Assingment Industrial Safety

  • Upload
    mhhdin

  • View
    291

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    1/34

    1

    1. PENGENALAN DELLOYD VENTURES BERHAD

    Syarikat Delloyd Ventures Berhad adalah peneraju pengeluar komponen automotif

    original equipment manufacturer OEM dan aksesori seperti cermin pintu, kunci pusat dan

    penggera, sistem pengatur tingkap berkuasa, pelindung roda, antena radio kereta, modul pintu

    dan lain-lain untuk pembuatan dan pemasangan kereta utama di Malaysia. Syarikat ini

    beralamat di Lot 33004/5, Jalan Kebun Kampung Jawa, 42450 Klang, Selangor Darul Ehsan.

    Antara pelanggan syarikat Delloyd Ventures Berhad adalah seperti UMW Toyota Motor Sdn

    Bhd, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd, Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Daihatsu (M)

    Sdn Bhd, Ford (Malaysia) Sdn Bhd dan lain-lain lagi. Ia terdiri daripada kumpulan syarikat

    yang terlibat di dalam bidang tertentu iaitu pembuatan dan pengedaran secara menyeluruh

    komponen dan aksesori kereta. Delloyd Ventures Berhad mempunyai 180 orang kakitangan

    termasuk diperingkat eksekutif dan operator. Ia terdiri daripada lima bahagian iaitu Assembly

    Department, Painting Department, Injection Department, Metal Stamping Department dan

    Logistic/Store Department. Di peringkat atasan syarikat, ia terdiri daripada Dato Tee Boon

    Kee sebagai Pengarah Urusan Kumpulan yang mempunyai 3 orang Pengarah Eksekutif iaitu

    Datin Chung Geok Siew, Dato Ir. Haji Noor Azmi Bin Jaafar dan Mr. Tee Boon Keat.

    Kumpulan korporat ini telak meletakan falsafah di mana Inovasi dan penciptaan produk dan

    perkhidmatan adalah memenuhi permintaan dan keperluan pasaran pada masa kini dan masa

    hadapan yang berkualiti dan meletakkan syarikat diiktiraf sebagai pengeluar komponen

    kereta yang bertarah dunia. Disamping itu juga Delloyd Ventures Berhad telah mengeluarkan

    dasar kualiti di mana Delloyd Ventures Berhad komited untuk mereka bentuk dan

    mengeluarkan produk yang berkualiti pada kos yang optimum melalui usaha kecemerlangan

    yang berterusan untuk memenuhi kepuasan pelanggan. Sehubungan dengan itu, Delloyd

    Ventures Berhad telah melaksanakan ISO 14001:2004 dan dianugerahkan sijil pada tahun

    2008 manakala OHSAS 18001:2007 telah disijilkan pada tahun 2010 bagi memenuhi

    kehendak dasar kualiti yang dikeluarkan oleh syarikat.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    2/34

    2

    2. PERLAKSANAAN OHSAS 18001:2007

    2.1 PENGENALAN OHSAS 18001:2007

    OHSAS 18001:2007 adalah salah satu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan

    pekerjaan yang merupakan satu keperluan yang disediakan untuk sistem pengurusan

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memudahkan sesuatu organisasi dapat

    mengawal risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan meningkatkan pencapaian

    organisasi. OHSAS 18001:2007 dibangunkan selari dengan ISO 9001:2008 (kualiti)

    dan ISO 14001:2004 (alam sekitar) standard sistem pengurusan untuk memudahkan

    integrasi yang berkualiti, pengurusan kesihatan dan keselamatan sistem alam sekitar

    dan pekerjaan oleh organisasi. Dengan adanya sistem pengurusan OHSAS 18001

    yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi ini dapat memudahkan risiko keselamatan

    dan kesihatan pekerjaan dapat dikawal dan dipantau dengan lebih teratur oleh setiap

    organisasi. Ia meliputi struktur organisasi, aktiviti organisasi, perancangan,

    tanggungjawab, praktis, proses, perlaksanaan, pencapaian, penilaian dan pengekalan

    polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pada dasarnya, tujuan pihak organisasi

    hanya memikirkan keuntungan sahaja tetapi ia tidak dapat direalisasikan jika tidak

    mempunyai sistem pengurusan yang efektif. Selain faktor teknologi dan kualiti, pihak

    organisasi perlu menitikberatkan berkenaan faktor persekitaran dan aspek keselamatan

    dan kesihatan pekerjaan. Dengan adanya sistem pengurusan OHSAS 18001:2007,

    pihak organisasi akan dapat selarikan sistem pengurusan syarikat. Ini kerana sistem

    pengurusan OHSAS 18001:2007 wajib selari dengan visi dan misi sesebuah syarikat.

    Tujuan sistem OHSAS 18001:2007 diwujudkan adalah untuk mengurangkan dan

    mencegah kemalangan di tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan atau

    kerugian dan sekaligus dapat memberikan perlindungan kepada pekerja. Kesan positif

    OHSAS 18001:2007 dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Maka setiap

    pekerja disesebuah organisasi akan berasa terjamin keselamatan dan kesihatan

    mereka. Pekerja akan dapat menjalankan kerja dengan kadar optimum dan akan

    memberi kesan keatas produk atau perkhidmatan yang memberikan kepuasan kepada

    pelangan. Hasil daripada sistem pengurusan OHSAS 18001 yang dijalankan oleh

    organisasi maka pihak organisasi akan menpunyai struktur yang teratur dan

    mempuyai sistem pentadbiran yang effisien berbanding organisasi yang tidak

    mengamalkan sistem pengurusan ini. Diantara kelebihan sistem pengurusan OHSAS

    18001:2007 yang berkesan adalah:

