B. Melayu - Tingkatan 2

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    1/42

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

    HURAIAN SUKATAN PELAJARANTINGKATAN DUA

    BAHASA

    MELAYU

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    2/42

    iii

    KANDUNGAN

    Rukun Negara

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Kata Pengantar

    Pendahuluan

    Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kurikulum

    Penerangan tentang Huraian Sukatan Pelajaran

    Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Sistem Bahasa

    Komponen Kesusasteraan Melayu

    Pengisian Kurikulum

    Huraian Sukatan Pelajaran

    v

    vii

    ix

    1

    1-4

    4-6

    7-9

    9-11

    11

    12-14

    15-47

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    3/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    4/42

    iv

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangpotensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    5/42

    ix

    Kata Pengantar

    Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen yang memperincikansukatan pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murnidan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakanmurid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan

    pengetahuan pada abad ke-21.

    Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran

    yang merangkumi pendekatan berpusatkan murid, sertakepelbagaian teknik dan sumber. Guru digalakkan menggunakankreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut

    kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu gurumerancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yangberkesan.

    Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gurudiharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai

    tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan

    komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran

    konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni, semangat patriotik,dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen inidiharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh

    diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua

    menggariskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh muridberasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebutdinyatakan secara eksplisit mengikut aras kesukaran isi kandungandan tahap keupayaan murid melalui pernyataan dalam Huraian

    Hasil Pembelajaran. Pernyataan tersebut memberikan cabaran

    yang sesuai dengan murid dalam pendidikan sekolah menengahagar dapat melahirkan mur id yang berketerampilan menggunakan

    bahasa Melayu baku.

    Dalam menyediakan huraian sukatan pelajaran yang disemaksemula ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarahmaktab dan universiti, pegawai Kementerian Pendidikan, danindividu yang mewakili badan-badan tertentu.

    Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangankepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya huraian sukatan

    pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggipenghargaan dan ucapan terima kasih.

    (Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZIN)Pengarah

    Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    6/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    7/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    8/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    9/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    10/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    11/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSekolah Menengah Tingkatan Dua

    6

    Pemaparan Contoh Huraian Sukatan Pelajaran

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    1.0 Berinteraksi untuk menjalin danmempererat hubungan mesra

    1.1 Berbual dan berbicaratentang perkara yang

    berkaitan dengankehidupan harian yangmenyentuh diri, keluarga,

    rakan, dan masyarakatdengan menggunakan kata,intonasi, dan nada yang

    sesuai.

    1.2 Mendengar danmemberikan respons

    secara lisan dan bertulistentang sesuatu yangdiperihalkan oleh orang lain.

    Aras 1

    i. Berbual tentang pengalaman diri

    dan kegiatan harian denganmenggunakan sebutan, nada dan

    intonasi yang sesuai.

    ii. Membenarkan pendapat rakan untukmeneruskan perbualan.

    Berbual tentang pengalaman d iri dalamkegiatan kokurikulum. Contoh: Peraduanmengarang dan perkhemahan.

    Nota: Sebagai pilihan, sampel rakamanperbualan yang relevan diperdengarkankepada mur id untuk meningkatkan

    kemahiran mendengar dan bertutur.

    Berbual dalam kumpulan kecilberpandukan ungkapan-ungkapan yangmembenarkan pendapat rakan. Contoh

    ungkapan: Ya, saya amat bersetuju. ,Ya, kita bersependapat nampaknya.

    Hasil Pembelajaran Khusus Cadangan aktiviti pengajaran dandan pemb pembelajaran

    Hasil Pembelajaran Utama Nota berkaitan dengan aktivitipengajaran dan pembelajaran

    Kemahiran berbahasa

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    12/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    13/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    14/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    15/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSekolah Menengah Tingkatan Dua

    10

    bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unitbahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit

    tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripadaproses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataanberdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota

    lain dalam golongan kata yang sama. Aspek morfologiyang diberikan tumpuan ialah:

    i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:- kata asli bahasa Melayu

    - kata pinjaman bahasa Melayu

    ii. Bentuk kata terd iri daripada:- kata tunggal

    - kata terbitan- kata majmuk- kata ganda

    Proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi:- pengimbuhan

    - penggandaan- pemajmukan

    Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang

    amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu,penekanan hendaklah diberikan pada aspekpenggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan

    makna, termasuk aspek baru dalam prosespengimbuhan.

    iii. Golongan kata terdiri dar ipada:

    - kata nama

    - kata ker ja- kata adjektif

    - kata tugas

    II. Sintaksis

    Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,

    struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidangsintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasayang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunanperkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.

    Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:

    i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa

    dan pembinaannya, serta pembahagian subjek danpredikat

    ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,dan ayat seruan

    iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasifiv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang

    v. Binaan ayat:- ayat dasar- ayat tunggal

    - ayat terbitan atau majmuk

    vi. Proses penerbitan ayat:- Konsep ayat terbitan

    - Proses pengguguran- Proses penyusunan semula- Proses peluasan

    vii. Aspek tanda baca

    b. Sistem EjaanPerkara yang ditekankan ialah:i. Pola keselarasan huruf vokalii. Ejaan kata pinjaman

    iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    16/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    17/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSekolah Menengah Tingkatan Dua

    12

    PENGISIAN KURIKULUM

    Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni,

    kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilaitambah. Semua elemen ini diserapkan dalam konteks bagi ketiga-tiga bidang yang terdapat dalam penggunaan bahasa.

