55
06/08/22 BPME1013~Syahrina Abdullah~ MENGENALI CIRI- CIRI USAHAWAN

Bab 2 Mengenali Ciri Usahawan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ASAS KEUSAHAWANAN

Citation preview

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MENGENALI CIRI-CIRI USAHAWAN

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:

    Mengenal pasti mitos-mitos keusahawanan.Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penyertaan individu dalam bidang keusahawanan.Mengenal pasti ciri-ciri usahawan yang berjaya.Membezakan ciri-ciri usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan korporat.Mengaplikasikan profil usahawan berjaya di Malaysia dan di dunia dengan ciri-ciri usahawan yang dipelajari.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Usahawan adalah penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak mempunyai usahawan yang berjaya serta berdaya saing yang tinggi. Ini kerana usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang terbaik - usahawan merupakan individu paling dinamik dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan ketidaktentuan dalam usaha mereka untuk mengejar kejayaan. Pembudayaan nilai-nilai dan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki akan menjurus usahawan untuk menjadi lebih yakin serta lebih bersedia untuk merebut peluang serta berhadapan dengan cabaran.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Sejarah membuktikan usahawan membawa kemajuan ekonomi di setiap negara.Usahawan:Menggunakan sumber alam dengan sebaiknyaBerpandangan jauh dan dinamisIstimewa dan hebatCth: Negara Jepun mengkaji pembangunan negara Jepun w/p kekurangan sumber.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos adalah stereotaip berkaitan pemahaman masyarakat terhadap keusahawanan.

    Mitos 1: Usahawan adalah pelaksana bukan pemikirRealiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada pelaksanaan,tetapi mereka juga sering berfikir secara mendalam mengenai tindakan yang akan diambil. Mereka berfikir tentang alternatif lain sekiranya rancangan mereka tidak berjaya. Usahawan di era globalisasi jelas mempunyai daya fikiran dan penaakulan yang tinggi disamping melaksanakan segala perancangan yang telah diatur.usahawan sebenarnya seorang pemikir & dan membuat perancangan sblm melaksanakan tugasnya.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 2: Usahawan adalah dilahirkan bukan dibentukRealiti: Terdapat beberapa pandangan yang menyatakan bahawa usahawan adalah mereka yang dilahirkan dengan ciri-ciri semula jadi sebagai seorang usahawan seperti agresif, pandai merebut peluang, berinisiatif serta berani menghadapi risiko. Namun begitu, pada masa kini penyelidikan dan pengiktirafan terhadap bidang keusahawanan berjaya membuktikan bahawa usahawan dapat dibentuk melalui proses pembelajaran dan latihan berdasarkan modul yang teratur. Kini, pembangunan usahawan tidak tertumpu kepada golongan dan ras tertentu sahaja.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 3: Usahawan biasanya seorang pencipta Realiti: Usahawan tidak semestinya pencipta, tetapi menambahbaik produk, kreativiti dll.Kebanyakan usahawan yang berjaya mempunyai pemikiran yang kreatif dalam membangunkan perniagaannya. Sebagai contoh, Ray Kroc pengasas kepada McDonalds mempunyai idea yang kreatif yang menjadikan perniagaannya berjaya dipasarkan ke seluruh dunia.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 4: Usahawan adalah golongan yg tercicir dlm akademik & masyarakatRealiti: majoriti individu yang menyertai bidang keusahawanan dan berjaya menjadi usahawan adalah mereka yang berjaya dalam bidang akademik dan berjaya juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Ramai golongan dan ahli profesional menceburi bidang keusahawanan atas kesedaran untuk membangunkan ekonomi dan membantu masyarakat.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 5: Usahawan mesti memiliki ciri/profil tertentuRealiti: Tidak semestinya memiliki ciri-ciri dan profil tertentu. Terdapat kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tertentu yang dapat memupuk dan melatih seseorang bagi menghadapi cabaran sebagai seorang usahawan

