39
ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Bab ini telah membincangkan tentang hasil dapatan kajian yang diperoleh.Kajian yang telah dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi Litar Asas hidraulik di Kolej Vokasional Kuantan,Pahang. Sebanyak 30 set soalan ujian pra dan 30 set soalan ujian pos telah diedarkan kepada 30 orang pelajar yang mengikuti program Teknologi Elektronik bagi semester 3 di dalam bengkel Elektronik di Kolej Vokasional Kuantan.Data yang dikumpulkan dari kajian ini telah dianalisis berdasarkan persoalan kajian yang dinyatakan dalam Bab 1. Penyelidik telah mengedarkan sebanyak 30 soal selidik untuk dilengkapkan oleh pelajar.Soal selidik tersebut akan dikutip semula untuk dianalisis mengikut hasil min dan kekerapan daripada maklum balas daripada responden. Jadual 4.1 di bawah menunjukkan beberapa takrifan bagi nilai-nilai tipikal . Skala yang digunakan

BAB 4 & BAB 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

upsi

Citation preview

ANALISIS DATA4.1Pengenalan

Bab ini telah membincangkan tentang hasil dapatan kajian yang diperoleh.Kajian yang telah dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi Litar Asas hidraulik di Kolej Vokasional Kuantan,Pahang. Sebanyak 30 set soalan ujian pra dan 30 set soalan ujian pos telah diedarkan kepada 30 orang pelajar yang mengikuti program Teknologi Elektronik bagi semester 3 di dalam bengkel Elektronik di Kolej Vokasional Kuantan.Data yang dikumpulkan dari kajian ini telah dianalisis berdasarkan persoalan kajian yang dinyatakan dalam Bab 1.Penyelidik telah mengedarkan sebanyak 30 soal selidik untuk dilengkapkan oleh pelajar.Soal selidik tersebut akan dikutip semula untuk dianalisis mengikut hasil min dan kekerapan daripada maklum balas daripada responden. Jadual 4.1 di bawah menunjukkan beberapa takrifan bagi nilai-nilai tipikal . Skala yang digunakan didalam soal selidik ini adalah skala likert di mana pelajar dikendaki menjawab mengikut skala yang diberi iaitu :Jadual 4.1: Takrifan Bagi Nilai Tipikal di Dalam Taburan Data

PERKARATAKRIFAN

Min / PurataJumlah semua nilai dalam set data dibahagi dengan bilangan nilai / angka

MedianNilai yang berada di tengah ( Peratusan ke 50 )

ModNilai yang paling kerap

Frekuensi / KekerapanRingkasan data bagi sesuatu pembolehubah secara individu

Data yang diperolehi dianalisis secara terperinci mengikut enam bahagian penting iaitu bahagian A,B,C,D,E,dan F.Bahagian A merupakan analisis dan perbincangan berkaitan latar belakang responden yang berkaitan dengan jantina,kelas dan kemudahan computer yang dimiliki oleh pelajar.Bahagian B pula merupakan analisis dan perbincangan berkaitan dengan tahap penerimaan responden terhadap penyampaian modul.Bahagian C merupakan analisis terhadap persepsi responden terhadap komponen isi kandungan modul.Bahagian D dan E merupakan analisis dan perbincangan terhadap kepuasan dan keyakinan responden terhadap penggunaan modul.Manakala bahagian F merupakan analisis dan perbincangan terhadap penerimaan responden terhadap rekabentuk modul.Jadual 4.2 menunjukkan ringkasan bagi setiap taburan data yang telah dianalisiss.Jadual 4.2 : Perincian Analisis Data

PERKARAANALISIS

Bahagian ALatar belakang responden yang berkaitan dengan jantina,minat terhadap komputer dan kemudahan komputer

Bahagian BTahap penerimaan responden terhadap penyampaian modul

Bahagian CPersepsi responden terhadap komponen isi kandungan modul

Bahagian DKepuasan responden terhadap penggunaan modul

Bahagian EKeyakinan responden terhadap penggunaan modul

Bahagian FPenerimaan responden terhadap rekabentuk modul

4.1Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Dalam penganalisian soalan pra dan soalan pos data skor mentah yang diperoleh dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf berdasarkan kepada gred markah seperti dalam Jadual 4.3.Gred pemarkahan ini diperolehi dari gred pemarkahan Unit Penilaian dan Peperiksaan Kolej Vokasional,Kuantan.

