16
1.0 Pendahuluan Pencemaran merupakan isu global yang semakin mendapat perhatian banyak pihak. Isu pemanasan global misalnya, punya kaitan yang erat dengan masalah pencemaran alam sekitar. Dalam tugasan ini, saya akan memfokuskan perbincangan ini kepada pencemaran air yang juga merupakan masalah yang semakin membimbangkan di Malaysia. Lokasi pencemaran yang dikenal pasti bagi tugasan ini ialah Sungai Bintangor, iaitu cabang kecil Sungai Sarawak yang terletak di pusat Bandar Raya Kuching Utara. Lokasinya yang strategik dengan kepadatan penempatan penduduk sekitar Kampung Masjid terus ke Satok, menjadikan Sungai Bintangor antara sungai yang teruk tercemar. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, pencemaran berakar umbi dari perkataan cemar yang bermaksud menjadi kotor atau tidak bersih. Air sungai boleh dianggap tercemar sekiranya terdapat beberapa mikroorganisma tertentu atau bahan kimia yang mengakibatkan air tersebut tidak sesuai untuk kegunaan minuman manusia. Berdasarkan definisi tersebut, air Sungai Bintangor bukan sahaja tidak sesuai sebagai keperluan minuman tetapi juga untuk tujuan lain seperti mandi, membasuh pakaian, berekreasi dan sebagainya. Ini kerana sungai ini telah diklasifikasikan dalam kategori ‘tercemar’ berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA). Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), yang bertanggungjawab dalam soal perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar mengakui betapa seriusnya masalah pencemaran sungai di 1

Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

1.0 Pendahuluan

Pencemaran merupakan isu global yang semakin mendapat perhatian banyak pihak. Isu

pemanasan global misalnya, punya kaitan yang erat dengan masalah pencemaran alam sekitar.

Dalam tugasan ini, saya akan memfokuskan perbincangan ini kepada pencemaran air yang juga

merupakan masalah yang semakin membimbangkan di Malaysia. Lokasi pencemaran yang

dikenal pasti bagi tugasan ini ialah Sungai Bintangor, iaitu cabang kecil Sungai Sarawak yang

terletak di pusat Bandar Raya Kuching Utara. Lokasinya yang strategik dengan kepadatan

penempatan penduduk sekitar Kampung Masjid terus ke Satok, menjadikan Sungai Bintangor

antara sungai yang teruk tercemar.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, pencemaran berakar umbi dari perkataan

cemar yang bermaksud menjadi kotor atau tidak bersih. Air sungai boleh dianggap tercemar

sekiranya terdapat beberapa mikroorganisma tertentu atau bahan kimia yang mengakibatkan air

tersebut tidak sesuai untuk kegunaan minuman manusia. Berdasarkan definisi tersebut, air

Sungai Bintangor bukan sahaja tidak sesuai sebagai keperluan minuman tetapi juga untuk tujuan

lain seperti mandi, membasuh pakaian, berekreasi dan sebagainya. Ini kerana sungai ini telah

diklasifikasikan dalam kategori ‘tercemar’ berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA). Lembaga

Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), yang bertanggungjawab dalam soal

perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar mengakui betapa seriusnya masalah pencemaran

sungai di Sarawak. Salah satu daripadanya ialah Sungai Bintangor yang juga merupakan

penyumbang utama pencemaran serius di Sungai Sarawak.

Sungai Sarawak

1

Page 2: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

Justeru, melalui tugasan ini, diharap ia mampu member maklumat tepat tentang tahap

pencemaran yang berlaku di Sungai Bintangor. Perbincangan juga akan menjurus kepada punca-

punca berlakunya pencemaran di sungai ini, implikasinya serta saranan-saranan daripada

pelbagai pihak dan penulis sendiri bagi memastikan masalah pencemaran sungai boleh ditangani

dengan segera dan berkesan.

2.0 Latar belakang Sungai Bintangor

Sungai Bintangor

Sungai Bintangor yang panjangnya lebih kurang 2 kilometer, mengalir merentasi

kawasan penempatan penduduk di Satok hingga ke Kampung Bintangor sebelum bercantum

dengan Sungai Sarawak di muaranya. Benteng sungai atau ‘water front’ yang dibina sejak tahun

2000 telah siap sepenuhnya pada tahun 2004. Benteng sungai yang cantik ini tidak mampu

menyekat masalah pencemaran di sungai ini yang kelihatan semakin kritikal.

