama melalui metode

perpustakaan, didapati bahawa Rasulullah S.A.W sememangnya menyediakan bentuk-

bentuk pelaksanaan dakwah melalui politik. Dalam kajian ini, data-data yang diperolehi

akan dideduktifkan kepada tajuk-tajuk kecil untuk dianalisis secara lebih fokus.

Terdapat beberapa perkara berkaitan kuasa politik dan kaitannya dengan pelaksanaan

dakwah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. Antaranya ialah keunggulan

kepimpinan yang berwawasan tinggi, hijrah ke arah pembentukan negara Islam,

Page 7: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

38

menjalin hubungan antarabangsa, mengukuhkan perpaduan nasional, menjadikan masjid

sebagai pusat pemerintahan Islam, melaksanakan pentarbiahan, dan mewujudkan

khidmat masyarakat.

2.3.1 Keunggulan Kepimpinan Yang Berwawasan Tinggi

Rasulullah S.A.W dikenali sebagai seorang yang cerdik dan bijaksana. Ketokohan

baginda dalam kepimpinan sememangnya diperakui melalui sifat kebijaksanaan

dalam pengurusan, berwawasan dalam membuat perancangan tugasan, amanah

dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta berkemampuan dalam

menyelesaikan sesuatu konflik dan permasalahan yang berlaku dengan baik.13

Kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam kepimpinan dapat dilihat

melalui beberapa peristiwa penting. Tatkala berlakunya banjir besar di Mekah, ia

telah menyebabkan kerosakan pada Kaabah. Lantaran itu, usaha pembaikian dan

membaik pulih telah dilakukan. Setelah pembaikian hampir siap, perselisihan

pendapat di kalangan kabilah-kabilah Arab Mekah telah berlaku dalam

menentukan siapakah yang paling layak untuk memikul tugas meletakkan Hajar

al-Aswad ke tempat asal. Keadaan bertambah rumit apabila masing-masing

berebut untuk mendapatkan tugas tersebut sehingga hampir berlaku pertumpahan

darah.14

Walaubagaimanapun, keadaan dapat dikawal apabila masing-masing

13 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W (Kuala Lumpur : Jabatan Dakwah Dan

Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012), 96.

Juga lihat Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala

Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam (Riyad : Dar al-Salam Lil-Nasr wa al-Tawzi‘, 2004), 77.

Juga lihat Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara :

Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia” (Tesis kedoktoran, Jabatan Dakwah dan

Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2005), 5. 14 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 95.

Juga lihat Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala

Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 74-75.

Page 8: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

39

bersetuju untuk melantik seorang hakim dalam mengadili konflik yang berlaku di

antara mereka.15

Pemilihan Rasulullah S.A.W untuk menghakimi konflik yang berlaku

telah disambut dengan sorakan gembira kerana Rasulullah S.A.W sememangnya

dikenali dengan seorang yang bijaksana dan cerdik pandai di samping mempunyai

keperibadian tinggi. Dalam menyelesaikan konflik yang berlaku, Rasulullah

S.A.W telah menghampar sehelai kain dan diletakkan Hajar al-Aswad di atasnya.

Seterusnya baginda memanggil wakil setiap kabilah untuk memegang setiap

penjuru kain. Lantas kain tersebut diangkat sehingga menghampiri ke tempat

asalnya. Kemudian baginda sekali lagi mengangkat dan meletakkan Hajar al-

Aswad ke tempat asalnya.16

Tindakan baginda telah diterima baik oleh semua

pihak dan masing-masing telah berpuas hati. Justeru, peristiwa tersebut bukan saja

menggambarkan kewibawaan dan ketokohan baginda sebagai pemimpin, bahkan

memiliki skill dan strategi yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu konflik dan

permasalahan yang berlaku.17

Melalui peristiwa perjanjian Hudaybiyah iaitu satu perjanjian di antara

Rasulullah S.A.W dan pemimpin Quraisy pada tahun ke-6 Hijrah, terdapat

beberapa syarat perdamaian yang dilihat pada zahirnya telah memberi kelebihan

15 Pemilihan hakim untuk mengadili konflik yang berlaku adalah berdasarkan kepada siapakah orang

yang paling awal memasuki pintu Masjid al-Haram. Masing-masing menunggu dan melihat ke arah pintu

tersebut untuk mengetahui siapakah individu yang akan menjadi hakim antara mereka. Tiba-tiba mereka

melihat Muhammad bin ‘Abdullah muncul sebagai individu yang dinanti-nantikan lalu mereka terus bersetuju dengan senang hati. Dengan sikap amanah yang dimiliki, masing-masing telah bersepakat untuk

melantik Muhammad bin ‘Abdullah sebagai hakim dalam mengadili konflik yang berlaku. Sila lihat

Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan

Hidup Seorang Nabi, ed. ke-2011(Selangor : PTS Islamika Sdn Bhd, 2011), 38. 16 Muhammad bin Muhammad Abu Shuhbah, al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah

(Damshiq : Dar al-Qalam, 2009), 1: 228-229.

Juga lihat Sa‘id Ramadan al-Buti, Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah (c. 17, Dimashq : Dar al-Fikr, 1989),

106.

Juga lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah :

Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 37. 17

Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 95.

Juga lihat al-Shaykh ‘Abd al-Wahhab al-Najjar, al-Sirah al-Nabawiyyah (Beirut : Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, 1997), 127.

Page 9: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

40

kepada pihak Quraisy. Umpamanya apabila seseorang dari kalangan Quraisy telah

berhijrah ke Madinah mengikuti Rasulullah S.A.W tanpa keizinan walinya

(majoriti wali ialah orang-orang kafir Quraisy), maka hendaklah dipulangkan

kepada walinya. Sebaliknya apabila kaum muslimin yang pergi ke Mekah tidak

akan dikembalikan kepada Rasulullah S.A.W.18

Perjanjian tersebut telah mendapat bangkangan dari sebahagian besar

sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W termasuklah Abu Bakar dan Umar. Ini kerana

mereka melihat perjanjian yang dimeterai itu akan merugikan orang Islam.19

Walaubagaimanapun, kebijaksanaan Rasulullah S.A.W nyata telah memberi

keuntungan kepada orang Islam melalui perjanjian tersebut. Ini kerana apabila

kaum muslimin yang terpaksa dihantar pulang ke Mekah, mereka dijadikan agen

Rasulullah S.A.W untuk menjalankan dakwah di sana. Manakala mereka yang

pulang ke pangkuan Quraisy, pada hakikatnya mereka telah berpaling tadah dari

Islam dan akhirnya menjadi murtad. Hati mereka tidak bersama dengan

Rasulullah S.A.W bahkan mereka hanya bersembunyi disebalik kemunafikan

mereka semata-mata. Oleh itu Islam tidak memerlukan mereka di Madinah

lantaran kemurtadan mereka.20

Perjanjian Hudaybiyah telah membuka pintu dakwah tanpa sebarang

halangan apabila Islam dapat disampaikan dalam keadaan tidak ada gangguan dan

18 Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan

Hidup Seorang Nabi, 268.

Juga lihat Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala

Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 407.

Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 341. 19 Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan

Hidup Seorang Nabi, 270.

Juga lihat Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala

Sahibiha Afdal al-Salah wa al-Salam, 412.

Juga lihat Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara :

Kajian Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 8. 20 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 345-346.

Page 10: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

41

tekanan.21

Bahkan Islam semakin cepat tersebar dan mendapat sambutan di

kalangan orang Arab. Jarak masa antara pembukaan Mekah dan perjanjian

Hudaybiyah adalah dua tahun. Ketika perjanjian Hudaybiyah dilakukan,

Rasulullah S.A.W diikuti seramai 1400 orang Islam. Manakala ketika pembukaan

Mekah, rombongan Rasulullah S.A.W telah diikuti seramai 10,000 orang Islam.

Hasil perjanjian Hudaybiyah selama dua tahun telah mengatasi tempoh 19 tahun

perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W jika dilihat pada sudut ramainya orang

yang menerima Islam.22

Selain itu, melalui perjanjian Hudaybiyah juga baginda

S.A.W telah berjaya menawan Khaybar iaitu kubu Yahudi yang terakhir.

Kebijaksanaan dan ketokohan Rasulullah S.A.W dalam kepimpinan

sememangnya diluar batasan kemampuan manusia biasa. Pemikiran baginda yang

jauh ke hadapan tidak dapat dibaca dan dilihat oleh manusia biasa. Kemahiran

baginda dalam berpolitik dan membuat keputusan telah membawa kepada

kejayaan dakwah. Bahkan kelebihan dan anugerah yang diberikan Allah S.W.T

telah digunakan sebaiknya oleh Rasulullah S.A.W untuk terus memartabatkan

Islam di muka bumi.

2.3.2 Hijrah Ke Arah Pembentukan Negara Islam

Hijrah merupakan salah satu pendekatan yang diambil oleh Rasulullah S.A.W

dalam usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam. Disebabkan penentangan

yang berterusan daripada kebanyakan masyarakat Quraisy, maka baginda

memutuskan supaya kaum muslimin berhijrah, iaitu mencari tapak lain yang lebih

sesuai untuk membentuk sebuah negara Islam. Di Mekah, baginda S.A.W tidak

ada kuasa dan pengaruh politik ke atas orang Qurasiy untuk melindungi pengikut-

21 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin,“Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian

Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 8. 22 19 tahun perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W merujuk kepada tempoh masa perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W iaitu 13 tahun di Mekah dan 6 tahun di Madinah. Sila lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan

Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 272.

Page 11: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

42

pengikutnya.23

Bahkan pergerakan dakwah Rasulullah juga terhad dan terbatas

disebabkan oleh halangan dan penentangan yang bertalu-talu menimpa baginda

S.A.W. Lantaran itu, perancangan untuk berpindah ke tempat lain diatur supaya

perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W tidak terencat.24

Peristiwa hijrah ke Habsyah berlaku pada bulan Rejab, tahun ke-5

pendakwahan Rasulullah di Mekah. Dilihat dari perspektif politik, hijrah ke

Habsyah merupakan satu usaha tinjauan dan pemerhatian terhadap Habsyah sama

ada ianya sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan sebuah negara Islam.25

Penghijrahan ke Habsyah juga adalah untuk mendapatkan perlindungan

keselamatan terhadap orang Islam daripada ancaman orang bukan Islam Quraisy

di Mekah di samping untuk mencari peluang baru dalam dakwah di luar Mekah.26

Kedatangan orang Islam ke Habsyah diterima baik oleh ketuanya iaitu raja al-

Najashi. Raja al-Najashi merupakan seorang raja yang adil, benar dan tidak

menzalimi rakyatnya.27

Bahkan al-Najashi akhirnya telah memeluk Islam. Akan

tetapi apabila menyedari keadaan kaumnya dan penentangan yang bakal dihadapi,

maka pengislamannya telah dirahsiakan. Walaubagaimanapun beliau tetap di atas

agama Islam sehingga beliau meninggal dunia.28

Sekalipun pengislaman al-Najashi telah memberi sinar kepada dakwah

Islam di Habsyah, namun usaha untuk menjadikan Habsyah sebagai pengkalan

untuk ditegakkan negara Islam menemui kegagalan apabila mendapat tentangan

23 Abdul Monir Yaacob, “Piagam Madinah : Penterjemahan Pelaksanaan Di Malaysia,” dalam Islam,

Politik Dan Kerajaan, ed. Khairul ‘Azmi Mohamad (Johor : Pejabat Ketua Penerangan Dan Penyelidikan

Kerajaan Negeri Johor, 2003), 134. 24 ‘Ali Muhammad al-Sallabi, al-Sirah al-Nabawiyyah (Beirut : Dar al- Ma‘rifah, 2005), 210. 25 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin,“Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian

Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 18. 26 ‘Ali Muhammad al-Sallabi, al-Sirah al-Nabawiyyah, 191-192. 27 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 144. 28 Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 96-97.

Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 148.

Page 12: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

43

hebat dari rakyat Habsyah yang tidak mahu kepada negara Islam.29

Rentetan

sambutan hambar daripada penduduk Habsyah, maka baginda telah merangka

strategi berhijrah yang kedua dengan menjadikan Ta’if sebagai destinasi baru

penghijrahan baginda. Ianya berlaku pada bulan Syawal, tahun ke-10

pendakwahan Rasulullah S.A.W. Dengan ditemani oleh Zayd bin Harithah r.a,

baginda telah berhijrah ke Ta’if dengan harapan lokasi tersebut dapat dijadikan

tapak untuk membina sebuah negara Islam.30

Namun begitu skrip yang sama telah berlaku apabila kunjungan baginda

ke Ta’if juga telah gagal. Bukan saja mendapat sambutan yang hambar bahkan

baginda juga telah dihalau dan diusir keluar dari kota Ta’if dengan penuh biadap

oleh kabilah Thaqif, iaitu kaum yang mendiami Ta’if. Tindakan penduduk Ta’if

yang membaling objek kepada Rasulullah telah mengakibatkan kecederaan ke atas

baginda. Kesimpulannya, strategi penghijrahan baginda ke Ta’if juga menemui

jalan kegagalan.31

Kegagalan baginda untuk mendapatkan sokongan dan perlindungan

daripada kota-kota yang berhampiran dengan Mekah telah menyebabkan baginda

merangka penghijrahan untuk keluar dari Mekah. Melalui perancangan yang

tersusun dan rapi, pemilihan Madinah merupakan lokasi seterusnya penghijrahan

baginda dan kaum muslimin.32

Madinah yang sebelumnya dikenali dengan Bandar

29 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin,“Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian

Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 19. 30 Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha

Afdal al-Salah wa al-Salam, 149.

Juga lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah :

Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 88. 31 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 162.

Juga lihat Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah :

Perjalanan Hidup Seorang Nabi, 89. 32 Perancangan dan langkah untuk penghijrahan ke Madinah telah diatur dengan tersusun rapi sekali.

Muhammad Amahazun menjelaskan bahawa perancangan yang diatur untuk berhijrah ke Madinah terbahagi kepada tiga peringkat iaitu; langkah menyediakan golongan yang terlibat dengan hijrah (orang

Mekah); langkah mempersiapkan golongan di tempat hijrah (orang Madinah) dan yang terakhir ialah

Page 13: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

44

Yathrib, telah menyambut baik kedatangan baginda dan kaum muslimin. Melalui

perencanaan strategi yang rapi nyata membuahkan hasil apabila Madinah berjaya

dijadikan sebagai sebuah negara Islam. Perlantikan Rasulullah S.A.W sebagai

ketua negara telah menunjukkan betapa Islam semakin kukuh di Madinah.33

Lantaran itu, intipati ajaran Islam telah dipraktikkan secara lebih syumul dan

menyeluruh dalam semua aspek sama ada pentadbiran, politik, kewangan,

perundangan, pembentukan organisasi, dan ekonomi.

Peristiwa penghijrahan baginda ke Madinah juga mengandungi hikmah

yang besar kepada umat Islam. Ia telah menjadikan metode dakwah yang

sebelumnya bersifat defensif atau bertahan berubah kepada metode dakwah yang

bersifat menyeru atau mengajak kepada Islam.34

Penghijrahan ke Madinah juga

merupakan titik mula pembentukan sebuah negara Islam di mana Islam dilihat

semakin kuat dan berpengaruh. Penubuhan kerajaan Islam Madinah telah

memberi kekuatan kepada Islam dan orang Islam mendapat perlindungan dengan

selamat. Bahkan gerakan dakwah Islam semakin tersebar meluas ke seluruh

pelusuk muka bumi. Manusia mula sedar dan membuka mata bahawa Islam

adalah agama yang paling terbaik. Oleh itu, ianya telah menunjukkan bahawa

penubuhan gerakan Islam yang bermatlamatkan untuk menegakkan kembali

daulah Islamiah merupakan suatu sunnah.

2.3.3 Menjalin Hubungan Antarabangsa

Dalam usaha untuk membentuk Madinah sebagai sebuah negara yang berdaulat,

Rasulullah S.A.W telah menghantar perutusan surat dan juga wakil-wakil baginda

perancangan untuk baginda melakukan hijrah. Sila lihat Muhammad Amahazun, Manhaj al-Nabawi fi al-

Da‘wah min Khilal al-Sirah al-Sahihah (Qaherah : Dar al-Salam, 2006), 130-134.

Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 186-198. 33 Abdul Monir Yaacob, “Piagam Madinah : Penterjemahan Pelaksanaan Di Malaysia”, 134. 34 Mohamad Kamil Ab. Majid et al., Sayyid Qutb : Cetusan Idea Seorang Pejuang (Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2010), 75.

Page 14: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

45

kepada negara-negara tertentu sebagai wakil kedutaan negara Madinah.35

Lantaran

itu, hubungan diplomatik antara Madinah dengan negara-negara lain semakin

kukuh. Melalui hubungan diplomatik antarabangsa yang dibina, baginda S.A.W

telah menjadikannya sebagai satu peluang untuk menyebarkan dakwah Islamiah.

Malah peristiwa al-Fath telah menjadi bukti kepada kemenangan politik umat

Islam.36

Ianya telah memberikan satu momentum kepada gerakan dakwah

Islamiah di mana berduyun-duyun orang memeluk agama Islam. Firman Allah

S.W.T :

al-Fath 48:1-2

Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu

(Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan

silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan

nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang

lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-

hukumNya).

Perjanjian Hudaybiyah merupakan salah satu kemenangan awal yang

dicapai oleh orang Islam. Ibrahim Che Noh menjelaskan bahawa perjanjian

Hudaybiyah yang dimeterai oleh Rasulullah S.A.W bersama para sahabat dengan

pihak Quraisy merupakan sebuah perjanjian politik. Ianya telah memberi peluang

35 Surat-surat seruan Islam yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W adalah seperti kepada Hiraqla iaitu

penguasa Rom, Kisra Parsi dan Muqawqis pemerintah Qibti di Mesir. Surat-surat tersebut mengandungi

seruan Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Aku menyeru kamu kepada seruan Islam. Masuklah Islam

kamu pasti akan sejahtera.” 36 Ibrahim Che Noh, “Dakwah Dan Pemikiran Politik,” dalam Dakwah Dan Etika Politik Di Malaysia, ed.

Zulkiple Abd. Ghani (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2005), 17.

Page 15: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

46

kepada Rasulullah S.A.W untuk menghantar pendakwah Islam ke seluruh pelusuk

muka bumi.37

Manakala Abu Shuhbah menjelaskan antara keuntungan bagi orang

Islam dalam perjanjian Hudaybiyah adalah perjanjian tersebut telah memberi

jaminan kepada orang Islam untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh

Semenanjung Tanah Arab bahkan diluar daripadanya. Rasulullah S.A.W telah

menulis surat kepada para raja dan ketua negara untuk menyeru dan mengajak

mereka kepada Islam. Natijahnya, dakwah Islam semakin tersebar meluas

berganda-ganda berbanding dengan sebelumnya.38

Mesej dakwah Rasulullah S.A.W sangat jelas melalui utusan-utusan

yang dihantar oleh baginda kepada para pembesar, ketua negara dan para raja.

Abdul Basit Abd Rahman menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W telah

menghantar utusan-utusan kepada beberapa negeri termasuklah kepada raja-raja

dan para pemerintah dengan tujuan untuk menyeru mereka kepada agama Allah

dan menerangkan jalan kebenaran.39

Antaranya seperti Mu‘adh bin Jabal dan

Malik bin Mararah diutus oleh Rasulullah S.A.W untuk menemui Raja-Raja

Yaman yang bersaudara iaitu al-Harith bin ‘Abd Kilal al-Humayri, Sharih bin

‘Abd Kilal dan ‘Abd Kilal. Raja-raja tersebut telah diberi dua pilihan sama ada

memeluk Islam ataupun membayar jizyah (cukai) kepada kerajaan Madinah.

Lantaran itu, kesemua mereka telah membuat keputusan untuk memeluk Islam.40

37 Ibid., 18. 38 Muhammad bin Muhammad Abu Shuhbah, al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah,

(Damshiq : Dar al-Qalam, 2009), 2:340.

Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 346-347. 39 Abdul Basit Abd. Rahman, Keindahan Islam : Hikmah-hikmah Di Sebalik Pensyariatan (Kuala

Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., 2012), 247. 40 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian

Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 43.

Page 16: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

47

Selain itu, terdapat banyak lagi utusan-utusan Rasulullah S.A.W yang

membawa surat rasmi kerajaan Madinah untuk dihantar kepada pemimpin-

pemimpin negara lain. Lantaran itu, Madinah telah mendapat pengiktirafan

daripada negara luar sebagai sebuah negara yang berdaulat di samping dapat

mengadakan hubungan diplomatik yang baik diperingkat antarabangsa. Pada masa

yang sama mesej dakwah Rasulullah S.A.W telah berjaya memperkenalkan Islam

kepada masyarakat dengan lebih meluas, khususnya di peringkat kepimpinan

negara.41

Untuk membuktikan kedaulatan negara Islam Madinah, satu cap mohor

telah direka khas sebagai simbolik terhadap kewujudan Madinah sebagai sebuah

negara berdaulat. Cap mohor ini juga merupakan lambang rasmi negara Islam

Madinah yang akan digunakan bagi setiap perutusan surat kepada ketua-ketua

negara. Cap mohor ini adalah sebentuk cincin khas yang telah diperbuat daripada

perak dan mempunyai ukiran yang tertera padanya tiga kalimah iaitu Muhammad,

Rasul dan Allah. Selain daripada cap mohor tersebut, setiap perutusan surat

daripada Rasulullah S.A.W lazimnya akan didahului dengan kalimah dan seruan

dakwah supaya beriman kepada Allah.

