20
KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013 BAHAGIAN B Berdasarkan pengalaman anda bagaimanakah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan komuniti setempat anda dapat membantu sekolah dan anak- anak mereka meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kurikulum untuk menjayakan matlamat Kurikulum Kebangsaan PENGENALAN Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik. Menurut Akta Pendidikan 1996, Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan 1

Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kurikulum dan pengajaran

Citation preview

Page 1: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

BAHAGIAN B

Berdasarkan pengalaman anda bagaimanakah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan komuniti

setempat anda dapat membantu sekolah dan anak-anak mereka meningkatkan kualiti pengajaran

dan pembelajaran kurikulum untuk menjayakan matlamat Kurikulum Kebangsaan

PENGENALAN

Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi

tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi

melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta

mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.

            Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah

tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa

asas. Kurikulum  yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi

perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

          Menurut Akta Pendidikan 1996,  Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik

dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai

matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran,

nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada

ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh

persekolahan masing-masing.

            Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum

pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap

individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik

dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

1

Page 2: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,

mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan

untuk menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Kurikulum adalah ‘core; kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan

yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur

kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-

ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk

memenuhi keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :

Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid

yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi (JERIS) serta menyemai, menanam

dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu

pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk

melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam meujudkan perpaduan yang

berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan

negara.

MATLAMAT KURIKULUM KEBANGSAAN

- Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.

- Penyampaian maklumat ikut peringkat.

- Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.

- Membina modal insan abad ke 21.

- Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)

- Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.

- Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

2

Page 3: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

INSTITUSI SEKOLAH

Sekolah adalah merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan masyarakat. Sekolah

juga merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat sekeliling. Selain daripada itu, sekolah

adalah merupakan satu organisasi yang dinamik, terbuka dan komplek dalam mewujudkan serta

mengekalkan hubungan saling bergantungan dengan semua pihak terutama komuniti setempat.

Perhubungan sekolah dengan komuniti setempat boleh diibaratkan seperti peribahasa melayu

yang mengatakan “bagai isi dengan kuku”, iaitu mereka saling berinteraksi , bekerjasama dan

saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sekolah tidak akan dapat memainkan peranannya

yang cekap dalam mencapai visi dan misinya, tanpa kerjasama semua pihak terutama masyarakat

setempat. Keberkesanan sesuatu program yang dijalankan di peringkat sekolah adalah

merupakan kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat sekeliling.

Menurut Ibrahim 2001, sekolah adalah satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi

agen perubahan masyarakat. Ini kerana masalah yang berlaku di sekolah adalah masalah

masyarakat juga. Perkara ini tidak dapat dielakkan dan masyarakat perlu bekerjasama dengan

pihak sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara. Sekolah merupakan pengaruh utama

sebagai salah satu aspek yang mendatangkan kesan dalam pembentukkan sahsiah pelajar Guru

adalah orang yang mendidik pelajarnya dengan pembentukkan sahsiah yang terpuji disamping

mengasah bakat dan mengilap potensi murid menjadi seorang yang berjaya mengikut acuan

FPK. Pendidikan di sekolah tidak sekadar penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi

sahaja malah ia perlu menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses

pembaharuan. Sekolah juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat

dalam semua bidang perkembangan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah

dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara dalam menjayakan matlamat Kurikulum

Kebangsaan.

Apa yang kita ketahui, sekolah merupakan tempat melahirkan generasi berilmu dan

berakhlak mulia yang akan dapat memberikan sumbangan yang bernilai untuk perkembangan

dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah dengan masyarakat adalah

amat penting untuk menuju kejayaan dan kegemilangan kualiti dan kuantiti produk yang

dihasilkan oleh sekolah.Jika kedua-dua ini tidak saling berinteraksi maka sudah pastinya remaja

yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Dalam perlaksanaan “Satu Malaysia” remaja masa

3

Page 4: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

kini dijadikan aset negara utama yang akan menentukan masa depan negara. Oleh itu, seseorang

individu itu perlulah mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif.

Sumbangan komuniti terhadap kemajuan sekolah tidaklah seharusnya terhad terhadap

kumpulan atau persatuan semata-mata. Komuniti di sekeliling sekolah itu perlu sedar dan tahu

peranan mereka, maka banyak sumbangan individu boleh diberikan. Tidak semestinya mereka

perlu ada anak disekolah berhampiran tetapi mereka juga boleh memberikan sumbangan kepada

pihak sekolah. Individu yang berpengaruh seperti pemimpin komuniti, pemimpin politik, ahli

peniagaan, penghulu, imam, dan orang yang berkerjaya professional dan lain-lain lagi boleh

memberikan teladan dan nasihat kepada pelajar-pelajar di luar sekolah. Ini secara tidak langsung

dapat meringankan beban sekolah dan menambahkan keberkesanan proses pendidikan.