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    3/34

    3

    i. Dapat menyediakan pendekatan berstruktur untuk menguruskan OH&Sii. Menetapkan dan mengekalkan komitmen untuk kesihatan dan keselamatan

    pekerjaan

    iii. Menunjukkan komitmen yang kuat untuk keselamatan yang cemerlangiv. Struktur organisasi di tempat kerja mempunyai peranan dan tanggungjawab

    yang jelas

    v. Kewujudan peningkatan budaya selamat yang berterusanvi. Tahap kepercayaan dan komunikasi yang kukuh

    vii. Pengurangan tahap kejadian kemalangan dengan peningkatan langkah-langkahprestasi

    viii. Menyumbang kepada prestasi perniagaan dengan mengurangkan kos danliabiliti

    Sistem pengurusan OHSAS 18001 meliputi kesemua aspek yang penting dan

    tersusun yang terdiri daripada aktiviti perancangan, perlaksanaan dan operasi,

    pemeriksaan, pengauditan, permantauan, pembetulan dan penilaian semula

    pengurusan. Sistem pengurusan OHSAS 18001 ini adalah berdasarkan kepada satu

    metodologi yang dipanggil sebagai Plan-Do-Check-Act (PDCA) yang digunakan di

    dalam perniagaan bagi kawalan dan penambahbaikkan berterusan dalam proses dan

    produk. Ia juga dikenali sebagai Demingbulatan/pusingan/roda, kitaran Shewhart

    bulatan kawalan/pusingan. PDCA adalah satu proses secara berterusan yang

    membolehkan organisasi untuk menubuhkan, melaksanakan dan mengekalkan dasar

    keselamatan dan kesihatan perkerjaan berdasarkan kepimpinan pengurusan atasan dan

    komitmen terhadap sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sistem

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berterusan berdasarkan metodologi

    PDCA adalah seperti berikut :

    i. Plan mewujudkan objektif dan proses atau program mengikut mengikutkeperluan undang-undang dan menyampaikan keputusan berlandaskan kepada

    dasar OHSAS yang diwujudkan.

    ii. Domelaksanakan sesuatu proses atau program

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    4/34

    4

    iii. Check pemantauan dan pengukuran prestasi berdasarkan kepada dasarOHSAS, objektif, undang-undang serta keperluan yang lain

    iv. Actmengambil tindakan untuk terus meningkatkan prestasi OHSASMetodologi boleh digambarkan seperti rajah 1 di bawah :

    RAJAH 1 : Model metodologi sistem pegurusan OHSAS

    Sebelum sesuatu perancangan dapat dijalankan, sesebuah organisasi itu perlulah

    mewujudkan dan mengukuhkan satu dasar OH&S terlebih dahulu sebelum terlibat di

    dalam pembentukan perancangan. Perancangan (PLAN) berdasarkan model

    metodologi sistem pengurusan OHSAS adalah meliputi dari aspek :

    i. Pengenalpastian bahaya (hazard)proses mengenalpasti sumber atau keadaanyang berpotensi menyebabkan kemalangan dari segi kecedaraan atau kematian

    di tempat kerja.

    ii. Penilaian risiko proses dimana penilaian risiko dijalankan samaadakemungkinan atau pendedahan yang boleh menyebakan kemalangan.

    PLAN

    DOACT

    CHECK

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    5/34

    5

    iii. Penentuan kawalan proses langkah-langkah yang berkaitan untukmenghapuskan atau mengurangkan risiko kepada tahap yang boleh diterima.

    Di dalam perancangan ini juga, sesebuah organisasi perlulah menetapkan,

    menerapkan yang mengikut keperluan undang-undang yang diperlukan. Ia juga

    perlulah selaras dengan objektif dan program yang telah didokumentasikan mengikut

    fungsi dan pangkat di dalam sesebuah organisasi tersebut. Sepertimana di dalam

    Rajah 1, pihak organisasi perlu bersandarkan kepada prinsip operasi dan perlaksanaan

    (DO) bagi melaksanakan di dalam sistem pengurusan OH&S ini. Ia meliputi segala

    aspek seperti peranan yang harus dilaksanakan oleh pengurusan atasan untuk

    mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan OH&S. Selain itu juga, di dalam

    elemen perlaksanaan ini, pihak organisasi perlu memastikan agar semua orang yang

    bekerja perlu dilatih dan mempunyai kesedaran di dalam keselematan dan kesihatan

    pekerjaan. Pengawalan dokumen dan pengawalan operasi juga sangat penting di

    dalam perlaksanaan dan operasi ini. Seterusnya pihak organisasi perlu menjalankan

    pemeriksaan (CHECK) yang merangkumi aspek seperti pengukuran prestasi dan

    pemantauan secara berterusan, penilaian pematuhan, penyiasatan insiden,

    ketakakuran, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan dan juga kawalan rekod.

    Audit dalaman juga mempunyai peranan yang sangat penting di mana untukmengukuhkan dan mengekalkan prosedur sistem pengurusan keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan yang telah dibuat. Akhir sekali, penilaian semula hendaklah

    dilakukan oleh kumpulan pengurusan atasan pada masa tertentu berdasarkan kepada

    laporan audit dalaman, aduan dalam dan perkara-perkara yang perlu. Secara

    keseluruhan berdasarkan metodologi PDCA, ia adalah berkait rapat dan ini akan

    memberikan penambahbaikkan secara berterusan kepada organisasi yang

    melaksanakan OHSAS 18001:2007 dan ia juga diungkapkan sebagai kitaran

    penambahbaikkan berterusan (continual improvement). Ia akan memberikan faedah

    dan perkara yang positif yang bukan hanya kepada sesebuah organisasi malah

    terhadap semua orang yang bekerja di dalam organisasi tersebut.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    6/34

