30
TAJUK : ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA, AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME 1.0 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan segala rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya. Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing di atas tugasan yang diberikan. Sekiranya tiadanya tugasan ini, maka ceteklah ilmu saya sebagai seorang pendidik. Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang memahami akan waktu kesibukan dalam menyiapkan tugasan. Dorongan dan sokongan serta pertolongan yang dihulurkan amatlah dihargai. Sesungguhnya,

ASSINGNMENT 3108

Embed Size (px)

DESCRIPTION

3108

Citation preview

TAJUK :ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA, AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME

1.0 PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan segala rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya. Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing di atas tugasan yang diberikan. Sekiranya tiadanya tugasan ini, maka ceteklah ilmu saya sebagai seorang pendidik.

Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang memahami akan waktu kesibukan dalam menyiapkan tugasan. Dorongan dan sokongan serta pertolongan yang dihulurkan amatlah dihargai. Sesungguhnya, segala pengorbanan yang dicurahkan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan perbuatan.

Begitu juga rakan-rakan seperjuangan dan juga rakan sekerja. Sesungguhnya, pertolongan dan tunjuk ajar kalian juga tidak terbalas dengan kata-kata. Hanya tuhan yang dapat membalasnya. Sekian, terima kasih.

2.0 PENGENALAN Pendidikan adalah perkara yang penting dan sememangnya menjadi keutamaan dalam hidup manusia. Kualiti pendidikan sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perlu diperlihara oleh sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara guru merupakan fokus utama. Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Guru memainkan peranan yang amat penting.

Selain menyampaikan ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,guru mestilah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan lebih sempurna. Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi contoh kepada murid-murid.

2.0 ISU DARIPADA KLIP VIDEO2.1 The Inviligator-Peranan guru pembimbing dalam memotivasikan guru pelatih.

2.2 Video Cikgu Shaari-Guru Tidur dalam kelas

ULASAN KRITIS TENTANG KONSEP PROFESION, ETIKA, AKAUNTABILITI DAN PROFESIONALISME

Merujuk kepada buku Asas Kepimpinan dan perkembangan Profesionalisme Guru, profesion adalah merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang indivdu diperlukan. Manakala menurut Kamus Dewan (2005), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Manakala profesional pula bermaksud guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), etika perguruan yang diwujudkan oleh kerajaan akan memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana guru harus bertingkahlaku dalam profesion perguruan. Kod ini merupakan panduan kepada guru dan ia adalah amat sesuai untuk dirujuk serta diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan telahpun menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan di mana ia dapat membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

Berdasarkan klip video The Inviligator dan video cikgu Shaari jelas menunjukkan profesion yang di lakonkan adalah profesion perguruan. Jika dilihat kepada kedua-dua watak yang dimainkan, cikgu Amira merupakan guru pelatih yang akan menamatkan latihan perguruannya manakala cikgu Shaari adalah guru yang telah lama berkhidmat sebagai guru. Namun apa yang dilihat dalam lakonan ini, kedua-dua guru ini mempunyai masalah tersendiri yang boleh mengakibatkan integriti seorang pendidik tercemar. Namun, penyelesaian kepada masalah yang berlaku ini haruslah ditangani dengan cara yang betul agar etika sebagai seorang pendidik dapat dipupuk dalam diri seorang pendidik.

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Secara umumnya, seorang guru perlu memahami muridnya yang ada di dalam kelas. Guru juga perlu menghadiri kelas pengurusan emosi dan perlu memastikan setiap muridnya tidak berpuak-puak. Apa yang penting sekali ialah guru tidak boleh bersikap pilih kasih dan perlu adil kepada muridnya.