    Penerangan ringkas bagi setiap pengisian ini adalah seperti yangberikut:

    a. Ilmu

    Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin,contohnya ilmu sains dan geograf i yang boleh digunakanuntuk memperkembang ilmu bahasa dan ke mahiranbahasa. Ilmu juga termasuk perkara semasa yang boleh

    dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran danpembelajaran.

    b. Nilai Murni

    Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayuadalah untuk melahirkan insan yang baik serta memilikiakhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai

    murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yangberhemah t inggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dankesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus

    dipupuk dengan terancang sama ada secara langsungatau tidak langsung dan dilanjutkan di peringkatantarabangsa selaras dengan tuntutan nilai sejagat.

    Nilai murni ini ialah:

    Baik hati Berdikari

    Hemah tinggi

    Hormat-menghormati

    Kasih sayang

    Keadilan

    Kebebasan Keberanian

    Kebersihan fizikaldan mental

    Kejujuran Kerajinan

    Kerjasama

    Kesederhanaan

    Kesyukuran

    Patriotisme

    Rasional Semangat

    bermasyarakat

    c. Kew arganegaraan

    Penyerapan unsur patriotisme dan kew arganegaraan dalampendidikan Bahasa Melayu mengutamakan pemupukansemangat cinta dan taat kepada tanah air. Pemupukan

    unsur ini bertujuan untuk melahirkan w arganegara yangbaik dan meningkatkan komitmen terhadap bangsa dannegara.

    d. Peraturan Sosiobudaya

    Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayumeliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa.

    Peraturan ini mencerminkan falsafah dan keperibadianmasyarakat Malaysia.

    e. Kemahiran Bernilai Tambah

    Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman dibilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar

    murid serta senario dunia yang global. Kemahiran bernilai

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    18/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    19/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSekolah Menengah Tingkatan Dua

    14

    vii. Pembelajaran Kontekstual

    Pembelajaran kontekstual ialah kaedahpembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran denganpengalaman harian mur id, masyarakat, dan alam

    pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalampersekitaran yang pelbagai, secara konkrit, sertamelibatkan latih amal dan berf ikir. Pembelajaran

    berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkanpengetahuan baru secara bermakna dan

    menghayati kerelevanan pembelajaran dengankehidupan mereka.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    20/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    15

    I. Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal

    Bidang Interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai

    kata, ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. Bidang ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan denganrakan rapat atau orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus bagi tujuan komersial. Hasi l PembelajaranUtama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang dapat dicapai oleh murid dalam Bidang Interpersonal ialah berinteraksi, member ikan

    pendapat, berunding, membuat pertimbangan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    1.0 Berinteraksi untuk menjalindan mempererat hubunganmesra

    1.1 Berbual dan berbicaratentang perkara yangberkaitan dengan

    kehidupan harian yangmenyentuh diri, keluarga,rakan dan masyarakat

    dengan menggunakankata, sebutan dan intonasiserta nada yang sesuai.

    1.2 Mendengar danmemberikan respons

    secara lisan dan bertulis

    tentang sesuatu yangdiperihalkan oleh oranglain.

    Aras 1

    i. Berbual tentang pengalaman diri dankegiatan harian dengan menggunakansebutan, nada dan intonasi yang sesuai.

    ii. Membenarkan pendapat rakan untuk

    meneruskan perbualan.

    iii. Menjelaskan maksud sebenar

    penyataan dalam teks.

    Berbual tentang pengalaman d iri dalamkegiatan kokurikulum. Contoh:

    Perkhemahan, peraduan mengarang danmerentas desa.

    Berbual dalam kumpulan kecilberpandukan ungkapan untuk

    membenarkan pendapat rakan. Contohungkapan: Ya, saya amat bersetuju. ,Ya, kita bersependapat nampaknya.

    Mendengar rakaman atau menonton kliptayangan yang memperlihatkanpenggunaan bahasa berlapis sepertiperumpamaan, peribahasa, ungkapandan kata-kata hikmat. Melaluiperbincangan secara berpasangan murid

    menghuraikannya dengan perkataansendiri.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    21/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    16

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    1.3 Menyampaikan maksudyang tersurat dan tersiratberdasarkan bahan yang

    dikemukakan denganmenggunakan kata danungkapan yang sesuai.

    1.4 Bersoal jaw ab secara

    bertatasusila tentangsesuatu perkara denganmenggunakan pelbagaisoalan.

    1.5 Berbincang dan membidas

    hujah dengan sopan dalam

    pelbagai situasi.

    1.6 Menyatakan perasaansecara berterus terang danberadab tentang sesuatu

    perkara untukmengekalkan hubungan.

    iv. Mengajukan soalan bercapah arasrendah dan memberikan jaw apanyang sesuai dalam perbincangan

    secara berterus terang.

    v. Membalas hujah dalam suasanaperbincangan secara harmoni.

    Aras 2

    i. Mengemukakan hujah dan

    menegaskan pendirian dengan sopan

    tentang sesuatu topik yangdibincangkan dengan cara bersahaja.

    Berbincang tentang sesuatu pendapatberkaitan dengan topik isu semasa.

    Contoh: Pelancongan domestik dansebuah komputer untuk setiap rumah.

    Berbincang dalam kumpulan kecil tentangisu tertentu. Contoh: Penglibatan dalam

    sukan lasak. Galakkan muridmemparafrasa pernyataan rakan sebelum

    mengutarakan kelemahan hujahnya.