    6

    3. OHSAS 18001:2007 SYARIKAT DELLOYD VENTURES BERHAD

    3.1 KEPERLUAN UMUM

    Secara umumnya Delloyd Ventures Berhad telah mendapat persijilan OHSAS 18001:

    2007 pada tahun 2011. Di mana organisasi syarikat telah mula mewujudkan sistem

    pengurusan OHSAS ini pada tahun 2010. Ia juga selari dengan sijil ISO14001 :2004

    yang telah dianugerahkan pada tahun 2008. Dengan inisiatif syarikat, maka syarikat

    Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan, mendokumentasikan, menerapkan ,

    memelihara dan meningkatkan secara berterusan sistem pengurusan keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan yang bersesuaian dengan keperluana OHSAS. Syarikat telah

    mendokumentasikan segala bentuk dokumen yang diperlukan di dalam perlaksanaan

    sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan OHSAS 18001: 2007.

    3.2 POLISI OHSAS 18001:2007

    Secara amnya, pihak atasan syarikat Delloyd Ventures Berhad akan menetapkan dan

    mengesahkan polisi yang bersesuaian terhadap syarikat. Di dalam penentuan polisi

    OHSAS yang dikeluarkan oleh syarikat di mana ia meliputi segala aspek bagimencegah pencemaran alam sekitar, kemalangan yang berkaitan keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan serta penambahbaikan secara berterusan terhadap prestasi dan

    sistem pengurusan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. Di dalam pembentukan

    polisi ini, syarikat Delloyd Ventures Berhad telah membentuk satu kominiti

    keselamatan yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu regulatory, customer dan

    supplier.

    i. Regulatoryyang melibatkan undang-undang yang terpakai di dalam syarikatseperti Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Alam

    Sekitar, BOMBA dan Pihak Berkuasa Tempatan.

    ii. Customermelibatkan pelanggan utama syarikat seperti UMW Toyota MotorSdn Bhd, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd, Perodua Manufacturing Sdn

    Bhd dan lain-lain lagi

    iii.Suppliermelibatkan pembekal-pembekal yang membekalkan bahan mentah

    dalam pembuatan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    7/34

    7

    Di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad, pihak organisasi telah memperkenalkan

    satu cara dimana setiap polisi keselamatan akan tertera pada kad matrik setiap pekerja

    di dalam syarikat tersebut. Ini adalah satu cara yang berkesan bagi pihak organisasi

    untuk berkomunikasi dengan setiap perkerja. Dengan cara ini setiap pekerja tidak

    menjadi masalah dalam mengetahui setiap polisi keselamatan di dalam syarikat ini.

    Selain itu juga, pihak organisasi mengadakan taklimat polisi keselamatan pada setiap

    pagi kepada semua pekerjanya.

    GAMBARAJAH 1: Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Delloyd Ventures

    Berhad

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    8/34

    8

    GAMBARAJAH 2: Environmental, Health, Safety card bagi setiap pekerja

    GAMBARAJAH 3: Taklimat polisi keselamatan

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    9/34

    9

    3.3 PERANCANGAN

    3.3.1 IDENTIFIKASI HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN

    MENENTUKAN KAWALAN

    Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan, menerapkan dan

    memelihara prosedur-prosedur untuk identifikasi hazard secara

    berterusan, penilaian risiko dan menentukan kawalan yang diperlukan.

    Pihak organisasi telah mempekenalkan satu sistem iaitu CCCF

    (Completely Check Completely Find Out).

    Setiap pekerja disetiap bahagian dikehendaki untuk mengisi satu

    borang bagi mengenalpasti hazard disekeliling mereka. Akhirnya,

    pihak pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan

    mengumpulkan kesemua borang tersebut untuk dianalisa dan akan

    menilai tahap risiko di setiap bahagian. Ia juga akan

    mendokumentasikan setiap borang yang dikeluarkan adalah terkawal.

    Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah membahagikan kepada 3 tahap

    hazard yang berbeza iaitu :

    i. death, disability, lost of organRank Aii. Injury, production shutdownRank B

    iii. Little injury (no medical leave)Rank C

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    10/34

    10

    HAZARD IDENTIFIED BY OPERATOR

    Name

    :

    Employee

    Code : Issue Date : Section : Line :

    NO.

    JOB / AREA /

    ACTIVITY

    MACHINE

    /EQUIPMENT

    HAZARD IDENTIFICATION, HOW

    OCCUR, ORGAN

    RECOMMENDATI

    ON FOR

    OF BODY ( Use STOP 6 method) IMPROVEMENT

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    JADUAL 1: BorangHazard Identified By Operator

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    11/34

    11

    3.3.2 KEPERLUAN PERUNDANGAN DAN PERATURAN

    BERKAITAN

    Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah membentuk, menyelaraskan

    dan menyelenggara prosedur kerja mengikut keperluan undang-undang

    yang telah ditetapkan. Kesemua perundangan yang dibuat adalah

    selaras dengan produk, aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh

    syarikat. Merujuk kepada dasar polisi keselamatan, kesihatan dan alam

    sekitar yang dikeluarkan syarikat, dengan jelas pihak organisasi perlu

    selari dengan dasar polisi yang ditetapkan. Syarikat perlu merujuk

    kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, dan juga Akta

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 supaya iainya mengikut

    perundangan di Malaysia.

    3.3.3 OBJEKTIF DAN PROGRAM

    Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan obejektif dan

    sasaran untuk mencapai dasar polisi yang ditetapkan oleh organisasi.

    Syarikat telah membentuk objektif di mana ia sesuai dengan dasar

    polisi syarikat yang telah ditetapkan dan termasuk komitmen syarikat

    untuk mencegah daripada sebarang kecedaraan atau masalah kesihatan.