Safi al-Rahman al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa cap rasmi telah

digunakan oleh Rasulullah S.A.W untuk menghantar surat kepada raja dan ketua

negara. Cap tersebut diperbuat daripada perak dengan tulisan Muhammad, Rasul

dan Allah dalam tiga baris. Pemilihan utusan baginda untuk membawa surat-surat

itu ditentukan kepada mereka yang mengetahui dan pakar dengan pihak yang

mereka diutuskan.42

41 Ibid. 42 Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha

Afdal al-Salah wa al-Salam, 416.

Page 17: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

48

Kesimpulannya, Rasulullah S.A.W telah berjaya memperkenalkan Islam

kepada masyarakat dengan lebih meluas melalui hubungan antarabangsa yang

dibina khususnya di peringkat kepimpinan negara. Di samping dapat membina

hubungan diplomatik, ia juga memberi kelebihan kepada usaha penyebaran

dakwah Islam sekali gus dapat memperluaskan lagi empayar negara Islam. Pada

masa yang sama, Madinah telah dilihat sebagai sebuah negara Islam berdaulat

yang seharusnya diiktiraf oleh negara-negara lain.

2.3.4 Mengukuhkan Perpaduan Nasional

Ketokohan Rasulullah dalam kepimpinan juga terserlah melalui kebijaksanaannya

dalam berpolitik. Tatkala Madinah didiami oleh taburan penduduk yang bersifat

majmuk sama ada dari segi agama mahupun bangsa, maka soal perpaduan amat

dititikberatkan oleh Rasulullah S.A.W.43

Dengan kuasa politik yang dimiliki, ia

telah dieksploitasi bagi merencanakan usaha dakwah sekali gus membentuk

perpaduan di kalangan penduduk Madinah yang berbilang kaum.

Fenomena pertembungan di antara kabilah Aus dan kabilah Khazraj yang

berlaku di Madinah telah diambil kesempatan oleh masyarakat Yahudi sama ada

kabilah Qurayzah, kabilah Qaynuqa’ dan kabilah al-Nadir untuk mengaut

keuntungan. Menurut Ab. Aziz Mohd Zin yang juga memegang pendapat al-

Nadawi mengatakan bahawa dari segi politik, bangsa Yahudi mula meluaskan

empayarnya untuk mendominasikan kekuatan mereka terhadap orang-orang Arab

43 Kota Madinah mengambil masa selama dua puluh tiga tahun untuk berdiri dengan megah. Kewujudan

kota Madinah yang sekukuh itu adalah hasil keringat, pengorbanan dan perjuangan Rasulullah S.A.W

untuk menjayakan cita-cita suci dalam membina sebuah negara Islam yang kuat. Di samping itu,

Rasulullah S.A.W telah berjaya mewujudkan satu ikatan persaudaraan yang sangat utuh antara

masyarakat di Madinah. Sama ada antara kaum Muslimin dan non-Muslim mahupun kaum Yahudi,

kesemua mereka telah disatukan dibawah satu undang-undang dan pemerintahan yang diketuai oleh

baginda Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W mengajar manusia bahawa ikatan persaudaraan mampu

membawa kemakmuran dengan semangat kepercayaan agama yang suci, termasuk bersedekah,

bersillaturrahim, berkasih sayang antara satu sama lain serta dapat meningkatkan taraf hidup dan potensi

diri untuk berdaya saing seterusnya mewujudkan kemajuan dalam seluruh aspek termasuk ekonomi, politik, pendidikan, dan pentadbiran negara. Sila lihat Ahmad Nabil Bin Amir, “Sistem Politik Islam Di

Zaman Nabi Muhammad S.A.W,” Jurnal Usuluddin, 29 (2009), 228.

Page 18: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

49

yang sedang bertelagah antara satu sama lain. Mereka juga memainkan peranan

untuk mengapi-apikan antara Aus dan Khazraj sehingga mencetuskan

peperangan.44

Selain itu, mereka juga telah mengaut keuntungan yang banyak

hasil daripada penjualan senjata, bekalan makanan, dan berjaya menguasai sumber

air daripada bangsa Arab.

Sebagai ketua pemerintah, Rasulullah S.A.W telah melihat keadaan

tersebut akan menjejaskan pembentukan negara Islam di Madinah jika ianya terus

berlarutan. Oleh itu, antara usaha awal baginda dalam menangani permasalahan

ini adalah dengan menyatukan masyarakat Aus dan Khazraj atas nama Islam.45

Ia

merupakan satu pendekatan dakwah Rasulullah yang diadaptasikan melalui kuasa

politik yang dimiliki. Kebijaksanaan Rasulullah dalam berpolitik bukan sahaja

dapat menyatukan kabilah Aus dan kabilah Khazraj, bahkan secara tidak langsung

ianya dijadikan medium untuk baginda berdakwah. Ini kerana, perpaduan yang

diacukan baginda adalah berasaskan kepada tauhid Islam iaitu Allah sebagai

Tuhan yang disembah, Islam sebagai landasan kehidupan yang paling tinggi dan

mulia, Rasulullah dijadikan sumber rujukan dan idola, al-Quran sebagai panduan

kehidupan, Kaabah sebagai lambang penyatuan umat dan bahasa Arab sebagai

bahasa pertuturan rasmi.46

44 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 210.

Juga lihat al-Nadawi, Abi al-Hasan ‘Ali al-Hasani, al-Sirah al-Nabawiyyah (Jeddah : Dar Shuruq, 1977),

138-139. 45 Penyatuan antara puak dan kabilah di Madinah sangat penting dalam mewujudkan satu kekuatan

sebagai persediaan untuk mengharungi penentangan daripada musuh. Menyedari hakikat tersebut,

baginda S.A.W telah merencanakan beberapa pendekatan dan program dalam usaha untuk membina

kesatuan dalam masyarakat di Madinah. Antaranya ialah melalui pembinaan masjid, ikatan persaudaraan,

dan ikatan melalui Sahifah. Sila lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W,

212-221. Juga lihat ‘Ali Muhammad al-Sallabi. al-Sirah al-Nabawiyyah, 299. 46 Ahmad Kamar Bin Abdul Rahman, “Parti Islam SeMalaysia Di Peringkat Negeri ( Kedah) Dan Di

Peringkat Kawasan ( Kubang Pasu ) : Satu Kajian Tentang Agama, Politik, Dan Kepimpinan” (Tesis

kedoktoran, Jabatan Antropologi Dan Sosiologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1984), 67.

Juga lihat Haji Abdul Hadi Awang, Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah (Kuala Lumpur : Dewan

Pustaka Fajar, 1992), 11. Juga lihat Wan Ismail Bin Wan Abdullah, “Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dalam Usahanya Menegakkan Sebuah Negara Islam” (Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin Akademi Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1993), 52.

Page 19: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

50

Setelah berjaya menyatukan kabilah Aus dan Khazraj, Rasulullah S.A.W

mengatur langkah seterusnya untuk membentuk perpaduan antara kaum muslimin

dan bukan muslim termasuklah kaum Yahudi.47

Satu perjanjian telah dimeterai

oleh Rasulullah bersama dengan kaum Yahudi yang terdiri daripada kabilah

Qurayzah, kabilah Qaynuqa’, dan kabilah al-Nadir. Butiran perjanjian tersebut

terkandung di dalam Piagam Madinah. Di antara perjanjian tersebut telah

menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi akan dilayan sebagaimana masyarakat

Arab yang lain selama mana mereka setia kepada kerajaan Madinah. Selain itu

mereka juga perlu bertanggungjawab dalam membantu kaum muslimin dalam

mempertahankan negara Islam Madinah daripada segala bentuk pencerobohan dan

ancaman dari musuh.

Salah satu agenda politik Rasulullah S.A.W dalam pembentukan Piagam

Madinah adalah untuk membina satu hubungan perpaduan nasional dalam

masyarakat di Madinah. Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Piagam

Madinah adalah bersifat kontrak sosial yang merupakan muamalah politik yang

nyata.48

Ini kerana, ianya merupakan satu medium yang sangat penting ke arah

mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan sistematik dalam pentadbiran

kerajaan sejajar dengan cita-cita baginda yang mahu membentuk Madinah sebagai

sebuah negara Islam. Manakala dalam konteks dakwah, pembentukan Piagam

Madinah telah memberi ruang yang sangat luas kepada usaha dakwah Islam.49

2.3.5 Menjadikan Masjid Sebagai Pusat Pemerintahan Islam

Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah S.A.W

di Madinah. Manakala masjid Nabawi merupakan masjid kedua yang dibina

47 Abdul Monir Yaacob, “Piagam Madinah : Penterjemahan Pelaksanaan Di Malaysia”, 135. 48 Abdul Hadi Awang, Politik Dan Agama Mengikut Perspektif Islam (Kuala Lumpur : Jundi Resources,

2011), 30. 49 Ibrahim Che Noh, “Dakwah Dan Pemikiran Politik”, 17.

Page 20: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

51

sempena penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah.50

Azahar Bin Yaakub yang

memetik pendapat al-Ghazali menjelaskan bahawa pembinaan masjid merupakan

antara strategi utama Rasulullah S.A.W apabila tibanya baginda di Madinah.51

Pada pandangan Islam, masjid mempunyai fungsi dan peranan yang sangat luas

dalam membangunkan manusia dari segi keimanan dan kemajuan hidup

lahiriyyah.52

Selain daripada peranan masjid sebagai pusat ibadat, Rasulullah

S.A.W juga telah menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan,

pusat perkembangan gerakan dakwah, pusat pendidikan, mahkamah, dan

sebagainya.

Masjid memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran negara.

Rasulullah menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan segala keputusan

serta arahan akan diputuskan di dalam masjid. Rasulullah S.A.W mengeluarkan

perintah kepada orang Islam untuk keluar berperang seperti perang Badar, perang

Uhud, dan sebagainya ketika baginda berada di masjid. Selain itu, melalui masjid

juga berlakunya kegiatan para sahabat nabi membaiahkan pemimpin mereka.53

Zakaria Bashier menyatakan bahawa masjid pada zaman nabi bukan

hanya sebagai pusat ibadat semata-mata, malah ia juga dijadikan sebagai pusat

untuk mengurus dan mentadbir masyarakat Islam. Selain itu, masjid Madinah juga

dijadikan tempat penerimaan delegasi-delegasi luar yang datang kepada

Rasulullah untuk menyatakan kesetiaan kepada kepimpinan baginda S.A.W.54

50 Aziana Binti Arifin, “Peranan Masjid Dalam Pembentukan Peribadi : Suatu Kajian Di Daerah

Gombak” (Disertasi, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,

Kuala Lumpur, 2008), 27. 51 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian

Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 20. 52 Aziana Binti Arifin, “Peranan Masjid Dalam Pembentukan Peribadi : Suatu Kajian Di Daerah

Gombak”, 38. 53 Raja Azhar Bin Raja Ismail, “Sejarah Perkembangan Dan Peranan Masjid Di Perlis : Kajian Di Masjid

Negeri, Arau, Perlis” (Disertasi, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004), 50. 54 Zakaria Bashier, Sunshine Al-Madinah (Leicerter : The Islamic Foundation, 1990), 54.