    Menjalankan aktiviti main peranan dalamdiskusi tentang isu kenaikan harga barang

    atau isu dalam mesyuarat persatuan.Gunakan kata dan ungkapan yang

    menunjukkan penegasan pendirian.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    22/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    23/42

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    24/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    19

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    2.5 Memberikan penjelasansecara spontan tentang

    sesuatu perkara yangberkaitan dengan isu yangdikemukakan.

    Aras 2

    i. Menghubungkaitkan idea utama danidea sokongan untuk menjelaskanpandangan.

    ii. Meneroka pelbagai kemungkinan ideayang dapat dijadikan penyelesaian

    masalah.

    Aras 3

    i. Memantapkan idea denganmengemukakan fakta dar ipadapelbagai sumber rujukan sebagaicontoh dan bukti.

    ii. Menjelaskan idea secara tersusundengan spontan.

    Murid mengemukakan idea sokonganyang bersesuaian dengan idea utama.

    Setelah itu, mur id membandingkankepelbagaian idea sokongan yangdikemukakan bagi idea utama tersebut dari

    segi kekuatan dan kelemahannya.

    Menjalankan aktiviti sumbang saran dalamkumpulan kecil dan memperkatakan isuyang diutarakan dalam akhbar. Contoh:

    Peningkatan kadar kemalangan jalan rayapada musim perayaan.

    Menjalankan diskusi dalam kelas dan

    mengupas suatu topik yang diberikan lebihaw al. Peserta diskusi telah bersediadengan sumber rujukan seperti keratan

    akhbar dan majalah sebagai bahansokongan semasa mengemukakanpendapat. Topik cadangan: Kemerosotan

    disiplin dan keracunan makanan.

    Murid mengemukakan tajuk bagi bahanrangsangan (gambar slaid atau rakaman)kemudian mengutarakan pendapat tentang

    tajuk tersebut berdasarkan soalanberpandu guru.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    25/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    20

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    3.0 Berunding secara santun untukmendapat persetujuan dan katasepakat

    3.1 Berbincang dengan

    menggunakan ragam bahasadan gaya pengucapan yangbetul semasa berunding.

    3.2 Berbincang untuk menerimadan menolak pandangan

    orang lain secara terbukauntuk mencapai kata sepakat.

    3.3 Menyatakan pendirian yangjelas dengan mengemukakan

    maklumat yang relevan.

    3.4 Mempertimbangkan semuaaspek yang dikemukakan

    dalam perundingan secararasional untuk mencapai katasepakat supaya diterima oleh

    semua pihak.

    Aras 1

    i. Memberikan komen tentang sesuatupandangan dengan menggunakankata, ungkapan dan ayat yang sesuai

    untuk mengelakkan konflik.

    ii. Memberikan pandangan dalam

    perundingan dengan menggunakansebutan, intonasi, nada dan jeda yangsesuai untuk membina kesefahaman.

    Aras 2

    i. Mengamati memek muka, suara danbahasa badan untuk memahami

    respons ketika berunding.

    ii. Menyatakan persetujuan dan menolakbeberapa penyataan yang diberikan

    oleh pihak lain dalam perundingan.

    Menjalankan simulasi perundingan untukmenjayakan suatu projek kemasyarakatan.

    Dalam perundingan itu ada pihak yang

    memberikan komen yang positif terhadappandangan yang diutarakan Cadangan

    projek: Gotong-royong membersihkankawasan taman perumahan.

    Merundingkan kew ajaran perkara-perkarayang terkandung dalam kertas cadanganlaw atan ke tapak industri untuk diajukan

    kepada pengetua.

    Mew ujudkan situasi perundingan yangmenekankan ungkapan dan bahasa badanyang digunakan. Pelajar kemudian diminta

    mengulas maksud bahasa badan sertamemek muka yang diperlihatkan.

    Menjalankan main peranan dalam situasimenyelesaikan perbalahan. Guru

    menyenaraikan ungkapan yang sesuaidigunakan dalam situasi tersebut.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    26/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    21

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    iii. Menegaskan hujah denganmengemukakan alasan yang

    munasabah.

    Mew ujudkan situasi diskusi novel ataucerpen. Pelajar diminta mengemukakan

    pendirian sama ada bersetuju ataumenolak penyataan yang dikemukakanoleh rakan semasa diskusi itu dijalankan.

    Menjalankan simulasi perundingan antaraguru disiplin dengan pengaw as sekolah

    untuk membuat p indaan peraturandengan mengemukakan hujah yang dapat

    diterima oleh semua pihak.

    Aras 3

    i. Memberikan penjelasan tentang kesan

    jangka panjang sesuatu pendirian yang

    diambil untuk mempengaruhikeputusan rundingan.

    Menjalankan situasi perundingan antaraketua tingkatan dalam mengambi l

    keputusan untuk menolak cadanganmeniadakan bakul sampah dalam kelas

    sempena kempen kebersihan sekolah. Salahseorang murid mengemukakan kesan jangka

    panjang yang meyakinkan sehinggakeputusan yang diambil berubah.

    H i S k t P l j B h M l

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    27/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    22

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    4.0 Membuat pertimbanganuntuk mencapai keputusan

    4.1 Mengesan kecondonganpendapat dan

    menimbangkan pelbagai

    pilihan untuk menyelesaikanmasalah dan membuat

    keputusan.

