21
SGDU6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATION MANAGEMENT To what extend your !hoo" re#u"at$on are $n "$ne w$th Edu!at$on %S!hoo" D$!$&"$ne' (e#u"at$on )*+* and the Pro,e$ona" C$r!u"ar o, the M$n$try on tudent d$!$&"$ne Mohamad Faisal Mustaffa (814065) Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (814066) LECTU(E( Dr- .ha"$/a $nt$ Saed$n

Assigment Group

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Legal Issues in Education

Citation preview

SGDU6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATION MANAGEMENT

To what extend your school regulations are in line with Education (School Discipline) Regulations 1959 and the Professional Circulars of the Ministry on student discipline. Mohamad Faisal Mustaffa (814065)Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (814066)

LECTURERDr. Khaliza Binti Saedin

Kandungan :1.Pengenalan 32.Pihak Berkuasa Disiplin 73.Langkah-Langkah Siasatan Dan Tindakan 94.Kajian Kes Pertama 105.Kajian Kes Kedua 126.Kajian Kes Ketiga 147.Kajian Kes Keempat 168.Kajian Kes Kelima 179.Kesimpulan 1910.Rujukkan 2011. Lampiran Kes 21

PENGENALAN

Hak asasi manusia adalah perkara pokok yang membezakan diri kita semua dari manusia gasar. Isu serta perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia mula mendapat perhatian serius di peringkat antarabangsa melalui pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pada tahun 1948 selepas berakhirnya perang dunia kedua. Sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi akan berpegang kepada enam falsafah demokrasi iaitu rasional, bermoral, kesamarataan, kebolehan mencapai kemajuan, berkerajaan sendiri iaitu kerajaan dengan kehendak rakyat, dan kebebasan. Hak asasi ini juga wujud dalam masyarakat dan negara yang mendokong nilai-nilai demokratik seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk mengekspresi dan kebebasan untuk mengutarakan pendapat serta pemikiran. Bagi menjamin setiap individu memiliki hak tanpa sebarang diskriminasi, semua individu dan masyarakat harus dilayan sama rata tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan. Isu hak asasi manusia yang telah menjadi isu sejagat apabila ianya mula diperdebatkan diperingkat dunia dan sering menjadi agenda utama di dalam setiap persidangan antarabangsa. Ianya adalah kesan daripada kesedaran masyarakat dunia tentang hak asasi manusia sebagai warga sesebuah negara. Hak asasi manusia difahami umum sebagai prinsip-prinsip asas dalam kehidupan berpolitik sesebuah masyarakat seperti hak kebebasan bercakap, hak kebebasan beragama, hak kebebasan bergerak dan lain-lain. Secara umumnya, hak asasi manusia bermaksud cara atau tindakan seseorang manusia memperlakukan seseorang manusia yang lain mengikut dasar kemanusiaan sebenar.

