Upload
iss5868
View
235
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
assignment 3
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
1
PPGPJJ (A141PJJ) SEMESTER 1 SESI 2014/2015
KRL 3043
LATIHAN ILMIAH (BAB 1,BAB 2 & BAB 3)
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
ARBA’IYAH BINTI SOYONO D20102043220
KUMPULAN : UPSI 52
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ DR. ABDUL RAHMAN BIN DAUD
TARIKH SERAH : 4 OKTOBER 2014
PEMARKAHAN
ANALISIS KEMAHIRAN MENULIS DENGAN KEMAS DAN
TERATUR DALAM BAHASA MALAYSIA BAGI MURID TAHUN
SATU
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
2
PERKARA MUKA SURAT
1.0Pendahuluan 1
2.0Latar Belakang Kajian 4
3.0 Fokus Kajian 12
4.0 Tinjauan Awal Masalah 14
5.0 Objektif Kajian 18
6.0 Persoalan Kajian 18
7.0 .Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan 20
8.0 Langkah Yang Dijalankan 21
9.0 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian 23
10.0 Metodologi 38
11.0 Teknik Menganalisis Data 39
12.0 Dapatan Kajian 41
13.0 Rumusan Pemerhatian 42
14.0 Cadangan Kajian Seterusnya
15.0 Refleksi Keberkesanan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 43
16.0Penutup 45
17.0Bibliografi 49
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
3
ANALISIS KEMAHIRAN MENULIS DENGAN KEMAS DAN TERATUR DALAM
BAHASA MALAYSIA BAGI MURID TAHUN SATU
ARBA’IYAH BINTI SOYONO
NO MATRIK: D20102043220
UPSI : 52
SK Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-61561669 Fax: 03-61571926
Emel: [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji punca masalah tulisan tidak kemas seorang
murid pemulihan yang bernama Muhammad Afiq. Beliau merupakan seorang murid yang
dimasukkan ke kelas Pemulihan Khas disebabkan tulisan yang tidak kemas. Kajian ini
dijalankan berdasarkan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine (1987) serta
Pressey dan Pressey (1926). Saya telah melaksanakan beberapa tindakan iaitu mengajar
cara memegang pensel dengan betul, menulis dengan postur badan yang betul, serta
menyediakan banyak latihan menulis.
Saya menfokuskan bentuk tulisan yang betul dan kemas. Tinjauan awal yang dibuat melalui
pengumpulan data menunjukkan bahawa murid kurang peka terhadap kepentingan
bentuk semasa menulis sesuatu ayat. Oleh itu, saya menggunakan sistem tiga garisan untuk
mensifarkan kesalahan bentuk semasa menulis. Saya dengan bantuan Ahli Jawatan Kuasa
telah merancang beberapa langkah. Pelaksanaan langkah-langkah tersebut dapat
memberikan satu keputusan yang baik berbanding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga
menunjukkan sikap lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
4
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Saya seorang guru
Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Sekolah ini dikategorikan sebagai
sekolah Gred A yang mempunyai kira-kira 1500 orang murid. Terdapat seramai 80 orang
guru di sekolah ini. Sekolah ini mempunyai 6 buah kelas di tahun 1.
Pada awal tahun ini, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu untuk kelas Tahun 1. Bagaimanapun untuk kelas Bahasa Melayu Tahun 1, masalah
yang menjadi fokus saya adalah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun
kebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dengan baik. Jumlah murid yang
agak ramai sehingga mencecah lebih dari 35 orang dalam sekelas menyebabkan saya tidak
dapat memberikan tumpuan kepada setiap murid. Murid-murid yang tidak mendapat tumpuan
inilah yang kadang-kadang keciciran di dalam proses pembelajaran.
Dalam kajian ini, saya mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang
murid dari kelas Tahun 1. Masalah yang dihadapi oleh kelas tersebut ialah tulisan cakar
ayam. Tulisan mereka buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang
terdapat pada buku latihan dan saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar
untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini
ialah cara memegang pensel yang tidak betul, kedudukan tangan dan buku yang tidak betul,
saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang tidak tepat dan tidak
dapat menulis perkataan dengan betul.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
5
Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid dalam
kelas Tahun 1, menulis dengan teratur dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan kaedah
murid mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah
paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka
menguasai kemahiran menulis. Beberapa instrumen seperti soalan temu bual, borang soal
selidik, borang taburan keputusan murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk
mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan bilangan. Secara
keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah ansur maju mempunyai kesan dalam
membaiki tulisan murid. Kebanyakan murid berpandangan kaedah ansur maju yang dipilih
sesuai dalam membaiki tulisan tulisan mereka agar menjadi kemas dan teratur.
Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea
oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang
disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada
pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik
penulisan yang sesuai.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah misalnya memberi tumpuan
kepada kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis.
Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan seharian dan juga sebagai bahasa ilmu dalam pembelajaran
seumur hidup bagi perhubungan sosial dan komunikasi yang berkesan. Salah satu kemahiran
yang diberi penekanan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah ialah
kemahiran menulis.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
6
Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan
tugas mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aspek
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah perlu mendapat perhatian
yang sewajarnya oleh para pendidik.
Oleh itu, pengajaran karangan sepatutnya dipelbagaikan dan tidak hanya
menggunakan kaedah biasa iaitu guru memberikan soalan, diikuti oleh perbincangan isi
penting dan murid dikehendaki menulis karangan.
Penulisan karangan merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Pada
peringkat ini, murid-murid diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di
peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk membina ayat, mengarang cerita,
mengarang pantun,sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.
Kemahiran menulis adalah kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai oleh pelajar
selain kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Tulisan juga merupakan satu bentuk
komunikasi penting bagi manusia yang tidak sentiasa dapat berkomunikasi secara
bersemuka sepanjang masa.