    4.2 Menjelaskan danmembuktikan pertimbangansecara rasional dan adil

    bagi meyakinkan pihakyang terlibat.

    Aras 1

    i. Mengesan dan mengemukakanpenggunaan kata, ungkapan dan ayatuntuk mengenal pasti kecondongan

    pendapat.

    Aras 2

    i. Berbincang untuk mengesan kekuatan

    dan kelemahan sesuatu perkara untukmembuat pilihan terbaik.

    Aras 3

    i. Menjelaskan pendirian berdasarkan

    pertimbangan yang disokong olehsumber rujukan yang boleh dipercayai.

    Membaca suatu petikan daripada beberapaakhbar tentang suatu isu semasa.

    Kemudian, pelajar membincangkan hal-halyang diberikan penekanan oleh pengarangsama ada menyokong atau menolak isu

    berkenaan.

    Membincangkan suatu cadangan baruuntuk melihat keistimewaan, kekuatan dankelemahan cadangan tersebut dari pelbagai

    sudut.

    Membincangkan projek menyediakan rakbuku di luar bilik darjah. Pelajar memberikanhujah sokongan berdasarkan maklumat

    daripada bahan rujukan seperti akhbar danmajalah.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay u

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    28/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    23

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    5.0 Memujuk untuk mempengaruhipihak lain untuk melakukan

    sesuatu sesuatu

    5.1 Berbicara dan merayu

    dengan menggunakan kata,

    ungkapan, dan ayat yangdapat memberikan kesan

    memujuk untukmendapatkan sesuatu.

    5.2 Menggunakan hujah yangbernas dan meyakinkan

    untuk mempengaruhi pihaklain dalam pelbagai situasi.

    5.3 Merayu denganmenggunakan strategi yangberkesan untuk memujuk

    pihak lain.

    Aras 1i. Memilih dan mengungkapkan kata-kata

    yang manis dan memikat untukmencetuskan minat sertamemperlihatkan sikap ramah-tamah.

    ii. Menjelaskan pendapat dengan

    memberikan contoh-contoh yangmudah diterima.

    Aras 2

    i. Mengulang penyataan yang berkesanuntuk meningkatkan keyakinan.

    Aras 3

    i. Memberikan alasan yang munasabahsejajar dengan tujuan memujuk.

    ii. Menggunakan gaya pengucapan yangsesuai untuk memenangi hati pihak

    lain.

    Mengemukakan contoh perbualan yangmenarik dan mesra kepada murid danmeminta murid mencontohi atau meniru

    gaya perbualan yang diperdengarkan.

    Pelajar membincangkan ta juk yang ada

    kaitannya dengan pengalaman. Contoh:Organisasi kelas dan kepentingannya. Tajukdiberikan aw al agar murid bersedia denganalasan yang jelas dan meyakinkan.

    Dalam usaha menarik lebih banyakpenyertaan dalam Minggu Bahasa danSastera, murid membuat pengumuman

    yang menekankan idea tertentu.

    Menjalankan simulasi jualan terus. Dalamsimulasi tersebut pelajar mencubamempengaruhi orang lain untuk membeli

    produk sambil membuat demonstrasi.

    Menulis dialog bagi tugasan di atas.

    Murid menonton tayangan video yangmenunjukkan gaya pengucapan yangberbeza-beza untuk menekankan maksudyang ingin disampaikan. Kemudian, murid

    melakonkan situasi yang sama.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay u

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    29/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    24

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    6.0 Berurus dengan pihaktertentu untuk mendapatkan

    barangan dan perkhidmatan

    6.1 Menggunakan sebutan,

    intonasi, dan unsur

    paralinguistik yang sesuaiuntuk mendapatkan

    barangan danperkhidmatan.

    6.2 Menggunakan perkataan,

    ungkapan, ayat, dan larasbahasa yang sesuai untukmendapatkan barangan

    dan perkhidmatan.

    6.3 Mengambil tindakansusulan terhadap pihaktertentu yang berkaitan

    dengan barangan danperkhidmatan.

    Aras 1

    i. Menyusun kata, ungkapan, dan ayatuntuk mendapatkan penjelasantentang barangan dan perkhidmatan

    dengan menggunakan gayapengucapan yang sesuai.

    Melakonkan situasi pembelian baranganberdasarkan kad peranan. Contoh:

    Pembelian telefon bimbit. Kosa kata yangdicadangkan: Tempoh jaminan, bayarantunai, bayaran ansuran, sew a beli, dan

    diskaun.

    Melakonkan situasi mendapatkan

    perkhidmatan berdasarkan kad peranan yangdisediakan dengan menggunakan kata-kata,ungkapan dan gaya bahasa yang sesuai

    dalam konteks urusan perkhidmatan. Contoh:Perkhidmatan pakej pelancongan.

    Kosa kata yang dicadangkan harga,cengkeram, perkhidmatan selepas jualan,

    tempoh jaminan.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay u

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    30/42

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

    25

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    Aras 2

    i. Memberikan komen yang membinatentang barangan dan perkhidmatansecara sopan.

    ii. Mengulangi, menyemak, menukar,mengesahkan dan membatalkan

    pesanan tanpa menyinggung pihaklain.

    Aras 3

    i. Memberikan syor kepada pihak yang

    menaw arkan barangan danperkhidmatan untuk tujuan

    peningkatan mutu barangan dan

    perkhidmatan.