Filem The Invigator ini memaparkan bagaimana seorang guru pratikum iaitu Cikgu Amira menghadapi kegagalan menguruskan kawalan kelas sehingga mengakibatkan pelajar tidak menghormati beliau selaku guru yang berada di hadapan. Kegagalan memberi tumpuan oleh pelajarnya di dalam kelas mengakibatkan guru tersebut bertindak atas ikutan emosinya dengan memarahi pelajarnya. Pelajar yang dimarahinya adalah seorang pelajar yang tidak membuat bising sebaliknya menyiapkan tugasan guru lain. Ini adalah lumrah seorang guru, bilamana mereka memarahi kepada pelajar yang tidak sepatutnya. Sepatutnya kemarahannya perlu dizahirkan kepada murid lain yang membuat bising dan menggangu suasana pembelajaran dan pengajaran atau nama baru pembelajaran dan pemudahcaraan, PdP. "Bodoh betul la.." adalah kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada seorang guru seterusnya mengakibatkan guru tersebut beremosi dan marah kepada muridnya. Kemarahan, putus asa dan perasaan kecewa mengakibatkan guru tersebut terasa seperti hendak keluar dari dunia pendidikan. Cikgu Amira bertindak secara tidak profesional dengan keluar dari kelas sedangkan masanya tidak habis lagi. Sebagai seorang guru yang beretika, kita perlu meletakkan kepentingan pelajar di atas berbanding kepentingan emosi. Tetapi atas kapasiti kita sebagai manusia kadang-kadang kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Pada pandangan saya, bagi mengatasi perkara ini, seharusnya Cikgu Amira tidak boleh terus marah kepada pelajar tersebut, sebaliknya bertanya dahulu apa masalah mereka, selami mereka, dapatkan kepercayaan mereka kepada kita, barulah mereka akan menghormati kita. Bagi menjadikan cikgu Amira seorang guru yang efektif , dia perlu dihantar menghadiri kursus untuk memantapkan lagi ilmu keguruan. Cikgu Amira juga perlu diberikan guru pembimbing yang banyak pengalaman dalam mengajar. Cikgu Amira juga perlu memastikan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid di dalam kelas.

Secara logiknya, dalam menyelesaikan masalah ini ialah Sepatutnya Cikgu Amira bertanyakan kepada guru kelas bagi mengetahui tentang latar belakang setiap murid yang terdapat di dalam kelas itu sebelum mula mengajar kelas tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat memudahkan lagi proses penyampaian pengajaran Cikgu Amira apabila dia sudah sedia maklum akan masalah bakal murid yang diajarnya. Rancangan Pengajaran Harian juga boleh diubahsuai mengikut keperluan dan juga kemampuan muridnya setelah disemak oleh guru pembimbing.Seorang pendidik perlu progresif dan saintifik dalam setiap perkara yang berlaku. Guru juga harus memajukan dan memperkayakan diri dengan menambah ilmu melalui pembacaan, menghadiri kursus dan melanjutkan pelajaran serta jangan mudah terpengaruh dengan emosi apabila melibatkan murid. Sesungguhnya Orang yang hidup harus bersikap berani menghadapi risiko. Salah satu jenis risiko adalah menghadapi masalah dalam kehidupan dan pekerjaan. Masalah boleh mematangkan seseorang apabila dihadapi dengan tabah.

Manakala video klip cikgu Shaari pula melakonkan perwatakan seorang guru yang tertidur semasa berada di dalam kelas.Namun begitu beliau tidak mempunyai ciri-ciri guru yang profesional. Masuk kelas dan terus tulis di papan hitam dan murid membaca seorang demi seorang. Tiada tajuk. Tiada objektif yang diterangkan. Tiada set induksi untuk menarik minat murid belajar. Adakah ini dapat kita katakan guru mengajar dan murid belajar?Keadaan pembelajaran yang dilaksanakan oleh Cikgu Shaari sangat menyedihkan. Apa yang dapat saya lihat murid kelihatan mahu belajar, bersedia untuk belajar tetapi persediaan untuk mengajar tidak ada. Jika ini berlaku maka generasi akan datang memandang bahawa seorang guru hanya datang dan masuk kelas untuk melihat murid sahaja. Dalam etika keguruan guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Guru tidak bersemangat dan tidak membangkitkan semangat murid. Kaedah latih tubi membaca yang diberikan tetapi tiada kepelbagaian aktiviti. Ini menunjukkan beliau tidak mengikut tatasusila profesion keguruan iaitu tanggungjawab kepada murid. Murid hanya membaca dan aktiviti ini bukan sahaja membosankan murid malah turut membosankan guru yang mengajar. Kesan daripada kebosanan Cikgu tidur dan murid bermain. Kesan daripada tingkahlaku Cikgu Shaari akan mencemarkan sifat profesioanalisme dan akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesionnya. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak mencemar kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru.Cikgu Shaari tidak menjalankan tanggungjawab utama guru terhadap anak muridnya. Kegagalan Cikgu Shaari dalam membuat persediaan mengajar dan mengawal kelas dapat dilihat apabila Cikgu tertidur. Kepentingan murid adalah mengatasi semua kepentingan lain.Sebagai seorang guru, Cikgu Shaari haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkahlaku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Ini bermaksud apabila murid melangkah masuk ke sekolah, guru merupakan orang yang paling tua orang yang paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar.Cikgu Shaari juga haruslah tidak menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Ini bermakna sebagai pendidik guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan tidak mementingkan kehendak masyarakat.