Jadual 4.3GredPencapaianMarkah

ASangat Baik80-100

BBaik70-79

CSederhana50-69

DLemah40-49

ESangat Lemah0-39

Seterusnya Jadual 4.4. merupakan perbandingan keputusan peratusan yang diperolehi oleh kumpulan pelajar yang melaksanakan ujian pra dan ujian pos iaitu seramai 30 orang.Didapati daripada keputusan kedua-dua ujian tersebut min diperolehi oleh kumpulan pelajar adalah 21.95% dan ujian pos 63.48%.

Jadual 4.4 : Peratus perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos pelajarBil PelajarMarkah Ujian Pra ( % )Markah Ujian Po ( % )

1AHMAD2272

2AZRUL1650

3ARASH1055

4HADI2860

5SAIFUDIN2052

6AIZUDIN3058

7SYAWAL1240

8AMIRA2560

9BALQIS2260

10ZULAIQA2860

11TANTY2672

12HARIZ4190

13ANUAR3482

14IRFAN2570

15NAFIS3872

16RUSHDAN5082

17NAZMI2358

18NAZRUL2854

19SAFWAN3072

20SABRINA2558

21RAMLAH2868

22SYAZWAN1676

23SHAFIQ4070

24KUSNIN2872

25AMIN2468

26AIDIL1676

27AIMAN4068

28DAMIA2866

29SYIFA2464

30ZAHRA2462

Rajah 1 : Peratus Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Rajah 2:Perbandingan Min Responden bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

Rajah 2 menunjukkan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan kepada 30 orang pelajar yang mengikuti program Teknologi Elektronik bagi semester 3.Ujian pra ini dibuat sebelum ujikaji ini dilaksanakan di mana guru menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel.Bagi ujian pos pula telah dilaksanakan setelah guru membanggunkan modul pengajaran menggunakan Microsoft Powerpoint dan menggunakan modul tersebut bagi topic Litar Asas Hidraulik dalam proses pengajaran dan pengajaran di bengkel elektronik.

Min ujian pra yang diperolehi ialah 26.76% dan min ujian pos ialah 61.52%.Dari keputusan yang telah diperolehi terdapat berbezaan yang sangat ketara di antara kedua-dua ujian tersebut di mana pengajaran tradisional digunakan bagi ujian pra dan pengajaran berbantukan computer digunakan bagi ujian pos.Peningkatan berlaku dalam ujian pos bagi pelajar terbabit yang menunjukkan perbezaan sebanyak 34.76%.Sememangnya keputusan ini adalah sesuatu yang amat baik kerana ujian pos dijalankan setelah pelajar diajar dengan menggunakan modul pengajaran yang menggunakan Perisian Microsoft Powerpoint.

4.2Keputusan Hasil Soal Selidik

4.2 a) Bahagian A Latar belakang Responden i- Jantina Jadual 4.5 dan Rajah 3 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina yang telah menjawab soala selidik untuk kajian ini.Seramai 12 orang responden iaitu 40% terdiri daripada reeponden perempuan.Manakala 18 orang responden iaitu 60% adalah responden lelaki yang mencatat jumlah yang tertinggi. Jadual 4.5 : Taburan Responden dan Mengikut Jantina

BilPeratus

Lelaki1860%

Perempuan1240%

Jumlah30100%

Rajah 3 : Taburan Data Responden Berdasarkan Jantina

ii- Minat Responden Terhadap Komputer

Jadual 4.4 dan Rajah 4.3 menunjukkan bilangan responden yang mempunyai minat terhadap computer atau pun bidang yang berkaitan computer.Seramai 28 orang responden iaitu 90% responden berminat tentang computer atau perkara yang berkaitan dengan computer..Manakala hanya 2 orang responden iaitu 10% adalah responden yang tidak berminat terhadap computer.

