18
HBAE 2203 2013 1.0 PENGENALAN Pendidikan Seni visual memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak- kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Bidang pendidikan seni yang ketiga adalah membentuk dan membuat binaan. Kali ini, tugasan yang perlu disiapkan bertajuk diorama yang terkandung di dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Ciri-ciri diorama dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan bagaimana kreativiti kanak- kanak dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. (http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html ) kontemporari objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan ditegaskan di dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina kotak diorama. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. ~ 1 ~

Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Seni visual memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan

kanak- kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya

ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan

kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Bidang

pendidikan seni yang ketiga adalah membentuk dan membuat binaan. Kali ini, tugasan yang

perlu disiapkan bertajuk diorama yang terkandung di dalam bidang membentuk dan membuat

binaan. Ciri-ciri diorama dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan bagaimana

kreativiti kanak-kanak dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama.

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek

untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan

di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat

dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan

pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang

untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak

kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

(http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html) kontemporari objek tiga

dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen,

pensejarahan dan cerita rakyat.

Perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,

imbangan dan kestabilan ditegaskan di dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini.

Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka

membentuk dan membina kotak diorama. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan

juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.

Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa

menjalankan proses penghasilan seni.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan

berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

~ 1 ~

Page 2: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

2.0 CIRI-CIRI DIORAMA

Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat

dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan struktur rekaan seni. Ia diolah dengan

mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik.

Salah satu ciri diorama ialah bentuk diorama mestilah menepati tema dan tajuk.

Sebelum membina diorama, kita perlu memilih tema dan tajuk yang sesuai dengan peringkat

umur. Contohnya saya memilih untuk mengajar pendidikan seni visual tahun 4. Tema dan

tajuk yang di pilih hendaklah bersesuaian dengan dokumen standard kurikulum dan

pentaksiran pendidikan seni visual tahun 4. Di dalam dokumen standard kurikulum tersebut,

murid diminta untuk membina diorama yang bertemakan objek buatan manusia dan bertajuk

akuarium. Daripada tema dan tajuk ini, guru boleh membimbing murid untuk membina

diorama ini. Namun begitu, ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian

daripada cetusan tema dan tajuk. Diorama menampilkan tema dan tajuk secara realism.

Ciri diorama yang kedua ialah Bahan Binaan Diorama mestilah sesuai dengan tujuan

hasilan. Sebelum membina diorama, seseorang guru perlu memastikan ketahanan dan

kesesuaian diorama yang akan dihasilkan. Sebagai contoh bahan-bahan yang digunakan

mestilah sesuai dengan tema dan tajuk yang dipilih supaya ianya mudah diaplikasi, selari

dengan tema dan tajuk. Untuk lebih bermutu diorama yang dihasikan, pastikan ianya menarik,

sedondon dan saling lengkap melengkapi.

~ 2 ~

Diorama temakan buatan manusia

Tajuk : Akuarium

Page 3: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

Ciri yang seterusnya ialah pastikan diorama yang ingin dibina tersebut kuat, kukuh dan

selamat. Persoalan kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan

supaya diorama yang dibina dapat dipamerkan dan digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Diorama juga perlu kukuh kerana pemerhati akan membuat pengamatan dan

penilaian dengan teliti.

Ciri yang keempat ialah kepelbagaian bahan dapat diadun dan dipasang dengan baik,

seterusnya membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. Menyusun atur komposisi

bahan penting untuk astistik bahan dan estetika diorama. Adunan rentak, pergerakan dan

kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jels iaitu untuk

penampilan karya yang simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan alat dan bahan

mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya.

Ciri yang seterusnya ialah mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak,

pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan yang menarik.

3.0 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia

merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti

tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada

peringkat yang terlebih dahulu. Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia

berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu.

Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke

peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan.(dipetik daripada HBAE

2203 Seni Dalam Pendidikan OUM). Pemilihan diorama di dalam aktiviti seni dapat

meningkatkan perkembangan kanak-kanak seperti kognitif, psikomotor, efektif dan sosial.

