of 39 /39
14 OGOS 2014 [ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS] 1.0 Pengenalan Isu Dan Trenda Dalam Pendidikan Khas Setiap hari terdapat ramai murid yang menghadiri sekolah untuk menerima pendidikan yang disediakan oleh sekolah. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam sukatan rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala topik dalam sukatan yang ditetapkan oleh setiap mata pelajaran perlu diajar dalam tahun berkaitan. Guru akan menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang telah disampaikan melalui ujian dan juga peperiksaan di akhir penggal tahun akademik. Pada amnya, penjelasan di atas memberi sedikit gambaran tentang sistem pendidikan yang bercorak aliran perdana, dan corak pelaksanaannya memang bersesuaian dengan kebolehan majoriti murid dalam sistem persekolahan umum. Namun terdapat segolongan murid yang akan sudah pasti akan menghadapi kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya mengikuti sistem pendidikan seperti yang dijelaskan. Golongan murid ini merupakan murid berkeperluan khas kerana mereka mengalami keadaan kecacatan yang menjadi halangan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang biasa diamalkan dalam sistem pendidikan aliran perdana. Untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan, pelbagai usaha dan bantuan perlu disediakan untuk membantu mereka. Oleh yang demikian, corak pendidikan adalah JABATAN PENDIDIKAN KHAS Page 1

Assigmnent Isu Dan Trenda

Embed Size (px)

DESCRIPTION

untuk rujukan

Text of Assigmnent Isu Dan Trenda

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

14 OGOS 2014[ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS]

1.0 Pengenalan Isu Dan Trenda Dalam Pendidikan KhasSetiap hari terdapat ramai murid yang menghadiri sekolah untuk menerima pendidikan yang disediakan oleh sekolah. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam sukatan rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala topik dalam sukatan yang ditetapkan oleh setiap mata pelajaran perlu diajar dalam tahun berkaitan. Guru akan menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang telah disampaikan melalui ujian dan juga peperiksaan di akhir penggal tahun akademik. Pada amnya, penjelasan di atas memberi sedikit gambaran tentang sistem pendidikan yang bercorak aliran perdana, dan corak pelaksanaannya memang bersesuaian dengan kebolehan majoriti murid dalam sistem persekolahan umum.Namun terdapat segolongan murid yang akan sudah pasti akan menghadapi kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya mengikuti sistem pendidikan seperti yang dijelaskan. Golongan murid ini merupakan murid berkeperluan khas kerana mereka mengalami keadaan kecacatan yang menjadi halangan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang biasa diamalkan dalam sistem pendidikan aliran perdana. Untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan, pelbagai usaha dan bantuan perlu disediakan untuk membantu mereka. Oleh yang demikian, corak pendidikan adalah berbeza dan mempunyai pelbagai ciri-ciri yang tidak terdapat dalam sistem pendidikan aliran perdana. Pendidikan yang disediakan untuk golongan berkeperluan khas tersebut dikenali sebagai pendidikan khas.Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu berkaitan dengan Pendidikan Khas yang melibatkan guru dan juga pihak-pihak yang berkaitan. Isu-isu ini kadangkala mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid Pendidikan Khas itu sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam Program Pendidikan Khas ini melibatkan Guru Pendidikan Khas, Murid Pendidikan Khas, pihak atasan atau pentadbir sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan bantu belajar yang bersesuaian, penglibatan ibu dan bapa dan kemudahan fizikal yang disediakan.

2.0 Bahagian A 2.1 Laporan Aktiviti ( Aktiviti Meningkatkan Kompetensi Sosial)2.1.1 Kekuatan aktiviti yang dirancangAktiviti yang kami rancang melibatkan aktiviti luar bilik darjah. aktiviti luar bilik darjah sememangnya sebuah aktiviti yang jarang murid laksanakan. oleh sebab itu, apabila menjalankan aktiviti ini, murid-murid menjadi seronok dan ingin menjalankan aktiviti ini berulangkali. selain itu, jika dilihat daripada langkah-langkah aktiviti yang kami sediakan, terdapat pelbagai elemen mata pelajaran lain yang kami serapkan. antara mata pelajaran yang kami serapkan ialah pendidikan alam sekitar, pendidikan seni, pendidikan jasmani dan bahasa melayu.Selain itu, aktiviti yang kami jalankan juga tidak memakan belanja yang banyak. hal ini kerana, bahan yang digunakan boleh didapati di dalam bilik darjah. alatannya juga boleh dibawa oleh murid. secara tidak langsung elemen nilai murni boleh diterapkan di dalam aktiviti ini.