    Berbincang dan memberikan respons dancadangan yang membina secara sopan

    dalam situasi apabila menyedari barangan

    dan perkhidmatan yang diperoleh kurangsempurna. Contohnya tempahan baju.

    Cadangan kosa kata: Minta dibaiki semula,

    menghantar dengan kadar segera, sila

    berikan perhatian.

    Menulis surat untuk mengesahkan ataumembatalkan pesanan denganmenggunakan kata-kata yang sesuai.

    Menjalankan aktiviti diskusi untuk

    memberikan cadangan yang dapatmeningkatkan mutu barangan dan

    perkhidmatan.

    Menulis karangan untuk memberikan

    cadangan bagi meningkatkan mutu barangandan perkhidmatan.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay u

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    31/42

    j ySekolah Menengah Tingkatan Dua

    26

    II. Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat

    Bidang Maklumat berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu.

    Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca, serta mengakses maklumat daripada multimedia.Hasil Pembelajaran Utama dan Hasi l Pembelajaran Khusus yang dapat dicapai oleh murid dalam Bidang Maklumat ialah mendapat,memproses, dan menyampaikan maklumat.

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    7.0 Mendapat maklumat daripada

    pelbagai sumber yangdidengar, dibaca, danditonton

    7.1 Mengenal pasti danmenyatakan gambaran

    keseluruhan, idea utama,isi penting dan isi relevantentang bahan yang

    didengar, dibaca, danditonton.

    7.2 Memahami dan

    menyatakan maksudperkataan sukarberdasarkan konteks.

    7.3 Mengemukakan soa lanuntuk mendapatkan

    penjelasan lanjut.

    Aras 1

    i. Mengenal pasti dan mengutarakangambaran umum dan isi-isi penting

    daripada pelbagai bahan.

    ii. Memberikan makna kata dan rangkaikata yang sukar difahami termasuk

    sinonim, antonim dan homonimberdasarkan konteks.

    iii. Mengajukan soalan bertumpu dan

    bercapah untuk mendapatkanpenerangan.

    iv. Membaca pantas secara imbasan dan

    luncuran untuk mengenal pastimaklumat.

    Menonton video tentang isu semasa untukmengenal pasti gambaran umum dan isi-

    isi penting dalam bahan tersebut.Contoh: Isu pencemaran alam dan isupenderaan kanak-kanak.

    Merujuk kamus untuk memberi maknarangkai kata yang sukar difahami termasuk

    sinonim, antonim dan homonim selepasmembaca petikan.

    Mengajukan soalan bertumpu dan

    bercapah berdasarkan bahan yang dibacaatau didengar dalam aktivit i kerusi panas.

    Membaca pantas secara imbuhan dan

    luncuran bertujuan mencari isi ataumaklumat untuk menulis karangan.

    Contohnya karangan jenis perbincangan.

    Mengesan perkataan dalam teks

    berdasarkan deskripsi yang diberikan bagikata atau rangkai kata.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay u

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    32/42

    Sekolah Menengah Tingkatan Dua

    27

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    7.4 Membaca pantas secaraimbasan dan luncuran

    untuk membuat rujukanpelbagai bahan bercetakdan bahan elektronik.

    7.5 Memahami dan menelit i

    maksud tersurat dantersirat daripada sesuatubahan.

    v. Menyatakan maksud tersiratberdasarkan isi tersurat.

    Aras 2

    i . Meneliti dan mengutarakan fakta

    dan pendapat dalam bahan denganmemberikan alasan yang sesuai.

    Merumuskan maklumat daripada bahangrafik yang disediakan.

    Membaca dan menyenaraikan fakta dalam

    bentuk graf ik dan menyatakan pendapatdalam bahan dengan memberikan alasanyang sesuai.

    Menyediakan perenggan yang

    mengandungi satu fakta dan duapendapat.

    7.6 Membezakan fakta dengan

    pandangan dalam bahanyang dirujuk.

    7.7 Memahami laras bahasabagi pelbagai bahan untuk

    memperoleh maklumat.

    Aras 3

    i. Mengenal pasti penggunaan diksidan ayat dalam bahan pelbagai laras.

    Murid membaca kuat teks pelbagai larasdengan sebutan dan intonasi yang betul.

    Murid diberikan potongan kata, rangkai

    kata atau ayat dan dimintamengkategorikan diksi dan ayat mengikutlaras dalam pelbagai bahan bercetak.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uS k l h M h Ti k t D

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    33/42

    Sekolah Menengah Tingkatan Dua

    28

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    8.0 Memproses maklumat untukkeperluan tertentu

    8.1 Menyaring maklumat mengikutklasifikasi.

    8.2 Menyusun maklumat mengikutkeutamaan

    8.3 Membuat pertimbangan secarateliti terhadap maklumat yang

    telah disusun.

    8.4 Mengolah maklumat secara

    koheren untuk tujuan tertentu.

    8.5 Mentafsirkan maklumat yang

    telah dipilih secara rasionaluntuk membuat inferens.

    8.6 Menyemak semula maklumatdan memutuskan sama adahendak menerima, menambah,

    atau menolak pilihan.

    Aras 1

    i. Menentukan maklumat yang sesuai

    untuk sesuatu tugasan.

    ii. Menyusun maklumat mengikut

    keperluan.

    iii. Menentukan isi yang penting dankurang penting dalam maklumat yangdiperoleh.

    iv. Mengubahsuaikan maklumat untuk

    memperlihatkan kesinambunganidea.

    v. Menjelaskan maklumat untukmembuat kesimpulan aw al.