    Ia bukan sahaja melibatkan kesihatan dan keselamatan pekerja sahaja,

    ia juga meliputi terhadap pengawalan alam sekitar. Segala bentuk

    objektif yang ditetapkan oleh pihak syarikat adalah sesuai dengan

    peraturan dan perundangan untuk peningkatan berterusan. Setiap

    objektif dan sasaran yang diwujudkan akan dipantau dan dikekalkan

    program-program pengurusan.

    Di dalam pembentukan obejktif dan segala bentuk program, pihak

    syarikat telah menitikberatkan beberapa perkara iaitu dari segi dasar

    polisi syarikat, keperluan undang-undang, aspek persekitaran dan

    matlamat yang lain. Pihak kominiti bertanggungjawab untuk melihat

    keberkesanan objektif dan program yang telah diatur setiap tahun. Jika

    ada sebarang perubahan yang perlu dilakukan, maka pihak kominiti

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    12/34

    12

    keselamatan akan mempertimbangkan perubahan dan mengemaskini

    dalam setiap objektif yang ditetapkan. Selain itu juga, syarikat Delloyd

    Ventures Berhad menawarkan pelbagai program keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan bagi memenuhi kehendak objektif bagi mencapai

    matlamat yang ditetapkan.

    Syarikat telah menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai dalam

    tempoh masa yang ditetapkan iaitu :

    i. Sifar kemalangan mautii. Meminiumkan kes-kes kecederaan

    Syarikat Delloyd Ventures Berhad juga telah membentuk satu master

    planuntuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam tempoh setahun.

    Segala perlaksanaan, program, aktiviti yang dijalankan di dalam

    syarikat terkandung di dalam master planini.

    3.4 PERLAKSANAAN DAN OPERASI

    3.4.1 SUMBER, PERANAN, TANGGUNGJAWAB, AKAUNTABILITI DAN

    AUTORITI

    Di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad, Pengarah Urusan Kumpulan

    adalah bertanggungjawab secara penuh dalam pembentukan organisasi

    keselamatan. Pergarah urusan kumpulan akan memberikan tanggungjawab

    kepada Champion untuk pembentukan kominiti keselamatan. Bagi

    pengstrukturan kominiti keselamatan, ia akan merujuk kepada sumber,

    peranan, akauntibiliti, tanggungjawab dan pihak berkuasa. Di bawah ini

    menunjukkan kominiti keselamatan yang diwujudkan di syarikat Delloyd

    Ventures Berhad dengan peranan dan tanggungjawab setiap ahli kominiti ini.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    13/34

    13

    GAMBARAJAH 4 :DELLOYD CCCF kominiti

    Diantara tugas dan peranan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut di

    syarikat Delloyd Ventures Berhad :

    NOPENERANGAN KERJA

    TUGAS PERANAN & TANGGUNGJAWAB

    1 CHAMPION

    Untuk mengawasi dan membimbing perlaksanaan aktivitikeselamatan dan kesihatan.

    Untuk mengkaji dan menentukan RANK A dan maklumbalaskeberkesanan

    Untuk melakukan rondaan bulanan dan susulan terhadapmaklumbalas.

    2PENGURUS

    KESELAMATAN

    Memimpin, melaksanakan dan mengawasi semua aktivitikeselamatan dan kesihatan pekerjaan.

    Menjalankan rondaan mingguan dan bulanan

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    14/34

    14

    3 SETIAUSAHA

    Menyelaras semua perancangan aktiviti keselamatan dankesihatan dan penyelarasan di antara setiap jabatan.

    Untuk menyusun penemuan dan membuat ringkasan untukanalisis jawatankuasa dan tindakan selanjutnya

    Menyediakan laporan Keselamatan dan Kesihatan

    4PENGURUS

    KILANG

    Untuk memastikan perlaksanaan Keselamatan dan Kesihatanpenjagaan dilaksanakan dengan berkesan di dalam KILANG.

    Untuk melakukan rondaan bulanan dan mingguanUntuk menentukan RANK B & RANK C keberkesanan

    maklumbalas.

    5 PEMIMPIN/ AHLI

    Mengambil bahagian dalam mingguan dan bulanan rondaankeselamatan Keselamatan & Kesihatan

    Terlibat dalam penyelarasan aktiviti Keselamatan dan KesihatanUntuk mengambil bahagian dalam audit Keselamatan dan

    Kesihatan yang dijalankan.

    JADUAL 2 :Peranan dan tanggungjawab

    Daripada carta organisasi kominiti keselamatan yang ditetapkan seperti

    gambarajah 4 di atas menunjukkan setiap ahli di dalam syarikat Delloyd

    Ventures Berhad akan mengambil bahagian dalam program keselamatan,

    kesihatan, dan alam sekitar. Setiap ahli yang dilantik dan diberikan tugas perlu

    bergerak aktif bagi menjayakan segala bentuk program atau aktiviti yang telah

    dirancangkan sepertimana dalam pelan induk.

    Peranan dan tanggungjawab yang telah diberikan perlulah didokumentasikan

    dan dikomunikasikan dengan cara yang berkesan supaya setiap ahli yang

    dilantik mengetahui tanggungjawab masing-masing.