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wangRealiti: Bagi sesebuah perniagaan, wang adalah penting untuk kesinambungan perniagaan. Sebenarnya, usahawan memerlukan wang sebagai satu sumber penerusan perniagaan bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Usahawan pada masa kini sedar akan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan adalah nasib Realiti: usahawan tidak semestinya memerlukan nasib baik, tetapi nasib dalah kebetulan. Usahawan tidak bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi usahawan akan menerima nasib yang baik apabila membuat perancangan yang baik dan teliti.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 8: Kejahilan adalah kelebihan usahawan Realiti: dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan penuh dengan cabaran, usahawan memerlukan pengetahuan yang mantap dan kukuh terhadap kekuatan dan kelemahannya. Perancangan jadual kerja dan pembentukan strategi adalah kunci kejayaaan bagi seseorang usahawan.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 9: Usahawan mengalami kadar kegagalan yg tinggi Realiti: Memang benar ramai usahawan pernah menempuh kegagalan sebelum mencapai kejayaan, tetapi kegagalan yang dihadapi oleh mereka ini tidak membuktikan mereka akan gagal buat selama-lamanya. Kegagalan yang dihadapi akan mengajar dan mematangkan usahawan dalam bidang keusahawanan. Selain itu, kegagalan juga dapat membentuk usahawan supaya lebih berhati-hati dan lebih gigih berusaha ke arah kejayaan.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANANMitos 10: Usahawan ibarat penjudi yg mengambil risiko Realiti: usahawan mengambil risiko yg telah dikira & membuat persediaan. Usahawan yang bijak akan berhadapan dengan risiko yang telah dikira dan diperhitungkan bagi membolehkan beliau menangani setiap kemungkinan yang bakal dihadapinya. Selain itu, usahawan juga perlu mencari maklumat dan menggunakan saluran yang betul untuk mengurangkan risiko yang bakal dihadapi.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Minat dan Kepuasan DiriTeori Keperluan Maslow, kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan. Kejayaan yang diidamkan akan tercapai setelah keseluruhan potensi yang ada mampu digemblengkan sepenuhnya melalui kekuatan berimaginatif, kreatif dan berinovatif.FAKTOR MENDORONG INDIVIDU MENYERTAI BIDANG KEUSAHAWANAN

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~FAKTOR MENDORONG INDIVIDU MENYERTAI BIDANG KEUSAHAWANANPencapaian MatlamatUsahawan yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan tembok yang cuba menghalangnya daripada mencapai kejayaan KeselamatanTeori Maslow, dalam diri setiap individu terdapat lima hirarki keperluan dan aspek keselamatan adalah merupakan tuntutan kedua dalam hierarki keperluan manusia.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~FAKTOR MENDORONG INDIVIDU MENYERTAI BIDANG KEUSAHAWANAN

    StatusTeori Maslow, status atau penghormatan diri merupakan elemen keempat iaitu ia merupakan keperluan untuk dihormati oleh orang lain, pengiktirafan kepada pencapaian dan prestij KuasaTeori Hirarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau bertanggungjawab ke atas orang lain.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Kajian yang telah dilaksanakan oleh ahli ekonomi dan psikologi dalam meneliti dan memahami ciri-ciri seorang usahawan. Kajian yang mengaitkan ciri-ciri unik usahawan dan kejayaan usahawan. Antara kajian yang popular sehingga sekarang ialah kajian tentang ciri-ciri dan personaliti usahawan berjaya oleh McClelland (1961, 1965, 1985), Brockhaus (1982), Rotter (1966) dan Bird (1989).

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Kajian McClelland & Mc Ber & Co tentang kompetensi keusahawanan diri antara budaya Malawi, India dan Ecuador:InisiatifMelihat & merebut peluangKecekalanMencari MaklumatMenitikberatkan mutu kerja yg tinggi

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Komitmen terhadap perjanjian kerjaBerorientasi kearah kecekalanMembuat perancangan sistematikMenyelesai masalah secara kreatifKeyakinan diriKetegasanMeyakinkan org lainMenggunakan strategi-strategi pengaruh

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Kajian Kao (1991)-:Komitmen, keazaman, ketabahan sepenuhnyaDorongan utk kejayaan dan berkembang majuOrientasi kpd peluang dan matlamatMengambil inisiatif dan tgjwb peribadiPenyelesaian masalah berterusanRealistik

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Mencari dan menggunakan maklum balasLokus kawalan dalamanMengambil risiko yg diperhitungkanDorongan rendah ke atas status dan kuasaIntegriti dan boleh dipercayai

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Dorongan Ke arah kejayaanCiri ini bermakna, usahawan mempunyai semangat dan keupayaan untuk maju ke hadapan. Apabila sesuatu projek ditentukan, usahawan akan sedaya upaya menyiapkan projek tersebut bagi mencapai matlamatnya itu. Sebagai contoh, Tan Sri Lim Goh Tong mempunyai dorongan ke arah kejayaan yang tinggi apabila dapat menyiapkan projek Genting Highland dengan jayanya.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~2. Mengambil Risiko Yang DiperhitungkanTelah memperincikan risiko bg setiap usaha terokaRisiko yg sederana dan boleh dikawal, munasabah dan berpatutanMemindahkan risiko kpd pihak tertentu spt bank, pelabur, pelangan, pembekal dan lain2 pihak.