Berdasarkan kes yang dinyatakan di atas, guru yang terbabit itu telahpun melanggar beberapa kod etika guru yang telah ditetapkan. Pertama, seperti mana yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan, seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru yang terbabit telahpun mencetuskan pergaduhan antara dua orang pendidik di mana tingkah laku yang kurang sesuai dan kurang sopan ditunjukkan di depan murid yang ramai. Hal ini sanggup menjejaskan sifat profesionnya dan seterusnya mampu menyebabkan kehilangan kepercayaan dari anak murid, ibu bapa, serta masyarakat terhadap profesion perguruan. Kedua, seorang guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. Purata seorang pelajar menghabiskan masa di sekolah setiap hari adalah selama 8 jam atau lebih.Kesemua aktiviti yang diakan di sekolah memerluka kehadiran guru sebagai penasihat atau pembimbing.Tidak hairanlah jika terjalin satu ikatan silaturahim yang cukup erat antara guru dan murid. Oleh itu, guru haruslah berusaha untuk membentuk tingkah laku murud-murid supaya ianya dapat diterima oleh masyarakat dan bukannya menunjukkan kelakuan yang negatif itu di depan mereka. Hal ini sanggup memesongkan fikiran murid-murid dalam aspek membentuk tingkah laku yang positif.Selain itu, ternyata juga dalam Kod Etika Perguruan bahawa seorang guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh teladan yang baik terhadap murid-murid. Murid sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang positif. Guru yang dilihat sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan idola oleh seseorang pelajar itu. Pada mata pelajar, guru seperti ini berupaya untuk memberikan mereka semangat untuk berjaya dalam hidup lalu menjadi seorang insan yang berguna di dunia ini sama seperti guru mereka itu. Bayangkan jika semua murid mengjadikan guru sebagai role model, apa yang akan berlaku akibat daripada pergaduhan antara dua orang pendidik itu? Sudah tentu sesuatu yang tidak baik akan selalu diingat oleh murid bagi suatu masa yang panjang.Di samping melanggar Kod Etika Perguruan, guru yang terbabit itu juga melakukan kesalahan ataupun boleh dikatakan tidak melaksanakan akauntabiliti dengan sempurna. Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadapsesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalahmengenai disiplin dan keperluan untukmemberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.Akauntabiliti keguruan pula bermaksud tanggungjawab yang harus difahamidan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawamaksud tanggungjawab guru terhadap profesionalismekeguruan. Akauntabiliti atautanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakatdan negara, danprofesion perguruan amnya.Dalam kes yang dibincangkan itu, guru yang terbabit itu boleh dikatakan tidak melaksanakan akauntabilitinya terhadap keempat-empat pihak iaitu akauntabiliti terhadap murid, ibu bapa, profesion perguruannya serta masyarakat dan negara. Pertama, dari aspek akauntabiliti terhadap murid, guru tersebut sepatutnya mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal yang lain. Beliau juga perlulah menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang baik sepanjang masa dan berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada murid. Hal ini adalah disebabkan guru dianggap sebagai individu yang ideal, berstatus dan berkelayakan, maka tingkah laku guru akan menjadi ikutan murid seperti kata pepatah jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Justeru, guru seharusnya menjaga tingkah laku diri sendiri dan berusaha menunjukkan sesuatu yang dapat memberi contoh yang baik kepada murid.Kedua, akauntabiliti terhadap ibu bapa. Seseorang guru haruslah mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap guru. Kelakuan kedua-dua pendidikan tersebut telah menjejaskan imej seorang pendidik di depan murid dan hal ini seterusnya akan tersebar sehinggalah ke telinga ibu bapa. Impak daripada kejadian tersebut ialah kepercayaan murid dan ibu bapa terhadap guru akan terjejas dan ianya bukan sahaja ditujukan kepada guru yang terbabit itu, malah guru-guru yang lain yang tidak terlibat juga tetap terpengaruh.Seterusnya adalah akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Seorang