Berdasarkan fakta sejarah, penempatan penduduk di sepanjang sungai ini sudah wujud

sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak lagi. Menurut penduduk setempat, suatu ketika

dahulu sebelum arus pembangunan menerjah ke kampung tersebut, air sungai ini masih bersih

dan dapat menampung keperluan asas penduduk sekitarnya. Ia menjadi sumber utama untuk

minuman dan aktiviti air seperti memancing dan mandi-manda. Menurut seorang penduduk lagi

yang berumur lewat 40an, semasa zaman kanak-kanak beliau, ramai penduduk setempat atau

kanak-kanak seusianya mencari siput dan kerang-kerangan serta mandi di sungai ini.

2

Page 3: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

Walau bagaimanapun, setelah mengalami proses modenisasi dan pembangunan yang

pesat, air sungai ini juga kian keruh dan kotor. Airnya bukan sahaja tercemar, malah banyak

hidupan sungai yang berhijrah ke tempat lain atau mati akibat pencemaran yang teruk. Gambar-

gambar berikut menunjukkan dengan jelas kekotoran yang terdapat di dasar Sungai Bintangor.

Apabila air surut, mendakan kekotoran pada dasarnya dapat dilihat dengan jelas. Air

sungai juga bertukar warna kehitam-hitaman semasa air surut. Bau busuk pula dapat dihidu

dengan jelas kerana pelbagai jenis bahan buangan baik berbentuk pepejal atau cecair dibuang ke

dalam sungai ini. Sebaliknya ketika air pasang, air sungai kelihatan keruh dan kekuning-

kuningan. Ringkasnya, penduduk setempat tidak dapat lagi melakukan aktiviti di sungai baik

untuk mendapatkan hasil hidupan sungainya ataupun untuk keperluan asas.

3

Page 4: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

3.0 Punca-punca Pencemaran Sungai Bintangor

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan di sepanjang Sungai Bintangor dan

kawasan penempatan sekitarnya, penulis mendapati terdapat beberapa punca utama pencemaran

di sini. Punca pencemaran tersebut dapat dilihat dengan jelas berdasarkan gambar rajah berikut.

3.1 Penempatan Manusia

Proses modenisasi yang kian menerjah Bandaraya Kuching telah menyebabkan

penempatan manusia semakin bertambah. Berdasarkan pemerhatian penulis, factor penempatan

manusia menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran di Sungai Bintangor. Ini kerana

pertambahan jumlah penduduk yang semakin meningkat menyebabkan banyak sisa-sisa

kumbahan, sampah-sarap dan sisa-sisa lain dibuang terus ke dalam sungai atau dialir melalui

parit sebelum mengalir ke dalam Sungai Bintangor.

4

PUNCA PENCEMARAN

aktiviti perniagaan

saluran air parit ke sungai

sistem kumbahanpelepasan sisa toksik

proses semulajadi

penempatan manusia

pembuangan sampah

Page 5: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

Gambar 1 Penempatan sepanjang Sungai Bintangor

Gambar 2 Penempatan di sepanjang Sungai Bintangor

3.2 Proses Semulajadi

Proses semulajadi seperti banjir menjadi antara penyebab berlakunya pencemaran di Sungai Bintangor. Ini kerana banjir menyebabkan banyak tangki kumbahan ditenggelami air. Sisa-sisa najis manusia akan mengalir terus ke sungai dan ini menyebabkan tersebarnya pelbagai bacteria berbahaya seperti Vibrio Cholaroe, wabak tifoid dan penyakit taun. Selain itu, pencemaran yang berpunca daripada sisa sampah-sarap yang dibawa arus sungai serta mendapan tanah. Ini menjadikan kualiti air menurun secara drastik pada musim banjir. Justeru air sungai ketika ini menjadi sangat tercemar dan tidak selamat untuk dijadikan air minuman atau keperluan asas yang lain.

5

Page 6: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

3.3 Pelepasan sisa toksik

Antara punca pencemaran yang serius di Sungai Bintangor ialah kerana terdapatnya stesen minyak yang membuang sisa toksik ke dalam parit. Sisa toksin samada dibuang ke dalam parit secara sengaja atau tidak akan mengalir terus ke Sungai Bintangor. Sungai Bintangor yang tercemar akibat dicemari dengan pestisid dan baja yang digunakan oleh para petani untuk membunuh serangga atau menyuburkan tanaman. Meskipun penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit, tetapi oleh kerana sungai ini kecil, kesannya pada hidupan air tawar cukup jelas. Ini menambahkan lagi pencemaran toksik di Sungai Bintangor.