    Cth: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang menceburi dalam bidang perbankan Islam iaitu dengan mengambilalih rangkaian Bank Muamalat Malaysia Berhad telah memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi oleh beliau.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahanPada peringkat permulaan sesebuah perniagaan, usahawan amat memerlukan kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan bagi menghadapi segala cabaran, rintangan, masalah dan kegagalan dalam memperkembangkan perniagaan. Pada peringkat penakatan (survival), usahawan memerlukan ciri ini bagi menghadapi segala kesulitan serta untuk mendapatkan kelebihan persaingan berbanding pesaing sedia ada. Pada peringkat pertumbuhan (growth), usahawan memerlukan ciri-ciri ini untuk terus memperkembangkan perniagaannya ke peringkat antarabang

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Berinisiatif dan bertanggungjawabCiri ini menunjukkan bahawa usahawan itu mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Sikap berinisiatif dan tanggungjawab perlu dalam diri usahawan itu sendiri bagi memperlihatkan ciri-ciri positif yang ada pada dirinya.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~ 5. Lokus kawalan dalaman Usahawan perlu mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi kerana ia memperlihatkan akan keyakinan usahawan terhadap kebolehan dirinya sendiri. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi adalah orang yang yakin yang keputusan dibuatnya itu merupakan keputusan yang terbaik untuk kepentingan semua pihak. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi tidak mudah dipengaruhi oleh faktor luaran seperti khabar angin atau rumusan yang tidak sihat.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~ 6. Berkeyakinan terhadap kebolehan diri Yakin terhadap kebolehan diri bermaksud, usahawan mempunyai pendirian dalam membuat sebarang keputusan walaupun mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak. Usahawan haruslah berani dan berkeyakinan dalam segala tindakan bagi mencapai matlamat dan visi organisasinya.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Kejujuran dan menepati janji Pihak yang mempunyai kepentingan dengan usahawan antaranya ialah pelanggan, pembekal, pekerja, peguam, bank, akauntan, pekongsi, pemegang saham dan kerajaan. Sifat kejujuran dan menepati janji amat penting dan perlu dititikberatkan oleh para usahawan kerana ianya membolehkan usahawan itu mendapat kepercayaan semua pihak yang berkepentingan dengannya.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~ 8. Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi Melalui mutu kerja yang tinggi, usahawan bukan sahaja dapat meyakinkan para pembeli dan pelanggan tetapi juga dapat memuaskan kehendak dan keperluan mereka. Ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan prestasi serta imej perniagaan bagi usahawan.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~ 9. Kebolehan menyelesaikan masalah Usahawan dapat diibaratkan sedang berhadapan dengan medan peperangan yang tidak akan dapat lari daripada menghadapi sebarang kesulitan, kepayahan dan kesengsaraan terutamanya dari aspek pengurusan kewangan, pemasaran, pengeluaran dan pengurusan pekerja dan organisasi keseluruhannya. Usahawan akan menghadapi segala kepayahan dan kesulitan ini dengan tenang tanpa membantutkan usaha mereka untuk terus maju.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~ 10. Tahap tenaga kerja yang tinggi Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja yang tinggi terutama sewaktu permulaan dan pra-permulaan sesebuah perniagaan. Pada peringkat inilah usahawan perlu melakukan banyak tugasan dan kajian secara analitikal bagi mencapai matlamat dan usahanya itu.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~11. Berorientasikan matlamat dan wawasan Usahawan yang mempunyai matlamat dan wawasan memperlihatkan bahawa beliau juga mempunyai impian dan cita-cita tinggi yang ingin dicapai pada masa hadapan. Dalam menetapkan matlamat dan wawasan, usahawan memerlukan penelitian dan kajian yang rapi serta mempunyai kecekapan dari segi pemikiran.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Kebolehan membuat keputusanDi dalam membuat sebarang keputusan, usahawan perlulah mengambil kira kesemua faktor dalaman dan luaran organisasi serta mengambil kira kesemua pihak yang berkepentingan dengannya. Ini adalah untuk mengelakkan usahawan membuat keputusan yang tidak tepat. Sebarang keputusan yang diambil oleh usahawan mempunyai implikasi yang besar terhadap perniagaan yang diterajuinya