Page 21: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

52

Raja Azhar Bin Raja Ismail menjelaskan bahawa khalifah-khalifah Islam

yang memerintah pada waktu itu bukan hanya memerintah negara tetapi turut juga

mengimamkan sembahyang di Masjid. Perlantikan khalifah juga dilakukan di

masjid dan kemudian terus berkhutbah kepada orang ramai sebagaimana yang

dilakukan oleh Abu Bakar r.a. Ia juga adalah kesinambungan daripada apa yang

telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan ianya telah berterusan berlaku kepada

kebanyakan khalifah terkemudian.55

Ibrahim Che Noh menjelaskan bahawa khutbah Jumaat merupakan salah

satu aspek manifestasi politik kerajaan dengan adanya permohonan doa untuk

mendapat keberkatan Allah kepada seorang raja. Raja dalam sebuah negara Islam

dianggap sebagai pengganti nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua untuk

mengurus dan memimpin negara, agama dan rakyat.56

Pendapat ini disokong oleh

Raja Azhar Bin Raja Ismail yang menyatakan bahawa mimbar-mimbar masjid

dijadikan sebagai saluran media pemerintah, pusat maklumat bagi rakyat dan juga

disertakan doa untuk pemerintah. Ketika Ibn ‘Abbas menjadi gabenor di Basrah,

beliau telah membacakan doa khusus untuk khalifah ‘Ali bin Abi Talib di dalam

khutbahnya. Ini kerana, mereka menyedari bahawa institusi masjid sangat

berpotensi untuk mempengaruhi sikap dan pandangan umum rakyat seterusnya

memupuk semangat untuk memberi ketaatan kepada pemerintah.57

Amalan Rasulullah S.A.W yang membina masjid apabila tiba di

Madinah ketika peristiwa hijrah terus dilakukan oleh pemimpin tentera Islam

55 Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, baiah perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama dan

baiah kesetiaan Muslimin Madinah terhadap khalifah Abu Bakar telah disempurnakan di masjid Nabawi.

Perbuatan ini juga telah dilakukan oleh khalifah ‘Umar al-Khattab yang memerintah gabenor Abu Musa

al-Ash‘ari supaya menjalankan kepimpinannya berpusat di masjid dan arahan juga dibuat kepada Sa‘ad

Bin Abi Waqqas iaitu gabenor Kufah dan gabenor Mesir ketika itu. Sila lihat Raja Azhar Bin Raja Ismail,

“Sejarah Perkembangan Dan Peranan Masjid Di Perlis : Kajian Di Masjid Negeri, Arau, Perlis”, 51. 56 Ibrahim Che Noh, “Dakwah Dan Pemikiran Politik”, 8. 57 Raja Azhar Bin Raja Ismail, “Sejarah Perkembangan Dan Peranan Masjid Di Perlis : Kajian Di Masjid

Negeri, Arau, Perlis”, 52.

Page 22: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

53

tatkala mereka berjaya menawan sesuatu wilayah. Ini kerana, adalah kebiasaan

bagi setiap pemimpin tentera Islam untuk mendirikan masjid di tempat yang

mula-mula mereka duduki untuk dijadikan pusat ibadat dan pentadbiran seperti di

Iraq, Mesir dan Yaman.58

Dalam masa yang sama, pembinaan masjid secara

psikologinya merupakan kemenangan awal umat Islam dari segi moral dan politik

ke atas musuh-musuh Islam. Kebangkitan umat Islam yang digerakkan oleh

institusi masjid telah memberi tekanan kepada orang kafir dan musuh-musuh

Islam.59

Syiar Islam semakin menyerlah sinarnya dan perkembangan dakwah

Islam semakin tersebar meluas ke seluruh pelusuk muka bumi.

Kemantapan institusi masjid Madinah terus menyerlah menerusi

kepelbagaian peranannya yang berfungsi dengan cemerlang. Masjid menjadi aset

penting kepada pembangunan manusia dari segi rohani dan jasmani. Selain

daripada peranannya sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan Madinah,

masjid juga digunakan oleh Rasulullah S.A.W sebagai pusat ibadah, pusat

dakwah, pusat penyebaran ilmu, pusat kebajikan dan sebagainya.

Muhammad Amahazun menjelaskan bahawa masjid merupakan pusat

penyebaran ilmu kepada orang Islam. Ini kerana masjid pada zaman Rasulullah

S.A.W berperanan besar dalam memastikan bahawa setiap orang Islam tidak

ketinggalan dalam kewajipan mendalami ilmu.60

Manakala Aziana Binti Arifin

menyatakan bahawa masjid berperanan sebagai pusat ibadah, pusat pemerintahan

negara, pusat gerakan dakwah, pusat kehakiman, pusat ketenteraan dan

pertahanan, pusat kebajikan dan pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Pada masa

58 Ibid., 45. 59 Abdul Ghafar Hj. Don dan Kamaruzzaman Yusuf, Peranan Masjid Dalam Menjana Kebangkitan Gerakan Siasah Islam (Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999), 45. 60 Muhammad Amahazun, Manhaj al-Nabawi fi al-Da‘wah min Khilal al-Sirah al-Sahihah, 168.

Page 23: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

54

yang sama, peranan masjid yang paling utama ialah pusat hubungan antara

manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.61

Manakala Safi al-Rahman al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa masjid

yang dibina oleh Rasulullah S.A.W bukan sahaja dijadikan pusat ibadat, malah ia

juga dijadikan sebagai pusat perhimpunan masyarakat untuk mendapat ilmu dan

mendalami ajaran Islam dan panduannya. Masjid juga berperanan untuk

menyatupadukan masyarakat dan mengikis semangat asabiah dan kepuakan yang

menjadi punca kepada perpecahan dan perbalahan sepertimana yang berlaku

sebelumnya. Institusi masjid di zaman baginda juga berperanan sebagai pusat

pentadbiran dalam semua aspek di samping menjadi tempat mesyuarat dalam

mencapai sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan. 62

Institusi masjid bukan terhad kepada tempat ibadat sahaja. Bahkan

Rasulullah S.A.W telah menunjukkan dengan jelas betapa peranan masjid

meliputi seluruh aspek sama ada sebagai pusat gerakan dakwah dan tarbiah, pusat

penyebaran ilmu, pejabat pentadbiran, parlimen, mahkamah, dewan mesyuarat

dan sebagainya. Peranan masjid tersebut telah menunjukkan kepada masyarakat

Madinah betapa kesungguhan dan seriusnya Rasulullah S.A.W dalam mentadbir

negara Islam Madinah serta mengurus hal ehwal kehidupan mereka ke arah yang

lebih baik dan sejahtera.

Lantaran itu, adalah tidak mustahil bagi penduduk Madinah untuk

memberi baiah dan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah

S.A.W sebagai ketua pemimpin mereka. Bukan sahaja sanggup mengorbankan

harta benda dan masa, bahkan mereka sanggup pertaruhkan nyawa mereka demi

61 Aziana Binti Arifin, “Peranan Masjid Dalam Pembentukan Peribadi : Suatu Kajian Di Daerah

Gombak”, 28. 62 Safi al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum : Bahth fi al-Sirah al-Nabawiyyah `ala Sahibiha

Afdal al-Salah wa al-Salam, 217-218.

Page 24: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

55

mempertahankan negara Islam Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah S.A.W.

Tiada sedikit gementar dan rasa takut, bahkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul

telah mengatasi segala-galanya apabila mereka berhadapan dengan musuh semata-

mata untuk menegakkan agama Allah S.W.T.

2.3.6 Melaksanakan Pentarbiahan

Pentarbiahan merupakan satu platform dalam penyebaran dakwah Rasulullah

S.A.W. Baginda telah melaksanakan program pentarbiahan kepada para sahabat

dengan penuh berhikmah dan berstrategi. Pentarbiahan adalah satu elemen yang

sangat penting dalam membentuk individu yang mempunyai kekuatan rohani dan

jasmani. Ia juga dilihat amat penting khususnya dalam membentuk masyarakat

yang menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan mereka.

Melalui pentarbiahan Rasulullah S.A.W telah melahirkan ramai tokoh-

tokoh Islam yang tidak dapat dinafikan nama mereka di dalam sejarah dan

tamadun Islam. Mereka dihiasi dengan keunggulan peribadi, kemurnian akhlak,

kesucian akidah, dan ketinggian pengorbanan yang meletakkan Allah dan Rasul

melebihi segala-galanya.

Nama-nama seperti Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar al-Khattab, ‘Uthman

bin ‘Affan, ‘Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan

Abu ‘Ubaidah Amir al-Jarrah merupakan di antara tokoh-tokoh Islam yang

dilahirkan melalui proses pendakwahan dan pentarbiahan Rasulullah S.A.W.

Kejayaan Rasulullah S.A.W dalam membentuk jati diri dan keperibadian seluruh

para sahabat yang lain telah mampu mengubah kehidupan para sahabat daripada

kegelapan kepada cahaya Islam.

Page 25: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

56

Pentarbiahan Rasulullah S.A.W memberi penekanan kepada seluruh

aspek sama ada akidah dan iman, akhlak, syariah, feqah, muamalat, dan

sebagainya. Malah baginda S.A.W telah menjadikan tarbiah sebagai platform

untuk penyebaran ilmu dan berdiskusi bersama para sahabat. Safi al-Rahman al-

Mubarakfuri menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W melaksanakan program

pentarbiahan dengan mengajar para sahabat menunaikan solat sebagai ibadah

pertama.63

Rasulullah S.A.W telah mengajar kepada para sahabat cara-cara

berwuduk. Di samping itu, baginda juga telah memberi huraian dan penjelasan

kepada para sahabat tentang ayat-ayat yang diturunkan oleh Jibril kepada

baginda.64

Aspek pemantapan sahsiah ditekankan dengan mengajar para sahabat

menyucikan jiwa, menjauhi segala sifat mazmumah, keji dan kotor, serta

menggalakkan segala sifat mahmudah.65

Kejayaan Rasulullah S.A.W dalam melaksanakan pentarbiahan telah

mengubah kehidupan para sahabat daripada kehidupan jahiliah kepada sebuah

kehidupan yang bertamadun tinggi. Rasulullah S.A.W juga telah berjaya

mengubah setiap peribadi sahabat dengan memiliki keunggulan peribadi,

ketinggian akhlak, keteguhan akidah dan syariah, kemantapan muamalah, dan

sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah jika Rasulullah S.A.W telah diberi mandat

dan kepercayaan untuk menjadi ketua bagi kaum Muslim. Bukan hanya ketaatan

dan kesetiaan yang diberikan, malah para sahabat telah berikrar untuk

mempertahankan baginda S.A.W walaupun terpaksa mengorbankan harta dan

nyawa mereka.