    Di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad Pengurus Keselamatan,

    mempunyai peranan yang sangat penting kerana ia perlu memimpin,

    melaksanakan dan mengawasi semua aktiviti keselamatan dan kesihatan

    pekerjaan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    15/34

    15

    Pengurus keselamatan diwajibkan mengetahui CCCF konsep dan juga

    bertanggungjawab dalam penyampaian secara berkesan setiap ahli-ahli dalam

    syarikat. Ia bukan sahaja tertumpu kepada ahli-ahli dalam syarikat malah ia

    juga melibatkan vendor dan pembekal dalam penyampaian program

    keselamatan dan kesihatan perkerjaan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    16/34

    16

    GAMBARAJAH 4 :Safety Manager dalam aktiviti keselamatan

    3.4.2 KOMPETENSI, LATIHAN DAN KESEDARANSyarikat Delloyd Ventures Berhad adalah bertanggungjawab dalam

    memastikan semua pekerja yang melakukan pekerjaan yang berpontensi

    kepada kecederaan diberikana latihan dan kesedaran yang mencukupi supaya

    setiap ahli dalam organisasi sedar akan wujudnya sistem keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan.

    Peranan syarikat dalam pelantikan kominiti keselamatan mestilah

    menitikberatkan dari aspek pendidikan, latihan dan pengalaman. Sebelum

    kominiti keselamatan ini diarahkan untuk memberikan latihan dan kesedaran

    kepada ahli lain di dalam syarikat, organisasi syarikat mestilah menghantar

    mereka untuk memberikan latihan untuk memenuhi keperluan OHSAS18001:2007 di mana ahli ini perlulah kompeten.

    Ahli kominiti keselamatan yang telah dilantik perlu memberikan latihan dan

    kesedaran kepada semua pekerja terutama sekali pekerja yang baru atau

    pekerja yang bekerja di kawasan yang berbahaya, kontraktor dan pelawat.

    Latihan yang diberikan perlu meliputi dari aspek dasar polisi keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan, risiko kecederaan yang tinggi dan keperluan manual

    keselamatan yang telah didokumentasikan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    17/34

    17

    GAMBARAJAH 5:Jadual latihan dan kesedaran keselamatan kesihatan pekerjaan

    GAMBARAJAH 6 :Bahan latihan

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    18/34

    18

    GAMBARAJAH 7 :Latihan CCCF untuk Eksekutif

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    19/34

    19

    GAMBARAJAH 8 :Latihan (CCCF) untuk operator

    3.4.3 KOMUNIKASI, PENGLIBATAN DAN PERUNDINGANSyarikat Delloyd Ventures Berhad bertanggungjawab dalam pembentukan

    cara berkomunikasi dengan berkesan kepada setiap ahli organisasi berkenaan

    keselamatan dan kesihatan pekerjaaan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    20/34

    20

    Ia juga tidak tertumpu diperingkat dalaman sahaja malah ia melibatkan

    komunikasi diperingkat luaran seperti bersama vendor, supplier dan agensi

    kerajaan. Pengurus keselamatan bertanggungjawab dalam menyampaikan

    berkenaan OHSE secara berkesan kepada semua peringkat dalam organisasi.

    Diantara cara komunikasi dalaman yang berkesan yang dijalankan adalah

    dengan mengadakan mesyuarat, perbincangan, latihan, poster, risalah, majalah

    dan lain-lain lagi.

    Komunikasi luaran akan dijalankan oleh pengurus keselamatan dengan

    penerangan awal berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan

    disampaikan. Di dalam gambarajah 9 menunjukkan pengurus keselamatan

    sedang menerangkan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada

    vendor seperti dari Lian Hwa Casting Sdn Bhd, Xenso Electronics Sdn Bhd,

    CTS Industries Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

    Pihak organisasi keselematan akan menerima, mendokumentasi dan

    maklumbalas berkenaan perkara-perkara berkepentingan yang disampaikan

    oleh pihak-pihak luar akan diambil kira.

    Organisasi keselamatan (CCCF) di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhadakan memastikan penglibatan kesemua pekerja dalam pengenalpastian hazard,

    penilaian risiko dan penentuan kawalan. Perkara ini adalah bertujuan untuk

    memastikan semua pekerja dapat mengetahui berkenaan langkah-langkah

    kawalan bagi menggelakkan berlakunya kecederaan.

    Jika berlakunya kemalangan didalam premis penglibatan pekerja di dalam

    syarikat perlu untuk penyiasatan kemalangan bagi menggelakkan kemalangan

    yang sama berulang.

    Perundingan dan perubahan dalam keseleamatan dan kesihatan pekerjaan akan

    dijalankan di dalam organisasi keselamatan. Ia juga termasuklah penglibatan

    pekerja terutama sekali di dalam organisasi keselematan dalam pembangunan

    dan penilaian semula dasar polisi dan objektif OHS.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    21/34

    21

    GAMBARAJAH 9 :Penerangan OHS kepada vendor dalam Delloyd

    3.4.4 DOKUMENTASIOrganisasi keselamatan di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad

    bertanggungjawab mendokumentasikan kesemua perkara yang berkaitan

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

    Diantara keperluan dokumentasi adalah manual, prosedur dan rekod. Tiga

    perkara ini adalah perkara yang utama yang perlu didokumentasikan secaraterkawal oleh organisasi supaya ia mudah dibaca oleh setiap pekerja.

    Organisasi keselamatan syarikat telah mendokumentasikan mengikut

    keperluan OHSAS adalah seperti berikut :

    i. Polisi dan objektif OHSAS 18001:2007ii. Penjelasan berkenaan prosedur kerja mengikut skop OSH

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    22/34

    22

    iii. Elemen-elemen yang penting yang berkaitan sistem pengurusankeselamatan dan kesihatan pekerjaan dan rujukan dokumen

    iv. Dokumen rekod

    3.4.5 PENGAWALAN DOKUMENSyarikat Delloyd Ventures Berhad telah membuat kawalan dokumen mengikut

    keperluan sistam pengurusan OHSAS.