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~13. Menggunakan strategi-strategi pengaruhUsahawan menggunakan strategi pengaruh untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan serta menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua pihak yang berkepentingan dengannya. Usahawan menggunakan strategi-strategi pengaruh bagi mewujudkan kepintaran dan kecekapan rangkaian yang lebih luas.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~14. Keusahawanan sosialmerupakan sumbangan usahawan kepada organisasi sosial atau organisasi bukan untung bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Masyarakat kini memandang soal kebajikan perlu ditangani oleh orang-orang yang kaya dan mempunyai harta.

    Tan Sri Mustapha Kamal dengan penubuhan Yayasan EMKAY, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan penubuhan Yayasan Al-Bukhary dan Syarikat Faiza dengan penajaan Program Bersama Mu anjuran TV3.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Menurut Soo Ji Min (1999), terdapat 10 ciri-ciri dan profil usahawan pada abad ke 21 iaitu :1. Dapat melihat & mengambil peluang2. Mempunyai & mencari maklumat3. Kreatif & Inovatif4. Mempunyai visi yang jelas5. Berfikiran bebas6. Berdaya maju7. Optimistik8. Inovator9. Mengambil risiko yang diperhitungkan10. Sifat Kepimpinan

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Perbezaan Antara Usahawan & Peniaga

    CIRI UTAMAUSAHAWANPENIAGATakrif umum Menubuh, menerajui, menjalan dan mengembangkan perniagaan sendiri bagi memenuhi impian dan pencapaian diri bagi mendapat keuntungan disamping membuat kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan bagi saraan diri sendiri dan keluarga sahaja. Pengambilan risiko mengambil risiko yang sederhana dan risiko yang telah diperhitungkan Mengambil risiko yang rendah.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~

    CIRI UTAMAUSAHAWANPENIAGAPengurusanKaedah pengurusan yang cekap, sistematik dan terkini serta mempunyai gaya kepimpinan yang tinggi. Kaedah pengurusan yang statik dan mempunyai tahap kepimpinan yang rendah Menggembleng sumber Berupaya mengemblengkan sumber secara kreatif dan inovatif bagi perkembangan perniagaan. Mengemblengkan sumber untuk penerusan perniagaan. Skala PerniagaanPerniagaan yang dibentuk pada peringkat awalnya mempunyai skala operasi yang kecil, tetapi sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan perniagaannya Perniagaan yang dibentuk pada peringkat awalnya pada skala yang kecil dan tidak berupaya mengembangkan perniagaannya.

    Orientasi terhadap peluang Sentiasa mencari, melihat dan merebut peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaannya Sukar mengembangkan perniagaan kerana tidak berupaya untuk mengenal pasti peluang

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DGN PENGURUS TRADISIONAL

    Ciri Utama UsahawanPengurusTakrif umum Menubuh, menerajui, menjalan dan mengembangkan perniagaan sendiri bagi memenuhi impian dan pencapaian diri bagi mendapat keuntungan disamping membuat kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat & negara Seorang yang berkerja dan menguruskan sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama ada untuk organisasi awam atau swasta. Motif UtamaMemenuhi impian dan pencapaian diri melalui kebebasan, mencari peluang perniagaan atau mencipta produk yang dapat memanfaatkan masyarakat disamping mendapat keuntungan. Menurut arahan pihak atasan bagi mengembangkan organisasi dan pada masa yang sama menginginkan kenaikan pangkat, ganjaran dan kuasa.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~