Pengajaran kemahiran menulis kepada murid-murid bukanlah perkara mudah
dilaksanakan kerana aktiviti menulis melibatkan kognitif, pengamatan, koordinasi
mata-tangan dan ketekunan.
Bagi murid-murid yang lemah menguasai kemahiran menulis, guru-guru
hendaklah melaksanakan pengajaran pemulihan. Setiap kelemahan yang dikesan,
hendaklah diberi pemulihan supaya murid-murid dapat membaiki kelemahan tersebut
agar memberi kesan kepada pencapaian dalam pelajaran.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
7
KEMAHIRAN MENULIS
Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan beberapa
urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak.
Chomsky (1957) mengatakan tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah
dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Kamarudin
Haji Husin (1997) pula mengatakan tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-
lambang bunyi. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu
kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks
penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris
1989; Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991;
MacArthur & Graham 1987).
Tindal & Marston (1990) mengatakan aktiviti menulis memerlukan kemahiran
bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan
integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain
(Johnson & Grant 1989).
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi
yang kita buat semasa kita bercakap.
Tulisan juga merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan
ayat-ayat. Aktiviti menulis juga dapat merangsang dan membantu memantapkan lagi
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
8
tatabahasa, idea, pembendaharaan kata dan perasaan. Penulisan juga memberikan peluang
kepada murid-murid untuk menerokai bidang bahasa serta memperluaskan pengetahuan
mereka.
Proses menulis melibatkan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa
dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih
panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran
idea yang jelas dan tersusun.
Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan
beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak.
Sehubungan dengan itu, murid-murid berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
Jadi, dapat kita katakan kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.
Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Hal ini
meliputi beberapa aspek penggunaan pelbagai jenis ayat, mencatat dan menyusun maklumat,
menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
dan membuat ulasan tentang bahan yang didengar.
BENTUK-BENTUK PENULISAN
Zainol Ismail (2003:7) mengatakan bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis
iaitu berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
9
kiriman tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita
dan catatan.
Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar,
pengalaman/cerita, jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi dan
peribahasa. Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,1988:198) pula
membahagikan penulisan kepada tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan terkawal.
Jadi, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai
oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks. Murid yang tidak
menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab
soalan-soalan peperiksaan.
Oleh itu, semua murid di sekolah rendah perlu menguasai kemahiran menulis untuk
menghuraikan isi-isi yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah,
teratur dan meyakinkan.
Sehubungan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan
berdasarkan penguasaan kemahiran kerana murid-murid dapat merakam atau menghasilkan
bahan yang berbentuk idea, pengalaman,perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk
berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.
TUJUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH
Tujuan pengajaran penulisan karangan kepada murid-murid di sekolah rendah ialah
untuk melatih mereka dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk menghasilkan
karangan yang berkesan (Kunchi Raman, 1991:3).
Namun begitu, Abdul Am Abdul Talib ( 1989:321) menyatakan bahawa kemahiran
menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai kerana mengarang
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
10
memerlukan berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran bahasa, gaya,
mencari dan menyusun isi, keaslian, diksi dan ekspresi.
Menurut Arapoff ( 1970:4) pula, penulisan ialah suatu pemilihan dan penyusunan
pengalaman yang disengajakan. Oleh yang demikian, tujuan penulisan, ketepatan serta
penyusunan fakta yang disampaikan secara teratur menentukan keberkesanan sesebuah hasil
penulisan. Justeru itu, guru bahasa perlu memastikan murid-murid dapat menguasai
kemahiran-kemahiran dalam penulisan karangan.
PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN
Terdapat beberapa prinsip yang boleh digunakan oleh seseorang guru Bahasa Melayu
untuk diaplikasikan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan
karangan. Kejayaan seseorang guru mengajar aktiviti penulisan bergantung kepada
kebijaksanaan menggunakan pelbagai teknik, strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan iaitu
pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola-perenggan dan pendekatan
komunikatif ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214)
i. Pendekatan Terkawal
Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada
melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun
begitu, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur
ayat mereka sendiri.
Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan
menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
11
dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu
topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu
petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh
menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.
ii. Pendekatan Bebas
Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat
mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai
digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik.
iii. Pendekatan Komunikatif
Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa
kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh
seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar
dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan
konteks sosial.
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan
tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna
dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh
mempengaruhinya seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.
Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah
untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan
menggalakkan pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
12
hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah
untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
iv. Pendekatan Pola-Perenggan
Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat
melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan
kemas dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-
cara meringkaskan penulisan dengan baik.
2.0 Fokus Kajian
Kajian ini bermula apabila saya mengajar di kelas Tahun 1. Terdapat lima orang
murid dari kelas Tahun 1 yang bermasalah tulisan mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya
mendapati murid-murid ini sebenarnya tidak bermasalah dalam bacaan, tetapi bermasalah
dengan tulisan. Murid-murid ini boleh dikategorikan sebagai murid berpotensi kerana
kesemua mereka boleh membaca dengan baik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru-
guru lain untuk menyemak hasil kerja murid ini. Salah satu keperluan akademik di sekolah
ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di
sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana terpaksa
memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak dibaca.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
13
3.0 Tinjauan Awal Masalah
Penyelidikan amat penting bagi guru di sekolah. Ini kerana melalui penyelidikan
yang dilakukan guru akan melakukan ‘post-mortem’ dan membuat penambahbaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mengatasi kelemahan dan kekurangan
dalam melaksanakan pengajaran di samping membuat refleksi kendiri yang berterusan secara
positif. Penyelidikan akan meningkatkan profesionalisme keguruan melakukan tugas
utamanya iaitu menyampaikan pengajaran secara menarik dan berkesan di samping mencapai
pencapaian objektif yang semaksimum yang mungkin.