Jadual 4.6 : Taburan Responden dan Mengikut Jantina

BilMinat

Ya2893 %

Tidak27 %

Jumlah30100%

Rajah 4 : Taburan Data Responden Berdasarkan Minat

iii- Kemudahan KomputerJadual 4.4 dan Rajah 4.3 menunjukkan bilangan responden yang mempunyai minat terhadap computer atau pun bidang yang berkaitan computer.Seramai 28 orang responden iaitu 90% responden berminat tentang computer atau perkara yang berkaitan dengan computer..Manakala hanya 2 orang responden iaitu 10% adalah responden yang tidak berminat terhadap komputer.Jadual 4.7 : Taburan Responden dan Mengikut Jantina

BilMinat

Ya2377 %

Tidak723 %

Jumlah30100%

Rajah 5 : Taburan Data Responden Berdasarkan Kemudahan Komputer

Bahagian B Analisa dan PerbincanganBahagian ini merangkumi beberapa soalan dengan analisa penerimaan terhadap penyampaian modul menggunakan perisisan Microosoft Powerpoint sebagai media pembelajaran .Jadual 4.7 di bawah menunjukkan taburan data bagi jawapan-jawapan pelajar semasa guru menggunakan modul yang telah dibangunkan berkaitan topic Litar Asas Hidraulik.

Analisis menunjukkan min tertinggi iaitu 4.6 dicatatkan pada soalan nombor 1 manakala soalan nombor 26 mencatat nilai yang terendah iaitu 4.03.Hasil daripada analisa yang telah dijalankan 73.3% responden sangat setuju persembahan modul yang digunakan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint menarik minat pelajar bagi mempelajari tajuk Litar asas Hidraulik.17% pelajar setuju,7% pelajar tidak pasti dan hanya 2.7% pelajar tidak bersetuju dan merasakan penyampaian modul adalah tidak menarik. Setelah analisis dijalankan didapati seramai 16 orang responden yakni 53.3% pelajar sangat bersetuju bahawa dengan menggunakan modul menggunakan perisian Microsoft Powerpoint bagi tajuk Litar Asas Hidraulik ini menjadikan pelajar lebih bermotivasi bagi menggunakan modul tersebut dalam pembelajaran mereka dan menjadikan mereka lebih bersemangat mempelajari tajuk tersebut.Seramai 13 orang responden iaitu 43.4% juga setuju manakala hanya 1 orang responden iaitu 3.3% tidak pasti bahawa modul pembelajaran ini dapat meningkatkan motivasi mereka.

Sebagai kesimpulannya,hasil analisis yang dilakukan bagi tahap penerimaan terhadap penyampaian modul menunjukkan sebahagian besar responden menunjukkan perkembangan yang baik dan penerimaan dari sudut yang amat positif bagi penyampaian modul bagi tajuk Litar Asas Hidraulik tersebut berdasarkan Rajah 4 di bawah.Jadual 4.8: Tahap penerimaan terhadap penyampaian modulNo. soalan Item SoalanSkala LikertMin

TS

1S

2P

3S

4SS

5

1Saya tertarik dengan persembahan modul multimedia ini.12.7%27%517%2273.3%4.6

9Saya tidak bosan menggunakan modul multimedia ini.26.3%310%57%206.7%4.43

14Pembelajaran menggunakan modul multimedia ini tidak membuang masa26.3%310%86.7%87%4.37

19Jika dibandingkan dengan cara lain yang telah saya gunakan untuk belajar, saya dapati modul multimedia ini lebih berkesan.26.3%33%1550.7%%4.3

21Modul multimedia ini adalah bahan bantu pembelajaran yang baik.13.3%20%176.7%4.33

29Saya bermotivasi untuk menggunakan modul multimedia ini dalam proses pembelajaran saya.13.3%33.4%

