of 52 /52
Soalan: Anda dikehendaki menulis pantun 4 kerat (asli) berdasarkan tema motivasi dan nasihat berdasarkan kelompok berikut: A) Kanak-kanak B) Remaja C) Dewasa D) Ibu bapa E) Nenek F) Guru Arahan: 1) Setiap satu kelompok bina 5 rangkap pantun empat kerat yang asli. 2) Ikut format pantun tradisional. 3) Jika didapati meniru atau menulis kembali pantun yang sedia ada anda akan diambil tindakan disiplin. 4) Hantar pada atau sebelum 7 Mei 2012. 5) Font: 12 - Romans atau Arial, ikut format pantun Format kerja kursus: 1) Pendahuluan: Latar belakang pantun. Definisi pantun: Jenis-jenis pantun; dan format pantun 2) Pantun nasihat dan motivasi berdasarkan kelompok 3) Kesimpulan 4) Bibliografi

Assignment Pantun

Embed Size (px)

Text of Assignment Pantun

Soalan:

Soalan:Anda dikehendaki menulis pantun 4 kerat (asli) berdasarkan tema motivasi dan nasihat berdasarkan kelompok berikut:

A) Kanak-kanak

B) Remaja

C) Dewasa

D) Ibu bapa

E) Nenek

F) Guru

Arahan:

1) Setiap satu kelompok bina 5 rangkap pantun empat kerat yang asli.

2) Ikut format pantun tradisional.

3) Jika didapati meniru atau menulis kembali pantun yang sedia ada anda akan diambil tindakan disiplin.

4) Hantar pada atau sebelum 7 Mei 2012.

5) Font: 12 - Romans atau Arial, ikut format pantun

Format kerja kursus:

1) Pendahuluan: Latar belakang pantun.

Definisi pantun: Jenis-jenis pantun; dan format pantun

2) Pantun nasihat dan motivasi berdasarkan kelompok

3) Kesimpulan

4) Bibliografi

1.0 Pendahuluan : Latar belakang pantunPantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Pantun mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Menurut Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Justeru itu, pantun-pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.2.0 Definisi Pantun

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. 2.1 Bentuk pantun

Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Bentuk-bentuknya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait.2.2 Jenis-jenis pantunPembahagian atau penjenisan pantun boleh dilihat dari sudut audien, dari sudut bentuk dan dari sudut tema. Salah satu cara penjenisan yang agak sesuai ialah menurut tema atau persoalannya tetapi cara ini adalah agaj rumit kerana ada pantun yang tidak jelas temanya. Walaubagaimanapun, pantun-pantun telah berjaya dikelaskan mengikut jenisnya seperti pantun nasihat, pantun adat, pantun agama, pantun teka-teki, pantun jenaka dan juga ada sesetengahnya berbentuk pantun peribahasa.

2.2.1 Pantun nasihat

Dalam masyarakat Melayu, nasihat-menasihati dilakukan secara halus dan bersopan santun agar yang menerima nasihat tidak berasa hati. Lazimnya orang yang lebih tua akan menegur orang yang lebih muda dalam suasana yang bersahaja tetapi mesra. Dengan ini, hubungan akan menjadi lebih erat kerana yang lebih tua mengambil berat akan kebajikan mereka. Ini bermakna pantun nasihat, lebih bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.

Contoh :

a)Air melurut ke tepian mandi,

Kembang berseri bunga senduduk,

Elok diturut resmi padi,

Semakin berisi semakin tunduk.2.2.2 Pantun adat dan agamaPantun adat dan agama adalah berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.

Contoh :

a)Letak bunga di atas dulang,

Sisipkan daun hiasan tepinya;

Banyak berdoa selepas sembahyang,

Mohon diampun dosa di dunia.

b)Buah berangan di rumpun pinang,

Limau kasturi berdaun muda;

Kalau berkenan masuklah meminang,

Tanda diri beradat budaya.2.2.3 Pantun peribahasaPantun jenis peribahasa juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya.

Contoh:

Punggur rebah puyuh mendengut,

Dengut melata di tengah padang;

Sedangkan bah kapal tak hanyut,

Inikan pula kemarau panjang.2.2.4 Pantun kias dan ibaratBagi pantun kias dan ibarat pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam.