    Pengawalan dokumen yang dibuat oleh organisasi keselamatan syarikat akan

    menitikberatkan perkara-perkara berikut:

    i. Setiap dokumen yang hendak diterbitkan perlulah mendapatpengesahan daripada pengurusan atasan.

    ii. Jika terdapat perubahan atau penilaian semula keatas dokumen perlumendapat pengesahan.

    iii. Setiap perubahan dan penilaian dokumen perlu diketahui oleh semuapihak di dalam syarikat.

    iv. Setiap dokumen yang diterbitkan hendaklah mudah dibaca dandifahami oleh semua pihak.

    v. Menjamin segala bentuk dokumen asal yang ditetapkan oleh organisasikeselamatan kesihatan pekerjaan diidentifikasikan dan proses

    pengedaran dikawal.

    vi. Jika terdapat dokumen yang perlu dilupuskan, ia perlu mendapatpengesahan daripada pengurusan atasan

    3.4.6 PENGAWALAN OPERASIOrganisasi keselamatan dalam Syarikat Delloyd Ventures Berhad adalah

    bertanggungjawab dalam menentukan operasi dan aktiviti yang terdedah

    kepada risiko kecederaan dan kemalangan yang telah dikenalpasti.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    23/34

    23

    Organisasi keselamatan akan menerapkan kaedah pengawalan dan integerasi

    dalam sistem pengurusan OHS secara menyeluruh. Perkara yang

    dititikberatkan oleh organisasi keselamatan adalah seperti berikut :

    i. Pengawalan terhadap barangan, alatan dan perkhidmatan yangdigunakan adalah seperti di dalam gambarajah 10.

    ii. Ia juga melibatkan prosedur dokumentasi supaya tidak berlakuperubahan terhadap dasar polisi dan objektif OHS.

    iii. Pengawalan terhadap kontraktor dan pengunjung lain ke tempat kerja.

    GAMBARAJAH 10 : Pengawalan barangan

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    24/34

    24

    3.4.7 PERSEDIAAN KECEMASAN DAN RESPONSyarikat Delloyd Ventures Berhad bertanggungjawab dalam mengenalpasti

    potensi berlakunya kecemasan dan membentuk prosedur tindak balas atau

    respon jika berlaku kecemasan. Syarikat juga membentuk pasukan yang

    dikenali sebagai Emergency Respon Team bagi menguruskan pekerja di

    syarikat semasa berlaku kecemasan seperti kebakaran.

    Diantara aktiviti yang dijalankan oleh organisasi keselamatan adalah :

    i. Mengadakan ujian atau latihan prosedur tindakbalas kecemasankebakaran bagi semua kakitangan syarikat.( Gambarajah 11 )

    ii. Mengadakan latihan kepada pekerja iaitu FIRST AIDERREFRESHMENT TRAININGdimana latihan menjurus kepada tindakan

    yang perlu diambil jika berlaku kecemasan ke atas individu semasa

    bekerja. ( Gambarajah 12 )

    GAMBARAJAH 11 :FIRE DRILL TRAINING

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    25/34

    25

    GAMBARAJAH 12 :FIRST AIDER REFRESHMENT TRAINING

    3.5 PEMERIKSAAN3.5.1 PENGUKURAN PRESTASI DAN PEMANTAUAN

    Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan prosedur untuk

    memantau dan mengukur pencapaian OSH secara teratur supaya ia boleh

    mencapai dasar polisi dan objektif yang dibentuk.

    Syarikat telah menetapkan beberapa perkara bagi keperluan pengukuran

    prestasi dan pemantauan adalah seperti berikut:

    i. Pengukuran kualitatif dan kuantitatif di mana syarikat telahmenetapkan objektif zero fatal accident dan mengurangkan absent

    accident. Hasil objektif tersebut, organisasi keselamatan telah membuat

    satu pengukuran yang di panggil Injury Frequency Rate (I.F.R) yang

    bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengurangan

    kemalangan setiap tahun. Pemantauan ini juga merujuk kepada tahap

    pencapaian objektik OSH yang ditetapkan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    26/34

    26

    Contoh :

    2012

    I.F.RInjury Frequency Rate = 3 (a) X 1,000,000

    233,584 (b)

    = 13.90

    2013

    I.F.R

    Injury Frequency Rate = 3 (a) X 1,000,000

    102,128(b)

    = 9.3

    ano of mc

    bman hour

    ** I.F.R 2013 berkurangan 33% berbanding 2012

    ii. Pemantauan peronda keselamatan ( safety patrol ) telah diwujudkanoleh organisasi keselamatan dalam syarikat. Pengurusan atasan

    dipertanggungjawabkan untuk menetapkan rondaan keselamatan pada

    masa-masa tertentu yang juga dikenali sebagai Genchi Genbutsu. Ia

    bagi memastikan pengukuhan aktiviti CCCF yang dijalankan.

    iii.

    Organisasi keselamatan juga menitikberatkan rekod data hasil daripadapengukuran dan pemantauan untuk dijadikan bahan analisa korektif

    dan tindakan lain yang sepatutnya dilakukan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    27/34

    27

    3.5.2 PENILAIAN PEMATUHANDalam penilaian pematuhan di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad,

    syarikat mengikut kesesuaian dengan perundangan yang berkaitan dengan

    OSH. Hasil daripada penilaian yang telah dilakukan akan direkod berdasarkan

    keperluan.

    Syarikat ini melakukan penilaian pematuhan mengikut masa yang ditetapkan

    iaitu dalam tempoh 3 bulan bagi memantau keberkesaan dalam perlaksanaan

    OSH dan laporan tersebut akan dikajisemula bagi penambahbaikan.