63 Ibid., 89. 64 Kamil Salamah al-Daqs, Dawlah al-Rasul min al-Taqwim Ila al-Tamkin, c.1 (Jordan : Dar ‘Ammar,

1994), 35. 65 Azahar Bin Yaakub @ Ariffin, “Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara : Kajian

Pelaksanaannya Oleh Parti Islam SeMalaysia”, 12-13.

Page 26: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

57

2.3.7 Mewujudkan Khidmat Masyarakat

Melalui pelaksanaan program khidmat masyarakat, Rasulullah S.A.W telah

menjadikannya sebagai satu platform bagi mendapatkan keuntungan politik. Ianya

merujuk kepada usaha untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan masyarakat

terhadap keberkesanan pemerintahan Rasulullah S.A.W. Situasi tersebut secara

tidak langsung akan memperkenalkan dan mempromosikan Islam kepada

masyarakat. Bahkan pelaksanaan program khidmat kemasyarakatan yang

dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W telah mempercepatkan proses kemajuan negara

Islam Madinah.66

Ab. Aziz Mohd Zin menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W memberi

keutamaan terhadap pembinaan masyarakat Islam Madinah dengan memberi

penekanan kepada beberapa aspek penting. Di antaranya ialah terhadap pengisian

ilmu, pengisian akhlak, dan pengisian kehidupan.67

Rasulullah S.A.W telah membina sebuah tempat tinggal sementara yang

dikenali sebagai Suffah. Ianya dibina oleh Rasulullah S.A.W untuk dikhaskan

kepada beberapa tujuan seperti tempat tinggal sementara bagi orang yang baru

sampai di Madinah, tempat persinggahan, tempat berehat, tempat bersantai, dan

seumpamanya.68

Kewujudan Suffah yang dibina oleh Rasulullah S.A.W tidak

hanya terbatas kepada golongan lelaki sahaja bahkan turut memainkan peranan

kepada kaum wanita. Di samping berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu

pengetahuan, Suffah juga telah dijadikan sebagai sebuah tempat menjalinkan

ikatan ukhuwah dan memupuk kasih sayang di antara satu sama lain.69

66 Anwar al-Jundi, al-Qiyam al-Asasiyyah li al-Islami wa al-Thaqafah al-Gharbiyyah (Dimashq :

Matba‘ah al-Risalah, 1998), 25. 67 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 221. 68 ‘Abd. al-Hayy al-Qattani, al-Taratib al-Idariyyah (Beirut : Dar al-Kitab al-‘Arabi, tt), 1: 40. 69 Ibid., 2: 235.

Page 27: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

58

Manakala Rufaydah al-Aslamiyyah pula diwujudkan berdasarkan

peranannya sebagai pusat khidmat kesihatan. Diibaratkan sebagai sebuah hospital

yang pertama dalam Islam, Rufaydah al-Aslamiyyah adalah kesinambungan

daripada nama seorang sahabiah yang mempunyai kepakaran dalam bidang

perubatan. Malah beliau telah menyertai peperangan bersama tentera Islam

dengan berperanan sebagai seorang doktor perubatan. Kejayaan dan kemampuan

Rufaydah al-Aslamiyyah dalam bidang perubatan telah menjadi pencetus kepada

ramai kaum Muslimat yang lain untuk turut serta mempelajari ilmu perubatan dan

rawatan.70

Rasulullah S.A.W juga telah mengangkat ilmu kesenian, hiburan, dan

aktiviti riadah sebagai satu program kemasyarakatan. Contohnya melalui aktiviti

mendeklamasi syair yang sering mendapat tumpuan masyarakat. Selain menjadi

hiburan kepada masyarakat, ia memainkan peranan penting dalam aspek

kemasyarakatan. Hassan bin Thabit merupakan seorang penyair terkenal sehingga

diberi gelaran sebagai penyair Rasulullah S.A.W. Aktiviti sukan dan riadah

seperti memanah dan melontar lembing merupakan aktiviti yang diambil berat

oleh Rasulullah S.A.W. Bahkan aktiviti ini telah diangkat oleh Rasulullah S.A.W

dan menjadikannya sebagai permainan rasmi pada hari-hari kebesaran Islam.71

Pelaksanaan program khidmat kemasyarakatan yang bersifat semasa dan

memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat pada hakikatnya telah memberi

kesan positif kepada penyebaran dakwah Rasulullah S.A.W. Di samping dapat

mewujudkan suasana mesra masyarakat terhadap Islam, ia juga mampu menjadi

tarikan masyarakat untuk memberi sokongan kepada pemerintahan Rasulullah

S.A.W.

70 Ibid., 1: 453-454. 71 Ibid., 1: 211.

Page 28: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

59

2.4 DAKWAH MELALUI POLITIK DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

Politik pada pandangan Islam ialah menjaga urusan umat di dalam dan di luar negara

dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Ianya berkait rapat dengan tujuan

dakwah iaitu membawa manusia kepada syariat Islam. Walaupun melalui dua bidang

berbeza, ia mampu menjadi satu adunan yang baik jika digabungkan untuk mencapai

tujuan yang sama. Pada hakikatnya, kombinasi dakwah dan politik sememangnya tidak

dinafikan lagi pada hukum Islam. Melihat kepada pelaksanaan Rasulullah S.A.W

sebagai ketua pemerintah dalam kerajaan Islam Madinah, ianya sudah cukup dijadikan

hujah bagaimana politik diintegrasikan dengan dakwah Islamiah. Hasilnya Islam

tersebar dengan lebih meluas dan kebangkitan Islam telah mencapai kemajuan dalam

semua aspek bidang kehidupan.

2.4.1 Sistem Politik Islam Sebagai Wasilah Pendakwahan Dan Penyebar

Risalah Islam

Di antara tujuan sistem politik Islam adalah untuk menyebar risalah Islam di muka

bumi ini dengan pelbagai pendekatan yang dibenarkan dengan kadar yang

termampu.72

Firman Allah S.W.T :

Saba’ 34: 28

Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad)

melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa

72 Khalid Ibn ‘Ali Ibn Muhammad, Sistem Politik Islam Menurut al-Quran, Sunnah Dan Pendapat Ulama

Salaf , 60. Menurut Shukeri Mohamad, antara matlamat sistem politik Islam adalah mendaulatkan ajaran

Islam, menjaga kepentingan rakyat, dan membangunkan negara. Sila lihat Shukeri Mohamad, “Peranan

Politik Islam Dalam Mencapai Maqasid al-Shari‘ah : Konteks Malaysia,” dalam Etika Dan Budaya Berpolitik Dari Perspektif Islam, ed. Abdul Monir Yaacob (Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM), 2002), 85.

Page 29: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

60

berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi

amaran (kepada orang-orang yang ingkar)

Pengutusan Rasulullah S.A.W ke muka bumi adalah untuk memimpin

dan membawa seluruh umat manusia kepada pencapaian matlamat yang satu, iaitu

pengabdian dan mengesakan Allah S.W.T sebagai satu-satunya Tuhan yang layak

disembah. Gerakan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awalnya sangat

terhad dan terbatas. Kongkongan dan tentangan musuh telah meliputi segenap

aspek terhadap kaum Muslimin. Walaubagaimanapun, keadaan berbeza ketika di

Madinah apabila Rasulullah dilantik menjadi ketua pemerintah kepada sebuah

kerajaan Islam Madinah. Dengan kuasa dan pengaruh yang dimiliki, ianya

memberi kelebihan kepada baginda untuk menyebarkan dakwah dan meluaskan

pengaruh empayar Islam.

Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa para Rasul telah menjadi

pemimpin agama dan politik secara serentak, berdakwah membetulkan akidah dan

cara hidup rakyat serta membetulkan pemerintahan negara. Nabi Adam, Yusuf,

Sulaiman dan Daud A.S merupakan antara kalangan para Rasul Allah yang

memimpin negara. Begitu juga dengan Rasulullah S.A.W nabi akhir zaman yang

berjaya menegakkan negara Islam Madinah.73

Dalam usaha untuk berdakwah

menyelamatkan akidah manusia dan menentang kezaliman pemerintah, pelbagai

halangan dan cabaran terpaksa dihadapi malah ada juga di kalangan Rasul telah

dipulau, dipenjara, diseksa, dibuang negeri bahkan ada yang telah mati syahid

dibunuh seperti nabi Zakaria dan nabi Yahya A.S.74

Sunnah Rasulullah S.A.W juga telah menampilkan keperluan kuasa

politik sebagai wasilah dakwah. Malah dakwah Rasulullah S.A.W menjadi lebih

73 Abdul Hadi Awang, Politik Dan Agama Mengikut Perspektif Islam, 24. 74 Ibid.

Page 30: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

61

berkesan setelah wujudnya penguasaan dalam politik. Rasulullah S.A.W pernah

berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuasaan untuk menegakkan urusan

dakwah sepertimana dalam ayat-80 surah al-Isra’ :

al-Isra’ 17: 80

Terjemahan: Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa):

"Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku

dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku

daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah

kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang

menolongku.

Bukti al-Quran ini telah menjadi dalil dan hujah kepada kepentingan

kuasa politik yang dapat menunjangi gerakan dakwah. Kuasa politik yang ada di

tangan baginda melalui tertegaknya negara Islam Madinah memberi peluang yang

lebih luas kepada baginda untuk melaksanakan misi dakwah. Dakwah pada

peringkat individu tanpa kuasa politik menyukarkan pelaksanaan dakwah.

Sambutan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W sebelum hijrah adalah berbeza

dengan dakwah selepas berlakunya hijrah. Ini menunjukkan bahawa kuasa politik

sangat penting untuk mempertahan dan mengembangkan gerakan dakwah

Islamiah.

Page 31: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

62

Membina sebuah negara Islam merupakan salah satu daripada peringkat

pencapaian matlamat dakwah Islamiah.75

Kekuasaan dan pemerintahan sebuah

negara Islam akan mampu menggerakkan masyarakat Islam ke arah mengerjakan

ibadat, mengerjakan sembahyang, menunaikan zakat serta membahagikannya

kepada yang layak, menonjolkan syiar-syiar Islam, menegakkan amar ma‘ruf dan

nahi munkar, melaksanakan sistem audit, pemantauan dan sebagainya.76

Kewujudan sebuah negara Islam juga bertanggungjawab untuk memerangi syirik,

bidaah, khurafat dan segala aliran yang boleh membawa kepada kerosakan.