SEJARAH SEKOLAH SAYA ( SEKOLAH KEBANGSAAN LARKIN DUA)

Bangunan yang ditunjukkan diatas adalah merupakan bangunan Sekolah Kebangsaan

Larkin Dua, Johor Bahru.. Nama asal sekolah Kebangsaan Larkin Dua ialah “Larkin

Government English School” di mana pada peringkat permulaan ditubuhkan, ia menumpang di

bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Ngee Heng pada 16 September 1956. Kemudian pada

bulan Januari 1957, Sekolah Kebangsaan Larkin telah mempunyai bangunannya sendiri yang

beralamat di JKR 1951, Jalan Dato Onn Jaafar, 80350 Larkin, Johor Bahru. Ia telah dirasmikan

oleh Yang Teramat Mulia Ungku Tun Aminah, Permaisuri kepada Yang Teramat Mulia Tengku

Mahkota Johor. Sekolah Kebangsaan Larkin Dua mempunyai 1 blok 2 tingkat, 1 blok 3 tingkat,

4 buah bilik darjah blok lama (papan),surau, padang dan kantin sekolah yang dikongsi bersama

dengan Sekolah Kebangsaan Larkin Satu. Bilangan guru di Sekolah Kebangsaan Larkin Dua

4

Page 5: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

adalah seramai 26 orang dan bilangan staff sokongan seramai 7 orang. Enrolment muridnya pula

adalah seramai 255 orang sahaja dan ia mempunyai satu sesi persekolahan iaitu pada sesi pagi

sahaja. Bermula dari tahun 2007 hingga sekarang (2013), Pn. Hajah Rukini Bt Sukimi adalah

merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Larkin Dua. Sekolah Kebangsaan Larkin Dua

adalah terletak di dalam Zon Majidee.

PERANAN PKG & KOMUNITI SETEMPAT YANG BERHAMPIRAN DENGAN

INSTITUSI SEKOLAH.

i) PUSAT KEGIATAN GURU MAJIDEE (PKG MAJIDEE)

Pusat Kegiatan Guru Majidee terletak di alamat SK Angkatan Tentera, Jalan Balau, Kebun Teh,

80250 Johor Bahru, Johor. Bangunan ini bersebelahan dengan SK Angkatan Tentera. Jaraknya

dari pusat bandar Johor Bahru ialah 3 kilometer. Penyelaras pertama PKG Majidee ialah En. Lim

Whye Teck. Kini seramai 3 orang kaki tangan bertugas di PKGJQA 1006 ini. Ketua pegawai

Teknologi Pendidikan PKG ialah En Hisham Bin Mohd Salleh, Pn Suzana Bt Abdul Hasim dan

Pembantu tadbir ialah Pn. Sharizan Bt Abas.

FUNGSI PKG MAJIDEE, JOHOR BAHRU.

- Memantau, Menyelaras, Menilai dan Memberi Khidmat Bantu PSS dan Gerakan

Membaca.

- Menyelaras, Menilai, Membantu dan Memberi Khidmat Sokongan Pelaksanaan Inisiatif

ICT Sekolah.

5

Page 6: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

- Mengumpul Data Asas Teknologi Pendidikan Bagi Tujuan Penilaian dan Pelaksanaan

Dasar Teknologi Pendidikan.

- Menyediakan dan Menyebar Bahan Sumber Pendidikan Dalam Pelbagai Media.

- Melaksana, Mempromosi dan Menggalakkan Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam

P&P.

ii) BANK SIMPANAN NASIONAL

Bank Simpanan Nasional ini terletak di No 10 Jalan Cenderawasih , Larkin Jaya, 80350, Johor

Bahru, Johor.Bank ini telah menjalankan kerjasama yang erat dengan Sekolah Kebangsaan

Larkin Dua dengan menjadikan sekolah sebagai program anak angkat. Kakintangan Bank

Simpanan Nasional Cawangan Larkin ini pernah memberikan taklimat berkaitan kebaikan

menabung seawal usia muda dan juga menganjurkan kuiz yang menyediakan hadiah yang

menarik daripada BSN. Di akhir program pihak BSN telah membuka kaunter untuk ibu bapa

membuka akaun BSN anak-anak mereka. Pihak BSN telah bersetuju menjadikan SK Larkin Dua

sebagai anak angkat dan akan membantu pihak sekolah dalam menjayakan program-program

yang lain.

Antara fungsi Bank Simpanan Nasional ini kepada sekolah ialah;

- Memberi perkembangan ilmu pendidikan kewangan dan perkara-perkara yang berkaitan

dengan etika kewangan, nilai moral / nilai murni kepada para pelajar.