    Aras 2

    i. Mengemaskinikan maklumat denganmemasukkan input terbaru.

    Berbincang untuk menentukan maklumat

    yang sesuai dan menyusun maklumat itumengikut keperluan tugasan. Contoh:

    Kesan menghadiri kelas tuisyen.

    Melengkapkan lembaran pengurusan grafik

    untuk mengkategorikan isi penting dan isikurang penting.

    Menulis rencana untuk memper lihatkankesinambungan idea dengan

    melengkapkan lembaran pengurusangrafik.

    Berbincang untuk menghuraikan maklumatbagi mendapatkan gambaran keseluruhantentang sesuatu isu.

    Berikan beberapa sampel kesimpulansebagai contoh.

    Berbincang dalam kumpulan kecil untukmengemaskinikan tugasan yang diberikan

    dengan menggabungkan maklumat terbaru.Contoh: Menyediakan teks ucapan.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uS k l h M h Ti k t D

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    34/42

    Sekolah Menengah Tingkatan Dua

    29

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    8.7 Menilai secara keseluruhansesuatu maklumat dengan

    memberikan alasan yangkukuh.

    8.8 Membuat rumusan dengan

    alasan yang munasabah.

    ii. Meneliti semula maklumat danmembuat pindaan berdasarkan

    keperluan tertentu

    Aras 3

    i. Merumuskan maklumat dengan

    memberikan alasan yang dapatditerima.

    Berbincang secara berpasangan untukmenyemak dan membuat pindaan maklumatdalam karangan berdasarkan keperluan

    Merumuskan maklumat yamg terdapat

    dalam bahan grafik dengan alasan yangmunasabah.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    35/42

    Sekolah Menengah Tingkatan Dua

    30

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    9.0 Menyampaikan maklumat untuktujuan tertentu

    9.1 Menggunakan kata, isti lah,frasa, rangkai kata,

    peribahasa, dan ayat yang

    tepat serta indah untukmenyampaikan maklumat

    secara tersusun dan kohesif.

    9.2 Menentukan formatpenyampaian dan jenispenulisan yang sesuai untuk

    menyampaikan maklumat.

    9.3 Menyediakan kerangka

    penyampaian dan bahan

    edaran untuk membuatpembentangan.

    9.4 Menyediakan hujah danalasan serta menyampaikan

    maklumat untuk sesuatupembentangan.

    Aras 1

    i. Memilih kata, frasa, rangkai kata,peribahasa dan pelbagai jenis ayatyang sesuai untuk menyampaikan

    maklumat.

    ii. Mengenal pasti format penyampaiandialog, teks pengerusi majlis danpidato secara lisan dan penulisan.

    iii. Mendraf kerangka edaranpenyampaian w awancara dan

    pidato dan kerangka bahanedaran yang sesuai.

    iv. Memberikan pendapat denganalasan yang sesuai untuk membuat

    pembentangan.

    Aras 2

    i. Mendraf kerangka penyampaianceramah dan ucapan dan

    bahan edaran yang sesuai.

    Membuat demonstrasi bagi sesuatutugasan atau projek dengan menggunakan

    kata, frasa, rangkai kata, perbahasan danpelbagai jenis ayat yang sesuai. Contoh:Menyediakan nasi lemak.

    Menonton rakaman video pidato danmencatat format pidato yang betul.

    Mendengar rakaman petikan drama danmencatatkan format dialog yang betul.

    Melengkapkan lembaran pengurusan grafikuntuk membuat draf penyampaianwawancara dan pidato berdasarkan contoh

    teks yang disediakan .

    Menyampaikan pidato berdasarkan tajukyang diberikan.

    Membina peta minda secara berkumpulanuntuk penyampaian ceramah dan ucapanserta menyediakan bahan edaran.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    36/42

    Sekolah Menengah Tingkatan Dua

    31

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    ii. Mengemukakan pendapat denganalasan yang sesuai untuk membuat

    persembahan.

    Aras 3

    i. Mendraf kerangka penyampaiandiskusi dan wawancara dan

    bahan edaran yang sesuai.

    ii. Mengemukakan pendapat denganalasan yang kukuh untuk membuat

    pembentangan yang meyakinkanberdasarkan tinjauan danpemerhatian.

    Menyampaikan ceramah dan ucapan dalamsimulasi seminar. Galakkan penyampaiandengan berbantukan multimedia sepertislaid dan klip video.

    Membentuk lakaran minda secara individu

    untuk penyampaian diskusi berdasarkan

    topik tertentu serta menyediakan bahanedaran.

    Mengambil bahagian sebagai ahli panel

    dalam simulasi majlis forum sesuatu isu.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    37/42

    Sekolah Menengah Tingkatan Dua

    32

    III. Hasil Pem belajaran Bidang Estetik

    Bidang Estetik berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang Estetik juga

    mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan. Hasil PembelajaranUtama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai oleh murid dalam Bidang Estetik ialah memahami, menguasai, danmenghasilkan penulisan kreatif.

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    10.0 Memahami danmemberikan respons

    peribadi tentang karyasastera

    10.1 Menceritakan semula

    sesebuah karya

    secara keseluruhan.

    10.2 Mengenal pasti

    perkara yang menarikdalam sesebuahkarya.

    10.3 Menyatakan bentukdan nada puisi.

    10.4 Menyatakan jenis, ciri,

    tema dan persoalan,pemikiran, nilai, danpengajaran.

