Bab 3 Disgrafia aeuaeu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aeu

Citation preview

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    1

    Bab 3

    BERMASALAH MENULIS ATAU

    DISGRAFIA

    3.1 Mukadimah

    3.2 Pentingnya Penulisan

    3.3 Apakah disgrafia?

    3.4 Tanda-Tanda Disgrafia

    3.5 Genggeman Pensel

    3.6 Cara Mengatasi Genggaman Pensel yang Tidak Efisyen

    3.7 Kajian Kes

    3.8 Membantu Kanak-Kanak Disgrafia

    HASIL PEMBELAJARAN

    a) Menjelaskan maksud disgrafia b) Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak disgrafia c) Membezakan antara cara-cara genggaman pensel d) Menerangkan langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah menulis

    Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal

    semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini

    kerana, penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan

    tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis pendekatan

    dan teknik dalam kemahiran menulis serta beberapa contoh bahan pengajaran yang berkaitan.

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    2

    Dalam Topik ini, kita membincang dengan mendalam mengenai disgrafia. Tumpuan ialah

    mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak disgrafia dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk

    membantu kanak-kanak digrafia.

    Ramai orang tidak memikirakan tentang

    kerumitan dan kesukaran proses penulisan.

    Semasa belajar menulis, kanak-kanak

    dikehendaki menggabungkan proses fizikal

    (menulis) dan proses kognitif (memperoleh idea)

    yang kompleks untuk menghasilan huruf,

    perkataan dan ayat yang surat. Pada peringkat

    yang lebih tinggi kanak dikehendaki

    menggunakan rangkaian kemahiran yang lebih sukar tidak hanya menulis dengan jelas dan

    secara logikal tetapi juga menggunakan peraturan tatabahasa dan sintaksis dengan betul.

    Kombinasi keperluan ini membuat kemahiran menulis suatu aktivti yang paling kompleks

    serta sukar.

    Ia mungkin menerangkan mengapa sesetengah orang dewasa telah memilih pekerjaan yang

    tidak banyak memerlukan kemahrian menulis. Kanak-kanak tidak mempunyai pilihan kerana

    sejak prasekolah mereka dikehendaki menulis setiap hari. Kadang-kala kanak-kanak lebih

    banyak menulis berbanding dengan membaca. Sejauh manakah ini benar di prasekolah anda?

    Apabila kanak-kanak ini masuk sekolah rendah, kegiatan menulis bertambah banyak kerana

    mereka dikehendaki menulis esei, menjawab soalan ujian yang memerlukan penulisan

    perenggan pendek, membuat kerja rumah dan sebagainya.

    Menurut Levine (1993), kanak-kanak pada

    peringkat umur taska dan tadika

    berpura-pura menulis

    mula sedar bahawa huruf boleh disusun untuk menjadikan perkataan

    mula menyusun huruf-huruf dan bentuk dalam satu barisan

    mula menulis huruf dan nombor.

    1.1

    Mukadimah 3.1

    1.1

    Pentingnya penulisan 3.2

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    3

    Seperti semua masalah pembelajaran, bermasalah menulis boleh menjejas pencapaian

    akademik serta harga diri kanak-kanak dan masa depan mereka. Sekolah memerlukan tahap

    kecekepan kemahiran menulis yang agak tinggi. Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran

    meluahkan pengetahuan dan perasaannya dalam penulisan mereka akan mendapati sukar

    menguasai ilmu dalam semua mata pelajaran.

    .

    Kemahiran menulis merupakan salah satu keupayaan atau kebolehan yang perlu dikuasai

    pada peringkat permulaan pembelajaran. Kecekapan menulis penting bagi setiap kanak-kanak

    kerana kegagalan berbuat demikian boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan

    pencapaian akademik. Malangnya, sekelompok kanak-kanak menghadapi masalah menulis

    atau disgrafia. Perkataan disgrafia dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris dysgraphia yang merupakan salah satu masalah pembelajaran yang mempengaruhi penulisan.

    Dysgraphia terdiri daripada dua perkataan Greek; iaitu dys yang bermaksud masalah dan graphia yang bermaksud tulisan tangan.

    Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran

    yang sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas,

    tidak betul dan sukar dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Ini

    adalah kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran

    memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah

    seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau

    menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan (contoh: Sabtu dan sabut),

    ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta menunjukkan ciri-ciri

    tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan membaca

    (Yusup Malie & Walter Alvin Jiniti, 2010).