Diorama dibina dengan pemilihan tema dan subjek yang tertentu. Tema-tema yang

digunakan di dalam diorama seperti persekitaran, alam semula jadi, kemasyarakatan dan

kebudayaan. Semasa penghasilan kotak diorama perkembangan emosi kanak-kanak dapat

ditingkatkan. Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang

dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Kanak-kanak

menunjukkan kepuasan dan menyampaikan perasaan mereka menerusi hasil kerja mereka

serta menerima pandangan orang lain semasa bercerita dan semasa penetapan tajuk atau tema

pada sesebuah diorama. Proses membina kotak diorama dapat membentuk sikap positif

~ 3 ~

Page 4: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

kanak-kanak berkenaan kebolehan sendiri, lebih yakin dan berdikari. Kanak-kanak akan lebih

teruja jika hasil kerja seninya dipamerkan dan merasa hasil kerja mereka dihargai.

Perkembangan sosial kanak-kanak juga dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama.

Aktiviti membina kotak diorama ini biasanya guru akan mengagihkan pelajar di dalam

kumpulan. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi, bekerjasama dan

bertolak ansur. Mereka menggunakan kemahiran sosial dengan berinteraksi dengan ahli

kumpulan dalam memberi idea, berkongsi bahan dan peralatan seni. Kanak-kanak

menggunakan bahasa dengan meluas dan berkesan apabila berinteraksi dengan guru atau ibu

bapa sepanjang proses melaksanakan aktiviti seni. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran

bahasa terutamanya kemahiran bertutur dan mendengar semasa aktiviti. Kanak-kanak

berpeluang menggunakan bahasa secara bermakna dan tepat seperti menggunakan perkataan

dan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul serta berinteraksi secara sopan dan

bertatasusila menerusi aktiviti seni dan kraf.

Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui aktiviti membina

diorama ini. Penggunaan bahan dan peralatan dalam membina diorama memberikan satu

bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata kanak-kanak.

Contohnya, kanak-kanak menggunakan gunting untuk menggunting objek-objek yang hendak

di letakkan di dalam kotak diorama. Secara tidak langsung, kemahiran motor kanak-kanak

dapat dikembangkan. Aktiviti memegang gunting, bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan

pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanak-kanak. Aktiviti menggunakan tanah

liat dapat meningkatkan perkembangan kemahiran seni dan kreativiti kanak-kanak di mana mereka

dapat membentuk pelbagai objek. Selain itu, aktiviti inidapat turut membantu perkembangan

motor halus dan motor kasar kanak-kanak.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan

mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan

yang sedia ada. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses,

berbanding dengan hasilan akhir. Sepanjang proses aktiviti membina kotak diorama, kanak-

kanak diberi peluang untuk membuat pemerhatian, menganalisis, menjana idea dan seterusnya

menghasilkan karya seni yang asli. Oleh yang demikian, proses ini dapat meningkatkan

kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. 

Aktiviti seni kanak-kanak menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah aktif

dan kreatif serta berupaya mencipta sesuatu yang baru. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak

diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing.

~ 4 ~

Page 5: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak bukan terhad kepada pameran di galeri seni. Ia juga

merupakan strategi dan kaedah pembelajaran untuk membantu melahirkan pembelajaran dan

persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti

dan kerohanian, sikap dan nilai agar dapat membentuk insan secara menyeluruh.

Kanak-kanak mengamalkan sikap sabar, tekun dan kerjasama semasa aktiviti

dilakukan. Selain itu, penggunaan bahan-bahan semula jadi dan persekitaran mendidik kanak-

kanak menghayati keindahan alam semulajadi. Keindahan yang dihayati akan menimbulkan

rasa seronok kanak-kanak untuk lebih dekat dengan alam ciptaan Tuhan. Secara

keseluruhannya, aktiviti bentuk binaan dapat membantu kepada perkembangan bahasa, emosi,

sosial, fizikal, kognitif, kreativiti, kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak.

4.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK

Kreativiti adalah potensi semula jadi yang dipunyai oleh semua individu. Pemikiran

kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pembelajaran dan

pengajaran mulai dari prasekolah lagi. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang

kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat

perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi

tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara liberal dan membuat refleksi tentang

idea, tindakan dan hasil. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh

diberikan kepada kanak-kanak. Kreativiti kanak-kanak dapat ditingkatkan. Bagi

meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan melukis

dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imaginasi, kreativiti dan gembira untuk

meluahkan emosi.

Salah satu pendekatan yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk

meningkatkan kreativiti kanak-kanak adalah pendekatan bertema semasa pengajaran dan

pembelajaran. Pendekatan bertema di dalam pengajaran memainkan peranan yang penting ke

arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan dalam persepsi, estetika dan kreativiti

mereka. Jika guru menggunakan pendekatan ini, hasil pembelajaran berupaya membantu

murid menghargai keindahan alam persekitaran, menghargai keindahan seni dan warisan

bangsa, adat resam serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar

konsep dan tema.