Syariah Islamiah akan dijaga dan dilindungi daripada segala ancaman dalam

bentuk penambahan, pemesongan dan pemalsuan.77

Firman Allah S.W.T :

al-Haj 22: 41

Terjemahan: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan

mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan

sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat

kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang

mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Melalui penelitian terhadap ayat di atas, ia adalah salah satu dalil al-

Quran yang memberi satu penerangan dengan jelas tentang pengintegrasian

dakwah dan politik. Beberapa perintah syarak telah dinyatakan dalam ayat di atas

iaitu mendirikan solat, menunaikan zakat dan membuat kebaikan serta menjauhi

75 Ab. Aziz Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1997),

34. 76 Khalid Ibn ‘Ali Ibn Muhammad, Sistem Politik Islam Menurut al-Quran, Sunnah Dan Pendapat Ulama Salaf , 59. 77 Ibid., 60.

Page 32: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

63

kemungkaran. Konsep mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhi

kemungkaran merupakan satu konsep yang sangat sinonim dengan pelaksanaan

dakwah. Manakala kekuasaan memerintah pula akan wujud melalui penguasaan

dalam politik.78

Oleh itu, ayat di atas telah menjelaskan bahawa peranan dan

fungsi politik adalah menegakkan hukum Allah dan hakNya dengan kata lain

menunaikan tanggungjawab dakwah.

2.4.2 Dakwah Dan Politik Menurut Pandangan al-Quran Dan al-Hadith

Zaharuddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa dalil-dalil politik atau

pentadbiran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith amat mencukupi bagi

memberi petunjuk dan memandu manusia ke jalan yang diredai Allah S.W.T.79

Walaupun tidak ada dalil khusus yang menyebut perkataan politik (siasah), tetapi

melalui al-Quran dan al-Hadith banyak menyebut dalil-dalil yang mensyaratkan

pelaksanaannya kepada kuasa pemerintahan yang bercirikan politik.80

Di antaranya seperti dalil yang menyebut tentang khalifah, ketua, imam,

perlembagaan, muamalat, undang-undang jenayah, perintah supaya setia dan

mentaati ketua, dan menjalankan pemerintahan menurut hukum Allah.

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, maka para ulama berijtihad bahawa ianya

mempunyai hubung kait dengan politik sekali gus menjadi bukti bahawa Islam

memiliki sistem politik yang tersendiri.81

Pemerintahan Rasulullah S.A.W di Madinah juga menjadi bukti bahawa

politik bukanlah suatu perkara yang baru dalam Islam. Malah kuasa politik yang

78 Anuar Puteh, “Konsep Kuasa Politik Negara (Daulah) Dan Perkembangan Dakwah,” dalam Dakwah

Dan Etika Politik Di Malaysia, ed. Zulkiple Abd. Ghani (Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd, 2005), 27. 79 Zaharuddin Abdul Rahman, Indahnya Politik Cara Islam (Selangor : Galeri Ilmu Sdn. Bhd., 2013),

126. 80

Abdul Hadi Awang, Politik Dan Agama Mengikut Perspektif Islam, 25. 81 Abdul Karim Zaydan, Usul al-Dakwah : Sistem-Sistem Islam ( Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn.

Bhd., 2011), 1: 321.

Page 33: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

64

dimiliki telah digunakan sebaiknya oleh Rasulullah S.A.W untuk memperluaskan

pengaruh dan dakwah Islam ke seluruh pelusuk bumi. Dengan kata lain, sistem

politik mempunyai peranan penting sebagai medium pelaksanaan dakwah kepada

manusia. Rasulullah S.A.W memerlukan kepada kuasa politik untuk memastikan

orang Islam melaksanakan setiap hukum yang disyariatkan di dalam al-Quran dan

menghukum orang yang tidak mematuhinya. Firman Allah S.W.T :

al-Nisa’ 4:105

Terjemahan: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai

Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya

engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah

tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya).

Rasulullah S.A.W juga telah berdoa kepada Allah supaya diberikan

kekuasaan untuk menegakkan urusan dakwah. Kekuasaan dalam politik dan

pemerintahan telah menjadi tunjang kepada gerakan dakwah baginda S.A.W.

Bahkan pelaksanaan dakwah Islamiah menjadi lebih meluas apabila baginda

S.A.W dilantik menjadi pemerintah di Madinah. Firman Allah S.W.T :

al-Isra’17:80

Terjemahan: Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa):

"Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku

dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku

Page 34: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

65

daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah

kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang

menolongku.

Peristiwa penubuhan negara Islam Madinah sebagai sebuah negara Islam

yang pertama menunjukkan bukti kepada kepentingan dan keperluan terhadap

kekuasaan dalam pemerintahan ke arah mewujudkan sebuah negara Islam untuk

memungkinkan pelaksanaan Islam secara menyeluruh. Rasulullah S.A.W telah

mengadakan baiah (janji setia) daripada kaum Madinah melalui Bay‘ah al-

‘Aqabah dengan sabda baginda :

مع وال : قال ؟ ف قلنا يا رسول الله على ما ن بايعك طاعة ف النشاط ت بايعون على السهى عن المنكر فقة ف العسر واليسر وعلى األمر بالمعروف والن والكسل وعلى الن

وأن ت قولوا ف الله ال يأخذكم ف الله لومة الئم وعلى أن ت نصرون إن قدمت . عليكم ي ثرب وتن عون ما تن عون منه أن فسكم وأزواجكم وأب ناءكم ولكم النة

Terjemahan: Kami bertanya Nabi S.A.W: Ya Rasulullah! Apa yang

kami akan baiahkan dengan engkau? Jawab nabi S.A.W: Kamu

membaiahkan dengan aku untuk mendengar dan taat dalam keadaan

cergas dan lemah, untuk menyara kehidupan ketika susah dan senang,

untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, untuk

memperkatakan tentang Allah tanpa mempedulikan cacian dan celaan

sesiapapun, untuk menolongku jika aku datang ke tempat kamu di

Yathrib dan mempertahankan aku, sepertimana kamu lakukan

Page 35: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

66

terhadap diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak pinak kamu,

maka pembalasannya adalah syurga.82

Merujuk kepada definisi politik, ianya dapat disimpulkan dengan

pengurusan manusia dan pentadbiran negara untuk mencapai keamanan dan

keharmonian hidup selari dengan kehendak syarak dan hukum-hukum yang telah

disyariatkan oleh Allah S.W.T. Justeru, keberkesanan pengingtegrasian politik

dan dakwah yang dilakukan oleh baginda S.A.W telah berjaya mengurus dan

menyatupadukan masyarakat Madinah yang bertelagah. Mereka diikat dengan

satu ikatan persaudaraan tanpa mengira status, darjat, ras dan keturunan, bangsa,

kaum dan warna kulit sehingga mewujudkan satu suasana yang harmoni di

Madinah.83

Bahkan pancaran syiar Islam terus menyinar sehingga telah mendapat

perhatian negara-negara lain. Firman Allah S.W.T :

al-Hujurat 49:13

Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah

menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah

menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu

berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang

lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau

bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

82

Hadith Riwayat al-Baihaqi, Kitab al-Sa’iru, Bab al-Idhan bi al-Hijrati, no. Hadith 17735, Lihat Abu

Bakar Ahmad bin al-Husayn al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra ( Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2003), 9: 9. 83 Ab. Aziz Mohd Zin, Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi S.A.W, 214.

Page 36: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

67

Firman Allah S.W.T :

Ali-‘Imran 3:103

Terjemahan: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah

(agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah

nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa

jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga

kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu

dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan

kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran

kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu

(disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan

kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat

petunjuk hidayahNya.

Firman Allah S.W.T :

al-Hujurat 49:10

Terjemahan: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah

bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang

bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh

rahmat.

Page 37: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

68

Dalam masa yang sama, kebajikan dan hak bagi golongan non-Muslim

dan kaum Yahudi sangat dititikberatkan oleh baginda S.A.W. Tiada sebarang

unsur penindasan dan penganiayaan yang dilakukan kepada mereka. Bahkan

sistem politik Islam yang mengamalkan prinsip menegakkan keadilan dan

kesamarataan telah menjaga hak-hak bagi orang yang lemah tanpa mengira

perbezaan bangsa, etnik mahupun warna kulit.84

Lantaran itu, tindakan tersebut

telah menjadi tarikan dakwah untuk manusia mengenali dan mendekati Islam di

samping menzahirkan ketaatan kepada pemerintahan Rasulullah S.A.W. Firman

Allah S.W.T :

al-Nisa’ 4:58

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya

menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak

menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara

manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran

yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa

Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Baginda tidak menyekat kepada mana-mana kaum Muslim untuk

mengadakan hubungan yang baik terhadap golongan non-Muslim ataupun kaum

Yahudi selagi mereka tidak mendatangkan ancaman kepada Islam dan memberi

ketaatan yang baik kepada pemerintah Islam. Kerjasama dan hubungan baik yang

84 Khalid Ibn ‘Ali Ibn Muhammad, Sistem Politik Islam Menurut al-Quran, Sunnah Dan Pendapat Ulama

Salaf, 50.

Page 38: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

69

terjalin itu secara tidak langsung akan menjadi usaha baginda S.A.W untuk

berdakwah kepada golongan non-Muslim dan kaum Yahudi di Madinah pada

ketika itu. Firman Allah S.W.T :

al-Mumtahanah 60:8

Terjemahan: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan

berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana

agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman

kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebuah hadith telah menceritakan tentang pelaksanaan Rasulullah S.A.W

dalam urusan muamalat bersama orang Yahudi :

أن النيب صلى اهلل عليه وسلم اشت رى طعاما من ي هودي إىل أجل ورهنه درعا من حديد

Terjemahan: Sesungguhnya Nabi S.A.W membeli makanan dari

seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan

mencagarkan baju besi baginda S.A.W. 85

Kebijaksanaan Rasulullah S.A.W dalam berpolitik iaitu mentadbir dan

mengurus pemerintahannya telah menjadikan baginda sebagai seorang ketua yang

disegani dan dihormati oleh rakyatnya. Ketaatan yang tidak berbelah bahagi telah

diberikan kepada Rasulullah S.A.W sebagai ketua pemimpin mereka. Kemanisan

iman dan nikmat ketaqwaan yang disemai oleh Rasulullah S.A.W telah tumbuh

subur dan sebati di dalam diri kaum Muslim. Begitu juga bagi kaum non-Muslim,

85 Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Istiqrad, Bab Man Ishtara bi al-Dayni wa Laisa ‘Indahu Thamanahu, no. Hadith 2386, Lihat Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sohih

( Qaherah : al-Maktabah al-Salafiyyah, 1400h), 171.

Page 39: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

70

mereka telah bersepakat untuk memberi ketaatan kepada Rasulullah S.A.W

sebagai ketua pemimpin di Madinah. Firman Allah S.W.T :

al-Nisa’ 4:59

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada

Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri"

(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika

kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran)

dan (Sunnah) RasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan

hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih

elok pula kesudahannya.