2.1.2 Sebab menjalankan aktivitiAktiviti yang kami rancang bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran bersosial murid. di dalam kumpulan yang kami pilih, terdapat beberapa orang pelajar yang mengalami kemahiran social yang agak teruk. oleh sebab itu, kami telah merancang sebuah aktiviti yang memerlukan murid tersebut berkomunikasi dengan rakannya dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Selain itu juga, terdapat murid yang mempunyai keyakinan diri yang lemah. oleh sebab itu, kami telah merancang sebuah aktiviti yang meningkatkan keyakinan murid. keyakinan diri amat penting bagi seorang murid dalam menjalankan sebuah pembelajaran supaya pembelajaran seorang murid menjadi sebuah pembelajaran yang bermakna.Di dalam kumpulan yang kami pilih juga terdapat beberapa orang murid yang mempunyai disiplin yang teruk. iaitu sikap yang suka mengganggu rakan. oleh sebab itu, kami telah menjalankan sebuah aktiviti yang boleh mengurangkan sikap tersebut2.2 Rancangan Aktiviti(Sila Rujuk Lampiran)

3.0 Bahagian B (Isu-Isu Pengurusan Program Integrasi Pendidikan Khas)3.1 Pihak Pengurusan Sekolah3.1.1 Isu Kemudahan InfrastukturKemudahan infrastruktur memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Suasana pembelajaran yang tidak selesa memberi impak yang sangat mendalam kepada murid. Tambahan pula mereka terdiri daripada golongan yang kurang upaya dan mempunyai masalah untuk belajar. Isu yang seringkali timbul mengenai kemudahan infrastruktur adalah seperti kelas yang sempit dan tidak mempunyai pembahagian, meja dan kerusi yang tidak mencukupi, tiada ruangan khas seperti sudut bacaan, kekurangan alatan permainan serta peralatan terapi yang tidak boleh membantu perkembangan motor halus dan kasar murid.