    JENIS DISGRAFIA

    Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti iaitu:

    Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil penulisan spontan adalah sukar dibaca. Walau bagaimanapun, tulisan mereka boleh dibaca apabila menggunakan kaedah menyalin

    semula perkataan atau meniru perkataan. Kanak-kanak dalam kategori ini juga

    menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak semestinya mereka mengalami

    masalah membaca atau disleksia.

    Motor Dysgraphia didefinisikan sebagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan dari segi kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering menunjukkan tulisan yang

    tidak boleh dibaca walaupun ianya menulis menggunakan kaedah menyalin semula

    ayat.

    Spatial Dysgraphia merupakan kebolehan mengeja yang normal. Namun begitu, hasil tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada penulisan secara spontan atau menyalin

    semula (Deuel, 1995).

    1.1

    Apakah Disgrafia 3.3

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    4

    Disgrafia berpunca daripada masalah neurologikal yang menyekat proses penulisan. Kanak-

    kanak yang menghadapi disgrafia mendapati sukar menggengam pensel, sukar mengeja, tidak

    dapat menulis dengan baik, tidak dapat menyusuan perkataan dan nombor pada sesuatu

    garisan atas kertas. Mereka menghadapi masalah memproses apa yang didengar dan

    menyalinnya pada kertas (National Center for Learning Disabilties, What is dysgraphia?.

    2014).

    a) Mengapakah kemahiran menulis perlu dikuasai sejak awal? b) Apakah disgrafia? c) Nyatakan perbezaan di antara jenis-jensi disgrafia.

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    5

    Perlu ditegaskan bahawa, oleh kerana

    seroang kanak-kanak tidak menulis

    dengan tidak bermaksud dia

    mempunyai disgrafia. Oleh kerana

    disgrafia adalah masalah

    pemprosesan maklumat, masalah ini

    mungkin berterusan sepanjang hayat.

    Bagaimana pun, kerana penulisan

    ialah suatu proses, kanak-kanak sejak awal lagi boleh dibantu menulis dengan baik. Berikut

    ini ialah beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak disgrafia:

    Grafomotor (atau graphamotor dalam Bahasa Inggeris) Fungsi grafomotor ialah penggunaan sistem saraf-otot (neuromuscular) pada tangan dan jari dengan berkesan

    untuk mengerakkan pensel atau pen untuk menulis huruf dan perkataan pada kertas

    (lihat gambar disebelah). Kanak-kanak bermasalah grafomotor menghadapi sukar

    dengan fungsi ini lebih-lebih lagi sekiranya tugas itu berpanjangan. Masalah ini

    menyekat keupayaan kanak-kanak menulis sambil memikiran idea-idea yang ingin

    diluahkan. Tanda-tanda masalah grafomotor ialah:

    Genggaman pensel yang agak jangal Kesukaran membentuk huruf Mengambil masa yang lama untuk menulis huruf atau perkataan

    berbanding dengan kanak-kanak lain

    Perenggan yang ditulis pendek berbanding dengan kanak-kanak lain

    Tumpuan (attention) - Penulisan ialah suatu aktivit yang memerlukan banyak tenaga mental dan tumpuan atau konsentrasi pada suatu jangka masa yang panjang. Seorang

    penulis dikehendaki mengkaji semula dan memantau hujah-hujah apa yang

    disampaikan. Tanda-tanda masalah tumpuan ialah seperti berikut:

    o Kesukaran bermula menulis o Suka mengelak tugas-tugas yang melibatkan penulisan o Mudah terganggu semasa menulis o Keletihan mental atau mudah semasa menulis o Kejelasan penulis tidak konsistem o Banyak kesalahan cuai o Penulisan yang tidak terancang

    Susuanan (ordering) - Kanak-kanak kurang sedar tentang susunan huruf, perkataan atau ayat pada kertas. Tanda-tanda masalah penyusunan ialah:

    o Jarak antara huruf atau perkataan tidak konsisten o Tidak dapat menulis atas garisan o Susunan huruf yang salah o Susunan perkataan salah o Tidak dapat menulis antara dua jalur