Namun begitu terdapat pelbagai konsep serta definisi mengenai hak asasi manusia. Menurut Wong Hon Wai 2001, hak asasi manusia boleh ditakrifkan sebagai hak dan dasar yang wajib diterima dengan sama rata seperti hak untuk memberi pendapat, mendapat perlindungan dan pendidikan yang sempurna, makanan, menganut agama atau kepercayaan dan sebagainya. Manakala menurut Kofi Anan, Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan berteraskan prinsip hak asasi manusia kita membina kesucian maruah manusia. Namun begitu, contoh makna dan contoh yang diberikan sebenarnya adalah merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Seiring dengan pengedaran zaman hak asasi manusia harus diberi tafsiran dan pengertian yang lebih meluas dan mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia. Dalam penafsiran moden terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, konvenan Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik 1966 dan konvenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Hak asasi manusia wujud dalam masyarakat yang mendokong nilai-nilai demokratik seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk berekspresi dan kebebasan untuk mengutarakan pemikiran. Demi menjamin setiap individu memiliki hak ini tanpa diskriminasi, semua orang harus dilayan secara sama rata tidak mengira agama, bangsa dan keturunan. Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia memiliki perspektifnya yang tersendiri terhadap kebebasan asasi. Kewujudan pelbagai fahaman politik, agama, etnik dan keturunan menyebabkan kebebasan asasi di Malaysia lebih bersifat kebebasan yang dikawal dan terbatas. Hal ini adalah untuk menjamin ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996 yang memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan sehingga sekarang. Dasar tersebut diasaskan kepada peruntukan utama dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dan telah melahirkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat pada hari ini.Ke arah mencapai matlamat perpaduan masyarakat, Akta ini telah menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. Akta ini menitikberatkan penghasilan tenaga kerja yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Sejak kemerdekaan pelbagai usaha telah dibuat ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula dengan tujuan untuk mengukuhkan pelaksanaannya dan perjuangan bahasa kebangsaan ke arah memupuk perpaduan kaum.Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan mendidik dalam ertikata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga mutu moral dan sosial secara amnya, di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal.Peraturan sekolah adalah satu set peraturan yang secara langsung mengawal tingkah laku pelajar. Ianya merupakan satu bentuk latihan yang memperkembangkan mental, fizikal dan sikap. Usaha pendisiplinan pelajar di mana nilai-nilai disiplin disemai, dipupuk dan diterapkan untuk mewujudkan masyarakat yang bertatasusila, bersatupadu, berdemokrtatik, adil, liberal dan maju.Peraturan sekolah adalah berciri autokratik, guru mempunyai kuasa mutlak ke atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Oleh kerana guru mempunyai kuasa untuk mendenda pelajar yang melanggar peraturan, maka jenis disiplin ini juga boleh dilihat sebagai ciri menghukum. Dibentuk berlandaskan kesedaran kepada keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk pelajar mematuhi arahan. Setiap sekolah perlu ada peraturan sekolah masing-masing secara bertulis dan perlu dibuat salinan serta ditampal di bilik darjah dan di kawasan-kawasan terbuka di sekolah. Peranan sebagai in loco parentis guru adalah bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Ini termasuk pencegahan iaitu mengelakkan pelajar daripada melanggar peraturan dan disiplin yang ditetapkan dan mengingatkan para pelajar agar sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sebarang tindakan yang dikenakan ke atas pelajar adalah bertujuan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran serta panduan kepada pelajar lain agar perkara tersebut tidak berulang.Soalnya adalah bagaimanakah pihak pengurusan sekolah khususnya guru disiplin harus mengimbangi antara tiga perkara tersebut? Bagaimanakah seseorang guru disiplin harus menguatkuasakan peraturan sekolah, dengan mematuhi Akta Pendidikan Negara tetapi tanpa sedikit pun melanggar hak-hak asasi seseorang pelajar?