    3.5.3 PENYIASATAN INSIDEN, KETAKAKURAN, TINDAKAN

    PEMBETULAN DAN TINDAKAN PENCEGAHAN

    3.5.3.1 PENYIASATAN INSIDEN

    Penyiasatan insiden adalah salah satu aspek yang penting dalam

    pengurusan OHS. Dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad telah

    menetapkan prosedur menggendalikan, menyiasat dan menganalisa

    sebarang kecederaan atau kematian yang disebabkan kemalangan di

    tempat kerja. Antara faktor-faktor yang diambilkira adalah:

    i. Menyiasat punca sebenar kemalangan.ii. Menganalisa punca kawasan yang berlakunya kemalangan.

    iii. Menyediakan maklumbalas pencegahan disemua kawasandan kawasan peralatan mesin.

    iv. Memaklumkan hasil penyiasatan yang juga dikenali sebagaiYOKOTENdi syarikat Delloyd Ventures Berhad.

    Penyiasatan hendaklah dilakukan pada masa ditetapkan oleh

    organisasi keselamatan supaya tindakan pencegahan dapat dilakukan

    dengan segera.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    28/34

    28

    GAMBARAJAH 13:Borang laporan insiden/kemalangan

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    29/34

    29

    3.5.3.2 KETAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN DAN

    TINDAKAN PENCEGAHAN

    Ketakuran (NCR) ialah ketidakpatuhan terhadap keperluan di dalam

    manual atau prosedur yang telah ditetapkan dalam sistem

    pengurusan OHS.

    Dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad, jika ada berlaku

    penyimpangan kepada manual dan prosedur yang telah ditetapkan

    maka tindakan untuk mengenalpasti dan membetulkan ketakuran

    dan melakukan tindakan pembaikkan.

    Segalan tindakan yang dilakukan adalah untuk mengelakkan perkara

    yang sama berulang. Tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan

    akan direkod dan dimaklumkan kepada semalu ahli syarikat untuk

    langkah pencegahan. Pencegahan samaada dari risiko yang sedia

    ada atau risiko yang berubah akan diambilkira atau perlu diubah dan

    perubahan akan didokumentasikan dalam sistem pengurusan OHS.

    3.5.4 KAWALAN REKODSyarikat Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan, menerapkan dan

    memelihara segala bentuk dokumen yang berkaitan dalam sistem pengurusan

    OHS dan mengikut standard yang telah ditetepkan. Ia juga akan diletakkan

    nombor siri yang ditetapkan bagi memudahkan setiap dokumen dibezakan.

    Syarikat telah membentuk satu prosedur bagi pengawalan rekod supaya ia

    mudah dikenalpasti, disimpan, mudah diakses dan dilupuskan. Segala bentuk

    rekod yang diwujudkan harus mudah dibaca, dikenalpasti dan dikesan.syarikat

    telah tempoh selama 5 tahun untuk penyimpanan rekod dan diletakkan

    dilokasi yang ditetapkan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    30/34

    30

    3.5.5 AUDIT DALAMANSyarikat juga telah menetapkan satu prosedur bagi mengukuhkan dan

    mengekalkan prosedur audit dalaman serta jangkamasa audit dijalankan.

    Audit dalaman adalah bertujuan untuk mengukuhkan sejauh mana

    keberkesanan perlaksanaan sistem pengurusan OHS dengan tujuan untuk

    menambahbaik sistem tersebut. Selain itu juga, ia hendaklah bertepatan

    dengan objektif dan dasar polisi yang diwujudkan.

    Proses audit dalaman melibatkan :

    i. Perancangan auditii. Perlaksanaan audit

    iii. Laporan auditiv. Punca Ketidakpatuhan (jika tidak patuh)v. Tindakan pembetulan

    Dalam perancangan audit, organisasi keselamatan akan bertanggungjawab

    dalam mentadbir aktiviti audit dan merancang jadual audit. Pemilhan juruaudit

    adalah berdasarkan kepada juruaudit yang kompetensi dan tidak berat sebelah.

    Laporan audit secara menyeluruh akan dikeluarkan dan akan dibangkitkan

    dalam mesyuarat bagi mengetahui ketidakpatuhan, menilai dan menjalankan

    tindakan pembetulan.

    3.6 PENILAIAN SEMULA PENGURUSAN

    Syarikat Delloyd Ventures Berhad melibatkan pengurusan atasan dan organisasi

    keselamatan akan menjalankan kajian semula pengurusan sekurang-kurangnya

    setahun sekali bagi melihat sejauh mana keberkesanan dalam sistem pengurusan

    keselamatan kesihatan pekerja dan alam sekitar yang telah dilaksanakan.

    Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan dan penambahbaikkan ke atas sistem

    pengurusan OHS termasuklah dasar polisi dan objektif.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    31/34

    31

    Penilaian semula pengurusan adalah meliputi :

    i. Pencapaian organisasi keselamatan dalam melaksanakan sistem pengurusankeselamatan.

    ii. Pencapaian objektif OHS.iii. Penilaian program atau aktiviti yang dijalankan dalam sistem pengurusan

    OHS.

    iv. Penilaian ke atas keperluan perundangan dan pematuhan.v. Penilaian audit dalaman dan luaran.

    vi. Statistik penyiasatan insiden, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan.vii. Penilaian maklumbalas sistem pengurusan OHS dari pekerja-pekerja

    syarikat.

    3.7 MASALAH DALAM PERLAKSANAAN OHSAS 18001: 2007

    Dalam perlaksanaan OHSAS 18001: 2007 oleh syarikat Delloyd Ventures Berhad,

    syarikat juga mengalami masalah dalam melaksanakan sistem pengurusan

    keselamatan ini. Antara masalah yang sering dihadapi oleh syarikat adalah seperti

    berikut:

    i. Komunikasi masalah komunukasi dalam menyampaikan perkara-perkarayang berkenaan dalam sistem pengurusan keselamatan terutama sekali

    penyampaian maklumat kepada pekerja asing. Lebih 30% pekerja di syarikat

    Delloyd Ventures Berhad adalah warga asing yang bekerja sebagai operator.