    Ciri Utama UsahawanPengurusOrientasiTerhadapMasaMempunyai orientasi jangkamasa terhadap matlamat yang agak panjang iaitu di antara 5 hingga 10 tahun untuk mengembangkan perniagaan serta sentiasa mengambil tindakan yang pantas. Respon terhadap rancangan jangka pendek yang bermatlamat untuk memenuhi kuota dan bajet berdasarkan mingguan dan bulanan. Bertindak untuk mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran. KecenderunganBertindakPenglibatan sepenuhnya terhadap aktiviti dan operasi perniagaan yang dijalankan. Lebih kepada penyeliaan dan delegasi kerja jika dibandingkan dengan penglibatan secara langsung. Kemahiran &Kelulusankelulusan akademik yang setimpal namun mempunyai kelebihan dari segi pengurusan dan kemahiran perniagaan, lebih kepada kemahiran teknikal bagi perniagaan teknikal, dan bertanggungjawab memastikan penerusan dan keuntungan perniagaan. Mempunyai kelulusan akademik yang profesional terutama dalam bidang pengurusan, berkemahiran untuk mengurus pekerja dan politik organisasi, tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengawalan keuntungan dan penerusan organisasi

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~

    Ciri Utama UsahawanPengurusNilaiKendiriMempunyai ciri-ciri keusahawanan yang dibincangkan seperti optimistik, berkeyakinan diri, pencapaian matlamat dan lokus kawalan dalaman yang tinggi. Ciri-ciri pada diri adalah berdasarkan matlamat organisasi, juga bercita-cita tinggi untuk mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran tetapi akan melihat individu lain sebagai pesaing.FokusUtamaFokus utama terhadap perancangan yang dibuat sendiri disamping memberi tumpuan terhadap permintaan pasaran (masyarakat) dan perubahan teknologi. Fokus utama terhadap perancangan yang ditetapkan oleh pihak atasan dalam organisasi. SikapTerhadapRisikoBerupaya mengambil risiko yang sederhana yang telah diperhitungkan serta berupaya membuat pelaburan yang banyak namun mengharapkan kejayaan terhadap pelaburan Berhati-hati dengan risiko kerana takut dipersalahkan dan dipecat.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DENGAN USAHAWAN KORPORAT

    CIRI UTAMAUSAHAWANUSAHAWAN KORPORATTAKRIFUMUMMenubuh, menerajui, menjalan dan mengembangkan perniagaan sendiri bagi memenuhi impian dan pencapaian diri bagi mendapat keuntungan disamping membuat kebajikan dan berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Individu yang berupaya memberi pandangan serta idea yang kritis, kreatif dan inovatif serta berupaya melaksanakan idea tersebut bagi memperoleh keuntungan terhadap organisasi. Juga dikenali individu disebalik kejayaan produk. MOTIF UTAMAMemenuhi impian dan pencapaian diri melalui kebebasan, mencari peluang perniagaan atau mencipta produk yang dapat memanfaatkan masyarakat disamping mendapat keuntungan. Memenuhi impian dan pencapaian melalui kebebasan berdasarkan kepada sumber di dalam organisasi, mempunyai matlamat pencapaian diri, bermotivasi dan juga memberi respon terhadap ganjaran dan kuasa.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~

    CIRI UTAMAUSAHAWANUSAHAWAN KORPORATOrientasi TerhadapMasaMempunyai orientasi jangkamasa terhadap matlamat yang agak panjang iaitu di antara 5 hingga 10 tahun untuk mengembangkan perniagaan serta sentiasa mengambil tindakan yang pantas Mempunyai orientasi terhadap masa yang lebih panjang dari usahawan iaitu di antara 3 hingga 15 tahun, bergantung kepada jenis perniagaan serta berorientasikan terhadap jadual yang ditetapkan oleh organisasi. Kecenderungan bertindakPenglibatan sepenuhnya terhadap aktiviti dan operasi perniagaan yang dijalankan. Penglibatan sepenuhnya terhadap aktiviti dan operasi, juga akan mendelegasikan tugas serta sering bertindak pantas terhadap tanggungjawab yang perlu diselesaikannya.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~

    CIRI UTAMAUSAHAWANUSAHAWAN KORPORATKemahiran YangDimilikiMempunyai kelulusan akademik yang setimpal namun mempunyai kelebihan dari segi pengurusan dan kemahiran perniagaan, lebih kepada kemahiran teknikal bagi perniagaan teknikal, dan bertanggungjawab memastikan penerusan dan keuntungan perniagaan.Mempunyai kemahiran yang setanding dengan usahawan, namun ianya bergantung kepada persekitaran organisasi di mana ia bekerja bagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan di dalam organisasi tersebut Nilai KendiriMempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti yang dibincangkan seperti optimistik, berkeyakinan diri, pencapaian matlamat, kreativiti dan inovasi dan lokus kawalan dalaman yang tinggi. Juga memiliki ciri-ciri seperti usahawan, tetapi mereka perlu bertoleransi terhadap sistem dan sentiasa memastikan diri mereka berupaya mengurus sistem tersebut.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~