    1.1

    Tanda-tanda Disgrafia 3.4

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    6

    o Salah ejaan banyak perkataan

    Ingatan (memory) - Ini merujuk kepada berapa cepat kanak-kanak dapat mengaitkan topik yang

    hendak ditulis dengan pengetahuan sedia ada

    mereka, kosa kata yang telah dipelajari (lihat gambar

    disebelah). Tanda-tanda masalah ingatan ialah:

    o Kosa kata yang lemah o Banyak salah ejaan o Kesilapan menanda huruf besar o Salah menggunakan tanda bacaan o Tatabahasa yang salahgr

    Bahasa (language) - Bahasa penting dalam penulisan. Kanak-kanak perlu mengesan bunyi huruf dan perkataan dan maksud, tatabahasa untuk membina serta

    menjelaskan idea-idea. Kanak-kanak yang bermasalah bahasa:

    o Menghadapai kesukaran mengaitkan bunyi perkataan, maksud dan ejaan. o Salah menggunakan bahasa kolokial atau bahasa slanga o Pembentukan ayat yang tidak betul o Kesukaran membaca balik atau menyebutkan apa yang telah ditulis o Meninggalkan perkataan atau tidak menghabiskan penulisan sesuatu o Perkataan

    a) Apakah fungsi grafomotor? b) Bagaimana kesukaran memberi tumpuan mempengaruhi disgrafia? c) Jelaskan kaitan di antara masalah ingatan, penyusunan dan bahasa

    dengan disgrafia.

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    7

    Murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan

    menunjukkan skor genggaman yang lebih rendah berbanding

    dengan murid-murid yang tiada masalah menulis (Schneck &

    Henderson 1990). Genggaman pensel semasa menulis penting

    untuk memastikan tulisan kanak-kanak adalah baik. Genggaman

    pensel melibatkan otot halus pada bahagian tangan dan jari.

    Terdapat pelbagai cara kanak-kanak memeganag pensel dengan

    cara yang tidak betul atau tidak efiysen dan akhibatnya mereka

    tidak dapat menulis dengan baik (Schneck dan Henderson, 1990).

    Lihat gambar disebelah yang menunjukkan cara memegang pensel yang panggil genggaman

    Supinate Tapak Tangan (atau dalam Bahasa Inggeris Fisted grip atau Palmar Supinate

    Grip). Ini terdapat di kalangan kanak-kanak berumur 1-2 tahun. Kanak-kanak memegang

    pensel seperti memegang pisau dan menconteng menggunakan seluruh lengan.

    Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara memegang

    pensel yang dipanggil genggaman Pronate digital (atau dalam

    Bahasa Inggeris Digital Pronate Grip).

    Lihat gambar disebelah kanan yang

    menunjukkan cara memegang pensel yang

    dipanggil genggaman Jejari Tapak Tangan

    (atau dalam Bahasa Inggeris Thumb Tuck

    Grip).

    1.1

    Genggaman Pensel 3.5

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    8

    Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara

    memegang pensel yang dipanggil genggaman

    Thumb Tuck (atau dalam Bahasa Inggeris Thumb

    Tuck Grip).

    Lihat gambar disebelah kanan yang

    menunjukkan cara memegang pensel yang

    panggil genggaman Lanjutan Jari.

    Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara memegang

    pensel yang dipanggil genggaman Thumb Wrap (atau dalam Bahasa

    Inggeris Thumb Wrap Grip).

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    9

    Genggaman Pensel yang Paling Efisyen

    Lim Chien Yin, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2012) dalam kajian

    bertajuk Genggaman Pensel Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran dalam Meningkatkan

    Kemahiran Menulis, merumuskan bahawa jenis-jenis genggaman tidak matang terdiri

    daripada genggaman jejari silang tapak tangan, genggaman supinate tapak tangan,

    genggaman dengan lanjutan jari, genggaman ibu jari silang, genggaman tripod statik,

    genggaman empat jari, genggaman thumb tuck, genggaman thumb wrap dan genggaman

    broken type. Jenis-jenis genggaman efisyen terdiri daripada genggaman tripod dan

    genggaman quadropod (h: 73).

    Lihat gambar di atas. Bagi genggaman tripod, ibu jari, jari petunjuk dan jari tengah

    digunakan untuk memegang pensel. Bagi genggaman quadropod, empat jari digunakan

    untuk menstabil pensel. Perhatikan kedudukan pensel pada jari cincin yang memberi

    sokongan tambahan.

    a) Bezakan di antara pelbagai cara genggeman pensel oleh kanak-kanak semasa menulis.

    b) Sejauh manakah cara-cara ini wujud dalam kanak-kanak yang anda mengajar?

    c) Manakah cara genggaman yang harus digalakkan dalam kalangan kanak-kanak yang anda mengajar?