guru sepatutnya sanggup mengawal diri demi mengelakkan diri daripada membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Akan tetapi, guru yang terbabit dalam kes tersebut bukan sahaja melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah dirinya, malah juga mencemar nama baik guru yang lain. Hal ini seterusnya akan menjejaskan profesionalisme perguruan dan akhirnya pihak-pihak yang tidak bersalah juga tetap menerima impaknya.Dari aspek akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara, seseorang guru itu sepatutnya mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang bertentangan dengan Rukunegara dan haruslah berusaha untuk memupuk sikap dalam diri murid dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang lain serta berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. Malangnya, guru tersebut menunjukkan tingkah laku yang kurang sopan di depan murid, dan hal ini adalah bertentangan dengan salah satu prinsip Rukunegara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Tingkah laku yang tidak baik ini bukan sahaja tidak dapat memupuk sikap dalam diri murid yang positif malah ia sanggup membina kelakuan yang negatif di kalangan murid.Berdasarkan perkara-perkara yang dibincang di atas, salah satu punca yang mencetuskan kes tersebut adalah tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut. Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi murid. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama meraka di dalam bilik darjah. Dalam proses melakasanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanak emosi.Mengikut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.Secara umumnya, punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua aspek, iaitu punca profesional dan punca peribadi. Dalam aspek profesional, ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu persekitaran kerja, perubahan dan beban kerja. Pertama, persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres kepada guru yang terbabit dan seterusnya menjadi pencetus bagi kes tersebut. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa telahpun menimbulkan ketidakselesaan kepada guru tersebut sebelum kes itu berlaku. Kedua, perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku murid menyebabkan guru harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Seperti mana yang berlaku dalam kes tersebut, guru dipercayai gagal mengawal kelas. Hal ini mungkin disebabkan perubahan tingkah laku murid tidak dapat disesuaikan oleh guru tersebut dan akhirnya perubahan ini menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri guru tersebut. Seterusnya beban kerja. Pihak guru pula saban hari dibebani dengan pelbagai tugas yang semakin mencabar. Pembangunan profesionalisme diri guru sentiasa dituntut, komitmen guru sentiasa dipertikaikan sementara sebaliknya pengorbanan guru kelihatan agak kurang ditonjolkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, bebanan kerja yang semakin meningkatkan menyumbang kepada tekanan emosi guru. Dalam aspek peribadi pula, ia boleh dibahagikan kepada dua perkara yang paling utama, iaitu kesihatan, kewangan. Kesihatan merupakan faktor yang amat mempengaruhi tingkah laku seseorang. Dalam kes ini, kesihatan guru tersebut pada hari kejadian mungkin berada dalam keadaan yang kurang baik. Justeru, emosi guru tersebut terganggu apabila berhadapan dengan teguran dan rakaman yang dilakukan oleh guru besar tersebut. Selain itu, masalah kewangan juga dijadikan salah satu perkara yang turut membangunkan tekanan seseorang guru. Gaji guru lebih rendah berbanding dengan profesion yang lain. Oleh yang demikian, guru tersebut mungkin menghadapi masalah kewangan pada masa itu dan ianya merunsingkannya pada setiap masa. Maka, emosi dan tingkah laku yang negatif daripada guru tersebut dengan mudahnya dicetus. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, meningkatkan kesedaran terhadap Kod etika keguruan. Sebagai seorang guru, kita diingatkan agar tidak bertindak melanggar etika, melampaui batas peraturan atau undang-undang kerana ianya sesuatu yang perlu dihayati dan dibangunkan secara dalaman dan bukan semata-mata takutkan tindakan tatatertib apabila melanggarnya. Seseorang individu yang menghayati etika perkhidmatan tidak akan melanggarnya bukan kerana takut kepada tindakan yang akan dikenakan kepadanya, tetapi akan berasa amat bersalah dari segi profesion perkhidmatannya.Kedua, memupuk profesionalisme perguruan. Dalam usaha memupuk profesionalisme perguruan, upacara kemasukan guru pelatih merupakan salah satu caranya bagi pihak berkuasa meningkatkan kesedaran guru pelatih terhadap profesion dan kod pemakaian semasa hari sambutan. Selain itu, pertubuhan guru juga boleh mengadakan banyak aktiviti seperti forum, seminar, kursus dalam pendidikan, konvensyen dan penyelidikan untuk memperbanyakkan ilmu yang berhubung rapat dengan pendidikan seperti sosiologi, kepimpinan dan isu semasa. Di samping itu, bimbingan pengurusan atasan juga merupakan perkara yang penting dalam memupuk profesionalisme perguruan. Pendidik guru atau guru besar wajar adalah mental model. Mereka harus menampilkan perkara yang baik dan berkualiti agar dapat dicontohi oleh guru permulaan dan guru pelatih.Ketiga, kesedaran akauntabiliti seseorang guru. Dengan memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah dihayati sepenuhnya kerana ia akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Hal ini adalah kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya denganpenuh komitmen dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itubenar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidangtersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akanmeningkatkan tarafprofesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu denganbersungguh-sungguh dan penuh dedikasisekiranya guru tahutanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebihbertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang dilaksanakannya. Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas, maka tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang dicita-citakan negara. Hal ini seterusnya akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidakbertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.Keempat, menangani stres yang dialami. Stres jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stres dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stres tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.Secara kesimpulannya, situasi sebegini akan menjadi lebih buruk jika ada sejarah ketidakpuasan atau dendam masa lampau yang terpendam di hati dan tidak diluahkan dengan cara yang profesional. Walau bagaimanapun, sebagai pendidik bangsa, bergaduh di depan murid merupakan suatu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Hal ini demikian kerana golongan guru harus menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada anak didik. Kalau boleh di hadapan muridkita tidak boleh menunjukkan kelemahan diri kita sebagai guru yang sentiasa dihormati dan dipandang tinggi. Jika beginilah yang terjadi, percayalah sehingga ke 1000 tahun lagi, kita akan tetap diingati oleh murid-murid kita sebagai guru yang bergaduh di hadapan mereka.Kemarahan yang disebabkan tekanan peribadi, kerja, kewangan dan sebagainya hendaklah ditangani dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai kita disesatkan dan kewarasan kita dilenyek-lenyek oleh hasutan iblis dan syaitan. Belajarlah bersabar walaupun pedis untuk melakukannya kerana kesabaran bisa meranapkan gunung kemarahan yang ghairah memuntahkan larvanya. Jadikanlah peristiwa ini sebagai ikhtibar kepada pendidik lain di seluruh negara. Tindakan ini bukan sesuatu yang baik untuk dicontohi, bukannya sesuatu yang elok untuk diteladani. Semoga masalah ini menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Buka buku baru dan mulakanlah hidup baharu. Buang yang keruh dan ambilah yang jernih. Dalam pada itu, jangan pula ada sesiapa yang cuba menangguk di air keruh kerana tindakan itu mungkin hanya seperti tikus yang membaiki labu. Selesaikanlah dengan kemaafan kerana kemaafan itu merupakan dendam yang terindah. Percayalah, nafas kita akan lebih lancar selepas mengucapkan kata-kata Maafkanlah saya, saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Ucapkanlah walaupun susah kerana inilah ubat yang paling mujarab untuk kita membina kembali hubungan yang rapuh itu.