Contoh:

Gesek biola tiup serunai,

Sayu dara berhati walang;

Putih mata si burung punai,

Kayu ara ditunggu helang.

2.2.5 Pantun teka teki

Pantun jenis ini menggambarkan unsure pendidikan dalam masyarakat Melayu. Di samping nasihat-menasihati, mereka digalakkan memerhati alam semesta, menghayati kejadian Tuhan dan mencari jawapan kepada perkar-perkara yang tersembunyi. Pantun ini adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dan membina kemahiran berfikir dengan tepat. Ianya berfungsi untuk berseronok dan menduga kebolehan seseorang dalam berfikir.

Contoh:

Kelip-kelip disangka api,

Kalau api di mana puntungnya;

Hilang ghaib disangka mati,

Kalau mati di mana kuburnya?

2.2.6 Pantun budi

Masyarakat Melayu memandang tinggi akan budi sehingga tutur kata yang halus dianggap sebagai budi bahasa dan tata kelakuan yang baik disebut budi pekerti. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu sentiasa berusaha berbudi tanpa mengharapkan balasan. Melalui pantun, pesanan tentang budi disampaikan.

Contoh:

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana bahasa.

2.2.7 Pantun jenakaPantun jenaka yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran, keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya. Pantun ini bertujuan untuk mendidik dalam suasana gembira.

Contoh:

Orang Rengat menanam betik,

Betik disiram air berlinang;

Hilang semangat penghulu itik,

Melihat ayam lumba berenang2.2.8 P

2.2.9 p

Jenis Pantun : Dua Kerat Buah beluluk buah kepayang,

Dimakan mabuk dibuang sayang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang Burung merbuk membuat sarang,

Anak enggang meniti di paya;

Tembaga buruk di mata orang,

Intan berkarang di hati saya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib Payang retak tali bersimpul,

Kendi lokan airnya tumpah;

Hidup tidak kerana kaul,

Mati bukan kerana sumpah.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau Pungut teritip di tiang batu,

Batu pecah dilanda karang;

Beginilah nasib dagang piatu,

Kain basah kering di pinggang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan Patah rotan tali bersilang,

Batang meranti rimbun berjejal;

Langkah pahlawan di tengah gelanggang,

Berpantang mati sebelum ajal.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanak

Fungsi

: Lagu sedih dan bersuka-ria Anak rusa nani,

Baru kembang ekor;

Apa dosa kami,

Lalu tidak tegur.

2.3 e

PENGENALANKANDUNGAN PANTUN MELAYUPembayang atau sampiranPembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isiMaksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

PerkataanPantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kataTiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyiRima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a

.

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIKPantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris

jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan

jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata

ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)

bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b.

bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.

maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup

sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

JENIS-JENIS PANTUN Pantun 2 kerat

Pantun 4 kerat (jenis paling popular)

Pantun 6 kerat

Pantun 8 kerat

Pantun 10 kerat

Pantun 12 kerat

Pantun 14 kerat

Pantun berkait

FUNGSI PANTUN Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan

Sindiran atau tempelak Melepaskan rindu dan kasih sayang Menyatakan penghargaan/terima kasih Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran Hiburan atau jenaka

DI MANA ORANG BERPANTUN? Majlis pertunangan dan perkahwinan Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi Pertandingan berbalas pantun Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - DikirBarat dan Lain-lain: 3.0 Pantun nasihat

3.1 Pantun nasihat untuk kanak-kanak

3.2 Pantun nasihat untuk remaja

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara

Tetak buluh panjang suluh Mari jolok sarang penyengat Angkat doa jari sepuluh Doa minta biar selamat

Tuailah padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Hendak dulang diberi dulang Dulang berisi sagu mentah Hendak pulang ku beri pulang Tinggalkan pantun barang sepatah

Lancang kuning lancang pusaka Nampak dari Tanjung Puan Kalau kering laut Melaka Barulah saya lupakan tuan

Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya

Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi

Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga

Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu Bila terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu

Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati

Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu

Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di rumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh

Laksamana berempat di atas pentas Cukup berlima dengan gurunya Bagaikan dakwat dengan kertas Sudah berjumpa dengan jodohnya