Di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, kemudahan infrastruktur seperti kelas Pendidikan Khas secara berasingan dengan murid arus perdana telah disediakan namun kelas yang diberikan berkondisi agak tidak selesa kerana keadaan kelas yang agak sempit dan tidak mempunyai pembahagian. Hal ini memberi masalah kepada guru serta murid apabila sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid dari kelas lain tidak boleh memberi tumpuan terhadap apa yang telah dipelajari di dalam kelas mereka kerana gangguan dari segi bunyi dan pergerakan yang mereka boleh perhatikan. Seharusnya pihak sekolah haruslah lebih peka dengan membuat pembahagian dan memperluaskan lagi kelas pendidikan khas yang telah disediakan. Jika perkara seperti ini tidak diberi perhatian sewajarnya, murid-murid mungkin akan mengalami kekeliruan dari segi penerimaan maklumat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Disamping itu, kemudahan seperti meja dan kerusi juga tidak mencukupi. Pihak sekolah hanya menyediakan meja dan kerusi yang mencukupi untuk murid-murid kelas A, B dan C sahaja, manakala kelas D hanya diberikan papan putih sahaja. Hal ini menyebabkan ketidakselesaan kepada murid-murid berkeperluan khas untuk belajar. Kelas yang dibekalkan meja dan kerusi juga turut mengalami masalah apabila mereka terpaksa berkongsi meja kerana terdapat meja yang rosak. Keselesaan murid haruslah dititik beratkkan supaya objektif pembelajaran tercapai dengan jayanya.Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan yang sesuai untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan permainan untuk kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan dan lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di sekolah ini menggunakan alatan permainan yang keras, tajam dan berat. Alatan permainan seperti ini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kita sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak semuanya mampu menggunakan alatan yang serupa dengan murid yang normal. 3.1.2 Isu KewanganIsu kewangan merupakan isu yang paling sensitif pada masa kini. Hal ini kerana segala-galanya memerlukan wang. Pihak sekolah telah mendapat peruntukan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kemudahan dan menaiktarafkan kelas Pendidikan Khas. Namun pihak pentadbiran seolah-olah pilih kasih serta meminggirkan hak mutlak murid-murid Pendidikan Khas kerana mereka hanya memberikan sebahagian sahaja peruntukan itu kepada kelas Pendidikan Khas, selebihnya mereka salurkan kepada hal-hal lain di sekolah. Hal ini juga memberi impak yang negatif kepada murid Pendidikan Khas kerana kebanyakkan program yang dirancang tidak diluluskan oleh pihak sekolah kerana isu kekangan kewangan yang timbul. Seperti semua sedia maklum, program Pendidikan Khas memerlukan kos yang tinggi kerana banyak terlibat dalam aktiviti luar seperti program terapi berkuda, terapi hidro (renang), terapi bowling dan sebagainya. Perkara seperti ini seterusnya memberi kesan kepada murid itu sendiri apabila terpaksa mengeluarkan wang saku mereka sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti terapi tersebut. Hal ini amat mengasihankan apabila kebanyakkan mereka terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat dalaman sahaja kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada murid pula mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama sahaja digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan. Hal ini sekaligus akan menyebabkan tiada peningkatan yang berlaku kepada murid dan menjejaskan semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan setara dengan murid normal.3.1.3 Isu Penempatan MuridAntara isu lain yang menarik perhatian saya ialah mengenai isu petempatan kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam sistem Pendidikan Khas di sekolah. Hal ini adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah mereka diberi peluang untuk mengikuti Program Pendidikan Khas. Murid yang tidak layak adalah seperti tidak dapat menguruskan diri sendiri seperti tidak tahu untuk pergi ke tandas dengan sendiri. Hal ini akan menyusahkan guru dan pembantu pengurusan murid kerana perlu menguruskan mereka. Murid seperti ini seharusnya tidak dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas dan perlu dihantar ke Pemulihan Dalam Komuniti terlebih dahulu. Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk kepada murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah penglihatan dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna. Di sekolah ini terdapat seorang murid yang mengalami masalah penglihatan dan ditempatkan bersama murid-murid bermasalah pembelajaran. Menurut pemerhatian saya, murid ini tidak mengalami sebarang masalah berkaitan kognitifnya. Sepatutnya murid ini boleh dimasukkan ke arus perdana atau sekolah khas untuk murid yang menghadapi masalah sepertinya. Hal ini memberi kesan kepadanya apabila kelihatan bosan kerana guru akan mengulangi pembelajaran berulang kali kerana murid lain belum boleh menguasai apa yang diajar.

3.1.4 Isu Pentaksiran Dan Ujian BulananIsu yang berkaitan pentaksiran di sekolah ini ialah mengenai ujian bulanan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap murid istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan yang sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan murid itu lagi.Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi keputusan yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak namun kesan pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain.3.1.5 Cadangan Mengatasi MasalahAntara cadangan penambahbaikkan yang perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah ialah dari segi kemudahan infrastruktur. Pihak sekolah haruslah menyediakan kelas yang lebih luas kepada murid berkeperluan khas. Hal ini memberi keselesaan kepada mereka untuk belajar. Selain itu, pihak sekolah juga perlu membuat pembahagian yang sempurna di dalam kelas bagi mengelakkan kekeliruan murid untuk menerima maklumat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Meja dan kerusi juga haruslah dibekalkan dengan secukupnya supaya semua murid tidak merasakan diri mereka didiskriminasikan oleh sesetengah pihak. Di samping itu juga, alatan permainan yang disediakan juga haruslah lebih selamat untuk digunakan. Pihak sekolah haruslah lebih peka terhadap keselamatan murid-murid ini memandangkan mereka daripada golongan yang kurang upaya dan kurang memikirkan tentang bahaya yang bakal dihadapi. Pihak sekolah juga boleh menyediakan permainan tambahan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti permainan yang mengandungi unsure-unsur terapi. Selain murid dapat bermain, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus mereka semasa bermain. Hal ini sekaligus merupakan pembelajaran tidak langsung kepada mereka.