3.4 Pembuangan sisa kumbahan

Kepesatan perkembangan penempatan penduduk di kawasan ini menjadi punca merebaknya pencemaran di Sungai Bintangor. Ini kerana sistem pengurusan sisa kumbahan masih lagi bersifat tradisi dan tidak mengambil kira kebersihan sungai. Sisa kumbahan berupa najis manusia yang dibuang terus ke sungai telah menjejaskan kualiti air sungai ini. Penduduk sekitar masih lagi membina tangki najis berdekatan dengan sumber sungai dan mendatangkan risiko yang tinggi tumpahan sisa kumbahan ke dalam sungai. Pelepasan berterusan najis manusia ke dalam sungai menyebabkan pembiakan bakteria seperti Salmonella Typhi dan Vibrio Cholarae.

6

Page 7: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

3.5 Pelepasan air parit ke sungai

Tidak seperti di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea yang menapis dahulu air yang dilepaskan ke sungai. Di Malaysia umumnya teknologi sebegini belum dimanfaatkan. Pelepasan air parit atau longkang terus ke sungai menjadikan sungai kecil ini terus tercemar. Apabila air surut, kita dapat melihat dengan jelas air sungai ini bertukar warna menjadi kehitam-hitaman. Air yang tercemar ini pula, tanpa tapisan akan dialirkan terus ke sungai utama iaitu Sungai Sarawak.

4.0 Kesan pencemaran Sungai Bintangor

Dalam bahagian ini, penulis akan menjelaskan kesan-kesan buruk pencemaran di SungaiBintangor sekiranya langkah-langkah perlu tidak diambil. Oleh kerana air merupakan keperluan asas manusia, asas implikasi buruk akibat pencemaran akan mendatangkan kesan lansung kepada masyarakat. Kesan-kesan ini akan diperincikan dari sudut kesihatan, kewangan dan ancaman kepada bekalan air bersih penduduk. Turut menjadi fokus, perbincangan penulis dalam bahagian akhir ialah langkah-langkah perlu sebagai cadangan untuk mengatasi pencemaran air di Sungai Bintangor. Dalam mengupas saranan ini, penulis akan melihat dari sudut peranan individu, masyarakat dan pihak berkuasa tempatan. Ketiga-tiga elemen ini dilihat sebagai sangan berperanan dalam membendung masalah pencemaran sungai yang seakan tiada penyelesainnya

4.1 Kesan-kesan pencemaran

Secara ringkasnya, saya mengklasifikasikan kesan pencemaran dari empat sudut berbeza. Antaranya ialah:

i. Kesan terhadap kesihatanii. Kesan dari segi kewangan

iii. Ancaman kepada bekalan air bersih iv. Pemusnahan hidupan sungaiv. Pencemaran sungai utama

7

Page 8: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

Gambarajah berikut boleh dijadikan panduan dalam menilai kesan pencemaran Sungai Bintangor dengan lebih tepat.

4.1.1 Kesan terhadap kesihatan

Pencemaran sungai memang dikaitkan dengan banyak penyakit. Antaranya penyakit taun, penyakit enterik, dan pelbagai penyakit bawaan air yang laju. Berdasarkan pencemaran yang berpunca daripada air kumbahan khususnya najis manusia dan haiwan, kualiti Sungai Bintangor amat kritikal untuk dijadikan minuman. Sungai Bintangor juga amat tidak selamat untuk sebarang aktiviti riadah seperti berenang. Ini kerana bacteria yang terdapat dalam sungai ini boleh menyababkan penyakit kulit dan gatal-gatal.

