10
B13 : SISA PEPEJAL

B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

B13#:#SISA#PEPEJAL#

Page 2: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

BIDANG B PERANCANGAN SPATIAL

B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal

B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan

B3.0 Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan

B4.0 Perindustrian

B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau

B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

B7.0 Pelancongan

B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan

B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan

B10.0 Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi Dan Jalur Lebar

B11.0 Saliran Dan Perparitan

B12.0 Sistem Pembentungan

B13.0 PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN TOKSID

B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya

B15.0 Pemeliharaan Warisan

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

LAPORAN TINJAUAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik

B13-1

B13.0 PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN TOKSIK

Kajian ini meliputi keseluruhan sistem pengurusan sisa pepejal iaitu dari peringkat kutipan, pengangkutan dan juga pelupusan.Maklumat sedemikian diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan di samping pengendali tapak-tapak pelupusan swasta.Pengurusan sisa toksik adalah tergolong dalam pengurusan sisa terjadual, yang mana kaedah kitaran semula ataupun pelupusan adalah di bawah kawalan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Amalannya ialah semua sisa terjadual akan diuruskan mengikut undang-undang sedia ada dan dipantau oleh pihak JAS.

B13.1 PENEMUAN SEMASA

B13.1.1 Sistem Pengurusan Kutipan dan Pengangkutan Sisa Pepejal Semasa

Kesemua sembilan daerah di dalam Negeri Selangor kini menguruskan kutipan dan pengangkutan sisa pepejal mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Daerah Gombak dikendalikan menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan juga Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Sementara itu, Daerah Petaling dilaksanakan melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ringkasan untuk sistem kutipan bagi setiap daerah adalah seperti jadual berikut:

Jadual B13.1: Sistem Pengurusan Kutipan dan Pengangkutan Sisa Pepejal Semasa,

2012 Daerah Ringkasan Sistem Kutipan

Sabak Bernam • Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Daerah Sabak Bernam. • Anggaran kutipan: 90 tan/hari. • Tapak pelupusan: Sungai Besar, Sabak Bernam

Kuala Selangor • Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Daerah Kuala Selangor. • Anggaran kutipan: 170 tan/hari. • Tapak pelupusan: Jeram, Kuala Selangor

Hulu Selangor • Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Daerah Hulu Selangor. • Anggaran kutipan: 170 tan/hari • Tapak pelupusan:

(1) Sungai Sabai, Kalumpang (2) Bukit Beruntung

Gombak • Pihak Berkuasa Tempatan: (1) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (2)Majlis Perbandaran Selayang.

• Anggaran kutipan: 600 tan/hari • Tapak pelupusan:

(1) MPS – Bukit Tagar, Hulu Selangor (2) MPAJ – Jeram, Kuala Selangor

Page 4: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

LAPORAN TINJAUAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik

B13-2

Jadual B13.1: Sistem Pengurusan Kutipan dan Pengangkutan Sisa Pepejal Semasa, 2012 (Samb..)

Daerah Ringkasan Sistem Kutipan Hulu Langat • Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Perbandaran Kajang.

Anggaran kutipan: 1000 tan/hari • Tapak pelupusan: Loji Refuse Derived Fuel (RDF) milik

Recycle Energy Sdn Bhd di Semenyih.

Petaling • Pihak Berkuasa Tempatan: (1) Majlis Bandaraya Shah Alam (2) Majlis Perbandaran Subang Jaya (3) Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

• Anggaran kutipan: (1) MBSA: 480 tan/hari (2) MPSJ: 500 tan/hari (3) MBPJ: 400 tan/hari

• Tapak pelupusan: Jeram, Kuala Selangor (Nota; anggaran 85% daripada sisa pepejal dihantar ke stesen pemindah di Sek 21, Shah Alam terlebih dahulu untuk diproses sebelum di hantar ke Tapak Pelupusan Jeram

Klang • Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Perbandaran Klang • Anggaran kutipan: 700 tan/hari. • Tapak pelupusan: Jeram, Kuala Selangor