163.3%4.03

Rajah 6: Min bagi tahap penerimaan terhadap penyampaian modulBahagian C Analisa dan PerbincanganBahagian ini merangkumi beberapa soalan dengan analisa komponen isi kandungan Microsoft Powerpoint sebagai media pembelajaran .Jadual 4.8 di bawah menunjukkan taburan data bagi jawapan-jawapan responden terhadap komponen isi kandungan yang digunakan dalam tajuk Litar Asas Hidraulik menepati dari sudut mudah difahami,isi kandungan yang jelas,tersusun dan topic ke sub topic adalah berkait antara satu sama lain. Analisa menunjukkan min terendah dicatatkan pada soalan nombor 10 manakala soalan nombor 15 mencatat nilai min yang tertinggi iaitu 4.27.Hasil daripada analisis yang telah dijalankan,53.3% responden yakni pelajar seramai 16 orang sangat setuju bahawa susunan isi kandungan pelajaran dalam modul multimedia yang menggunakan Perisian Microsoft Powerpoint ini adalah tersusun dan memudahkan isi pembelajaran disampaikan.10 orang responden setuju,2 responden tidak pasti dan2 responden tidak setuju.Hanya segelintir sahaja responden tidak setuju kerana masih tidak dapat memahami setiap isi yang disampaikan menggunakan modul yang digunakan. Bagi soalan nombor 10 telah mencatat nilai min yang terendah iaitu 3.96 di mana hanya 33.4% sangat setuju perkaitan antara contoh dengan isi kandungan yang diberikan adalah jelas dan 50% setuju kerana responden dapat mengaitkan setiap isi pelajaran bagi tajuk Litar Asas Hidraulik dengan baik.Manakala 6.6% tidak pasti dan 10% responden juga tidak setuju perkaitan antara contoh dengan isi kandungan yang diberikan adalah jelas.Rajah 5 menunjukkan min bagi soalan berkaitan komponen isi kandungan.Sebagai kesimpulannya,hasil analisis yang dilakukan berdasarkan Rajah 5 telah menunjukkan sebilangan besar responden memahami isi kandungan dalam modul yang telah digunakan.Jadual 4.9: Komponen isi kandunganNo. soalan Item SoalanSkala LikertMin

STS

1TS

2TP

3S

4SS

5

2Isi kandungan dalam modul multimedia ini mudah difahami.13.3%13.3%1860%1033.4%4.23

10Perkaitan antara contoh dengan isi kandungan yang diberikan adalah jelas.310%26.6%1550%1033.4%3.96

15Susunan isi kandungan pelajaran dalam modul multimedia ini adalah tersusun.26.6%26.6%1050%1653.3%4.27

20Dengan menggunakan modul multimedia ini, saya tidak keliru dalam memahami sub topik di dalam tajuk ini.13.3%413.4%1240%1343.3%4.23

22Penggunaan gabungan animasi, grafik, teks dan warna menjadikan isi kandungan topik mudah difahami26.6%

2066.7%826.7%4.2

27Persembahan dari topik ke sub topik adalah berkait antara satu sama lain.13.3%310%1550%1136.7%4.2

Rajah 7: Min bagi komponen isi kandungan

Bahagian D Analisa dan PerbincanganBahagian ini merangkumi beberapa soalan dan analisa terhadap kepuasan menggunakan modul. Jadual 4.9 menunjukkan taburan data yang telah diperolehi berkaitan kepuasan menggunakan modul pembelajaran.Hasil daripada soal selidik dan analisis yang telah dibuat menunjukkan min yang tertinggi dicatatkan pada soalan nombor 23 manakala soalan nombor 16 mencatat nilai min yang terendah iaitu 3.96.Bagi soalan nombor 16,hasil daripada analisis yang telah dijalankan menunjukkan 40% responden sangat setuju iaitu 12 orang pelajar dan 40% responden setuju bahawa modul multimedia ini sesuai digunakan untuk pelajar mengulangkaji pelajaran.Manakala 13.7% responden tidak pasti dan 6.3% tidak setuju . Setelah analisis dijalankan bagi nilai min yang tertinggi iaitu 4.76 bagi soalan nombor 23 didapati seramai 12orang responden iaitu 40% sangat setuju dan 15orang responden iaitu 50% setuju bahawa kepuasan menggunakan modul multimedia menggunakan Perisian Microsoft Powerpoint adalah tinggi kerana persembahan modul multimedia tersebut telah mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Sebanyak 2 orang responden iaitu 6.7% tidak pasti dan 1 orang responden iaitu 3.3% tidak setuju berkaitan kepuasan penggunaan modul.

Rajah 9 menunjukkan min terhadap kepuasan responden menggunakan modul yang telah dibangunkan.Hasil analisis menyeluruh bagi bahagian ini menunjukkan bahawa hampir keseluruhan responden bersetuju kepuasan menggunakan modul kerana proses pengajaran dan pembelajaran mampu melibatkan guru dan pelajar berinteraaksi secara positif kerana pelajar boleh terus bertanya kepada guru seterusnya mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan di dalam kelas.Jadual 4.10: Kepuasan Menggunakan ModulNo. soalan Item SoalanSkala LikertMin