Kerlinger (1973) menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk
membongkar fakta.Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatan
saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir secara sistematik,terkawal, dan empirikal yang
bertujuan mengkaji hubung kait antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan.
Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah
pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka atau mengawal fenomena
pendidikan. Terdapat beberapa definisi penyelidikan antaranya, penyelidikan didefinisikan
sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai
sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu
pengetahuan sejagat. (Manheim, 1997).
Helmstadtr (1970) pula mendefinisikan penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian
masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan
kaedah mengenal pasti dan persoalan yang sedang diguna pakai oleh sarjana-sarjana di dalam
bidang tersebut.Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan
menemukan dan menginterpretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima di
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
14
dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru
atau yang digunapakai semula (Woolf, 1975).Oleh yang demikian, dapat disimpulkan
bahawa penyelidikan sebagai satu aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan
atau makna kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berdasarkan sesuatu masalah
yang hakikatnya sudah dikenal pasti.Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik:
1. Mengenal pasti masalah dan menggubal soalan kajian atau hipotesis
2. Mereka bentuk kajian untuk menjawab soalan kajian atau menguji hipotesis
3. Mengumpul dan menganalisis data
4. Menjawab soalan kajian atau menerima atau menolak hipotesis (John Dewey, 1859-1952)
Dalam penyelidikan pendidikan terdapat beberapa kepentingan yang signifikan
kepada penyelidik. Dengan mengetahui kepentingan ini seseorang itu akan mengetahui
betapa perlu sesuatu penyelidikan itu dijalankan. Antaranya ialah :
1. Penyelidikan menyumbang ke arah penambahbaikan amalan.
2. Memberi maklumat untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar.
3. Penyelidikan memperkaya pengetahuan sedia ada.
4. Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan
5. Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa.
6. Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat).
7. Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan,
komunikasi interpersonal, pengucapan awam).
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
15
Dengan itu, saya merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini untuk
memperbaiki tulisan mereka. Saya merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini
berdasarkan pembacaan saya mengenai cara memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian
terdahulu. Matlamat utama saya ialah, pada akhir tahun, murid ini dapat memperbaiki tulisan
mereka. Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada murid yang bermasalah dalam tulisan.
Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan murid pada 13 Januari 2014 iaitu sebelum pelaksanaan
tindakan saya.
Tulisan Cakar Ayam
Saya mendapati bahawa kebanyakan murid dalam kelas 1 Sinar ini mengalami
masalah tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam. Perkara ini saya dapati berdasarkan
penyemakkan lembaran kerja yang dihantar oleh murid kepada saya. Pada pendapat saya,
situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan dengan teknik atau strategi
penulisan yang betul sejak awal lagi.
Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan
yang dihasilkan. Tulisan yang cantik, kemas dan mudah dibaca adalah aset dalam kehidupan
seseorang. Dengan saiz huruf yang terlalu kecil dan halus ini, saya agak sukar membaca dan
menyemak lembaran kerja murid.
Penyemakkan lembaran kerja yang dihantar oleh murid kepada saya. Pada pendapat
saya, situasi ini berlaku disebabkan murid tidak didedahkan dengan teknik-teknik atau
strategi penulisan yang betul atau mekanis sejak awal lagi.
Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan
yang dihasilkan. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset dalam kehidupan
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
16
seseorang Dengan saiz huruf yang terlalu kecil dan halus ini, saya agak sukar membaca dan
menyemak lembaran kerja.
Seorang murid kelas Tahun 1Sinar, petah bercakap dan bijak. Dia amat aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dia juga mempunyai keyakinan
diri yang sangat tinggi. Semasa di dalam kelas, dia suka bertanya dan menjawab soalan yang
dikemukakan guru. Di samping itu juga, saya dapati dia amat suka membaca. Kebanyakan
masa di dalam kelas pemulihan, dia amat suka membaca buku-buku cerita yang terdapat pada
rak bacaan. Pada pendapat saya, dia adalah murid yang sangat bijak dan amat rugi apabila
beliau dihantar ke kelas pemulihan kerana tulisannya yang tidak kemas. Oleh kerana itu, saya
bertekad untuk membantu memperbaiki tulisannya, agar dia dapat kembali belajar di dalam
kelas biasa.
Tinjauan awal saya mendapati cara murid ini memegang pensel adalah salah. Menurut
Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan
oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi
kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak
yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor.
Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis
(Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan
menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus
ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman
yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel menimbulkan
kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua ini adalah faktor yang
menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
17
Pemerhatian saya mendapati murid ini sering menggenggam keseluruhan penselnya.
Teknik memegang pensel secara menggenggam ini menyebabkan dia merasa sakit pada
jarinya. Selain itu, murid ini mengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya untuk
membentuk huruf yang dia kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-kanak
memegang pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel
menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kinestetik biasanya mencengkam
pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika
memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini menjadi
pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.
Di samping itu, saya mendapati murid ini suka menggunakan pensel yang amat
pendek menyebabkan dia selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi Sarponen (2009),
penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan
banyak kesilapan semasa menulis. Postur badan begini menyebabkan dia merasa tidak selesa
semasa menulis. Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada
pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf
mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf
dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang
cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang
sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis
tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru kadang-
kadang kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan
yang betul.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
18
4.0 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid menulis secara
mekanis. Kajian ini dilakukan untuk memastikan murid memegang pensel dengan betul
semasa menulis; dan memperbaiki tulisan agar menjadi lebih kemas dan boleh dibaca
melalui latihan menulis yang kerap.