Kuala Langat • Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Daerah Kuala Langat. • Anggaran kutipan: 190 tan/hari • Tapak pelupusan: Tanjung Dua Belas, Kuala Langat

Sepang • Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Perbandaran Sepang • Anggaran kutipan: 180 tan/hari (termasuk dari Cyberjaya) • Tapak pelupusan: Tanjung DuaBelas, Kuala Langat

Sumber: Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (2012)

Penjanaan sisa pepejal untuk Negeri Selangor dianggarkan pada 4,800 tan sehari berdasarkan kepada anggaran jumlah penduduk sebanyak 5.9 juta orang. Walaupun kini terdapat aktiviti kitar semula yang dijalankan, namun ia masih lagi pada kadar yang rendah. Aktiviti kitar semula kini dilaksanakan sama ada secara formal dan tidak formal. Tapak Pelupusan Jeram, Kuala Selangor kendalian Worldwide Landfills Sdn Bhd kini memiliki kemudahan Material Recovery Facility (MRF) yang mana boleh meningkatkan lagi kadar kitar semula.

Tidak terdapat anggaran kadar kitar semula secara rasmi bagi peringkat daerah. Kadar kitar semula pada peringkat negara dianggarkan pada 5%. Matlamatnya ialah untuk mencapai tahap 22% pada tahun 2020. Ini juga merupakan sasaran pada peringkat nasional.

Page 5: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

LAPORAN TINJAUAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik

B13-3

B13.1.2 Sistem Pelupusan Sisa Pepejal Semasa

Terdapat 8 buah tapak pelupusan sampah di dalam Negeri Selangor. Daripada itu, tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar adalah untuk mengendalikan sisa pepejal daripada Kuala Lumpur. Di samping itu, terdapat sebuah stesen pemindahan (transfer station) terletak di Seksyen 21, Shah Alam. Sisa pepejal daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya di hantar ke stesen pemindahan tersebut untuk dimampat sebelum di hantar ke tapak pelupusan di Jeram, Kuala Selangor. Sisa pepejal di bawah kendalian Majlis Perbandaran Kajang dilupuskan menerusi kilang RDF yang dikendalikan oleh Recycle Energy Sdn Bhd. Loji Refuse Derived Fuel (RDF). Sistem dikatakan mampu memproses serta merawat sampah yang dibuang oleh penduduk setempat dan dalam masa yang sama boleh menjanakan tenaga elektrik daripada sampah terbabit setelah melakukan pengasingan. Jadual B13.2 memberi ringkasan tentang sumber sampah untuk semua tapak pelupusan. Rajah B13.1 menunjukkan lokasi tapak pelupusan sampah serta maklumat-maklumat berkaitan termasuk operator dan jangka hayat .

Jadual B13.2: Maklumat Sumber Sisa Pepejal bagi Pusat Pelupusan, 2012 Pihak Berkuasa

Tempatan Tapak Pelupusan Keluasan

(ekar) Operator

Majlis Daerah Sabak Bernam.

Tapak Pelupusan Sampah Sungai Besar

10 Majlis Daerah Sabak Bernam

Majlis Daerah Kuala Selangor

Jeram Sanitary Landfill 160 Worldwide Landfill Sdn Bhd.

Majlis Daerah Hulu Selangor

• Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sabai, Kelumpang

• Tapak Pelupusan Sampah Bukit Beruntung

20 20

Majlis Daerah Hulu Selangor

Majlis Perbandaran Selayang

Bukit Tagar Sanitary Landfill.

700 KUB- Berjaya Enviro

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Jeram Sanitary Landfill.

160 Worldwide Landfill Sdn Bhd.

Majlis Perbandaran Kajang.

Pusat Perolehan Semula Sumber Sisa Pepejal ( RDF Plant ), Semenyih

Recycle Energy Sdn Bhd.

Majlis Perbandaran Subang Jaya

Transfer Station @ Sec. 21, Shah Alam Jeram Sanitary Landfill.