Membeli papan di tengah pekan Papan kecil dibuat tangkal Mengapa umpan ikan tak makan Adakah kail panjang sejengkal

Rumah limas anjung Selatan Bunga kemuning tumbuh di laman Tangkainya emas bunganya intan Bolehkah ranting hamba patahkan

Tumbuh betik di tepi laman Pokok berangan pokok teruntum Sungguh cantik bunga di taman Bolehkah gerangan petik sekuntum

Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat badan tidak sembahyang

Baik-baik menanam selasih Jangan menimpa sipohon sena Baik-baik memilih kekasih Jangan sampai badan merana

Baik-baik mengail tenggiri Takut terkena siikan parang Baik-baik merendah diri Jangan menjadi hamba orang

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak dicari Mana yang dapat janganlah lupa

Buah mangga melendur tinggi Buah kuini berangkai tiga Hidup kita tidur dan mati Sudah mati baru terjaga

Buat bangsal di Pulau Daik Menahan taut sambil mengilau Kalau asal benih yang baik Jatuh ke laut menjadi pulau

Budak-budak bermain tombak Tombak diikat dengan rantai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai

Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan condongnya Dunia ini pinjam-pinjaman Akhirat juga akan sungguhnya

Hari panas mencucuk benang Benang menjahit baju kebaya Air jernih lubuknya tenang Jangan disangka tiada buaya

Kalau tahu peria tu pahit Tidak ku gulai dengan petola Kalau tahu bercinta tu sakit Tidak ku mulai dari semula

Kalau tuan pergi ke Kelang Belikan saya semangkuk rojak Jangan diturut resmi kiambang Sungguhpun hijau akar tak jejak

Pisang kelat digonggong helang Jatuh ke lubuk di Indragiri Jika berdagang di rantau orang Baik-baik menjaga diri

Asap api embun berderai Patah galah haluan perahu Niat hati tak mahu bercerai Kehendak Allah siapa yang tahu

Air dalam bertambah dalam Hujan di hulu belumlah teduh Hati dendam bertambah dendam Dendam dahulu belumlah sembuh ********** Anak punai anak merbah Hinggap ditonggak mencari sarang Anak sungai lagikan berubah Inikan pula hati orang

Apa guna pasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apa guna bermain kata Kalau tidak dengan sungguhnya

Buah kuini jatuh tercampak Jatuh menimpa bunga selasih Biar bertahun dilambung ombak Tidak ku lupa pada yang kasih

Kajang tuan kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Dagang tuan dagang bertempat Dagang hamba terbuang lalu

Buah jambu disangka kandis Kandis ada di dalam cawan Gula madu disangka manis manis lagi senyuman tuan

Dari Arab turun ke Aceh Naik ke Jawa berkebun serai Apa diharap pada yang kasih Badan dan nyawa lagi bercerai

Bunga Melati terapung-apung Bunga rampai di dalam puan Rindu hati tidak tertanggung Bilakah dapat berjumpa tuan

Burung Merak terbang ke laut Sampai ke laut mengangkut sarang Sedangkan bah kapal tak hanyut Inikan pula kemarau panjang

Bunga Melur kembang sekaki Mari dibungkus dengan kertas Di dalam telur lagi dinanti Inikan pula sudah menetas

Dalam perlak ada kebun Dalam kebun ada tanaman Dalam gelak ada pantun Dalam pantun ada mainan

Dari Jawa ke Bengkahulu Membeli keris di Inderagiri Kawan ketawa ramai selalu Kawan menangis seorang diri

Dari teluk pergi pangkalan Bermain di bawah pohon kepayang Saya umpama habuk di papan Ditiup angin terbang melayang

Daun selalsih di Teluk Dalam Batang kapas Lubuk Tempurung Saya umpama si burung balam Mata terlepas badan terkurung

Orang Melayu naik perahu Sedang berdayung hujan gerimis Hancur hatiku abang tak tahu Mulut tertawa hati menangis

Orang tani mengambil nipah Hendak dibawa ke Indragiri Seluruh alam ku cari sudah Belum bersua pilihan hati

Pasir putih di pinggir kali Pekan menyabung ayam berlaga Kasih tak boleh dijual beli Bukannya benda buat berniaga