    Aras 1

    i. Menyatakan makna kata danungkapan berdasarkan konteksuntuk memahami maksud tersuratdan tersirat.

    ii. Mengesan urutan peristiwa untukmenggambarkan keseluruhan cerita.

    iii. Menjelaskan aspek yang menarik

    dalam karya prosa dan puisi.

    iv. Menghuraikan ciri, bentuk dan nadapantun empat kerat, syair dan sajak.

    v. Mengemukakan jenis, ciri-c iri tema

    dan persoalan, pemikiran serta nilaidan pengajaran karya puisi danprosa.

    Menjalankan aktiviti mestamu sajak yang dipilih.Kemudian, murid berb incang tentang maksud kata

    dan ungkapan yang tersurat dan tersiratberdasarkan sajak tersebut.

    Membaca senyap dan melengkapkan lembaranpengurusan graf ik urutan peristiwa cerpen yangdibaca.

    Mengambil bahagian sebagai ahli panel untukmenghuraikan aspek yang menarik dalam karya

    prosa dan puisi. Contoh: Jalan cerita, bahasa danwatak.

    Menghuraikan ciri, bentuk dan nada syair dansajak dengan menggunakan peta minda, kemudian

    melengkapkan lembaran pengurusan grafikbanding beza.

    Melaksanakan aktiviti kerusi panas untukmembincangkan tema dan persoalan, pemikiran

    serta nilai dan pengajaran karya prosa.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    38/42

    g g

    33

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    10.5 Menghuraikanmaksud, gaya bahasa

    dan unsur bunyi dalampuisi.

    10.6 Mengulas karyasastera dari aspekwatak dan

    perw atakan, latar, plot,gaya bahasa, dansudut pandangan.

    vi. Mengemukakan maksud puisi.

    vii. Menjelaskan penggunaan

    inversi, metafora, simile, dan

    personafikasi dalam karya.

    Mendeklamasikan sajak atau melafazkan syairkemudian membincangkan maksud puisi tersebut.

    Menjalankan aktiviti teater pembaca dan

    menghuraikan gaya bahasa da lam puisi.Contoh: Inversi, metafora, simile danpersonafikasi.

    Aras 2

    i. Membincangkan tema, persoalan,nilai dan pengajaran dalam karya.

    ii. Mengenal pasti penggunaan sinkof,dan perulangan, anafora dan epifora.

    iii. Menghuraikan w atak dan perwatakandan latar masyarakat.

    Aras 3

    i. Mengenal pasti keindahan unsur

    bunyi dalam puisi.

    ii. Mengenal pasti binaan plot danpenggunaan imbas kembali dalamteks.

    Menjalankan aktiviti penulisan idea untukmenghuraikan w atak dan perwatakan dan latarmasyarakat.

    Mendengar lagu puisi untuk mengenal pastisinkof, unsur pengulangan, anafora dan

    epifora.

    Menjalankan lakonan spontan berdasarkanpetikan karya dan membincangkan nilai dan

    pengajaran dalam karya.

    Mendengar pengucapan bait pantun dua keratyang mengandungi rima akhir, rima tengah,aliterasi dan asonansi. Minta pelajar membina

    baris puisi yang mengandungi unsur tersebut.

    Bersoal jawab tentang tema dan persoalan,binaan plot dan teknik plot dalam karya.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    39/42

    34

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    11.0 Menguasai gaya bahasadan laras bahasa dalam

    penulisan kreatif danbukan kreatif

    11.1 Mengenal pasti

    gaya bahasadalam karya bukan

    sastera serta

    menggunakannyadalam penulisanbukan kreatif.

    Aras 1

    i. Mengesan diksi dan pelbagai ragam

    ayat dalam karya bukan sastera.

    ii. Meneliti dan menjelaskan aspek gayabahasa dan unsur bunyi dalam karya

    sastera.

    Membaca senyap petikan bukan sastera

    untuk mengenal pasti diksi dan pelbagairagam ayat dengan melengkapkan

    lembaran pengurusan graf ik.

    Menjalankan aktiviti mestamu sajak yang

    dipilih dan membincangkan aspek gayabahasa, unsur asonansi dan aliterasi dalamsajak.

    11.2 Menganalisis gayabahasa, dan unsurbunyi dalam karya

    sastera sertamenggunakannyadalam penulisan

    kreatif.

    Aras 2

    i. Mengenal pasti dan menghuraikan

    penggunaan diksi dan struktur ayatdalam laras sejarah dan sains.

    Berbincang tentang petikan karya bukansastera untuk menghuraikan penggunaandiksi dan struktur ayat yang terdapat dalam

    petikan. Contoh: Istilah dalam pelabelanmodel/ilustrasi sains misalnya anggotamanusia seperti kardiovaskular, kelenjar,

    dan bisep.11.3 Membandingkan

    penggunaan laras

    bahasa dalampelbagai genre

    Aras 3

    i. Menjelaskan penggunaan diksi bagiteks laras agama, mora l, dan teknologimaklumat.

    Melaksanakan aktiviti permainan kosa kata(permata) untuk menghasilkan penulisan

    laras agama dan teknologi maklumat.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    40/42

    35

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    12.0 Menghasilkan penulisankreatif dan bukan kreatif

    12.1 Menghasilkan prosadan puisi secara

    terancang, tertib, dan

    kemas denganmenggunakan bahasa

    yang tepat, indah, dan

    menarik.