160 Worldwide Landfill Sdn Bhd.

Page 6: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

LAPORAN TINJAUAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik

B13-4

Jadual B13.2: Maklumat Sumber Sisa Pepejal bagi Pusat Pelupusan (Samb...) Majlis Daerah / Perbandaran

Tapak Pelupusan Keluasan (ekar)

Operator

Majlis Bandaraya Shah Alam.

Transfer Station @ Sec. 21, Shah Alam Jeram Sanitary Landfill.

- Worldwide Landfill Sdn Bhd.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Transfer Station @ Sec. 21, Shah Alam Jeram Sanitary Landfill.

160 Worldwide Landfill Sdn Bhd.

Majlis Perbandaran Klang

Jeram Sanitary Landfill.

160 Worldwide Landfill Sdn Bhd.

Majlis Daerah Kuala Langat.

Tanjung Duabelas Sanitary Landfill.

160 Worldwide Landfill Sdn Bhd.

Majlis Perbandaran Sepang.

Tanjung Duabelas Sanitary Landfill.

160 Worldwide Landfill Sdn Bhd.

Sumber: Setiap Pihak Berkuasa Tempatan, 2012

B13.1.3 Sistem Pengurusan Sisa Terjadual Secara Am Untuk Industri

Sisa terjadual merujuk kepada bahan yang tersenarai mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjadual, 2005.Antaranya ialah sisa klinikal yang diuruskan oleh syarikat Radicare (M) Sdn Bhd dan dilupuskan di pusat pelupusan sisa klinikal di Teluk Panglima Garang.Pengurusan sisa terjadual diwajibkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).Pihak JAS juga dibekalkan rekod tentang kuantiti bahan terjadual yang dihasilkan dan dilupuskan. Kuantiti sisa terjadual yang dihasilkan dalam setahun dianggarkan sebanyak 65,000 tan. Pengurusan sisa terjadual yang mempunyai nilai pemerolehan kembali dihantar ke premis-premis yang telah dilesenkan untuk proses pemerolehan kembali buangan terjadual industri. Dianggarkan terdapat sekitar 20 buah premis sedemikian.Sisa terjadual yang sudah tidak mempunyai nilai pemerolehan kembali diangkut ke pusat rawatan sisa terjadual di Bukit Nenas, Negeri Sembilan kepunyaan Kualiti Alam Sdn Bhd.

B13.1.4 Potensi Pemakaian Teknologi Hijau di dalam Sistem Pelupusan Sisa.

Program kitar semula merupakan cara terbaik pemakaian teknologi hijau di dalam sistem pelupusan sisa. Amalan pengasingan sampah pada punca merupakan cara mesra alam tanpa perlu membuat pelaburan yang tinggi. Kaedah yang dipilih untuk tujuan pelupusan sampah mestilah mengambilkira faktor kos, penggunaan kawasan, pencemaran alam sekitar dan penyelenggaraan.

Page 7: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak
Page 8: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

LAPORAN TINJAUAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik

B13-6

B13.2 UNJURAN Kuantiti sisa pepejal yang dijanakan adalah berkait terus dengan jumlah penduduk, Kebiasaannya kadar yang digunakan ialah 0.8 kg/kapita/hari. Jadual B13.3 menunjukkan penjanaan sampah meningkat sehingga 7,200 tan /hari pada tahun 2035. Jadual B13.3: Unjuran Penjanaan Sisa Pepejal

Tahun 2010

(Sedia Ada) 2015 2020 2025 2030 2035

Daerah Penjanaan (tan/hari)

Sabak Bernam 85 95 110 134 166 180 Kuala Selangor 168 189 215 244 273 295 Hulu Selangor 158 179 220 262 306 331 Gombak 546 615 754 902 1,017 1,102 Hulu Langat 925 1,043 1,145 1,243 1,330 1,440 Petaling 1,450 1,634 1,673 1,761 1,869 2,023 Klang 689 776 859 914 951 1,030 Kuala Langat 180 203 259 299 339 367 Sepang 169 191 270 335 399 432 Jumlah 4,370 4,924 5,504 6,094 6,650 7,200

Sumber: KajianRancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Untuk sisa terjadual, ianya bergantung kepada tahap aktiviti industri. Kuantiti yang lebih tinggi akan dihasilkan sekiranya terdapat lebih pengeluaran prodak di industri-industri.