Dari segi isu kewangan pula, pihak sekolah haruslah memberikan peruntukan yang secukupnya kepada mereka supaya segala keperluan mereka dapat dipenuhi. Murid pendidikan khas boleh berjaya sekiranya diberi perhatian yang khusus kepada mereka. Pihak sekolah juga seharusnya meluluskan semua program yang telah dirancang oleh guru Pendidikan Khas kerana hal ini dapat menyumbang kepada perkembangan psikomotor dan kognitif kanak-kanak khas. Hal berkaitan kewangan haruslah diagihkan dengan seadilnya supaya tiada masalah yang timbul di kemudian hari. Penyalahgunaan wang mereka tidak seharusnya berlaku jika pihak pengurusan mengamalkan system yang adil dan saksama. Peluang pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas sewajarnya diberi perhatian dan tidak boleh ditindas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mereka juga berhak mendapat pendidikan yang sama rata. Pihak sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya menyekat peruntukan kewangan kepada mereka supaya mereka boleh berjaya seperti murid normal yang lain.

Seterusnya, dari segi penempatan murid pula, pihak sekolah haruslah mengkaji dahulu masalah yang dihadapi oleh murid yang ingin ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk kepada murid dan guru di sekolah tersebut. Kesannya akan menyusahkan guru terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah Laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan. Selain membebankan guru sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komitmen sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku kepada murid itu dan juga guru.

Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan. Dalam hal ini pihak sekolah haruslah menyediakan ujian yang bersesuaiaan dengan murid-murid berkeperluan khas dan bukanlah mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan semata-mata. Seperti semua sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran terhadap murid pendidikan khas boleh difleksibelkan mengikut tahap kognitif mereka begitu juga dengan ujian dan pentaksiran bagi mengukur prestasi mereka.

4.0 Guru Pendidikan Khas4.1 Kekurangan Guru TerlatihKekurangan guru dalam bidang Pendidikan Khas dilihat begitu ketara sekali. Berikutan dengan kekurangan guru tersebut maka, Kementerian Pelajaran telah membuka peluang kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Pendidikan Khas mula menerima guru-guru KPLI ini yang datang dari pelbagai opsyen. Sedikit sebanyak guru-guru lama merasa agak lega kerana persepsi mungkin akan berubah apabila Pendidikan Khas mula diajar oleh guru berijazah. Kita tidak menafikan ada sebahagiannya sangat komited tetapi bilangan itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan pelbagai masalah lain yang timbul selepas itu. Tidak berminat , terpaksa mengajar juga kerana tiada pekerjaan , tidak boleh memberikan komitmen sepenuhnya dan gagal mengajar dengan baik adalah antara yang menjadi masalah utama dalam Pendidikan Khas. Tempoh masa yang diperuntukan untuk melatih mereka ini sangat tidak relevan untuk menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru Pendidikan Khas. Kurangnya pengetahuan dan pengalaman menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan dan ada sebahagiannya merasa tidak selesa bersama dengan murid Pendidikan Khas. Inilah kesannya daripada temuduga yang dijalankan secara tidak telus. Ramai pegawai atasan menggunakan kuasa mereka memilih saudara-mara atau ahli keluarga menceburi bidang ini kerana opsyen yang mereka miliki menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan lain dalam erti kata lain menggunakan kabel.Campur tangan yang sedemikian juga melahirkan ramai guru Pendidikan Khas yang hanya makan gaji dengan pendidikan tetapi mempunyai komitmen lain seperti perniagaan dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak mampu berbuat apa dan setiap hari hanya menunggu masa untuk balik sahaja sama seperti murid Pendidikan Khas. Jika dulu guru-guru lama membuat semua perkara dengan sendiri termasuk bahan bantu mengajar dan pengurusan kelas. Kumpulan guru baru yang ada sekarang sangat terhad pengalamannya kerana semua kerja-kerja yang sepatutnya tugas guru diserahkan kepada pembantu pengurusan murid. Maka lahirlah guru-guru yang tidak berkualiti dan tidak mampu mengurus dengan baik.4.2 Bebanan Tugas

Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini merupakan perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan program Pendidikan Khas, namun setiap perkara ada batasannya kerana guru juga manusia biasa dengan keperluan sama seperti orang lain. Guru Khas selalunya diberikan dibebankan dengan waktu ganti kelas aliran perdana. Hal ini akan mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan Khas yang terpaksa meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru aliran perdana yang tidak hadir ke sekolah.