5.0 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Adakah wujud hubungan cara memegang pensel (dyspraxia) murid dengan kekemasan
tulisannya?
Bagaimanakah latihan menulis yang kerap membantu murid memegang pensel dengan
betul serta mempertingkatkan kekemasan tulisan murid ini?
Setiap kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah untuk dikaji. Permasalahan
merujuk kepada perkara atau fenomena yang ingin dikaji dan ianya disampaikan dalam
bentuk isu-isu yang menimbulkan persoalan-persoalan,(Amir,2006). Dalam bidang
pendidikan,pelbagai masalah yang memerlukan kajian-kajian dilaksanakan bagi
mengenalpasti puncanya dan apabila puncanya dapat diketahui,maka pendekatan yang
bersesuaian boleh diambil. Menurut Creswell (2007) pula masalah kajian adalah sesuatu
perkara yang perlu rasional dan ianya perlu diselidiki.
Pada asasnya masalah kajian adalah sesuatu yang lebih kompleks, merangkumi
pelbagai isu sama ada isu positif atau sebaliknya dan ianya memerlukan penyelidikan khusus.
Menurut Amir (2006) lagi, masalah kajian bukan hanya terhad kepada perkara yang
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
19
‘bermasalah’ sahaja atau yang besifat negatif, namun ianya boleh juga merangkumi aspek-
aspek positif tentang sesuatu isu itu,misalnya faktor kejayaan sesebuah sekolah.
Dalam proses mengenalpasti masalah yang bersesuaian, adalah perlu bagi setiap
individu untuk mengenal pasti dan menilai masalah kajian yang dipilih. Ini kerana tidak
semua masalah kajian tersebut sesuai untuk diuji atau sebaliknya. Kesimpulannya, masalah
kajian yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan dan isu penting yang boleh
dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan. Maka, sebagai individu yang ingin
memulakan kajian,kita seharusnya lebih berfikiran kritis dan analitikal dalam memilih
masalah kajian.
6.0 .Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
6.1 Perancangan Tindakan
Bagi mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang beberapa aktiviti bimbingan
untuk murid ini. Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah
berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Peringkat pengajaran menulis
terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pra tulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk
pelahiran. Peringkat pertama iaitu pra tulisan adalah tempoh masa murid disediakan dengan
aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh
masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata dilaksanakan
dalam kalangan murid pada peringkat awal lagi.
Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang
yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak
daripada aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
20
Latihan pra tulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan
pergerakan tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang
dilakarkan pada kertas. Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan
yang bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan
di udara, meja, lantai, dan di atas pasir atau rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti
melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan.
Di samping itu, murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan
jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir
dalam aktiviti- aktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan mata dan
seterusnya melakukan latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti
yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan rajah atau gambar dari kiri ke
kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri
ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak gabungan antara bulatan
dan garis lurus secara bebas. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam
diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa
fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam
penulisan biasanya amat susah, walaupun murid tersebut tiada kesukaran untuk membentuk
huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid
masih kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan permulaan untuk
kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel, atau krayon. Untuk kes murid ini , saya
menggunakan langkah-langkah ini bagi membantunya.menulis dengan betul. Oleh kerana
murid ini murid yang cepat belajar, saya hanya perlu menerangkan cara-cara memegang
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
21
pensel ini sekali sahaja dan dia dapat melakukannya dengan baik. Beberapa langkah-langkah
yang telah dijalankan:
7.0 LANGKAH YANG DIJALANKAN
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang
dijalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh
berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian.
Maka adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penulisan
bentuk huruf pada permulaan ayat sahaja.
Ahli Jawatankuasa Kajian Tindakan merancang beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah
ini seperti:
i. Bentuk huruf salah di warnakan
ii. Menulis di atas huruf yang dicetak
iii. Latihan melukis
iv. Cara duduk
v. Menulis di atas pasir
vi. Latihan koordinasi
vii. Menconteng
viii. Melukis bentuk
ix. Melukis dan mewarna bentuk geometri
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
22
x. Sistem tiga garisan
xi. Menulis perkataan dari bawah ke atas
8.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN
8.1 Pelaksanaan Aktiviti
Membaiki Tulisan Dengan Kaedah Ansur Maju
Kaedah ansur maju merupakan aktiviti pembelajaran yang dijalankan secara
berperingkat-peringkat untuk memulihkan murid yang mengalami masalah menguasai
kemahiran menulis.
Program pemulihan menulis menggunakan kaedah ansur maju banyak menekankan
cara menguasai sesuatu kemahiran itu secara beransur-ansur. Kaedah ini merupakan satu
kaedah murid mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula dari langkah yang paling asas
kemudian beralih ke aras yang lebih sukar sehingga murid dapat menguasai kemahiran
menulis dengan baik.
Murid yang menghadapi masalah kemahiran menulis seperti tulisan tidak kemas dan
comot perlu dijalankan aktiviti pemulihan untuk membantu mereka menguasai semula
kemahiran tersebut. Mereka menjalani proses pemulihan kemahiran menulis secara
berperingkat-peringkat iaitu kemahiran menulis secara pratulisan, mekanis dan mentalis.
Saya melaksanakan tindakan mengikut konsep kaedah ansur maju. Kaedah ansur
maju turut digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005), Juliana Ling Chu Chen (2009),
Geranting Anak Lugat (2009), Noraini Binti Ombi (2009).
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
23
Tiong Houng Ching mengatakan kaedah ansur maju merupakan satu kaedah untuk
murid mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula dari langkah yang paling asas kemudian
beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehingga murid dapat menguasainya.
Konsep ansur maju juga merupakan salah satu dari unsur teori pembelajaran kognitif.