- Memberi pengetahuan, kefahaman dan kepekaan kepada pelajar sekolah mengenai sektor

kewangan dan ekonomi Negara.

6

Page 7: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

- Memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan dalam bidang

kewangan yang diperolehi melalui pembelajaran di dalam dan diluar bilik darjah

- Membantu pelajar dalam pengurusan kewangan dan bukan kewangan seperti penggunaan

sumber dan peralatan sekolah.

iii) YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Bangunan diatas adalah merupakan Bangunan Yayasan Pelajaran Johor yang terletak di No 15,

Jalan Nuri, Larkin Jaya, Kg. Dato Onn Jaafar, Karung Berkunci 711, 80990 Johor Bahru.

Sekolah Kebangsaan Larkin Dua telah menjalinkan kerjasama yang erat bersama dengan

Yayasan Pelajaran Johor.Yayasan Pelajaran Johor telah memberikan program tuisyen hikmah

kepada pelajar-pelajar yang mengambil UPSR. Guru –guru yang mengajar tuisyen hikmah akan

dibayar oleh Yayasan Pelajaran Johor.

7

Page 8: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

iv) KLINIK KESIHATAN LARKIN

Klinik Kesihatan Larkin ini terletak Jalan Sentosa, Taman Dato Onn Jaffar, 80350 Johor Bahru,

Johor. Antara skop perkhidmatannya adalah meliputi perkhidmatan rawatan ringan, susulan kes

penyakit kronik dan melakukan prosedur rawatan ringan. Klinik Kesihatan Larkin menjalinkan

kerjasama yang erat dengan memberikan perkhidmatannya disekolah-sekolah berhampiran

termasuk di Sekolah Kebangsaan Larkin Dua. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah

memberikan ceramah dan taklimat mengenai aspek pergigian kepada pelajar-pelajar, merawat

dan memeriksa kesihatan gigi murid, memberikan suntikan kepada pelajar tahun 1 dan tahun 6,

dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar ini akan lebih mengetahui keadaan kesihatan gigi dan

kebersihan mulut selain mengetahui cara memberus gigi dengan betul. Selain itu ia mendidik

pelajar pelajar disekolah agar mengamalkan cara yang betul dalam menjaga kesihatan diri

sendiri.

8

Page 9: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

v) BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT LARKIN

Balai Bomba dan Penyelamat Larkin ini terletak di Jalan Larkin, 80648 Johor Bahru. Lokasinya

juga berhampiran dengan kedai makan, Masjid Larkin dan Sekolah Kebangsaan Larkin Satu.

Apa yang kita ketahui, skop fungsi dan tugas Balai Bomba dan Penyelamat adalah seperti

berikut:

- Membuat persediaan tugas –tugas operasi pemadaman dan penyelamatan dibalai

- Menjalankan operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan.

- Membuat penyiasatan kebakaran bagi setiap kebakaran

- Membuat kajian kawasan pili bomba dan kawasan jagaan balai.

- Membantu membuat pemeriksaan premis.

- Membuat pemeriksaan dan merekod setiap jentera serta peralatan kebombaan

- Menjalankan latihan kemahiran dalam balai dan dibangunan di kawasan jagaan.

- Membantu menyediakan kontingensi pra kebakaran.

. Sebenarnya, komuniti setempat seperti Balai Bomba dan Penyelamat Larkin menjalinkan

kerjasama yang erat dengan pihak sekolah yang berhampiran termasuk Sekolah Kebangsaan

Larkin Dua dengan mengadakan demonstrasi cara memadamkan kebakaran di sekolah serta

memberikan penerangan kepada semua guru-guru mengenai alat / bahan yang digunakan dalam

memadamkan kebakaran. Pelajar-pelajar akan memperolehi berguna yang boleh digunakan

sekiranya berlakunya kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api yang boleh digunakan dengan

lebih selamat.

9

Page 10: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

vi) BALAI POLIS LARKIN JAYA

Balai Polis Larkin ini Terletak di JKR No 4506, Jalan Garuda 80350 Larkin Johor Bahru.

Lokasinya terletak bersebelahan dengan Sekolah agama Larkin dan Sekolah Kebangsaan

Tanjung Puteri dan juga Stadium Larkin. Fungsi Balai Polis Larkin dan peranannya kepada pihak

sekolah ialah memberikan kerjasama dan bergabung tenaga membantu pihak sekolah

menghadapi masalah pelajar. Selain itu ia memudahkan guru-guru untuk lebih senang membuat

aduan atau berbincang dengan pihak polis mengenai masalah disiplin mahupun jenayah yang

melibatkan pelajar sekolah.