    CIRI UTAMAUSAHAWANUSAHAWAN KORPORATFokus UtamaFokus utama terhadap perancangan yang dibuat sendiri disamping memberi tumpuan terhadap permintaan pasaran (masyarakat) dan perubahan teknologi. Memberi tumpuan terhadap dalaman dan luaran organisasi, berdasarkan perancangan yang dibuat oleh organisasi, juga seperti usahawan yang memberi fokus kepada pelanggan dan pasaran. Sikap TerhadapRisikoBerupaya mengambil risiko yang sederhana yang telah diperhitungkan serta berupaya membuat pelaburan yang banyak namun mengharapkan kejayaan terhadap pelaburan. Berupaya mengambil risiko yang sederhana dan diperhitungkan, risiko peribadi yang rendah tetapi tidak takut dipecat oleh majikan.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~PROFIL USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIATan Sri Datuk Mustapha Kamal usahawan hartanah & Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~PROFIL USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA2. Dato Dr. Zahrah Abd. Kadir - Daripada pakar nuklear kepada seorang usahawan- Pengarah Urusan B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd. yang diusahakan bersama-sama suaminya, Dr. Bajuri B. Kadmin. - Projek yang dijalankan ialah pengeluaran rain gutter, downpipe and fitting daripada bahan UPVC. Syarikat beliau berkembang dengan pesat apabila beliau berjaya mendapatkan kontrak membekal paip telekomunikasi UPVC kepada Telekom Malaysia dan kabel slab kepada Tenaga Nasional Berhad.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~PROFIL USAHAWAN BERJAYA DI DUNIA1. Sam Walton (Usahawan dalam bidang peruncitan yang terbesar di Amerika Syarikat)- Wal-Mart Corporation yang diterajui oleh Sam Walton telah mula beroperasi pada 1962 di Rogers, Arkansas yang juga merupakan rangkaian peruncitan yang terbesar di dunia .

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~PROFIL USAHAWAN BERJAYA DI DUNIA2. Steve Jobs (Peneraju industri komputer yang mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi)- pengasas kepada Apple Computer Corporation dan merupakan antara orang yang terkaya sebelum mencapai umur 30 tahun. Beliau berkelulusan dalam bidang Physics di Reed College dan pernah menerajui NeXT Corporation yang menawarkan program pendidikan sistem pengkomputeran

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. perbezaan ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan dalaman telah diketengahkan. Terdapat mitos yang sering diperkatakan terhadap usahawan, namun dengan ilmu pengetahuan yang mantap, masyarakat mula sedar akan kepentingan usahawan dalam membangunkan ekonomi negara. Proses pembangunan diri individu di dalam bidang keusahawanan adalah perlu dan mereka perlulah mengenali dirinya sendiri melalui ujian atau kuiz potensi kecenderungan keusahawanan.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~Soalan LatihanSenaraikan dan bincangkan sepuluh mitos yang sering dikaitkan dengan usahawan.Apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang individu menceburi bidang keusahawanan.Senarai dan bincangkan lima (5) ciri-ciri usahawan pada abad ke 21.Huraikan secara ringkas perbezaan ciri-ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan korporat dari sudut takrifan umum, motif utama dan tahap pengambilan risiko.Berdasarkan petikan profil usahawan berjaya di Malaysia, senaraikan ciri-ciri usahawan yang terdapat pada Tan Sri Mustapha Kamal dan Datuk Dr. Zahrah Abd. Kadir. Kaitkan dengan ciri-ciri usahawan yang anda pelajari.

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~KUIZ KOMPETENSI KEUSAHAWANANKuiz ini dibangunkan bagi mengukur tahap kepercayaan anda terhadap ciri-ciri usahawan berjaya (rujuk buku teks).

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

  • *BPME1013~Syahrina Abdullah~

    BPME1013~Syahrina Abdullah~

    *****************************************************