(Sulaiman Bin Ngah Razali,1997). Kaedah ansur maju merupakan satu perancangan atau
prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia
merupakan langkah atau peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan
yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Kamarudin
Bin Hj. Husin, 1997).
Hull D. (1997) mengatakan kaedah pengajaran secara kontekstual amat berkesan
dijalankan kerana guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup.
Ansur maju merupakan kaedah terbaik yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk membaiki
kemahiran menulis murid supaya menulis dengan tulisan cantik, kemas dan teratur.
Saya memilih untuk menggunakan kaedah ansur maju berbantukan lembaran kerja
garis tiga kerana ia bersesuaian dengan latihan penulisan yang diberikan. Tambahan pula,
garisan-garisan yang disediakan dapat membantu murid mengawal pergerakan alat tulis untuk
membentuk huruf dengan betul.
Perancangan ini akan dilaksanakan oleh Panitia mata pelajaran Bahasa Malaysia pada
setiap tahun dan biasanya bermula dari bulan Januari.
Langkah 1
Pada mulanya, saya telah menjadi role model kepada murid. Saya menunjukkan kepada
mereka cara memegang pensel yang betul. Saya kemudian melatih mereka memegang pensel
mengikut cara yang telah ditunjuk cara.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
24
Sassoon (1990), pendekatan pengajaran yang sistematik diperlukan dalam kemahiran
menulis kerana pendekatan ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran penulisan. Saya
juga telah menunjuk cara memegang pensel dan kedudukan postur badan ketika menulis
karangan kepada murid Tahun 1 Sinar.
Juliana Ling Chu Chen (2009) dalam kajiannya mengambil langkah untuk menjadi
role model kepada muridnya dengan menunjukkan kepada murid cara memegang pensel yang
betul serta melatih mereka memegang pensel mengikut cara yang telah ditunjukkan.
Rajah 1: Cara memegang pensel yang betul
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
25
Cara memegang pensel yang betul
Gambar tunjuk guru menunjukkan teknik menulis yang betul kepada murid sambil
diperhatikan oleh rakan-rakan sekelasnya.
Menulis Dengan Teknik Yang Betul
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
26
Postur badan yang betul semasa menulis.
Postur badan yang betul semasa menulis.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
27
Langkah 2:
Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku
latihan yang sesuai dan selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan
semasa menulis. Kemudian, saya meminta murid mencontohi tindakan yang telah
ditunjukkan. Murid dikehendaki mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.
Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
28
Rajah 2: Kedudukan tangan dan buku ketika menulis
Langkah 3
Menulis di atas huruf yang berputus dicetak. Guru telah mengenal pasti huruf
yang selalu mengelirukan murid. Dengan bantuan komputer guru mencetak huruf berkenaan
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
29
dengan saiz yang besar dan kecil. Murid diminta menggunakan jari telunjuk dan pensel
menulis atas huruf berkenaan mengikut arah jam. Cara ini dapat mengukuhkan kemahiran. Ia
dibuat secara latih tubi. Murid digalakkan membuat latihan ini di rumah.
Langkah 4
Latihan melukis dan mewarna. Fotostatkan gambar yang menarik. Murid
digalakkan melukis mengikut bentuk gambar tersebut. Bandingkan gambar tersebut dari segi
warna dan coraknya. Cara ini menambahkan imaginasi murid dan memberikan banyak
latihan pada saraf tangan.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
30
Langkah 5
Cara duduk. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti penulisan. Guru harus
menitiberatkan kedudukan badan semasa mereka menulis. Jangan sandar tepi, tunduk dan
meniarap atas meja. Pastikan cara pegangan pensel ltu betul. Perkara di atas adalah sangat
kecil tetapi lama-kelamaan ia boleh menimbulkan masalah kepada murid semasa aktiviti
pembelajaran. Kalau tidak dibetulkan pada permulaan, ia akan dibawa sehingga dewasa.
Langkah 6
Menghasilkan bentuk tulisan dengan menggunakan batu, biji dan kayu. Kenalpasti
bentuk tulisan yang hendak dihasilkan menggunakan batu kecil, biji manik dan lidi supaya
menghasilkan bentuk yang betul.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
31
Langkah 7
Menulis di atas permukaan pasir. Ini adalah satu aktiviti tradisional paling berkesan. Murid
menggunakan jari telunjuk semasa menulis bentuk. Jari ditekan dengan kuat semasa menulis
supaya murid dapat mendalami bentuknya.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
32
Langkah 8
Memberikan latihan koordinasi tangan, jari dan mata. Ini menambahkan tumpuan murid
dalam menulis.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
33
Langkah 9
Menconteng secara bebas. Memberikan kebenaran untuk menconteng papan hitam
mengikut citarasa murid. Cara ini memberikan kebebasan untuk minda murid menghasilkan
banyak bentuk. Guru menerangkan dengan sedikit pengubahsuaian bentuk tersebut boleh
dijadikan huruf.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
34
Langkah 10
Membentuk corak / Menconteng bentuk. Melukis bentuk bulatan, garisan lurus, garisan
melintang. Guru mencantumkan bentuk tersebut supaya menjadi bentuk huruf yang betul.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
35
Langkah 11
Sistem tiga garisan. Guru menerangkan fungsi sistem tiga garisan. Menerangkan cara
penulisan di atas garisan itu. Latih tubi dijalankan kepada murid.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
36
Langkah 12
Menulis perkataan dari bawah ke atas. Cara ini menambahkan tumpuan murid pada hasil
kerja mereka. Aktiviti ini juga memperlahankan pergerakan tangan dan menambahkan
pemerhatian.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
37
9.0 Metodologi
9.1 Teknik Mengumpul Data
Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data
deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini
diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan
tindakan saya gunakan iaitu:
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
38
9.1.1 Pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian
merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya
melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta untuk
memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat merapatkan
diri dengan murid di samping memerhati cara murid yang dikaji menulis.
