Assignment KKE

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kke

Citation preview

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KONSEP KECERDASAN EMOSI DAN KEPENTINGANNYA

NAMA : ABDUL MUKMIN B KAMARUDDIN (891031-08-5679) : MUHAMAD FAIZ B OSMAN (890911-08-6747) : NOR ATIKAH BT ZULKIFLI (890601-08-5650) : NUR SYAZWANNI BT IDRIS (890928-02-5334).KUMPULAN : 3 PPISMP PIAQ/ BI/ BA (2).

MATA PELAJARAN : KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI.

NAMA PENSYARAH : PUAN SALINA BT. TARIKH HANTAR : 31/7/2008.1.0 PENGENALANKompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) merupakan sejenis kebolehan untuk mengecam perasaan diri kita sendiri dan juga perasaan orang lain. Ia juga berfungsi untuk memotivasi diri, mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik. Menurut (Young, 1996), kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain. Seterusnya maklumat ini dimanfaatkan sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.

Kecerdasan Emosi ini juga dipanggil sebagai EQ (Emotional Quotient) seperti IQ (Intelligence Quotient). Menurut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ. Ini bermaksud sekiranya bahagian otak kita mengalami kerosakan akibat daripada kecacatan emosi, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik. Dalam bukunya yang bertajuk Working with Emotional Intelligence, (Goleman, D.1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu, termasuk aspek sosial dan kesihatan. Beliau juga berpendapat betapa perlunya kecerdasan emosi dalam dunia kerja, iaitu suatu bidang yang seringkali dianggap lebih banyak menggunakan cara berfikir secara analitikal daripada melibatkan perasaan atau emosi. Selain daripada itu, setiap orang dalam pengurusan organisasi dituntut untuk memiliki EQ yang tinggi.

Pada pendapatnya juga IQ bersifat relatif tetap, sementara EQ boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari. Dalam bidang pekerjaan pula Goleman mengatakan bahawa kejayaan diri dalam bidang pekerjaan perlulah diimbangi dengan aspek emosi.

Kajian telah menunjukkan bahawa majikan memerlukan individu yang mempunyai :

1. Kemahiran mendengar serta berkomunikasi verbal.

2. Respon yang inovatifi serta kreatif dalam menangani halangan dan kegagalan.

3. Urus diri yang baik, keyakinan diri, motivasi kerja, perasaan bangga diri terhadap pencapaian.

4. Keberkesanan dalam kerja-kerja berpasukan, kemahiran interpersonal dan kebolehan menangani ketidaksetujuan atau perselisihan faham.

5. Keberkesanan dalam organisasi, menyumbang kepada organisasi serta mempunyai potensi kepimpinan.2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KECERDASAN EMOSI (KE)1920

: E.L Thorndike menggunakan istilah Kecerdasan Sosial (Social Intelligence).

1983

: Howard Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai

(Multiple Intelligence).

1985 : Para penyelidik sosial telah mula menggunakan istilah Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence, EI).

1988 : Istilah Emotional Quotient (EQ) digunakan oleh Reuven Bar- On. Mengikut beliau, orang yang mempunyai IQ (Intelligence Quotient) yang

tinggi tetapi EQ yang rendah tidak berjaya dalam hidup. 1990 : Artikel tentang EI yang diterbitkan dalam Jurnal Akademik oleh John Mayer dan Peter Salovey. Mereka menggunakan istilah Emotional

Intelligence. 1995 : Daniel Goleman menulis buku Emotional Intelligence yang menjadi buku yang paling laris dijual di antarabangsa.

1997: Steiner dan Perry telah menggunakan istilah Literasi Emosi (Emotional Literacy) untuk mengkelaskannya sebagai satu kemahiran atau Kompetensi. Menurut beliau, Literasi Emosi terdiri daripada 3 kebolehan iaitu : Kebolehan memahami emosi diri sendiri. Kebolehan mendengar dan berempati dengan emosi orang lain.

Kebolehan meluahkan atau mengekspresi perasaan secara produktif.

1999 : Higgs dan Dulewicz telah menjalankan ujian psikometrik dan mengeluarkan buku menyokong kenyataan kecerdasan emosi.

2000 : Geetu Bharwaney telah menunjukkan bahawa KE boleh diukur, boleh dibelajar, berfungsi bersama dengan IQ (kecerdasan otak) dan boleh

digunakan untuk membezakan antara prestasi cemerlang dan

prestasi sambil lewa.

Sekarang: EI dianggap penting bagi semua lapisan masyarakat dan mulai diterapkan dalam kurikulum pendidikan latihan guru dan juga menjadi komponen penting dalam latihan pembangunan sumber manusia pihak swasta dan kerajaan.

Sebagai usaha menerapkan pendekatan psikologikal dalam pengurusan tenaga manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1, Tahun 1999 yang meminta semua agensi awam mewujudkan perkhidmatan kaunseling di jabatan masing-masing. Latihan, pendedahan dan peningkatan kemahiran asas dalam kaunseling akan diberikan kepada pegawai yang telah dipilih oleh jabatan.

Beberapa program peningkatan kemahiran asas kaunseling telah dikendalikan oleh JPA untuk pelbagai jabatan dan mendapat respons yang menggalakkan daripada agensi awam. Ini boleh dijadikan kayu pengukur bahawa telah wujud kesedaran mengenai kepentingan menjaga aspek kemanusiaan dalam pengurusan dalam diri setiap individu yang terlibat. Ramai pegawai dan staf telah dilantik secara rasmi oleh jabatan masing-masing untuk bertugas sebagai kaunselor di samping menjalankan tugas biasa harian.Selain daripada itu, dalam tahun 1999 JPA juga telah mengendalikan 105 program peningkatan kemahiran dan kesedaran berhubung dengan masalah kemanusiaan dalam organisasi seperti kemarahan, ketegangan (stress), pengurusan konflik, kepimpinan, perhubungan interpersonal dan ketahanan kendiri. Program-program ini telah dikendalikan oleh kementerian dan jabatan serta berfungsi untuk memberi pendedahan kepada pihak pengurusan dan semua peringkat anggota organisasi tentang kemahiran, maklumat dan kaedah pendekatan psikologikal dalam aspek pengurusan tenaga manusia.

Perkhidmatan kaunseling boleh dilaksanakan mengikut keselesaan pelanggan sama ada secara bersemuka, melalui e-mail atau telefon. Pada tahun 1999, terdapat lebih dari 60 kes kaunseling bersemuka dengan purata empat sesi bagi setiap kes (satu sesi mengambil masa selama 50 minit). Masalah yang dikenalpasti merangkumi aspek-aspek seperti pembangunan kerjaya, kekeluargaan, kepimpinan, perhubungan, konflik, sosial dan peribadi. Kes-kes ini dapat dikesan di peringkat awal sebelum ia berkembang ke tahap yang boleh menjejaskan produktiviti. Oleh sebav itu, JPA terus berusaha mempertingkatkan lagi kemahiran dan kepakaran kaunselor dengan mengadakan sesi percambahan fikiran, seminar dan dialog. Pada tahun 1999, Program Kesihatan Psikologikal telah diperkenalkan kepada anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran di kalangan anggota tentang pengetahuan kesihatan psikologikal dan kesihatan fizikal. Program ini selaras dengan Dasar Kesihatan Negara. Program bagi mengendali dan mengurus pegawai-pegawai yang bermasalah turut dipertingkatkan dalam tahun 1999 selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998. Program ini telah meletakkan tiga aspek sebagai tujuan utama iaitu aspek pencegahan, rawatan dan pemulihan.3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAKepentingan KE (Kecerdasan Emosi) telah pun termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."3.1 Keperluan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) diintegerasikan dalam Kurikulum Pendidikan Guru

Kajian menunjukkan seorang guru perlu memiliki kebolehan untuk mengurus atau menangani emosi negatif. Guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang dan riang serta begitu juga yang berlaku sebaliknya. Tahap pencapaian KKE di kalangan pelajar ditentukan oleh tahap pencapaian KKE guru melalui kewujudan suasana bilik darjah yang menyokong perkembangan emosi secara sihat. Guru yang berkesan dan berjaya adalah guru yang dapat menangani emosi negatifnya dengan cara yang sihat dan berkesan.

Selain daripada itu, pelajar yang berkemahiran dalam menangani emosinya akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam sebarang jenis ujian dan penilaian. Terdapat satu perhubungan langsung antara kecerdasan emosi dan kelakuan konstruktif. Pelajar yang mempunyai KKE yang tinggi adalah kurang ganas, boleh menyelesaikan sengketa antara mereka tanpa pertolongan orang dewasa. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa masalah emosi yang dihadapi oleh orang dewasa dikaitkan kepada cara asuhan awalan.

4.0 KEPELBAGAIAN SUBJEK EMOSI

Istilah Kecerdasan Emosi (KE) sering kita gunakan untuk memasukkan maksud EQ (Emotional Quotient) dan EI (Emotional Intelligent), manakala KKE digunakan bagi singkatan kepada Kompetensi Kecerdasan Emosi. Lazimnya, istilah EQ digunakan secara tukar menukar dengan EI. Beberapa pendekatan boleh digunakan dalam mengkaji subjek emosi ini iaitu:1. Literasi Emosi.

2. Vokabulari Emosi.

3. Kejujuran emosi.

4. Kecerdasan emosi. 4.1 Literasi emosi Literasi emosi harus diperkembangkan untuk mengenalpastikan dengan tepat perasaan kita serta mengkomunikasinya dengan tepat. Memberi nama yang tepat bagi perasaan kita merupakan tahap literasi emosi yang paling tinggi. Ini adalah penting seperti yang dikatakan oleh Mayer dan Salovey bahawa kita harus mendiskriminasi antara perasaan kita dan menggunakannya untuk memandu tindak tanduk kita.4.2 Vokabulari emosi ( Perbendaharaan kata istilah emosi )

Terdapat lebih daripada 2000 patah perkataan untuk menerangkan emosi sendiri dan emosi orang lain. Perkataan-perkataan ini boleh dikelaskan kepada jenis positif dan negatif. Contohnya :PositifNegatif

DiiktirafTerbiar

DihargaiDiperkecil

OptimistikPesimistik

DihormatiDihina

BebasTerkongkong

MendorongMelemahkan

BanggaAngkuh

SelamatCemas

PuasTak puas

SuciDosa

4.3 Kejujuran emosiMencerminkan gambaran luar yang baik dengan menanam atau menyembunyikan perasaan sebenar kita adalah satu perbuatan yang tidak jujur terhadap emosi diri kita sendiri. Hal ini kerana kejujuran emosi merupakan kebolehan mengekspresi atau meluahkan perasaan sebenar kita. Kita perlu sedar tentang emosi kita pada permulaanya untuk menjadi jujur dalam menunjukkan emosi. Kecerdasan emosilah yang dapat memberi kita kebolehan untuk mengenalpasti dengan tepat perasaan sebenar itu.

Biasanya perasaan (emosi) kita tidak dapat dikawal dan menyebabkan kita perlu sering bertanya kepada diri sendiri supaya kita jujur dengan emosi sendiri. Perasaan-perasaan yang kita dapat tanpa berfikir ini berlaku di bahagian otak yang dipanggil limbic brain dan 80% daripada perasaan ini ditunjuk secara fizikal melalui pancaindera kita. Biasanya kita tidak sedar tentang perubahan ini tetapi bahasa badan kita (body language) itu dilihat oleh orang luar. Namun melalui pengetahuan KE, kita akan dapat mengawalnya.4.4 Bahaya distres emosi kronik ( Chronic emotional distress )Johan Denollet (ahli psikologi) telah menghubungkaitkan personaliti emosi individu kepada risiko perubatan seperti sakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. Beliau telah menggunakan istilah Type D Personality untuk mencirikan individu yang melalui tekanan emosi berpanjangan (kronik). Menurut beliau terdapat 2 keadaan emosi iaitu emosi negatif dan penyingkiran sosial. Emosi negatif yang dimaksudkan beliau ialah individu yang muram, selalu risau, mudah diganggu oleh perkara remeh-temeh, mempunyai estim kendiri yang rendah dan tidak rasa mudah untuk bersosial.

Pada tahun 1960-an hingga 1970-an pakar psikologi telah mengemukakan jenis-jenis personaliti seperti A,B dan C. Jenis personaliti A mempunyai ciri cerewet yang sentiasa bertungkus lumus sepanjang hari minggu dan sentiasa sibuk. Jenis ini berkemungkinan besar menghidap sakit jantung. Berbeza dengan personaliti A, personaliti B pula adalah jenis yang sentiasa tenang, tidak bersaing dan mempunyai kesihatan yang baik. Bagi jenis personaliti C, mereka mempunyai personaliti yang baik pada luaran tetapi untuk mengelakkan konflik mereka memendam perasaan yang negatif. Jenis personaliti ini terdorong mengidap penyakit kanser.

Pada 1980-an, konsep personaliti ini telah dipertikaikan kerana penyelidikan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara personaliti jenis A dengan penyakit jantung. Kini, teori personaliti jenis D yang telah diasaskan oleh Denollet diterima kerana penyelidikan dan kajian telah membuktikan bahawa emosi negatif seperti keresahan, kemarahan dan ketiadaharapan memang memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan seseorang.

Untuk mengatasi distres emosi kronik ini secara sepenuhnya mungkin tidak dapat tetapi sekurang-kurangnya ia dapat dikawal atau dikurangkan melalui diet yang sesuai dan senaman. Menjauhi distres emosi kronik membuatkan kesihatan jantung kita lebih terjamin. Keadaan tekanan ini juga dapat dikurangkan melalui meditasi, terapi berbual atau ubat antimurungan. 5.0 MODEL-MODEL KECERDASAN EMOSI

Terdapat 3 jenis KE yang utama, iaitu :5.1 Model Reuven Bar-On : Emotional Quotient inventory

Bar-On merupakan seorang ahli psikologi yang merekabentuk 133 item dalam satu ujian bagi menentukan kemahiran tak-kognitif yang boleh meramalkan kejayaan dalam bidang-bidang tertentu dalam hidup. Bidang-bidang tersebut ialah :

Intrapersonal

1. Kesedaran kendiri.

2. Penilaian kendiri.

3. Berdikari.

4. Keasertifan (assertivness)

5. Penghayatan kendiri (self actualisation) Interpersonal1. Empati.

2. Tanggungjawab sosial.

3. Hubungan interpersonal.

Penyesuaian (Adaptability)

1. Pengujian realiti.

2. Kefleksibelan.

3. Penyelesaian masalah.

Pengurusan tekanan (stress management)

1. Toleransi tekanan.

2. Kawalan impuls.

Mood Am

1. Optimisme.

2. Keceriaan.5.2 Model Mayer & Salovey : Four Branch Model of Emotional Intelligence

Model Kecerdasan Emosi yang dipelopori oleh Mayer dan Salovey pada tahun 1990 ini menggunakan perkataan kebolehan dan bukan kemahiran. Mengikut Mayer dan Salovey, Kecerdasan Emosi boleh dilihat melaui model 4 cabang :

5.3 Model Goleman dan Boyatzis : ECI Emotional Competency InventoryGoleman dan Richard Boyatzis mengeluarkan model yang menguji kompetensi dalam 4 bahagian iaitu Kesedaran Kendiri, Pengurusan Kendiri, Kesedaran Sosial dan Kemahiran Sosial. Mereka menggunakan perkataan kompetensi untuk menunjukkan pencapaian sesuatu kemahiran itu.

KERANGKA KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Kompetens Personal Kompetens Sosial

- Kesedaran Kendiri - Kesedaran sosial (Empati)

- Pengurusan Kawalan Kendiri - Kemahiran Sosial

- Motivasi kendiri

6.0 CIRI-CIRI ORANG YANG BERKECERDASAN EMOSI TINGGI1. Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang

dihadapi.

2. Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan.

3. Bertanggungjawab atas perasaan sendiri.

4. Perasaannya digunakan untuk membantu membuat keputusan.

5. Menghormati perasaan orang lain.

6. Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan.

7. Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati,

pertimbangan dan penerimaan perasaan orang lain.8. Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif.

9. Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang

lain yang tidak kena pada tempatnya.10.Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya. 7.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, kompetensi kecerdasan emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan khususnya kepada kita, bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa sebagai pemimpin kelak. Umumnya kita telah mengetahui bagaimana sejarah perkembangan kecerdasan emosi ini dikaji dan seharusnya, kita sebagai manusia iaitu hamba-Nya yang bersifat lemah yang tidak dapat lari daripada kesilapan mestilah sentiasa bersyukur dan berusaha meningkatkan potensi diri serta mengawal emosi kita dalam pelbagai situasi. Sebenarnya, emosi tidak tertakluk pada luaran sahaja tetapi sangat dipengaruhi oleh sifat dalaman yang ada dalam diri kita ini. Mungkin persekitaran adalah salah satu faktor yang mempengaruhi emosi kita tetapi ketahuilah bahawa sifat rohani merupakan tunjang kepada kecerdasan emosi kita. Jika hati kita baik, maka eloklah segala perbuatan kita dan begitu jugalah sebaliknya.Sebagai kesimpulannya, kompetensi kecerdasan emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan khususnya kepada kita, bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa sebagai pemimpin kelak. Umumnya kita telah mengetahui bagaimana sejarah perkembangan kecerdasan emosi ini dikaji dan seharusnya, kita sebagai manusia iaitu hamba-Nya yang bersifat lemah yang tidak dapat lari daripada kesilapan mestilah sentiasa bersyukur dan berusaha meningkatkan potensi diri serta mengawal emosi kita dalam pelbagai situasi. Sebenarnya, emosi tidak tertakluk pada luaran sahaja tetapi sangat dipengaruhi oleh sifat dalaman yang ada dalam diri kita ini. Mungkin persekitaran adalah salah satu faktor yang mempengaruhi emosi kita tetapi ketahuilah bahawa sifat rohani merupakan tunjang kepada kecerdasan emosi kita. Jika hati kita baik, maka eloklah segala perbuatan kita dan begitu jugalah sebaliknya. Persepsi emosi dan pengekspresannya - kebolehan mengenalpasti emosi dan meluahkannya dengan tepat.

Kecerdasan Emosi

Penggunaan emosi kebolehan menggunakan emosi secara konstruktif dalam membuat keputusan.

Kefahaman emosi kebolehan memahami maksud-maksud pelbagai emosi, tujuannya dan hubungannya dengan pemikiran dan perasaan serta kesannya pada interaksi antara satu sama lain.

Pengurusan emosi kebolehan mengurus emosi supaya ada peningkatan dalam aspek personal dan sosial.

Inventori Kompetensi Emosi

Kesedaran kendiri

- kesedaran kendiri

- penilaian kendiri

- keyakinan diri

Pengurusan kendiri

- kawalan kendiri

- penyesuaian

- amanah

- rajin

- inisiatif

- orientasi pencapaian

Kesedaran social

- empati

- orientasi berkhidmat

- kesedaran organisasi

Kemahiran sosial

- kepimpinan

- pengaruh

- memperkembang orang lain

- pemangkin perubahan

- komunikasi

- pengurusan konflik

- membina tali persahabatan

- kerja berpasukan

- kolaborasi