Selain itu, apa yang saya dapati ada juga pegawai perhubungan polis yang berhampiran datang

kesekolah memberikan ceramah kepada pelajar –pelajar mengenai masalah disiplin dan masalah

jenayah yang berlaku. Secara tidak langsung ini dapat mendidik pelajar dan pelajar akan

mengetahui kesan dan akibatnya sekiranya terlibat dengan jenayah dan lain-lain. Pelajar-pelajar

akan lebih berdisplin di sekolah dan ia juga dapat mendidik sikap dan tingkahlaku pelajar yang

lebih baik.

10

Page 11: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

KESIMPULAN

   

Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi pembelajaran manakala guru –guru adalah

merupakan tenaga pengajar yang mendidik dan berusaha untuk merealisasikan matlamat

kurikulum kebangsaan seperti yang tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persoalan

yang mungkin timbul mampukah para pendidik menjalankan misi negara dengan hanya

berbekalkan ilmu di dada dan semangat berkobar-kobar dengan kemudahan infrastuktur dan

prasarana seadanya di sekolah. Apa yang saya pasti sudah tentu tidak, kerana guru –guru perlu

mengembleng tenaga bersama dengan komuniti setempat agar dapat mencapai objektif yang

diharapkan . Badan –badan sosial komuniti setempat seperti Balai Polis, Bank, Balai Bomba,

Klinik Kesihatan dan lain-lain lagi adalah pemangkin kepada pengukuhan proses pengajaran

dan pembelajaran di luar persekolahan. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sokongan ini, ia secara

tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang.

Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.

Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi

melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan

matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak

kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana

terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.

Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan pendidikan

berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap

pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanyalah lebih kurang 6 jam sehari

sahaja dan selebihnya selama 18 jam pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota

masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi

kerjasama di dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh guru dan sekolah.

Penglibatan anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang

pentingnya, khususnya institusi-institusi komuniti –komuniti berhampiran harus sentiasa

berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di

sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan

bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan

penduduk setempat. Konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan dengan

11

Page 12: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag melibatkan pihak

sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat.

Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak komuniti

setempat malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan

kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu

memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan

proses pembelajaran kanak-kanak.

Secara keseluruhan dapat kita lihat bahawa pihak sekolah dan komuniti luar perlu wujud

permuafakatan dan kerjasama yang baik dan erat. Segala usaha yang dijalankan dengan

hubungan yang erat ini memberikan kesan dan implikasi yang positif bagi meningkatkan kualiti

dan kuantiti pendidikan pelajar disekolah. Usaha ini tidak boleh dipandang mudah dan

memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak agar apa yang dihajati tercapai. Semua ini

dilakukan untuk merealisasikan pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan

terbilang yang berupaya memacu arus kemajuan negara dan pada masa akan datang. Banyak

usaha yang dilakukan telah mencapai kejayaan. Banyak lagi usaha perlu dijalin antara pihak

sekolah dengan komuniti setempat diperlukan untuk mempertingkatkan kejayaan pelajar. Setiap

hubungan telah membawa sekolah selangkah lebih dekat dengan sasaran, misi dan visi dan

matlamat kurikulum Kebangsaan.

Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang

timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Perkara ini perlu diberi perhatian

yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan

dalam sistem pendidikan di Malaysia.

12

Page 13: Assigment Individu KRP 3013 Kurikulum & Pengajaran Sek. Rendah

KRP 3013 Kurikulum & pengajaran Sek. Rendah 2013

RUJUKAN

http://blogsksp.blogspot.com/2011/02/konsep-permuafakatan-pelaksanaannya-di.html diakses pada 4 April 2013

http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/permuafakatan-komuniti-dan-sekolah.html diakses pada 4 April 2013.

http://u-wartawan.blogspot.com/2010/01/perkongsian-dalam-pendidikan-komuniti_13.html diakses pada 4 April 2013

http://www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulum diakses pada 5 April 2013

http://cwanrzzwt.blogspot.com/2011/08/definisi-dan-konsep-kurikulum.html diakses pada 5 April 2013

http://www.pkgjb.com/index.php?option=com_content&view=article&id=12&Itemid=15 diakses pada 5April 2013

http://my.wowcity.com/pontian/?what=bank+simpanan+nasional+larkin+ diakses pada 8 April 2013

http://my.solidlocation.com/map/johor/poliklinik-kesihatan-larkin/464157/ diakses pada 8 April 2013

http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp05/bil37/LampD8.pdf diakses pada 10 April 2013

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dal

am_Negeri&pg=hn_01.htm#ixzz2QmBCx8hT diakses pada 10 April 2013

13