    Ini menyukarkan pihak organisasi keselamatan syarikat untuk menyampaikan

    maklumat. Walaubagaimanapun, organisasi keselamatan mengambil

    pendekatan dengan cara mewujudkan lebih banyak risalah bergambar dan

    maklumat-maklumat bergambar yang lebih mudah difahami oleh pekerja

    warga asing.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    32/34

    32

    ii. Tingkah laku/ kelakuan pihak organisasi sukar untuk mengawal tingkahlaku sebilang pekerja di dalam organisasi kerana tidak semua pekerja boleh

    menerima atau memahami segala bentuk latihan atau pengajaran yang telah

    diberikan. Sebilang pekerja ini tidak menghiraukan keselamatan ditempat

    bekerja walaupun mereka telah diberi latihan secukupnya.

    iii. Beban kerja dalam permulaan proses pembentukkan sistem pengurusankeselamatan kesihatan pekerjaan, syarikat mengalami masalah dalam

    melaksanakan sistem pengurusan tersebut dengan beban kerja yang

    bertambah. Para pekerja terpaksa melakukan kerja yang banyak termasuk

    melibatkan kerja hakiki dan kerja yang melibatkan perlaksanaan sistem

    pengurusan keselamatan dan pekerjaan. Walaubagaimanapun, diakhirnya

    pihak pengurusan sedar tentang kepentingan perlaksanaan sistem OSH di

    mana dalam pada masa yang sama ia mewujudkan keseluruhan sistem

    pengurusan yang lebih efisen.

    3.8 FEADAH SISTEM PENGURUSAN OHSAS 18001: 2007

    Berdasarkan laporan kajian perlaksanaan yang dijalankan terhadap syarikat Delloyd

    Ventures Berhad ini menunjukkan terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi

    dengan melaksanakan sistem pengurusan OHSAS 18001: 2007 antaranya ialah:

    i. Peningkatan pemikiran dan kesedaran majikan dengan adanya sistempengurusan ia akan dapat meningkatkan cara pemikiran dan kesedaran

    majikan terhadap pekerja tentang kepentingan keselamatan ditempat kerja.

    ii. Peningkatan pematuhan undang-undang perlaksanaan sistem ini akanmeningkatkan pematuhan undang-undang dimana dapat memudahkan pihak

    berkuasa dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang kerana sistem

    ini juga perlulah selari dengan undang-undang berkaitan yang

    dikuatkuasakan.

    iii. Pengurangan jumlah kemalangan dengan adanya latihan, kesedaran,identifikasi hazard, penilaian risiko dan kawalan yang dilaksanakan akan

    dapat mengurangkan jumlah kemalangan.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    33/34

    33

    iv. Mewujudkan kesedaran keselamatan dikalangan pekerjasistem pengurusanOHS ini akan lebih berkesan jika kesedaran dapat diterima oleh semua

    pekerja yang terlibat dalam syarikat.

    v. Pengurusan dasar polisi dan objektif syarikat yang efisen sistemkeseluruhan pengurusan syarikat yang lebih sistematik.

    vi. Meningkatkan nama syarikat dengan adanya pensijilan OHSAS 18001:2007, syarikat akan dapat menaikkan nama syarikat dikalangan masyarakat

    dan pesaing.

    3.9 KESIMPULAN

    Sebagai kesimpulanya, hasil laporan kajian terhadap perlaksanaan OHSAS 18001:

    2007 di syarikat Delloyd Ventures Berhad mendapati proses perlaksanaan sistem ini

    akan mendatangkan faedah yang berguna kepada majikan dan pekerja seperti

    kesedaran dan cara berfikir terhadap keselamatan, pengurangan jumlah kemalangan,

    menaikkan nama organisasi di kalangan masyarakat dan pesaing dan peningkatan

    pematuhan undang-undang. Walaubagaimanapun, laporan ini mendapati terdapat jugamasalah yang timbul dalam perlaksanaan sistem ini seperti komunikasi, tingkah laku

    dan beban kerja. Secara keselurunhanya, sistem ini menguntungkan syarikat dan

    pekerja.

  • 7/22/2019 Assingment Industrial Safety

    34/34

    RUJUKAN

    Occupational health and safety management system requierements (OHSAS

    18001:2007)ISBN 978 0 580 50802 8, July 2007

    Malaysian Standard (MS 1722: 2011)ICS: 13.100 , 2011

    Kadir Arifin, Jamaluddin Md Jahi, Ismail Bahari, Abd Rahim Md Nor dan Abu Bakar

    Che Man. Sistem Pengurusan Bersepadu: Satu Pengenalan 2005. Halaman 3-20

    Kadir Arifin, Jamaluddin Md Jahi & Muhammad Rizal Razman. Perlaksanaan

    OHSAS 18001: 2007 dan Faedah Kepada Organisasi Di Malaysia.

    http://www.nsai.ie/NSAI/files/18/18d115e9-31ce-4052-b54a-4811afc52904.pdf

    http://en.wikipedia.org/wiki/PDCA

    http://www.nsai.ie/NSAI/files/18/18d115e9-31ce-4052-b54a-4811afc52904.pdfhttp://www.nsai.ie/NSAI/files/18/18d115e9-31ce-4052-b54a-4811afc52904.pdfhttp://en.wikipedia.org/wiki/PDCAhttp://en.wikipedia.org/wiki/PDCAhttp://en.wikipedia.org/wiki/PDCAhttp://www.nsai.ie/NSAI/files/18/18d115e9-31ce-4052-b54a-4811afc52904.pdf