Upload
rohana-yusof
View
36
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bahasa melayu morfologi
Citation preview
Ruslina Bt Din@Mamat
1.0 Konsep Pembetukan Kata
Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa.
Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur
bahasa sehingga menjadi perkataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya.
Menurut Nik Safiah et al (2011) dalam Tatabahasa Dewan Edisi ke 3, pembetukan kata
adalah bersifat derivatif dan ianya dapat menerbitkan sekian banyak perkataan melalui
pencatuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.
Ini menjelaskan bahawa proses pembetukan kata merupakan proses bagaimana
sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada
kata kepada ada kata. Pewujudannya melalui dua sumber iaitu asal bahasa tersebut atau
pembentukan melalui proses tertentu. Menurut Abdullah Hassan (2006), ada empat proses
morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan,
pemajmukan dan pengakroniman.
BMM 3109 1
Ruslina Bt Din@Mamat
2.0 Proses Pembetukan Kata Dalam Bahasa Melayu
2.1 Pembetukan Kata Nama
Menurut Nik Safiah et al (2011), pembetukan kata nama dipecahkan kepada empat bentuk iaitu kata nama tunggal kata nama terbitan,
kata nama majmuk, dan kata nama ganda.
Tajuk Pembetukan Kata Nama
Bil Bentuk Kata Jenis Pembetukan Penerangan Contoh
1. Kata Nama Tunggal
Akronim
Penjodoh bilangan
Pencatuman bahagian-bahagian daripada serangkai kata.
i. Cantuman huruf awal perkataan
ii. Cantuman huruf dan suku kata
perkataan
iii. Cantuman suku kata awal perkataan
iv. Cantuman bahagian awal perkataan
pertama dengan bahagian lain.
Segolongan kata yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi penerang bentuk.
ADUN: Ahli Undangan NegeriMara: Majlis amanah rakyatCerpen: cerita pendekJenama: jenis nama
segugus bintangsesisir pisangsekapur sireh
2. Kata Nama Terbitan
AwalanContoh:
peN-Bergantung kepada dua faktor iaitu faktor fonologi dan faktor
Karang - pengarangMasak – pemasak
BMM 3109 2
Ruslina Bt Din@Mamat
pe-
Akhiran
Apitancontoh:
peN-..-anke-..-an
Sisipancontoh:
-el- -er- -em-
perkembangan.
Satu sahaja kata yang boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
Apitan ini terdiri daripada empat bentuk kerana dua faktor iaitu faktor fonologi dan perkembangan.Apitan ini bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak.
Bergabung dengan KN, KK dan KK dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri terkandung dalam kata dasar.
Tebus + an – tebusanHasut + an – hasutan
Nanti – penantianLari – pelarian
Daulat – kedaulatan (KN)Datang – kedatangan (KK)Malas – kemalasan (KA)
tapak - telapak giri – gerigikuning - kemuning
3. Kata Nama Majmuk
Bentuk yang telah mantap
Pengimbuhan kata
Bentuk yang dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun mengandungi dua kata dasar.
AntarabangsaSetiausaha
BMM 3109 3
Ruslina Bt Din@Mamat
namaTerbahagi kepada dua bentuk iaitu
Menerima awalan atau akhiran dieja terpisah.Menerima apitan dieja bercantum
Terima kasih – berterima kasihHak milik - dihakmilikkan
4.Kata Nama
Ganda Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Melibatkan seluruh kata dasar.
Melibatkan sebahagian kata dasar.
Menggandakan mengikut rentak bunyi tertentu.
Budak – budak-budak
Laki – la-laki – lelaki
sayur- sayur mayur
BMM 3109 4
Ruslina Bt Din@Mamat
2.2 Pembetukan Kata Kerja
Tajuk Pembetukan Kata Kerja
Bil Bentuk Kata Jenis Pembetukan Penerangan Contoh
1. Kata kerja tunggal
Terbentuk tanpa imbuhan adaikut jaga
2. Kata kerja terbitan
Awalancontoh:
meN-beR-
Akhirancontoh:
-kan-i
Apitan contoh:
meN-..-kan
beR-...-kan
Sisipan -el-
Membentuk kata kerja aktif sama ada transitif atau tak transitif. Bergabung dengan huruf pertama bergabung dengannya.
Semua golongan kata boleh bergabung menjadi kata kerja.
Empat golongan kata boleh menerima apitan membentuk kata kerja transitf.
Dua golongan kata iaitu KN dan KK bergabung dengan apitan ini.
Masak – memasakNanti- menanti
Buku – bukukanLahir – lahirkanJalan – jalaniIkut – ikuti
Hamba – menghambakanCari – mencarikan
Tilam – bertilamkan (KN)Ukir – berukirkan (KK)
BMM 3109 5
Ruslina Bt Din@Mamat
-er- -em-
Tidak ada sisipan boleh membentuk kata kerja.Bentuk perkataan yang terdiri dari KN dan KK yang mengandungi sisipan boleh dijadikan kata kerja.
Geletar – menggeletarSerabt – berserabutGemruh - bergemurh
3. Kata kerja majmuk
Bentuk yang telah mantap.