~ 5 ~

Page 6: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

Pendekatan bertema di dalam diorama terdiri daripada alam persekitaran dan semula

jadi, perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi pelukis, aliran dan tema sejagat serta

keperluan dan pengalaman hidup harian. Pendekatan bertema boleh diaplikasikan kepada

pelbagai pemilihan dan ia mempunyai kelebihan, kekuatan dan cabaran masing-masing.

Bagi tema persekitaran dan semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada di

persekitarannya dan habitat semua hidupan. Tema ini boleh mendedahkan kepada pelajar

keadaan sebenar tentang habitat semua hidupan. Kelebihan tema ini dalam pengajaran ia

dapat mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman murid mengenai alam semula jadi.

Tema ini juga boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, seni

visual dan muzik. Contohnya, guru mengajar sains tajuk “mengenali habitat haiwan”. Dalam

pengajaran, guru meminta murid melakukan pergerakan haiwan mengikut muzik mengikut

daya kreativiti mereka. Dengan ini, guru dapat menyemai daya imaginasi murid-murid

melalui penerokaan. Cabaran bagi pendekatan bertema persekitaran ini memerlukan alatan

pembelajaran yang mencukupi dan dapat menyelesaikan setiap aktiviti pembelajaran dalam

masa yang ditetapkan serta dapat menghayati pengetahuan dan kemahiran yang telah

dipelajari agar lebih bermakna. Sekiranya alat tidak mencukupi dan aktiviti pembelajaran

tidak selesai mengikut masa yang ditetapkan maka proses pembelajaran akan menjadi tidak

berkesan dan tidak menarik.

Bagi diorama yang membawa tema masyarakat boleh meningkatkan kreativiti murid

dalam membuat pilihan yang lebih sesuai jika menghadapi permasalahan pembelajaran. Tema

ini memberi penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya serta masyarakat sekeliling.

Kekuatan tema ini membolehkan murid memperbaiki kemahiran interpersonal dan

intrapersonal mereka. Ianya dapat meningkatkan pemahaman terhadap kepelbagaian

masyarakat dan budaya serta cara hidup yang berbeza. Kelebihan tema ini murid dapat

mengetahui pelbagai budaya yang terdapat di dalam masyarakat di sekeliling mereka.

contohnya, guru mengajar Bahasa Melayu tajuk “masyarakat majmuk”. Di sini, guru boleh

membuat diorama bertema pelbagai kaum. Jadi, murid dapat mengenali budaya masyarakat

cina, India, Melayu, Kadazan dan sebagainya. Walaubagaimana pun, tema ini mempunyai

cabaran di mana guru harus cekap menggabungjalinkan pendekatan tersebut dalam mata

pelajaran lain agar pengajaran yang disampaikan tidak terpesong dari tema yang ingin

disampaikan.

Tema komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk

menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi

~ 6 ~

Page 7: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

sedikit peluang untuk maklum balas (dipetik dari modul OUM SDP). Ia boleh dibahagikan

kepada dua iaitu verbal dan bukan verbal. Kekuatan tema ini memberi peluang kepada murid

untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal. Contoh, guru

meminta murid melukis haiwan yang terdapat di dalam hutan. Kemudian murid diminta

membuat pergerakan haiwan yang mereka lukis. Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran

akan menjadi lebih menyeronokkan. Para pelajar berpeluang menyemai dan mengaitkan idea-

idea serta imaginasi yang baru. Kelebihan tema ini pula dapat digunakan untuk mewujudkan

suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

pelajar juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain melalui aktiviti berkumpulan,

permainan dan lain-lain lagi. Selain itu, pelajar juga dapat menghadapi cabaran bersama-

sama. Antara cabaran dalam tema komunikasi ialah guru hendaklah mempunyai kemahiran

dan kecekapan yang tinggi di dalam pelbagai bidang pelajaran( semua matapelajaran ). Guru

juga perlu menyediakan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam matapelajaran yang berbeza-

beza. Di samping itu juga, ia mempunyai kesukaran untuk menilai skop pemahaman kerana

bidang yang dipelajari yang lebih luas. Cabaran yang lain ialah guru perlu menghadapi

kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan pelajar yang berbeza-beza.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Tahun : 4 amanah

Bidang Kegiatan : 3. Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti  / Teknik : Menghasilkan Diorama

Tema : Alam Semula jadi

Tajuk : Haiwan di gurun Savana

Masa : 1 jam ( 60 minit )

Objektif Pengajaran

1. Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan binaan diorama bertemakan alam

semulajadi.