9.1.2 Temu Bual
Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan
perbualan antara saya dengan guru pemulihan serta murid ini untuk mendapatkan maklumat
yang relevan dengan kajian. Dalam kajian ini, saya adalah guru dan juga penyelidik. Saya
menemubual murid tentang pendapat atau pemahamannya tentang pengajaran menulis yang
dilaluinya.
9. 1.3 Bukti Dokumen
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperoleh data daripada
dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah,
membandingkan dan memperkukuh lagi data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan
teknik temu bual. Dokumen ini kemudiannya saya analisis untuk melihat bentuk, pola dan
trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
39
bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yang saya kutip adalah hasil kerja murid
iaitu tulisan.
10.0 Teknik Menganalisis Data
Data yang saya perolehi terutamanya data dokumen iaitu hasil kerja murid dalam
bentuk tulisan, saya analisis berdasarkan carta yang dinamakan The Pressey Chart for
Diagnosis of Illegibilities in Handwritng. Carta ini boleh disediakan berdasarkan
penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang
tidak dapat dibaca.
Antara bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca berdasarkan carta tersebut adalah seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1: Carta berbagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca
1. i tanpa titik
2. k seperti h
3. l tertutup
4. m seperti w
5. n seperti v
6. n seperti s
7. o seperti a
8. o seperti r
9. o tidak tertutup
10. o seperti u
11. r seperti s
12. r seperti i
13. r terlalu kecil
14. r seperti n
15. r seperti u
16. r seperti e
Kesalahan tulisan Semak
1. Perkataan terlalu rapat
2. Terlalu condong
3. Perkataan berpecah
4. Huruf-huruf terlalu dekat
5. Barisan terlalu dekat
6. a seperti u
7. e tertutup
8. a seperti o
9. a seperti oI
10. b seperti Ii
11. b seperti I
12. b seperti k
13. b seperti f
14. n seperti u
15. c seperti e
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
40
17. s tidak jelas
18. s seperti r
19. s sperti c
20. t seperti l
21. tangkai jauh
22. t tiada tangkai
23. t tangkai di kanan
24. t tangkai di kiri
25. u seperti oi
26. ur seperti w
27. v seperti n
28. v seperti r
29. w seperti v
30. w seperti m
31. wr seperti ur
32. d tidak ditutup
33. I seperti cI
34. T seperti I
16. c seperti i
17. c seperti a
18. d seperti cI
19. d sepeti l
20. d seperti a
21. e seperti o
22. e terlalu tinggi
23. e seperti c
24. f seperti b
25. g seperti y
26. h seperti li
27. h seperti p
28. h seperti b
29. h seperti l
30. i seperti c
Daripada penyelidikan Pressey (1926), saya telah menyediakan carta untuk
menganalisis tulisan murid ini . Beberapa huruf didapati sering menimbulkan kerumitan,
sebagai contoh, huruf kecil ‘r’, ‘n’, ‘e’, ‘a’, ‘o’, ‘s’ dan ‘t’ menyebabkan kesilapan menulis
lebih daripada lima puluh peratus (50%). Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah
‘r’, diikuti dengan huruf ‘n’. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis ‘r’ seperti ‘I’; ‘n’
seperti u; menutup ‘e’; membuat ‘d’ seperti ‘cl’; ‘o’ seperti ‘a’; dan ‘a’ seperti ‘u’. Huruf
besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf ‘L’. Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf
besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran
pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul.
Teknik seperti ini telah menyebabkan murid ini menghasilkan tulisan yang memuaskan.
11.0 DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut langkah yang ditetapkan telah dijalankan.
Pencapaian dapat dilihat. Murid memahami konsep sebenar kepentingan bentuk sesuatu
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
41
huruf. Guru dinasihatkan sebelum memberikan sesuatu aktiviti penulisan, harus memberikan
peringatan tentang kepentingan huruf. Di samping itu, Ahli Jawatan Kuasa telah menjalankan
satu aktiviti tulisan untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
KEPUTUSAN:
PERINGKAT JUMLAH
Baik 20%
Memuaskan 60%
Kurang memuaskan 20%
Ada murid yang masih tidak mencapai objektif yang ditetapkan. Murid lain pun dapat
menguasai kemahiran menulis huruf dengan baik.
Dalam kajian kualitatif kaedah persampelan bukan rawak digunakan (non-probability
sampling). Terdapat empat jenis persampelan bukan rawak iaitu persampelam mudah (subjek
kajian yang mudah diperolehi), persampelan bertujuan (pengkaji menggunakan pengetahuan
kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji
daripada populasi), persampelan bola salji (mengenalpasti lokasi subjek yang mempunyai
atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian dan persampelan kuota (quota
sampling (pemilihan sampel).
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
42
12.0 RUMUSAN PEMERHATIAN
Selepas menjalankan kajian tindakan ini, saya telah dapat membaiki mutu pengajaran
dan pembelajaran saya. Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran
menulis dengan betul, teratur, dan kemas. Dari segi pelajar pula, mereka berasa gembira.
Semasa saya berbual dengan mereka, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana
mereka tidak lagi dimarahi oleh guru lain kerana tulisan mereka seperti cakar ayam. Malah,
ada yang dipuji kerana berjaya menulis dengan baik dan kemas.
Dari segi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran , mereka lebih berminat untuk
belajar berbanding dengan dahulu. Namun, pencapaian akademik mereka masih belum ada
menunjukkan kemajuan yang ketara. Ini kerana mereka agak lemah dalam akademik sejak
sekolah rendah. Saya sarankan kajian tindakan ini perlu lagi didedahkan kepada mereka
untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca, mengira, dan seterusnya
kemahiran menaakul yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Selari dengan matlamat pendidikan masa kini ke arah melahirkan modal insan yang mampu
menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk menuju negara maju, dan
seterusnya merealisasikan WAWASAN 2020.