PIHAK BERKUASA DISIPLINGuru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut, sesuai dengan peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Di samping kuasa dan budi bicara yang diberikan, pihak berkuasa disiplin haruslah mengamalkan keadilan dengan memberi perhatian kepada natural justice. Natural justice pula adalah suatu doktrin yang menyediakan hak prosedur yang penting dalam proses membuat keputusan pentadbiran. Doktrin natural justice mempunyai dua komponen iaitu, (1) Audi alteram partem, hak didengar dan bersuara bagi pihak dirinya (2) Nemo judex in causa sua, segala keputusan dibuat oleh pihak ketiga yang berkecuali tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang lain. Prinsip begini adalah terpakai dalam semua keputusan yang diambil oleh semua agensi kerajaan, tribunal dan mahkamah. Jika keputusan yang diambil terbukti melanggar prinsip ini, ianya boleh diketepikan tanpa kompromi. Keperluan kedua komponen tersebut amat bergantung kepada prinsip interpretasi undang-undang awam (common law) yang berteraskan keadilan (fairness), kesaksamaan (neutrality) dan bebas (independence). Prinsip natural justice dan keadilan procedural adalah merangkumi ciri-ciri berikut :Keadilan (Fairness) keputusan dibuat berdasarkan satu set peraturan dan undang-undang yang diketahui umum. Ketelusan (Transparency) segala apa yang berlaku adalah jelas dan mampu difahami oleh masyarakat umum bahawa keputusan mahkamah dan tribunal terbuka kepada umum.Kesaksamaan di mata undang-undang (Equality before the law) setiap orang harus diadili secara saksama tanpa prejudis. Tiada yang berada di atas undang-undang (above the law), tanpa mengira kedudukkan mereka di sisi masyarakat. Bebas dari ketidak-adilan (Freedom from bias) seseorang pembuat keputusan tidak boleh ada kepentingan peribadi atau tidak boleh bersifat berat sebelah dalam keputusannya. Hak untuk didengar (The right to be heard) seseorang yang terlibat dalam penghakiman oleh system perundangan adalah berhak untuk didengar, memberi keterangan dan bukti yang menyokong pendiriannya sebelum penghakima dibuat. Dengan lain perkataan, yang tertuduh berhak membela diri bagi membela dirinya sebaik mungkin.Perkembangan terkini mula melihat mahkamah mula menggunakan terma dan konsep keadilan procedural (fair procedure) di dalam proseding pentadbiran yang bergaris-pandukan natural justice. Pihak yang tertuduh atau berkemungkinan kehilangan dalam proseding perlu diberi pencerahan secukupnya tentang perbicaraan dan pembelaan sewajarnya. Tambahan pula, pihak yang membuat keputusan perlu membuat keputusan tersebut tanpa bias dan tanpa prejudis (nemo judex in causa). Prinsip natural justice adalah kawalan procedural yang memastikan agar tiada penyalah-gunaan kuasa berlaku dalam perbicaraan dan tribunal badan awam. Ianya boleh memastikan pihak pentadbiran mematuhi semua prosedur perundangan sebelum mengambil sebarang tindakan dengan mematuhi Audi Alteram Partem dan Nemo Judex in Causa Sua. Demi memastikan keputusan yang diambil adalah sah, kedua elemen tersebut haruslah dipatuhi, jika tidak keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah.

LANGKAH-LANGKAH SIASATAN DAN TINDAKANLangkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan dan memastikan kebenaran aduan itu dan memastikan sama ada kes itu bersabit (prima facie) atau tidak. Seterusnya membuat siasatan awal serta mengumpul bukti serta menentukan kebenaran dan bukti-bukti tuduhan.Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk menjawab kes bersabit (prima facie) itu. Sebelum mengenakan sebarang perintah hukuman, peluang yang munasabah hendaklah diberi kepada murid itu untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya dengan menceritakan versi dari pihaknya. Langkah Ketiga haruslah diambil untuk membolehkan murid beri sebab ( To Show Cause ) jika murid itu menafikan kesalahannya. Maksud beri sebab di sini adalah pihak berkenaan itu diberi peluang untuk menyatakan kesnya, iaitu untuk membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan-tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul.Langkah Keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan dapatan Guru Besar. Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan yang memuaskan dan dia dapat membebaskan dirinya daripada tuduhan yang dihadapkan kepadanya, maka Guru Besar boleh membuat keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan selanjutnya adalah tidak perlu. Pengakuan atau didapati bersalah. Jika murid mengaku melakukan salah laku, sebagai alternatif, selepas mendengar keterangan Guru Besar mendapati bahawa tuduhan itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah membuat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan terhadap pesalah itu mengikut peruntukkan peraturan sekolah.