STS

1TS

2TP

3S

4SS

5

3Persembahan modul multimedia ini memberi kepuasan untuk saya mempelajari topik ini.310%310%1446.7%1033.3%4.03

6Modul multimedia ini dapat meningkatkan mutu pembelajaran saya.13.3%13.3%1550%1343.4%4.33

111Saya berpuas hati dengan apa yang saya pelajari dalam modul multimedia ini.26.7%413.3%1653.3%826.7%4.0

116Modul multimedia ini sesuai digunakan untuk pelajar mengulangkaji pelajaran.26.7%413.3%1240%1240%3.97

223Persembahan modul multimedia mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan.13.3%26.7%1550%1240%4.76

228Persembahan dalam modul multimedia ini menepati citarasa saya.26.7%26.7%1033.3%1653.6%4.33

Rajah 8 : Min bagi kepuasan Menggunakan Modul

Bahagian E Analisa dan PerbincanganBahagian ini merangkumi beberapa soalan yang berkaitan analisa dan perbincangan terhadap keyakinan menggunakan modul pembelajaran.Jadual 4.10 di bawah menunjukkan taburan data bagi jawapan-jawapan responden terhadap keyakinan menggunakan modul.

Analisa menunjukkan min tertinggi dicatatkan pada soalan nombor 7 iaitu 4.37.Hasil daripada analisis yang dijalankan,56.7% responden yakni 17 orang pelajar sangat setuju dan 26.7% pelajar yakni 8 orang setuju bahawa mereka tidak memerlukan pertolongan orang lain semasa menggunakan modul multimedia ini kerana mudah dikendalikan dan senang difahami.Sebaliknya hanya 13.3% tidak pasti dan 3.3% responden iaitu 1 orang pelajar tidak setuju dengan kenyataan diberikan.Berdasarkan analisis yang dijalankan didapati 40% responden iaitu 12orang pelajar sangat setuju bahawa dengan menggunakan modul penggajaran menngunakan perisian Microsoft Powerpoint mereka menjadi lebih yakin untuk berkongsi isi pelajaran dengan rakan yang lain.Dari aspek keyakinan terhadap penggunaan modul untuk memahami sub topik yang seterusnya bagi Litar Asas Hidraulik seramai 17 orang yakni 41.5% responden bersetuju bahawa pembelajaran menggunakan modul multimedia ini memberikan keyakinan kepada mereka untuk memahami sub topic yang seterusnya.Sebagai kesimpulannya,hasil daripada analisis yang dilakukan terhadap keenam-enam soalan ini jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar dalam kalangan responden menggunakan modul multimedia menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan keyakinan bahawa penghasilan modul ini dapat mempertingkatkan lagi mutu pembelajaran sejajar dengan teknologi pada masa kini.Jadual 4.11 : Keyakinan Menggunakan ModulNo. soalan Item SoalanSkala LikertMin

STS

1TS

2P

3S4

SS

5

4Saya mudah memahami sesuatu perkataan yang terdapat dalam modul multimedia ini.1

3.3%4

13.3%10

33.4%15

50%4.3

7Saya tidak memerlukan pertolongan orang lain semasa menggunakan modul multimedia ini.1

3.3%4

13.3%8

26.7%17

56.7%4.37

112Saya tidak menghadapi sebarang masalah memahami sub topik di dalam modul multimedia ini.2

6.6%5

16.7%13

43.7%10

33.4%4.03

117Saya dapat belajar mengikut kadar kebolehan saya1

3.3%1

3.3%19

63.4%9

30%4.2

224Dengan menggunakan modul multimedia ini, saya yakin untuk berkongsi isi pelajaran dengan rakan-rakan yang lain.2

6.7%4

13.3%16

53.3%8

26.7%4.0

229Saya yakin modul multimedia ini akan menjadikan pembelajaran saya lebih berkesan.4

