Ayat-ayat Pilihan - yang mengelirukan yang terdapat dalam Tafsir Fi Zilal ketika mentafsirkan Surah al-Hadid dan Surah al-Ikhlas, di mana ungkapan-ungkapan

  • View
    236

  • Download
    8

Embed Size (px)

Text of Ayat-ayat Pilihan - yang mengelirukan yang terdapat dalam Tafsir Fi Zilal ketika mentafsirkan...

  • Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

    Tafsir Fi Zilalil Quran 1

  • Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

    Tafsir Fi Zilalil Quran 2

    Kandungan

    Salah Faham Terhadap Pemikiran Sayyid Qutb 3 10 Selengkar Biodata Pengarang 11 15 Muqaddimah 16 32 Surah Al-Fatihah 33 45 Surah Al-Baqarah (Ayat 142 150) 46 77 Surah Al-Baqarah (Ayat 208 209) 78 91 Surah An-Nisa (Ayat 58 70) 92 127 Surah Al-Araf (Ayat 161 167) 128 138 Surah Saba (Ayat 15 21) 139 148 Surah Yaasin (Ayat 20 32) 149 161 Surah Ghafir (Ayat 28 55) 162 184 Surah Al-Maidah (Ayat 78 81) 185 198 Surah Aali-Imran (Ayat 21 32) 199 213 Surah Al-Ahzab (Ayat 21 40) 214 265 Surah Al-Isra (Ayat 22 37) 266 285 Surah Lukman (Ayat 13 19) 286 293 Surah Al-Alaq 294 315 Surah Adh-Dhuha 316 323 Surah Al-Assyarh 324 328 Surah Az-Zalzalah 329 - 333 Surah At-Takathur 334 - 337 Surah Al-Asr 338 350 Surah Quraisy 351 - 354 Surah Al-Fiil 355 - 367 Surah Al-Kauthar 368 - 371 Surah Al-Kafirun 372 - 379 Surah An-Nasr 380 - 386 Surah Al-Ikhlas 387 - 392 Surah Al-Falaq 393 - 398 Surah An-Nas 399 - 403

  • Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

    Tafsir Fi Zilalil Quran 3

    Salah Faham Terhadap Pemikiran Sayyid Qutb

    lnilah penjelasan yang amat penting untuk pembaca Tafsir Fi Zilal dan buku-buku karangan asy-Syahid Sayyid Qutb yang lain yang kami petikkan sebahagiannya dari muqaddimah buku " " bahagian yang kedua dari buku " " iaitu karangan-karangan akhir beliau sebelum buku " " .

    Muqaddimah ini ditulis oleh saudara beliau penulis Islam terkemuka di akhir abad ini iaitu al-Ustaz al-kabir Muhammad Qutb1 dan dalam muqaddimah ini beliau telah mendedahkan beberapa salah faham yang ditimbulkan oleh pembaca-pembaca yang tidak menghayati karangan Sayyid Qutb secara menyeluruh atau membacanya secara tebuk-tebukan di sana sini lalu membuat kesimpulan-kesimpulan yang gopoh dan zalim yang mencemari persepsi beliau yang sebenar tanpa usaha menyelaras dan mensepadukannya dengan keterangan-keterangan beliau yang lain di tempat-tempat yang lain untuk mendapatkan satu persepsi yang betul yang dikehendaki beliau atau salah faham dan fitnah yang sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam yang begitu ghairah semasa hayat beliau untuk menghapuskan beliau dan memburuk-burukkan pemikiran Islamiyahnya yang tegas dan murni. Semoga muqaddimah ini menjadi garis panduan yang penting kepada para pembaca apabila menemui sesuatu ungkapan dalam Fi Zilal atau lainnya yang sekali imbas mendorong ke arah kesimpulan-kesimpulan yang melulu. Dengan pembacaan dan penelitian yang sedemikian hemat dapat menghindarkan pembaca dari kemungkinan-kemungkinan terperangkap dalam tompokan-tompokan buih yang tidak dimaksudkan yang terjana dalam curahan arus pemikiran Sayyid Qutb yang begitu meluas dan mendalam.

    Penterjemah

    Satu perkara lagi yang saya kemukakan sebagai jawapan kepada sahabat-sahabat saya yang bertanya dan membuat cadangan itu, iaitu saya selama-lamanya telah bersumpah ketika mengulangi cetak buku-buku karangan saudara saya bahawa saya akan mengekalkan segala isi kandungannya sebagaimana asalnya tanpa sebarang tambahan, potongan dan penerangan agar para pembacanya dapat membaca sebagaimana yang ditulis sendiri oleh beliau tanpa sebarang pindaan, walaupun di sana pada pandangan setengah orang terdapat ungkapan-ungkapan yang memerlukan pindaan dengan dipotong atau ditambah atau diulas atau dinotakakikan dan walaupun setengah-setengah orang itu sendiri sibuk menimbulkan setengah-setengah isu yang sebenarnya tidak wujud seperti (mengatakan beliau terpengaruh dengan) isu kesatuan kewujudan atau ""

    Sebenarnya di dalam Tafsir Fi Zilal memang terdapat ungkapan-ungkapan yang menimbulkan salah faham pembaca yang mengambil ungkapan-ungkapan

    1 Di antara karangan beliau yang telah saya terjemahkannya ke bahasa ibunda ialah Salah Faham Terhadap Islam dan Memahami Jiwa Manusia Menurut Perspektif Islam.

  • Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

    Tafsir Fi Zilalil Quran 4

    itu sahaja selaku ungkapan yang selalu digunakan oleh pendokong-pendokong konsep "" . Tetapi bagi pengkaji yang saksama apabila menemui lebih daripada satu tempat dalam Tafsir Fi Zilalil Quran ungkapan-ungkapan yang terang dan tegas yang menunjukkan bahawa pengarangnya beriman bahawa Allah berlainan dari makhluk-makhluk-Nya dan di sana tiada ruang untuk dicampuradukkan di antara Khaliq dan makhluk di dalam mana-mana sifat dan sifat-sifat-Nya dan di dalam mana-mana perbuatan dari perbuatan-perbuatan-Nya, maka seharusnya ia merujukkan maksud ungkapan-ungkapan yang mengelirukan ini kepada maksud ungkapan-ungkapan pengarangnya yang jelas dan tegas agar dengan itu hilanglah segala kekeliruan. Apa fikiran anda jika ada orang membaca perkataan para Hawari yang masing-masing mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam al-Quran:

    112. Apakah Tuhanmu berkuasa menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?

    (Surah al-Maidah) Lalu dia mengulaskan perkataan ini dengan mengatakan bahawa para

    Hawari meragui kekuasaan Allah! Apakah ulasannya itu benar? Tentulah tidak benar sama sekali! Kerana kita mengetahui dari al-Quran dengan penuh keyakinan bahawa para Hawari adalah orang-orang yang beriman dan seseorang yang beriman sudah tentu tidak akan meragui kekuasaan Allah. Justeru itu ungkapan para Hawari yang mengelirukan itu wajib ditakwilkan atau lebih jelas, ungkapan mereka Apakah Tuhanmu berkuasa menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit? seharusnya ditakwil dengan takwilan yang mengubahkannya dari pengertiannya yang zahir agar selaras dengan kehendak keyakinan kita terhadap keimanan para Hawari itu. Begitulah juga halnya dengan ungkapan-ungkapan yang mengelirukan yang terdapat dalam Tafsir Fi Zilal ketika mentafsirkan Surah al-Hadid dan Surah al-Ikhlas, di mana ungkapan-ungkapan yang mengelirukan itu seharusnya ditakwilkan dengan pengertian dari ungkapan-ungkapan pengarangnya yang jelas dan tegas yang terdapat dalam kitab itu sendiri, iaitu pengertian yang dapat menolakkan sebarang saranan yang mengaitkan dengan konsep "" yang salah itu.

    Walau bagaimanapun dalam buku yang kami persembahkan pada hari ini terdapat penerangan yang lebih jelas lagi mengenai persoalan ini dan menghapuskan sebarang kekeliruan seperti itu. Tersebut di dalam bab Uluhiyah dan Ubudiyah (ms. 81):

    Kefahaman Islam secara total memisahkan di antara tabiat Uluhiyah dan tabiat Ubudiyah dan di antara posisi Uluhiyah dan posisi Ubudiyah dan di antara ciri-ciri Uluhiyah dan ciri-ciri Ubudiyah. Kedua-duanya tidak sama dan tidak bercampuraduk.

    Dan tersebut dalam bab yang sama (ms. 116): Islam menganggap isu tauhid sebagai isu perdana dan isu teragung.

    Mentauhidkan Uluhiyah, mengkhususkan Uluhiyah dengan ciri-cirinya kepada Allah sahaja dan mengakui ciri-ciri Uluhiyah itu hanya berhak kepada Allah sahaja, dan konsep

  • Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

    Tafsir Fi Zilalil Quran 5

    kesyumulan Ubudiyah itu meliputi segala sesuatu dan segala yang hidup dan menanggalkan darinya segala ciri Uluhiyah, maka konsepsi tauhid dengan tahap dan kesyumulan yang sedemikian itulah tauhid yang menjadi tunggak dan teras pertama Islam.

    Sebagaimana anda lihat itulah ungkapan-ungkapan tauhid yang amat jelas dan tegas (yang dikemukakan beliau) yang harus diselaras dan dirujukkan kepadanya apa sahaja ungkapan beliau yang tidak sengaja yang menimbulkan kekeliruan dan salah faham.

    Dan walaupun pernah dikatakan setengah orang bahawa fikiran Sayyid Qutb ialah fikiran Khawarij!

    Yang lumrah diketahui umum tentang golongan Khawarij ialah mereka mengkafirkan orang-orang yang mengerjakan maksiat dan mereka hanya mengira amalan dan perbuatan yang lahir sahaja tanpa melihat kepada niat yang menyertainya. Mereka menghukum kafir siapa sahaja yang disukai mereka semata-mata kerana perbezaan pendapat dan perbezaan perilaku tanpa merujukkan kepada kaedah-kaedah syara mengenai hukum-hukum pendapat dan perilaku itu.

    Dalam buku yang ada di tangan kita sekarang iaitu buku " "pembaca dapat menemui satu contoh pemahaman (beliau) yang jelas dan betul terhadap kaedah-kaedah syara yang diambil dari kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam persoalan kuasa hakimiyah yang menjadi pokok perbincangan.

    Ujar Sayyid Qutb dalam bab Uluhiyyah dan Ubudiyyah (m.s 167) berhubung dengan tafsiran ayat-ayat dalam Surah an-Nisa:

    )60( 60. Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. hingga kepada ayat:

    )65(

    65. Oleh itu demi Tuhanmu, mereka sebenarnya tidak beriman sehingga mereka berhakimkan kepadamu dalam perkara-perkara yang telah dipertikaikan di antara mereka kemudian mereka tidak dapati di dalam hati mereka sebarang

  • Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

    Tafsir Fi Zilalil Quran 6

    perasaan terkilan terhadap keputusan yang telah diputuskan engkau dan mereka menerimanya dengan penuh kerelaan.

    Kita berhadapan