KAJIAN KES PERTAMA Fakta kes Seorang pelajar bernama Muhammad Firdaus Bin Johari dari Tingkatan 3A3, telah ditangkap oleh pihak polis ketika sedang ponteng sekolah pada jam 10. 30 pagi, 23 September 2011, di sebuah rumah kosong di Kg Paya Ara, 32700 Beruas, Perak. Pelajar tersebut telah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari yang sama. Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai dari 24 September 2011 hingga 30 September 2011.Walaupun tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak drastic dan menghalang beliau dari belajar selama tempoh dua minggu. Namun tindakan adalah amat perlu kerana ianya akan menjadi pengajaran kepadanya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut. Ia juga mampu satu deteren kepada pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

Peraturan Yang RelevanPeraturan Bilik Darjah : Ponteng kelas/sekolah: Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan yang munasabah dianggap ponteng. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan, melalui Pengetua akan menghantar surat pertama kepada ibubapanya. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa.KeputusanPelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela dirinya dan menceritakan sebab dan alasan kenapa beliau terlibat dalam perkara tersebut. Setelah pertimbangan dibuat oleh Lembaga Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung sekolah selama dua minggunya.

KAJIAN KES KEDUA Fakta kes Seorang pelajar bernama Muhammad Farez Bin Muhd Rajis dari Tingkatan 4CG, telah pada jam 07.30 pagi, 20 Julai 2010, di tangga Blok C, SMK Raja Shahriman, Beruas menumbuk seorang guru, iaitu En. Nor Azman Bin Muslim, Penolong Kanan HEM, SMK Raja Shahriman, Beruas, Perak. Pelajar tersebut telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru, satu kesalahan di bawah peraturan KP/8543/Vol.2/55 (c) Undang-undang dan Peraturan Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas. Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah dan telah digantung dari persekolahan selama satu minggu, mulai dari 22 Julai 2010 hingga 28 Julai 2010.Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak lembut kerana tidak dilibatkan dengan pihak polis, dan hanya menghalang beliau dari belajar selama tempoh satu minggu. Namun tindakan tersebut diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke arah perkara tersebut.

Peraturan Yang RelevanLarangan-Larangan : Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan dengan sekolah. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan Pengetua, Penolong Kanan-Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Guru-guru.KeputusanPelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela dirinya dan menceritakan sebab dan alasan kenapa beliau telah bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh Lembaga Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung sekolah selama satu minggunya.

KAJIAN KES KETIGA Fakta kes Seorang pelajar bernama Mohammad Farizal Amirul Bin Abdul Rahman telah pada jam 07.30 pagi, 24 Mei 2010, di bilik Kelas 2A3, SMK Raja Shahriman, Beruas didapati memilikki dan menghisap rokok sehingga menyebabkan kebakaran di dalam tong sampah kelas tersebut. Pelajar tersebut telah melakukan kesalahan di bawah pekeliling SPI 5/1997. Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai dari 25 Mei 2010 hingga 04 Jun 2010.Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah masih agak lembut kerana tidak dilibatkan dengan pihak polis, dan hanya menggantung beliau dari belajar selama tempoh dua minggu. Tindakan tersebut diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke arah perkara tersebut. Beliau juga mesti hadir ke sekolah setelah tempoh penggantungannya selesai bersama ibubapanya untuk sesi kaunseling.

Peraturan Yang RelevanMerokok. Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993) Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka, mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung.(Pek. Ikt. Bil 1/83) Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok. Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan dengan pintu/ pagar sekolah. Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah.(Pek.Iktisas Bil. 5/97)KeputusanPelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela dirinya dan menceritakan sebab dan alasan kenapa beliau telah bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh Lembaga Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung sekolah selama dua minggunya. Beliau juga mesti hadir semula ke sekolah bersama ibubapanya untuk sesi kaunseling.KAJIAN KES KEEMPAT Fakta kes Seorang pelajar bernama Nasrul Hariri Bin Muhd Rajis, telah pada 30 April 2012, ditangkap kerana membawa telefon bimbit ke sekolah, Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah dan telah dirampas telefon bimbit tersebut dan hanya dikembalikan kepadanya setelah beliau berjanji berkelakuan dan menandatangani surat perjanjian akuan berkelakuan baik.Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak lembut kerana ianya merupakan kesalahannya pertama dan hanya dirampas telefon bimbit dan hanya dikembalikan kepadanya setelah beliau berjanji berkelakuan dan menandatangani surat perjanjian akuan berkelakuan baik.