13.3%4

13.3%10

33.3%12

40%4.0

Rajah 9: Min bagi keyakinan menggunakan modul

Bahagian F Analisa dan PerbincanganBahagian ini merangkumi beberapa soalan yang berkaitan analisa dan perbincangan penerimaan responden terhadap rekabentuk dan format modul.Jadual 5.1 di bawah menunjukkan taburan data bagi jawapan responden terhadap penyampaian modul. Analisis menunjukkan min terendah dicatatkan pada soalan nombor 18 manakala soalan nombor 25 mencatat nilai min yang tertinggi iaitu 4.53.Hasil daripada analisis yang telah dijalankan,50.8% responden yakni 17 orang pelajar setuju bahawa persembahan yang ditunjukkan dalam modul multimedia ini adalah unik dan mudah difahami membantu pemahaman saya dalam proses pembelajaran bagi tajuk Litar Asas Hidraulik.Sebaliknya hanya seorang pelajar yakni seramai 5% responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.Setelah dianalisis seramai 16 orang responden iaitu 55.4% bersetuju bahawa mutu arahan yang digunakan dalam modul multimedia ini adalah jelas berbanding hanya 1.5% iaitu 1 responden yang menyatakan sebaliknya. Berdasarkan analisis terhadap persepsi responden terhadap penyampaian modul pengajaran menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dapat disimpulkan bahawa penyampaian modul adalah sangat mempengaruhi kefahaman dan kelancaran proses pembelajaran pelajar terhadap satu-satu mata pelajaran.Hasil analisis ini adalah sejajar dengan kajian Abbas (2006), yakni pengkaji menyatakan bahawa bagi mencapai peningkatan mutu sesuatu proses pengajaran,perancangan yang sistematik dan penggunaan aplikasi secara bijak dan mahir merupakan permulaan pengajaran yang penting.Jadual 4.12 : Rekabentuk dan Format ModulNo. soalan Item SoalanSkala LikertMin

STS

1TS

2TP

3S

4SS

5

5Mutu arahan yang terdapat dalam modul multimedia ini adalah jelas.13.3%13.3%15

50%1343.3%4.33

8Saya bebas untuk memilih sub topik yang ingin dipelajari.4

13.3%2

6.6%8

26.7%16

53.3%4.13

13Mutu format (tulisan, warna tulisan dan warna latar belakang) adalah jelas.26.6%4

13.3%12

40%1240%4.13

18Gambar, grafik, audio dan animasi yang digunakan membuatkan saya lebih memahami isi pelajaran ini.3

10%2

6.7%15

50%10

33.3%4.07

25Persembahan yang ditunjukkan dalam modul multimedia ini unik dan mudah difahami membantu pemahaman saya dalam proses pembelajaran topik Reka Bentuk dan Penghasilan Projek.13.3%2

6.7%1136.7%16

53.3%4.53

30Penggunaan grafik, warna, kesan audio dan teks dalam modul multimedia ini membantu pemahaman saya terhadap topik.310%12

40%1550%4.4

Rajah10 : Min bagi rekabentuk dan format modul

4.3 PENUTUPSetelah menjalankan kajian dan membuat analisa terhadap permasalahan ini,penyelidik telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan modul pengajaran menggunakan perisian Microsoft Powerpoint bagi tajuk Litar Asas Hidraulik telah dapat meningkatkan prestasi pelajar di Kolej Vokasional Kuantan.Dari min soal selidik juga telah dapat dibuktikan terdapat kesan posotif terhadap minat pelajar dengan menggunakan perisian multimedia.

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1PengenalanBab ini membincangkan rumusan kajian secara menyeluruh berdasarkan kepada objektif dan ujian yang telah dijalankan oelh penyelidik.Kesimpulan kajian adalah berdasarkan dapatan dan hasil perbincanngan,objektif kajian,factor latar belakang responden,factor kemudahan dan minat yang timbul yang telah dikenal pasti.Penyelidik juga memberikan beberapa cadangan yang dianggap berguna dan relevan untuk dijadikan panduan dan sarana kepada pelbagai pihak yang berkaitan samada individu ataupun badan-badan tertentu.Kajian ini juga merupakan satu kajian yang akan memberi kesan yang berguna di masa akan datang khususnya kepada mata pelajaran Automasi Industri bagi tajuk Litar Asas Hidraulik.

5.2Implikasi Kajian

Implikasi kajian merupakan kesan yang dapat dikenal pasti daripada kajian yang telah dilaksanakan.Terdapat beberapa implikasi yang dapat difikirkan bersama untuk kebaikan pelajar iaitu :-

i) Guru seharusnya sedar walaupun pelajar ditempatkan dalam kelas yang sama tahap kecerdasan,namun tetap mempunyai penerimaan yang berbeza dalam pelajaran.Oleh yang demikian,guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menarik.

ii) Guru dicadangkan menggunakan perisian multimedia seperti Microsoft Powerpoint atau perisian lain sebagai alat bahan bantu mengajar sekirannya terdapat permasaalahan dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar.Keberkesanannya melalui hasil dapatan kajian telah dibancangkan dalam bab 4.

iii) Hasil dapatan ini diharapkan dapat membantu guru-guru elektronik yang mempunyai masalah berhubung dengan alat bantu yang sesuai untuk mengajar.