Kata majmuk jenis kata nama boleh menjadi kata kerja melali pengimbuhan
Terdapat satu bentuk perkataan penggunaannya dianggap utuh
Beritahu
Satu padu - menyatpadukan
4.Kata kerja ganda Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Melibatkan seluruh kata dasar.
Melibatkan sebahagian kata dasar.
Menggandakan mengikut rentak bunyi tertentu.
Geleng – geleng-geleng
beR- - berlari-lari
mandi – mandi-manda
BMM 3109 6
Ruslina Bt Din@Mamat
2.3 Pembetukan Kata Adjektif
Tajuk Pembetukan Kata Adjektif
Bil Bentuk Kata Jenis Pembetukan Penerangan Contoh
1. Kata adjektif tunggal
Sifat atau keadaan Warna Ukuran Bentuk
Terhasil daripada bentuk kata dasar tanpa gabungan imbuhan atau proses-proses lain.
SederhanaKuningKecilTerang
2. Kata adjektif terbitan
Awalancontoh:
teR-se-
Sisipan -em- -el- -er- -in-
Berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling.
Dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada golongan kata adjektif, kata nama atau kata kerja.
Kecil – terkecilPanjang – terpanjangPandai - sepandai
Gilang – gemilangSerak – selerakGodak – gerodakSambung - sinambung
3. Kata adjektif majmuk
Ejaan terpisah tetapi satu maksud
Maksud kiasan
Proses rangkaian kata yang membawa satu maksud.
Simpulan bahasa
Merah jambu
Panjang tanganBesar kepala
BMM 3109 7
Ruslina Bt Din@Mamat
4.Kata adjektif
ganda Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Melibatkan seluruh kata dasar.
Melibatkan sebahagian kata dasar.
Menggandakan mengikut rentak bunyi tertentu.
Besar – besar-besar
Se-pandai –sepandai-pandai
Gelap – gelap-gelita
BMM 3109 8
Ruslina Bt Din@Mamat
2.4 Pembetukan Kata Tugas
BMM 3109 9
Ruslina Bt Din@Mamat
3.0 Penulisan Akedemik
Golongan
ProsesKata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas
Tunggal
Terbitan
Majmuk
Ganda
BMM 3109 10
Ruslina Bt Din@Mamat
4.0 Refleksi
Pada semester kali ini, saya telah menerima tugasan bagi kursus Morfologi
Bahasa Melayu (BMM 3109). Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya
secara individu. Terdapat empat sub-tugasan yang diberikan iaitu berkaitan dengan
definisi konsep pembentukan kata, menghuraikan proses pembentukan kata
menggunakan borang pengurusan grafik, mengklasifikasikan golongan kata daripada
satu artikel serta yang terakhir iaitu penulisan refleksi.
Perkara utama yang saya perlu fokus bagi menyiapkan tugasan ini adalah
terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya mengaplikasikan semua
pembelajaran teori di dalam kelas serta pemahaman tentang subjek morfologi.
Sememangnya semua maklumat atau nota dapat dicari dan dirujuk di dalam buku-
buku rujukan dan sumber internet, namun untuk menjawab dan menjelaskan soalan
tugasan ini kami perlu memahami konsep pembentukan kata terlebih dahulu. Bagi
saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam
kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Saya sebenarnya sudah mempelajari tajuk morfolgi pada semester yang lalu.
Walaubagaimanapun saya masih sukar untuk memahami bagaimana melaksanakan
tugasan pada kali ini. Namun begitu, atas nasihat penyarah yang menyarankan kami
menggunakan Tatabahasa Dewan Edisi ke 3 sebagai rujukan utama, alhamdullilah
saya berjaya memahami bagaimana langkah dan isi yang boleh saya masukkan ke
dalam tugasan morfologi.
Selain itu juga, saya mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing,
saya semakin jelas sedikit demi sedikit berkenaan tugasan ini. Setelah sesi soal
jawab dan bimbingan di dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat
gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Pada masa sekarang, saya rasakan
BMM 3109 11
Ruslina Bt Din@Mamat
adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak mempraktikkan apa yang telah saya pelajari
pada masa terdahulunya kerana kesannya saya telah lupa apa yang telah pelajari.
Oleh itu, saya perlu mengubah sikap agar mampu menjadi seorang guru yang efektif
dan mempunyai pengetahuan yang luas.
Pemahaman dalam konsep pembetukan kata bahasa Melayu sedikit
sebanyak membawa kepada penghargaan kepada bahasa kebangsaan kita sebagai
rakyat Malaysia. Saya lebih jelas bagaimana sesuatu perkataan dibentuk daripada
satu perkataan dasar. Ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan satu
bahasa yang kaya dengan tatabahasa dan boleh diantarabangsakan. Seperti yang
kita ketahui, bahasa Melayu mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang penting
pada abad ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu perlu terus didaulatkan
agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi. Guru merupakan pengantara
penting dalam menyampaikan matlamat negara tersebut seterusnya mendidik para
pelajar menjadi warganegara yang menghargai bahasa kebangsaan dan tidak
merosakkan bahasa sendiri.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam
melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan
tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan
melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya
dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk
melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya
hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
ditetapkan.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah
supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan
berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang
berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih
bermanfaat.
BMM 3109 12
Ruslina Bt Din@Mamat
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang
diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari
sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada
pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya
BMM 3109 13