Ribu-ribu pokok mengkudu Cincin permata jatuh ke ruang Kalau rindu sebut namaku Airmata mu jangan dibuang

Kalau roboh kota Melaka Sayang selasih di dalam puan Kalau sungguh bagai dikata Rasa nak mati di pangkuan tuan

Limau purut lebat di pangkal Batang mengkudu condong uratnya Hujan ribut dapat ditangkal Hati yang rindu apa ubatnya

Kalau menyanyi perlahan-lahan Dibawa angin terdengar jauh Rindu di hati tidak tertahan Di dalam air badan berpeluh

Ku sangka nanas atas permatang Rupanya durian tajam berduri Ku sangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengahari

Kayuh perahu sampai seberang Singgah bermalam di kampung hulu Bukan tak tahu dunia sekarang Gaharu dibakar kemenyan berbau

lembing atas tangga perisai atas busut kening atas mata misai atas mulut

anak ikan dipanggang sahaja hendak dipindang tidak berkunyit anak orang dipandang sahaja hendak dipinang tiada berduit

saya tak hendak berlesung pauh lesung pauh membuang padi saya tak hendak bersahabat jauh sahabat jauh merisau hati

burung serindit terbang melayang singgah dihinggap di ranting mati duit ringgit dipandang orang jarang dipandang bahasa budi

batu sangkar batu berpahat terpahat nama raja bestari makanan arif, kias ibarat pantun seloka, ulam jauhari

daun durian jatuh tercampak lopak-lopak isi selasih tujuh tahun dilambung ombak tiada kulupa hati yang kasih

Anak Cik Siti mencari tuba Tuba dicari di Tanjung Jati Di dalam hati tidakkan lupa Bagai rambut tersimpul mati

Limau purut di luar pagar Rimbun putik dengan bunganya Hujan ribut padang terbakar Embun setitik padam apinya

Puas saya bertanam ubi Nanas jugak dipandang orang Puas saya menabur budi Emas juga dipandang orang

Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut rindu kini tiada penghujung

Tinggi-tinggi pohon jati Tempat bermain simanja sayang Sungguh tinggi harga budi Budi dibalas kasih dan sayang

Bunga Tanjung kembang semalam Pohon tinggi tidak berduri Gelombang besar di laut dalam Kerana Tuan saya kemari ********** Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan ********** Dari mana hendak ke mana Tinggi rumput dari padi Hari mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi ********** Padi ini semumba-mumba Daun kurma daun cempedak Macam mana hati tak hiba Entah bertemu entah tidak ********** Permata jatuh ke rumput Jatuh ke rumput berbilang-bilang Dari mata tidakkan luput Dalam hati tidakkan hilang ********** Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi jujungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman ********** Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga ********** Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi ********** Kiri jalan kanan pun jalan Tengah-tengah pohon mengkudu Kirim jangan pesan pun jangan Sama-sama menanggung rindu ********** Mendung si mega mendung Mendung datang dari utara Jangan selalu duduk termenung Kalau termenung badan merana ********** Pohon mengkudu tumbuhnya rapat Rapat lagi pohon jati Kawan beribu mudah didapat Sahabat setia payah dicari ********** Pokok terap tumbuh di bukit Belat berbanjar panjang ke hulu Jangan diharap guruh di langit Kilat memancar hujan tak lalu ********** Sampan kotak hilir mudik Dayung patah galah sebatang Ikhtiar tidak datang menggolek Akal tidak datang melayang ********** Siti Wan Kembang perintah Kelantan Nama termasyhur zaman dahulu Baik-baik memilih intan Takut terkena kaca dan batu ********** Buah langsat kuning mencelah Senduduk tidak berbunga lagi Sudah dapat gading bertuah Tanduk tidak berguna lagi ********** Dua paya satu perigi Seekor bujuk anak haruan Tuan di sana saya di sini Bagai pungguk rindukan bulan ********** Gesek rebab petik kecapi Burung tempua membuat sarang Apa sebab jadi begini Karam berdua basah seorang ? ********** Hendak gugur gugurlah nangka Jangan menimpa putik pauh Hendak tidur tidurlah mata Jangan mengenang si dia yang jauh ********** Kain batik negeri seberang Dipakai anak Tanah Melayu Apa ertinya kasih dan sayang Kalaulah abang berjanji palsu ********** Pantai Cendering pasirnya putih Anak dagang berulang mandi Apa disesal orang tak kasih Sudah suratan diri sendiri ********** Disana pauh di sini pun pauh Daun mengkudu ditandungkan Adinda jauh kekanda jauh Kalau rindu sama tanggungkan ********** Pulau Tinggi terendak Cina Nampak dari Pulau Sibu Abang pergi janganlah lama Tidak kuasa menanggung rindu ********** Putik pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Tuan jauh di negri satu Hilang di mata di hati jangan3.3 Pantun nasihat untuk dewasa

3.4 Pantun nasihat untuk ibu bapa

3.5 Pantun nasihat untuk nenek

3.6 Pantun motivasi untuk guru

Pergi memburu ke hutan lamaDapat rusa di wak tu pagiKalau ilma ku dapat samaUsaha guru ku sanjung tinggiAngin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hatiAnak rusa masuk ke tamanPuas sudah orang memburuKalau muda jadikan temanKalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalahBuluh pecah terbelah duaOrang tua jangan dilangkahKelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kakiMati terkena jerat sembatOrang yang muda kita sanjungiOrang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papanBuah keranji dalam perahuSuruh makan awak makanSuruh mengaji awak tak mahuPinang muda dibelah duaAnak burung mati diranggahDari muda sampai ke tuaAjaran baik jangan diubah

Orang tua patut diseganiBoleh mendapat ajar nasihatUlar yang bisa tidak beginiBisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigiAmbil buluh lalu diikatIlmu dicari tak akan rugiBuat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubahSinggah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak AllahRezeki segenggam jadi sekarung

Anak kambing anak rusa,Hidup di hutan bersama-sama,Kalau berbudi kita berbahasa,Budi yang baik dikenang jua.

Bunga melati harum baunya,Berkembang mekar cantik rupanya,Jangan mengata tak tentu hala,Kerana di hati tidak diduga.

Dalam bakul ada permata,Pertama indah pelbagai warna,Belajar dahulu sebelum bermula,Supaya hidup dijamin berjaya.Anna Abadi membeli haliaFR memesan membeli laksaJadilah insan berhati muliaBaik hati berbudi bahasaPergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diriJangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga Selasih dimakan si anak kudaKasih ibu membaa ke syurga Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tigaHancur badan tulang berkecai Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi Pergi pagi kembali petangKalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggahDari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapaHidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok Kalau dibelok patah tiangnyaBudak kecil jangan di peluk Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail Dapat seekor ikan tenggiriJangan amalkan sikap bakhil Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja Suka berjalan di atas titi Orang yang malas hendak bekerja Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok RuBila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guruHari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman Pergi berburu sampai ke sempadan Dapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Ramai orang membeli jamu Di bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmu Ilmu dicari penyuluh hidup

Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya

Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orangBiar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durianCari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia Ambil sedikit buat juadahUsia muda jangan disia Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggahDari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk Mari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabuk Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburuKalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pulaRusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahuSuruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksaJadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasaPergi ke kedai naik beca,Beca dinaik bersama tamu,Rajin-rajin adik membaca,Membaca baik menambah ilmu.

Pagi pagi mendengar cerita,cerita dari cikgu Rohaya,hidup kita punya cita-cita,untuk berjasa dan berjaya.

jalan jalan mencari makanasam pedas jadi pilihanbudi yang baik jadi ikutandi sayang guru juga rakan

sarapan pagi minum susudi hidang bersama roti dan kayamembuat keputusan jangan terburusupaya hidup selamat sejahtera.

adik berbisik mahu berahsiaibu mendengar tanpa jemukalau mahu hidup bahagiapenuhkan ilmu di dadamu

mengapa kita malu bertanya,jika mahu mencari ilmu,jangan takut untuk bertanya,bersama kita berkongsi ilmu.

Burung Kenyalang terbang melayang,terbang melayang di tepi perigi,hidup saling sayang menyayang,semoga hidup diberkati

Jalan-jalan pergi ke pasara,pergi ke pasar memberli jamu,dari kecil hingga ke besar,menimba ilmu ilmu tanpa jemu.

4.0 Kesimpulan

5.0 Bibliografi