Semasa menjalankan kajian ini,penyelidik melalui beberapa kekangan kajian.Ujian pra dan pos dilaksanakan dalam masa terdekat disebabkan masalah masa yang diperuntukkan.Guru perlu menghabiskan sukatan kerana pelajar akan menghadapi penilaian amali dan penilaian teori bagi modul Automasi Industri.

5.2.1 Implikasi Teoritikal

Dapatan kajian ini telah menunjukkan beberapa implikasi terotikal yang sangat penting.Penggunaan modul multimedia memberikan impak yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun bengkel.Penggunaan modul ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan untuk mencapai objektif pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal melalui penelitian terhadap isi kandungan pengajaran menggunakan modul multimedia menggunakan Perisian Microsoft Powerpoint sebelum menjalankan proses pembelajaran.

Melalui kaedah ini,proses pengajaran dan pembelajaran akan didedahkan dengan gambaran yang lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar didedahkan dengan gambaran dan imej sebenar setiap komponen yang digunakan dalam Litar Asas Hidraulik dan mudah untuk difahami.Justeru itu pelajar tidak mudah berasa bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya pembelajaran dan simulasi yang dibuat dalam tajuk Litar Asas Hidraulik menggunakan perisisan Microsoft Powerpoint.

5.2.2 Implikasi Praktikal

Implikasi secara praktrikal yang diperolehi daripada kajian ini ialah dapat membina satu instrument bagi mengukur tahap kefahaman pelajar setelah mengaplikasikan modul Automasi Industri bagi tajuk Litar Asas Hidraulik di dalam bengkel menggunakan perisian Microsoft Powerpoint atau modul multimedia yang menjadi alat bahan bantu mengajar yang sangat berguna pada masa akan datang.

Kajian ini mendapati penggunaan modul multimedia yang dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint Berjaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif dan mewujudkan suasana yang menyeronokkan di dalam kelas.Melalui penggunaan modul multimedia ini juga dapat ditunjukkan simulasi berkaitan litar yang memudahkan pelajar memahami proses dalam tajuk Litar Asas Hidraulik yang melibatkan beberapa komponen penting mengikut sukatan pelajaran dan guru dapat menerangkan perincian berkaitan litar dengan lebih jelas.

Selain itu,penggunaan modul multimedia ini telah memberi peluang dan inisatif kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian dengan tahap penerimaan dan kemampuan pelajar di dalam bilik darjah.Di samping itu,guru juga dapat menambah pengetahuan mengenai system ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.5.3Cadangan Penggunaan perisian multimedia sebagai modul pengajaran adalah amat berkurangan. Berdasarkan analisis data serta perbincangan terhadap dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukakan oleh peyelidik.Diharapkan hasil dari kajian ini dapat membantu guru membangunkan bahan bantu mengajar menggunakan Perisian Microsoft Powerpoint kerana ianya dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar walaupun tidak menyeluruh.Terdapat juga kekurangan yang perlu diperbaiki pada masa hadapan terutamanya dari segi penyediaan modil pembelajaran dengan lebih terperinci.Penggunaaan perisisan perlu diperluaskan agar pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas.

Para guru haruslah membuat lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan bantu pembelajaran berbantukan multimedia atau komputer.Guru tidak perlu hanya mengharapkan kepada peralatan bengkel yang tidak mencukupi dan berusaha menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat berjalan seperti yang telah dirancangkan mengikut takwim persekolahan.Guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat bantu mengajar yang berlainan terutamanaya komputer yang telah banyak membantu dalam tugasan harian.Perisian multimedia seperti Macromedia Director,Microsoft Powerpoint dan sebagainya turut dapat membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang.

Guru perlu didedahkan kepada idea baru dan peluang dalam kerjaya profesion perguruan seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek.Pihak sekolah atau kolej juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam profesion keguruan.

Prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru-guru.Masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari.Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang bestari dalam menekankan tiga unsur penting iaitu self access, self faced, dan self directed.Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran.

5.4Kesimpulan Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi multimedia di bidang pendidikan telah lama dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu guru dan pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan seiringan dengan kemajuan sains dan teknologi (Matnor Daim,1997). Untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020 dalam bidang pendidikan, pelbagai kemajuan dari segi teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan berteraskan penggunaan bidang perkomputeran dan multimedia.

Kesan aplikasi prinsip kesebelahan dalam koswer multimedia telah banyak diperkenalkan kerana ianya memberikan kesan yang positif kepada pelajar khususnya dan amnya kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan multimedia pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan kerana banyak memberikan kebaikan dan impak yang besar kepada guru dan pelajar. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan pakar rujuk sekiranya terdapat pelajar yang kurang memahami sesuatu tentang pembelajarannya. Ini bermakna pembelajaran berpusatkan pelajar dan bukan lagi berpusatkan guru dilaksanakan. Dari segi kognitif pula, sebarang maklumat yang diperolehi daripada penggunaan koswer multimedia dapat distrukturkan semula, disusun, diolah, disimpan dalam mental sebagai ilmu untuk jangka masa yang pendek mahupun jangka masa yang panjang untuk kegunaan ketika itu mahupun akan datang.Penghasilan bahan multimedia dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam bidang teknikal.

RUJUKAN

Azizi Yahaya Et Al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala lumpur : Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.Abdul Rahman Abdul Majid (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: Pts Professional.

Chua, Yan Piaw (20060. Kaedah Penyedelidikan (Buku 1). Malaysia : Mcgraw Hill.

Khalid Johari (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Konsep Dan Prosedur. Petaling Jaya. Prentice Hall.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1994 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dr. Wan Azah Wan Ali,Dr. Ramlah Hamzah (2003).EDUH 3055: Prinsip Teknologi Pengajaran.Shah Alam.Malindo Printer.

Jamaludin Harun & Dr. Zaidatun Tasir ( 2003 ).Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.

Baharuddin Aris,Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Shariffudin (2001).Rekabentuk Perisian Multimedia.Muapakat Jaya Percitakan Sdn. Bhd.

Becker, H.J & Hativa, N.(1994).History,Theory and Research Concerining Integrated Learning System International Journal of Education Reasearch.

Kanagambal (1997).Kertas Projek KSPK : Keberkesanan PBK dalam matematik.Institut Perguruan Darulaman.Kedah.

Kulik J.A.,C.L. Kulik & R.L. Banggert-Drown.(1985).Effectiveness of computer based education in elementary school: Computer In Human Behavior.

Ismail Zain (2002).Aplikasi Multimedia dalam pengajaran.Kuala Lumpur.Sanon Printing Corporation Sdn. Bhd.

Mohd Majid Konting.(2000).Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Kidin Shahran.(2004).SBS1103 Penghantar Statistik.Kuala Lumpur.Univision Press Sdn. Bhd.

Neo Mai & Ken T.K.Neo.(1998).The Multimedia Pavilion : Trends and Technologies.Subang Jaya:Meway computer Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang.(1997).Pedagogi Sains 2:Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Rio Sumarni Shariffudin.(1997).Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan Komputer.Jurnal Pendidikan UTM.Jilid 3.Bil 1.April 1995:hal.1-5

Rozinah Jamaludin.(2003).Teknologi Pengajaran.Kuala Lumpur.Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd.

Steinmetz,R.& Nahrstedt,K.(1995).Multimedia Computing,Communications and Application in ill-Structured Domain Educational Tecnology.

Yusup Hashim (1997).Media Pengajaran untuk pendidikan dan latihan.Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

26

21

19

14

9

1

NO.

SOALAN

NO.

SOALAN

2

10

15

20

22

27

NO.

SOALAN

2

10

15

20

22

27

NO.

SOALAN

2

10

15

20

22

27

NO.

SOALAN

2

10

15

20

22

27

27

22

20

15

10

2

NO.

SOALAN

NO.

SOALAN

3

6

11

16

23

28

28

23

16

11

6

3

NO.

SOALAN

NO.

SOALAN

4

7

12

17

24

29

29

24

17

12

7

4

NO.

SOALAN

30

25

18

13

8

5

NO.

SOALAN