Dari segi pelajar pula, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana berjaya
menulis dengan kemas, teratur dan mudah dibaca berbanding dengan tulisan mereka dahulu.
Dari segi, minat terhadap pengajaran dan pembelajaran, mereka lebih berminat untuk menulis
berbanding dengan sikap mereka dahulu. Mereka dapat menyiapkan kerja rumah yang diberi
oleh guru pada masa yang ditetapkan. Guru mata pelajaran lain juga merasai perubahan
positif murid ini.
Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa, mendapati mereka berpuas hati dan
berterima kasih dengan pencapaian terkini anak mereka dalam kebolehupayaan menulis
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
43
dengan baik, kemas, teratur dan mekanis. Pandangan dan pendapat serta kerjasama guru dan
ibu bapa secara tidak langsung telah memberi impak yang baik dalam menentukan kejayaan
program ini.
13.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penguasaan murid dalam cara menulis dengan baik dan kemas atau secara mekanis
bukanlah penanda aras yang tekal untuk kita mengukur tahap pemantapan penguasaan
kemahiran membaca mereka. Secara analogi, mereka ini seperti anak benih yang belum boleh
tumbuh tegak dan tegap. Mereka perlu disiram, dibaja, dijaga dan diberi sokongan bagi
membolehkan hidup subur, tegap dan menghasilkan buah yang berkualiti. Demikian juga
dengan murid ini, mereka harus terus dibimbing dengan beberapa bahan sokongan yang
sesuai bagi membolehkan penguasaan pemerolehan cara menulis mereka akan terus mantap
dan berkesan.
Atas pertimbangan ini saya berpendapat bahawa satu kajian pelaksanaan program
pemulihan 2M yang sistematik, terancang dan holistik harus dijalankan bagi mengenal dan
menguji keberkesanan 3 fasa perancangan yang utama iaitu:
i. Fasa kemahiran membaca dan memahami
ii. Fasa kemahiran menulis(penulisan)
iii. Fasa Pengusaan sistem tatabahasa dan penggunaan ayat.
Setiap fasa yang dirangka harus mengandungi buku atau modul yang diolah
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
44
khusus mengikut keperluan khas setiap murid yang bermasalah penulisan dan pembacaan
atau murid pemulihan LINUS Literasi secara amnya.
14.0 REFLEKSI KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Pendekatan kaedah pembelajaran individu, peer learning dan latih tubi yang saya
gunakan dalam kebanyakan aktiviti adalah sangat sesuai dan efektif dalam situasi mengajar
murid bermasalah seperti murid yang kaji. Ini adalah ciri-ciri ketidakupayaan yang dimiliki
oleh mereka yang memerlukan bimbingan dan tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Secara keseluruhannya, teknik pengajaran guru dan teknik latih tubi yang saya
gunakan telah berjaya meningkatkan tahap keupayaan kemahiran membaca, menggalak dan
memupuk minat murid untuk terus membaca, memberi keyakinan yang tinggi kepada murid
dalam proses menulis dengan baik dan kemas. Mereka juga mempunyai persepsi positif
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Di samping menggalakkan murid merekod bacaan
di dalam buku NILAM. Seterusnya dapat menaikkan rekod bacaan Program NILAM di
sekolah. Secara tidak langsung akan memberi impak yang baik kepada sekolah.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di kelas pula, berdasarkan pemerhatian
saya, kebolehupayaan murid membaca dan menulis dengan baik, membolehkan guru
meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih proaktif dan menggembirakan. Guru
tidak perlu mengambil masa yang lebih lama atau terpaksa memberi perhatian yang lebih
terhadap seorang murid sahaja dan menjejaskan murid lain dalam kelas. Justeru, sukatan
pelajaran guru dapat dilaksananakan dengan jayanya dalam masa yang dirancang. Selain itu
murid juga dilihat lebih berkeyakinan dan berminat untuk mengikuti pengajaran guru di
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
45
dalam kelas. Mereka lebih optimis dalam membuat kerja dan latihan yang diberikan dengan
sempurna. Di samping berasa bangga dengan pujian dan rangsangan yang diberi guru.
Penggunaan Pelbagai Bahan Bantu Mengajar
Saya juga telah menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar untuk mengukuhkan
kefahaman murid terhadap konsep pengajaran dan pembelajaran menulis. Penggunaan
pelbagai kad, lembaran kerja dan slaid tentang cara-cara menulis yang mekanis dengan baik
telah membantu murid-murid menulis semula karangan dengan lebih baik. Ruhaida Mansor
(2005) menyatakan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) sewaktu mengajar dapat
membantu guru meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal dan menulis abjad.
Nadzeri Isa (2001) juga menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran menulis telah berjaya meningkatkan prestasi penulisan mekanis dalam kalangan
murid. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memastikan bahan rangsangan yang
digunakan sesuai dan mudah difahami oleh murid.
15.0 PENUTUP
Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh
manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan
mudah. Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) telah dinyatakan
dengan jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan wajib selain daripada kemahiran
membaca, mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk
perlaksanaan modul pembelajaran di alaf baru ini.
Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan keperluan
pendidikan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan pengukuran
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
46
prestasi dan keupayaan murid dinilai secara bertulis. Menulis tidak seperti membaca
memerlukan kaedah yang spesifik dan memerlukan koordinasi minda dan anggota
tubuh. Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di
sekolah tetapi berlangsung sepanjang hidup.