Penyakit bawaan ini juga boleh disebarkan oleh pengguna air tersebut sekiranya berlaku sentuhan dengan individu lain. Contohnya penyakit kulit yang mudah berjangkit melalui sentuhan. Selain itu, kesihatan masyarakat juga boleh terjejas sekiranya termakan hidupan air yang sudah tercemar khususnya hidupan air seperti kerang dan siput. Ini kerana haiwan jenis ini mendapatkan makanan daripada mikroorganisma. Dengan itu boleh memekatkan patogen-patogen. Apabila siput atau kerang dimakan oleh manusia, ia boleh merebakkan penyakit seperti hepatitis A, tifoid dan kapialu

4.1.2 Pencemaran hidupan sungai

Pencemaran Sungai Bintangor juga turut menjejaskan hidupan dan habitatnya di sini. Banyak hidupan sungai seperti ikan, udang dan kerang-kerangan yang mati atau berhijrah ke tempat lain yang lebih bersih. Ini diakui sendiri oleh kaki-kaki pancing yang mengakui betapa sukarnya memperolehi ikan atau udan di sungai ini. Ini kerana banyak hidupan sungai yang mati akibat pencemaran yang berterusan. Malah terdapat juga spesies ikan seperti haruan dan talaphia yang lebih tahan lasak tetapi tidak selamat untuk dimakan akibat pencemaran bahan kimia atau toksik.

8

KESAN PENCEMARAN

Pemusnahan hidupan sungai Kesihatan Kewangan

Bekalan air bersih

Peningkatan pencemaran

Sungai Sarawak

Page 9: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

4.1.3 Bekalan air bersih

Pencemaran berterusan di Sungai Bintangor juga turut menjejaskan kualiti air. Air Sungai Bintangor berwarna kekuningan apabila air pasang kesan mendapan sungai dan pembuangan sampah dan sisa kumbahan. Sebaliknya ketika air surut, air sungai bertukar warna kehitam-hitaman kerana banyaknya sisa dari longkang yang dialir terus ke sungai. Ini menjadikan kualiti air sangat rendah dan tercemar serta tidak sesuai sama sekali dijadikan air minuman. Implikasi seterusnya ialah ia juga mencemarkan sungai utama iaitu Sungai Sarawak, dan sekaligus menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk Bandaraya Kuching.

4.1.4 Kesan dari sudut kewangan

Usaha –usaha untuk membersihkan sungai yang sudah tercemar teruk ini bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi juga menelan belanja yang cukup besar. Pihak DBKU yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bersama Lembaga Fakulti Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) telah membelanjakan dana yang banyak untuk membersihkan Sungai Sarawak. Ini tidak termasuk kos yang ditanggung oleh pihak Lembaga Air Kuching dalam merawat serta membekal keperluan air bersih kepada penduduk Bandaraya Kuching. Kerajaan juga melalui pelbagai jenis agensinya termasuk Jabatan Alam Sekitar turut membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengadakan kempen tentang peri pentingnya menjaga dan mencintai sungai kita. Semua aktiviti yang dijalankan telah menelan belanja yang cukup besar seolah-olah tidak mencapai matlamatnya. Justeru, boleh dikatakan pencemaran sungai khususnya Sungai Bintangor telah membawa implikasi yang cukup besar dari sudut kewangan.

4.1.5 Pencemaran Sungai Sarawak

Oleh kerana Sungai Bintangor bercantum dengan Sungai Sarawak di muaranya, segala pencemaran yang berlaku di sini mendatangkan implikasi yang besar kepada Sungai Sarawak. Pencemaran sungai yang berterusan, baik berpunca dari penempatan penduduk, aktiviti perniagaan di Bandar seperti stesen minyak, restoran dan seumpamanya telah mengalir terus ke Sungai Sarawak melalui Sungai Bintangor. Ia telah menyebabkan kehadiran pelbagai mikroorganisma yang berbahaya kepada manusia dan hidupan sungai sendiri. Tanpa usaha bersungguh-sungguh dan berkesan dari semua pihak, tidak mustahil Sungai Sarawak juga berkemungkinan menjadi sungai yang sangat tercemar dan berbahaya kepada manusia.

9

Page 10: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

5.0 Cadangan mengatasi pencemaran Sungai Bintangor

Berdasarkan fakta dan perbincangan yang dikemukakan, isu pencemaran di Su ngai Bintangor perlu diatasi segera. Ini kerana air adalah nadi kehidupan manusia. Tanpa langkah-langkah konkrit dan berkesan serta kerjasama menyeluruh daripada semua pihak, isu pencemaran air tidak mampu diatasi. Berdasarkan gambar rajah, berikut penulis melihat 3 pihak uatama yang harus berperanan dalam mengatasi isu pencemaran Sungai Bintangor ini, iaitu, kesedran orang ramai, peranan pihak berkuasa dan penggunaan teknologi terkini.