Selain memberi penjelasan tentang kewajipan mendengar dan

mentaati para pemimpin, ayat di atas juga dikaitkan dengan hadith sahih

bahawa ketaatan hanya kepada perkara yang bukan maksiat. Hadith riwayat

Ibn ‘Umar r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مع عن ابن عمرعن النيب صلى الله عليه وسلم أنه قال على المرء المسلم الس والطاعة فيما أحب وكره إال أن ي ؤمر بعصية فإن أمر بعصية فل سع وال طاعة

Terjemahan: Dari Ibn ‘Umar r.a., dari Nabi S.A.W. beliau bersabda:

Kewajipan seorang Muslim adalah mendengar dan taat dalam

melakukan perintah yang disukai ataupun tidak disukai, kecuali bila

Page 40: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

71

diperintahkan melakukan maksiat. Bila dia diperintah melakukan

maksiat, maka tidak ada kewajipan untuk mendengar serta taat. 86

Kewajipan mentaati pemimpin dan pemerintah adalah membawa kepada

ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Bahkan keingkaran mentaati pemimpin

akan membawa keingkaran kepada Allah dan RasulNya. Ini kerana, mentaati

pemimpin adalah suatu kewajipan yang telah disepakati di sisi Ahli Sunnah wal

Jamaah selama mana ianya tidak kepada perkara maksiat. Hal ini dijelaskan

melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a, Rasulullah S.A.W

bersabda:

ث نا يي بن يي أخب رنا المغرية بن عبد الرحن الزامى عن أب الزناد عن حدقال من أطاعن ف قد -صلى اهلل عليه وسلم-األعرج عن أب هري رة عن النب

أطاع الله ومن ي عصن ف قد عصى الله ومن يطع األمري ف قد أطاعن ومن ي عص ان األمري ف قد عص

Terjemahan: Daripada Abu Hurayrah daripada Nabi S.A.W telah

berkata: “Sesiapa yang mematuhi perintahku, maka sesungguhnya

bererti ianya mematuhi perintah Allah dan sesiapa yang melanggar

perintahku, maka sesungguhnya bererti ianya melanggar perintah

Allah. Sesiapa yang mematuhi perintah pemimpinnya, maka

sesungguhnya ia mematuhi perintahku dan sesiapa yang

melanggarnya perintah pemimpinnya, maka sesungguhnya ia

melanggar perintahku.87

86 Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab al-Sammu‘i wa al-Ta‘ati li al-Imam Ma Lam Takun

Ma‘siati, no. Hadith 7144, dan Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Wujub Ta‘at al-Umara’ fi Ghayri Ma‘siati

wa Tahrimuha fi al-Ma‘siati, no. Hadith 1839. Lihat Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari,

al-Jami‘ al-Sohih ( Qaherah : al-Maktabah al-Salafiyyah, 1400h), 329 dan Abu al-Husayn Muslim bin al-

Hajjaj al-Nisaburi, Sahih Muslim (Riyad : Dar Toyyibah, 2006), 892. 87 Hadith Riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Wujub Ta‘at al-Umara’ fi Ghayri Ma‘siati wa

Tahrimuha fi al-Ma‘siati, no. Hadith 1835, dan Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab Qawlillah ta‘ala Ati‘u

Page 41: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

72

Ibn Hajar menjelaskan bahawa hadith di atas terdapat kewajipan

mentaati para pemimpin. Ia dikaitkan dan dikhususkan pada perintah bukan

maksiat. Hikmah perintah supaya mentaati mereka adalah untuk menjaga

kesatuan kalimah kerana perpecahan membawa kepada kemusnahan.88

Rasulullah S.A.W juga telah memberi penekanan kepada aspek mentaati

pemimpin dengan jaminan syurga sebagai ganjaran daripada Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah

r.a. :

ت : عن أب هري رة رضي الله عنه أن رسول اهلل صلى الله عليه وسلم قال كل أممن أطاعن دخل : يا رسول اهلل ومن يأب؟ قال : إال من أب، قالوايدخلون النة

.النة، ومن عصان ف قد أب

Terjemahan: Dari Abu Hurayrah r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W

bersabda, “Setiap umatku akan masuk Syurga, kecuali yang enggan.”

Mereka (para sahabat) bertanya: “Siapa yang enggan itu?” Jawab

beliau: “Barangsiapa yang mentaatiku pasti masuk Syurga, dan

barangsiapa yang menderhakaiku, maka sungguh ia telah enggan.89

Mentaati perintah Nabi S.A.W adalah satu keperluan. Ini kerana, jika

tidak berbuat demikian akan mengakibatkan neraka sebagai balasan. Oleh itu,

suruhan kepada mentaati ketua dan pemimpin adalah simbolik kepada

keberkesanan sesuatu sistem politik yang mampu membawa manusia kepada

cahaya kebenaran Islam.

Allah wa Ati‘u al-Rasul wa Uli al-Amri Minkum, no. Hadith 7137. Lihat Abu al-Husayn Muslim bin al-

Hajjaj al-Nisaburi, Sahih Muslim (Riyad : Dar Toyyibah, 2006), 891 dan Abi ‘Abd Allah Muhammad bin

Isma‘il al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sohih ( Qaherah : al-Maktabah al-Salafiyyah, 1400h), 328. 88 Ahmad ibn ‘Ali ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari (Beirut : Dar al-Fikr,

1993), 13: 112. 89 Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab al-I’tisamu bi al-Sunnati, Bab al-‘Iktida’ bi Sunni Rasulillah, no. Hadith 7280, Lihat Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari, al-Jami‘ al-Sohih ( Qaherah : al-

Maktabah al-Salafiyyah, 1400h), 359.

Page 42: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

73

2.4.3 Dakwah Dan Politik Menurut Pandangan Para Sarjana Islam

Politik yang memenuhi tuntutan dakwah adalah lambang ketulenan perjuangan

politik Islam. Ini kerana tanpa adanya unsur dakwah, politik Islam akan

kehilangan maknanya. Menurut Khairul ‘Azmi Mohamad, politik Islam adalah

politik dakwah.90

Ia adalah politik yang mempunyai adab kesopanan, budi bahasa

yang tinggi, akhlak yang mulia serta keluhuran budi pekerti. Politik Islam

diperjuangkan bukan kerana politiknya tetapi kerana Islamnya.91

Justeru,

perjuangan politik Islam perlulah menyerlahkan kehebatan dan kemurnian ajaran

Islam.

Manakala al-Mawardi iaitu seorang lagi tokoh mazhab Syafie terkemuka

Islam dalam bidang sains politik, juga menekankan kepentingan kuasa politik

digunakan untuk memartabatkan agama. Ungkapan Hirasat al-din Sultaniyyah

ditujukan kepada orang yang berkuasa. Al-Mawardi juga menjelaskan bahawa

Imamah adalah untuk menggantikan nubuwwah bagi mengawasi agama dan

mengawasi siasah dunia yang berkaitan dengannya.92

Sayyid Qutb menjelaskan bahawa tugas ahli poltik Islam adalah lebih

berat berbanding dengan ahli politik bukan Islam. Ini kerana tugas mereka bukan

hanya memastikan rakyat mendapat hak dan pembelaan sewajarnya tetapi yang

lebih penting ialah mengajak rakyat kembali kepada kebenaran. Islam dizahirkan

dan dijelaskan kepada rakyat seterusnya mengajak mereka ke arah menghayati

90 Khairul ‘Azmi Mohamad, “Kepimpinan Politik Dalam Islam : Satu Analisis Awal Dalam Konteks

Malaysia,” dalam Islam, Politik Dan Kerajaan, ed. Khairul ‘Azmi Mohamad (Johor : Pejabat Ketua

Penerangan Dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor, 2003), 36-37. 91 Ibid., 47. 92Al-Mawardi, ‘Ali ibn Muhammad, al-Ahkam al-Sultaniyyah wa-al-Wilayat al-Diniyyah (Beirut : Dar

al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t), 5.

Juga lihat Mohd Nasran Mohamad, “Teori Politik al-Mawardi Mengenai Khalifah,” dalam Dakwah Dan Etika Politik Di Malaysia, ed. Zulkiple Abd. Ghani (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd, 2005), 56-57.

Page 43: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

74

cara hidup Islam.93

Dalam perkembangan lain, Sayyid Qutb juga menegaskan

bahawa politik dan dakwah bagi umat Islam tidak boleh dipisahkan. Ini kerana

politik itu hanya wasilah kepada tugas yang lebih besar iaitu mengajak manusia

kepada Allah S.W.T dan menegakkan sistem Islam dalam semua aspek

kehidupan.94

‘Abd Karim Zaydan menjelaskan bahawa sistem politik adalah sebagai

perantara atau cara dan bukannya matlamat. Dengan kata lain, ia adalah satu cara

yang berkesan untuk mencapai objektif tertentu yang ingin dicapai melalui sistem

politik. Antara objektif utama politik Islam ialah memelihara agama (Islam) dan

memimpin dunia dengan agama (Islam).95

Di samping itu, sistem politik Islam

juga akan mewujudkan pemerintah memiliki kuasa yang membolehkan ia

melaksanakan perkara yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu Muslim.

Dengan ini, matlamat yang ingin dicapai oleh Islam akan menjadi lebih mudah

dan mampu dicapai.96

Yusuf al-Qaradawi menjelaskan bahawa jika politik diaplikasikan

berdasarkan syariat Islam, maka ia akan menghasilkan satu usaha keras untuk

mencapai tujuan manusia yang paling utama iaitu mengesakan Allah S.W.T,

membersihkan hati, mengagungkan rohani, menciptakan umat yang istiqamah,

sekali gus dapat merealisasikan tujuan Allah dalam menciptakan manusia iaitu

supaya beribadah kepada Allah, menjadi khalifah di muka bumi, serta

menegakkan kebenaran dan keadilan.97

93 Amir Husin Mohd Nor, “Etika Politik Menurut Pandangan Sayyid Qutb,” dalam Dakwah Dan Etika

Politik Di Malaysia, ed. Zulkiple Abd. Ghani (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn

Bhd, 2005), 75-76. 94 Ibid., 83. 95 ‘Abd Karim Zaydan, Usul al-Dakwah : Sistem-Sistem Islam, 1:360. 96 Ibid. 97 Yusuf al-Qaradawi, al-Din wa al-Siyasah : Ta’silu wa Raddu Shubuhat (Qaherah : Darul Shuruq,

2007), 79.