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Mengenali aktiviti menghasilkan diorama.

~ 7 ~

Page 8: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

2. Memahami dan mengaplikasikan cara-cara menghasilkan diorama bertemakan alam

semula jadi.

3. Menceritakan proses untuk menghasilkan diorama bertemakan haiwan di gurun.

Penerapan Nilai : Yakin, menghargai

Kemahiran Berfikir  : Mengklasifikasi

Pengetahuan Sedia Ada Murid :

1. Murid telah biasa melihat ataupun pergi ke zoo untuk melihat haiwan.

2. Murid pernah mewarnakan gambar haiwan-haiwan.

BBM : Kotak kasut, gam, gunting, tali, kertas warna, pensil warna,

‘double sided tape’

Konsep 5P : mata pelajaran Sains, Muzik dan Bahasa Malaysia.

Masa/langkah Tajuk Aktiviti p & p catatan

Set induksi3 minit

Meneka bunyi haiwan. 1.murid mendengar audio yang dipasang oleh guru.

2.murid meneka haiwan yang dibunyikan di dalam audio.

3. guru menyoal beberapa soalan dan murid memberi respon pada soalan guru.  

Kaedah:Kelas Strategi: Guru bersoal jawab dengan murid ABM: Laptop LCD

Konsep 5P Penggabungjalinan kemahiran dalam Subjek Sains

Langkah 2 1.Menyanyi lagu haiwan

2. Pengenalan tajuk aktviti pelajaran dan penerangan konsep diorama. 

1.setelah selesai meneka haiwan, guru menunjukkan gambar-gambar haiwan kepada murid dan menyebutnya.

2. murid di minta menyanyi mengikut lagu dan mengayakan pergerakan haiwan. Contoh, kuda belang, monyet, singa dan gajah.

3. guru memperkenalkan

Kaedah Kelas StrategiPenerangan guru ABMLaptop LCD

Konsep 5P:Bahasa MelayuMuzik

~ 8 ~

Page 9: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

tajuk dan menerangkan konsep diorama.

4. Guru menunjukkan contoh-contoh diorama (paparan slide)

Langkah 3Gerakerja murid - menghasilkan binaan diorama Cara penghasilan

1) Menyediakan kotak  2) Menghias bahagiandalam kotak /pemandangan belakangtaman 3) Mewarna dan menggunting gambar haiwan-haiwan yang telah disediakan. 4) Melakar dan menggunting bentuk-bentuk pokok 6) Menyusun atur dan menghias bahagian dalam kotak menggunakan hiasan yang telah dibuat

1.guru memperkenalkan alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini.

2.Guru menunjukkan hasil karya yang telah siap.

3.Murid dibahagi kepada 5 kumpulan dan guru mengagihkan gambar-gambar haiwan kepada setiap kumpulan.

4.Setiap kumpulan menghasilkan diorama yang bertemakan haiwan di gurun Savana. - 

StrategiPenerangan dan memberi contoh ABMContoh hasil karya Nilai:Menghargai Ilustrasi : Contoh Hasil Karya

StrategiBimbingan membina diorama ABMKotak Kasut,Kertas warna,Pensil. Warna,Gunting, Tali,

Langkah 4Penilaian hasil kerja murid dalam menghasilkan binaan diorama.

 

1.Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan hasil kerja mereka 2.Guru meminta murid lain membuat penilaian dan ulasan

3. Murid yang dipilih menceritakan serba sedikit tentang hasil karya mereka. 4.Murd-murid lain akan membuat ulasan bersama-sama guru.

KaedahIndividu / Kelas StrategiMempamerkanhasil kerja yang siap Nilai : Menghargai Hormat-menghormati TKP : Intrapersonal

~ 9 ~

Page 10: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

Penutup Membuat rumusan -Kognitif  -Sosial 

Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti hasil karya murid dan menerapkan nilai-nilai murni 

Kaedah Kelas StrategiMerumus hasil kerja murid. NilaiMenghargai 

5.0 Penyediaan Lakaran Idea Untuk Menghasilkan Diorama

Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini

dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catanlatar belakang diorama dan

objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan,

tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka.

Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama.

5.1. Menentukan subjek dan tema

Tema yang dipilih ialah Alam Semulajadi dan Persekitaran

5.2 Menentukan Alat dan Media

Setelah subjek dan tema di pilih, Perancangan memilih alat dan bahan menjadi kriteria

penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal

subjek yang ingin di utarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seterusnya tahan lama dan

lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak

wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan

melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada

kadaran atau nisbah gambar latar secara realistik.

~ 10 ~

Page 11: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

Subjek Tajuk Diorama Alat dan Bahan

Alam Semulajadi dan

Persekitaran

Hidupan di Savana Afrika Alat : gunting

Bahan : kotak, gam,benang,

kad manila, pensil warna,

kertas warna, cat air

Jadual menunjukkan Cara Menentukan Alat dan Media Berdasarkan Subjek,

Tema dan Tajuk.

5.3. Membuat Thumbnail-print ( Membuat Lakaran-lakaran Kecil )

Membuat lakaran –lakaran kecil ini penting supaya gagasan-gagasan dan pengideaan

melalui konsep trial and error. Lakaran ini juga dibuat supaya dapat melakarkan

sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilankan. Sketsa yang

mantap dan hebat akan dijadikan diorama.

1. KOLEKSI GAMBAR HAIWAN SEBAGAI SUMBER ILHAM

~ 11 ~

Page 12: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

2. LAKARAN HAIWAN LIAR

3. LAKARAN OLAHAN IDEA

DARI LAKARAN 1

~ 12 ~

LAKARAN 1

LAKARAN 2

Page 13: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

5.4 Memilih salah satu lakaran yang terbaik

Sketsa 1 dipilih untuk perkembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama.

Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria

penting dalam pemilihan lakaran tersebut.

5.5 Memperinci lakaran

Setelah memilih lakaran yangs sesuai dan terbaik, kita perlu fikir cara untuk

memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan

dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika diorama yang akan dihasilkan nanti.

~ 13 ~

KOTAK DIORAMA

Page 14: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

Gambar terbaik di pilih dan diwarnakan seperti ditunjukkan di atas.

5.6 Membuat Karya/ Diorama

Buat kerangka dalam dan luar. Perlu fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan

kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut

diambil pertimbangan iaitu bahan dan alatan, kos pembuatan, masa yang diperlukan dan

kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.

6.0 KESIMPULAN.

Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan

afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan

harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai

alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan

diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni

sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland

(ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif),

semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya

masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan

seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM

iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh

menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).

~ 14 ~

SUBJEK

Page 15: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan

dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya

intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal

pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan

mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak

langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.

Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur

yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya

dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.

Kreativiti adalah sebagai satu proses berterusan yang merujuk kepada keupayaan

seseorang untuk memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.

Tindak balas terhadap rangsangan persekitaran merupakan faktor pembentukan kreativiti

sebagai jalan penyelesaian masalah dan seterusnya membawa individu ke tahap lebih

baik.Kreativiti ialah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru daripada pengalaman lalu, di

mana ia dalam bentuk yang baru, sangat luas serta meliputi segala aspek kehidupan kita.

(3290 pp)

RUJUKAN

John Arul Phillips. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak,

Gerak Ilmu Sdn. Bhd.

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan.(2003). Pendidikan Seni untuk Maktab &

Universiti. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Fikir. Pahang:

~ 15 ~

Page 16: Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru

HBAE 2203 2013

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yew Kam Keong. (2003). Bebaskan Kreativiti Anda. Kula Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob.(2009). Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak.

Diperoleh pada 30 Oktober 2013 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/

perkembangan-kreativiti-kanak-kanak.html

Kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual. (2012). Diperoleh pada 1 November 2013 daripada

http://bz-li.blogspot.com/

Kreativiti dan Kanak-kanak.Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://hasliza9088.

blogspot.com/2012/01/kreativiti-dan-kanak-kanak.html

Mohamad Mohsin Mohamad Said, and Nasruddin Yunos. (2006) Hubungan kreativiti dan ilmu pengetahuan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 7 . pp. 41-52. ISSN 1511-8393. Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://journalarticle.ukm.my/1135/1/1.pdf

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html

http://artisenivisual.blogspot.com/2012_02_01_archive.html

~ 16 ~