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    10

    Jika kita memerhati cara kanak-kanak menggengam pensel, sudah tentu kita akan mendapat

    beberapa cara mereka memegang pensel semasa menulis. Adakah kita sebagai guru patut

    membetulkan cara kanak-kanak menggengam pensel? Sesetengah pakar berpendapat tidak

    terdapat hubung kaitan yang meyakinkan antara genggaman pensel dan penulisan tangan,

    maka tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Manakala sesetengah pakar mencadangkan

    intervensi awal wajib dilakukan oleh guru serta ibu bapa bagi membetulkan genggaman

    pensel yang tidak efisyen atau tiddak matang atau tidak efisyen. Apakah pandangan anda?

    Genggaman pensel adalah salah satu faktor ergonomik biomekanikal. Pendekatan

    biomekanikal adalah sebagai pendekatan tambahan dalam pemilihan pendekatan intervensi.

    Namun, pemahaman yang baik dalam faktor ergonomik membolehkan perancangan program

    intervensi yang lebih efisien seperti memupuk genggaman yang stabil. Contohnya, apabila

    seseorang menggenggam pensel secara tidak efisyen maka dia terpaksa menekan pensel

    dengan kuat dan ini mungkin menyebabkan keletihan yang berlebihan pada otot tangan.

    PENGGUNAAN ALAT BANTUAN TEKNOLOGI

    Penggunaan alat bantuan teknologi sebagai strategi intervensi kerana genggaman yang tidak

    berfungsi boleh dibangunkan dengan penggunaan alat adaptif seperti pemegang getah

    spesifik atau pensel segi tiga (McMurry, Drysdale & Jordan 2009). Lihat Gambar 7.1 yang

    menunjukkan beberapa alat genggaman plastik yang boleh digunakan untuk membantu

    murid menulis dengan tujuan membangunkan genggaman tripod semasa menulis (Watkins

    & Noble 2011).

    a) Sejauh manakah alat adaptif berkesan dalam membantu kanak-kanak menggunakan genggaman pensel yang lebih efisyen?

    b) Nyatakan cara-cara lain untuk membantu kanak-kanak mengamalkan genggaman pensel yang lebih efisyen.

    1.1

    Mengatasi Genggaman Pensel

    Tidak matang 3.6

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    11

    Gambar 7.1 Contoh-Contoh Alat Genggaman Plastik yang Digunakan Untuk Membantu

    Murid Mekanis Menulis

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    12

    Menurut Watkins & Noble (2011), alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh

    meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal.

    Begitu juga dengan pandangan Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010) yang

    mencadangkan guru untuk lebih berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis

    dan ahli terapi cara kerja untuk merancang program intervensi yang lebih berkesan (h:75).

    Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010) telah menjalankan kajian yang bertujuan

    membantu seorang murid disgrafia bernama Kamal. Pengkaji telah mengenal pasti ciri-ciri

    berikut bahawa:

    Bentuk huruf dan tulisan tidak konsisten

    Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih bercampur

    Saiz dan bentuk huruf tidak seragam

    Perkataan yang ditulis tidak lengkap

    Pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan(Contoh: Sabtu sabut; Ada daa)

    Tulisan banyak salah / terbalik / huruf hilang (Contoh: Paku pku)

    Sukar menulis dengan lurus pada kertas yang tidak bergaris barisan perkataan dan ayat yang ditulis adalah menurun dan menaik

    Perkataan-perkataan yang ditulis bersambung di antara satu sama lain, menyebabkan tulisan amatsukar dibaca

    Posisi badan yang tidak betul semasa menulis - Postur badan sangat bongkok semasa menulis dan kedudukan kepala sangat tertunduk dan rapat dengan buku / kertas

    Tahap keyakinan diri yang sangat rendah terutamanya apabila diminta menulis dikhalayak ramai

    Murid mengelak apabila diminta menulis dipapan putih

    Sangat lambat dalam menyiapkan kerja penulisan

    Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja penulisan yang diberi, meskipun dengan menggunakan kaedah menyalin semula ayat / perkataan

    Mudah penat apabila menulis

    Murid kelihatan sering berhenti menulis dan bercerita dengan rakan sekelas yang lain sebelum meneruskan semula kerja penulisan yang diberi

    Cara Kamal memegang pensel adalah normal dan menggunakan tangan kanan.

    Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.

    Intervensi Membantu Murid Disgrafia oleh Yusof Malie & Walter Alvin

    Jiniti (2010)

    1.1

    Kajian Kes 3.7

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    13

    INTERVENSI

    KAD HURUF - Kad huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada kaedah

    yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik. Kad huruf

    digunakan kerana murid akan dapat fokus lebih kepada huruf yang diambil dan dibina. Kamal

    diberikan kad huruf dan kemudian diminta menulis pada papan putih.

    JARAK HURUF TIDAK SERAGAM

    Menjarakkan setiap perkataan yang ditulis menggunakan pensel atau sebatang kayu kecil.

    Menyalin perkataan dalam kotak.

    Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar

    Menyambung titik huruf

    PENEGUHAN

    Peneguhan diberikan apabila kesalahan ejaan dikurangkan dan ayat dilengkapkan. Kamal

    didapati lebih berhati-hati dengan apa yang ditulis. Ganjaran yang diberi ialah bermain

    dengan komputer.

    MEMBACA SEBELUM MENYALIN PERKATAAN

    Kamal diminat amembaca dahulu sebelum menyalin ayat atau perkataan dengan jelas. Dia

    menyebut dengan jelas ayat atau perkataan dan menulisnya pada lembaran kerja. Ia memberi

    pemahaman tentang apa yang ditulis sama dengan apa yang disebut.

    CARA MEMEGANG PENSEL

    Kamal ditunjukkan cara memegang pensel yang betul dalam gambar dibawah ini. Pensel

    mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel

    dengan sebolehbolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel.

    TATACARA PENULISAN HURUF

    Kamal ditunjukkan tatacara penulisan huruf yang betul seperti ditunjukkan pada rajah

    dibawah ini. Rajah ini didedahkan dalam setiap pengajaran agar dia dapat menulis abjad

    dengan lebih cepat dan tepat.

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    14

    PENGGUNAAN GARISAN

    Penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan

    berterusan kepada murid agar koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan

    serta keseragaman penulisan tersebut.

    BUKU PETAK

    Untuk menyeragamkan huruf, galakkan murid menggunakan

    buku petak atau bergaris.

    a) Terangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Kamal dalam kajian Yusof Malie & Walter Alwin Jiniti.

    b) Apakah tindakan yang diambil oleh penyelidik untuk membantu Kamal mengatasai masalahnya?

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    15

    Kanak-kanak disgrafia kadang-kala sungguh kecewa dengan masalah yang dihadapi dan cuba

    mengelak terlibat dengan aktiviti yang memerlukan mereka menulis. Tulis mereka tidak cantik dan kerap-kali dicaci oleh murid lain. Guru pula menyalahkan kanak-kanak ini sebagai malas atau tidak tidak pandai. Bertambah pula di sesetengah tadika, guru tidak mengambil inisiatif untuk membantu kanak-kanak disgrafia. Mungkin mereka tidak

    mengetahui tentang masalah pembelajaran berkenaan atau tidak mengetahui apa yang mereka

    dapat lakukan. Berikut ini dibincangkan beberapa langkah yang boleh

    diambil oleh guru dan ibu bapa bagai membantu kanak-kanak disgrafia.

    Genggaman Pensel

    Jika pelajar mempunyai kesukaran menggenggam pensel, maka pensel

    yang berbeza hendaklah dicuba. Anda hendaklah menggalakkan

    genggaman pensel yang betul [seperti dibincangkan pada 7.6 dan 7.7

    lebih awal]. Juga penting ialah guru mempunyai postur yang betul serta

    berikan murid peluang menggunakan papan kekunci (keyboard) pada

    komputer.

    Memperkuatkan Tangan dan Jari

    Guru boleh lakukan yang berikut untuk kanak-kanak yang menghadapi kesukaran menulis:

    Bermain dengan plastisin untuk menguatkan otot tangan

    Melengkapkan huruf atau nombor dengan menyambung titik-titik

    Menggunakan kertas surih untuk menulis huruf atau perkataan

    Akomodasi

    Berikut ini ialah beberapa teknik akomodasi dan modifikasi guru boleh lakukan bagi

    membantu kanak-kanak disgrafia:

    Guru hendaklah sabar apabila kanak-kanak cuba membaiki tulisan mereka

    Gunakan kertas yang bergarisan atau kertas graf

    Kurangkan aktiviti menyalin huruf atau ayat

    Galakka penggunaan peta minda yang menyusun idea-idea yang hendak ditulis

    Memberi lebih banyak masa untuk menyiapkan kerja menulis

    Jangan mengkritik atau mempersenda kanak-kanak kerana tulisan mereka tidak kemas atau tidak jelas

    Galakkan latih tubi tangan apabila kanak-kanak merasa letih

    Pembelajaran perlu diselangi dengan rehat yang pendek

    Perincikan tugasan menulis kepada komponen-komponen kecil

    Galakkan Tulisan Kursif (atau bersambung) Sesetengah pakar mencadangkan kanak-kanak

    disgrafia diajar tulisan kursif atau bersambung (Lihat

    rajah di sebelah).

    1.1

    Membantu Kanak-Kanak Disgrafia 3.8

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    16

    Kesimpulan

    Adalah sangat pentig bagi para guru dan ibu bapa memberikan bantuan, sokongan dan

    rangsangan yang konsisten dan berterusan. Antaranya ialah mendengar suara hali dan

    perasaan kanak-kanak disgrafia, memberi penghargaan kepada setiap usaha yang ditunjukkan

    dan bukanya kepada hasil semata-mata, berhati-hati dengan perkataan yang dituturkan

    kepada mereka bagi mengelakkan kesan negatif, membantu merek membina matlamat

    peribadi untuk diri mereka sendiri, dan membantu mereka merasai kejayaan dalam bidang

    atau pun aspek tertentu dalam hidup mereka.

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    17

    Ramai orang tidak memikirakan tentang kerumitan dan kesukaran proses penulisan.

    Kanak-kanak pada peringkat umur taska dan tadika berpura-pura menulis dan mula sedar bahawa huruf boleh disusun untuk menjadikan perkataan

    Seperti semua masalah pembelajaran, bermasalah menulis boleh menjejas pencapaian akademik serta harga diri kanak-kanak dan masa depan mereka.

    Dysgraphia terdiri daripada dua perkataan Greek; iaitu dys yang bermaksud masalah dan graphia yang bermaksud tulisan tangan.

    Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat dan

    pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan.

    Penulisan ialah suatu aktivit yang memerlukan banyak tenaga mental dan tumpuan atau konsentrasi pada suatu jangka masa yang panjang.

    Alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal.

    Kanak-kanak disgrafia kadang-kala sungguh kecewa dengan masalah yang dihadapi dan cuba mengelak terlibat dengan aktiviti yang memerlukan mereka menulis.

    Genggaman pensel semasa menulis penting untuk memastikan tulisan kanak-kanak adalah baik. Genggaman pensel melibatkan otot halus pada bahagian tangan dan jari.

  • PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

    18

    Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of Child

    Neurology, 10, Supp.1, S6-S8.

    Friend, M. (2005). Special Education: Contemporary Perspectives for School Professionals.

    New York: Pearson Education Inc.

    Levine, M. (1993). Developmental Variation and Learning Disorder. Educators Publishing

    Service, Inc

    Meese, R (2001). Teaching Learners with Mild Disabilities: Integrating Research and

    Practice (2nd

    edition). California: Wadworths/Thomson.

    Reed, V.A. (1994). An Introduction Children with Disorders 2nd

    . ed. New York. McMillan

    College Publishing Company

    Rosenblum, S., Goldstand, S. & Parush, S. (2006). Relationships among biomechanical ergonomic

    factors, handwriting product quality, handwriting efficiency, and computerized handwritng process

    measures in children with and without handwriting difficulties. American Journal of Occupational

    Therapy, 60 (1): 28-39.

    Schneck, C. M. (1991). Comparison of pencil-grip patterns in first graders with good and poor writing

    skills. The American Journal of Occupational Therapy.: Official Publication of the American

    Occupational Therapy Association, 45 (8): 701-706.

    Schneck, C. M., & Henderson, A. (1990). Descriptive analysis of the developmental

    progression of grip position for pencil and crayon control in nondysfunctional children. The

    American Journal of Occupational Therapy.: Official Publication of the American

    Occupational Therapy Association, 44 (10): 893-900.

    National Center for Learning Disabilities, What is Dysgraphia? NLCD Editorial Team.

    http://nlcd.org. 2014.

    Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010). Disgrafia dan Cara Membantu: Kajian kes Ke Atas

    Murid Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, h:

    1-22.