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sekolah rendah akan
lebih berkesan jika kreativiti dan kecekapan guru mengatur strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Guru hendaklah mengaplikasikan pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar yang memudahkan pemahaman
murid dan menggalakkan minat belajar murid.
Hal ini perlu terutama kepada murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran
menulis iaitu lemah dalam pengamatan dan sukar membuat perkaitan dengan konsep
pembelajaran.
Manusia berkomunikasi antara satu sama lain melalui lisan, bacaan dan tulisan.
Bahasa tulisan merupakan bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis
adalah satu kemahiran dan saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.
Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman (1991) mengatakan tulisan merupakan
utama bagi murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik
yang lebih tinggi. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau
apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.
Penggunaan internet dan komputer dengan perisian yang menarik dan interaktif oleh
guru amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Kelemahan
murid menguasai kemahiran menulis menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai
pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
47
Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu memberi penekanan kepada pendekatan, kaedah,
strategi dan teknik pengajaran khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Pelbagai
pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran guru yang lebih menarik,
inovatif dan berkesan akan mampu menarik minat murid untuk belajar.
Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung,
menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan
lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan.
Menulis memerlukan koordinasi tubuh sekata seperti minda, mata dan tangan untuk
memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau
perenggan yang lengkap yang kemudiannya memberi makna dan kesan untuk melahirkan
ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi oleh masyarakat umum, jika perlu.
Menulis adalah proses merekod bahan-bahan ujaran ke dalam bentuk tulisan
berdasarkan pendapat, idea, pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol grafik
yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan
bahasa dan gagasan tersusun yang memberi makna dan memberi manfaat kepada khalayak
pembaca dan pendengarnya.
Daripada A.C. Krizan dan Joyce. P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah
proses menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga
melalui grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan
semasa kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti.
Maklumat bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai
cara seperti wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
48
direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim
meskipun ratusan tahun sudah berlalu.
Bloomfield (1933: 21) di dalam Lyons. (1995 : 253) mengatakan bahawa penulisan
bukanlah bahasa, tetapi cara mencatatkan bahasa dengan tanda yang dapat dilihat. Tanda-
tanda yang dapat dilihat itulah yang dinamakan simbol atau huruf yang disatukan sehingga
menjadi perkataan yang membawa makna. Lyons (1995 : 13) mentakrifkan penulisan ialah
bahasa yang disampaikan melalui bunyi atau grafik malahan melalui cara yang tidak
terhingga banyaknya.
Sukatan Pelajaran Malaysia menitikberatkan pencapaian murid di dalam bidang
penulisan agar pada akhirnya, selepas mereka tamat pengajian kemahiran ini boleh digunakan
untuk mereka melahirkan pendapat, mengumpul maklumat, menyusun idea dan hujah secara
efektif dan tuntas. Penglahiran gagasan secara tersusun ini akan membolehkan perasaan dan
pengalaman murid dikongsi dan digunakan untuk pelbagai tujuan. Salah satunya ialah untuk
lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
49
BIBLIOGRAFI
Rujukan Utama:
Mahizer bin Hamzah,Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Noraini binti
Mohamed Noh, Norazilawati binti Abdullah (2014). Modul Pendidikan Jarak
Jauh KRL3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tanjong Malim
Creswell, W.J (2008). Educational Research; Palnning, Conducting,
and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (3rd
Ed.). New Jersey; Pearson
Prentice Hall.
Gay, L.R., Mills, G.E, & Airasian, P. (2011). Educational Research:
Competences for Analysis and Application. (10th
Ed.) Columbus, OH: Merrill.
Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Mc Graw-Hill.
Rujukan Tambahan:
Abd Aziz Abd Talib.( 2000) PEDAGOGI BAHASA: PRINSIP DAN KAEDAH.
Abd Rahman. (2011).PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
50
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Program Literasi Dan Numerasi LINUS
Tahun 2 Jilid 1. Putrajaya
BAHASA MELAYU: MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN MURID
BUKAN MELAYU
Dalam Mata Pelajaran Bahasa Cina Dengan Kaedah Ansur Maju. Buku Koleksi
Bahan Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 146-156.
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN
Darul Makmur: PTS Professional Printing Sdn. Bhd
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2006). MEMPERKASAKAN PENGAJARAN
Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid.(2011).
Juliana Ling Chu Chen. (2009). Kajian Ke Atas Membaiki Tulisan Murid Tahun 3
Jurnal Bahasa, Abd Rasid Jamian.( 2001). PENGAJARAN PEMELAJARAN
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Abdul Rasid Jamian. (2011)
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Che Zanariah Che Hassan, Fazzillah
Kementerian Pelajaran Malaysia, MANUAL INSTRUMEN PENGESANAN
KETRAMPILAN BERFIKIR
MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
Pelita Bahasa, Ahmad Khair Mohd Noor.(2005). MENULIS MEMBINA
Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor: Open University Malaysia.
KRL 3043 Latihan Ilmiah
D20102043220 UPSI 52 ARBA’IYAH SOYONO
51
PERMASALAHAN MENULIS DAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID-
MURID SEKOLAH RENDAH DI LUAR BANDAR
Rendah. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran Dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2003). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Utusan Publication Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Yahya Othman (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pahang
http://pembelajaranmenulis.blogspot.com/
http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaran-penulisan.html
https://docs.google.com/presentation/d/1zTWTaEDhguCPj84PXwsqMNWufCFFOlYVPnw2
EYGaXy8/edit#slide=id.p13
www.ukm.my/jpbm/pdf/65-77%20Lim%20CY%20et%20al.pdf
http://www.pdknet.com.my
http://www.web.apps.emoe.go.my/ipba/rdibpa/cd1/article52.pdf
jpn.moe.gov.my. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam
Pembelajaran merupakan satu ... kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca,
menulis dan mengira.