Selain itu, guru Pendidikan Khas juga dibebankan dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah. Guru pendidikan khas merupakan guru yang dianggap guru yang paling mudah bekerja. Tidak perlu menyemak soalan yang berlambak, tidak perlu memikirkan strategi untuk murid lulus cemerlang, dan hanya terdapat beberapa orang murid sahaja di dalam kelas. Mungkin tekaan itu betul jika guru tersebut mengambil mudah apa yang akan diajar kepada murid pendidikan khas, namun tidak mudah sekiranya guru tersebut benar-benar ingin mengajar muridnya berilmu dan menerima sesuatu apabila hadir ke sekolah setiap hari. Maka semua tugas-tugas penting dipertanggungjawab kepada guru Pendidikan Khas. Kesibukan dan beban tugas yang bukan hakiki menyebabkan perhatian ke atas murid dan kelas Pendidikan Khas terabai dan terbiar.

Guru pendidikan khas juga selalu diarahkan oleh pihak sekolah supaya terlibat dalam melaksanakan tugas-tugas umum seperti menjadi penganjur bagi sesuatu program, membuat persiapan tempat dan sebagainya. Pihak sekolah menganggap guru pendidikan khas tidak mempunyai banyak kerja yang hendak diselesaikan. Sebaliknya, sikap seperti ini akan memberi kesan kepada murid dan guru pendidikan khas itu sendiri. 4.3 Cadangan Mengatasi MasalahBagi meningkatkan profesionalisma guru-guru Pendidikan Khas pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu merangka program-program atau kursus serta bengkel bagi menambah input-input yang sesuai dengan program pendidikan. Ianya juga perlu dilihat dari aspek agama atas segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada semua golongan guru. Guru perlu memiliki pengetahuan profesional yang serdahana bagi melaksanakan tugas sebagai guru dengan jayanya. Pengetahuan profesional ini perlu bagi memandu pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan keputusan tentang pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan fenomena bilik darjah.Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebab musabab melaksanakan tugas ini. Guru juga perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pegetahuan pedagogi am,pengetahuan kurikulum, pengetahuan konten pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri ,pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.

Pemilihan dan pengambilan guru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti, minat, latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti. Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.

5.0 Murid Pendidikan Khas5.1 Masalah DisiplinMurid pendidikan khas sangat sinonim dengan masalah kenakalan mereka. Tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya seperti pergaduhan dengan pelajar normal, berkeliaran semasa PnP, terpengaruh dengan masalah disiplin pelajar normal serta kurang berminat untuk melakukan tugasan yang diberi guru.Guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negatif, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.5.2 Perlabelan MuridIsu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum pada kali ini. Hal ini kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah. 5.3 Gangguan SeksualIsu seterusnya pula merupakan isu gangguan seksual dan ketidakseimbangan hormon yang berlaku kepada murid-murid khas. Murid-murid khas yang tidak mengerti apa-apa selalu dijadikan mangsa gangguan seksual oleh rakan-rakan malah guru Pendidikan Khas sendiri. Isu ini merupakan isu serius yang perlu diberikan perhatian kerana ia merupakan satu jenayah yang kejam. Lain pula dengan ketidakseimbangan hormon yang berlaku sesama murid-murid Pendidikan Khas. Murid-murid khas juga manusia yang diciptakan oleh Allah dan mempunyai keinginan untuk berpasangan seperti orang lain, namun mereka tidak pandai mengawal keterujaan mereka sekiranya mereka menyukai seseorang. Contohnya, murid daripada kategori sindrom Down. Isu-isu seperti ini akan membawa kepada masalah-masalah lain jika tidak dibendung seperti hubungan seks sesama mereka.

5.4 Cadangan Mengatasi MasalahTerdapat pelbagai cara bagi mengatasi masalah yang timbul melibatkan murid Pendidikan Khas ini. Antaranya ialah guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-murid keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa membuat aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif, mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah tertarik kepada persekitaran, mereka akan hilang tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak bermain. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan peneguhan negatif kepada murid seperti mengenakan dendaan dan hukuman kepada mereka. Hal ini mungkin dapat mendorong mereka supaya tidak lagi melakukan perkara yang tidak disukai oleh guru.Bagi masalah pelabelan pula, guru haruslah menasihati murid-murid dari arus perdana supaya tidak mengejek dan melabel murid-murid Pendidikan Khas dengan perkataan yang tidak baik. Hal ini perlu diberi perhatian oleh pihak atasan supaya mengambil tindakan terhadap murid yang cuba mengejek murid-murid Pendidikan Khas agar mereka tidak sewenang-wenangnya menghina insan istimewa ciptaan Tuhan ini.Selain itu, masalah gangguan seksual perlu diatasi dengan memberi pendedahan tentang seksualiti kepada murid Pendidikan Khas. Mereka haruslah didedahkan tentang permasalahan ini supaya dapat membezakan antara perkara yang boleh mereka lakukan dan yang tidak boleh mereka lakukan. Mereka juga haruslah dikawal dengan lebih ketat dan tidak dibiarkan merayau-rayau tanpa arah tujuan.

6.0 Ibu Bapa Atau Waris6.1 Penglibatan Ibu BapaPenglibatan ibu bapa yang kurang turut menjadi isu dalam Pendidikan Khas. Ibu bapa hanya meletakkan harapan kepada guru untuk membentuk anak-anak mereka yang sudah sedia maklum bukanlah dari golongan normal. Ibu bapa sepatutnya menjadi pendamping murid-murid ini kerana ibu bapa paling rapat dengan insan istimewa ini. Apabila anak mereka ini dibawa keluar dari sekolah oleh guru untuk mengikuti aktiviti seperti pertandingan boling, aktiviti perkemahan dan sebagainya, ada sebilangan ibu bapa yang meradang akibat murid lewat pulang ke sekolah yang menganggu masa ibu bapa untuk mengambil anak yang terlibat dengan program tersebut. Ibu bapa ini tidak sedikit pun berterima kasih kepada guru yang membawa anak-anak keluar dari kepompong kelas mereka supaya diberi hak untuk sama-sama merasa aktiviti yang dijalankan seperti rakan-rakan mereka yang normal di luar sana.Apabila perjumpaan bersama waris diadakan bilangan yang hadir tidaklah seperti yang dijangkakan kecuali perjumpan itu melibatkan pengagihan sumbangan wang atau apa saja bentuk kepada anak-anak mereka, barulah ibu bapa ini hadir untuk menerima elaun yang dikatakan hak anak-anak mereka. Sesetengah ibu bapa tidak dapat dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka dilahirkan sebagai insan yang istimewa di atas muka bumi Allah ini. Bagi mereka yang tidak dapat menerima hakikat, murid-murid ini akan diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk membentuk dan mendidik. Selain itu, ada juga murid yang tidak dipelihara oleh ibu bapa tetapi oleh keluarga terdekat yang sanggup untuk memelihara. 6.2 Kurang MengambilberatIbu bapa juga kurang mengajarkan anak-anak mereka tentang kepentingan menguruskan diri terutama membuang air besar, air kecil dan lebih menyedihkan lagi bagi murid-murid perempuan yang datang haid. Mereka tidak didedahkan dari rumah asas kebersihan dan menggunakan keperluan yang bersesuaian semasa kedatangan haid. Ini bakal mengganggu urusan guru semasa P&P dan murid-murid lain. 6.3 Penyalahgunaan ElaunKementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak RM150 sebulan kepada setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elaun yang diberi ini adalah bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka. Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya ini. Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-kanak berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang melibatkan pertuturan atau pun fisioterapi.Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang menggunakan wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan keluarga masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak harus berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang diberi oleh kerajaan dengan sebaiknya.6.4 Sering Menyalahkan GuruIsu lain yang selalu berlaku ialah,waris sering menyalahkan guru sekiranya berlakunya kecederaan oleh murid semasa di sekolah. Walhal, anak mereka mempunyai tingkah laku yang negatif sehingga tidak mampu dibendung oleh guru. Waris juga sering mendakwa bahawa guru memukul anak mereka. Namun sebaliknya, murid selalu bergaduh dengan murid lain di dalam kelas. Malah,terdapat segelintir waris yang sanggup mengambil tindakan dengan menyaman guru di mahkamah.6.5 Cadangan Mengatasi MasalahDalam menentukan hala tuju muird-murid Pendidikan Khas, ibu bapa perlu menjadi tunjang dan penglibatan ibu bapa sangat penting. Ibu bapa perlu sedar bahawa sokongan dari pihak keluarga terutama ibu bapa sangat penting. Ibu bapa perlu didedahkan dan menambah pengetahuan tentang maklumat yang berguna mengenai Pendidikan Khas. Bukan sahaja untuk lebih mengenali masalah anak-anak tetapi membantu ibu bapa cara yang betul dan terbaik untuk menguruskan anak-anak istimewa ini. Kelas kaunseling dan bimbingan perlu dilaksanakan oleh pihak berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pusat Pemulihan dalam Komuniti untuk memberi maklumat yang berguna mengena keupayaan dan juga kelebihan yang ada pada anak-anak ini supaya tidak disisihkan. Polisi Rancangan Pendidikan Individu (RPI) menggalakkan penglibatan ibu bapa. RPI adalah rancangan pengajaran bertulis disediakan khusus untuk setiap pelajar. Ia mengandungi garis panduan yang dibentuk khusus bagi mendidik kanak-kanak istimewa menguasai kemahiran asas pembelajaran. RPI mengandungi komponen seperti tahap pencapaian terkini, tahap kefungsian kanak-kanak daripada segi mental, fizikal, emosi, social, aspek-aspek lain yang berkaitan pendidikannya, matlamat jangka panjang dan pendek, struktur perkhidmatan pendidikan dan sokongan penilaian dan tindakan susulan. Berdasarkan komponen RPI itu, kejayaan RPI yang dijalankan di kelas khas bermasalah bukan hanya bergantung kepada kecekapan dan ketabahan guru khas semata-mata, malah merangkumi kerjasama dan penglibatan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa mesti memberi sumbangan yang wajar dan memainkan peranan dengan mennyokong usaha guru. Ini bermakna bagi menentukan kejayaan RPI dan menentukan kejayaan pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran, ianya perlu dikongsi bersama. Bagi ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan, sesi kaunseling boleh dilaksanakan oleh kaunselor yang professional agar jiwa ibu bapa ini tenang dan boleh menerima kekurangan dan kelebihan anak mereka. Anak-anak ini jika diajar dan dibimbing seperti anak-anak normal yang lain, berkemungkinan besar mereka juga boleh berjaya, sekurang-kurangnya dapat menguruskan diri sendiri. Bagi mengatasi masalah isu isu kewangan dalam Pendidikan Khas seperti isu penyalahgunaan wang elaun oleh ibu bapa misalnya, satu pemantauan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlulah diwujudkan. Satu sesi perbincangan dan kaunseling mengenai pengurusan elaun anak-anak mereka perlu disediakan. Jadi kesedaran yang tinggi dapat dipupuk dalam kalangan ibu bapa. Mereka juga perlu disedarkan akan tanggungjawab mereka dan betapa pentingnya wang elaun itu terhadap anak-anak mereka yang tidak berkeupaayaan itu.Cadangan mengatasi masalah sekiranya berlakunya isu waris menyalahkan murid ialah, waris sepatutnya menyelidik terlebih dahulu dan mendapatkan bukti-bukti yang kukuh sekiranya berlakunya kecederaan kepada anak mereka. Selain itu, pihak sekolah boleh memperuntukkan kewangan untuk memasang CCTV sebagai bukti berikutan banyak isu saman menyaman guru timbul pada masa kini. Seterusnya, adalah penting bagi guru mengumpul semua maklumat berkenaan murid itu dan menyatakan aktiviti yang guru rancangkan supaya ianya dapat dikongsi bersama-sama ibu bapa murid. Guru juga bolehlah menyediakan beberapa contoh hasil kerja murid dan tunjukkan kepada ibu bapanya. Sekiranya terdapat perbezaan antara hasil kerjanya dengan rakan yang sebaya dengannya, tunjukkan juga contoh hasil kerja rakan itu untuk memastikan ibu bapa tidak salah faham dengan guru tersebut.Seterusnya, sebagai guru, kita bertanggungjawab mewujudkan persatuan bagi ibu bapa murid pendidikan khas supaya mereka mendapat peluang beramah mesra dan bertukar fikiran. Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru Pendidikan Khas adalah usaha bagi menggabungkan semua ibu bapa dan guru yang mengajar murid pendidikan khas di sekolah itu. Melalui usaha ini, semua ibu bapa dapat kenal lebih rapat antara satu sama lain. Hal ini dapat mengurangkan masalah ketidakpuasan hati antara guru dan ibu bapa.

3.0Bahagian C (Ulasan Kerja Amali)3.1aktiviti 1 (Menayangkan Gambar)Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah menayangkan sebuah gambar bunga. Kemudian murid perlu meneka jenis bunga tersebut. Jika dilihat pada aktiviti tersebut, kebanyakkan aktiviti dimonopoli oleh murid. Guru hanyalah sebagai fasilitator. Oleh itu, secara tidak langsung, keberanian murid dalam menjawap soalan dapat dipupuk. Selain itu, perkembangan kognitif murid juga dapat dikembangkan.3.2aktiviti 2 (Bersiar-Siar Sambil Memetik Daun Dan Bunga)Semasa aktiviti ini, murid telah dibawa oleh guru bersiar-siar di kawasan taman sekolah dalam bentuk kumpulan. Selain itu, murid juga diminta untuk memetik bunga dan daun pokok yang mereka lihat. Dalam aktiviti ini, guru telah memupuk beberapa sikap positif. Yang pertama ialah bekerjasama dengan rakan, berdisiplin dan bergaul mesra dengan rakan. Sikap positif bekerjasama mula dipupuk apabila murid bekerjasama dengan rakan dalam mencari pokok bunga yang sesuai dengan tugasan. Kemudian, sikap positif yang kedua iaitu berdisiplin mula dipupuk apabila mereka bergerak dalam keadaan yang senyap dan tidak mengganggu rakan-rakan dari aliran perdana yang sedang belajar. Seterusnya ialah pembentukkan sikap positif yang ketiga iaitu bergaul mesra dengan rakan dapat dilihat apabila mereka saling tolong menolong antara satu sama dalam menjayakan tugasan yang diberikan.3.3Aktiviti 3 (Melekatkan Bunga Dan Daun Dalam Sehelai Kertas Putih)Semasa aktiviti ini, murid dikehendaki untuk melekatkan daun dan bunga yang mereka perolehi ke atas sebuah kertas putih. Melalui aktiviti ini, murid telah diajar untuk menghormati pandangan orang lain secara tidak langsung. Hal ini kerana, untuk menghasilkan sebuah kerja berpasukan yang baik, mereka haruslah menerima setiap pandangan ahli kumpulan. Selain itu, sikap tolong menolong juga dapat diserapkan ke dalam aktiviti ini.3.4Aktiviti 4 (Menghasilkan Kolaj Bunga)Melalui aktiviti ini, murid diminta untuk menggoyak kertas warna menjadi cebisan kecil. Kemudian meletakkan gam di atas kertas putih seterusnya melekatkan cebisan kertas yang dikoyak di atas kertas putih dan membentuk bentuk bunga. Jika kita lihat pada aktiviti ini, kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Oleh itu, aktiviti ini telah membentuk sikap sabar dalam diri murid. 3.5Penutup (Membentangkan Hasil Kerja)Aktiviti penutup membolehkan ketua setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja mereka kepada kumpulan lain. Melalui aktiviti ini, sikap yang berani haruslah ada dalam diri murid bagi membentangkan sebuah hasil kerja. Oleh itu, pembentukan sikap positif dalam aktiviti ini ialah sikap berani.

4.0 KesimpulanIsu dan trenda dalam Pendidikan Khas sering berlaku dalam sistem pendidikan pada masa kini. Sekiranya isu seperi ini tidak dibendung dengan cepat dikhuatiri masalah yang lebih besar akan timbul dalam sistem pendidikan ini. Sebagai seorang guru kita perlulah bijak dalam menangani setiap isu yang datang bagi memastikan proses pembelajaran berjalan seperti yang dirancang.Namun begitu, kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan. Kesimpulannya, semua pihak perlulah sedar tentang tanggungjawab masing-masing dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan tahap pencapaian murid Pendidikan Khas.

5.0 RujukanBUKUKamarudin Haji Husin ( 1986 ), Panduan Latihan Mengajar, Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd. K.A. Razhiyah ( 2006 ), Anak Istimewa Panduan Ibu Bapa Membesarkan Anak Istimewa, Kuala Lumpur : Pts ProfesionalMohd Sharani Ahmad ( 2006 ), Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, Kuala Lumpur : Pts Professional Mok Soon Sang ( 2009 ),Perkembangan Kanak-Kanak, Perak : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Omardin Ashaari ( 2007 ), Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. INTERNET http://shermiemy.blogspot.com/2011/01/isu-dan-trenda-dalam-pendidikan.htmlhttps://sites.google.com/a/ippm.edu.my/jpk/bahan-ilmiahhttp://belognurna.blogspot.com/2011/09/pengenalan-kepada-pemulihan-dalam.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/isu-isu-yang-berkaitan-pendidikan-khas.html

JABATAN PENDIDIKAN KHASPage 27