5.1 Kesedaran orang ramai

Pada saya, kesedaran sivik daripada masyarakat sekitar perlu dalm memelihara dan memulihara sumber air yang terhad ini. Masyarakat perlu menyedari keperluan mengekalkan kebersihan sungai untuk kesejahteraan semua. Sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab segelintir anggota masyarakat perlu dibendung. Kempen-kempen kesedaran dan penyebaran maklumat tentang risiko-risiko pencemaran sungai pada jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang mungkin berkesan membina paradigma baharu masyarakat. Masyarakat perlu disedarkan tentang tanggungjawab bersama dalam mengekal sumber alam yang dikongsi bersama ini. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan ialah melaluikempen kesedaran, gotong-royong dan penyebaran maklumat secara meluas tentang isu ini.

10

CADANGANMENGATASI

PENCEMARAN

Kesedaran orang ramai

peranan pihak berkuasa

penggunaan teknologi

terkini

Page 11: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

5.2 Peranan pihak berkuasa

Pihak berkuasa tempatan khususnya disarankan untuk bertindak lebih proaktif dalam menangani masalah pencemaran ini. Penguatkuasaan yang lemah sudah menjadi isu yang sering diperkatakan. Pihak berkuasa tempatan melalui pelbagai agensinya perlu bertindak lebih berkesan dan bersungguh-sungguh. Tiada gunanya kerajaan menghabiskan peruntukkan sejumlah jutaan ringgit untuk membina benteng dan menghias tebingan sungai jika air yang mengalir di sungai tersebut masih kotor dan tercemar. Selain menanam sikap lebih bertanggungjawab masyarakat, aspek undang-undang juga perlu dilaksanakn tanpa pilih kasih. Denda maksimum perlu dikenakan kepada mana-mana pihak yang masih mencemarkan sungai ini. Justeru, denda bukan sahaja dilaksanakn kepada individu tetapi juga tauke-tauke syarikat yang dikenal pasti lebih besar skala pencemaranyang dilakukan mereka.

5.3 Penggunaan teknologi terkini

Malaysia patut mencontohi kejayaan Negara maju seperti Jepun dan Korea yang Berjaya mengurus sumber air dengan berkesan. Di Negara-negara maju misalnya, sisa-sisa kumbahan, air longkangdan sebagainya ditapis dan dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan ke sungai. Sebab itulah, bekalan air bersih dapat dijimatkan, manakala pencemaran dapat diatasi. Teknologi mapan pengurusan sumber air ini mampu membendung masalah pencemaran air yang kian membimbangkan ini. Kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak kawasan tadahan air dan hutan simpan bagi mengekang pencemaran di sungai-sungai. Penggunaan teknologi perawatan air dari kawasan perumahan dan industry mungkin boleh dimanfaatkan secepat mungkin,

11

Page 12: Assgmn HBHE 3203 Pencemaran

6.0 Penutup

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian dan fakta yang dikumpul sama ada melalui agensi tertentu atau pandangan masyarakat setempat, pencemaran di Sungai Bintangor amat kritikal dan memerlukan perhatian sewajarnya. Pemerhatian selama beberapa hari di sungai tersebut baik semasa air pasang atau surut telah menunjukkan dengan jelas tahap pencemaran di sungai ini. Sebagai warga negara yang bertanggungjawab, kita perlulah berusaha mengubah persepsi masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara kebersihan sungai. Seperkara yang menarik perhatian penulis ialah kesedaran masyarakat yang amat rendah dalam menghargai anugerah Tuhan ini.

Seterusnya, dari sudut penguatkuasaan pula boleh dikatakan hampir tiada tindakan yang diambil terhadap mana-mana pihak yang mencemari sungai ini biarpun ia dilakukan secara terang-terangan. Pihak pengusaha restoran sehinggalah stesen minyak di pusat Bandar raya bebas membuang pelbagai bahan larut cemar ke dalam longkang yang mengalir terus ke Sungai Bintangor. Pada hemat penulis, tanpa usaha bersungguh-sungguh, Sungai Bintangor akan menjadi pusat pelupusan sampah tidak rasmi dan seterusnya menjadi penyumbang utama pencemaran di Sungai Sarawak kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat Bandar.

12