3.0 PUNCA TINGKAH LAKU GURU BERKAITAN ISU TERSEBUT Guru ditengking pelajar Guru Beremosi Guru tiada menggunakan Kaedah pengajaran Guru gagal mengawal pelajar Kesantunan

4.0 IMPLIKASI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG TERHADAP GURU, PROFESION PERGURUAN SERTA PIHAK-PIHAK LAIN

Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, berkemungkinan besar masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada diri guru tersebut sahaja, namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan imej negara Malaysia.

4.1 GuruAntara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan terlampau tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid menjadi semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatnya juga akan musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru tersebut. Secara tidak langsung, beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang serius akibat daripada perbuatan keji itu.

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang buruk. Contohnya, keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat. Perkara tersebut menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatannya yang tidak senonoh itu.

Kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi oleh guru tersebut pula ialah wujudnya persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap beliau. Guru tersebut tidak lagi diterima oleh masyarakat kerana masyarakat akan memandang serong akibat daripada perbuatan tersebut. Selain itu, guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tiada tempat dalam masyarakat dan beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.

Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah masyarakat tidak akan mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik sehingga menyebabkan peranan guru tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu, guru-guru lain yang tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan guru lain yang berkelakuan negatif. Manakala, kesan jangka panjang kepada guru yang lain ialah menyebabkan mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Bidang perguruan akan mengalami kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak lagi menjadi keutamaan. Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak lagi mempunyai perasaan selaku seorang pendidik jika masalah ini terus berleluasa.

4.2 Profesion PerguruanKesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru terbabit menyebabkan profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid itu sendiri.

Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan akibat daripada perbuatan negatif tersebut ialah kepada generasi muda. Mereka pasti tidak lagi berminat untuk menjadi guru. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruan. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

4.3 SekolahKesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutamanya ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Manakala, kesan jangka panjang yang menimpa sekolah pula ialah dilabel sebagai tempat yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual berleluasa secara tidak terkawal.

4.4 Ibu bapa dan MasyarakatKesan pendek dari kes seks oral yang berlaku menyebabkan hubungan ibu bapa dan guru menjadi renggang kerana sudah tidak wujud kepercayaan dan kredibiliti guru sebagai pendidik kepada anak mereka dpertikaikan. Di samping itu juga, masyarakat akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa ibu bapa dan masyarakat pula ialah guru dipersalahkan secara total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. Selain itu, isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka. Sekaligus, berita-berita yang memalukan tentang salah laku guru seperti kes oral seks terhadap pelajar terpampang di muka hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi berita sensasi yang menjatuhkan maruah diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat.

4.5 Mangsa Gangguan SeksualKesan jangka pendek yang dialami oleh mangsa gangguan seksual ialah kecenderungan berdiam diri, bersendirian, murung dan sebagainya. Perkara tersebut menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa menurun. Tambahan pula, kesan jangka panjang ialah mangsa gangguan seksual akan menjadi trauma dengan guru terutama guru lelaki. Kesan jangka panjang kepada mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa cuba membuat perkara yang tidak diingini contohnya membunuh diri dan sebagainya.

5.0 KOD ETIKA GURU YANG BERKAITAN

Kod etika ialah peraturan, adab kebiasan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan apa yang benar dan apa yang salah. Kod etika guru adalah peraturan untuk membantu guru yang profesional agar mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion. Di samping itu juga, etika dianggap sebagai pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban.

Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka. Ini bermakna setiap ahli yang juga guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Fungsi kod etika juga ialah merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Ini bemakna bahawa etika profesion dapat menyediakan pengetahuan kepada masyarakat supaya lebih memahami kepentingan suatu profesion. Akhir sekali fungsi kod etika ialah membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru dalam menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab membimbing murid-murid untuk mencapai kemajuan sepenuhnya. Di dalam kod etika perguruan terdapat empat tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam profesion ini seperti yang telah dinyatakan iaitu melibatkan tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam kes gangguan seksual, kita dapati guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dan beliau tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap pelajar. Dalam kes ini, sepatutnya guru tersebut mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Namun guru tersebut telah melakukan perkara yang sebaliknya terhadap pelajarnya. Kes seperti ini tidak seharusnya dilakukan kerana telah mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kesannya, murid tersebut tidak lagi berasa selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

Selain itu, berdasarkan kod etika perguruan, guru sepatutnya bertanggungjawab dalam menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh. Dalam isu gangguan seksual ini, guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam memberi contoh yang baik kepada murid kerana telah menunjukkan tingkah laku yang negatif dengan membuat gangguan seksual secara terang-terangan ke atas murid tersebut.

Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan imej dan sifat profesionalnya, sekaligus akan menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tambahan lagi, guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. Perkara tersebut berbeza dengan guru yang dengan melakukan sikap yang tidak baik terhadap muridnya.

Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Maka, guru tidak seharusnya menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya serta guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Kod etika ini jelas menunjukkan bahawa guru yang melakukan gangguan seksual tidak mengikut kod etika yang digariskan sebagai seorang pendidik. Kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada semua guru nyata sekali tidak digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan tingkah laku yang negatif tersebut.

6.0 CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU GURU YANG NEGATIF

Gangguan seksual yang berlaku ke atas murid bukannya penghujung kepada kes yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Mungkin suatu hari nanti, kes ini menjadi semakin serius jika tidak ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif itu boleh dibendung jika masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku guru yang negatif. Melalui kaedah tersebut, kita boleh membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid. Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik dalam hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan, penderaan seksual dan sebagainya.

Justeru, kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif. Pendidikan seks bukan sahaja sesuai kepada murid, guru-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid-murid. Di samping itu juga, pendidikan seks juga dapat mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.

Selain itu, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutamanya yang melibatkan penjawat awam khususnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri semua guru dalam kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan gangguan seksual daripada terus berlaku. Nilai hidup yang positif dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang sewajarnya dipertahankan. Fullan (1993) menyatakan bahawa guru melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif ini (gangguan seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menggembleng tenaga dengan bersama-sama menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual serta guru yang melakukan gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1974) mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Penguatkuasaan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual dalam kalangan pendidik ini perlulah dibanteras dengan segera supaya kes seumpama ini dapat diatasi dengan segera.

Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini agar tidak terus berleluasa. Dengan adanya penguatkuasaan seperti itu, tingkah laku negatif dalam kalangan guru mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera. Di samping itu juga, guru yang melanggar etika perguruan perlulah dilucutkan jawatannya. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru-guru yang lain supaya tidak melakukan perkara yang tidak bermoral ini.

6.0 RUMUSAN

Berdasarkan kepada hujah-hujah dan huraian yang telah dikupaskan berdasarkan artikel tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik, terpuji, dihormati dan dapat dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, peribadi yang unggul dan daya kepimpinan yang berkesan. Kebanyakan kualiti sahsiah seorang guru adalah hasil daripada latihan yang diikuti semasa menjalani kursus di institut perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan.

Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mestilah mempunyai sahsiah diri yang bagus terutamanya terhadap murid-murid. Guru yang mengamalkan budaya pembelajaran pasti tidak akan lari dari tugasnya untuk mendidik murid-muridnya dengan betul. Selain tugas dalam bilik darjah, guru perlu mengetahui peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat.

Di samping itu juga, guru seharusnya berjaya mempamerkan penampilan diri sebagai pendidik yang berkesan. Guru perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara yang jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkan mengikut kesesuaian semasa berinteraksi terutamanya dalam perbualan sehariannya. Guru haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi semua.

Guru adalah individu yang sering mendapat perhatian walau di mana sahaja mereka berada. Segala tindak-tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya.