30
PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah.Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi ker dengan limpah kurnia dan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.Kami diberikan tempoh selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini dan akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada n Samsuddin !in Saad selaku pensyarah bagi subjek "#$I %&''( kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan kerja kusus terutama sekali dalam menyampaikan maklumat tentang kerja kursus ini kepada kami. Kami telah diberi penerangan secara khusus bagi tentang kriteria-kriteria yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan ini. )idak lupa* sekalung penghargaan diucapkan kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu dan memberi idea serta berkongsi maklumat dalam melaksanakan tugasan ini.!anyak maklumat yang berjaya saya perolehi hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan. Semua hasil perbincangan tersebut banyak membantu dan amat berguna dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali* saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada ahli keluarga yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu secara langsung atau tidak langsung.Sekian* terima kasih. 1

assignment ISU SEMASA complete.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.Kami diberikan tempoh selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini dan akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan ini.Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Samsuddin Bin Saad selaku pensyarah bagi subjek (GCI 1022) kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan kerja kusus terutama sekali dalam menyampaikan maklumat tentang kerja kursus ini kepada kami. Kami telah diberi penerangan secara khusus bagi tentang kriteria-kriteria yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu dan memberi idea serta berkongsi maklumat dalam melaksanakan tugasan ini.Banyak maklumat yang berjaya saya perolehi hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan. Semua hasil perbincangan tersebut banyak membantu dan amat berguna dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada ahli keluarga yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu secara langsung atau tidak langsung.Sekian, terima kasih.

PENGENALAN:Artikel yang saya kupas berjudul Peranan Masyarakat Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar dan dikarang oleh Rosmidzatul Azila Binti Mat Yamin.Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi.Sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002).Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997).Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal.Pencemaran pula dimaksudkan sebagai percampuran sesuatu benda atau perkara yang tercemar masuk ke dalam sesuatu perkara yang positif. Perkara tercemar tersebut akan memberikan kesan-kesan yang buruk kepada alam sekitar, budaya dan bangsa sekiranya tidak di tangani.

ISU PERTAMAPENCEMARAN AIR:Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.Punca utama pencemaran air ialahpembuangan sampah dari kawasan perumahandi sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.Selain itu,sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawabmembuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.

Pertumpahan minyakyang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.Pencemaran air akan memberikesan kepada kesihatan manusia.Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidiumdanhepatitis.Tumpahan minyakyang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.Pencemaran air juga memberikesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.Media massa dan media elektronikmemainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar.

Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawabmenguatkuasakan undang-undang.Manakala, undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya,pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat makapenyelenggaraan berkalaseharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

ISU KEDUA:PENCEMARAN TANAH:

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.Penggunaan racun serangga yang secara berlebihan juga boleh menjadikan punca kepada pencemaran tanah. Ini kerana, bahan kimia yang berlebihan akan menyebabkan keasidan berlebihan di kawasan tersebut dan menyebabkan kawasan tersebut terbiar dan tidak boleh digunakan untuk tanaman yang lain. Ini kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Contoh racun efektif yang digunakan untuk membunuh binatang perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya ialah pestisid.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Kita pasti mengetahui bahawa tempat yang berlonggokan sampah-sarap itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan yang membawa penyakit seperti lalat, tikus, lipas dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia. Dari segi lain, timbunan sampah-sarap tersebut boleh berlakunya gas nitrogen dan asid sulfida. Terdapatnya zat mercuri pada longgokan sampah dapat menimbulkan gangguan terhadap tanah, tumbuhan, merosakkan struktur permukaan tanah dan tekstur tanah. Ini kerana ia akan melarut lalu permukaan tanah menjadi racun.

Sampah bukan organik yang tidak boleh terurai yang menyebabkan lapisan tanah tidak dapat ditembus oleh akar tanaman dan tidak mengalir air sehingga peresapan air dan mineral yang dapat menyuburkan tanah hilang dan jumlah mikrooganisma di dalam tanah pun akan berkurangan akibat tidak dapat sumber makanan untuk berkembang. Contohnya botol plastik mineral, tin minuman, polistirena bekas makanan.Penyebaran kuman-kuman penyakitmerupakan salah kesan yang akan timbul kesan daripada pencemaran tanah.Haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat lain.Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas,seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja maka manusia akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.Selain itu, kerosakan tanah dan kualitinyajuga merupakan kesan yang akan timbul apabila terjadinya pencemaran tanah.Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang kualiti.Tanah yang kurang kualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam hidup dengan tidak sempurna dan kurang subur. Hakisan tanahjuga akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara.Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,misalnya tanah runtuh dan gempa bumi.Terdapat banyak yang sedang diancam hakisan tanah. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan tanah adalah pembersihan dan pembajakkan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada runtuh.Pendidikan alam sekitarmerupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah.Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu,dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan.Selain itu,kempen kesedaranjuga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen cintailah sungai kita,kitar semula,dan sahabat alam.Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya. Pendedahan media masajuga merupakan salah satu cara yang boleh di ambil untuk menangani isu pencemaran tanah.Pada hari ini,media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Oleh itu,dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran alam,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian yang serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain dari menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di bumi ini akan pupus. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-mata. Kerjasama antara rakyat dengan agensi kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Biarlah semua orang berpuas hati dengan slogan selamat dunia kita selamatlah nyawa kita.

REFLEKSI:Melalui kerja kursus cabaran isu semasa ini , saya telah menimba banyak ilmu terutama sekali tentang isu pencemaran alam sekitar . Sedar atau tidak pencemaran akan memberikan kesan-kesan yang buruk kepada alam sekitar, masyarakat dan negara sekiranya tidak di tangani.Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini , saya telah mempelajari sedikit sebanyak cara menggunakan Microsoft Word dengan lebih cekap dan mudah. Selain itu saya juga dapat mengetahui mengenai pencemaran air dan pencemaran tanah yang mana bnyak memberikan kesan kepada alam sekitar. Saya juga dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan belaku pencemaran air dan tanah ,langkah-langkah dan juga kesen-kesannya.Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini juga, saya mengalami kekangan terhadap masa. Saya juga tidak dapat membahagikan masa dengan sebaiknya. Hal ini, disebabkan aktiviti yang saya ikuti dan hal yang pada masa yang sama terdapat juga tugasan subjek lain yang perlu disiapkan. Oleh sebab itu, saya mula mengatur tugasan yang perlu saya selesaikan dahulu mengikut urutan tarikh maka dengan itu, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sistematik.secara tidak langsung saya dapat melatih diri saya supaya bijak mengatur masa dan memanfaatkan masa dengan sebaiknya.Setiap tugasan yang diberikan mestilah dilaksanakan secepat mungkin supaya kerja yang lain tidak tertangguh . Dengan apa yang terjadi pada saya selepas ini akan mengambil perhatian dan tidak akan membuat tugasan sambil lewa lagi. Sebagai bakal guru tidak sepatutnya terjadi perkara sebegini kerana seperti sedia maklum seorang pendidik adalah seorang yang rajin terhadap tugasnya dan seorang yang tidak akan menangguhkan kerjanya. Tambahan lagi, untuk jadi seorang guru yang berkualiti mestilah bersikap berani untuk tampil kehadapan dan berhadapan dengan pelbagai karenah murid.

Saya berharap agar tugasan saya telah saya laksanakan ini dapat diterima dengan baik oleh pensyarah saya. Saya juga berharap agar segala info atau maklumat yang terkandung dalam tugasan ini mampu memberikan manfaat kepada individu atau pihak berkenaan jika ingin membuat kajian dan juga rujukan. Mungkin bukan digunakan sebagai rujukan utama tetapi setidak-tidaknya , dapat menjadi maklumat tambahan. Pelaksanaan tugas ini banyak meningkatkan kemahiran saya iaitu dari segi mencari maklumat ,kosa kata, dan pengolahan bahasa. Justeru itu, sedikit nasihat untuk diri saya dan juga kepada segenap lapisan masyarakat agar sentisa berusaha menambahkan pengetahuan dengan melakukan pembacaan dan pengkajian jika ingin mengetahui sesuatu perkara itu.Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran pada masa akan datang. Semua tugasan ini sudah semua saya menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat daripada tuan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kesayangan saya ini kerana telah memberikan ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat dimanfaatkan untuk menjadi seorang guru yang berguna apabila menamatkan pengajian nanti. Akhir kata , segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk datang daripda diri saya sendiri.

BIBLIOGRAFIA Bullock And O Stallybrass Geography In A Steady State Environment Geography , London ,1997.Ismail Hashim, Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik Khas,Kuala Lumpur, 1991.Mohd Zuhdi Marsuku, Etika Alam Sekitar:Perspektif Islam Timur Dan Barat , PTS Publications, Kuala Lumpur, 2002.Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Kuala Lumpur, 1994.Rohaini Haris, Jabatan Alam Sekitar, Dewan Kosmik,Kuala Lumpur, 1994.Sulong Mohamad, Mohd Ekhwan Toriman, Kadaruddin Aiyub dan Mokhtar Jaafar, 2005 ,Sungai dan Pembangunan Tebingan Sungai Bandar Malaysia. Bangi : Penerbit UKM.

http://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/23/pencemaran-alam-sekitar/https://www.google.com.my/search?q=PENGENALAN+alam+sekitar+dan+pencemaran&hl=en&biw=1366&bih=643&noj=1&ei=obUKVKzmIcm5uATAxoHoBA&start=20&sa=Nhttp://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7756-peranan-masyarakat-dalam-menyelamatkan-alam-sekitar

LAMPIRAN:Peranan Masyarakat Dalam Menyelamatkan Alam SekitarWritten by Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted inArtikelPada hari ini pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana dan ia merupakan satu perkara yang besar bukan sahaja di negara kita, malah turut juga dihadapi oleh negara-negara membangun yang lain. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?Pencemaran yang berlaku secara berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh pelbagai unsur. Mengikut hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91% kejadian pencemaran terutamanya pencemaran sungai yang berlaku di negara kita adalah disebabkan oleh najis, sama ada najis haiwan mahupun najis manusia.Antara unsur lain berlakunya pencemaran termasuklah disebabkan oleh bahan kumbahan dan baja yang digunakan untuk tujuan pertanian terutamanya yang mengandungi galian seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku adalah disebabkan oleh penghasilan kelodak dan bahan-bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan daripada kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan tebing sungai apabila berlakunya hujan lebat.Di samping itu, bahan buangan daripada kilang-kilang, pembasmian hutan dan pembangunan industri juga menjadi punca berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar kita. Mungkin ada antara kita yang sedia maklum bahawa kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang singkat sahaja. Pencemaran seperti ini boleh juga disifatkan sebagai pencemaran jangka pendek. Manakala, bagi pencemaran jangka panjang pula, ia memerlukan perhatian yang khusus walaupun ianya masih lagi pada tahap yang rendah di negara kita, kerana ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan.Pencemaran tanah dan air bawah tanah misalnya tidak boleh tersebar dalam jangka masa yang cepat. Namun demikian ia boleh memberi kesan yang besar kepada hidupan terutamanya jenis haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Sebagai contoh, aliran kehidupan biasa dalam kitar pembiakan haiwan seperti spesies katak sudah tergangu, puncanya adalah merujuk kepada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebabkan oleh pencemaran jangka panjang, dan sebahagian saintis khuatir sekiranya keadaan tersebut berterusan, ia akhirnya akan turut memberi kesan kepada manusia.Sebagai individu, apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi malasah pencemaran alam sekitar kita pada hari ini?Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar kita adalah terletak di tangan kita sendiri. Bila-bila masa sahaja kita boleh katakan tidak' kepada pembasmian hutan dan juga persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, kita mempunyai kuasa untuk mendesak para pemaju dan penjaja supaya mereka lebih mesra alam' dalam menjalankan kerja mereka.Kita sebagai individu juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli rumah dalam kawasan ladang yang mana pemaju telah menebang semua pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan. Kita sepatutnya bertanya pada diri kita sendiri, mengapa perlu kita tinggal di kawasan persekitaran yang tidak selamat dan selesa? Hanya kita sendiri sahaja yang berhak untuk katakan tidak' ataupun ya' dalam memastikan kita hidup dalam suasana persekitaran yang bersih dan selesa.Kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan-kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Sebagai contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk membina hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang kerana kawasan tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang dahulunya bersih dan cantik, kini telah dipenuhi dengan sampah sarap.Selain itu, 50% sungai di negara kita juga telah tercemar , dan 5% daripadanya berada pada tahap yang sangat tenat. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan air terjun di Pulau Pinang, Sungai Klang pula tercemar teruk dan kawasan perlombongan di Batu Pahat, Johor juga dipenuhi dengan sampah sarap.Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, orang awam perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan, kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya.Misalnya kejadian banjir besar yang berlaku di Johor pada tahun lepas telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang besar, iaitu sebanyak RM1 bilion hanya untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan asas yang rosak akibat banjir tersebut. Ia jelas merugikan apabila kita terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar hanya untuk membaik pulih kerosakan akibat daripada banjir tersebut. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat seperti untuk tujuan pembinaan sekolah dan juga hospital.Bukan itu sahaja, malah kita juga memerlukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram. Ini kerana, pembalakan haram merupakan salah satu daripada kegiatan yang turut memusnah dan mencemar alam sekitar kita termasuk sungai dan juga laut. Daripada kerja pembalakan haram tersebut juga, ia akan turut membawa kepada musnahnya kebanyakkan habitat semulajadi ikan air tawar yang sedia ada.Selain memusnahkan habitat semulajadi ikan air tawar, aktiviti pembalakan haram juga akan turut memusnahkan kebanyakan habitat hutan yang seterusnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti hakisan tanah, banjir, pemanasan sejagat dan sebagainya. Kita sepatutnya sedar bahawa habitat hutan sangat penting bukan sahaja kepada kita, malah juga kepada alam sekitar kita. Seperti yang kita sedia maklum, kewujudan tumbuh-tumbuhan adalah sangat penting terhadap alam sekitar yang mana ia sangat diperlukan bagi membolehkan penggunaan karbon dioksida oleh tumbuh-tumbuhan dan pengembalian oksigen untuk tujuan pernafasan.

Kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap tak apa' dalam diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya.Selain itu, kita juga memerlukan proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita. Langkah yang berkesan perlu diambil dalam memastikan mesej yang jelas mengenai unsure-unsur pemuliharaan alam sekitar yang betul dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terus terpelihara. Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita akan dapat diselamatkan dan dipelihara sepenuhnya.

JURNAL:SUATU TINJAUAN TERHADAP ISU PENCEMARAN SUNGAI DI MALAYSIAHaliza Abdul RahmanPensyarahPusat Pengajian Sains KesihatanKampus KesihatanUniversiti Sains Malaysia16150 Kubang [email protected] adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan pencemaran. Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada factor budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai kualiti sungai.Haliza Abdul Rahman, Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8-9 September2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI.PENGENALANSungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi,manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian serta sumber protein kepada manusia. Maka itu, tidak hairanlah mengapa bandar purba dan sebahagian besar bandar moden tumbuh dan berkembang di muara-muara sungai. Sebagai contoh, petempatan bandar pertama seperti Uruk, Eridu dan Ur yang muncul dalam sejarah tamadun manusia kira-kira 6000 tahun dahulu (4000 SM) di Mesopotamia dan Babylon telah dibina di lembah subur yang disaliri oleh Sungai Tigris dan Sungai Euphrates (Mocionis & Parillo 1998).Sungai juga turut memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan bandar di Malaysia. Pada peringkat awal dalam sejarah pembandaran Malaysia, sungai mempengaruhi pertapakan bandar. Jika diteliti, semua bandar awal Malaysia terletak di kawasan kuala atau tepi sungai seperti Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Alor Star, Kuantan, Kota Bharu, Kuching dan Bandaraya Melaka. Selain itu, masih terdapat banyak lagi bandar kecil dan pekan yang terletak di tepi atau muara sungai (Andaya & Andaya 1992). Namun, dengan berkembangnya Revolusi Perindustrian semenjak abad ke-18, sungai mula mengalami kemerosotan khususnya dari segi kualiti airnya. Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula Haliza Abdul Rahman, Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8-9 September 2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI. 2 mengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan pencemaran. Semua permasalahan tersebut sebenarnya berpunca daripada sikap manusia yang menganggap sungai sebagai saluran mudah untuk membuang segala sampah, kotoran dan sisa. Natijahnya, perkembangan ini telah memutuskan hubungan antara masyarakat dengan sungai kerana sungai tidak lagi boleh digunakan oleh masyarakat untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, membasuh, menangkap ikan dan berekreasi. Penggunaan sungai kini terhad kepada fungsinya sebagai laluan pengangkutan sahaja (Sulong et al. 2005).SUNGAI SEBAGAI SUMBERFungsi sungai yang pelbagai dalam kehidupan manusia telah menjadikan sungai sebagai aset yang sangat penting. Fungsi sungai yang paling utama kepada manusia adalah sebagai sumber bekalan air sama ada untuk kegunaan domestik atau komersil. Kegunaan domestik utama sungai adalah sebagai bekalan air bersih untuk minuman, membasuh pakaian dan mandian. Fungsi komersil sungai adalah seperti kegunaan dalam industri, pertanian dan akuakultur.Sungai juga digunakan untuk tujuan rekreasi seperti berenang, bersampan dan berkayak dan memancing. Persekitaran sungai pula digunakan untuk rekreasi pasif seperti berehat dan mendapatkan ketenangan serta menghayati persekitaran sungai. Sungai juga digunakan sebagai medium pengangkutan, mendapatkan sumber protein seperti ikan serta kegiatan ekonomi seperti menangkap ikan dan menjual pasir sungai.Haliza Abdul Rahman, Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8-9 September2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI.SENARIO PENCEMARAN SUNGAI DI MALAYSIAPencemaran sungai merupakan suatu isu yang amat mendesak dan memerlukan usaha holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya. Kualiti air sungai-sungai di Malaysia semakin terancam dengan pencemaran. Pada umumnya, setiap sungai di Negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu; Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan Kelas 2 airnya memerlukan rawatan biasa Kelas 3 air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing Kelas 4 tercemar* Kelas 5 hampir mati**Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam. Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Pada tahun 1976, analisis awal data kualiti air sungai menunjukkan terdapat 42 batang sungai yang teruk tercemar, 16 sederhana tercemar sementara 7 lagi berpotensi untuk tercemar. Antara sungai yang teruk tercemar ialah Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Skudai dan Sungai Melaka. Pada tahun 1987, data kualiti air untuk 35 sistem sungai utama berdasarkan indeks kualiti air untuk lima parameter iaitu Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D.), Keperluan Oksigen Kimia (C.O.D.), bahan terampai, Nitrogen beramonia dan pH menunjukkan bahawa 4 batang sungai iaitu Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Raja Hitam teruk tercemar. Selain itu, analisis juga menunjukkan 25 batang sungai sedikit tercemar serta menghadapi masalah pencemaran. Pada tahun 1990 pula, analisis parameter kualiti air menunjukkan bahawa daripada 90 sungai utama yang dikaji, 7 dalam keadaan teruk tercemar, 35 sedikit tercemar dan 48 batang lagi sungai dikelaskan bersih. Sungai yang paling teruk tercemar ialah Sungai Juru, diikuti oleh Sungai Sepang, Sungai Pontian Besar, Sungai Ibai, Sungai Kelang dan akhir sekali Sungai Buloh. Seterusnya, Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1997 dan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bilangan sungai yang dikategorikan sebagai bersih telah berkurangan sebanyak 43 peratus dari tahun 1996 ke 1997. Dalam tempoh yang sama, bilangan sungai yang tercemar pula telah bertambah sebanyak hampir sekali ganda daripada 13 batang pada 1996 kepada 25 batang pada 1997. Jadual 1 menunjukkan kualiti air sungai terpilih di Malaysia pada tahun 1995 dan tahun 1999. Pada tahun 1999, usaha pemantauan terhadap 900 stesen yang melibatkan 120 batang sungai juga jelas menujukkan bilangan sungai yang mula dan sedang mengalami pencemaran kian bertambah di negara ini.Rentetan daripada itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memperuntukkan bajet berjumlah RM250 juta untuk membiayai projek pembersihan dan pengindahan sungai dalam Rancangan Malaysia Ke-8. Sebagai contoh, di Selangor sahaja, daripada 26 sungai utama yang menjadi sumber air kepada penduduk Lembah Klang, hanya lapan sahaja yang dikategorikan bersih manakala tujuh buah sungai dikategorikan mati dan selebihnya dikelaskan sederhana tercemar. Peruntukan ini dijangka meningkat dalam Rancangan Malaysia ke-9 memandangkan lebih dua pertiga sungai-sungai di negara ini dikategorikan sebagai tercemar. Pada tahun 2007 pula, Sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan sebagai tercemar dan hampir mati. Lokasi kebanyakan sungai tersebut sungai tersebut berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kos bagi memulihkan setiap batang sungai tersebut dianggar memerlukan kos antara RM100 juta hingga RM400juta bergantung kepada panjang sungai tersebut, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan yang hendak dijalankan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007) . Ini bermakna lebih panjang sungai tersebut, lebih mahal kos untuk memulihkannya. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Jabatan Pengairan dan Saliran telah mendapat peruntukan kira-kira RM500 juta untuk melakukan kerja-kerja pemulihan sungai. Kesemua angka-angka ini menggambarkan kepada kita betapa kritikalnya isu pencemaran sungai di Negara ini dan betapa perlunya tindakan segera dilakukan ke arah menyelamatkan sungai terbabit. Jika perkara ini tidak diberi perhatian yang serius, kita mungkin terpaksa mengeluarkan bajet yang lebih tinggi hingga mencecah berbilion ringgit akibat ketidakprihatinan dan kecuaian kita terhadap penjagaan sungai. Selain itu, berkaitan isu pencemaran sungai ini, bukan sekali tetapi sudah terlalu kerap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan teguran yang berhubung kait dengan kekecewaannya terhadap kualiti air sungai di negara ini. Isu berkaitan aspek kebersihan sungai tidak pernah berpenghujung walaupun Abdullah sendiri kerap kali membangkitkannya Antara kata-kata sinis beliau ialah, dulu ada ikan dan udang (dalam sungai) tetapi sekarang dua minit sahaja anak buaya pun boleh mati (Utusan Malaysia, 7 Februari 2007). Sungai Klang yang mengalir di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur misalnya masih lagi merupakan suatu mercu tanda yang memalukan.PUNCA DAN IMPAK PENCEMARAN SUNGAIPunca pencemaran sungai atau secara khususnya air terbahagi kepada dua iaitu punca tertunjuk dan punca tak tertunjuk. Punca tertunjuk merujuk kepada sumber yang boleh ditentukan puncanya dan dikenalpasti lokasinya iaitu dengan mengesan dari mana bahan pencemar berpunca misalnya efluen dari kilang dan sisa haiwan dari kandang ternakan. Punca tak tertunjuk merupakan punca pencemaran yang tidak jelas dan tidak boleh ditentukan puncanya secara tepat seperti pencemaran dari kawasan bandar, kawasan pertanian dan kawasan pembalakan. Di Malaysia, terdapat dua punca utama bahan pencemar sungai, iaitu, aktiviti pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air. Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemar air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah pemendapan sungai. Aktiviti pertanian juga merupakan antara punca utama pencemaran sungai terutama jika dijalankan di kawasan tanah tinggi. Air hujan yang mengalir dari kawasan pertanian mengakibatkan hakisan dan meningkatkan kandungan zarah terampai dalam air sungai. Selain itu bahan kimia yang terdapat dalam racun rumpai, racun serangga, racu herba serta baja kimia turut mencemar air sungai. Aktiviti perlombongan juga merupakan punca pencemaran air sungai kerana air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada kaitan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Buangan sisa kotoran daripada kawasan perindustrian, perbandaran, perumahan, perniagaan dan kilang turut mencemarkan air sungai.Dapat dirumuskan, tiga punca utama pencemar sungai di Malaysia ialah buangan industri terutama industri berasaskan pertanian dan pembuatan, aktiviti penternakan dan buangan domestik. Kajian hidrologi yang telah dijalankan juga telah mengkategorikan tiga punca utama yang mencemarkan sungai di negara ini iaitu sampah sarap, pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E.coli dan pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal, biologi dan kimia. Kajian menunjukkan bahawa tidak kurang dari 1 juta kilogram buangan sisa di masukkan ke sungai setiap hari akibat daripada kumbahan, industri kelapa sawit dan industri getah (Maheswaran 1982). Kekotoran dan pencemaran sungai di negara ini antara lain berpunca daripada perbuatan golongan yang tidak bertanggungjawab iaitu mereka yang dianggap tidak menitikberatkan kebersihan alam sekitar dan kepentingan masyarakat awam lain yang turut mempunyai hak terhadap sungai tersebut. Selain itu, ia turut disumbangkan oleh minda dan sikap pihak berkuasa dan orang ramai yang kurang mempunyai kesedaran untuk memulihara alam sekitar. Di sana-sini, kita dapat melihat bagaimana sungai dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah sarap dan segala sisa kotoran. Sebagai contoh, Sungai Pinang di Georgetown Pulau Pinang. Suatu ketika dahulu, sungai ini membentuk system pengangkutan air utama tetapi kini menjadi sungai mati setelah kualiti air yang diakui teruk pada 1980-an, kini menjadi semakin teruk disebabkan segala bahan buangan dicampakkan ke situ sebelum mengalir ke laut. Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004 menyebut Sungai Pinang terus kekal sebagai sungai paling kotor dan tercemar sepanjang tahun di Malaysia walaupun sudah sekian banyak program pemulihan sungai itu dilakukan sehinggakan airnya langsung tidak sesuai untuk tujuan minuman. Walaupun kerja-kerja pembersihan Sungai Pinang sepanjang 3.6 kilometer sedang giat dijalankan sehingga hampir mencecah kos RM500 juta, namun sehingga kini masih banyak lagi sampah yang terapung di permukaan sungai, selain kualiti air yang begitu teruk tercemar. Ia berpunca daripada sikap penduduk dan kegiatan industri yang terletak di sepanjang sungai tersebut yang tidak mengendahkan langsung aspek-aspek kebersihan malah menjadi masalah kepada kerja-kerja membersihkan sungai itu. Justeru, walaupun kerja-kerja seperti mengorek lapisan endapan dan perangkap sampah dilakukan, masih terdapat sampah sarap yang terus dibuang ke sungai tersebut. Kita tidak mahu sampa satu takat dan masa nanti, Sungai Pinang akan menerima nasib yang sama dengan Sungai Perangin yang suatu ketika dulu menjadi laluan tongkang tetapi kini hanya sebuah parit di tepi Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) (Utusan Malaysia, 7 Februari 2007). Masalah pencemaran sungai telah mendatangkan kesan yang besar terhadap kehidupan manusia, terutamanya apabila sumber air yang dibekalkan kepada pengguna sukar dirawat. Pencemaran sungai juga menimbulkan masalah lain kepada manusia seperti merebaknya penyakit, musnahnya ekosistem akuatik dan terganggunya keselesaan umum. Sebagai contoh, oleh kerana kebanyakan sungai di Lembah Klang dikategorikan sebagai tercemar teruk dan cetek akibat dilimpahi oleh sampah sarap dan kelodak, maka kejadian banjir kilat kerapkali melanda terutamanya di sekitar Kuala Lumpur.PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN SUNGAI DI MALAYSIAIsu pengurusan sungai menjadi sangat penting sejak kebelakangan ini akibat meruncingnya masalah pencemaran sungai. Pengurusan sungai merupakan usaha memelihara dan memulihara sungai supaya kualitinya tidak terus merosot. Dalam kata lain, pengurusan sungai menyediakan cara bagaimana mengawal dan memandu hubungan manusia dengan komponen alam sekitar ini agar kualiti sungai tersebut dan kepentingan organisma hidup khususnya manusia sentiasa terpelihara. Objektif utama pengurusan sungai ialah untuk memelihara sungai sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa hadapan, meminimumkan impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti pembangunan selain meningkatkan kualiti sungai dan hidupan keseluruhannya. Agensi yang dianggap bertanggung jawab dalam hal ehwal pengurusan sungai ialah Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar. Pengurusan sungai menumpukan kepada pelbagai aspek pemeliharaan dan pemuliharaan sungai yang melibatkan kaedah perundangan dan kaedah bukan perundangan. Kaedah perundangan melibatkan penggunaan polisi dan perundangan dalam pengurusan sungai antaranya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Kaedah bukan perundangan pula antara lain membabitkan penglibatan orang ramai dalam projek pemeliharaan sungai, penglibatan Oganisasi Bukan Kerajaan dan media massa dalam menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai peri pentingnya penjagaan sungai serta peranan institusi pendidikan melalui pendidikan secara formal mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Secara umumnya, pengurusan sumber sungai melibatkan pengurusan dua komponen utama iaitu dari segi kualiti dan kuantiti. Pengurusan dari segi kuantiti bertujuan supaya jumlah air yang mencukupi dapat dibekalkan kepada pengguna bagi memenuhi pelbagai keperluan. Ia melibatkan usaha memaju, membersih dan mengolah, mengagih dan memulihara kembali sumber sungai. Aktiviti pengurusan sungai melibatkan pelbagai langkah antaranya menguatkuasakan undang-undang mengawal pencemaran sungai, menjalankan usaha memelihara dan memulihara kawasan sungai serta mengawal pembangunan di kawasan berhampiran dan sekitar sungai. Permintaan air yang semakin meningkat dan kemusnahan kualiti air sungai yang semakin serius membuatkan isu pengurusan sungai dari segi kualitinya semakin penting. Semua ini memerlukan usaha yang berkesan dalam melindungi, memulih dan memperindahkan persekitaran sungai agar dapat menarik minat masyarakat ke arah menghargai dan mencintai sungai. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah usaha membangunkan tebingan sungai seperti yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, Kanada dan New Zealand dalam usaha memulih dan memulihara sungai supaya sumber semula jadi ini kembali memainkan fungsi yang penting dalam kehidupan komuniti. Usaha membangunkan semula tebingan sungai ialah suatu usaha yang telah dilakukan di banyak negara, termasuklah Malaysia. Projek sedemikian dilaksanakan untuk menambahbaik kawasan tebingan sungai yang telah mengalami kemerosotan, baik daripada segi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Berkaitan dengan pembangunan tebingan sungai ini, pelbagai langkah telah diusahakan antaranya (Sulong et al. 2005) : 1. Menjadikan tebingan sungai sebagai tumpuan kegiatan ekonomi. Di tebingan sungai yang telah dimajukan disediakan restoran, kedai runcit dan pelbagai perkhidmatan lain seperti yang dilakukan di San Francisco Waterfront dan Seattle Waterfront di Amerika Syarikat, North Vancouver Waterfront di Kanada dan Auckland Waterfront di New Zealand. 2. Menjadikannya sebagai pusat tarikan pelancongan dengan membina kemudahan dan tarikan untuk pelancong seperti hotel, pusat maklumat, pusat pameran, pusat persidangan, marina, akuarium, pusat samudera, perkhidmatan feri/bot, lorong persiar kaki dan taman. Semua ini bertujuan untuk menggalakkan pelancong supaya tinggal lebih lama dan dengan itu akan memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada kegiatan ekonomi di situ seperti yang dilakukan di Bangkok (Far Eastern Economic Review, 30 September 1999 : 60-62).3. Menambah tarikan budaya dan sejarah di tebingan sungai. Berkaitan dengan budaya, di Seattle, teater ialah unsur budaya yang digarap dalam pembangunan tebingan sungai di mana para seniman dan seniwati mengadakan konsert dan pertunjukan kebudayaan setiap tahun manakala di Bridgetown Waterfront pula, sebuah kapal lama yang dibina di Bandar itu ditonjolkan sebagai unsur sejarah dalam projek penambahbaikan tebing sungainya. Melalui langkah ini, penghuni dan pelancong berpeluang menyelami sejarah budaya di tempat berkenaan dan yang lebih penting tindakan tersebut bermatlamat memperkayakan apa yang tebingan sungai dapat hidangkan kepada komuniti dan pelancong. 4. Tebingan sungai dimajukan sebagai kawasan alam semula jadi dan rekreasi. Di San Antonio, Bronx dan Chicago misalnya, tertumpu kepada pemuliharaan sungai iaitu membersihkan sungai daripada pencemaran, menanam semula pokok-pokok di sekitarnya, penyediaan kemudahan rekreasi dan mengembalikan peranan sungai kepada masyarakat. Antara langkah yang dilakukan ialah membaikpulih penambang dan marina lama supaya dapat digunakan semula; menawarkan kegiatan rekreasi air seperti kayak, kenu, pelayaran dan berperahu selain mengadakan kegiatan penggembaraan ke beberapa tempat semula jadi yang menarik. Segalanya disediakan terutama untuk faedah komuniti dan tidak ketinggalan juga pelancong menikmati alam semula jadi yang sangat berharga ini.5. Pembangunan kediaman terutama kediaman mewah sebagai sebahagian daripada pembangunan tebingan sungai. Di California Selatan, Ontario dan Batam, pola pembangunan seperti ini jelas kelihatan. Di Vancouver Utara pula, tebingan sungainya dibayangkan sebagai suatu peluang bagi mengadakan pembangunan campuran yang terdiri daripada kediaman, perdagangan dan rekreasi dengan penambahbaikan kesampaian fizikal dan tampak bagi semua penghuni daerah. Di Malaysia, apa yang penting ialah mengubah minda dan sikap masyarakat terlebih dahulu ke arah mencintai alam sekitar. Ini kerana selagi minda masyarakat tidak berubah selagi itu masalah pencemaran sungai tidak akan dapat diatasi dengan berkesan. Selain itu, langkah lain yang sepatutnya diambil ialah dengan mengawal punca pencemaran sama ada dari kawasan perumahan dan industri lagi sebelum air dibiarkan masuk ke dalam sungai. Ini kerana walau banyak langkah pencegahan seperti alat perangkap sampah yang boleh memerangkap sampah dipasang, namun langkah yang paling berkesan ialah dengan mengenal pasti punca sebenar kepada permasalahan tersebut. Baik macam mana pun sistem kejuruteraan selagi pendidikan sivik tidak ada selagi itu masalah ini tidak akan selesai (Utusan Malaysia 7 Februari 2007). Sebenarnya, langkah yang dianggap paling berkesan dalam usaha memastikan sungai sentiasa terpelihara ialah dengan menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan pengawasan yang berkesan dan konsisten terhadap setiap kegiatan ekonomi dan harian di kawasan berhampiran sungai. Satu lagi langkah penting ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan sungai di Malaysia ialah dengan melibatkan masyarakat terhadap apa jua aktiviti berkaitan sungai. Usaha ini telah berjaya memulihkan persekitaran sungai di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, pada tahun 1982, masyarakat di Bronx Selatan di Bandar Raya New York telah memulakan Projek pemulihan Sungai Bronx. Sejak sekian lama sungai tersebut menjadi medan pembuangan besi buruk, tetapi masyarakat di situ secara suka rela telah mengeluarkan dari sungai tersebut barangan seperti bangkai kereta lama, tilam, mesin basuh dan peti sejuk; membersihkan lorong pesiar kaki yang telah lama tertimbus oleh lumpur kerana banjir lampau; meletakkan batang kayu di sepanjang tebing sungai bagi memperlahankan hakisan dan membersihkan rumput liar dan memeriksa air dari segi BOD, suhu, halaju dan kualiti air. Kini Sungai Bronx mengalir dengan penuh bertenaga dan menjadi tumpuan masyarakat setempat. Beberapa langkah sedia ada juga perlu diperketatkan dan yang baru perlu difikirkan untuk dilaksanakan bagi menangani secara lebih berkesan lagi isu pencemaran sungai. Antara langkah yang perlu ditekankan ialah memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan akta alam sekitar, pelaksanaan strategi pembangunan mampan bagi melindungi dan menjaga sungai sebagai sumber yang penting kepada manusia; pelaksanaan program pendidikan dan penghayatan etika alam sekitar yang lebih meluas dan berkesan bagi memupuk sikap dan perilaku masyarakat yang lebih mesra alam. Semua ini perlu diselaraskan dengan peranan yang dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam mengekang pencemaran sungai terutama yang melibatkan perancangan guna tanah di peringkat tempatan yang harus dirancang dengan teliti supaya pencemaran sungai dapat diminimumkan. Faktor lain adalah perlaksanaan instrumen ekonomi alam sekitar bagi menggalakkan sektor swasta menggunakan teknologi yang mesra alam dan melaksanakan peminimuman pembuangan sisa buangan dalam proses pembuatan dan kawalan pencemaran sungai, pelaksanaan rancangan penempatan semula industri haram yang banyak beroperasi di sepanjang sungai serta pelaksanaan konsep pembangunan yang menekankan sungai sebagai suatu elemen landskap bahagian hadapan bagi kawasan kediaman untuk menggalakkan masyarakat menjaga dan memelihara sungai dan tidak menjadikan sungai sebagai saluran pembuangan sampah yang mudah dan percuma (Sulong et al. 2005).PERKEMBANGAN POSITIF KE ARAH USAHA PEMELIHARAAN DANPEMULIHARAAN SUNGAIKini di Malaysia, selaras dengan arus perkembangan global ke arah kemampanan alam sekitar telah timbul kesedaran untuk memulih, memelihara dan memakmurkan sungai. Kesedaran ini timbul akibat kempen dan lobi berterusan yang dilakukan oleh ahli sains, ahli alam sekitar, ahli akademik, penyelidik dan NGO bagi menyedarkan kerajaan dan masyarakat umum tentang peri pentingnya menghargai sungai sebagai sebahagian daripada komponen alam sekitar yang penting. Dengan kemerosotan alam sekitar yang semakin serius, kesedaran terhadap alam sekitar kian meningkat. Kejadian fenomena jerebu dan krisis bekalan air di Lembah Klang ekoran kejadian El Nino telah menyedarkan banyak pihak, termasuk masyarakat umum tentang peri pentingnya pemeliharaan alam semula jadi termasuk sungai dan kawalan pencemaran. Justeru, sungai Malaysia pada masa hadapan dirasakan akan menjadi lebih cerah dari segi penjagaan dan pemeliharaannya. Di Malaysia, telah timbul usaha untuk cuba memulihara dan memelihara sungai dengan adanya kempen Cintailah Sungai Kita, Sungai Angkat dan Pembangunan Semula Tebingan Sungai seperti yang dilaksanakan di Kuching, Kuantan, Kuala Lumpur, Kuala Kangsar, Kota Tinggi, Marang dan Kuala Terengganu. Usaha ini dipelopori oleh pihak kerajaan, NGO dan ahli akademik. Kempen kesedaran tentang pemeliharaan dan penjagaan sungai kalangan masyarakat umum juga kerap diadakan selain usaha berterusan daripada media massa bagi menanamkan minat mencintai alam sekitar (ubahsuaian daripada Sulong et al. 2005).Suatu perkembangan yang menggalakkan sejak awal dekad 1990-an ialah pembangunan tebingan sungai yang dijadikan sebagai medan masyarakat dan tarikan pelancong. Di beberapa buah bandar dan bandar raya di Malaysia, seperti Bandar Raya Kuching dan bandar Kuantan, pembangunan tebingan sungai telah dilaksanakan sama ada oleh penguasa tempatan seperti Majlis Perbandaran atau oleh badan berkanun seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Ia bertujuan untuk mengembalikan sungai kepada masyarakat dan menjadikan tebingan sungai sebagai halaman rakyat. Pada dekad 1990-an juga, Program Sungai Angkat diadakan oleh JPS dan badan lain bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan sungai. Antara contoh sungai angkat ialah Sungai Gombak, Sg.Lui (Hulu Langat), Sungai Batu (Kuala Lumpur), Sungai Lendu (Alor Gajah) dan Sungai Skudai (Johor Bahru). (Sulong et al. 2005).KESIMPULANSungai merupakan sumber air yang penting kepada manusia. Permintaan air yang kian meningkat dan kemusnahan kualiti air sungai yang semakin serius merupakan dua isu utama pada masa ini. Secara umum, sistem semulajadi mampu membersih air sungai yang tercemar, namun, kadar pencemaran yang kian meningkat akibat aktiviti manusia telah membuatkan proses pembersihan semula jadi ini tidak lagi mampu untuk membersihkan air. Justeru, isu pencemaran alam sekitar umumnya dan pencemaran sungai khususnya mesti diberi perhatian yang serius dan dikawal ke tahap yang paling minimum. Ini kerana air adalah sumber hidup dan sekiranya sumber ini dicemari sehingga ke tahap yang tidak dapat lagi digunakan oleh manusia; ini secara tidak langsung telah mengurangkan sumber kehidupan manusia sendiri. Hari demi hari jika keadaan pencemaran sungai ini bertambah buruk, maka manusia secara sedar atau tidak telah meracuni diri mereka sendiri. Punca pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada faktor budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai kualiti sungai. Selain itu, walaupun terdapat pelbagai peruntukan bagi mengawal pencemaran sungai tetapi perlaksanaannya kurang berkesan kerana undang-undang ini berdasarkan sektoral, mempunyai skop yang terhad dan tidak holistik. Oleh itu, undang-undang yang lebih berkesan perlu diperkenalkan diikuti oleh penguatkuasaan yang ketat oleh agensi yang terlibat bagi mengekang masalah pencemaran sungai yang dijangka semakin meruncing pada masa hadapan. Undang-undang yang digubal juga mestilah mengambilkira kepentingan ekonomi kerana sebahagian besar daripada masalah pencemaran sungai adalah akibat daripada aktiviti perindustrian, pembangunan infrastruktur dan projek lain yang ada kaitan dengan perkembangan ekonomi.RUJUKANAndaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1992. A History of Malaysia. London : Macmilan.Far Eastern Economic Review, 30 September 1999 : 60-62.Mocionis, J.J dan Parillo, V.N. 1998. Cities and Urban Life. New Jersey : Prentice Hall.Maheswaran, A. 1982. Water Pollution in Malaysia : Problems, Perpective and Control.Dlm Consumer Association of Penang (CAP). Development and EnvironmentalCrisis. Pulau Pinang : CAP.Sulong Mohamad, Mohd Ekhwan Toriman, Kadaruddin Aiyub dan Mokhtar Jaafar, 2005.Sungai dan Pembangunan Tebingan Sungai Bandar Malaysia. Bangi : PenerbitUKM.Utusan Malaysia. 4 Februari 2007.Utusan Malaysia. 7 Februari 2007.Haliza Abdul Rahman, Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia, 8-9 September2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, anjuran UPSI.2012