    12.2 Mengemukakan isiyang bernas dan

    membina kerangkapenulisan.

    12.3 Membina ayat topik

    dan ayat huraian untukmembina perenggan

    yang kohesif.

    12.4 Menyusun isi dan

    menggunakanpenanda w acana untukmenghasilkan

    perenggan yangkoheren.

    Aras 1

    i. Mengenal pasti dan memahami kata kunciyang terdapat dalam tajuk penulisan yang

    diberikan.

    ii. Memahami maksud kata, rangkai kata dan

    menggunakannya dalam kontekspenulisan.

    iii. Menentukan isi-isi penting yang relevandengan tajuk penulisan.

    iv. Membina ayat dalam perenggan untukmenghasilkan surat kiriman tak rasmi/surat

    kiriman rasmi, dialog dan karangan.

    v. Menyusun isi dan menggunakan penanda

    wacana yang tepat yang dapatmemperlihatkan perkaitan antara isi.

    Minta pelajar mengenal pasti danmenggariskan kata kunci yang terdapatdalam beberapa tajuk dan utarakanperbezaan kehendak tajuk-tajuk tersebut.

    Contoh kata kunci: Punca, faktor, kesan,

    akibat, dan langkah atau cara mengatasi.

    Untuk peringkat permulaan, ber ikan latihandalam ayat dalam bentuk soalan aneka

    pilihan atau memadan makna. Contoh

    soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksudyang sama atau yang paling hampir denganayat yang dicetak tebal.

    Membina lembaran pengurusan grafik untuk

    menentukan isi yang sesuai dan sebaliknyabagi sesuatu tajuk penulisan. Berikansenarai isi yang bercampur antara isi yang

    sesuai dengan yang tidak sesuai.

    Sebagai variasi, jalankan akt iviti berutussurat antara rakan dalam kelas berdasarkan

    tajuk yang ditetapkan.

    Jelaskan kepada pelajar fungsi penanda

    wacana dengan membuat perbandinganantara perenggan yang mempunyaipenanda w acana yang tepat dengan yang

    tidak tepat.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    41/42

    36

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    12.5 Membina barispuisi dengan

    kemas dan indah.

    12.6 Mengedit dan

    memurnikan

    sesuatu karya yangtelah dihasilkan.

    vi. Menentukan idea yang ingin digarap dalampuisi mudah (pantun, syair dan puisi)

    berdasarkan tema dan topik tertentu.

    vii. Mengenal pasti kesilapan ejaan, dantanda baca dalam penulisan.

    Aras 2

    i. Mengolah ayat berdasarkan isi penting

    untuk menghasilkan perenggan dialog dancerita yang koheren.

    ii. Menggunakan kata-kata yang puitis dalam

    baris pantun syair dan sajak.

    iii. Membuat pengubahsuaian idea danorganisasi karangan untuk membina

    perenggan yang seimbang.

    Memperdengarkan lagu ber irama tradisionalyang liriknya daripada rangkap pantun dan

    menyenaraikan isinya. Contoh lagu: JogetPahang

    Membuat latihan memberikan tanda bacayang betul bagi petikan. Kenalkan

    penggunaan tanda soal dan tanda petik yang

    betul.

    Secara berpasangan, murid menambah

    ayat sekurang-kurangnya empat ayat(termasuk contoh) untuk mengembangkan isidalam perenggan. Minta murid

    menggunakan penanda w acana yang betul.

    Menulis dialog berdasarkan tayangandrama/filem bisu. Kemudian, jalankan aktivitialih suara.

    Galakkan murid menggunakan simile dan

    peribahasa dengan merujuk kepada kamusdan tesaurus. Contoh: Hatinya pilu bagaiditusuk sembilu.

    Membuat perbincangan kumpulan untuk

    mengubahsuaikan organisasi karangan. Buatperbandingan dengan hasil kumpulan lain.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melay uSekolah Menengah Tingkatan Dua

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tingkatan 2

    42/42

    37

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

    Aras 3

    i. Menghasilkan pelbagai prosa

    termasuk laporan, pidato dan iklan.

    ii. Menghasilkan cerita berdasarkan

    lakaran plot dengan menggunakan

    gaya penulisan yang menar ik.

    iii. Menghasilkan pantun, syair dan

    sajak dengan menggunakan bahasayang tepat dan indah danbersesuaian dengan tema.

    iv. Membetulkan kesalahan pemilihankata dan binaan ayat dalam teks.

    Menonton iklan televisyen yang menarik danmengenal pasti kapsyen dan maksudnya.

    Kemudian cipta kapsyen iklan barangan atau

    perkhidmatan secara berkumpulan.

    Menukarkan lakaran plot (grafik) kepada ceritayang menarik. Pada peringkat ini, galakkan muridmenyelitkan dialog yang sesuai dengan cerita.

    Mendengar pantun pembuka dan penutup majlisdan mencipta dua rangkap pantun untuk tujuanyang sama. Buat variasi maksud berdasarkan

    tujuan majlis. Contoh: Majlis perpisahan dandebat.

    Aplikasikan kemahiran merujuk kepada kamus

    dalam aktiviti ini misalnya menyatakan pelbagaimakna bagi suatu perkataan dan makna yangsesuai dengan maksud yang ingin disampaikan.

    Contoh: Dia (mencari/meneroka/mendapatkan/menyelongkar/meraba) kunci rumahnya.