KAJIAN KES KELIMA Fakta kes Seorang pelajar bernama Saiful Adzhar Bin Mat dari Tingkatan 4 Dedikasi telah, pada jam 08.30 pagi, 24 Jun 2013, di koridor kelas 4 Dedikasi, SMK Raja Shahriman, Beruas dengan sengaja mencetuskan pergaduhan dengan Muhamad Hakimi Bin Husin dan Fahmi Izuddin Bin Ahmad. Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai dari 1 Julai 2013 hingga 05 Julai 2013.Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah masih agak lembut kerana tidak dilibatkan dengan pihak polis, dan hanya menggantung beliau dari belajar selama tempoh satu minggu. Tindakan tersebut diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke arah perkara tersebut.

Peraturan Yang RelevanLarangan-Larangan : Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan dengan sekolah. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan Pengetua, Penolong Kanan-Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Guru-guru.KeputusanPelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela dirinya dan menceritakan sebab dan alasan kenapa beliau telah bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh Lembaga Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung sekolah selama satu minggunya.

KESIMPULANPeraturan sekolah adalah pada dasarnya berciri autokratik dengan guru berkuasa mutlak dalam urusan pendisiplinan para pelajar di sekolah berlandaskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Oleh kerana guru mempunyai kuasa untuk mendenda pelajar, maka jenis disiplin ini adalah dilihat bercirikan menghukum dan mendera sebagai hukuman sebarang kesalahan. Sesuai dengan peranan ibubapa gantian sebagai in loco parentis guru bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar agar sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Sebarang hukuman atau dendaan terhadap pelajar adalah dengan tujuan mendidik dan mengajar serta panduan kepada pelajar lain agar perkara tersebut tidak berulang.Dalam rangka siasatan dan mencari punca kesalahan, para guru wajib mematuhi prinsip natural justice yang akan mempastikan keadilan yang saksama kepada semua yang terlibat dan mempastikan hak asasi setiap pelajar dijaga dan dipertahankan. Oleh yang demikian, para pelajar akan membesar dengan sempurna dan sihat dari segenap segi, dan tidak nudah menjadi anti-sosial atau membenci peraturan atau bersikap anti establishment, seterusnya menyumbang kepada pembangunan Negara.

RUJUKKAN1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1979 - Surat Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1983 - Garis Panduan Kempen Anti Merokok di sekolah-sekolah.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 - Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.

4. Arthur P. Hoyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka.

6. Kementerian Pendidikan (1984). Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, DBP: K.L.

7. Tang Chee Yee (1992) Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan, Prosedur dan Kemahiran- Kumpulan Budiman.

8. Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah, Kuala Lumpur, Adabi, 1981.

9.Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu/Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, 1982.

10.Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Tatacara Displin Sekolah Untuk Guru Besar, dan Guru, K.L. DBP, 1983.

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/68 dan 8/68 - Tambahan kepada Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran (Gantung Persekolahan), bertarikh 12 Oktober 1968.

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Disiplin: Murid-murid Menghisap Rokok bertarikh 5 September 1975.

13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1983 - Garis Panduan Kempen Anti Merokok di sekolah-sekolah.

14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 - Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.

15. Arthur P. Hoyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka.

16. Kementerian Pendidikan (1984). Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Keunseling Sekolah, DBP: K.L.

17.Tang Chee Yee (1992) Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan, Prosedur dan Kemahiran- Kumpulan Budiman.

18. Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Tatacara Displin Sekolah Untuk Guru Besar, dan Guru, K.L. DBP, 1983.

19. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Disiplin: Murid-murid Menghisap Rokok bertarikh 5 September 1975.

20. Rekod HEM SMK Raja Shahriman, Beruas

Lampiran Kes