Bangunan Pusat Perolehan Semula Sumber Sisa Pepejal yang memproses sisa dari Majlis

Perbandaran Kajang Sumber : Laporan Tinjaun Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor yang dikendalikan oleh Worldwide

Landfill Sdn Bhd Sumber : Laporan Tinjaun Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

Page 9: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

LAPORAN TINJAUAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik

B13-7

B13.3 INDIKATOR DAN SASARAN Jadual B13.4: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Pengurusan Sisa Pepejal

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa (2012)

Sasaran (Tahun 2035)

Kadar kitar semula sisa pepejal

60% (Singapura)

5% 30%

Sumber: Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2012 Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara

B13.4 POTENSI PEMBANGUNAN

Sistem pengurusan sisa pepejal dan juga sisa terjadual boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan teknologi yang lebih bersesuaian. Pemilihan sistem pelupusan hendaklah mementingkan aspek kos, pengawalan alam sekitar dan juga penggunaan kawasan yang terhad. Penekanan hendaklah dibuat terhadap konsep kitar semula. Amalan kitar semula juga terkandung Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau.GPP ini mencadangkan pendekatan pengurusanyang berteraskan konsep 3R (reduce, reuse dan recycle).

B13.5 CADANGAN AM i. Kitar Semula

Memperkenalkan insentif kepada industri kitar semula akan dapat menggalakkan amalan tersebut di kalangan masyarakat. Program kitar semula hendaklah dijadikan sebagai kempen pendidikan umum.Latihan serta amalan seharusnya dilaksanakan di peringkat sekolah-sekolah rendah dan menengah dan juga di institut tertiari. Bandar-bandar maju di dunia mengambil berat tentang pengurusan sisa pepejal.Prinsip utama yang ditekankan ialah mengurangkan penjanaan sisa melalui perubahan gaya hidup.Pengasingan sisa dipuncaadalah teras kepada amalan kitar semula. Komuniti perlu memainkan peranan bagi memastikan sisa buangan diasingkan supaya konsep 3R dapat dilaksanakan. Pengurusan sisa pepejal yang berkesan dan menitikberatkan konsep pengurangan sisa dan kitar semula akan mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan. Dengan itu, kos pengurusan dapat dijimatkan. Mekanisma khas untuk amalan alam sekitar perlu diwujudkan di mana amalan-amalan khusus perlu didokumenkan termasuklah kaedah mengira jumlah sisa kitar semula mengikut komposisi sisa.

Page 10: B13#:#SISA#PEPEJAL# - Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangorjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan... ·  · 2016-09-09Terdapat 8 buah tapak

LAPORAN TINJAUAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik

B13-8

ii. Aplikasi Teknologi

Pihak berkuasa perlu melihat keupayaan penggunaan teknologi-teknologi terkini dalam pengurusan sisa pepejal dan juga sisa terjadual. Ini adalah relevan untuk proses kutipan, pengangkutan disamping pelupusan.

Antara yang boleh dipertimbangkan ialah mengadakan stesen pemindahan (transfer station) yang berfungsi mengumpulkan sisa pepejal sebelum ianya dimampat dan dihantar ke pusat pelupusan menggunakan lori yang lebih muatan kapasitinya. Sistem pelupusan menggunakan rawatan thermal mungkin boleh dilaksanakan di lokasi-lokasi yang lebih urban.Sementara itu, Pihak Berkuasa Tempatan perlu melaksanakan penguatkuasaan supaya sistem pengurusan sisa pepejal berjalan lancar.