Page 44: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

75

Al-Qaradawi menegaskan lagi bahawa jika agama yang benar diadaptasi

ke dalam politik semestinya akan memberikan pengaruh positif dan mengarahkan

kepada kebaikan, menunjukkan jalan yang benar dan menghindarkan daripada

kesesatan dan kesalahan. Selain itu, segala bentuk kezaliman, penipuan dan

penindasan terhadap golongan yang lemah akan dapat dihapuskan bahkan

keadilan akan dapat ditegakkan.98

Agama juga akan berperanan untuk membantu

dan memberi sokongan kepada pemerintah untuk terus berusaha dalam mencapai

kebaikan terhadap rakyatnya.99

Dalam perkembangan lain, al-Qaradawi juga sangat tegas menjelaskan

bahawa tidak ada pemisahan antara agama dan politik. Ini kerana menjauhkan

politik daripada agama adalah sama dengan menjauhkan politik daripada unsur-

unsur pembentuk kebaikan dan penolak kejahatan, menjauhkan daripada

pendorong kebaikan dan ketaqwaan, serta membiarkan politik penuh dengan dosa

dan permusuhan.100

Al-Qaradawi memetik pendapat Shaykh Muhammad al-Khidr Husayn101

yang mengatakan bahawa Islam adalah sebuah agama yang mengajarkan kepada

umatnya tentang keseluruhan aspek termasuklah dasar-dasar hukum dan norma-

norma dalam politik. Bahkan al-Khidr menegaskan bahawa orang yang

mengingkari adanya ajaran-ajaran tersebut hanyalah orang yang bodoh terhadap

98 Ibid. 99 Ibid., 80. 100 Ibid., 82. 101 Shaykh Muhammad al-Khidr Husayn merupakan seorang ulama besar dan beliau juga salah seorang

syeikh al-Azhar. Beliau juga antara salah seorang ulama yang menentang sekerasnya golongan yang

berpendapat tidak ada politik dalam agama dan memisahkan agama daripada politik. Melalui bukunya

yang berjudul Rasa’il al-Islah, beliau secara terperinci menjelaskan tentang agama dan politik serta

lantang mengkritik dalam menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan agama dan politik. Bahkan al-

Khidr telah menggunakan istilah kesesatan (dalalah) bagi mengungkapkan tindakan memisahkan agama

daripada politik. Ini kerana, tindakan tersebut merupakan suatu perkara baru yang termasuk dalam

kategori bidaah. Beliau berhujah berdasarkan sebuah hadith sahih iaitu setiap bidaah adalah sesat.

Tindakan memisahkan agama dan politik juga berlawanan dengan apa yang dibawa oleh Islam. Ini kerana

al-Khidr menyatakan bahawa terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa al-Quran sangat mempraktikkan urusan muamalah dan mengandungi petunjuk politik bagi pemerintah sebagaimana

firman Allah S.W.T dalam Surah al-Ma’idah, ayat : 50.

Page 45: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

76

ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta sejarah Khulafa al-Rashidin yang

memutuskan persoalan dengan timbangan syariat dan ketika terjadi perbezaan

pendapat, mereka akan kembali kepada kitab Allah iaitu al-Quran dan al-Sunnah

RasulNya.102

Abu al-Ma‘ati Abu al-Futuh menjelaskan bahawa antara objektif

penubuhan kerajaan Islam adalah untuk melaksanakan dakwah kepada

masyarakat-masyarakat lain kepada agama Allah dan menjelaskan hukum-

hukumNya kepada mereka. Ini memerlukan jihad pada jalan Allah secara lisan

dan perlu menggunakan kekerasan jika kalimah Allah itu disekat dari sampai

kepada masyarakat-masyarakat lain.103

Beliau juga antara lainnya merupakan

salah seorang tokoh Islam yang tegas dan lantang menentang pendapat yang

memisahkan agama Islam dan politik. Beliau juga menegaskan bahawa Islam

tidak hanya terbatas kepada soal rohani semata-mata, bahkan Islam meliputi

keseluruhan aspek kehidupan termasuk dalam soal politik dan pemerintahan.104

Dalam perkembangan lain, Subhi al-Salih menjelaskan bahawa

mendirikan negara Islam dan melantik imam atau ketua merupakan suatu

kewajipan dalam Islam.105

Pendapat ini juga disokong oleh Ab. Aziz Mohd Zin

yang menjelaskan bahawa mewujudkan sebuah negara Islam merupakan salah

satu daripada peringkat pencapaian matlamat dakwah.106

Penubuhan negara Islam

secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem kawalan, pengurusan dan

pentadbiran terhadap manusia. Sistem kawalan dan pengurusan manusia

102 Yusuf al-Qaradawi, al-Din wa al-Siyasah : Ta’silu wa Raddu Shubuhat, 85. 103 Abu al-Ma‘ati Abu al-Futuh, Penyelesaian Islam Dari Sudut Sistem Politik (Selangor : Pustaka Fajar,

1985), 85. 104 Ibid., 14-15. 105 Subhi al-Salih, al-Nuzum al-Islamiyyah (Beirut : Dar al-Malayin, 1976), 57. 106 Ab. Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Di Malaysia (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya,

2006), 67.

Juga lihat Ab. Aziz Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, 34.

Page 46: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

77

berdasarkan peraturan yang sesuai dan adil sangat penting untuk membawa

manusia kepada keselamatan, kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Ianya bertepatan dengan tujuan dakwah Islam. Ini kerana, dakwah adalah

satu usaha yang bertujuan untuk membawa manusia kepada keselamatan,

kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.107

Walaubagaimanapun, tujuan

dakwah ini tidak mungkin tercapai tanpa adanya suatu bentuk kawalan dan

pengurusan manusia yang betul. Oleh itu, pembinaan negara Islam amat penting

untuk mewujudkan satu sistem kawalan dan pengurusan manusia. Dengan kata

lain kuasa politik yang dimiliki dapat digunakan oleh ketua pemerintah untuk

mengawal manusia secara adil, saksama, dan sesuai dengan keperluan manusia.108

Manakala Basri Bin Ibrahim109

mengatakan bahawa perjuangan melalui

kuasa politik merupakan titik tolak kepada umat Islam untuk menggunakan

kekuatan ilmu dan minda di dalam menghadapi penjajahan.110

Ini kerana jihad

terbahagi kepada dua iaitu jihad bi al-Sayf dan jihad madani. Adapun jihad bi al-

Sayf adalah jihad menentang musuh dengan mata pedang, manakala jihad madani

pula adalah jihad dengan menggunakan tenaga dan pemikiran. Justeru, kuasa

politik merupakan satu cara melakukan amar ma‘ruf dan nahi munkar di mana

ianya mampu memperbetulkan penyelewengan, permusuhan, permasalahan dan

107 Ab. Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Di Malaysia, 67. 108 Ibid. 109 Basri Bin Ibrahim juga antara tokoh Islam yang mengatakan bahawa Islam dan politik tidak boleh

dipisahkan kerana politik itu sendiri sebahagian daripada Islam sebagaimana ibadat, akidah, ekonomi,

jenayah dan lain-lain. Menolak politik bererti menolak sebahagian daripada ajaran Islam sekali gus akan

mencacatkan kedudukan Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul. Beliau juga menegaskan bahawa

tindakan memisahkan agama dan politik bukan sahaja satu perbuatan yang haram dan berdosa, malah

pelakunya boleh terjebak ke lembah kekufuran. Sila lihat Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Isu-Isu

Fiqh Semasa Halal Dan Haram : Ilmu, Akidah, Syariah Dan Akhlak (Selangor : Al-Hidayah Publication, 2009), 2:247-248. 110 Ibid., 2:305.

Page 47: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

78

penindasan sama ada di kalangan masyarakat mahupun di kalangan para

pemerintah tanpa sebarang pertumpahan darah.111

Basri Bin Ibrahim menjelaskan lagi bahawa membina sebuah negara

Islam sangat penting bagi mewujudkan penguasaan Islam dalam pemerintahan

dan kuasa politik. Kuasa yang dimiliki sangat penting untuk memastikan

kewajipan jihad dapat dilaksanakan bagi menjaga dakwah Islam dan bumi Islam

serta menyebarkan risalah Islam ke seluruh alam. Sebuah negara Islam akan dapat

menjaga dan memantapkan akidah Islam serta menghapuskan fitnah dan segala

yang memburukkan dan memudaratkan sinaran cahayanya. Syiar dan ibadah

Islam dapat ditegakkan tanpa sebarang halangan. Adab dan akhlak Islam terus

disemai dalam masyarakat serta undang-undang berlandaskan Islam dapat

dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan.112

Pemerintahan Islam juga perlu mengaplikasikan kuasa yang dimiliki

untuk menunaikan tanggungjawab terhadap rakyatnya untuk mengembalikan

masyarakat kepada pangkuan Islam dan hakikat agama yang datang daripada

Allah S.W.T. Bersaksi hanya Allah sebagai Tuhan sekalian alam dan Muhammad

S.A.W adalah RasulNya. Menghapuskan segala pemikiran dan pengaruh serta

semangat perkauman (asabiah) yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan

menghalakannya kepada kiblat yang satu. Masyarakat Islam dibina berasaskan

kepada iman dan taqwa kepada Allah S.W.T.113

Beliau juga mengatakan bahawa adalah tidak wajar sama sekali orang

yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam secara

menyeluruh pada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara, dikatakan

111 Ibid., 2:247. 112 Ibid., 2:244-246. 113 Ibid., 2:244.

Page 48: BAB DUA KONSEP DAKWAH MELALUI POLITIK DALAM ISLAM 2.1

79

mempolitikkan agama dan mengagamakan politik. Begitu juga dengan orang yang

berjuang agar hukum-hukum Islam dilaksanakan dalam pentadbiran dan

perundangan negara, juga tidak boleh dikatakan sebagai golongan yang cuba

mempolitikkan agama dan mengagamakan politik. Ini kerana setiap orang Islam

sememangnya disuruh dan diperintahkan supaya melaksanakan ajaran Islam di

dalam kehidupannya.114

2.5 KESIMPULAN

Politik bukanlah suatu perkara yang baru dalam Islam. Bahkan politik dan Islam

merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Politik dalam Islam sangat penting

dalam usaha untuk mengurus, mentadbir dan memimpin manusia untuk menuju kepada

kehidupan yang diredai Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, politik Islam juga

berperanan sebagai wasilah dakwah. Hakikat ini bukanlah sebagai suatu perkara yang

baru bagi umat Islam, bahkan pendapat yang mengatakan dakwah dan politik sebagai

dua perkara yang berasingan hanyalah akan merugikan umat Islam itu sendiri. Malah

pendapat tersebut juga dilihat seolah-olah menafikan pembabitan Rasulullah S.A.W

dalam berpolitik sebagai ketua pemerintah kerajaan Islam di Madinah. Pada masa yang

sama juga kebangkitan para ulama dan tokoh Islam dalam melontarkan hujah dan

memberi amaran yang keras kepada golongan yang berfikiran sekularisme dan

liberalisme, sekali gus telah menafikan dan menolak pendapat yang memisahkan agama

dan politik amnya serta dakwah dan politik khususnya.

114 Ibid., 2:248.